Tuesday, December 28, 2010

Jumpa bayi dalam kedai tak siap

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui di sebuah bangunan kedai dalam proses pembinaan dan tidak berpenghuni, di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, di sini, semalam.

Dalam penemuan kira-kira jam 10 pagi itu, bayi terbabit dipercayai ditinggalkan dengan keadaan berbalut kain.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Arjunaidi Mohammed berkata, bayi itu ditemui orang awam yang kebetulan melalui bangunan berkenaan dan mendengar tangisan bayi.

“Orang awam itu yang terkejut sebaik melihat bayi yang ditinggalkan di lantai bangunan tidak berpenghuni itu menghubungi polis.


“Hasil maklumat berkenaan, sepasukan polis pergi ke kawasan kejadian dan memeriksa bayi itu sebelum menghantarnya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM),” katanya ketika dihubungi semalam.


Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati bayi terbabit baru saja dilahirkan sebelum diletakkan di bangunan terbabit.

Bagaimanapun, bayi lelaki itu masih belum diketahui bangsanya dan siasatan masih dijalankan berhubung penemuan terbabit bagi mengenal pasti individu tidak bermoral yang mungkin berniat mahu membuang bayi itu.


“Siasatan awal kami belum dapat mengenal pasti bangsa bayi itu. Tunggu sehingga siasatan lanjut dijalankan selain memeriksa keadaan berhampiran bangunan itu sama ada mempunyai bukti lain seperti CCTV atau tidak,” katanya.

Arjunaidi berkata, polis sudah mengambil keterangan orang awam yang menemui bayi terbabit.


Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya atau balai berdekatan.

http://www.hmetro.com.my/articles/Jumpabayidalamkedaitaksiap/Article

Lantikan SUK S'gor: ADUN harap tiada sabotaj

Dis 27, 10 4:50pm

Pelantikan 'kontroversi' setiausaha kerajaan negeri yang baru diharapkan dapat dibuat dengan telus, beramanah dan bebas daripada sebarang bentuk unsur sabotaj, kata ADUN Kampung Tunku Lau Weng San.

NONEWakil rakyat DAP itu berkata, kerusi itu harus diisi oleh calon yang betul-betul komited, berupaya dan bebas sahaja.

“Memandangkan setiausaha kerajaan negeri merupakan pegawai utama yang akan bekerja bersama-sama dengan kerajaan negeri Selangor, maka perlantikan ini harus mendapat persetujuan daripada kerajaan negeri Selangor,” kata Lau (kiri).

Dalam satu kenyataan hari hari ini, Lau juga berkata, pelantikan mengejut dan mengemparkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi itu tidak sepatutnya diumum sebelum mendapat persetujuan kerajaan negeri.

Beliau berhujah, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 52 (1), jawatan perlantikan ke jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.

“Oleh itu adalah jelas bahawa perlantikan jawatan setiausaha kerajaan negeri ini tidak semestinya dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, malahan ia boleh dilantik daripada 'Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan' termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor,” katanya.

Anwar: Pertahan profesionalisme

Lau juga berpendapat, kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa pelantikan Khusrin mendapat perkenan daripada Tuanku Sultan Selangor “mengelirukan”.

Ini kerana, tambahnya, tidak disebut dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 bahawa perlantikan jawatan itu perlu mendapat perkenan baginda.

pakatan 2nd convention 191210 anwarSementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) pula menegaskan, Mohd Sidek harus tahu bahawa perlantikan setiausaha kerajaan di setiap negeri perlu dirujuk kepada menteri besar dan ketua menteri terlebih dahulu.

"Pertahan profesionalisme," kata ketua umum PKR itu menerusi laman Twitter.

Dalam perkembangan berkaitan, Pemuda PKR Selangor (AMK) menolak sepenuhnya cadangan melantik Khusrin itu.

Ketuanya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata kerajaan pusat sewajarnya hormat kepada kerajaan negeri dalam pelantikan jawatan kanan dan tidak mencampurkannya dengan agenda politik.

"Kita juga menggesa kerajaan pusat memahami dan hormat semangat federalisme yang termaktub dalam perlembagaan negara," katanya.

http://malaysiakini.com/news/151762

Kerana jemput Ustaz Hadi, Khusrin beri amaran

Harakahdaily

GOMBAK, 27 Dis: Kerana menjemput Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan tazkirah di suraunya, pengerusi Surau Al Ehsan, Taman Samudera dekat sini diberikan surat tunjuk sebab oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamad Khusrin Munawi.

Amaran itu diberikan Khusrin melalui satu surat yang ditandatangani beliau bertarikh 17 Disember lalu.

Melalui surat itu, Khusrin memberikan amaran kepada pengerusi surau itu kerana menjemput penceramah tanpa tauliah iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk berceramah di masjid itu pada 22 November 2010 yang lepas.

Hari ini Bernama melaporkan Khusrin telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru iaitu ketua pentadbir kepada kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat itu.

(Gambar: Surat yang ditandatangani Khusrin yang ditujukan kepada Pengerusi Surau Al Ehsan)

Namun begitu, pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataannya menjelaskan perlantikan itu belum muktamad kerana cadangan perlantikan Khusrin oleh Ketua Setiausaha Negara tidak pernah dimaklumkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Justeru, Menteri Besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut.

Dalam pada itu Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan (practice notes). Panel tersebut telah memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

Menteri Besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan. Sehubungan itu, Menteri Besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010.

Dalam suratnya kepada pengerusi surau Al Ehsan ini, Khusrin berkata, jabatannya (Jais)m akan mengambil tindakan terhadap pengerusi surau itu di bawah peruntukan kaedah-kaedah pegawai masjid dan jawatankuasa kariah (Selangor) pindaan 2001 jika gagal memberikan penjelasan dan alasan yang munasabah.

Menjadi satu amalan biasa bagi mana-mana surau khasnya di negeri untuk menjemput para penceramah yang dianggap mengetahui hal ehwal agama untuk memberikan tazkirah di surau mereka.

Tazkirah biasanya diberikan selepas sembahyang Maghrib sambil menunggu waktu Isyak tiba iaitu kira-kira 30 hingga 45 minit.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS telah memberikan tazkirah di surau itu pada 22 November lalu dan kira-kira sebulan selepas itu jawatankuasa surau melalui pengerusinya menerima amaran ini.

Sebelum ini, ketika majlis perasmian Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Khusrin (gambar) dalam ucapannya telah memberikan amaran, pihaknya tidak akan teragak-agak menukar balik AJK Masjid yang dipilih oleh ahli kariah jika mereka tidak mematuhi arahan pihaknya.

