Wednesday, November 10, 2010

SUA PKR: 6 aduan saja, kenapa riuh di luar?

Salhan K Ahmad
Nov 9, 10
4:34pm

Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata setakat ini hanya enam aduan rasmi diterima berhubung perjalanan pemilihan pimpinan tertinggi PKR.

Sekali gus, beliau menyisihkan dakwaan yang ditimbulkan daripada dua calon timbalan presiden, Datuk Zaid Ibrahim dan Mustaffa Kamil Ayub sebelum ini tentang jumlah aduan yang dianggap banyak.

"Di tengah hiruk pikuk ini, jawatankuasa pemilihan pusat hanya terima enam aduan secara rasmi.

"Kenapa masih riuh di luar sedangkan hanya enam aduan diterima," katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya petang ini.

Jelasnya, tiga daripada aduan tersebut masing-masing diterima dari Pulau Pinang, Kelantan dan Negeri Sembilan.

Saiffuddin berkata, dua daripada aduan itu diterima daripada jentera kem Zaid manakala selebihnya daripada "individu lain" dalam parti itu.

"Yang lain itu berkaitan proses pemilihan di sebanyak 87 cabang yang sudah lakukan pemilihan (MPP)," katanya yang juga anggota parlimen Machang.

Tambahnya, aduan berkenaan termasuk satu dakwaan melibatkan "kata-mengata" yang dilakukan terhadap pemimpin parti.

Katanya, pemilihan juga akan tetap diteruskan di sebanyak lebih 100 cabang lagi.

Tambahnya, parti itu juga telah mengambil kira sebanyak enam daripada tujuh saranan yang dikemukakan Zaid dalam pemilihan kali ini.

"(Cuma) kertas undi telus cahaya kita tak buat sebab tak cukup duit," katanya lagi.

Harga naik, pekebun kecil peroleh RM4,000 sebulan

Harga naik, pekebun kecil peroleh RM4,000 sebulan
Nov 9, 10 4:08pm

Berikutan harga getah SMR20 yang mencatat paras tertinggi dalam sejarah negara semalam, membolehkan kira-kira 350,000 keluarga pekebun kecil getah mendapat keuntungan kasar sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata harga getah SMR20 yang mencatat harga RM12.44 sekilogram semalam menunjukkan trend yang melonjak sejak beberapa bulan lalu.

"Kita dapat melihat sejak beberapa tahun, antara komoditi yang stabil adalah getah. Ia mengupayakan pendapatan penduduk luar bandar dengan stabil," katanya kepada pemberita pada majlis Hari Inovasi dan Kualiti Risda, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau yakin komoditi berkenaan bukan sahaja akan memberikan sumbangan kepada pendapatan negara malah masyarakat luar bandar khusunya pekebun kecil.

Sehubungan itu, Program Tanam Semula Risda diberikan peruntukan sebanyak RM217 juta tahun ini untuk kawasan seluas 131,528 hektar membabitkan 52,000 orang pekebun kecil, katanya.

Shafie berkata sehingga September lalu, seluas 96,215 hektar atau 73 peratus program berkenaan sudah dilaksanakan.

Mengenai cadangan untuk mewujudkan Risda Holdings, beliau berkata, ia akan menjadi sebagai satu apex yang berfungsi sebagai sebuah syarikat induk ke arah pencapaian yang lebih baik pengurusan 10 agensi di bawah pihak berkuasa berkenaan.

"Ia masih dalam peringkat kementerian. Agensi yang ada kena ada penyusunan semula, kemas kini dan lebih fokus jika ada badan yang memantau bagi prestasi lebih baik," katanya.

Beliau berkata Risda Holdings akan dimulakan dengan modal berbayar sebanyak RM50 juta dan akan diwujudkan akhir tahun ini.

Sehingga September lalu, 10 syarikat berkenaan mencatatkan keuntungan sebanyak RM12.47 juta, katanya.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/147708

Anwar tak layan mereka yang tak sanggup kalah

Nov 9, 10 3:38pm

Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap bidasan terbuka oleh Datuk Zaid Ibrahim, yang menggesanya supaya berundur sebagai ketua umum PKR mungkin ada kaitan dengan 'kempen bersepadu' untuk mencemarkan nama baiknya sebagai ketua pembangkang.

"Itu pendapat peribadinya (Zaid). Jika ada konsensus daripada kepimpinan yang saya harus berundur saya akan patuhinya tetapi saya tidak pernah mendengar perkara seumpama itu,” kata Anwar apabila diminta mengulas bidasan Zaid pada sidang medianya hari ini.

Bercakap kepada wartawan di lobi parlimen, petang ini, Anwar berkata beliau tidak akan melayan lagi karenah Zaid yang dalam kemarahan ketika ini.

Beliau juga mempersoalkan kesangsian masa yang digunakan untuk menyerang dirinya dan naib presiden PKR Azmin Ali.

"Seperti yang diketahui terdapat kempen bersepadu di Utusan (Malaysia) menggunakan bekas mufti Perlis, Mohd Asri Zainal Abidin dan lidah pengarang akhbar itu tuntut saya letak jawatan.

"Saya tidak tahu ini sebahagian daripada kempen itu. Saya tidak tahu tetapi memang ada usaha bersepadu untuk singkirkan Anwar.”

Katanya, jika ada desakan daripada Pakatan Rakyat menuntut beliau mengundurkan diri, beliau mungkin mempertimbangkannya.

Namun, Anwar berkata beliau tidak akan melayan serangan daripada luar parti dan mereka yang tidak dapat menerima kekalahan.

Utusan baru-baru ini menyiarkan artikel yang memetik Mohd Asri menggesa Anwar dan semua pemimpin “dinosaur” PKR supaya meninggalkan gelanggang politik.

