Thursday, January 13, 2011

Pangsapuri terbengkalai, MB lepas tangan

Khairil Abd Rahim

BENTONG, 12 Jan: Harapan 24 pembeli rumah pangsa Taman Perdana Raya Karak, dekat sini untuk tinggal selesa berkecai apabila rumah yang mereka beli itu tidak disempurnakan oleh pemaju selain daripada tidak selamat untuk diduduki.

Tidak cukup dengan itu, pangsapuri kos sederhana rendah yang bernilai antara RM56,000 hingga RM63,000 (tingkat bawah) itu telah diubah oleh pemaju daripada pelan asalnya yang diluluskan.

Akibatnya, bentuk pangsapuri tersebut bertukar menjadi seperti sebuah bangunan sekolah manakala binaan dalamannya tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan sehingga Majlis Daerah Bentong (MDB) tidak mengeluarkan sijil menduduki (CF).

Dalam tinjauan Harakahdaily ke pangsapuri yang terbengkalai sejak 2006 itu kelmarin, didapati dikelilingi semak samun sementara bangunannya sudah banyak yang retak dan longkang serta cermin tingkapnya pecah.

Kebanyakan kabel elektrik sudah dicuri. Di bahagian dalamnya dipenuhi sampah dipercayai menjadi ‘port’ remaja melakukan maksiat dan tempat penagih melepaskan gian.

Namun begitu 11 pembeli Melayu, 10 Cina dan tiga India itu terpaksa juga membayar ansuran antara RM300 hingga RM520 kepada bank kerana wang pinjaman telah dikeluarkan hampir seratus peratus kepada pemaju.

Perumahan yang mula dibina pada tahun 2003 itu terletak di atas tanah kerajaan atas nama Puncak Properties di lot 3335, H.S (D) 14104 P.T 594 dan dimajukan oleh sebuah syarikat yang dipercayai ada kaitan dengan Umno Bahagian Bentong, IT Prima Development Sdn Bhd.

Tidak puas hati dengan keadaan tersebut, pembeli telah menubuhkan jawatankuasa bertindak dan membuat laporan polis.

Mereka juga telah mengadu hal berkenaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabai, Ahli Parlimen Bentong, pembantu peribadi Perdana Menteri dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob minta diselesaikan.

Lepas tangan

Malangnya, kata Setiausaha jawatankuasa berkenaan Krishnan A/L Kassim Maruthiah, 46, semuanya tidak berhasil kerana masing-masing berlepas tangan.

“Beberapa bulan lalu kami telah mengadu kepada Biro Pengaduan Awam dan Senator Datuk T. Murugiah sendiri telah turun mengadakan rundingan dengan wakil jawatankuasa dan jabatan berkaitan malangnya wakil pemaju tidak hadir dan masalah kami terus senyap tanpa penyelesaian.

“Seterusnya kami telah berhubung dengan pejabat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Akhirnya atas inisiatif Majlis Perbandaran Bentong (MPB) pemaju telah berjanji memulangkan semula wang kami dengan tiga bayaran.


“Namun sehingga kini tiada tindakan dan bayaran balik yang dibuat. Unit korporat pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang juga berjanji untuk selesaikan dalam tempoh 10 hari, tapi sampai ini tak beres,” jelasnya.

Tambahnya lagi, isu perumahan ini juga telah dibawa ke parlimen oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail tahun lalu.

Menurut Krishnan, beliau mendapat rumah ditingkat bawah pangsapuri berkenaan dengan harga RM63,000 dan telah membuat ansuran bayaran sebanyak RM520 sebulan. Sehingga kini, katanya, sebanyak RM30,000 telah dijelaskan kepada bank.

Seorang pembeli lagi, Zuraini Zulkifli, 30, berkata beliau pada mulanya begitu gembira apabila ditawarkan membeli rumah dipangsapuri berkenaan sehingga mengeluarkan RM10,000 daripada KWSP kerana selama ini hanya tinggal menyewa.

Namun apabila sehingga kini rumah yang dibeli tidak boleh didiami, menyebabkan ibu kepada empat anak itu amat kecewa dan malu apabila ditanya oleh adik beradik tentang ‘rumah baru’nya itu

Rumah baru atau pulangkan duit

“Macam-macam cara dibuat termasuk pernah bertemu dengan Menteri Besar minta beliau campur tangan, tapi beliau kata tidak tahu menahu sedangkan ini ialah kawasannya. Kami juga ada mengutus surat kepada Sultan Pahang meminta baginda melihat nasib kami, tapi hingga kini masih senyap daripada sebarang penyelesaian.

“Saya membayar ansuran sebanyak RM400 sebulan, tapi dah kena macam ini dah tak larat lagi membayar sebab rumah sewa kena bayar, kos perubatan suami lagi. Suami saya bekerja di kilang kertas Bentong dan dia penghidap sakit jantung tepaksa berulang hospital Selayang dua bulan sekali,” ujarnya.

Tambah Zuraini, beliau telah dua tahun tidak membayar kepada bank kerana kesempitan wang dan kini namanya telah disenaraihitam.

“Harapan saya jika perumahan berkenaan tidak boleh dibaiki semula hingga boleh diduduki, pulangkanlah balik duit saya,” rayunya.

Tambahnya, beliau percaya jika perkara seperti ini terjadi di negeri Pakatan Rakyat atau berlaku pilihan raya kecil pasti kerajaan akan selesaikan.

Seorang pembeli lagi, Yang Kong Fatt, 31, berkata beliau membeli rumah itu kerana mahu berkahwin dulu dan sekarang sudah mempunyai anak rumah masih belum siap.

“Pada masa itu saya beli mahu hadiahkan rumah itu kepada isteri kerana masa itu belum berkahwin. Saya pinjam bank dan bayar secara ansur dan sudah habis lebih RM30,000, tapi kecewa sangat sampai sekarang masih menyewa.

“Rumah ini sekarang tak boleh duduk, jadi saya mahu balik wang saya untuk beli rumah lain,” tegasnya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30295:pangsapuri-terbengkalai-mb-lepas-tangan&catid=54:negeri-pahang-darul-makmur&Itemid=99

Rais: Malaysia tiada cadangan haram Blackberry

Jan 10, 11 10:46pm

Malaysia tidak bercadang untuk mengharamkan penjualan dan penggunaan telefon mudah alih pintar Blackberry setakat ini kerana ia tidak ada menimbulkan masalah kepada soal keselamatan negara.

rais yatim pc 020709 02Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) akan menyiasat sekiranya ada sesiapa yang mempunyai fakta tertentu mengenai penyalahgunaan kemudahan itu.

"Sekiranya ada (apa-apa masalah mengenai penggunaan telefon itu) saya ingin menerimanya dari masyarakat Malaysia sendiri. Justeru tidak wajar bagi kami membuat keputusan yang tergesa gesa," katanya kepada pemberita selepas bertemu pengarah-pengarah Jabatan Kebudayaan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas laporan bahawa kerajaan Indonesia bercadang mengharamkan penggunaan Blackberry di negara berkenaan sekiranya aplikasi pornografi dan arahan untuk mewujudkan pelayan (server) di negara berkenaan tidak dipatuhi dalam tempoh dua minggu.

Rais berkata, kajian sudah dibuat sebelum ini oleh SKMM dan mendapati bahawa Malaysia tidak menghadapi masalah seperti yang dihadapi di Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan India sebelum ini.

NONENegara-negara itu mengharamkan penggunaan dan penjualan Blackberry kerana dikatakan mengancam keselamatan negara mereka.

Semua telefon mudah alih menggunakan "local provider" tetapi tidak bagi Blackberry yang mempunyai pelayan sendiri di negara ia dicipta iaitu Kanada.

Ditanya sama ada Malaysia akan meminta syarikat telekomunikasi berkenaan mewujudkan pelayan di negara ini, Rais berkata, ianya soal komersil dan harus ditimbangkan dalam konteks sama ada syarikat berkenaan menyalahi mana-mana peruntukan di bawah Akta Komunikasi.

"Setakat ini saya tidak dimaklumkan mengenai perlanggaran tersebut jadi tak wajar bagi kami mengatakan secara khusus apakah tindakan perlu diambil sedangkan laporan pun tidak ada," katanya.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/153034

Lokasi kejadian dilawat

Lokasi kejadian dilawat
Jan 10, 11 7:08pm

Seorang jurugambar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) yang mendakwa dipukul beberapa anggota polis bantuan berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) semalam, hari ini diminta menunjukkan lokasi kejadian itu kepada polis.