"Tuan-tuan kena ingatan sistem perlantikan nazir dan AJK masjid di Selangor adalah satu-satunya kaedah yang berlaku di negara ini.

"Para nazir perlu patuh dan memberikan komitment kepada Majlis Agama Islam Selangor sebagai tanda terima kasih kerana mereka yang melantik tuan-tuan," katanya.

Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor, sistem pemilihan AJK masjid dan surau dibuat secara demokrasi dan pihak yang dipilih anak-anak kariah akan dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor berbanding sebelum ini pemilihan dibuat melalui perlantikan terus bukan pemilihan secara demokrasi.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30045:kerana-jemput-ustaz-hadi-khusrin-beri-amaran&catid=1:utama&Itemid=50

Keputusan muktamad



SHAH ALAM – Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani menegaskan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor adalah muktamad.

Menurutnya, keputusan itu dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Pada pandangan saya, keputusan itu ‘confirm’ kerana Tuanku telah berkenan melantik beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mengulas kenyataan Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor mengenai cadangan pelantikan Mohd Khusrin oleh Ketua Setiausaha Negara tidak pernah dimaklumkan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibarhim.

Mohamad Munir berkata, dalam Perlembagaan Negeri Selangor, kuasa pelantikan itu dibuat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8560741.asp

Khusrin sah tinggalkan JAIS, jadi SUK S'gor

Khusrin sah tinggalkan JAIS, jadi SUK S'gor
Dis 27, 10 12:28pm

Walaupun menafikannya sebelum ini, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Khusrin Munawi dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari.

NONEMohd Khusrin, 54, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember, lapor agensi berita nasional Bernama.

Pelantikan Mohd Khusrin dan Marzuki mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, nama beliau menjadi terkenal selepas JAIS menahan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin pada 1 November 2009 atas alasan mengajar tanpa tauliah.

Isu itu berpanjangan apabila beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat seperti Khalid Samad (Shah Alam), Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan Shaari Sungip (Hulu Kelang) tampil mengkritik dan memanjangkan perkara itu.

Belum pun reda isu itu, Ketegangan terus berterusan dan merebak dalam isu lain, seperti dalam 'upacara telan air ludah ustaz' yang didakwa Dr Mohd Asri berlaku di sebuah masjid di negeri itu.

azlanSelepas itu, timbul pula isu ahli parlimen bukan Islam Teo Nie Ching daripada DAP yang memasuki sebuah surau di Kajang.

Isu yang mendapat perhatian istana Selangor itu bermula apabila Utusan Malaysia memetik kenyataan Mohd Khusrin yang dilaporkan berkata, perkara itu tidak harus berlaku kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki masjid dan surau, apatah lagi ruang solat utama kerana mereka dikategorikan seperti wanita yang didatangi haid.

Terbaru, JAIS sedang menguruskan kes kontroversi melibatkan tangkapan besar-besaran pengamal Syiah minggu lalu.

Sehubungan itu, lantikannya itu dijangka menambahkan lagi 'pergeserannya' dengan kerajaan negeri.

azlanTempat Mohd Khusrin akan diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam Marzuki Hussin, 56, juga mulai 1 Januari.

Mohd Khusrin, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Kajang dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat.

http://malaysiakini.com/news/151738

Pelantikan Khusrin tak muktamad, MB jumpa Sultan

Dis 27, 10 2:26pm

Baru beberapa jam pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor diumumkan, kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa perkara itu belum muktamad.

Menurut kenyataan daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, cadangan melantik ketua pengarah Jabatan Agama Islam Selangor ke jawatan itu tidak pernah dimaklumkan oleh ketua setiausaha negara kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

NONE"Justeru itu, menteri besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut," demikian menurut kenyataan itu.

Pagi tadi, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan pelantikan Khusrin ke jawatan itu berkuatkuasa 1 Januari.

Mohd Sidek dilaporkan berkata, pelantikan itu dikatakan mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut kenyataan pejabat Khalid awal petang ini pula, selepas sesi temuduga, panel yang ditubuhkan kerajaan negeri sebelum ini memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

"Menteri besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan.

"Sehubungan itu, menteri besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010 (Rabu depan)," kata kenyataan itu.

Setakat ini, tidak pasti sama ada Khusrin antara tiga nama yang dicadangkan kerajaan negeri kepada Sultan Selangor.

http://malaysiakini.com/news/151745

AMK Selangor tolak Khusrin

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Angkatan Muda Keadilan Selangor (AMK) dalam satu kenyataan hari ini menolak perlantikan Datuk Khusrin Munawi (gambar) sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

Menyifatkan tindakan kerajaan pusat itu sebagai tidak menghormati kerajaan negeri, ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin yakin, perlantikan itu dibuat untuk mencapai kepentingan politik pihak tertentu.

"AMK Selangor menegaskan bahawa kerajaan pusat sewajarnya hormat kepada kerajaan negeri khususnya dalam perlantikan jawatan kanan kerajaan Selangor dan tidak mencampurkan adukkan agenda politik sempit Umno-Barisan Nasional dalam pentadbiran kerajaan.

"Kita juga menggesa kerajaan pusat memahami dan hormat semangat federalisme yang termaktub dalam perlembagaan negara," katanya yang juga timbalan ketua AMK Malaysia.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pagi tadi bahawa Khusrin dilantik sebagai SUK negeri itu berkuatkuasa 1 Januari.

Selain itu, turut dipertikaikan kredibiliti Khusrin itu sendiri yang boleh dilihat dengan jelas sepanjang menggalas jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Menurut Khairul Anuar, Khusrin selama ini gagal untuk melaksanakan agenda kerajaan negeri malah lebih cenderung melaksanakan agenda politik Umno-Barisan Nasional.

"AMK Selangor juga memohon ke bawah DYMM Sultan Selangor agar menolak perlantikan Khusrin Munawi dan berharap agar jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor digalas oleh individu yang berkaliber,professional dan dapat melaksanakan dengan baik agenda kerajaan negeri Selangor yang mendapat mandat daripada rakyat pada 8 Mac 2008 lepas," katanya.

Sementara itu, kerajaan Selangor dalam satu kenyataan terbaru mereka memberitahu pelantikan Khusrin sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor perkara itu belum muktamad.

Mereka mendakwa cadangan melantik ketua pengarah JAIS ke jawatan itu tidak pernah dimaklumkan oleh ketua setiausaha negara kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sehubungan itu, Menteri Besar lapor kenyataan itu telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut.