Semalam, Zaid membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa beliau menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan meletakkan semua jawatannya dalam parti.

Mustaffa beri PKR 48 jam hentikan pemilihan parti

Mustaffa beri PKR 48 jam hentikan pemilihan parti
Nov 9, 10 1:36pm

Calon timbalan presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub memberi amaran pihaknya akan mengambil tindakan yang lebih tegas 'demi mempertahankan prinsip keadilan' sekiranya desakan supaya pemilihan PKR 2010 diberhentikan dalam tempoh 48 jam, tidak diendahkan.

"Pemilihan kepimpinan pusat Keadilan sedang berlangsung sejak 28 Oktober 2010. Sehingga kini terdapat 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, hari ini, beliau dan teman-teman akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden PKR dan pengerusi jawatankuasa pemilihan pusat (JPP).

"Antara lain dalam memorandum ini kami mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus yang diperkenalkan pada tahun ini amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh perwakilan yang meluluskan pindaan perlembagaan parti dalam Kongres Khas Jun 2009.

"Kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil.

"Integriti JPP amat dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan yang di antara lain berkenaan tindakan-tindakan ahli-ahli JPP dan pengawas pemilihan yang bertindak memihak, berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi," tambahnya.

Oleh itu, Mustaffa berkata, pihaknya juga mendesak supaya JPP mengisytiharkan pemberhentian pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum ini.

Semalam, seorang lagi calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

http://malaysiakini.com/news/147688

K'tan cadang separuh gaji ADUN dalam dinar

K'tan cadang separuh gaji ADUN dalam dinar
Nov 9, 10 12:59pm

Separuh daripada gaji ADUN Kelantan mungkin dibayar dalam bentuk dinar dan dirham, Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pihaknya sedia untuk memanjangkan cadangan itu kepada Jabatan Perbendaharaan Negeri untuk diperhalusi.

"Kita cadang bawa perkara ini kepada pertimbangan kerajaan negeri dan juga Jabatan Perbendaharaan Negeri.

"Jika tiada apa halangan, kita mungkin akan melaksanakan separuh bayaran gaji kepada wakil rakyat dalam bentuk dinar dan dirham," katanya menjawab soalan Arifabillah Ibrahim (PAS-Dabong).

Beliau bagaimanapun berkata cadangan pembayaran separuh bayaran gaji dengan menggunakan dinar dan dirham bergantung kepada pilihan para Adun sendiri.

"Atas pilihan masing-masing, kita boleh bayar menggunakan mata wang itu kepada mereka yang setuju, tetapi bagi yang tidak setuju, kita boleh terus bayar dengan duit kertas," kata Husam.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/147680

Anwar, Azmin punca segala masalah PKR, kata Zaid

Anwar, Azmin punca segala masalah PKR, kata Zaid
Nov 9, 10 12:12pm

Datuk Zaid Ibrahim hari ini terus membidas kepimpinan PKR dengan mencadangkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presidennya, Azmin Ali supaya berundur.

"Anwar dan Azmin mesti berundur kerana mereka punca segala masalah (dalam PKR).

"Saya di sini bukan untuk maki hamun. Semua masalah menunjukkan dengan jelas ia bermula dari diri Anwar sendiri," kata Zahid (atas, kanan).

Apabila diminta wartawan mengulas lanjut kenyataannya, Zaid berkata Azmin perlu menarik diri daripada pemilihan jawatan timbalan presiden PKR yang sedang berlangsung manakala Anwar pula harus berundur dari kepimpinan parti.

"Saya berpendapat Anwar mempunyai banyak sangat isu peribadi dan Azmin juga mempunyai banyak isu. (Azmin) perlu banyak lagi belajar.

"Saya fikir Azmin hendaklah dilucutkan kelayakannya (bertanding timbalan presiden PKR) kerana anda tidak boleh, kalau di cabang itu yang tidak memihak kepadanya, maka disuruh cabang itu bermesyuarat semula. Orang yang menyalah gunakan kuasa mestilah dilucutkan kelayakan," kata Zahid.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, perubahan kepimpinan parti perlu dilakukan jika PKR mahu kekal relevan dalam politiknegara.

"Apa yang terjadi pada pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) ini adalah daripada kelemahan Anwar sendiri. Beliau hendaklah menerima ini kerana ini bukanlah masanya untuk menafikan. Jika anda mahukan perubahan untuk negara, anda hendaklah ikhlas. Saya mohon maaf kerana cakap ini tetapi inilah masalahnya yang saya hendak luahkan.

"Pada hakikatnya kita tidak dapat menganjurkan satu pemilihan parti yang baik dan menunjukkan bahawa kita lemah. Kita gagal dan saya mahu mengubah ini kerana saya fikir rakyat dan parti berhak mempunyai yang lebih baik," katanya.

Zaid yang juga bekas calon timbalan presiden PKR berkata sepatutnya parti tidak boleh ada pemimpin yang lemah dan selalu menyalahkan orang lain.

Pada sidang media yang sesak dengan wartawan dan juga penyokongnya di rumahnya di Petaling Jaya, titik permulaan adalah selepas pilihan raya umum 2008.

"Saya fikir ia bermula selepas 3/08. Selepas kemenangan besar, ramai yang mula memasang angan-angan, mereka mulai hilang fokus,” kata Zaid.

Menurutnya PKR perlu menyingkirkan kepimpinannya yang ada sekarang dalam usaha bergerak ke depan semula selepas menghadapi krisis sepanjang tahun lalu, khususnya dengan beberapa ahli parlimen dan ADUNnya meninggalkan parti itu.

"Perlu ada fokus baru, kepimpinan baru. Anwar sebagai ketua umum telah gagal memastikan parti itu bersatu.

