Wednesday, October 27, 2010

Mutasi baru Superbug lebih bahaya

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan semalam meminta orang ramai berwaspada terhadap ancaman bakteria kebal antibiotik,Superbug yang muncul dengan baka genetik baru selepas dikesan menyerang pesakit di Jepun, India, Pakistan dan United Kingdom (UK).

Walaupun setakat ini bakteria itu belum dikesan di Malaysia, pihak berkuasa kesihatan bimbang peningkatan perjalanan keluar masuk orang ramai khususnya pelancong mendorong ia bertukar menjadi wabak global.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, serangan bakteria itu berbahaya kerana ia sudah dikenal pasti kebal terhadap semua jenis antibiotik.

"Kita sudah memulakan langkah pengawasan di semua hospital seluruh negara terutama jika ada kes bakteria yang mempunyai rintangan tinggi terhadap antibiotik,'' katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Sorok dadah dalam bingkai gambar


ANGGOTA polis menunjukkan dua daripada empat bingkai gambar mengandungi dadah yang dibawa wanita Georgia pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang semalam.


GEORGE TOWN - Kegembiraan seorang wanita Georgia yang berjaya melepasi pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) walaupun membawa lima kilogram syabu bernilai RM1.3 juta tidak berpanjangan apabila dia ditahan sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL) di sini kelmarin.

Wanita berusia 37 tahun tersebut ditahan pada pukul 12 tengah malam bersama 28 bungkusan dadah tersebut yang disembunyikan di dalam empat bingkai gambar. Bingkai itu pula dibawa di dalam sebuah beg hitam berjalur merah.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, wanita tersebut ditahan kerana dilihat dalam keadaan mencurigakan ketika dalam perjalanan ke kaunter limousin di kawasan ketibaan LTABL oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri.

Katanya, sebaik membuat pemeriksaan pada bagasi itu, polis menemui 28 bungkusan syabu disembunyikan di dalam empat bingkai gambar bernilai RM1.3 juta.

"Siasatan mendapati suspek telah berjaya melepasi pemeriksaan keselamatan di KLIA sebelum ditahan di situ.

"Kita masih menyiasat sama ada suspek menjadi keldai dadah atau membawa bahan khayal secara langsung," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri semalam.

Tambahnya, statistik menunjukkan polis telah menahan seramai 128 warga asing kerana mengedar dadah termasuk dari China, India, Uganda dan Georgia sepanjang tahun ini.

Sementara itu di Kota Kinabalu, Sabah, polis turut menahan seorang lagi wanita Georgia dan merampas sebanyak 5.5 kilogram syabu bernilai RM1.76 juta yang disembunyikan di dalam empat bingkai gambar dalam serbuan pukul 12.50 tengah malam di sebuah hotel semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah, Supritendan Abd. Rahim Dolmat berkata, wanita berusia 26 tahun itu ditahan hasil soal siasat polis Pulau Pinang yang terlebih dahulu menahan rakannya di LTABL.

"Polis Pulau Pinang kemudian telah menghubungi kami untuk menyerbu sebuah hotel di sini sebelum kami menahan wanita itu dan merampas dadah berkenaan," katanya.

Kedua-dua suspek kini ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dikenakan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Ibu koma kena penumbuk anak

KEMAMAN – Seorang juruteknik Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) Kerteh boleh dianggap sebagai Si Tanggang moden apabila tergamak menumbuk ibu sendiri sehingga koma gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan wanita itu yang lambat menyiapkan persiapan perkahwinannya.

Kejadian kira-kira pukul 1 petang di Kampung Mak Cili Paya di sini Ahad lalu itu berlaku ketika mangsa, Azizah Deraman, 47, didatangi anaknya yang mempersoalkan mengenai kelewatan persiapan perkahwinannya yang dijadualkan berlangsung pada 6 November ini.

Difahamkan, suspek yang berusia 25 tahun tiba-tiba naik angin sebelum melepaskan tumbukan ke arah muka ibunya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, tindakan biadap suspek itu menyebabkan mangsa terjatuh sebelum mukanya tersembam ke meja.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

ETP: Tiada lagi pasar malam, Bazaar Makan ganti gerai







Aidila Razak
Okt 27, 10
4:34pm

Pasar malam, pasar tani, pasar minggu dan pasar tamu akan menjadi nostalgia apabila ia bakal digantikan dengan Pasar Komuniti, mengikut bidang ekonomi utama negara (NKEA) melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan Isnin lalu.

NONETujuan rancangan kerajaan itu adalah menyelaraskan beberapa pasar berkenaan dan menyatukan mereka di lokasi-lokasi yang mempunyai persekitaran yang kondusif.

“Pada masa ini, pasar-pasar tersebut menghadapi cabaran prasarana.

“Mereka beroperasi di beberapa lokasi sementara (contohnya,; padang permainan,tempat letak kereta, di tepi jalan raya) yang sering menyumbang kepada kesesakan dan keadaan kotor,” petik laporan ETP itu.