NONEHairul Nizam Baharin, 37, dibawa ke lokasi itu oleh pegawai penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, ASP Abdul Malik Hasim diiringi seorang jurugambar polis dan seorang wakil polis bantuan TBS-BTS, kira-kira 12.20 tengah hari tadi.

"Saya ke lokasi kejadian itu semula apabila diminta berbuat demikian oleh pegawai penyiasat dari IPD Cheras ekoran dari laporan polis yang telah saya buat di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini sejurus selepas kejadian itu, semalam," katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam kejadian itu, Hairul Nizam mendakwa beliau diperlakukan sedemikian oleh sekumpulan lelaki yang memakai ves polis bantuan selepas menjalankan tugas mengambil gambar di persekitaran terminal tersebut kira-kira-kira pukul 11.30 pagi.

NONEKetika hendak beredar dari tempat itu, polis bantuan itu meminta beliau memberhentikan motosikal namun beliau enggan berbuat demikian kerana tidak tahu tujuan mereka.

Akibat daripada itu, salah seorang polis bantuan terbabit merampas kunci motosikalnya sebelum seorang daripada mereka bertindak menumbuk dan menggarinya.

Ketua Polis Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh ketika dihubungi berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

"Kita sedang menjalankan siasatan kes itu berdasarkan laporan yang dibuat oleh jurugambar terbabit namun pihak kami belum menerima sebarang laporan daripada polis bantuan di terminal berkenaan.

Beliau berkata pihaknya akan mengambil keterangan daripada beberapa individu termasuk polis bantuan terminal itu dalam tempoh terdekat bagi melengkapkan siasatan.

--Bernama

http://malaysiakini.com/news/153023

'Pukul' jurugambar: NUJ desak polis tak keterlaluan

'Pukul' jurugambar: NUJ desak polis tak keterlaluan
Jan 10, 11 6:15pm

Ekoran insiden seorang jurugambar dipukul polis, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) mendesak pihak berkuasa tidak keterlaluan menjalankan tugasnya terhadap pengamal media yang turut menjalankan tanggungjawab sama.

NONEMengulas insiden terhadap jurugambar Bernama semalam, Presiden NUJ Hata Wahari (kanan) berkata, Hairul Nizam Baharin hanya menjalankan tanggungjawabnya kepada pembaca.

"Jurugambar itu hanya menjalankan tugas profesionalnya dan tiada sebab polis bantuan meminta Hairul menyatakan identitinya memangkang tempat itu bukan kawasan larangan," kata Hata.

Semalam, Hairul, 37, membuat laporan polis terhadap beberapa polis bantuan yang didakwanya memukul, menggari serta mengugutnya berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di Kuala Lumpur.

NONEHairul dilaporkan berkata beliau diperlakukan sedemikian selepas menjalankan tugas mengambil gambar di persekitaran terminal tersebut kira-kira-kira pukul 11.30 pagi.

Dalam satu kenyataan hari ini, sambil menyatakan kekesalannya terhadap tindakan "ganas" itu, Hata menyifatkan tanggakan itu dibuat secara salah apabila digari, dibawa ke balai polis tetapi kemudian dilepaskan.

"Ini jelas menunjukkan Hairul Nizam tidak melakukan sebagarang kesalahan atau menceroboh," kata Hata yang yang juga wartawan kanan di akhbar Utusan Malaysia.

http://malaysiakini.com/news/153018

Dr M: Kegagalan saya di Kampung Baru...

Dr M: Kegagalan saya di Kampung Baru...
Jan 10, 11 5:35pm

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui gagal menyelesaikan isu pemulihan dan pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri sebelum ini.

Katanya, rancangan membangunkan kawasan itu gagal ekoran beberapa masalah berkenaan pemilikan dan harga tanah akibat penghijrahan penduduk dan kesukaran mengenalpasti pewaris.

mahathir responses to suaram report 02"Tuntutan harga oleh tuan tanah yang dikesan adalah terlalu tinggi dan ini akan menyebabkan kos pembangunan juga amat tinggi.

"Dengan ini orang Melayu tidak mungkin dapat membeli kedai atau ruang untuk kediaman apabila dibina. Mungkin orang bukan Melayu sahaja yang mampu," katanya.

Menulis dalam blognya hari ini, Dr Mahathir (kanan) juga berkata, jika harta yang dibangunkan dijual kepada bukan Melayu maka hilanglah Kampung Baru sebagai kawasan Melayu di ibu negara.

Sehubungan itu, bagi menjamin Melayu terus mendiami kawasan itu, pemaju dikenakan syarat supaya penduduknya dibayar harga tanah dan diberi tempat perniagaan dan kediaman di bangunan yang didirikan.

"Tetapi sekali lagi syarat in akan menaikkan kos pembanguan. Pemaju Melayu mungkin tidak berminat. Bukan Melayu juga mungkin tidak berminat kerana kemampuan Melayu membeli amat rendah.

NONE"Hari ini pun banyaklah tempat kediaman dan kedai yang diperuntuk kepada orang Melayu tidak dapat dibeli oleh mereka.

"Oleh sebab ini pembangunan Kampung Baru KL gagal dilaksanakan semasa saya menjadi perdana menteri," katanya.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berdoa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak berjaya membangunkan semula kampung itu "supaya pelawat ke Kuala Lumpur tidak akan lihat kedaifan orang Melayu di negara mereka sendiri."

"Di tengah-tengah ibu kota yang penuh dengan bangunan pencakar langit, yang moden dan mewah terdapat kampung setinggan Melayu dengan rumah kayu berbumbung zink karat," katanya.

http://malaysiakini.com/news/153010

Putar belit permohonan maaf, Fadzill dibidas

Susan Loone
Jan 10, 11
4:05pm

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang (PKMMPP) dibidas oleh kerajaan negeri kerana memutar-belitkan kata-katanya berhubung permohonan maaf kepada ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, baru-baru ini.

NONEPengerusi, jawatankuasa perdagangan dalam negeri, pengguna dan agama, Abdul Malik Abul Kassim (kiri) berkata presiden persatuan itu, Datuk Muhamad Fadzill Hassan menggunakan media bagi memutar-belitkan kata-katanya dengan berkata ia hanya dilakukan untuk saling memahami serta memaafkan antara satu sama lain dengan kerajaan negeri.

Abdul Malik yang juga ADUN Batu Maung kemudiannya menunjukkan kepada wartawan rakaman audio yang dengan jelas menunjukkan Fadzill memang membuat permohonan maaf dengan menarik semula kenyataan awalnya ke atas kerajaan negeri.

Cakap tak serupa bikin

"Ini menunjukkan dengan jelas jenis orang ini,” katanya.

Ditanya, tindakan yang bakal diambil ke atas Fadzill jika beliau tetap dengan ulasannya, Lim yang juga hadir pada sidang media di Komtar itu berkata adalah sukar berurusan dengan orang yang "cakap tak serupa bikin."

NONEKatanya, dengan berbuat demikian, Fadzill menunjukkan bahawa permohonan maafnya itu tidak ikhlas.

"Mungkin dirinya sendiri keliru... mungkin juga dia disalah-petik oleh akhbar,” katanya.

"Kita akan biarkan beliau membuat keputusan dan menjelaskannya.

"Kenapa beliau putar belitkan kenyataan yang dibuatnya sendiri. Tak apa kita ada bukti rakaman sidang media itu. Dan, ia boleh memalukanya dirinya sendiri," kata Lim sambil menambah bahawa Abdul Malik akan menghubungi timbalan Fadzill untuk perbincangan lanjut.

Ahad lalu, Bernama melaporkan permohonan maaf PKMMPP pada pertemuan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang tidak berkaitan dengan teguran persatuan itu sebelum ini

NONE"Permohonan maaf saya itu adalah atas kemungkinan terkasar bahasa sebelum ini terhadap kerajaan negeri, itu saja.

"Ini bukan bererti ia ada kaitan dengan teguran saya terhadap kerajaan negeri sebelum ini," Fadzill dipetik berkata kepada pemberita.

