Wednesday, July 6, 2011

Ahmad 'cuba keluar bangunan melalui tingkap'

Jul 4, 11 8:26pm

DSP Sharul Othman Mansor yang bertugas di Makmal Forensik Bukit Aman memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa beliau berpendapat penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed terjatuh dari tingkap di Bilik Pantri di Aras 3, bangunan SPRM itu ketika dia ingin keluar dari pejabat berkenaan melalui tingkap itu.

NONE"Saya percaya si mati (Ahmad Sarbani) cuba melompat ke bumbung
di bangunan SPRM yang berhampiran dengan tingkap tersebut tetapi tidak sampai dan terjatuh di gelanggang badminton di aras satu bangunan itu," katanya ketika disoal timbalan pendakwa raya Hanim Mohd Rashid dalam inkues kematian Ahmad Sarbani.

DSP Sharul Othman berkata apabila seseorang berada di bilik pantri itu, dia boleh nampak bumbung berkenaan dekat dengan tingkap di Aras Tiga, namun apabila dibuat ukuran, jaraknya agak jauh iaitu sembilan kaki 11 inci.

NONEAhmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan
Klang ditemui mati di gelanggang badminton di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.

Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Koroner Aizatul Akmal Maharani, yang mendengar prosiding itu, dijadual melawat ke tempat kejadian di bangunan SPRM, Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 10 pagi esok.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/168902

Isteri Ahmad Sarbani yakin suami tak bunuh diri

Jul 4, 11 8:12pm

Isteri kepada penolong pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed hari ini memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa suaminya tidak mungkin membunuh diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, pada 6 April lepas.

NONEMasiah @ Maziah Manap, 50, yang merupakan saksi pertama dalam prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbani, berkata
suaminya adalah seorang yang tenang, bersikap rasional, penyabar dan bukan seorang yang suka bertindak melulu.

"Sebagai orang Islam yang menunaikan sembahyang lima waktu, tidak mungkin suami akan berbuat demikian," katanya.

Ibu kepada lima anak itu berkata pada hari kejadian suaminya ada memaklumkan kepada anak perempuan mereka bahawa dia akan pulang ke rumah tengah hari itu.

"Suami tidak cakap apa-apa pada saya tetapi arwah memaklumkan perkara itu kepada Shahirah (anak) sebelum beliau pergi ke pejabat SPRM dan ini yang meyakinkan saya bahawa dia nak balik," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohamad Abbas.

Masiah, yang mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Sarbani hampir 28 tahun, berkata pada 1 April lepas, dia menerima panggilan daripada anaknya, Shahira yang memaklumkan arwah ingin bercakap dengannya tetapi panggilan berkenaan terputus.

"Apabila saya pulang ke rumah pada 9 malam, anak saya memberitahu abah (panggilan untuk Ahmad Sarbani) tidur di SPRM dan saya kemudian cuba menghubungi beliau tetapi gagal.

NONE"Pada keesokannya (2 April), saya cuba menghubunginya sekali lagi
namun tiada jawapan dan lebih kurang 10 pagi saya ada menghantar SMS kepadanya menyatakan: Kalau kita di pihak yang benar, Allah akan bantu... kalau boleh, balik la, hari Ahad ni (3 April) kita ada kursus haji," katanya.

Masiah, yang bekerja sebagai penyelia di Petronas, berkata arwah suaminya pernah memberitahu bahawa dia telah dianiayai oleh ejen.

"Saya pernah bertanya kepadanya, apa masalah yang berlaku sekarang ini hinggakan SPRM menahannya dan dia (Ahmad Sarbani) berkata ejen menganiayainya berkenaan baucar bernilai RM100.

"Menurut suami saya, ejen itu mengaku bahawa RM70 daripada RM100 baucer itu dia ambil manakala RM30 diberikan kepada suami saya... namun suami memaklumkan kepada saya dia tidak ambil RM30 dan tidak tandatangani baucer tersebut," katanya.


Selain itu, Masiah berkata pegawai SPRM menghubunginya dan memberitahu bahawa suaminya rebah dan telah meninggal dunia tanpa dimaklumkan bahawa Ahmad Sarbani sebenarnya telah jatuh dari tingkat tiga bangunan itu.

"Apabila saya pergi ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bersama empat anak perempuan untuk membuat pengecaman mayat suami, saya nampak muka arwah seperti dihempuk ke dinding dan mukanya penuh dengan ketulan darah beku.

NONE"Mereka (pegawai SPRM) memberitahu saya bahawa dia (Ahmad Sarbani) rebah, tetapi saya tengok mukanya kelihatan mencurigakan," katanya.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di Tingkat Satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 6 April lalu.