Projek ini dijangka menyaksikan peniaga terpaksa berbelanja lebih kerana pasar tradisional mereka sekrang ini adalah murah - mereka boleh menyewa satu lot untuk kurang RM10 sehari.

NONEBagi menyusun semula peniaga berkenaan, projek ini memerlukan dana swasta dan pelaburan RM15.5 bilion bagi membantu memperuntukan pinjaman pada kadar faedah yang lebih rendah, menyediakan pembiayaan atau rundingan bagi mendapatkan kadar bayaran lesen kenderaan dan lesen gerai jualan yang lebih rendah kepada peniagaan.

Inisiatif Pasar Komuniti yang dicadangkan itu dikatakan akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM8.8 bilion pendapatan negara kasar setahun dan mewujudkan 141,000 pekerjaan menjelang 2020.

Projek yang sama juga akan menyaksikan penjaja yang menjual makanan di gerai-gerai jalanan ditempatkan di pusat makan sehenti yang dinamakan Bazaar Makan di mana pengunjung boleh mencuba dan menikmati masakan Malaysia dan antarabangsa yang terbaik

mee seller stall hawker 141006Pusat makan besar premium itu turut akan mempunyai kedai makanan ternama seperti restoran keluarga, restoran perkhidmatan segera, kafe, bar dan restoran mewah.

Pusat makanan ini juga akan menyediakan daya tarikan seperti taman pancaindera, permainan dan gelanggang acara dan taman permainan, dan kedai runcit kecil seperti kedai serbaneka dan surat khabar.

Setiap Bazaar Makan yang didirikan akan bersaiz lebih kurang 9,000 meter persegi, dengan kapasiti tempat duduk sekitar 3,500
orang.

mamak restaurant fiasco 150606 foodSejumlah 10 Bazaar Makan akan dibina dalam tempoh 10 tahun akan datang di bandar-bandar utama di Malaysia dan usahasama ini akan diuruskan secara persendirian dan oleh Wesria Food Sdn Bhd.

Projek ini melibatkan pelaburan dan pembiayaan sebanyak RM270 juta, di mana hampir 90 peratus daripadanya dicadangkan dari sektor swasta.

Kerajaan berharap Bazaar makan ini mampu akan menghasilkan pendapatan tambahan sebanyak RM230 juta pendatan dalam negara kasar setahun dan mewujudkan 4,200 pekerjaan baru menjelang 2020.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/146566

Audit: K'jaan persekutuan terlebih belanja RM4.83b




Wong Teck Chi
Okt 27, 10
6:08pm

Kerajaan persekutuan telah terlebih belanja RM4.83 bilion tahun lalu. Ini merupakan defisit kedua tertinggi selepas tersasar bajet operasi RM5.7 bilion pada tahun sebelum itu.

“Ini menunjukkan masih terdapat kelemahan dan perancangan kewangan dan pengurusan,” petik Laporan Ketua Audit Negara 2009 sambil menekankan bahawa perbelanjaan sepatutnya hanya dilakukan selepas mendapat kelulusan.

suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia anti corruption commissionLaporan itu juga mendedahkan 11 agensi - termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Perkhidmatan Awam dan 10 kementerian telah berbelanja melebihi bajet operasi mereka sehingga sebanyak RM3.61 bilion.

Ketua Audit Negara juga mendapati 15 kementerian dan agensi terlebih berbelanja RM3.74 bilion bagi 42 projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

dap defence ministry patrol vessels 120405 defence ministry buildingSenarai teratas adalah Kementerian Pertahanan yang terlebih belanja RM2.03 bilion untuk tiga projek, diikuti oleh Kementerian Pelajaran ((RM927 juta untuk empat projek) dan Jabatan Perbendaharaan (RM547 juta untuk dua projek).

Sementara itu, hutang tertunggak oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan pula terkumpul sebanyak RM4.6 bilion atau 13.3 peratus melebihi jumlah RM4.08 bilion yang dicatatkan pada 2008.

Selangor adalah pemiutang terbesar (RM829.86 juta), diikuti Johor (RM809.89 juta), Kedah (RM706.68 juta), Pahang (RM565.08 juta) dan Negri Sembilan (RM504.50 juta).

Jumlah hutang tertunggak itu terus meningkat meskipun RM204.27 juta dalam pembekalan perjanjian air kepada lapan negeri telah diserap oleh kerajaan persekutuan.

Menurut laporan itu 607 (50.5 peratus) daripada 1,203 pinjaman yang disalurkan kepada kerajaan negeri adalah hutang yang diberikan antara satu hingga 13 tahun lalu.

Bagi badan berkanun, Perbadanan Aset Keretapi (RM1.02 bilion) adalah pemiutang terbesar manakala Perwaja Terengganu Sdn Bhd menduduki senarai syarikat dengan hutang terbesar (RM1.8 bilion).