Tans Sri Khalid Ibrahim juga difahamkan turut menghantar tiga nama yang telah diputuskan oleh panel yang ditubuh kerajaan negeri kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.

"Sehubungan itu, menteri besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010 (Rabu depan)," kata kenyataan itu.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30044:amk-selangor-tolak-khusrin&catid=1:utama&Itemid=50

Felda bayar bonus insentif RM100.9 juta

Dis 25, 10 4:24pm

Felda akan membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada peneroka tanah rancangannya di seluruh negara berjumlah RM100,916,600.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain sebagai insentif kerana menghantar hasil melalui Felda.

Beliau berkata kadar bayaran bonus yang dibayar pada tahun ini ialah minimum RM400 dan maksimum RM1,200 bergantung kepada penghantaran hasil.

"Pembayaran bonus insentif ini melibatkan seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara.

"Bayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka 2010 akan dibayar secara tunai di pejabat rancangan pada awal Januari 2011," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib berkata peneroka yang menghantar hasil melalui pengurusan rancangan dinilai berdasarkan penghantaran hasil dari Januari hingga Oktober tahun ini.

"Bagi peneroka sawit, kelayakan minimum ialah 8.01 tan/hektar manakala ganjaran maksimum ialah mereka yang menghantar hasil melebihi 17 tan/hektar ke atas.

"Bagi peneroka getah, kelayakan minimum ialah 600.01kg/hektar dan ganjaran maksimum diberi kepada yang menghantar hasil melebihi 1,400kg/ hektar," katanya.

Beliau berkata bilangan peneroka yang terlibat dalam penghantaran hasil sawit dan getah ini adalah seramai 30,611 orang manakala 61,170 yang sedang menanam semula bersama Felda akan menerima bayaran maksimum RM1,200 seorang.

"Pada tahun ini, Felda turut memberikan pertimbangan khas kepada peneroka di beberapa rancangan yang prestasi hasilnya rendah sepanjang masa disebabkan tanaman tidak produktif dan menunggu giliran untuk ditanam semula.

"Ini termasuk juga kawasan kebun peneroka yang diambil bagi tujuan pembangunan. Termasuk juga dalam kategori ini ialah tanaman peneroka yang hasilnya rendah disebabkan serangan musuh penyakit seperti ganoderma, serangan ulat bungkus dan lain-lain," katanya.

Kira-kira 2,000 peneroka terlibat dalam kategori pertimbangan khas itu dan kadar yang diberi kepada peneroka terlibat adalah sebanyak RM400 seorang, katanya.

Najib berkata seramai 18,354 peneroka atau 16.29 peratus pula didapati tidak layak menerima bayaran insentif kerana tidak menghantar hasil kepada Felda dan juga kerana hasil mereka kurang daripada hasil minimum yang telah ditetapkan.

Selain itu, katanya peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka dan tidak menghantar hasil, tidak dibayar bonus insentif ini.

"Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan menjadi perangsang kepada peneroka di seluruh negara untuk berusaha lebih gigih bagi meningkatkan produktiviti masing-masing.

"Saya juga ingin mengajak semua peneroka untuk menyertai program bersama dengan Felda selaras usaha berterusan yang dilaksanakan oleh agensi tersebut bagi meningkatkan pendapatan mereka melalui penyelidikan dan khidmat nasihat yang disediakan," katanya.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/151669

Mohd Isa dilantik Pengerusi Felda




KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (gambar) dilantik Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berkuat kuasa pada 1 Januari 2011.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri semalam, pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Mohd Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

Mohd Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda berkuat kuasa tarikh sama.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Yusof di atas perkhidmatan beliau menerajui Felda bermula 1 Julai 2001 hingga 31 Disember ini.

"Di bawah kepimpinan Mohd Yusof, Felda mengalami transformasi membanggakan serta menempa pelbagai kejayaan, sekali gus menjadi penyumbang ekonomi negara," menurut kenyataan itu.

Mohd Isa yang menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun (1982- 2004), adalah bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden UMNO serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang dalam Parlimen Teluk Kemang. - Bernama

http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story8560426.asp

Bonus peneroka Felda terlalu kecil

Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 27 Dis: PAS kesal kerana bayaran bonus yang diumumkan oleh kerajaan BN kepada para peneroka Felda di seluruh negara terlalu kecil dan amat tidak sepadan dengan usaha yang dicurahkan oleh mereka, berbanding keuntungan yang diperolehi Felda setiap tahun.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, keuntungan besar yang diperolehi oleh Felda sepatutnya diagihkan dengan sewajarnya kepada peneroka, tetapi dengan memberikan bonus yang terlalu kecil kepada peneroka menyebabkan Felda mengautkan keuntungan berkali ganda.

Menurut beliau, kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan ia perlu disedari oleh para peneroka sendiri setelah sekian lama mereka diperlakukan sedemikian oleh pihak Felda akibat sikap tidak bertanggungjawab para pemimpin BN.

Sehubungan itu, beliau menyeru para peneroka di seluruh negara agar bangkit memperjuangkan hak masing-masing yang sepatutnya memperolehi keuntungan lebih besar atau bayaran bonus lebih tinggi dari pihak Felda.

"Sepatutnya keuntungan Felda yang sebegitu besar itu akan dinikmati oleh para peneroka kerana merekalah yang bersusah payah mengusahakan tanaman itu sehingga menyebabkan Felda memperolehi keuntungan besar, tetapi malangnya yang mendapat keuntungan besar bukannya para peneroka, sebaliknya Felda.

"Tambahan pula, para peneroka itu sendiri bukannya menghantar buah kepada pihak lain, tetapi kepada Felda juga. Jadi, kenapa keuntungan yang besar itu hanya dinikmati oleh Felda, manakala peneroka pula diberikan bonus yang terlalu kecil? Inilah yang kita kesalkan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa Felda akan membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada peneroka tanah rancangannya di seluruh negara berjumlah RM100,916,600.

Dengan itu, setiap peneroka Felda akan diberikan Bonus Insentif Produktiviti sebanyak RM400.00 (minima) dan sekitar RM1,200.00 (maksima).

Bayaran tersebut diberikan sebagai menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah negara selain sebagai insentif kerana menghantar hasil melalui Felda.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, beliau turut kesal kerana Kerajaan BN sendiri sehingga kini tidak pernah mengumumkan jumlah keuntungan sebenar Felda kepada rakyat.

"Jadi dengan pengagihan bayaran bonus yang terlalu kecil itu kepada peneroka, ia merupakan satu penindasan kepada para peneroka.