Cerita sebaliknya

Selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan negeri, PKMMPP seringkali mengeluarkan kenyataan membidas kerajaan pimpinan Lim dengan dakwaan kontraktor Melayu seringkali dinafikan projek.

NONENamun perangkaan yang dikeluarkan kerajaan negeri menunjukkan cerita yang sebaliknya.

Sepanjang tahun 2008 hingga 2010, 18 projek melibatkan Jabatan Parit dan Saliran diperolehi oleh kontraktor Melayu dengan peruntukan RM40 juta.

Manakala tender Jabatan Kerja Raya pula menyaksikan 17 projek bernilai RM20 juta yang diluluskan antara Januari hingga 30 November 2010 di mana 16 diberikan kepada kontraktor Melayu dan hanya satu kepada bukan Melayu.

http://malaysiakini.com/news/153005

'Sakti Delima' : Watak Tahyul Iqram Jadi Punca - Pengerusi LPFM

Khamis Januari 13, 2011

Datuk Mohd Hussain Shafie

PETALING JAYA: Drama bersiri Sakti Delima dilarang penyiarannya adalah disebabkan watak Iqram Dinzly sebagai Nur Firdaus Kencana mengamalkan perbuatan syirik, satu penonjolan salah mengikut garis panduan Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).

Pengerusinya, Datuk Mohd Hussain Shafie berkata, sesebuah kisah dongeng tidak boleh dikaitkan dengan agama sebaliknya drama berkenaan memaparkan tema sebegitu.

Katanya persoalan mula timbul apabila Iqram membawa watak yang bertentangan dengan hukum-hakam agama sedangkan dia digambarkan sebagai seorang Islam dalam drama tersebut.

"Saya agak terkejut apabila menonton drama itu pada episod keempat di televisyen apabila melihat Iqram berlakon menjadi burung pada waktu siang dan malam pula menjadi manusia.

"Kemudian, ada pula watak mengenai kepercayaan tentang kalung dan azimat. Orang Islam tidak boleh percaya dengan semua itu dan ia syirik. Ini dah jadi lain.

Iqram Dinzly

"Sebab itu saya meminta pihak TV3 memberi kesemua 20 episod pita rakaman untuk ditapis semula kerana sebelum ini pihak kami hanya menerima beberapa pita sahaja daripada TV3 sebelum meluluskan drama tersebut.

"Dan ingin saya jelaskan bahawa kami bukannya melarang terus daripada menyiarkan drama tersebut, cuma drama itu perlu ditapis semula," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Tambah Hussain, setakat ini dia belum lagi membuat keputusan sampai bilakah larangan penangguhan itu akan berkuatkuasa ataupun melarang terus penyiarannya.

Ini kerana pihaknya baru menerima sembilan episod pita berkenaan daripada TV3.

Kontroversi mengenai drama tersebut tercetus apabila LPFM mengarahkan TV3 untuk memberhentikan tayangan drama terbitan J.S Pictures itu pada 10 Januari lalu yang dikatakan mempunyai unsur-unsur syirik dan tahyul.

Sheila Rusly

Penerbitnya, Shiela Rusly mempersoalkan LPFM sebab penyiaran drama tersebut dihentikan seketika sedangkan ia merupakan 30 peratus adaptasi daripada filem Pancha Delima yang pernah dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin dan Saadiah pada tahun 1957.

Filem itu mengisahkan tentang kesaktian seutas kalung yang menjadi rebutan ramai.

Bagaimanapun menurut Hussain, Pancha Delima tidak dilarang siarannya kerana ia sebuah kisah dongeng yang mana jalan ceritanya tidak dikaitkan dengan agama Islam.

"Sebenarnya drama ini boleh ditayangkan jika ia dibuat seperti sebuah kisah dongeng. Tetapi lain pula jadinya apabila ia mengaitkan agama Islam, itu yang membuatkan cerita itu menjadi tahyul dan syirik.

"Contohnya seperti drama Arjuna, apabila tangan salah satu watak drama ini mengeluarkan api. Ia diluluskan kerana drama tersebut tidak menunjukkan watak tersebut adalah seorang yang beragama Islam.

"Begitu juga dengan drama bersiri Indonesia, Si cantik Dan Si Buruk Rupa, yang masih ditayangkan di TV3, ia berkisah mengenai cerita epik Hindu pada zaman dahulu. Kalau kisah-kisah sebegini, ia bukanlah satu masalah buat pihak LPFM.

"Cuma jangan babitkan drama kisah dongeng dengan agama Islam," katanya yang meminta Shiela atau penerbit-penerbit lain berjumpa dengannya untuk mendapatkan penjelasan secara mendalam mengenai penerbitan drama berkonsepkan kisah dongeng.

TV3 dalam satu kenyataannya Isnin lalu berkata, pihaknya telah menghantar 20 pita drama berkenaan kepada LPFM untuk dibuat pemantauan.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/1/13/mstar_hiburan/20110112181548&sec=mstar_hiburan

Belasah suka-suka

Belasah suka-suka

Oleh Mohamad Hussin

BERSIMEN...Johari menunjukkan kaki kiri Mohd Syazwan yang disimen selepas dipukul lima pelajar  senior.
BERSIMEN...Johari menunjukkan kaki kiri Mohd Syazwan yang disimen selepas dipukul lima pelajar senior.

ALOR SETAR: “Ketika menahan kesakitan, depa (mereka) pukul lagi tanpa belas kasihan, bila saya tanya kenapa, depa kata saja syok-syok,” kata Mohd Syazwan Johari, 14, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mergong di sini, yang retak lutut kiri selepas mendakwa dibelasah lima pelajar senior di asrama sekolah berkenaan, Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 6.55 petang itu, mangsa dikatakan baru selesai mandi apabila dipanggil seorang pelajar tingkatan tiga ke biliknya, namun dia enggan.

Menurutnya, berikutan itu, pelajar senior terbabit mengheretnya dari biliknya ke bilik bersebelahan sebelum empat lagi pelajar tingkatan tiga membelasahnya di badan dan kaki.

“Saya tidak tahu kenapa mereka marah dengan saya, walhal tidak pernah membuat mereka marah.

“Ketika memasuki asrama ini tahun lalu, mereka turut membuli saya.


“Mereka marah kerana saya tidak mengikut arahan menyebabkan mereka menarik dan mengheret saya sebelum empat rakan mereka menyerang saya termasuk menampar, menumbuk dan menendang bertubi-tubi.

“Saya rebah dan dan terduduk sebelum dua pelajar lain memegang kedua-dua tangan dan mengheret ke pintu bilik menyebabkan kaki kiri terkena rak kasut besi,” katanya ditemui di rumahnya di Kuarters Kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam.

Mohd Syazwan berkata, rakan lain yang menyaksikan kejadian itu tidak berani membantu kerana pelajar berkenaan sudah memberi amaran.

“Lutut kiri saya begitu sakit menyebabkan mengerang kesakitan, namun langsung tidak dipedulikan mereka.

“Keesokannya, guru membawa saya ke klinik untuk rawatan sebelum pulang semula ke asrama,” katanya.

Menurutnya, bapanya terpaksa datang dan membawanya pulang ke rumah kerana tidak dapat meneruskan pembelajaran berikutan kesakitan teruk di kaki.

Bapa mangsa, Johari Zainon, 35, berkata, dia kecewa dengan pihak sekolah itu kerana lewat memaklumkan kejadian berkenaan kepadanya.

“Doktor mengesahkan tulang lutut kiri anak saya retak dan perlu disimen selain terpaksa menjalani pembedahan kedua.

“Perkara ini menyedihkan kerana kes gangsterisme berlaku di asrama sekolah dikawal warden,” katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kota Setar jam 1 pagi semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut kes berkenaan.

“Setakat ini, polis menahan lima pelajar berusia 15 tahun dan akan dibawa ke mahkamah esok (hari ini) untuk direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Belasahsuka-suka/Article

Diperkosa 3 penculik

Diperkosa 3 penculik

Oleh Hadzlihady Hassan dan Suraya Roslan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita kini trauma dan terlantar di hospital akibat dipukul, dirompak, malah turut dirogol dan diliwat selepas diculik sekumpulan tiga lelaki dari perkarangan rumah sewanya di sebuah kondominium di Pandan Indah, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa yang berusia 27 tahun dan bekerja sebagai pegawai teknologi maklumat baru pulang dari rumah keluarganya di Ulu Yam, Selangor.