"Seperti sekarang, beliau juga gagal memimpin pembangkang ke depan dengan polisi baru; seperti mana dia gagal pada 16 September; seperti mana dia gagal mengekalkan keutuhan (gabungan Pakatan Rakyat) di Perak dengan membiarkan MP PKR berpaling tadah; seperti mana pembangkang dimalukan dan menjadi tidak keruan di Batu Sapi.

"Perlu diiktiraf bahawa Pakatan Rakyat tidak akan berkembang dengan Anwar sebagai terajunya.

"16 Sept (hasrat PKR ambil alih kerajaan) telah gagal, kita salahkan BN, kita tewas di Perak, kita juga salahkan BN, anggota Parlimen kita lompat parti, kita salahkan BN, sudah tiba masanya kita mesti katakan kita lemah," kata Zaid.

Ditanya siapa yang sepatutnya menjadi ketua PKR yang baru, Zaid dalam nada gurau berkata: "Saya fikir saya boleh. Tetapi terpulang kepada rakyat menentukannya.”

Bagi memastikan kelangsungan PKR, beliau berkata parti memerlukan pucuk pimpinan yang baru, kekuatan dan fokus yang baru sekurang-kurang mereka yang sanggup menerima kelemahan parti.

"Bukan saya tidak menghargai sumbangan Anwar tapi zaman dah berubah.

"Saya juga nak lihat parti kuat, supaya kerajaan akan lebih bertanggungjawab, telus inilah politik saya. Saya bukan buat ini untuk menunjuk-nunjuk," katanya.

Dalam pada itu, beliau menafikan kenyataan Anwar bahawa tindakannya melepaskan semua jawatan termasuk menarik diri daripada bertanding bukanlah disebabkan beliau tidak menerima undi yang banyak di Sabah.

"Tak betul saya bangkitkan perkara ketidaktelusan ini selepas saya kalah undi di Sabah. Perkara ini telah saya bangkitkan lama dulu. Bagaimanapun ini bukan agenda peribadi saya" katanya.

Beliau menegaskan bahawa meskipun telah melepaskan semua jawatan, beliau tidak akan keluar daripada PKR.

"Jika semua anggota parti tidak menerima apa yang disuarakannya hari ini, saya akan fikirkan pilihan yang lain," katanya.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/147667

PKR: Zaid secara sah masih bertanding

Abdul Rahim Sabri
Nov 8, 10
4:39pm

Calon timbalan presiden PKR Datuk Zaid Ibrahim dianggap masih bertanding jawatan tersebut sehingga Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) membuat keputusan berhubung penarikan beliau.

"JPP akan buat keputusan. Tidak ada surat rasmi (daripada Zaid). Selepas diterima, JPP akan membuat keputusan... Beliau kena tulis surat (penarikan diri)," kata timbalan setiausaha agung Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman.

NONESharifah Shahidah berkata JPP dijangka mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan perkara tersebut.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung status kedudukan Zaid yang juga pengerusi PKR Wilayah Persekutuan yang menarik diri bertanding jawatan timbalan presiden pagi ini.

Zaid membuat pengumuman mengejut menarik diribertanding jawatan timbalan presiden dan melepaskan semua jawatannya dalam PKR kerana mendakwa sepanjang pemilihan PKR, kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penyelewengan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

Pada sidang media di ibu pejabat parti, Sharifah Shahidah berkata beliau terkejut dengan keputusan Zaid yang mengundurkan diri setelah hanya 87 daripada 222 cabang PKR selesai mengadakan pemilihan yang memasuki minggu kedua berakhir semalam.

Ditanya mengenai dakwaan terdapatnya tuduhan penyelewengan pemilihan yang menyebabkan Zaid berbuat demikian, Sharifah Shahidah enggan mengulas.

Pada sidang media yang sama, Sharifah Shahidah juga mengumumkan keputusan rasmi 78 daripada 87 cabang yang selesai mengadakan pemilihan mereka.

azlanKeputusan rasmi bagi jawatan timbalan presiden, Azmin Ali mendapat 4,378 undi, manakala Zaid memperolehi 3,410 undi dan Mustaffa mendapat 1,181 undi.

"Esok kita akan mengemaskini keputusan untuk 87 cabang itu," katanya sambil menambah ibu pejabat parti sedang menunggu kertas keputusan rasmi daripada sembilan cabang.

Sembilan cabang berkenaan adalah Kota Kinabalu, Sandakan, Libaran, Sepanggar, Sipitang, Putatan, Beluran,Tawau dan Pasir Mas.

Bagaimanapun semakan Malaysiakini bagi 87 cabang yang berakhir semalam - keputusan tidak rasmi - Azmin terus di depan dengan majoriti 2,620 undi.

Nurul mendahului

Beliau secara keseluruhan mendapat 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 manakala Mustaffa pula mendapat 1,215 undi.

azlanBagi jawatan naib presiden, empat pemimpin yang mendapat undi terbanyak adalah ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar 4,845 undi; ahli parlimen Batu Tian Chua 3,933 undi, timbalan ketua menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman 3,552 undi dan ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh 3,370.

Bagi jawatan ketua Angkatan Muda PKR (AMK) penyandangnya Shamsul Iskandar mendapat 1,455 undi. Manakala pencabarnya ahli MPP Badrul Hisham Shahrin mendapat 1,428 undi.

Bagi jawatan Ketua Wanita PKR pula Zuraida Kamaruddin terus mendahului dua pencabarnya dengan mendapat 1,568 undi.