"Itu semua berlaku kerana penyelewengan Felda dan para pemimpin BN. Kalau tidak kerana penyelewengan Felda dan pemimpin BN, para peneroka tidak akan diberikan bonus sekecil itu," katanya kesal.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30043:bonus-peneroka-felda-terlalu-kecil&catid=1:utama&Itemid=50

LHDN potong gaji peminjam PTPTN

Oleh Hamizah Badiran
hamizah@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dijangka dapat melaksanakan skim potongan gaji secara automatik terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai 1 Januari, 2012.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hasmah Abdullah berkata, pihaknya sedang dalam proses membuat dan mengemas kini draf undang-undang, sistem dan operasi dengan PTPTN bagi membolehkannya mengutip pinjaman dengan lebih berkesan.


“Draf yang sedang dikemas kini akan dibawa ke Parlimen selewat-lewatnya Jun tahun depan untuk dibincangkan.

“Undang-undang ini yang kini menjadi hak mutlak PTPTN penting bagi membolehkan LHDN mengambil tindakan sekiranya peminjam tidak membuat bayaran kelak apabila LHDN mula mengambil alih sistem pembayaran balik pinjaman PTPTN melalui e-PTPTN,” katanya pada majlis penutup Projek Sistem Perakaunan Hasil Berelektronik (eRAS) LHDN di sini, semalam.


Bagaimanapun katanya, buat masa sekarang, peminjam masih boleh terus membuat bayaran secara sukarela di LHDN kerana pihaknya adalah salah satu daripada saluran untuk mereka membuat pembayaran pinjaman.


“Mengikut rekod, seramai 40,000 peminjam PTPTN membuat bayaran di kaunter kami dengan jumlah purata RM7 juta sebulan diperolehi,” katanya.

LHDN diberi tanggungjawab menjadi ejen kutipan berkenaan bagi mengatasi masalah tunggakan hutang peminjam yang dihadapi PTPTN.

http://www.hmetro.com.my/articles/LHDNpotonggajipeminjamPTPTN/Article

LHDN bakal potong gaji peminjam PTPTN

KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dijangka dapat melaksanakan skim potongan gaji secara automatik terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai 1 Januari 2012.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Tan Sri Hasmah Abdullah berkata, pihaknya sedang membuat draf undang-undang, sistem dan operasi dengan PTPTN bagi membolehkannya mengutip pinjaman dengan lebih berkesan.

"Draf yang sedang dikemas kini itu akan dibawa ke Parlimen selewat-lewatnya pada bulan Jun tahun depan," katanya pada majlis penutupan Projek Sistem Perakaunan Hasil Berelektronik LHDN di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1228&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm


Tumpas selepas 27 kali samun


AMIRUDDIN menunjukkan barang kemas yang berjaya dirampas di Ampang Jaya semalam.


AMPANG - Lima ahli Geng Riki yang bermaharajalela melakukan sekurang-kurangnya 27 kes samun dan pecah rumah di sekitar Ampang sejak enam bulan lalu akhirnya tumpas di tangan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, kejayaan itu adalah hasil tangkapan ke atas seorang lelaki yang melakukan samun dan pecah rumah di Kondominium Monte Bayu, Bukit Permai Ampang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, suspek yang melakukan jenayah terbabit berseorangan turut cuba mencederakan penghuni rumah tersebut ketika mangsa baru pulang dari Kepong.

"Mangsa yang berusia 18 tahun dan berasal dari Taiwan terkejut apabila mendapati suspek sedang menggeledah rumahnya.

"Ketika kejadian, berlaku pergelutan antara mereka dan mangsa mengalami kecederaan akibat ditikam di dada serta lengan oleh suspek," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau bagaimanapun berkata, usaha suspek untuk melarikan diri tidak berjaya apabila pengawal keselamatan berjaya menangkap penjenayah itu dan menghubungi pihak polis.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1228&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

Anak: Isa tidak layak terajui Felda

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda yang baru dan mendesak Perdana Menteri menarik semula pelantikan tersebut.

Pengerusinya, Mazlan Aliman yang kecewa dengan pelantikan itu berkata, Isa tidak layak untuk memegang jawatan tersebut kerana latar belakangnya yang pernah terbabit dengan politik wang dalam pemilihan Umno pada 2004.

"Saya mewakili Anak membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad ini. Berdasarkan salah laku yang pernah dilakukan beliau, sudah cukup jelas beliau bukan pemimpin beramanah yang sepatutnya menjadi pilihan (Datuk Seri) Najib (Razak).

"Sehubungan itu saya mendesak Perdana Menteri menarik balik pelantikan itu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan yang juga exco lajnah pembangunan tanah dan wilayah PAs Pusat juga menegaskan, sekiranya Najib enggan berbuat demikian pihaknya akan membuat pungutan suara warga Felda yang membantah pelantikan itu.

"Jika kerajaan tidak berbuat demikian saya ingin menyatakan ketegasan kita bahawa Anak akan membuat satu pungutan suara iaitu referendum sejuta tandatangan dan kita akan serah kepada Perdana Menteri supaya menarik balik pelantikan ini.

Tambahnya, Anak juga tidak teragak-agak untuk memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong dalam perkara itu sekiranya bantahan mereka tidak dipedulikan.

"Kalau Perdana Menteri enggan tarik (pelantikan) juga, kita tidak teragak-agak untuk serah memorandum bantahan dan tandatangan ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

In keraja ujarnya, masa depan Felda yang merupakan agensi pembangunan tanah milik orang Melayu tidak harus diperjudikan kepada invidu yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Sementara itu Mazlan menyifatkan pelantikan itu sebagai tanda Najib tidak mengambil kira perasaan warga Felda yang mengharapkan pemimpin yang lebih baik mengambil alih tanah rancangan itu.

"Saya sangat sedih bila kerajaan bawah pimpinan Najib tak pernah mengambil kira perasaan dua juta warga Felda yang mengharapkan pengganti kepada Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor mestilah orang yang lebih baik.

"Kita harapkan sekurang-kurangnya orang yang mengambil alih felda ini seperti Tan Sri Raja Alias yg menerajui Felda suatu ketika dahulu tetapi nampaknya kita telah turun 360 darjah.

"Dalam keadaan nama baik Felda sedang diperkatakan dengan pelbagai isu sepatutnya kerajaan memilih tokoh yang boleh membersihkan isu-isu tersebut," katanya.