Sumber polis berkata, sejurus mangsa keluar daripada Perodua Myvi dipandunya, tiba-tiba muncul tiga lelaki yang terus memukul dan menendangnya.

“Mangsa ditarik masuk semula ke dalam keretanya dan ketika itu mereka masih memukul mangsa tanpa belas kasihan dalam usaha melemahkannya.

“Mereka membawa mangsa ke sekitar ibu kota dan memaksanya menyerahkan barang berharga termasuk kad pengeluaran wang automatik (ATM) serta nombor pengenalan peribadi (PIN) daripadanya,” katanya.


Menurutnya, mangsa yang ketakutan mengikut arahan tiga lelaki terbabit sebelum dia dibawa ke sebuah lokasi berhampiran Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Chamang, Bentong, Pahang.

Sumber itu berkata, sebaik tiba di satu lokasi sunyi di situ, seorang daripada lelaki terbabit merogol dan meliwat mangsa.

“Mangsa berjaya meloloskan diri dan meminta pertolongan daripada orang ramai yang melalui jalan berkenaan.

Dia dibawa membuat laporan di Balai Polis Bentong sebelum menjalani pemeriksaan di Hospital Bentong.

“Pada masa sama, tiga lelaki terbabit melarikan diri dari tempat kejadian dengan kereta mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa dipindahkan ke Hospital Temerloh untuk menjalani pemeriksaan dan kini masih dirawat di hospital itu. Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan trauma.

Sumber itu berkata, setakat ini polis sudah menahan seorang lelaki yang dipercayai mengenali mangsa untuk membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa dan siasatan awal mendapati tiga lelaki terbabit kemungkinan warga Indonesia.

“Bagaimanapun, polis Ampang Jaya hanya menyiasat kes rompakan yang berlaku kepada mangsa. Mangsa dirogol dan diliwat di kawasan Bentong dan kami sudah menyerahkan kes terbabit kepada polis di daerah itu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman ketika dihubungi turut mengesahkan menerima laporan mangsa berhubung dia dirogol dan diliwat.

http://www.hmetro.com.my/articles/Diperkosa3penculik/Article

Pulanglah Along

MELAKA: “Ayah harap Along pulang, jangan menghilangkan diri tanpa khabar berita kerana emak dan adik (bongsu) selalu teringatkan Along. Mereka rindu serta fikirkan masa depan kerana pelajaran itu penting.”

Begitulah rayuan Abdul Hamid Abdul Ghani, 46, dari Pulau Sebang, Alor Gajah kerana bimbangkan anaknya, Muhammad Rashid, 14, yang gagal dikesan sehingga kini selepas keluar dari asrama bersama pelajar seniornya pada 30 Disember lalu.


Pengawal keselamatan itu berkata, anak sulung daripada empat beradik yang tinggal di asrama Madrasah Bahrul Ulum, Tengkera Pantai, dekat sini, tidak menunjukkan sebarang perubahan ketika pulang ke rumah kira-kira seminggu sebelum kehilangannya.

Bagaimanapun, katanya, dia terkejut apabila dimaklumkan guru kira-kira jam 10.15 pagi pada hari kejadian, bahawa anaknya tiada di asrama.


“Saya dimaklumkan Along keluar dari kawasan asrama dengan seorang pelajar lelaki berusia 22 tahun sekitar jam 3 pagi. Ia hanya disedari pengurusan madrasah berkenaan ketika mahu menunaikan solat Subuh.


“Sebaik mengetahui kehilangannya, hati saya berdebar dan tidak menyangka dia sanggup berbuat demikian kerana Muhammad Rashid pendiam dan kurang bergaul dengan pelajar lain.

“Lebih pelik, dia langsung tidak memaklumkan kami ke mana dia pergi. Emaknya begitu runsing hingga semua kerja yang dibuat tidak keruan kerana teringatkannya,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro, di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PulanglahAlong/Article/index_html

Hidup daif, pelajaran tercicir

GRIK: Dua beradik berusia 15 dan 17 tahun sepatutnya menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, namun kekangan kewangan ibu bapa tidak dapat menyekolahkan mereka, sebaliknya menamatkan persekolahan setakat tahun enam.

Lebih malang, empat lagi adik-beradik mereka berusia 19, 20, 22 dan 24 tahun turut tercicir dalam pelajaran dan hanya mempunyai kelulusan tertinggi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) berikutan kemiskinan keluarga.


Siti Norazma Yaakob, 17, dan adik lelakinya, Mohd Zulkifli, 15, reda dengan nasib keluarga mereka dan tidak kisah dicemuh masyarakat walaupun menerima nasib sama dengan empat adik-beradik mereka.

Pasangan suami isteri, Yaakob Harun, 45, dan isteri, Zaitun Othman, 41, tidak pernah bermimpi untuk hidup mewah, sebaliknya mereka bersama lapan anak hanya menumpang teduh di pondok kecil diperbuat daripada buluh dan kayu hutan tanpa bekalan elektrik di sebuah lokasi terpencil di Kampung Plang Keledang, di sini, sejak lima tahun lalu.


Yaakob berkata, pendapatannya sekitar RM400 sebulan sebagai buruh kasar tidak mencukupi bagi menampung keluarga dan dia kesal tidak berupaya menyekolahkan enam anaknya sebelum ini.


Menurutnya, empat anaknya, Mohd Shaiful Zaman, 24, Mohd Zamri, 22, Rabiatul Adawiyah, 20, dan Mohd Sayuti, 19, yang kini masih belum bekerja hanya menamatkan persekolahan setakat tahun enam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hidupdaif_pelajarantercicir/Article/index_html

Bapa, ibu tiri direman hingga Isnin depan

JOHOR BAHRU: Bapa dan ibu tiri kanak-kanak mangsa dera, Nur Dania Qistina, 3, yang meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru selain mempunyai 73 kesan penderaan fizikal ditahan reman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan polis.

Pasangan itu ditahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 kerana mendera.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, polis menahan kedua-dua suspek berusia 30 dan 25 tahun itu di sebuah rumah di Felda Tenggaroh 6, Mersing, kira-kira jam 9.30 malam kelmarin.

Beliau berkata, kedua-dua suspek berkenaan ditahan reman sehingga 17 Januari bagi membantu siasatan kes kematian Nur Dania dan penderaan ke atas kakak berumur lima tahun dan adik mangsa berusia setahun yang dipercayai turut didera.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bapa_ibutiridiremanhinggaIsnindepan/Article/index_html

Kakak, adik turut jadi mangsa

JOHOR BAHRU: Ketiga-tiga beradik termasuk Nur Dania Qistina, 3, yang maut selepas mengalami pendarahan dalaman di paru-paru dipercayai menjadi mangsa penderaan fizikal di rumah ibu tiri mereka di Kampung Sungai Tiram di sini, sejak tiga bulan lalu.

Ia berikutan, kakak mangsa, Nur Diana Batrisha, 5, dan adik lelakinya, Danish Irsyad, berusia setahun, yang kini menjalani rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) didapati mempunyai kesan penderaan fizikal di anggota badan.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai berkata, ketiga-tiga kanak-kanak itu dipercayai menjadi mangsa penderaan selepas dilarikan bapanya daripada kediaman datuk dan nenek di Tenggaroh, Mersing.

Menurutnya, biarpun ibu kanak-kanak berkenaan yang bekerja sebagai kerani akaun di Pasir Gudang berusaha mengesan mereka, tempat tinggal bekas suaminya itu dirahsiakan hingga perkara itu mengundang masalah tidak diingini.


“Dua adik-beradik mangsa dapat diselamatkan termasuk anak sulung kini tinggal bersama ibunya, Nur Aquilla Razali, 27. “Manakala adik bongsu mangsa masih menerima rawatan di HSA berikutan kesan lebam pada muka, belakang telinga dan punggung selain demam ditemani oleh ibu saudaranya.


“Setakat ini, imbasan X-Ray menunjukkan Danish tidak mengalami sebarang kecederaan seperti patah tulang,” katanya.