[Baca berita penuh]

Dr Asri: 'Hantu' mana curi wang zakat kita?




Okt 27, 10 3:13pm

Ekoran laporan audit berhubung perbelanjaan dan pelupusan eset Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Isnin lalu didakwa 'mengesahkan' wujudnya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara.

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) berkata, laporan Jabatan Audit Negara - antaranya menyatakan hasrat MAIWP melupuskan 70 penghawa dingin yang masih baik - memerlukan penjelasan dan jawapan sejauh mana ketepatannya.

"Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak. Namun, kita terpaksa nyatakan.

"Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

"Ke mana pergi segala peruntukan ini?" soal pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 yang dikeluarkan Isnin lalu, 70 unit penghawa dingin itu tiada disenaraikan dalam Laporan Lembaga Pemeriksa tetapi pengurusan MAIWP mencadangkannya untuk pelupusan.

Miskin terus merempat

Selain itu, semasa perpindahan ibu pejabat MAIWP pada Februari 2008, sebanyak 348 aset alih bernilai RM136,265 seperti kelengkapan pejabat, perabot dan penghawa dingin ditinggalkan.

Penemuan lain melibatkan kes pembelian barangan hampir RM80,000 yang tidak digunakan, kehilangan aset bernilai RM45,789 serta pembelian minyak yang meragukan dan melebihi kapasiti tangki.

Dalam satu kenyataan awal petang ini, Dr Mohd Asri berkata, pendedahan audit itu amat menghairankan kerana ketika ratusan juta ringgit wang zakat dipungut, si miskin terus menderita dan merempat.

"Hantu manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban?

"Yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian," katanya dengan nada sinis.

Sehubungan itu, tokoh ulama yang terkenal dengan kelantangannya itu berkata, fungsi zakat perlu dimuhasabah semula sejauh mana kejujuran, kesungguhan dan ketelusan pengurusan zakat yang sepatutnya telah lama membangunkan umat Islam.

Ambil kesempatan asnaf amilin

"Apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan adalah isu (yang) didedahkan. Kita tidak tahu bagaimana keadaan pengurusan kewangan umat Islam di negeri-negeri lain.

"Apa yang kita pasti laporan kemiskinan yang menyayat hati terus wujud di pelbagai negeri, sementara kemewahan PUZ (Pusat Urus Zakat) juga ternyata (berlaku) di pelbagai negeri.

"Adakah wujud kesungguhan untuk mereka membaiki keadaan umat Islam? Atau jangan sampai ada mereka yang mengambil kesempatan atas nama asnaf amilin(petugas zakat), sedang tugasan tidak setara mana, tapi habuan yang diambil berlebihan," kata Dr Mohd Asri.

Menurut beliau, kewujudan kes seperti itu mengikis keyakinan rakyat terhadap pengurusan atau integriti "institusi-institusi yang berjenama agama".

"Ia akan menyebabkan rakyat berfikir mereka tidak patut menyerahkan urusan agama kepada institusi-institusi ini yang sentiasa terdedah kepada pelbagai persoalan yang meragukan," katanya.

Sehubungan itu, Dr Mohd Asri berpendapat, perubah pemerintahan secara keseluruhan mungkin satu percubaan yang boleh dibuat dalam membaiki keadaan tersebut.

"Itu pun jika pasukan kerajaan baru mempunyai pemikiran yang bersih, jujur dan terbuka. Jika tidak, hal yang sama akan berulang," tambahnya lagi.

Pendapatan lombong pasir S'gor merosot



Regina Lee
Okt 27, 10
3:02pm


Anak syarikat kerajaan negeri Selangor - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang diberikan hak melombong pasir di negeri itu gagal mencapai sasaran pendapatannya tahun lalu.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2009 perangkaan menunjukkan jumlah pendapatan yang rendah berbanding semasa pentadbiran kerajaan BN dahulu.

Kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat hanya mampu mengumpul RM5.4 juta antara Julai 2008 dan Disember 2009 - jumlah yang dianggap tidak memberangsangkan jika dibandingkan dengan RM8.53 juta yang dikutip daripada Januari 2007 hingga Jun 2008 oleh BN.

“Sasaran RM10 juta tidak dipenuhi, dan mereka hanya mampu mengutip royalti RM4.62 juta,” petik laporan itu.