Beliau mempersoal kerajaan yang tidak memilih tokoh-tokoh dari anak Felda sendiri untuk menerajui agensi tersebut sedangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad maslan sendiri pernah menyatakan statistik tokoh-tokoh dari anak Felda.

"Kita baru didedahkan dengan statistik terbaru jumlah profesional, ahli akedemik yang lahir daripada anak peneroka. Kenapa kita tidak ambil mereka? Kita ada anak peneroka yang berjaya dalam syarikat GLC, menjadi ahli akedemik, pengarah jabatan, adakah mereka ini tidak layak untuk memimpin Felda sehingga mengambil tokoh yang dianggap sudah expired?

"Tokoh kitar semula seperti Isa ini tidak wajar sama sekali diambil semula dalam mana-mana syarikat kerajaan. Saya yakin kalau kita buat tinjauan tidak ada warga Felda yang akan menerima beliau melainkan mereka yang selama ini menjadi pak angguk dan pak turut kepada kerajaan," tegasnya.

Isa yang juga Adun Bagan Pinang hari ini menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda.

Isa meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2004.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30042:anak-isa-tidak-layak-terajui-felda&catid=1:utama&Itemid=50

Peniaga dikepung pelesit rempit


KEN JEE menunjukkan kecederaan yang dialaminya selepas cuba diragut oleh sekumpulan pelesit rempit di Seremban semalam.


SEREMBAN – Seorang peniaga berdepan detik-detik mencemaskan apabila dikepung dan cuba diragut sekumpulan pelesit rempit di Jalan Rahang berhampiran Stesen Komuter Seremban di sini awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, Ho Ken Jee, 54, patah tulang rusuk selain mengalami kecederaan pada kaki dan kepala selepas terjatuh dari motosikalnya.

Ken Jee berkata, ketika kejadian dia menunggang motosikal seorang diri dari rumahnya di Rahang menuju ke gerainya di Pasar Besar Seremban di sini.

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian motosikalnya dihampiri sekumpulan lelaki yang menaiki kira-kira 10 buah motosikal.

Ceritanya, salah sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki tiba-tiba menghimpit motosikalnya sebelum pembonceng motosikal itu cuba meragut beg yang dipakai di pinggangnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1228&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm

Berat tak turun, dapat balik RM4,060

PUTRAJAYA - "Pertahankan hak anda kerana tidak mudah untuk 'membuat' wang walaupun seringgit."

Demikian kata Sarijah Saman yang berjaya mendapatkan semula kos rawatan berjumlah RM4,060 daripada satu syarikat pelangsingan badan yang menjanjikan penurunan berat badan di antara 10 kilogram hingga 15 kilogram dalam tempoh empat bulan dengan 84 sesi rawatan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini semalam.

"Saya hanya ingin turunkan berat badan sekitar 10 kilogram dan mengempiskan perut serta mengecilkan lengan, namun itu tidak dapat dipenuhi oleh rawatan yang disediakan syarikat itu," katanya yang bertugas sebagai pembantu undang-undang.

Menurut Sarijah, dia mengikuti jadual rawatan tanpa gagal di bawah seliaan seorang terapi namun hasilnya setelah melakukan kira-kira 80 sesi rawatan, berat badannya tidak berubah malah meningkat lagi sekitar 100 gram kepada 71.6 kilogram.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1228&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Kelantan belanja RM80 juta bantu SAR

Ismail Hashim

SHAH ALAM, 27 Dis: Kerajaan Negeri Kelantan telah membelanjakan lebih RM80 juta untuk membantu Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri itu selama 20 tahun memerintah, tegas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi Kerajaan Negeri Kelantan itu lberkata, semua sumbangan dan bantuan itu dapat dijayakan di dalam keadaan kerajaan negeri tidak banyak duit.

"Jika Kerajaan Kelantan mempunyai banyak wang seperti Kerajaan Selangor, sudah pasti banyak perkara dapat dilakukan," tegasnya semalam selepas berucap di atas tajuk Pembentukan Dasar dan Perlaksanaan Program Pendidikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat: Ke Arah Membangun Masyarakat Adil dan Sejahtera.

Beliau berucap demikian ketika bersama membentangkan ucapan pleno dalam Konvensyen Pendidikan Islam Malaysia 2010 anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan pembangunan Modal Insan Selangor dengan kerjasama Lajnah Pendidikan PAS Pusat (LPPS).

Konvensyen bertema Membangun Gagasan Baru Pendidikan Islam Malaysia itu dirasmikan oleh Pengerusi LPPS, Datuk Abu Bakar Chik merangkap penasihat program selepas menyampaikan ucaptama.

Turut menyampaikan pandangan ketika membentangkan kertas kerja adalah Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Hajah Halimah Ali dan Ketua Pengarah PASTI Malaysia yang juga pengarah program, Cikgu Azrin Abdul Majid.

Nik Amar turut menjawab soalan peserta yang ingin tahu mengenai pengiktirafan kerajaan negeri terhadap lulusan Sekolah Rendah Islam (SRI) yang dikatakan gagal diterima masuk ke sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) termasuk Maahad Muhammadi.

Menurutnya, kemasukan ke sekolah terkawal seperti Maahad Muhammadi terikat dengan keputusan peperiksaan UPSR dengan mendapat 4A 1B yang menjadi ukurannya dan mereka yang mempunyai kelulusan baik di dalam peperiksaan SRI mendapat bonus kemasukan.

"UPSR menjadi ukuran kerana ia bersistematik walaupun kita tidak suka kepada semua itu tetapi itulah sukatan yang terbaik setakat ini sedangkan peperiksaan SRI pula masih tidak mencapai tahap terbaik sebab tidak seragam antara semua SRI.

"Justeru, saya sarankan pihak SRI di seluruh negara dapat selaraskan semua silibus dan tahap peperiksaan mereka biar selaras agar senang mana-mana pihak untuk iktiraf lulusan dari SRI.

"Tidak timbul langsung masalah enggan memberikan pengiktirafan kepada lulusan SRI namun jika SRI dapat sistematikkan tahap pepeiksaan mereka, ia pasti akan menjadi penentu kemasukan ke mana-mana sekolah YIK termasuk Maahad Muhammadi," tegasnya.

Penanya soalan menyatakan anaknya yang kini dapat bersekolah di bawah YIK juga mendapat keputusan 3A dalam UPSR, Mohd Amar berkata, memang tidak cukup syarat dan ternyata kini dapat juga bersekolah di bawah YIK.