Robia berkata, pihaknya juga menasihatkan keluarga mangsa supaya membawa anak sulung untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di hospital memandangkan kanak-kanak itu juga didapati mengalami kesan lebam dan bengkak di beberapa anggota badan. “Dari pandangan luaran kedua-dua mereka mempunyai pertumbuhan normal mengikut usia masing-masing...namun kita perlu menunggu laporan perubatan keseluruhan doktor.


“Kedua-dua beradik itu lebih sesuai tinggal bersama ibu kandung mereka selepas ini,” katanya ketika mengunjungi Danish di wad kanak-kanak di HSA di sini, semalam.

Robia bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaroh, T Murukasvary turut melawat keluarga mangsa di Felda Tenggaroh 6, dekat Mersing di sini, pagi semalam dan menyampaikan sejumlah sumbangan wang tunai.


Sementara itu, Aquilla berkata, dia terkilan dengan kejadian menimpa arwah Dania kerana kanak-kanak itu adalah seorang yang mudah mesra dan manja.


Menurutnya, bagi mengelakkan kedua-dua anaknya mengalami nasib sama, dia berusaha menuntut hak penjagaan daripada suaminya di mahkamah secepat mungkin.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kakak_adikturutjadimangsa/Article/index_html

Wednesday, January 12, 2011

TV3 Serah 20 Pita Drama 'Sakti Delima' Kepada LPFM

Rabu Januari 12, 2011

Sheila Rusly

PETALING JAYA: Pihak TV3 telah menyerahkan 20 episod pita rakaman drama bersiriSakti Delima kepada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) selepas agensi tersebut melarang penyiaran drama berkenaan di stesen televisyen itu berkuat kuasa Isnin selepas empat episod penyiarannya.

TV3 dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Isnin berkata, pihaknya mematuhi arahan LPFM dan terpaksa memberhentikan tayangan drama terbitan J.S Pictures itu yang dikatakan mempunyai unsur-unsur syirik dan tahyul.

“Pihak TV3 akur dengan arahan LPFM dan membuat keputusan untuk tidak menayang drama berkenaan menerusi slot Legenda berkuat kuasa serta-merta dan menyerahkan 20 episod pita rakaman kepada mereka untuk dibuat pemantauan.

“Ia untuk memastikan jalan cerita dan elemen yang dipaparkan tidak mengandungi sebarang unsur syirik ketara yang boleh memesongkan akidah Islam,” kata kenyataan itu.

Drama yang diadaptasi daripada filem klasik Pancha Delima yang pernah dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin dan Saadiah pada tahun 1957 itu mengisahkan tentang kesaktian seutas kalung yang menjadi rebutan ramai.

Ia diberi nafas baru oleh pengarah Jinggo dan penulis skrip Sofia J.Rhyland di samping barisan pelakon-pelakon bertudung Bienda, Safura, Aida Khalida dan Catriona Ross.

Stesen televisyen itu berkata, pihaknya akan menyiarkan drama tersebut semula pada bulan April akan datang selepas ia mendapat kelulusan LPFM.

Dalam sebuah laporan akhbar Isnin, penerbit J.S Pictures yang turut berlakon drama tersebut Sheila Rusly mempersoalkan LPFM kerana melarang penyiaran drama berkenaan sedangkan ia merupakan 30 peratus adaptasi daripada filem asal Pancha Delima.

Kata Sheila, kenapa pihak LPFM perlu ada “double standard” terhadap drama berkenaan.

Sakti Delima disiarkan menerusi slot Legenda yang menemui penonton bermula Isnin hingga Khamis pukul 4.30 petang sejak 3 Januari lalu.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/1/12/mstar_hiburan/20110111171458&sec=mstar_hiburan

Nazri Cabar Anwar Debat Isu Apco

Rabu Januari 12, 2011

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat dengannya mengenai Apco Worldwide sebelum membuat cabaran berdebat dengan Perdana Menteri.

Nazri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat mengenai "Pelan 100 Hari" pakatan pembangkang berikutan kenyataan Najib yang membidas pelan itu sebagai bersifat populis dan tidak bertanggungjawab kerana tidak disertakan dengan punca kewangan bagi melaksanakannya.

"Jangan jadi pengecut. Suruh dia jawab isu Apco dulu dan debat dengan saya dulu," kata Nazri dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.

Anwar sebelum ini mendakwa mempunyai dokumen bahawa Apco Worldwide (APCO), sebuah syarikat perhubungan awam antarabangsa mempunyai kaitan dengan penubuhan gagasan 1Malaysia dan kempen 'One Israel', walaupun kerajaan mendedahkan dokumen yang menafikan dakwaannya tersebut.

Berikutan kegagalan Anwar untuk mengemukakan bukti mengenai dakwaannya di persidangan Dewan Rakyat pada penggal yang lepas, beliau telah digantung daripada menghadiri persidangan itu untuk enam bulan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati beliau berbohong. Sementara itu, Menteri Penerangan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tindakan Anwar mencabar PM hanyalah gimik lama dan hanya mahukan publisiti.

"Saya tidak fikir PM akan jatuh dalam perangkap ini. Anwar dalam keadaan tersepit akan mengambil apa sahaja peluang untuk menyanggah data dan informasi ataupun usaha Perdana Menteri dalam apa-apa hal.

"PM melahirkan hujah yang menyakinkan dalam apa yang dilaksanakannya dalam tempoh setahun lebih. Kita sudah yakin bahawa informasi itu boleh dipertahankan," katanya kepada pemberita selepas bertemu petugas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) di sini, Selasa.

Rais berkata semasa Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan, lonjakan saham tidak pernah mencapai 1,500 mata, dan kini pendapatan orang kampung pun semakin meningkat dengan kenaikan harga getah sehingga RM12 sekilogram baru-baru ini.

Anggota Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali pula berkata Najib tidak perlu melayan kehendak Anwar kerana Anwar bukan seorang pakar ekonomi atau pakar kewangan, malah tidak ada pengalaman dan juga kelulusan.

"Tak perlu PM masuk perangkap politik Anwar. Anwar hanya berlagak pandai dan dia adalah pakar putar alam," dakwanya.

Apa yang penting ialah Perdana Menteri dan kerajaan memberikan penerangan kepada rakyat mengenai apa jua rasa tidak puas hati yang tercetus, terutama kos sara hidup yang semakin meningkat, kata presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu.

Sementara itu Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin berkata cabaran Anwar untuk berdebat dengan Najib mengenai polisi ekonomi, dilihat sebagai satu usaha terdesak.

Katanya, Anwar tidak perlu untuk berdebat memandangkan rakyat kini lebih cenderung menonton majlis yang berbentuk forum perdana.

Di IPOH, Pergerakan Pemuda Umno Perak menyifatkan cabaran Anwar itu merupakan taktik murahannya untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap krisis peribadinya sendiri.

Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata sekiranya Anwar benar-benar mahu berdebat, beliau sewajarnya menerima pelawaan Ketua Pergerakan Umno Khairy Jamaluddin.

Pergerakan Pemuda Umno Perak menyokong penuh cabaran Khairy untuk berdebat mengenai isu pelaksanaan pendekatan ekonomi yang termaktub dalam Pelan 100 Hari pakatan pembangkang, katanya dalam satu kenyataan.

Pengerusi Biro Daftar Pemilih dan Keahlian Pemuda Umno Hishamudin Yahya pula berkata pelawaan Anwar itu tidak perlu dilayan sebaliknya Najib perlu terus memastikan semua program yang dirancang kerajaan dapat dilaksanakan secara berkesan.

Daripada segi pendekatan ekonomi, beliau berkata walaupun Anwar telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, namun beliau masih gagal mempamerkan 'kehebatan' menarik pelabur luar negara ke negeri itu.-BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/1/12/mstar_berita/20110111224842&sec=mstar_berita

Rashid Kongsi Pesanan Terakhir Misbun

Isnin Januari 10, 2011

Rashid (kanan) turut terkejut dengan peletakan jawatan abangnya.

“YOU all jaga diri baik-baik, jangan fikir hal lain dan try improve untuk jadi champion. Itu pesanan terakhir jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek kepada anak buahnya selepas selesai sesi latihan pada Khamis minggu lalu.

Amanat itu dikongsi ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek yang juga adik Misbun kepada Mingguan mStar ketika ditemui di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Misbun mengejutkan ramai pihak apabila menghantar surat peletakan jawatan berkuat-kuasa pada 31 Disember lalu menerusi email kepada Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh tanpa memberikan sebarang alasan.