Dua lagi Animah Ferrar mendapat 489 undi manakala Suraya Sudin memperolehi 570 undi.

http://malaysiakini.com/news/147609

Saya di sebalik segala-galanya, acah Azmin

Saya di sebalik segala-galanya, acah Azmin
Salhan K Ahmad
Nov 8, 10
3:11pm

Naib presiden PKR Azmin Ali enggan mengulas mengenai dakwaan bahawa beliau terlibat dalam proses pemilihan parti itu yang sedang berlangsung sehingga menyebabkan pencabarnya Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden hari ini.

Ketika ditanya mengenai dakwaan tersebut, beliau secara berjenaka berkata "malangnya saya adalah (dalang) di sebalik segala-galanya."

Bercakap selepas sesi pembentangan bajet 2011 di bangunan DUN Selangor hari ini, Azmin berkata beliau menyerahkan dakwaan-dakwaan berkenaan supaya disiasat oleh setiausaha agung Saifuddin Nasution dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat.

"Saya tidak berada dalam kedudukan untuk membuat apa-apa komen berkenaan hal itu, dan saya percaya setiausaha agung telah membuat satu kenyataan keras semalam untuk menjelaskan keadaan itu.

"Demi kebaikan keseluruhan proses (pemilihan) ini, saya rasa kita patut benarkan setuausaha agung dan JPP untuk menyiasat aduan ini dan bertindak sewajarnya," katanya lagi.

Beliau juga menyifatkan keputusan Datuk Zaid Ibrahim untuk mengundurkan diri daripada pemilihan timbalan presiden PKR sebagai satu "keputusan peribadi."

"Itu keputusan dia, daripada awal saya melihat ini adalah satu persaingan sihat di dalam parti dan merupakan satu pertandingan persahabatan di kalangan pimpinan untuk menawarkan khidmat.

"Dan sekiranya benar beliau mengambil keputusan (menarik diri), itu adalah keputudsan peribadinya walaupun saya melihat daripada awal penglibatan Datuk Zaid dalam parti adalah untuk bersama untuk membawa perubahan," katanya lagi.

Azmin yang kini mendahului pencabar lain dengan majoriti sebanyak 2,620 undi setakat ini juga berkata, semua pihak perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh anggota parti, khususnya di negeri sabah dalam dua hari semalam.

"Saya berasa gembira untuk menyatakan bahawa sokongan terhadap saya sejak dua minggu lalu adalah amat memberansangkan.

"Ini adalah proses demokrasi dalam parti yang harus diterima oleh calon yang bertanding dalam pemilihan parti.

Ditanya sekiranya tindakan Zaid mengundurkan diri daripada bertanding hari ini akan memberi kemenangan kepadanya, Azmin berkata beliau tidak mahu membuat apa-apa spekulasi.

"Sebab ada lagi beberapa negeri yang akan menjalankan pemilihan pada hujung minggu ini dan hujung minggu depan.

"Kita akan tunggu sehingga cabang yang terakhir bermesyuarat pada 21 November sebelum kita buat rumusan mengenai proses ini,

"Pemilihan akan berterusan dan saya yakin anggota parti dapat melihat ini sebagai satu proses demokrasi dalam parti.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 87 cabang yang telah mengadakan pemilihannya, Azmin - kini naib presiden - di depan dengan 6,525 undi, manakala Zaid mendapat 3,905 diikuti Mustaffa Kamil Ayub dengan 1,215 undi.

http://malaysiakini.com/news/147594

Anwar: Keputusan Zaid kerana kekalahan di Sabah

Nov 8, 10 11:36am

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk Zaid Ibrahim mungkin telah membuat keputusannya untuk mengundurkan diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden parti itu berikutan prestasi yang mengecewakan pada pemilihan di Sabah pada hujung minggu lalu.

Namun beliau tidak mahu menglas lanjut status Zaid sehingga membaca apa yang ditulis oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu di blognya.

"Saya tidak mahu ulas lanjut hingga saya baca apa yang ditulis oleh Zaid kerana bimbang mungkin salah tafsirnya.”

Berhubung dakwaan Zaid, beliau menarik diri kerana PKR membenarkan penyelewengan dan penipuan pada pemilihan itu bagi mencapai tujuan mereka, Anwar berkata isu berkenaan telah ditangani oleh setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya, Saifuddin telah menjelaskan secara panjang lebar berhubung dakwaan penipuan undi oleh penulis blog, Haris Ibrahim dengan menjelaskan bahawa kertas undi yang berlainan warna dikeluarkan setiap minggu.

"Saya sendiri tidak tahu (warna kertas undi itu). Ia langkah bijak oleh pihak parti,” katanya.

Turut mengiringi Anwar adalah presiden PKR yang juga adalah isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar berkata Zaid tetap mempunyai peranan dalam PKR di sebalik hasratnya untuk melepaskan semua jawatan dalam parti.

Beliau ditemui selepas memfailkan beberapa pindaan berhubung notis rayuan qazaf supaya pihak pendakwaan mengenakan tindakan ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Perebutan jawatan timbalan presiden PKR menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Zaid, dua naib presiden PKR - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub.

Sabah, sebelum ini disebut sebagai kubu kuat Zaid bagi mendapatkan undi setelah ketinggalan hampir 700 undi pada minggu lalu.

Namun perkara itu tidak menjadi kenyataan tetapi sebaliknya, selepas lebih satu pertiga daripada kira-kira 200 cabang PKR melangsungkan pemilihannya, Azmin terus mengungguli jawatan nombor dua dalam parti itu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 87 cabang yang telah mengadakan pemilihannya, Azmin - di depan dengan majoriti 2,620 undi.

Beliau secara keseluruhan mendapat 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 manakala Mustaffa pula mendapat 1,215 undi.