Sebelum ini, isu di atas menjadi rungutan agak meluas di dalam internet tentang rungutan ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan pendekatan pihak pendidikan Kerajaan Negeri Kelantan yang disifatkan tidak memberikan peluang lebih besar kepada lulusan SRI sedangkan sudah 20 tahun memerintah.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30039:kelantan-belanja-rm80-juta-bantu-sar&catid=1:utama&Itemid=50

PAS tegur Ali suka berhutang

Ahmad Danial

MELAKA, 26 Dis: Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Ramli Dalip membidas sikap kerajaan negeri Melaka yang suka berhutang bagi menjalankan projek-projek pembangunan di negeri ini.

Ramli berkata, kerajaan negeri sepatutnya tidak menjalankan projek-projek mega kerana hasil negeri tidak dapat menampung hutang yang telah meningkat dari RM441.76 juta pada 2008 kepada RM587.3 juta pada tahun 2009.

"Semua projek besar kerajaan negeri ditampung dengan pinjaman dari kerajaan pusat dan ianya tidak dapat dijelaskan oleh kerajaan negeri sehingga hutang negeri meningkat dari sehari ke sehari.

"Ternyata kerajaan negeri hanya pandai menjalankan projek pembangunan tetapi tidak pandai mencari dana sendiri untuk membiayai projek-projek teresebut, malah lebih malang lagi projek-projek tersebut tidak berdaya maju sehingga sesetengahnya menanggung kerugian bernilai jutaan ringgit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Ramli, banyak projek-projek mega yang tidak sepatutnya dijalankan antaranya projek monorel, Eye On Malaysia, Litar Go-Kart dan lain-lain yang kesemuanya menemui kegagalan.

Ramli berkata demikian ketika diminta komen tentang kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam media 2 hari lepas di mana menurutnya Melaka memerlukan RM2 bilion lagi muncul sebagai negeri bandar yang pertama di negara ini.

Ali dilaporkan berkata, berkata wang RM2 bilion itu diperlukan untuk membina jalan 4 lorong menghubungkan Melaka dengan Johor dan Negeri Sembilan.

"Kita pun tidak faham apa maksud negeri bandar yang dinyatakan oleh Ali. Sama seperti kita tidak faham tentang apakah benar Melaka Negeri Maju 2010 sedangkan EACD sendiri tidak mengiktirafnya.

“Apakah Ali mahu menipu rakyat Malaysia dan Melaka sekali lagi sepertimana beliau menipu tentang status Melaka Maju 2010?” soal Ramli.

Nampaknya, kata beliau, ketua menteri itu tidak serik-serik untuk berhutang lagi dengan kerajaan pusat walaupun hutang negeri Melaka seperti dalam laporan Ketua Audit Negara 2009 telah mencecahkan RM500 juta lebih.

Katanya, memang jelas kerajaan negeri Melaka hanya pandai berhutang tetapi tidak tahu membayarnya kerana apa yang penting bagi mereka ialah projek banyak maka ianya menguntung orang tertentu.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30030:pas-tegur-ali-suka-berhutang&catid=52:negeri-melaka&Itemid=97

Monday, December 27, 2010

Malaysia Tundukkan Indonesia 3-0

Pemain Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan final pertama Piala Suzuki AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Malaysia kini berada pada kedudukan selesa menjelang pertemuan timbal balik di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, 29 Disember ini. FOTO THE STAR/GLENN GUAN



Published: Ahad Disember 26, 2010 MYT 9:54:00 PM
Updated: Ahad Disember 26, 2010 MYT 10:01:07 PM

Mohamad Ashari (kiri) menjaringkan gol kedua negara.

KUALA LUMPUR: Perlawanan akhir Piala Suzuki AFF pusingan pertama menyaksikan pasukan Malaysia menundukkan Indonesia, 3-0 pada aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad.

Kekalahan 1-5 kepada Indonesia pada aksi kumpulan sebelum ini bukan alasan buat skuad kendalian K.Rajagobal ini bangkit melakukan serangan dan cubaan Kunanlan pada minit ke-18 hampir memberi mata kepada pasukan negara, namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang lawan, Kurnia Meiga Hermansyah.

Pemain lincah Indonesia, Oktovianus Maniani hampir meranapkan benteng pertahanan negara, tetapi kecekapan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat bola berjaga diselamatkan.

Sehingga tamat separuh masa pertama, kedua pasukan terikat seri tanpa jaringan.

Permulaan babak kedua lebih menarik, lebih-lebih lagi pasukan Malaysia berjaya mendahului pasukan lawan apabila Safee Sali menjaringkan gol pertama pada minit ke-59 hasil daripada hantaran Norshahrul Idlan Talaha.

Stadium sekali lagi bergegar dengan sorakan penyokong-penyokong Malaysia apabila Mohd Ashari Samsudin menambah jaringan kedua negara pada minit ke-67, selepas menggantikan Mohd Amirulhadi Zainal.

Safee sekali lagi menggegarkan stadium menambah gol ketiga negara sekali gus meletakkan skuad K.Rajagobal ini dalam kedudukan selesa sebelum bertandang ke Jakarta bagi pusingan kedua, 29 Disember ini.

Malaysia mengikat Indonesia, 3-0 sehingga tamat permainan.

MALAYSIA:Mohd Asraruddin Putra Omar,Safiq Rahim (kapten), Morshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Sali,Amar Rohidan, Kunanlan Subramaniam, Mahalli Jasuli, MOhad Amirulhadi Zainal, Kharul Fahmi Che mAt, Mohamad Muslim Ahmad, Mohamad Fadhli Mohd Shas. (Pemain Simpanan): Mohd Sabree Mat Abu, Mohd Faizal Muhamad,Mohd Razman Roslan, Khairul HelmiJOhari, GurusamyGovandar Kandasamy,, Mohd Amri Yahyah, Mohamad Faizal Abu Bakar, Mohamad Ashari Samsudin, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.

INDONESIA:Marcus Harison Rihihina,Mohammad NAsuha, Zulkifli Syukur,Maman Abdurachman, Cristian Gonzales Alfaro Gonzales, Oktovianus Maniani, Firman Utina, (kapten),Ahmad Bustomi,Yongky Ari Bowo, Muhammad Ridwan,Hamka Hamzah. (Pemain simpanan):Yesaya Nickhanor Desnam,Bambang Pemungkas, Irfan Haarys Bachdim, Muhammad Roby,, Eka Ramdani,Beny Wahduri,Tony Sucipto

http://mstar.com.my/variasi/sukan/cerita.asp?file=/2010/12/26/mstar_sukan/20101226215219&sec=mstar_sukan


Pasukan bola sepak negara bergambar bersama Sultan Ahmad Shah dan Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek selepas berjaya menundukkan Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pusingan pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad. GLENN GUAN/The Star











http://mstar.com.my/variasi/sukan
/

Strategi memukau

Strategi memukau

Oleh Azlan Muhammad Zain dan Saiful Affendy Sapran
sukan@hmetro.com.my

LINCAH...Norshahrul diasak dua pemain Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.
LINCAH...Norshahrul diasak dua pemain Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

HANYA 90 minit lagi memisahkan Malaysia untuk mencatat sejarah sebagai juara baru Piala Suzuki AFF apabila menenggelamkan cabaran Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

“Sejak dari awal saya memberitahu pemain supaya bersikap agresif kerana Indonesia pasukan yang kuat namun dihampakan kerana sentuhan penyudah yang kurang baik.