Menurut Rashid, dia yakin abangnya akan kembali melatih pemain senior dan luar negara bersama Kelab Badminton Nusa Mahsuri yang ditubuhkan sejak 1997 andai beliau tetap dengan keputusannya untuk mengundur diri.

“Kami adik-beradik kenal dengan perangai Misbun. Jika dia tidak suka sesuatu perkara, dia tetap dengan pendiriannya walaupun cuba dipujuk dengan apa jua cara sekalipun. Dia seorang yang tegas dan sukar diramal.

“Dia mungkin akan kembali ke Nusa Mahsuri jika tidak bersama BAM. Walaupun kami menerima tawaran dari BAM untuk menjadi jurulatih, hubungan dengan kelab badminton profesional itu tidak pernah putus. Kami masih ada perjanjian bersama Nusa Mahsuri,” katanya.

Rashid mengakui Nusa Mahsuri sering menjadi tumpuan pemain dari Jepun, England, Norway, Finland, Denmark dan Vietnam tiap-tiap tahun untuk menjalani latihan.

“Pemain No.1 Vietnam, Nguyen Tien Minh, Shoji Sato dan Sho Sasaki dari Jepun antara pemain yang pernah berlatih bersama Nusa Mahsuri. Mereka akan datang berlatih selama satu atau dua bulan di sini kemudian kembali ke negara asal untuk kejohanan tertentu,” ujarnya.

Mengulas mengenai kenyataan pemain badminton No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei yang mahu mengikut jejak langkah Misbun, Rashid berkata, jika itu keputusan beliau ia bukan lahir daripada paksaan atau pujukan abangnya.

“Kalau Chong Wei nak keluar dari BAM, itu atas kehendak dia sendiri. Isu peletakan jawatan itu tiada kena mengena dengan Chong Wei malah Misbun tiada perancangan untuk mempengaruhi anak buahnya itu mengikut jejaknya,” tegas Rashid.

Katanya, Misbun tidak pernah terfikir untuk menghasut atau memujuk Chong Wei untuk meninggalkan BAM sebaliknya mahu anak didiknya itu fokus dalam setiap kejohanan dan segala persediaanya tidak terjejas.

Meskipun soalan demi soalan diajukan kepada Rashid untuk mengetahui punca sebenar peletakan jawatan Misbun, anak bongsu daripada lima beradik itu sekadar menjelaskan abangnya ada menyuarakan rasa tidak puas hati dengan sistem pengurusan BAM.

“Saya tidak tahu sama ada dia terguris hati dengan pihak pengurusan. Namun isu itu bukan punca sebenar dalam masalah ini, ia cuma sebahagian daripadanya. Saya pun tidak sangka Misbun akan letak jawatan,” katanya.

Kini, tugas yang ditinggalkan Misbun diambil-alih oleh Rashid dan Teh Seu Bock buat sementara waktu sejak awal minggu ini sehingga pengumuman dari BAM diketahui dalam tempoh terdekat.

Sehingga hari ini, punca sebenar di sebalik kemelut itu masih mengundang seribu satu persoalan.

Bagaimanapun, kontroversi itu menunjukkan tanda-tanda akan selesai secepat mungkin selepas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan akan mengatur pertemuan tiga pihak bersama-sama dengan Misbun dan Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh sekembalinya dari lawatan ke Sarawak.

http://mstar.com.my/mingguan/cerita.asp?file=/2011/1/10/mstar_mingguan/20110110144141&sec=mstar_mingguan

Pihak berkuasa diminta pantau pernjualan produk kecantikan melalui MLM

MELAKA: Persatuan Pelindung Pengguna Melaka meminta pihak berkuasa melakukan pemantauan lebih tegas terhadap penjualan produk kecantikan melalui 'pemasaran pelbagai aras' (MLM) kerana ada antaranya memudaratkan pengguna, seperti pemutih kulit yang menyebabkan kulit muka rosak.

Yang Dipertuanya, Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata persatuan itu turut menerima aduan terdapat syarikat MLM yang menjual produk yang diharamkan walaupun mengetahui ia berbahaya.

Beliau berkata selain itu, pihaknya banyak menerima aduan mengenai produk perubatan tradisional, terutama membabitkan ubat perangsang seks yang menggunakan steroid sebagai bahan sehingga boleh memudaratkan pengguna.

"Steroid digunakan untuk menguatkan dan mempercepatkan rangsangan bahan itu, selain ubat perangsang seks, kita juga banyak menerima laporan steroid ini digunakan dalam ubat sakit sendi," katanya kepada pemberita di pejabat persatuan itu di Ayer Keroh hari ini.


Dr Saharuddin berkata terdapat juga pengusaha yang meniru produk ubatan pengusaha tempatan dan dijual pada harga sama, namun tidak memiliki kesan serupa dengan produk asal, malah memudaratkan.


Beliau berkata ada juga sesetengah pengusaha yang mahu mengaut keuntungan cepat bertindak mengambil produk ubatan syarikat lain dan membungkusnya semula sebelum dijual pada harga lebih tinggi.

Katanya, persatuan itu juga menerima banyak aduan mengenai beberapa pusat perubatan yang mengenakan bayaran sesuka hati, dan pesakit hanya dimaklumkan mengenai jumlah kos terbabit selepas menerima rawatan.

Dr Saharuddin berkata pusat perubatan berkenaan sepatutnya memaklumkan kos
yang terlibat sebelum pesakit dirawat sebagaimana diarahkan oleh Kementerian
Kesihatan.

"Pengguna yang merasakan dirinya tertipu, boleh menghubungi persatuan kami
di talian 1-700-800-444 atau 06-2324228, dan pihak persatuan ini boleh membantu
mereka menuntut pampasan," katanya.
- Bernama

http://www.hmetro.com.my/articles/PihakberkuasadimintapantaupernjualanprodukkecantikanmelaluiMLM/Article

Mayat bayi perempuan ditemui di tempat pembuangan sampah

KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di tempat pembuangan sampah di Jalan Hamzah, Kampung Baru di sini hari ini.

Mayat bayi yang lengkap berpakaian itu ditemui pada 10 pagi oleh seorang suri rumah, Supik Satun, 43, dalam sebuah kotak di hadapan rumahnya, ketika beliau hendak membuang sampah.

"Pada mulanya saya ingatkan dalam kotak itu sampah tetapi selepas membukanya saya dapati mayat seorang bayi perempuan. Terkejut dengan keadaan itu saya lantas memanggil jiran saya yang berada di dalam rumah untuk menentukan sama ada ia bayi atau anak patung," katanya kepada Bernama.

Jiran Supik, Suntari Manaf, 46, berkata beliau segera ke tempat pembuangan sampah itu selepas dipanggil oleh wanita berkenaan.


"Saya yang diberitahu ada bayi pada mulanya tidak percaya dengan perkara tersebut, namun selepas melihatnya akhirnya saya terkejut dan segera menelefon polis," kata Suntari, yang bekerja sebagai pemandu teksi.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi berkata pihaknya ada menerima laporan mengenai kes tersebut.

Beliau berkata mayat bayi itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan polis sedang mengesan ibu bapa bayi berkenaan. - Bernama

http://www.hmetro.com.my/articles/Mayatbayiperempuanditemuiditempatpembuangansampah/Article

3 remaja hamil lepas lari ikut kekasih

KUALA LUMPUR: Menyedihkan apabila tiga gadis termasuk dua antaranya masih di bawah umur dikesan mengandung selepas melarikan diri kerana mengikut teman lelaki masing-masing.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, pihaknya menerima 16 kes aduan membabitkan remaja perempuan meninggalkan rumah selepas terpedaya dengan ajakan teman lelaki yang baru dikenali melalui laman sembang, sepanjang tahun lalu.


“Sebaik ibu bapa gadis terbabit membuat aduan di pejabat kami dan kemudian disiarkan akhbar, sebahagian gadis berusia antara 14 hingga 19 tahun itu kembali ke pangkuan keluarga.

“Namun, tiga daripada gadis itu disahkan mengandung menyebabkan ibu bapa mereka terpaksa melaporkan kejadian itu kepada polis. Lebih mengejutkan lagi, dua daripadanya masih bawah umur begitu juga teman lelaki mereka,” katanya ketika sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.