Zaid undur timbalan, letak semua jawatan PKR

Zaid undur timbalan, letak semua jawatan PKR
Nov 8, 10 7:38am

Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh mengembangkanpolitik bebas dan progresif serta memupuk nilai dan budaya politik berprinsip yang saya anggap dapat membangunkan demokrasi dan tadbir urus yang baik di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan diblognya.

Menurut Zaid, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

“Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil serta penyelewengan dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.

Keputusan yang diambil itu, menurutnya adalah kekecewaan sepenuhnya bahawa beliau tidak boleh meneruskan proses pemilihan yang cacat.

Sehubungan itu, Zaid yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno berkata beliau akan tetap komited terhadap perjuangan pembangkang.

Katanya, beliau akan terus bercakap berhubung isu yang membabitkan rakyat jelata dan terus berjuang bagi memastikan rakyta mendapat kerajaan yang lebih baik.

“Akhir sekali, saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai 'spoiler'yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka,” katanya.

Perebutan jawatan timbalan presiden PKR menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Zaid, dua naib presiden PKR - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub.

Selepas lebih satu pertiga daripada kira-kira 200 cabang PKR melangsungkan pemilihannya, Azmin kini terus mengungguli jawatan nombor dua dalam parti itu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi daripada 87 cabang yang telah mengadakan pemilihannya, Azmin - di depan dengan majoriti 2,620 undi.

Beliau secara keseluruhan mendapat 6,525 undi, Zaid mendapat 3,905 manakala Mustaffa pula mendapat 1,215 undi.

http://malaysiakini.com/news/147547

Muhyiddin: Turun ke bawah, pasang telinga

Nov 7, 10 4:09pm

Semua pimpinan parti komponen BN diminta supaya sentiasa turun padang untuk bertemu rakyat agar mereka tahu bahawa BN merupakan satu-satunya parti yang terus berjuang untuk kepentingan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata urusan untuk menggerakkan program parti ke peringkat akar umbi adalah tanggungjawab bersama kerana ia juga merupakan langkah persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Saya cadangkan semua parti komponen parti turun lihat keadaan yang ada di bawah, cari jalan penyelesaian masalah mereka dan ambil tindakan yang lebih sesuai untuk bantu rakyat.

"Ini supaya mereka tahu bahawa BN adalah satu-satunya parti yang terus memperjuangkan kepentingan mereka dan akan menjamin masa depan mereka yang lebih baik lagi," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Gerakan 2010 di Dewan Wawasan, Menara PGRM di Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN sendiri akan turun ke setiap negeri untuk memastikan setiap masalah yang dihadapi rakyat dapat diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang.

"Pimpinan BN komited dengan apa yang nak kita lakukan, tentukan kita bekerja untuk memenuhi tuntutan rakyat, ini teras kepada apa yang kita lakukan, saya berbangga kerana inisiatif sudah bermula, tetapi langkah yang ada di hadapan kita adalah amat jauh sekali.

"Kita tidak boleh persiakan gerakan-gerakan yang dilakukan pihak di sana (pembangkang), masalah-masalah yang timbul hari ini baik ada hubung kait dengan sosial, ekonomi, politik dan pendidikan perkara ini kita akan uruskan, saya beri jaminan bukan saja saya akan dokong tetapi kita akan berusaha bersama-sama," katanya.

Muhyiddin, yang membayangkan bahawa pilihan raya umum akan diadakan dalam "masa terdekat", berkata yang menjadi ukuran terhadap segala usaha dan inisiatif BN adalah rakyat kerana merekalah yang akan menentukan sama ada parti ini akan terus berkuasa pada masa hadapan.

"Yang penting kita tinggal dua tahun lagi, saya sebut ini bukan sebab saya tahu bila pilihan raya, saya tidak tahu, Perdana Menteri yang lebih tahu, tetapi saya tidak kira tahun tetapi bulan, 30 bulan pun bulan juga.

"Jadi kita sebagai orang politik yang kita ambil kira selalunya kita kerja macam mana kuat sekalipun yang jadi ukuran adalah rakyat di bawah, sampai lima tahun dia pangkah ke tidak BN itu yang kita tentukan," katanya.

Muhyiddin berkata apabila pilihan raya umum hampir tiba nanti, Perdana Menteri pasti akan bertanyakan kepada beliau tentang situasi di bawah serta keadaan parti-parti komponen.

"Dia (Perdana Menteri) dapat maklumat tetapi saya kena maklumkan kepada beliau juga di mana kekuatan kita, di mana kelemahan kita, kalau Umno, Gerakan, MIC dan lain-lain ada kelemahan saya bagitahu sebab kita semua dalam satu.

"Bila Gerakan hadapi masalah dan kelemahan, ia ibarat cubit paha kiri paha kanan pun rasa sakit.

"Kalau Gerakan sakit, saya lebih sakit, bila Gerakan pulih, semangat saya pun sudah pulih," katanya.

Beliau berkata walaupun BN memenangi dua pilihan raya kecil baru-baru ini, parti itu tidak harus selesa kerana masih banyak lagi usaha yang perlu digerakkan bagi memastikan semangat dan sokongan rakyat akan terus kekal bersama BN.

"Kita perlu turun ke bawah, pasang telinga, dengar denyut dan degup jantung rakyat, apa yang mereka sebut dan bangkitkan, apa isu yang biasa mereka ketengahkan, masih banyak lagi kerja yang perlu kita laksanakan," katanya.

Justeru itu, katanya, BN dan parti-parti komponennya perlu melaksanakan proses transformasi politik dengan segera bagi mengukuhkan parti seiring dengan program transformasi kerajaan yang sedang berlaku pada masa kini.

"Pimpinan dalam kerajaan sudah bergerak, yang penting kita hendak tengok pimpinan politik dalam BN juga mesti bergerak sama, lebih cepat dan pantas seperti yang telah dilakukan dalam proses transformasi kerajaan," katanya.