(Pengerusi KSSB Abdul Shukor Nagor pada Jun lalu memaklumkan kepada jawatankuasa mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan Selangor (Selcat) bahawa syarikat berkenaan telah memberikan bayaran royalti RM5.7 juta kepada kerajaan negeri - perbezaan RM780,000 berbanding perangkaan Laporan Audit)

KSSB, sebuah anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar ditubuhkan pada 2008 bagi menghentikan kes kecurian pasir dan memastikan industri itu dijalankan dengan lebih teratur.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/146550

PM: Siasat salah laku dalam laporan audit

Okt 30, 09 7:06pm

Kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas peringkat tinggi, diketuai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, untuk menyiasat laporan Ketua Audit Negara 2008 dan mengambil tindakan yang sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penyelewengan kewangan dan salah guna kuasa yang disebut dalam laporan itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata penubuhan pasukan petugas itu diluluskan oleh kabinet, yang bermesyuarat hari ini, dan selaras dengan usaha kerajaan untuk merealisasikan budaya prestasi tinggi dalam perkhidmatan awam.

"Kabinet memandang serius laporan itu dan telah memutuskan sebuah pasukan petugas ditubuhkan untuk menyiasat penyelewengan kewangan yang disebut dalam laporan itu.

"Jawatankuasa bukan sahaja akan menyiasat penyalahgunaan kuasa dan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati terlibat dalam penyelewengan kewangan itu tetapi juga mengambil tindakan pentadbiran terhadap mereka yang didapati bersalah tetapi tidak boleh didakwa di mahkamah atas pelbagai sebab," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya.

Pasukan petugas itu akan turut dianggotai Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang sendiri.

Mereka malahan diberikan kuasa untuk meminta bantuan daripada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia jika perlu berbuat demikian, katanya.

"Saya mahu tekankan di sini bahawa kami bukan berniat untuk mencari kesalahan sesiapa, tetapi kami hanya mahu memastikan mereka yang melakukan kesalahan tidak terlepas.

"Kami akan menggunakan undang-undang terhadap mereka yang didapati terlibat dalam penyelewengan tetapi jika terdapat kes yang kami tidak boleh bawa ke mahkamah, kami akan gunakan tindakan pentadbiran seperti diturunkan pangkat atau dipindahkan," kata perdana menteri.

Beliau berkata tindakan yang diambil akan dilakukan secara adil dan akan turut mengambil kira semua faktor dan keadaan.

"Kami juga akan memberikan peluang yang adil untuk mereka yang berkenaan untuk mempertahankan diri.

"Pasukan petugas akan diberikan kuasa untuk memanggil siapa sahaja yang difikirkan sesuai untuk memberi keterangan kepada pasukan petugas.

"Kami juga mahu menunjukkan bahawa malahan mereka yang berada dalam sistem pentadbiran kerajaan juga tidak akan terlepas jika mereka telah mengeluarkan arahan yang salah kepada kakitangan bawahan.

"Kabinet berpendapat tindakan perlu diambil kerana kami tidak mahu kesilapan berulang setiap tahun dan hanya dipaparkan dalam laporan Ketua Audit Negara tanpa sebarang tindakan serius diambil terhadap pelaku kesalahan," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan.

Perdana menteri berkata pasukan petugas akan mengadakan mesyuarat pertama pada Isnin dan meneliti laporan secara berperingkat mengikut kes demi kes.

Beliau menegaskan kerajaan komited untuk mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan awam yang menyalahgunakan kuasa ketika berkhidmat.

"Saya tahu kami tidak boleh mencapai sifar penyelewengan tetapi kami boleh mengurangkan perbuatan seperti itu," katanya.

Perdana menteri berkata dalam pada kerajaan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan ketika berkerja dalam perkhidmatan awam, kerajaan juga akan memberikan ganjaran kepada mereka yang menjalankan kerja dengan cemerlang.

"Kami bukan hanya mengambil tindakan untuk menghukum tetapi juga memupuk budaya prestasi tinggi di mana mereka yang menjalankan kerja dengan cemerlang akan diberikan ganjaran," katanya. BERNAMA

'Sandwich kosong' untuk pelajar, sardin lesap




Regina Lee
Okt 25, 10
3:12pm

Kanak-kanak sekolah yang dijanjikan roti sandwich sardin tetapi hanya dibekalkan dua keping roti dengan marjerin.

Perkara itu didedahkan dalam laporan Ketua Auditor Negara 2009 yang mendapati Rancangan Makanan Tambahan oleh kerajaan tidak menepati apa yang serpatutnya seperti yang berlaku di SK Jeroco di Lahad Datu.

Selain sardin,sandwich yang dijanjikan itu sepatutnya juga mempunyai timun, tomato dan salad, tetapi kanak-kanak itu cuma dibekalkan dengan marjerin.

Selain SK Jeroco, pembekal makanan di lima sekolah rendah yang lainj sekitar Malaysia juga didapati membekalkan kualiti makanan yang jauh lebih rendah daripada menu yang dicadangkan mengikut Rancangan Makanan Tambahan di sekolah-sekolah.

"Selepas maklum-balas daripada pakar pemakanan daripada jabatan pemakanan, Kementerian Kesihatan, kami dapati makanan daripada menu yang dibekalkan boleh menyebabkan pemakanan yang tak seimbang dan akan membantutkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak,” petik laporan Ketua Audit Negara itu.