Difahamkan, kebanyakan gadis terbabit mudah terpedaya dengan pujukan lelaki walaupun baru dikenali melalui laman sembang.


Dalam kes terbaru, pihaknya menerima dua lagi aduan membabitkan kehilangan gadis berusia 17 dan 23 tahun berasal dari Perak dan Johor.

Menurutnya, seorang remaja berusia 17 tahun dikatakan hilang di Tapah, Perak, dekat sini, 30 Disember lalu selepas berkenalan dengan seorang lelaki melalui sebuah laman sembang.


Mangsa, dipercayai keluar rumah selepas menerima kunjungan seorang lelaki berusia 20-an yang baru dikenalinya pada hari berkenaan.

Ibu mangsa hanya mahu dikenali sebagai Bee Poh, 48, berkata anaknya ada menelefon memaklumkan lelaki terbabit yang berasal dari Johor hendak datang ke rumahnya untuk berjumpa anak bongsunya itu.


“Saya tidak kisah dan membenarkan lelaki itu berjumpa dengan anak saya. Bagaimanapun, selepas anak saya menghantar lelaki itu ke sebuah perhentian bas berhampiran, anak saya itu kemudian bertindak mengambil beg pakaiannya sebelum bergegas keluar rumah,” katanya.


Difahamkan, ketika kejadian, dia yang menjalankan perniagaan keranda tiada di rumah dan hanya mengetahui kehilangan anak bongsu daripada empat beradik itu sebaik dimaklumkan anak keduanya.


“Saya segera pulang ke rumah dan mendapati satu nota ditinggalkan anak saya memberitahu mahu keluar bercuti untuk beberapa hari dan akan pulang semula ke rumah. “Selepas membaca nota berkenaan, saya segera menghubungi anak saya itu namun gagal dan masih tidak pulang sehingga sekarang,” katanya.


Menurutnya, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Ulu Bernam, di sini kerana bimbang keselamatan anak gadisnya itu.


Dalam kes berasingan, seorang lagi gadis, Tan Mei She,23, dirayu pulang selepas dipercayai hilang sejak tiga tahun lalu.


Michael berkata, mangsa dipercayai mendapat pekerjaan di Melaka, namun masih tidak pulang sehingga kini dan ibu bapa mangsa sudah membuat laporan di sebuah balai polis di Skudai, Johor pada 10 November lalu.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/3remajahamillepaslariikutkekasih/Article/index_html

Jemaah khurafat tarik emas

Jemaah khurafat tarik emas

Oleh Asmah Rusman dan Hamizah Badiran

TERTIPU...Ramli menunjukkan emas sadur dan dua botol air mawar.
TERTIPU...Ramli menunjukkan emas sadur dan dua botol air mawar.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Indonesia berusia 40-an dikatakan ligat memancing pemuda tampan berusia 20-an untuk dijadikan pengikutnya bagi dilatih menjadi ejen perbuatan khurafat menarik emas dari alam ghaib.

Wanita berkenaan yang dipanggil Kak Emi atau Ibu oleh pengikutnya dikatakan menjalankan kegiatan penipuan itu sejak empat tahun lalu di sekitar Lembah Klang dan setakat ini, jumlah pemuda tampan yang menjadi pengikutnya mencecah 20 orang.

Mendedahkan kegiatan wanita terbabit, pemuda mahu dikenali sebagai Ramli berkata, dia menjadi pengikut jemaah tarik emas itu selama lebih enam bulan sebelum melarikan diri.

Ramli, 24, berkata, selepas termasuk dalam perangkap Ibu, amat sukar melepaskan diri kerana dia bukan saja mengumpan pengikutnya dengan wang ringgit serta seks, tapi turut bersikap agresif kepada sesiapa yang cuba berpaling tadah.


“Sesiapa bersetuju menjadi pengikutnya, disyaratkan mentaati dan menyayanginya dengan cara bersalam dan mencium kedua-dua pipinya setiap kali berjumpa.


“Lebih menjelekkan, selepas menjadi pengikut, kami dikehendaki tinggal di rumah ibu dan setiap malam kami tidur beramai-ramai di ruang tamu bersama-sama dengannya,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Menceritakan pengalamannya pada beberapa malam pertama tidur di rumah Ibu, Ramli berkata, dia terperanjat apabila melihat bomoh wanita itu dengan selamba memeluk rakannya secara bergilir-gilir sepanjang malam.

“Saya lihat dia peluk rakan di sebelah saya ketika saya terjaga di tengah malam untuk membuang air. Esoknya, saya bertanya kepada Ibu mengenai perbuatannya itu.

“Ibu menjelaskan dia perlu tidur bersama-sama kami semua kerana bilik tidurnya digunakan Tuan Puteri untuk beradu. Kata ibu, Tuan Puteri itulah yang membantu usaha kami untuk menarik emas,” katanya.

Menurut Ramli, dia mengesyaki rakannya yang sudah lama menjadi pengikut jemaah khurafat itu turut melakukan hubungan seks dengan wanita berkenaan.

“Apabila ada antara kami yang minta izin untuk pulang ke rumah, Ibu akan jatuh sakit secara tiba-tiba dan memberi pelbagai alasan termasuk dia sakit dada, pening kepala dan demam, sambil menagih simpati,” katanya.

Menceritakan tugas sebagai ejen menarik emas, Ramli berkata, setiap pemuda yang tinggal bersama dan menjadi pengikut Ibu dikehendaki mencari pelanggan yang berminat dengan khidmat mereka.

Menurutnya, setiap pelanggan perlu membayar RM1,350 sebagai kos perbelanjaan membeli keperluan pemujaan termasuk satu kotak kayu berukir, sebotol minyak candu hitam, dua botol air mawar dan satu bilik khas di rumah masing-masing.

“Kotak kayu itu akan disiram dengan minyak candu hitam dan dua botol air mawar akan disimpan di dalam kotak sebelum diletakkan dalam bilik khas yang dihiasi dengan taburan bunga melur dan bunga mawar.

“Kotak kayu perlu itu disimpan dalam bilik khas selama sekurang-kurangnya 40 hari sebelum boleh dibuka. Sepanjang tempoh itulah, Tuan Puteri kononnya turun menarik emas,” katanya.

Ramli berkata, dia sempat menyediakan seorang pelanggan untuk Ibu menjalankan khidmat menarik emas, namun selepas hampir dua bulan, barulah dia menyedari semua yang dijanjikan wanita itu hanya pembohongan belaka.

“Selepas kira-kira 40 hari, Ibu masuk ke bilik seorang diri mengambil kotak kayu yang disimpan di situ dan dia keluar semula dengan memegang enam uncang pelbagai jenis barang,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/Jemaahkhurafattarikemas/Article

Anak bertindak agresif

KUALA LUMPUR: “Sehingga kini usaha saya untuk mengeluarkan anak saya daripada menjadi pengikut wanita itu gagal kerana dia begitu agresif dengan menyerang saya di rumah selepas saya melarang anak saya mengikutnya.”

Demikian kata wanita yang mahu dikenali Maimunah, ibu kepada seorang pemuda berusia 20-an yang menjadi anggota jemaah atau pengikut Ibu.


Maimunah, berkata, anaknya, Ashraf, memberitahu dia bekerja bersama seorang bomoh wanita yang handal dalam kerja menarik emas sambil mendalami ilmu agama.

“Bila saya halang anak saya daripada menyertai kumpulan itu, wanita berkenaan menyerang saya di rumah. Dia mengugut dan mengancam keselamatan kami sekeluarga,” katanya.


Maimunah berkata, dia bimbang anaknya terjebak dengan aktiviti khurafat dan terpesong daripada ajaran Islam jika terus menjadi pengikut wanita itu.


“Ini kerana saya difahamkan, wanita itu membawa anak saya melawat ke tanah perkuburan lama untuk menghantar minyak mawar kepada ‘jin’ kubur yang kononnya tahu lokasi emas tertanam,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), Mohamed Hanafiah Abdul Malek berkata aktiviti ‘tarik emas’ atau ‘tarik duit’ dari alam ghaib sebenarnya satu perbuatan mustahil.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Anakbertindakagresif/Article/index_html

Dilarikan bapa

MERSING: Nur Dania Qistina Nurafizan, 3, yang dipercayai mati akibat didera ibu tirinya, didakwa dilarikan bapanya hampir tiga bulan lalu dan ibu kandungnya juga tidak dibenarkan bertemu mangsa serta dua adiknya yang lain.