Dia dilaporkan pergi ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Koroner Aizatul Akmal Maharani, yang mendengar prosiding itu, dijadual melawat ke tempat kejadian di bangunan SPRM, Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane pada 10 pagi esok.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/168900

3 lagi wakil rakyat Pakatan disoalsiasat

Wartawan Malaysiakini
Jul 4, 11
7:56pm

Menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu ini, tiga lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat disiasat polis berhubung kenyataan mereka dalam ceramah baru-baru ini.

NONEMereka ialah anggota parlimen Gombak Azmin Ali dan dua ADUN Ng Swee Lim (Sekinchan) dan Shuhaimi Shafiei (Sri Muda) yang didakwa bercakap tentang BERSIH 2.0 yang diharamkan kerajaan.

Azmin (kiri) yang juga timbalan presiden PKR berkata, beliau ditemui pegawai daripada ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya di ibu pejabat PKR pada jam 2 petang ini dan disoalsiasat selama 30 minit berhubung ceramah di Desa Mentari pada 25 Jun.

Katanya, soalan yang diajukan cuba dikaitkan dengan BERSIH, antaranya berkaitan ucapan, pemidato terlibat dan penganjur program itu.

"Atas nasihat peguam saya, saya membuat keputusan tidak menjawab setiap soalan," katanya selepas ketika ditemui selepas kenyataannya selesai dirakam.
[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/168899

Polis siasat Ambiga, dakwaan guna bank terima dana asing

Jul 4, 11 5:28pm

Polis akan menyiasat dakwaan mengenai sebuah bank tempatan yang dikesan digunakan oleh penganjur perhimpunan pada 9 Julai, Datuk S Ambiga untuk menerima dana dari beberapa NGO asing.

NONEKetua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (kiri) berkata polis akan bekerjasama dengan Bank Negara bagi menyiasat perkara itu.

"Kita akan menyiasat sesiapa juga yang ada elemen-elemen yang saya katakan boleh menunjukkan ada perkara-perkara yang telah berlaku, sedang berlaku atau pun dirancang berlaku yang boleh menjuruskan kepada ketidaktenteraman awam," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur selepas Majlis pelancaran Command Post Exercise (CPX) PDRM -ATM.

Sebuah akhbar tempatan berbahasa Melayu hari ini melaporkan bahawa akaun bank tersebut yang sudah menerima ratusan ribu dana asing dan merupakan satu daripada lima akaun yang dimiliki pengerusi demonstrasi haram itu yang dirancang pada 9 Julai ini.

Menurut laporan itu lagi bank berkenaan menjadi pilihan Ambiga (bawah) dan NGO asing kerana sebahagian saham bank itu dimiliki seorang pemimpin pembangkang.

NONEMengenai titah Yang di-Pertuan Agong semalam yang mengingatkan rakyat supaya memastikan tuntutan demokrasi tidak membawa kemusnahan kepada negara, Ismail berkata rakyat sepatutnya menuruti titah tersebut

"Saya rasa sebagai rakyat Malaysia, tidak kira apa bangsa, kita kenalah mengambil perhatian titah Seri Paduka Baginda sebagai satu titah yang perlu diikuti untuk keamanan dan kesejahteraan negara," katanya.

Ismail berkata pihaknya akan mengambil apa sahaja tindakan terhadap sesiapa sahaja yang menyalahi undang-undang negara ini terutamanya berkaitan perhimpunan haram yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman, ACP Ramli Mohamed Yoosuf berkata sehingga kini pihak polis menerima 4,000 laporan polis berkaitan perhimpunan haram itu.

Beliau berkata jumlah tangkapan pula seramai 220 orang, dan daripada jumlah itu 170 orang telah dibebaskan manakala selebihnya masih direman untuk siasatan.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/168885

Pendakwa akan bukti tertuduh laku pembunuhan

Jul 4, 11 5:21pm

Pihak pendakwaan akan mengemukakan keterangan bagi membuktikan bekas peguam N.Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya telah melakukan pembunuhan ke atas jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain berdasarkan penemuan DNA milik mangsa pada barang-barang kes.

Bukti itu akan dikemukakan melalui keterangan saksi yang menemui DNA milik seorang daripada mangsa iaitu pegawai bank Noorhisham Mohamad pada kayu kriket dan DNA peguam Ahmad Kamil Abdul Karim dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin pada zink-zink yang digunakan sebagai alas untuk membakar mayat-mayat mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff berkata demikian dalam ucapan pembukaannya pada permulaan perbicaraan kes bunuh itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir di Shah Alam hari ini.

Saksi juga akan memberikan keterangan mengenai penemuan sebilah pisau berkarat hulu besi, gelung dawai, serpihan tulang dipercayai tulang manusia, dua buah telefon bimbit jenama Blackberry, seutas jam tangan dan sebatang anak kunci tertulis BMW, katanya.