Bernilai lebih rendah

Enam lagi pembekal didapati menyediakan makanan yang langsung berbeza dengan apa yang dicadangkan dalam program itu, lazimnya makanan berkenaan bernilai lebih rendah daripada sepatutnya.

Rancangan Makanan Tambahan diperkenalkan 30 tahun lalu bagi memberi kanak-kanak kurang berkemampuan makanan percuma pada nilai RM1.80 (di Semenajung Malaysia) dan RM2.05 (di Sabah dan Sarawak).

Namun, laporan Ketua Audit Negara mendapati beberapa kontraktor terus menipu dalam pembekalan makanan kanak-kanak.

Antaranya adalah apa yang berlaku di SJK(C) Choong Hua 2 di Bidor, Perak. Pembekal makanan kantin menyediakan bungkusan mee segera kepada kanak-kanak, di mana sepatutnya mereka dibekalkan dengan bihun goreng.

Antara alasan lazim yang dikemukan oleh sekolah dan juga pembekal adalah “kesukaran mendapatkan bahan mentah, khususnya untuk sekolah di kawasan pedalaman.

Laportan Ketua Audit Negara itu juga mendedahkan kualiti makanan yang rendah di beberapa hospital.

"Dalam persampelan, kami dapati Hospital Sultan Ismail Hospital membekalkan makanan yang berkualiti rendah. Ayam gorengnya masih berdarah, manakala Hospital Besar Pulau Pinang pula menyediakan sup sayur yang mempunyai rambut di dalamnya,” petik laporan itu.

[Baca berita penuh]

Borang bertimbun, PTPTN hadapi defisit RM46bilion




Okt 25, 10 4:34pm

Hampir 82 peratus permohonan yang diterima oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tahun 2008 dan 2009 masih belum diproses.

NONEMenurut Lapran Ketua Audit Negara, 61 peratus daripada 103,525 borang yang diterima pada 2008 dan semua 124,070 borang yang diterima pada 2009 masih belum diproses.

Pasukan audit juga mendapati borang yang tidak lengkap disusun dalam keadaan yang tidak teratur di pejabat Unit Perjanjian di ibu pejabat PTPTN.

Malah, laporan itu juga menyiarkan gambar bagi membuktikan dokumen berkenaan hanya ditutup dengan kanvas dengan penerangan ngambarnya menjelaskan ia bertujuan melindung dokumen itu daripada siling yang bocor.

NONE"Pada pendapat kami, PTPTN sepatutnya melengkapkan perjanjian pinjaman pelajar dengan menandatanganinya pada kadar segera.

"Sebagai tambaha, (borang) perjanjian mesti disimpan dalam cara yang teratur bagi memudahkannya dicari,” petik Laporan Ketua Audit Negara yang diedarkan kepada ahli parlimen hari ini.

Menurut laporan itu, PTPTN akan menghadapi aliran tunai defisit RM45.89 bilion menjelang tahun 2016.


[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/146335

PM: ETP akan berkembang, bukan tindakan tetap

Okt 25, 10 5:17pm

Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan berkembang kerana inisiatif-inisiatif yang dikenal pasti hanya sebagai titik permulaan dan bukan bertujuan menjadi satu pelan induk tetap bagi aktiviti ekonomi Malaysia untuk 10 tahun akan datang.

Banyak inisiatif dan aktiviti baru yang belum lagi difikirkan akan muncul apabila pembaharuan bermula, kemunculan peluang baru dan pembangunan pasaran, demikian menurut laporan ETP-Hala Tuju untuk Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Menurutnya, beberapa projek akan berkembang, sesetengahnya bakal berubah secara radikal manakala sesetengah yang lain akan ditamatkan.

Dipacu oleh sektor swasta, ETP akan mentransformasikan ekonomi Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi dengan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita sekurang-kurangnya RM48,000 menjelang 2020, di mana 74 peratus daripada pertumbuhan ini akan disumbangkan oleh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

ETP akan mencipta lebih tiga juta pekerjaan dengan sebahagian besar daripadanya merupakan yang berpendapatan sederhana atau tinggi.

Dalam penilaian impak kepada PNK, setiap makmal NKEA telah mengenal pasti inisiatif yang diklasifikasikan sama ada sebagai projek permulaan (EPP) atau peluang perniagaan.

EPP adalah projek yang akan menjana pencapaian berimpak besar dengan pantas dan ia merupakan inisiatif yang menentukan dengan jelas di mana para pelabur telah dikenal pasti, pelan perlaksanaan yang terperinci telah diwujudkan serta keperluan pembiayaan telah dinyatakan.

Kerja-kerja yang dilakukan di makmal ETP mencadangkan bahawa EPP boleh menyumbangkan sehingga 31 peratus daripada pertumbuhan PNK tambahan yang dikehendaki dan tambahan 10 peratus melalui kesan penggandaan.