“Siapa sangka selepas hampir tiga bulan bekas abang ipar melarang kakak bertemu ketiga-tiga anak kerana masalah rumah tangga, akhirnya kakak (Nur Aquilla, 27) kehilangan seorang cahaya matanya.

“Hatinya luluh kerana meratap jasad kaku Nur Dania dalam keadaan menyayat hati termasuk luka dan lebam di seluruh badan,” kata bapa saudara Nur Dania, Mohd Kamaruzzaman Razali, 25, ketika ditemui di Felda Tenggaroh 6, di sini, semalam.

Kamaruzzaman berkata, keluarganya terkilan dengan nasib menimpa anak kedua daripada tiga beradik selepas dilarikan bapa mereka pada Oktober lalu.


Menurutnya, kakak sulungnya itu terlalu merindui Nur Dania serta kakak mangsa berusia lima tahun dan adik lelaki berusia setahun, selepas ketiga-tiga kanak-kanak itu dilarikan bekas abang iparnya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dilarikanbapa/Article/index_html

Ibu tiri dusta

Ibu tiri dusta

Oleh Mary Victoria Dass dan Sahlina Sahkirin

SAYU...jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenggaroh 6, semalam.
SAYU...jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Tenggaroh 6, semalam.
PILU...Nur Aquilla (tengah) tidak dapat menahan kesedihan.
PILU...Nur Aquilla (tengah) tidak dapat menahan kesedihan.

JOHOR BAHRU: Tujuh puluh tiga kesan cedera pada seluruh tubuh menjadi petunjuk punca kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun akibat didera dan bukan disebabkan lemas seperti didakwa ibu tirinya.

Nur Dania Qistina Nurafizan yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya yang berusia 25 tahun di Kampung Sungai Tiram di sini, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, pagi kelmarin, selepas dibawa ke hospital oleh bapanya yang memberitahu dia lemas dalam baldi.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesyaki punca kematian kanak-kanak itu akibat didera dengan kejam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima polis, tengah hari semalam.


Menurutnya, laporan menunjukkan mangsa mempunyai 73 kesan penderaan fizikal selain lebam di dada.


“Doktor juga mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana mengalami pendarahan dalaman di paru-paru dan menolak dakwaan ibu tiri mangsa yang menyatakan kanak-kanak itu lemas.

“Dalam laporan, bapa mangsa mendakwa menerima panggilan daripada isterinya pada jam 8.30 pagi ketika berada di tempat kerja dan wanita itu menyatakan anak kedua suaminya hasil perkahwinan pertama lelaki itu ditemui tidak sedarkan diri dan lemas di dalam baldi.

“Lelaki terbabit membawa mangsa dari rumah mereka di Kampung Sungai Tiram di sini ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

“Bagaimanapun, lelaki itu menyatakan anaknya tidak dapat diselamatkan dan hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Roslan berkata, mengikut laporan bedah siasat, dakwaan ibu tiri mangsa bahawa mangsa lemas tidak benar kerana tiada tanda lemas dikenal pasti sebaliknya ada 73 kesan penderaan dan pendarahan dalaman di paru-paru.

Menurutnya, polis sudah menahan ibu tiri terbabit bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

http://www.hmetro.com.my/articles/Ibutiridusta/Article

Sheila menangis

Sheila menangis

Oleh Ramlah Zainal

KECEWA...Sheila terkejut dengan arahan LPF.
KECEWA...Sheila terkejut dengan arahan LPF.

KUALA LUMPUR: Baru empat episod ke udara di TV3, drama bersiri 20 episod, Sakti Delima terbitan JS Pictures Sdn Bhd terpaksa dihentikan siarannya, berkuat kuasa serta-merta, semalam.

Produser drama itu, Sheila Rusly mengesahkan, perkara ini atas arahan Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang mendakwa drama arahan Azman Yahya atau Jinggo itu mengandungi unsur syirik dan tahyul ketara yang boleh memesongkan akidah Islam.

Sambil menangis, Sheila ketika menghubungi Harian Metro, petang semalam sangat kecewa dan kesal dengan arahan mengejut daripada LPF itu.

“Saya baru dapat tahu arahan ini dari TV3 yang memaklumkan perkara ini semalam. Saya difahamkan, LPF berkata, Sakti Delima boleh mengelirukan penonton kerana kalung Sakti Delima yang ditonjolkan berbaur syirik. Saya juga diberitahu, wakil LPF bertanya kepada pihak TV3, adakah orang bunian dalam cerita ini Islam ke tidak?” katanya.


Sheila berkata kisah Sakti Delima sebenarnya adalah adaptasi kira-kira 30 peratus dari filem klasik, Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Pancha Delima lakonan Tan Sri Jins Shamsuddin.


“Ia menceritakan mengenai kesaktian seutas kalung yang jadi rebutan ramai. Ia cerita epik berdasarkan fantasi dan khayalan penulis Sofia J Rhyland dan 'team' produksi kami.

“Saya tertanya-tanya juga, apa bezanya cerita Sakti Delima dengan filem Pancha Delima yang banyak kali diulang tayang siarannya di TV? Bezanya, cerita Sakti Delima dihasilkan pada zaman ini tapi kita sendiri tidak tahu zaman berlakunya kisah fantasi itu,” katanya.

Dengan apa yang berlaku, Sheila melihat pihak LPF seolah-olah bersikap 'double standard' terhadap syarikatnya.

“Bagaimana LPF menilai Sakti Delima cerita syirik sedangkan ia baru disiarkan empat episod? Mereka belum tahu bagaimana penghujung cerita ini yang terselit pengajaran. Justeru, saya merayu kepada pihak LPF agar mempertimbang semula arahan menghentikan siaran Sakti Delima,” kata Shiela.

Dia berkata, pihaknya menghasilkan cerita Sakti Delima kerana ingin beri peluang kepada pelakon wanita bertudung di luar sana.

“Kalau LPF menghentikan siaran Sakti Delima, hasrat kami ingin membantu pelakon bertudung yang kurang tawaran berlakon, tidak kesampaian.

“Sebenarnya, ramai pelakon bertudung mengeluh kerana susah mendapat tawaran berlakon dan watak mencabar kredibiliti mereka. Peluang yang saya buka kepada pelakon bertudung untuk beraksi dalam produksi saya itu atas rasa tanggungjawab sebagai produser, sekali gus menyemarakkan bidang seni tanah air,” katanya.

Sheila berkata, pihaknya tetap menyelitkan nilai-nilai keislaman dan keindahan bahasa Melayu klasik dalam siri itu

“Kalau orang kata cerita ini tahyul banyak lagi cerita legenda yang lain yang buat cerita yang sama dan lulus tapisan LPF,” katanya.

Ditanya kemungkinan ada pihak yang mahu sabotaj Sakti Delima, Sheila tidak ada jawapan untuk soalan itu.

“Entahlah, itu saya tak pasti,” katanya.

Drama bersiri Sakti Delima menceritakan mengenai pengusaha chalet, Talib di pusat peranginan di tanah tinggi yang juga ayah tunggal kepada tiga anak perempuan iaitu Siti Anggerik, Siti Tanjung dan Siti Melur.

Siti Melur adalah anak bongsu yang kerap dibuli dua kakaknya (hasil perkahwinan pertama ayahnya). Taib juga sedih melihat sikap Siti Anggerik dan Siti Tanjung yang bukan saja asyik bertelagah sesama sendiri tapi sering membuli adik mereka, Siti Melur.


Satu malam, Siti Melur bermimpi berjumpa arwah ibunya yang memberitahu mengenai kehebatan kalung di lehernya yang digelar Sakti Delima yang mampu membawa tuah.

Barisan pelakon yang menjayakan Sakti Delima adalah Bienda, Safura, Aida Khalida, Catriona Ross, Ungku Ismail, Iqram Dinzly, Yalal Murai dan Sheila sendiri.


Ia menelan kos kira-kira RM500,000 dan sepatutnya ke udara di slot Lagenda TV3, jam 4.30 petang, mulai 3 Januari lalu.

http://www.hmetro.com.my/articles/Sheilamenangis/Article

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...