Beliau tidak mahu ada pihak yang memandang rendah kepada kerajaan BN yang telah memperkenalkan pelbagai perubahan seperti Model Baru Ekonomi (MBE) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerana parti itu sudah bangkit kembali selepas menghadapi cabaran besar dari pilihan raya umum 2008.

"Jangan merendahkan kita sebab BN kita sekarang kembali segar, kalau setahun dulu dia fikir kita sudah goyang, dia fikir kita kalah, kita pun semangat ada turun sedikit tetapi sekarang kita kena beritahu rakyat, BN kembali segar, kita mahu beri khidmat kepada rakyat, jadi kenalkan MBE, ETP, ini semua bukan untuk sesiapa tetapi untuk semua rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata untuk memastikan BN terus mendapat mandat dan sokongan padu rakyat, BN perlu bangkit dengan kekuatan baru yang dibina atas kesepakatan anggota parti dan juga keyakinan kepada tiga tonggak utama permuafakatan BN.

Muhyiddin berkata tiga tonggak yang menjadi asas kekuatan parti itu ialah muafakat antara kaum, kestabilan politik dan kemampuan dan prestasi BN dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan ekonomi.

--Bernama

Gelegar merapi bagai helikopter di kepala

Nov 7, 10 3:53pm

Dari jarak 12km ke puncak Merapi, gelegar gunung berapi itu sudah kedengaran seperti helikopter di atas kepala pada Khamis malam, sebelum ia mengamuk dengan letusan paling dahsyat sejam
kemudian.

Gemuruh Merapi yang sangat luar biasa itu telah memeranjatkan seluruh penduduk kawasan penempatan Surowono menyebabkan mereka bergegas meninggalkan rumah masing-masing menyelamatkan diri pada dini hari Jumaat.

"Seumur hidup bapa saya yang sudah berusia 65 tahun pun, amukan Merapi pada malam itu belum pernah berlaku. Bunyinya seperti helikopter di atas kepala, kami semua dan masyarakat seluruhnya segera meninggalkan rumah masing-masing menyelamatkan diri," kata Maria Seger Rayahu, penduduk pekan Surowono, Klaten, Jawa Tengah.

Menceritakan saat yang mencemaskan itu, Maria berkata malam gelap gulita dan kabus tebal pada hari itu, menutupi pandangan beliau dan penduduk kampung dari Merapi pada malam itu, namun mereka dapat merasakan sesuatu yang aneh pada malam tersebut.

"Tingkap kaca dan bingkai besi yang bergoncang yang mengeluarkan bunyi yang menyeramkan menjadi amaran awal kepada kami. Tak lama kemudian pada kira-kira pukul 11.30 malam, gelegar Merapi yang sangat luar biasa itu terdengar dan bunyi itu berlarutan sampai sejam," katanya.

Kini pekan Surowono, yang biasanya sibuk dengan kegiatan masyarakat membeli barangan harian menjadi sepi bagai pekan mati kerana hampir semua 500 penduduk telah menyelamatkan diri dan tinggal di pusat pemindahan bencana Merapi.

Maria, 40, dan anak lelakinya Petrus Nugroho, 18, adalah antara lima keluarga yang tetap tinggal di rumah mereka di pekan itu, kerana mahu memastikan harta benda mereka tidak hilang.

Ada keluarga lain yang tetap tinggal di kawasan itu kerana tidak sampai hati meninggalkan seorang warga mas Ibu Wiroyo Sanem, 85, yang tetap enggan berpindah dari rumahnya.

Maria mengusahakan kedai butik pakaian dengan dibantu anaknya Petrus dan di hadapan kedai mereka ialah Pasar Surowono. Pada hari-hari biasa sebelum ini dalam keadaan cuaca baik, Gunung Merapi akan kelihatan tersergam gagah dari jalan utama pekan Surowono itu.

Beliau berkata pengamalan awal pagi Jumaat itu membuat hampir seluruh penduduk kawasan tersebut takut untuk tinggal di rumah masing- masing, walaupun mereka selama ini yakin lahar panas Merapi tidak akan sampai ke situ kerana ada Gunung Hijau di hadapan Merapi yang menjadi penghadang.

Kini mereka bimbang dengan keselamatannya apabila awan panas "wedhus gembel" Merapi yang berkepanasan 600 darjah selsius telah mengakibatkan lebih100 penduduk di lereng gunung berapi itu maut terpanggang dan sejumlah yang lain lagi cedera.

Sejumlah 26 kampung turut musnah dalam kejadian letusan Merapi, yang terus berlaku hampir setiap hari sejak letusan pertama pada 26 Oktober lalu.

--Bernama

Pembeli Sri Hijauan pohon kerajaan Selangor bantu

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Nov: Para pembeli apartmen Sri Hijauan di Ukay Perdana memohon kerajaan negeri Selangor campur tangan bagi membolehkan rumah yang mereka beli sejak tujuh tahun lalu boleh diduduki.

Ini kerana, mereka kini bukan sahaja tidak dapat menduduki rumah itu bahkan juga terpaksa membayar berganda, sewa rumah yang diduduki di samping terpaksa membayar pinjaman rumah untuk apartmen ini.

(Gambar: Apartment Sri Hijauan di Ukay Perdana...selepas tujuh tahun, namun masih belum boleh dimasuki)

Seorang pembeli yang ditemui di kawasan perumahan itu semalam berkata, beliau bukan sahaja menghadapi masalah kewangan ekoran terpaksa membayar pinjaman sejak setahun lalu bahkan juga malu dengan mertua beliau.