Peluang perniagaan boleh menyumbang tambahan 33 peratus lagi sementara baki 26 peratus pertumbuhan PNK tambahan dijangka akan datang dari sektor lain (bukan NKEA).

Menurut Hala Tuju tersebut, empat NKEA iaitu minyak, gas dan tenaga, perkhidmatan kewangan, minyak sawit serta pemborongan dan peruncitan, diunjurkan menyumbang 60 peratus pertumbuhan tambahan antara 11 sektor NKEA , tidak termasuk Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang.

Kebanyakan daripada inisiatif yang dirancang berasaskan kepada liberalisasi pasaran dan peningkatan persaingan, katanya.

Faktor ini amat penting untuk menarik syarikat multinasional ke Kuala Lumpur, membangunkan paksi kewangan serantau dalam usaha merangsang pertumbuhan dalam perkhidmatan kewangan Islam.

Liberalisasi harga gas dan pengurangan subsidi juga akan mewujudkan disiplin pasaran yang lebih kukuh.

Pertumbuhan ekonomi akan didorong oleh inovasi dan anjakan kepada aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dengan tumpuan diberikan kepada kualiti dan pembaikan standard.

Dalam NKEA, pertumbuhan akan ditumpukan pada sub-sektor di mana Malaysia mempunyai kelebihan daya saing yang mampan.

Sebagai contoh, bagi perkhidmatan kewangan, bidang pertumbuhan utama adalah dalam perkhidmatan kewangan Islam di mana Malaysia mempunyai rekod prestasi cemerlang.

Bagi sektor minyak, gas dan tenaga pula, Malaysia berada dalam kedudukan yang amat mantap untuk membangunkan hab perkhidmatan medan minyak serantau disebabkan ketersediaan industri minyak dan gas tempatan serta kedudukan negara yang berdekatan dengan kawasan medan minyak di rantau ini.

Menjelang 2020, struktur ekonomi Malaysia akan berubah dengan ketara, di mana sektor perkhidmatan akan mempunyai bahagian yang lebih besar dalam ekonomi dengan menyumbang sebanyak 65 peratus kepada Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK) daripada 58 peratus pada 2010.

Penggunaan domestik akan menjadi pemacu utama pertumbuhan, dengan menyumbang 59 peratus kepada KDNK menjelang 2020 berbanding 54 peratus pada 2010.

Ini bermakna Malaysia akan mengurangkan pergantungannya kepada eksport sebagai pemacu permintaan dan akan setanding dengan ekonomi maju seperti Taiwan dan New Zealand dari segi pertumbuhan permintaan domestik.

- Bernama

Laporan ETP: Mengukuhkan sektor pendidikan swasta

Okt 25, 10 5:25pm

Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pendidikan menumpukan kepada pengukuhan Sektor Pendidikan Swasta (PES) dengan meningkatkan penggunaan dan pelaburan serta pengembangan eksport pendidikan.

Menurut Laporan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dikeluarkan PEMANDU, kerajaan membayangkan kepada penjenamaan semula Malaysia - daripada sebuah tempat pendidikan sementara kepada sebuah pusat pendidikan terpilih yang besar dan penting dan rangkaian pendidikan global.

"Kami membayangkan pada tahun 2020, bidang pendidikan akan menjadi sebuah perniagaan besar yang mampu memberi impak ketara kepada Pendapatan Negara Kasar(PNK), tersebar luas dan mampan, sambil meningkatkan standard dan meluaskan askes kepada pendidikan. Maka, dengan itu barulah Malaysia mampu untuk membangunkan sekumpulan insan berbakat bagi sebuah negara maju," demikian menurut laporan itu, yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur, hari ini.

NKEA Pendidikan disasarkan untuk meningkatkan jumlah sumbangan kepada PNK sebanyak RM60.7 bilion menjelang 2020 berbanding RM27.1 bilion pada 2009.

Oleh kerana pembangunan sektor awam dijangka terhad, sasaran ini memerlukan PES tumbuh enam kali ganda menjelang 2020 dan ini memerlukan pembiayaan sejumlah RM20 bilion dalam tempoh 10 tahun, dengan hanya enam peratus merupakan pembiayaan awam baru.

Dengan pencapaian ini, sebanyak 535,000 pekerjaan tambahan akan diwujudkan di mana kebanyakannya dalam dalam bidang profesional.

Pendaftaran pelajar asing akan ditingkatkan sebanyak tiga kali ganda daripada 70,000 pada masa ini kepada 200,000 menjelang 2020.

"Selain daripada impak PNK, kami (kerajaan) menggambarkan sektor pendidikan akan memberi impak ketara terhadap pembangunan sosioekonomi negara, menerusi pelbagai titik sentuh pendidikan.

"Dengan itu, kami (kerajaan) memperlihatkan sektor pendidikan swasta akan memainkan peranan pelengkap kepada sektor awam dalam melaksanakan keberhasilan pendidikan dan objektif kerajaan seperti digariskan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan," menurut laporan itu.