Selain itu, Ishak berkata dua pekerja ladang, U.Suresh dan T.Sarawanan akan dipanggil memberi keterangan bagi membuktikan bagaimana perancangan oleh Pathmanabhan dan tertuduh keempat, R.Kathavarayan bersama yang lain untuk melakukan pembunuhan ke atas keempat-empat mangsa serta peranan yang dimainkan oleh setiap tertuduh dan bagaimana tertuduh kedua, T.Thilaiyagan membunuh setiap mangsa.

Suresh dan Sarawanan sebelum ini telah dijatuhi hukuman penjara 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam kerana melupuskan mayat Sosilawati, Noorhisham, Ahmad Kamil dan Kamaruddin.

"Saksi-saksi juga akan mengesahkan bahawa Sosilawati ada urusan jual beli tanah di Pulau Pinang dengan tertuduh pertama (Pathmanabhan), urusan jual beli tanah di Pulau Pinang yang diuruskan oleh tertuduh pertama dan tertuduh pertama yang uruskan pembelian tanah dari Southern Symphony kepada Ample Quality di mana sebanyak RM2.9 juta telah dibayar sebagai 10 peratus harga belian tanah tersebut iaitu RM29 juta," kata Ishak.

Pathmanabhan, 42, Thilaiyagan, 20, R. Matan, 21, dan Khatavarayan, 31, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan membunuh Sosilawati, 47, Noorhisham, 38, Ahmad Kamil, 32, dan Kamaruddin, 44, di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Ishak yang mengetuai pihak pendakwaan berkata pihaknya juga akan mengemukakan keterangan saksi-saksi di tempat kejadian yang melihat api marak dari rumah mereka.

Beliau berkata pihak pendakwaan juga akan mengemukakan keterangan saksi-saksi yang mengesahkan jam tangan jenis Bell & Ross dan telefon bimbit Blackberry Bold warna putih milik Ahmad Kamil, jam tangan Seiko milik Kamaruddin serta penerimaan jam tangan 'Longines' daripada Suresh.

Ishak berkata keterangan bekas suami Sosilawati, Buhari Mohamed adalah berkisar mengenai urusan jual beli tanah di Pulau Pinang di mana beliau ada menghubungi Pathmanabhan bertanyakan sama ada Sosilawati ada berjumpa dengannya pada 30 Ogos 2010 dan Pathmanabhan menjawab bahawa Sosilawati ada menghubunginya pada hari tersebut untuk berjumpa tetapi tertuduh pertama itu tidak kelapangan serta meminta Sosilawati berjumpanya pada 2 Sept 2010.

Beliau berkata anak perempuan Sosilawati, Erni Erinawati Sofia Buhari membuat laporan polis mengenai kehilangan ibunya di Balai Polis Dang Wangi pada 31 Ogos 2010 dan pada 2 Sept 2010, Erni sekali lagi membuat laporan polis setelah mengesyaki Sosilawati telah diugut, diculik dan dikurung oleh individu berkaitan.

Ishak berkata pada 3 Sept 2010, isteri Ahmad Kamil bernama Sabrina Adnan membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur, manakala isteri Noorhisham bernama Suzana Radin Pangit membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya di Balai Polis Dang Wangi pada hari yang sama.

"Kakak kepada Kamaruddin, Zaidah Shamsuddin juga telah membuat laporan polis di balai polis Kuantan, Pahang, mengenai kehilangan adiknya pada 6 Sept 2010," katanya.

Seterusnya, Ishak berkata, seorang jurujual akan memberi keterangan untuk mengesahkan bahawa Sosilawati dan seorang lelaki Melayu yang dipanggil Kamal oleh Sosilawati ada datang ke gerainya pada 30 Ogos 2010 untuk membeli kerepek serta kuih raya bernilai lebih RM200 dan mereka dilihat beredar pada pukul 5.20 petang dengan menaiki kereta BMW X5 berwarna hitam.

Mahkamah juga dimaklumkan, pihak pendakwaan akan memanggil kira-kira 76 saksi pada perbicaraan kes ini.

Selain Ishak, pihak pendakwaan turut diwakili dua lagi Timbalan Pendakwa Raya iiatu Saiful Edris Zainuddin dan Idham Abd Ghani.

Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili peguam Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dan Kathavarayan diwakili peguam Ravi Nekoo dan Datuk Ng See Teong.

Sementara itu, seramai empat jurugambar polis memberi keterangan pada perbicaraan hari pertama di mana sebanyak 618 keping gambar yang diambil di beberapa lokasi berbeza termasuk tempat kejadian dan Sungai Panchau di Jalan Morib, Banting, yang dikatakan menjadi tempat melupuskan mayat mangsa dikemukakan di mahkamah sebagai eksibit.