"Bayangkan, sejak tujuh tahun lalu saya terpaksa duduk dengan mertua dengan anggapan selepas tiga tahun akan masuk rumah sendiri. Sedangkan selepas tujuh tahun, rumah ini masih belum siap lagi," kata salah seorang pembeli apartmen itu.

Apartment Sri Hijauan di Ukay Perdana mula dijual kepada orang ramai pada tahun 2003 oleh Talam Coorporation.

Selepas tiga tahun, sebagaimana dalam perjanjian dengan bank, para pembeli terpaksa membuat bayaran penuh kepada pihak bank walaupun rumah masih belum siap lagi.

Mereka kini berkumpul dalam satu facebook, Apartment Sri Hijauan, Ukay Perdana, bagi sama-sama berbincang nasib mereka.

Sehingga kini, 52 pembeli dari kira-kira 300 pembeli apartmen ini menyertai laman komuniti facobook ini.

(Gambar: Kolam renang juga sudah siap tetapi....)

Salah seorang dari mereka, yang menggunakan nama samaran Nur'Adilah Bain telah menyiarkan di situ surat yang beliau hantar kepada Adun Hulu Kelang, Saari Sungib bagi mengadu nasib beliau itu.

Katanya, telah bermacam-macam cara kami para pembeli pangsapuri Sri Hijauan mencuba untuk menuntut hak kami sebagai pembeli tetapi masih gagal seperti:

1) Followup dengan project manager setiap minggu
2) Followup dengan MPAJ setiap minggu
3) Mengadu kepada KPKT
4) Berjumpa dengan pihak pemaju di pejabatnya
5) Mengadu kepada YB untuk bantuan
6) Followup dengan pihak approving authority yg lain seperti Bomba, TNB & Indah Water.

Saari (gambar kanan) ketika dihubungi Harakahdaily memberitahu, pihaknya sedang berusaha membantu para pembeli apartment ini.

"Saya sudah cuba hubungi pemaju tetapi mereka memberikan pelbagai alasan. Sekarang saya telah meminta Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) agar memanggil mesyuarat segera mengenai hal ini," kata Saari kepada Harakahdaily.

Masalah pembeli ini juga diajukan kepada Exco perumahan kerajaan negeri Selangor, Iskandar Samad.

Ketika dihubungi, Iskandar (gambar kiri) berkata, pihaknya akan menyiasat segera isu ini dan akan membantu seboleh mungkin.

"Kena check dulu apa masalah yang membuat isu ini sangkut. Kecil atau besar, senang atau susah diselesaikan. Kalau setakat inspection IWK, takpe juga. Kalau tak buat STP yang kosnya RM10 juta, akan ambil masa.

"Saya perlu pastikan dulu sebelum memberikan harapan palsu kepada pembeli," kata Iskandar dalam satu smsnya kepada Harakahdaily.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29366:-pembeli-sri-hijauan-pohon-kerajaan-selangor-bantu&catid=1:utama&Itemid=50

Pembeli Sri Hijauan terjah rumah mereka 28 Nov

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 9 Nov: Para pembeli Apartment Sri Hijauan, Ukay Perdana, projek perumahan yang terbengkalai sejak sekian lama bercadang untuk menyerbu masuk kawasan perumahan itu 28 November ini.

Langkah ini diambil berikutan ketidak sabaran mereka menunggu projek itu yang tidak siap-siap walaupun mereka telah membelinya sejak tujuh tahun lalu.

"Disebabkan isu projek yang memakan masa lebih 7 tahun, masalah CF yang berlarutan, sikap lepas tangan dan karenah pemaju, pembeli Apartment Sri Hijauan menghadapi bukan sahaja masalah kewangan malah psikologi.

"Para penghuni membuat keputusan untuk masuk dan mendiami rumah mereka walaupun tiada CF pada 28 November 2010 ini.

"Diharapkan ramai penghuni yang akan menyokong pada hari tersebut," tulis admintrator laman facebook Apartment Sri Hijauan, Ukay Perdana.

Ekoran posting itu, sokongan datang bertalu-talu dari peserta kumpulan itu di facebook apartment itu.

Mereka bercadang untuk membawa baldi, penyapu dan sabun bagi membersihkan unit rumah mereka walaupun ia belum diluluskan permit menduduki (CF).

"Projek berkelah di Apartment Sri Hijauan Ukay Perdana 28 November jam 10 pagi...bawa baldi, berus, sabun...bersih rumah kita...bawa makanan secara pot lak sekali...kita berkelah kat sana," kata salah satu posting dalam facebook yang menyatukan pembeli apartment ini.

Sebelum ini, Harakahdaily menyiarkan permintaan dari pembeli apartmen ini agar kerajaan negeri Selangor campur tangan dan membantu mereka menyelesaikan masalah yang menimpa projek itu.

Apartment Sri Hijauan adalah projek di bawah Talam Coorporation, sebuah syarikat pemaju yang menghadapi masalah.

Kebanyakan pembeli telah membeli unit rumah di bangunan ini pada tahun 2003. Ini bermakna, ia sudah tujuh tahun berlaku sedangkan mengikut perjanjian jualbelinya, bangunan ini akan siap selepas tiga tahun perjanjian jual beli itu ditandatangani.

Kebanyakan pembeli sudah terpaksa membuat bayaran kepada bank sejak beberapa tahun lalu dan ini bermakna mereka terpaksa membayar di dua tempat iaitu rumah yang mereka tinggal sekarang dan rumah yang mereka beli ini.

Exco perumahan kerajaan negeri Selangor, Iskandar Samad sebelum ini telah berjanji akan melihat projek ini dan berusaha membantu pembeli.