Untuk mencapai sasaran ini, empat segmen pendidikan diberi keutamaan berdasarkan saiz pasaran dan potensi pembangunan masa hadapan -- pendidikan tertiari (kedua-dua penuntut tempatan dan asing); pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT); pendidikan asas (rendah dan menengah) dan penjagaan awal kanak-kanak dan pendidikan awal (ECCE).

Sejumlah 13 Projek Permulaan (EPP) dibangunkan meliputi empat segmen ini berdasarkan kepada impak PNK dan potensi untuk memangkinkan lebih banyak peluang perniagaan dan pelaburan.

EPP ini dijangka dapat meningkatkan standard pendidikan secara menyeluruh (ditakrifkan dalam konteks asas, kualiti dan ekuiti yang lebih baik), berupaya mencapai transformasi besar berbanding perubahan penambahan yang kecil, dan mencapai keberhasilan ketara dalam tempoh 10 tahun.

EPP berkenaan terbahagi kepada tiga tema. Tema yang pertama adalah penskalaan ke atas dengan cepat; kedua inisiatif penumpuan dan pengkhususan serta ketiga inisiatif menjana permintaan.

Penskalaan ke atas dengan cepat untuk membangunkan rangkaian sekolah swasta berkualiti tinggi atau meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam pasaran tidak bersepadu dan belum matang meliputi pusat penjagaan awal kanak-kanak dan pusat pendidikan awal; penambahbaikan penjagaan awal kanak-kanak dan latihan pendidikan; sekolah antarabangsa; mengembangkan latihan guru swasta; penyediaan latihan kemahiran swasta dan mengembangkan pengajian jarak jauh antarabangsa.

Tema kedua adalah inisiatif penumpuan dan pengkhususan yang meliputi pembangunan kelompok disiplin pendidikan kewangan dan perniagaan Islam; pendidikan sains kesihatan; kejuruteraan lanjutan, sains dan inovasi; hospitaliti dan pelancongan dan melancarkan Educity@Iskandar.

"Satu daripada cabaran kita adalah jurang kualiti yang besar, khususnya di peringkat tertiari di mana perkaitan industri adalah penting. Contoh amalan terbaik daripada negara lain yang berada dalam keadaan setara menunjukkan bahawa langkah ke hadapan terletak dalam pembangunan rangkaian bersepadu institusi merangkumi satu atau lebih fasa dalam rantaian nilai pendidikan," menurut laporan itu.

Tema ketiga meliputi sokongan penjenamaan Malaysia sebagai sebuah pusat pendidikan antarabangsa dan memperkenalkan kerjasama awam swasta dalam pendidikan asas.

"Inisiatif ini bertujuan meningkatkan rasa kesanggupan individu untuk membayar bagi kursus berkualiti yang ditawarkan, dan untuk mengeksport pendidikan dengan membangunkan Malaysia sebagai pusat pendidikan serantau," menurut laporan itu.

Secara terkumpul, EPP ini akan menyumbang sebanyak RM19 bilion dalam peningkatan PNK terhadap sumbangan sektor ini. Digabungkan dengan anggaran RM14.3 bilion PNK dalam peluang perniagaan dan pertumbuhan garis dasar, sektor ini akan mempunyai sasaran keseluruhan RM60.7 bilion dalam PNK.

Ringkasnya, sasaran kritikal dan peristiwa penting dalam tempoh enam hingga 12 bulan NKEA Pendidikan adalah menandatangani 10 perjanjian timbal balik untuk menubuhkan pusat latihan ECCE; mewujudkan pertambahan 1,000 tempat pengajian di sekolah antarabangsa; menubuhkan uiversiti pintu masuk pendidikan jarak jauh dengan pengambilan pelajar kumpulan pertama.

Menubuhkan kelompok disiplin dengan pengambilan pelajar kumpulan pertama untuk pendidikan kewangan dan perniagaan Islam; perkhidmatan kesihatan; kejuruteraan lanjutan serta hospitaliti dan pelancongan; membuka dua buah institusi baru di Educity@Iskandar dan menubuhkan lima buah pejabat baru antarabangsa untuk pemasaran antarabangsa.

- Bernama

Pengimbas jutaan ringgit tersadai, kurang diguna




Wong Teck Chi
Okt 25, 10
6:21pm

Jutaan ringgit dana rakyat dibazirkan oleh agensi kerajaan kerana sejumlah mesin pengimbas yang dibeli tidak digunakan sepenuhnya, demikian didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 yang dibentangkan di Parlimen hari ini.

Ini termasuk empat mesin pengimbas jenis Mobile Rapidscan MAX 3345 dan sebuah jenis Portal THSCAN HS 3000 yang dimiliki oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan ditempatkan di pejabat jabatan berkenaan di seluruh negara yang menelan belanja sebanyak RM 31.96 juta.