“Indonesia pula bangkit dengan semakin yakin terutamanya dengan kelincahan pemain sayap, Oktovianus Maniani yang banyak mengancam pertahanan Malaysia,” kata ketua jurulatih kebangsaan K Rajagobal selepas perlawanan itu.

Tambah jurulatih berusia 54 tahun itu beliau terus memberikan arahan kepada pemain supaya bermain agresif pada separuh masa kedua kerana sedar saingan final kedua di di Jakarta, Rabu ini, sangat sukar dan ini adalah peluang terbaik untuk mencari gol.


“Usaha pemain menekan pertahanan lawan akhirnya berhasil apabila Indonesia mula melakukan kesilapan dan kita melalui jaringan pembukaan Mohd Safee Sali dan seterusnya dua lagi gol selepas itu.

“Saya sendiri tidak menyangka akan mencatatkan kemenangan 3-0 namun sejak awal saya bersikap optimis kerana Indonesia pertama kali beraksi di luar republik itu sepanjang kejohanan ini berlangsung,” tambahnya.

Mengenai perlawanan akhir kedua di Jakarta, Rajagobal menjelaskan beliau tidak akan menggunakan corak permainan bertahan saja.


“Ketika kita menentang Vietnam di Hanoi, walaupun bertahan kami tetap mempunyai beberapa peluang pada separuh masa kedua namun gagal menjaringkan gol,” katanya.

Malaysia yang layak ke final selepas 14 tahun nyata berada dikelas tersendiri apabila beraksi lebih baik pada separuh masa kedua diiringi sokongan kira-kira 70,000 penyokong tempatan di Stadium Nasional.


Skrip berbeza dipamerkan oleh anak didik Rajagobal bermula separuh masa kedua dengan lebih banyak mengawal permainan dan saat yang ditunggu oleh jutaan rakyat Malaysia akhirnya tiba pada minit ke-62 apabila Mohd Safee menewaskan penjaga gol lawan, Markus Harison Rihihina dengan rembatan leret di dalam kotak penalti.


Bola berpunca gerakan licik Norshahrul Idlan Talaha yang menewaskan pemain pertahanan Indonesia, Maman Abdurachman disebelah kiri gol lawan sebelum membawa masuk bola ke dalam kotak penalti dan dengan yakin menolak kepada Mohd Safee yang sedia menunggu.


Pemain gantian, Mohd Ashari Samsuddin yang masuk menggantikan Mohd Amirulhadi Zainal di bahagian sayap kiri menambah derita Sang Garuda apabila rembatan kencang menewaskan Markus pada minit ke-67.


Belum pun Markus kembali tenang, Mohd Safee sekali lagi mempamerkan ketajamannya apabila tandukannya menewaskan penjaga gol veteran itu sekali gus mengesahkan kedudukannya sebagai penjaring terbanyak kejohanan setakat ini dengan empat gol mengatasi Cristian Gonzales yang menjaringkan tiga gol.


Malaysia pada separuh masa pertama dilihat gugup apabila memberikan lebih banyak ruang kepada lawan untuk bergerak dengan kapten Indonesia, Firman Utina lebih banyak menguasai barisan tengah untuk merencanakan jentera serangan Sang Garuda yang diketuai oleh Cristian.


Kemenangan ini membolehkan Malaysia membawa bekalan selesa untuk perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta pada Rabu depan.

http://www.hmetro.com.my/articles/Strategimemukau/Article

Malaysia garang


SAFEE SALI (tengah) menanduk masuk gol ketiga Malaysia pada aksi menentang Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.


SKUAD bola sepak Indonesia sebenarnya tidaklah sekuat mana dan terbukti mereka memang layak digelar ‘jaguh kampung’.

Keegoan Indonesia akhirnya memakan diri apabila Malaysia dengan mudah membelasah mereka 3-0 pada aksi perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Terikat 0-0 pada separuh masa pertama, Malaysia meledak tiga gol tersebut pada babak kedua menerusi Mohd. Safee Mohd. Sali pada minit ke-59 dan 71 serta pemain gantian, Mohammad Ashari Samsudin pada minit ke-67.

Ia meletakkan Malaysia kini sebelah tangan untuk menjulang trofi Piala Suzuki AFF buat pertama kali sejak kejohanan ini diperkenalkan pada 1996.

Namun kejuaraan mutlak untuk edisi kelapan ini hanya akan ditentukan selepas berakhirnya final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta Rabu ini.

Pada aksi malam tadi, suasana bingit oleh 75,000 penyokong Malaysia serta 15,000 penyokong Indonesia telah menghangatkan babak awal permainan.

Namun pemain sayap kiri Indonesia, Oktovianus Maniani dan pemain sayap kanan Malaysia, Amirulhadi Zainal kempunan untuk beraksi pada final kedua nanti kerana memungut kad kuning kedua.

Oktovianus dilayangkan kad kuning seawal minit kelima sebelum Amirulhadi menerima nasib sama pada penghujung babak pertama.

Kerancakan permainan terhenti pada minit ke-53 akibat gangguan sinaran laser terhadap penjaga gol Indonesia, Markus Harison Rihihina ketika Malaysia mendapat sepakan penjuru.

Masa permainan berjalan selama enam minit tanpa aksi cemas tetapi tidak sampai seminit selepas ia bersambung semula, Malaysia berjaya memperoleh gol pertama.

Jaringan pada minit ke-59 itu terhasil setelah Norshahrul Idlan Talaha bijak membawa bola secara solo dari penjuru kanan melepasi Maman Abdulrahman dan melorongkannya untuk dirembat masuk oleh Safee.

Hanya lapan minit kemudian, Malaysia terus selesa dengan gol kedua juga menerusi gerakan Norshahrul dari sebelah kanan tetapi kali ini lorongan cantiknya disudahkan pula dengan rembatan Ashari yang masuk menggantikan Amirulhadi.