Baru-baru ini, beliau dan timbalan Exco yang kebetulan Adun Hulu Klang, tempat projek ini terletak, Saari Sungib telah berjaya menyelesaikan satu projek terbengkalai di Pucong.(Gambar)

110 pembeli rumah teres satu tingkat, projek terbengkalai Saujana Putra Fasa 5B, telah mendapat Sijil Layak Menduduki Bangunan atau CF dari Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

Satu majlis penyerahan kunci telah disempurnakan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar A. Samad, pada 2 November lepas. Majlis telah turut dihadiri oleh Pembantu Exco, Saari Sungib.

"Sekarang sedang sibuk dengan sidang Dun hingga 16 November. Lepas itu Raya Haji. Minggu selepas itu, kami nak usaha dapatkan CF beberapa projek terbengkalai di Pucong dan Sepang. Jadi, Disember ini baru kita akan lihat secara serius projek ini," kata Iskandar kepada Harakadaily.

Sementara itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) ketika dihubungi menjelaskan, projek ini menghadapi masalah dengan pihaknya kerana pembentungan projek ini disambungkan ke pusat kumbahan sementara yang sudah hampir melimpah.

Oleh itu, sebelum diberikan sokongan untuk mendapat permit menduduki (CF), IWK meminta pembentungan projek ini disambungkan ke pusat kumbahan kekal Ukay Perdana yang telah diluluskan oleh Span Oktober lalu.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29403:pembeli-sri-hijauan-terjah-rumah-mereka-28-nov&catid=1:utama&Itemid=50

Projek terbengkalai Saujana Putra selesai

Harakahdaily

PUCHONG, 8 Nov: 110 pembeli rumah teres satu tingkat projek terbengkalai Saujana Putra Fasa 5B boleh menarik nafas lega apabila kediaman mereka telah mendapat Sijil Layak Menduduki Bangunan atau CF dari Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL).

Satu majlis penyerahan kunci telah disempurnakan oleh Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar A. Samad, pada 2 November lepas. Majlis telah turut dihadiri oleh Pembantu Exco, Saari Sungib.

(Gambar: Iskandar menyerahkan mock kunci sebagai tanda projek terbengkalai itu sudah berjaya di selesaikan kerajaan negeri)

Projek tersebut telah dimulakan dalam tahun 2003 dan dijangka siap dalam tahun 2005 tetapi pemaju telah gagal menyiapkannya menurut perjanjian jual beli.

Task Force Projek Perumahan Terbengkalai telah memantau dan mengadakan beberapa siri rundingan dengan pemaju, pembeli, MDKL dan agensi-agensi yang berkaitan di dalam usaha untuk memastikan projek terbengkalai itu dapat disiapkan.


Akhirnya usaha ini telah berhasil apabila masalah-masalah seperti bekalan air dapat diselesaikan dan MDKL telah bersetuju untuk mengeluarkan CF untuk rumah-rumah tersebut.

Projek perumahan ini adalah di antara lebih 500 buah kediaman di Puchong yang dipantau oleh Task Force yang akan siap selewat-lewatnya bulan Januari hadapan.


"Ternyata sekali kaedah pemantauan dan rundingan yang diambil oleh Task Force ini adalah berkesan di dalam menyelesaikan masalah projek terbengkalai," kata kenyataan dari pejabat Iskandar Samad itu.

Semalam Harakahdaily menyiarkan berita permintaan pembeli apartment Sri Hijauan Ukay Perdana yang juga menghadapi nasib yang sama.

Apartment yang mereka beli sejak 2003 masih belum boleh diduduki sehingga kini.

MMA: Pendapatan doktor merosot

Nov 9, 10 5:13pm

Pengamal perubatan am yang pernah dianggap sebagai golongan profesional berpendapatan tinggi di negara ini kini merosot pendapatan berikutan jumlah pesakit yang semakin berkurangan, demikian menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Rencana pengarang terbaru buletin terbitan persatuan itu menyatakan trend itu membimbangkan kerana profesion itu mungkin pupus pada satu masa nanti hingga pesakit menghadapi kesukaran mendapatkan rawatan.

Menurutnya, pengamal perubatan am di Malaysia adalah amalan pilihan yang laris dan banyak doktor meninggalkan perkhidmatan kerajaan untuk menyertai sektor swasta sebaik sahaja perkhidmatan wajib mereka selesai.

“Seorang pengamal perubatan am terkenal di Lembah Klang boleh melihat lebih daripada 150 pesakit sehari semasa waktu yang baik tetapi sekarang ia turun kepada kira-kira 20 orang.

“Walaupun kerajaan berusaha menyelamatkan keadaan dengan menyediakan banyak rancangan rawatan utama melalui klinik 1Malaysia dan 1Jagaan, tapi kita bimbang bahawa amalan pengamal perubatan am ini tidak mendapat peluang dalam sistem baru ini.

"Oleh itu, pesakit yang mampu membayar rawatan kesihatan perlu mempunyai akses ke pusat rawatan kesihatan swasta pada kos yang berpatutan,” menurut rencana pengarang itu.

Satu lagi trend membimbangkan yang dikesan MMA adalah hospital swasta juga akan mengalami nasib yang sama dalam soal mendapatkan pembayaran balik berikutan kos rawatan kesihatan yang semakin meningkat.

“Premium insurans mungkin dinaikkan pada masa depan menjadikan pesakit tidak berkemampuan dan dengan ini hospital mengalami kekurangan pelanggan.

"Keadaan ini memberi tekanan ke atas hospital kerajaan yang sudahpun mencapai hadnya," katanya.

Sehubungan itu, MMA meminta kerajaan menyelesaikan isu kewangan penjagaan kesihatan dengan segera agar orang ramai mendapat akses dengan sistem jagaan kesihatan tanpa mengira ia adalah swasta atau awam.

- Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...