Semua mesin ini yang dibeli pada 2003 itu didapati langsung tidak digunakan atau tidak digunakan secara optimum oleh agensi kerajaan berkenaan sejak beberapa tahun lalu kerana kekurangan pegawai yang berpengalaman mengendalikannya atau disebabkan masalah teknikal.

Tiada justifikasi, beli tanpa kelulusan

Paling mengemparkan ialah pada 14 Januari tahun ini, Jabatan Kastam diberi kelulusan untuk melanjutkan tempoh kontrak perkhidmatan penyenggaraan secara rundingan terus selama dua tahun untuk pengimbas jenis Mobile Rapidscan Max 3345 di Kompleks Kargo, Tanjung Puteri sedangkan ia tidak beroperasi sejak 2006 dan dalam proses pelupusan.

Anggaran kos kontrak penyenggaraan bagi tujuh mesin pengimbas jenis Mobile Rapidscan Max 3345 di seluruh negara itu berjumlah RM4.55 million.

"Pihak Auditor tidak dapat menentukan justifikasi pelanjutan tempoh kontrak berkenaan memandangkan Jabatan Kastam sedang menunggu keputusan pelupusan / dalam proses menjalankan kajian kesesuaian penggunaan semua mesin pengimbas tersebut," laporan audit itu dipetik.

Pihak Auditor juga mendapati sejumlah RM1.17 juta dibayar untuk penyenggaraan mesin pengimbas yang tidak beroperasi.

Berhubung pengimbas Soter RS yang bernilai RM1.48 juta yang ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA yang dibeli pada Ogos 2008 untuk menangani penyeludupan dadah, Laporan Ketua Audit Negara mendapati pembelian dibuat tanpa mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

“(Pembelian tanpa kelulusan) dibuat berdasarkan keperluan mendesak bagi mengimbas kemasukan barangan bahaya seperti dadah yang berada pada tahap membimbangkan.”

Namun pengimbas itu tidak dapat digunakan sehingga Januari 2010 kerana pegawai Jabatan Kastam tidak mempunyai kepakaran bagi mengendalikannya.

Laporan itu juga mendedahkan sehingga 4 Februari tahun ini, pengimbas itu telah hanya digunakan untuk lapan kali.


[Baca berita penuh]

Ketua Audit: Hutang negara pada paras tertinggi

Okt 25, 10 8:03pm

Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.

Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen hari ini.

Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu.

Ketika itu Najib juga mendakwa hutang itu hanya mencakupi 34.3 peratus KDNK.

Dalam laporannya hari ini, Ketua Audit Negara menjelaskan hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kerana hutang dalam negara yang semakin membesar.

Hutang kerajaan di dalam negara (domestic debt) pada tahun lalu adalah RM348.60 bilion atau 96.2 peratus keseluruhan hutang Kerajaan Persekutuan

T'ganu: 18.2 peratus saja bawa eBook ke sekolah

Andrew Ong
Okt 26, 10
4:17pm

Kajian yang membabitkan kanak-kanak sekolah di Terengganu yang terlibat dengan skim 'satu pelajar satu komputer' menunjukkan hanya 18.2 peratus daripada 908 pelajar berkenaan membawa komputer riba mereka ke bilik darjah.

Skim kerajaan negeri Terengganu yang bernilai RM24.98 juta itu bertujuan membekalkan komputer riba percuma kepada pelajar tahun 5, sekolah rendah - di bawah program eBook - sebagai alat bantuan pembelajaran dan menggantikan buku teks.

Namun kajian yang dibuat oleh Jabatan Ketua Audit Negara mendapati kebanyakan pelajar tidak membawa eBook ke sekolah dengan pelbagai alasan.

Paling utama adalah jangka hayat bateri yang dibekalkan tidak mampu bertahan lama. Mengecas bateri, hanya boleh bertahan untuk sejam dan bilik darjah tidak mempunyai soket elektrik mencukupi untuk tujuan itu.

Terdapat juga aduan, mengenai kesukaran membuat kerja rumah dan mengambil nota di komputer riba, di samping kebimbangan peralatan canggih itu dicuri ketika di sekolah.

Selain itu, laporan Ketua Audit Negara itu juga menyatakan kebanyakan guru masih menggunakan buku teks kerana mereka tidak dibekalkan dengan komputer riba.

Satu lagi kajian menunjukkan 92.5 peratus daripada ibu-bapa yang dibanci percaya bahawa program eBook percuma itu berjaya membantu membasmi kadar buta komputer.

Ia juga mendapati 84.5 peratus guru mahu program eBook programme diteruskan tetapi kebanyakan mereka mengakui bahawa mereka tidak dilatih menggunakan komputer, mahupun dibekalkan dengan peralatan berkenaan.

Kebanyakan peljar juga berkata eBook mereka mudah rosak dengan 73.6 peratus berpunca akibat terkena virus komputer.

[Baca berita penuh]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...