Malaysia terus mengukuhkan kedudukan apabila mem peroleh gol ketiga pada minit ke-71 menerusi tandukan cantik Safee hasil hantaran lintang S. Kunanlan dari sebelah kanan.

Ketika masa kecederaan selama lapan minit diberi, Malaysia sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti setelah Kunanlan dijatuhkan Markus tetapi pengadil, Toma Masaaki dari Jepun sebaliknya memberikan sepakan gol buat Indonesia.

Indonesia sepatutnya menyalahkan diri sendiri atas kekalahan tersebut kerana mereka terlalu gemar untuk melakukan protes kononnya penjaga gol diganggu oleh pancaran laser.

Yang peliknya, mereka akan melakukan protes setiap kali Malaysia mendapat sepakan percuma di hadapan pintu gol mereka.

Apa yang pasti, bukan pancaran laser yang menjadi penyebab kerana kesemua tiga gol Malaysia dihasilkan menerusi gerakan padang.

Ia sekadar helah penjaga gol Indonesia untuk menyembunyikan gementarnya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1227&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm

Rajagobal lega, Riedl malu besar


PENJAGA gol Indonesia, Markus (dua dari kiri) terpaksa bekerja keras untuk menyelamatkan gawangnya daripada terus diancam penyerang Malaysia pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Malaysia menang 3-0.


JURULATIH Indonesia, Alfred Riedl akhirnya terpaksa akur untuk kembali berpijak di bumi nyata tatkala jurulatih Malaysia, K. Rajagobal pula terus dengan sikap tenang dan rendah dirinya.

Biarpun gembira dengan kejayaan membelasah Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 malam tadi, Rajagobal masih belum mahu berasa puas kerana beliau sedar tugas mereka belum selesai.

Beliau mahu menyelesaikan dahulu baki 90 minit aksi final kedua di Jakarta, Rabu ini.

"Final belum berakhir lagi. Kita tetap kena fokus baki 90 minit aksi di Jakarta. Tetapi secara jujur memang saya optimis kita boleh menang di Kuala Lumpur ini.

"Ini kerana, Indonesia menang kesemua lima perlawanan sebelum ini hanya dengan beraksi di Jakarta. Ini aksi pertama mereka di gelanggang luar.

"Kita menang 3-0. Tetapi sepatut- nya boleh 4-0 kerana jelas saya nampak Kunanlan dijatuhkan pada masa kecederaan dan sepakan penalti wajar diberi," katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Ditanya adakah Malaysia akan beraksi secara bertahan pada Rabu ini, Rajagobal berkata ringkas: "Tidak. Kita akan main seperti biasa. Kita takkan boleh bertahan sepanjang 90 minit."

Sementara itu, nada Riedl pada sidang media tersebut seakan mengakui kehebatan pasukan Malaysia tetapi tetap mengharapkan keajaiban pada aksi kedua nanti.

"Tahniah Malaysia kerana menang. Perlawanan ini biasa sahaja sehinggalah Malaysia mendapat gol pertama.

"Ia telah mengubah segalanya. Malaysia bertambah yakin manakala pertahanan kami semakin keliru.

"Memang aksi terhenti pada minit ke-53 itu memberi kesan kepada kami. Tetapi ketinggalan 0-1 itu lebih memberi kesan sebenarnya.

"Untuk aksi kedua di Jakarta, memang tampak cukup sukar. Tetapi apa pun boleh terjadi, mungkin kami boleh menang 4-0 atau menang 5-1 seperti sebelum ini," jelas Riedl.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1227&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm

Sunday, December 26, 2010

Perang Sinar Laser di Stadium Bola Sepak

PERANG LASER!!!!!!!!!!!!


Vollbild anzeigen

Bukan hanya suporter Malaysia saja yang mengarahkan sinar laser ke pemain Vietnam, ternyata suporter Indonesia pada pertandingan penyisihan melawan Filipina juga melakukan hal curang tersebut.

Pasca pertandingan Malaysia Vietnam, media massa Vietnam dengan serius mengecam tindakan kurang sportif supporter Malaysia di leg pertama semifinal Piala AFF 2010 di Stadion Bukit Jalil.

Menurut laporan Tin The Thao via Goal.com, supporter Malaysia tertangkap kamera kerap kali mengarahkan sinar laser berwarna hijau ke arah penjaga gawang Vietnam Bui Tan Truong, terutama di babak kedua.

Sinar laser di punggung kiper Malaysia

Dari tayangan ulang televisi, terlihat jelas tindak tanduk penonton Malaysia yang menyorotkan sinar laser hijau pada para pemain Vietnam. Bahkan, media Vietnam mengklaim gol pertama Malaysia yang dilesakkan Mohd Sali takkan terjadi andaikan pandangan kiper Vietnam tak terganggu sinar laser supporter Malaysia.

Federasi sepak bola Vietnam segera melayangkan banding kepada AFF. Namun, nampaknya hal tersebut mustahil, karena hasil pertandingan adalah sesuatu yang mutlak dan tak bisa dirubah.

Sewaktu diperhatikan sinar hijau-hijau disorotkan ke lapangan beberapa kali, awalnya kita akan berpikir itu lampu-lampu stadion.

Sikap curang tersebut ternyata juga dimainkan supporter Indonesia sewaktu melawan Filipina. Sebuah video memperlihatkan hal tersebut.

http://www.youtube.com/watch?v=hSCJCdij0qk&feature=player_embedded


Di video terlihat jelas bahwa ada oknum dari penonton yang telah menyorotkan seberkas cahaya berwarna hijau yang kemungkinan besar berasal dari laser pointer. Hal tersebut tidak dapat dipungkiri merupakan sebuah kecolongan bagi security Gelora Bung Karno yang meloloskan penonton yang membawa laser pointer tersebut.
Video tersebut merupakan cuplikan di babak kedua, dimana Indonesia telah unggul 1-0. Tapi bisa jadi bukan tidak mungkin laser pointer tersebut telah diarahkan ke lapangan sejak babak pertama dimulai.
Untuk oknum yang menyorotkan laser pointer ke lapangan pada pertandingan kemarin di GBK, Anda telah merugikan bangsa Indonesia!

Tampaknya pihak petugas harus benar-benar seksama memeriksa bawaan penonton. Yang dikhawatirkan hal ini akan menyulut kekerasan antar suporter, mengetahui tim kesayangan mereka dicurangi.

sinar dari balpoint laser


SUMBER: lifestyle.kompasiana.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...