Mereka ialah Detektif Koperal Mokhtar Hussain dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Lans Koperal Abdul Aziz Ahmad dan Detektif Sarjan Mhd Rasdi Mhd Safien kedua-duanya bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat dam Detektif Koperal K.Velamal dari Bahagian Bantuan Teknik,
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Perbicaraan bersambung esok.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/168884

Suami isteri ditahan miliki baju-T BERSIH

Jul 4, 11 4:56pm

Seorang lelaki dan seorang wanita berumur 51 dan 48 tahun, yang dipercayai suami isteri, ditahan polis kerana memiliki lima helai kemeja-t Bersih dalam sekatan jalan raya di Jalan Kubang Rotan-Kuala Kedah dekat Alor Setar.

bersih 2 shirt demandsKetua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata ketika ditahan polis pada kira-kira pukul 9.05 malam Sabtu lepas, kedua-dua suspek menaiki kereta jenis Proton Wira dan semasa pemeriksaan, polis menjumpai lima helai kemeja-T Bersih dalam kereta berkenaan.

"Saya difahamkan mereka adalah pasangan suami isteri. Mereka ditahan mengikut Akta Pertubuhan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sabtu lepas, seramai 14 orang yang dipercayai anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditahan kerana cuba menghasut orang ramai untuk menyertai perhimpunan haram itu Sabtu ini.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/168877

Pakatan mahu mengadap Agong mengenai BERSIH

Joseph Sipalan
Jul 4, 11
4:45pm

Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat tergempar Rabu ini untuk membincangkan rancangan untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong berhubung perhimpunan BERSIH 2.0.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi rakan sejawatannya dari DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang malam tadi sejurus selepas titah kenyataan Seri Paduka.

"...Mereka bersetuju untuk memanggil mesyuarat tergempar pada hari Rabu," kata Azmin dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR hari ini.

Azmin berkata, mereka masih belum menentukan sebab-sebab untuk memohon mengadap Seri Paduka, tetapi beliau membayangkan ia kemungkinan besar akan berkisar mengenai matlamat BERSIH 2.0 dan jaminan mereka untuk mengadakan demonstrasi aman.

Beliau menegaskan adalah penting bagi jawatankuasa Bersih 2.0 dan Pakatan mengadap Seri Paduka, untuk menjelaskan bahawa tuntutan mereka akan menimbulkan huru-hara.

"Kita (Pakatan Rakyat) akan membincangkan perkara ini dengan teliti semasa mesyuarat tersebut, dan diharapkan kita boleh menguruskan untuk mengadap Seri Paduka sebelum 9 Julai - tarikh perhimpunan tersebut dijadualkan berlangsung.

"Kami juga mahu mempersembahkan kepada Seri Paduka segala keterangan dan bukti yang kita ada mengenai penipuan dan kelemahan dalam sistem pilihan raya kita," katanya.


http://malaysiakini.com/news/168875

Perhimpunan: Jika BERSIH buat, PERKASA teruskan

Perhimpunan: Jika BERSIH buat, PERKASA teruskan
Jimadie Shah Othman & Norain Saleh
Jul 4, 11
3:49pm

Datuk Ibrahim Ali berpendapat kumpulan pendesak Melayu PERKASA perlu meneruskan perhimpunan mereka pada 9 Julai sekiranya BERSIH 2.0 meneruskan demonstrasinya.

NONEBagaimanapun perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasanya pada 6 Julai ini.

"Ini cuma pandangan peribadi saya sebagai presiden PERKASA," katanya.

Ibrahim (kanan) juga menyifatkan cadangan itu sebagai mengikut rentak BERSIH.

"Kita ikut (tindakan) BERSIH saja. Kalau BERSIH A, kita A. Kalau BERSIH B, kita B," katanya yang juga anggota parlimen Pasir Mas.

Bagaimanapun, katanya, pendiriannya itu tidak bermakna tidak akur pada titah Yang di-Pertuan Agong.

'Ambiga biadap'

Ini kerana, katanya, PERKASA mahu memastikan keselamatan negara terjamin dan imej negara tidak terjejas dengan perhimpunan itu.

Perkara lain, seperti tempat perhimpunan atau permit polis diserahkan kepada 40 jawatankuasa PERKASA untuk memutuskannya.

NONEDitanya tentang kenyataan Pengerusi BERSIH S Ambiga (kiri) yang mahu mengadap Yang di-Pertuan Agong, Ibrahim berkata tindakan itu tidak mengikut budaya Melayu.

"Esok kalau ada pihak lain hendak buat tunjuk perasaan, suruh batal, hendak jumpa (Yang di-Pertuan) Agong juga.

"Ini perhimpunan haram, saya rasa ini merendahkan martabat Yang di-Pertuan Agong," kata Ibrahim sambil menyifatkannya sebagai "biadap".

Oleh yang demikian, tambahnya, PERKASA tidak akan memohon mengadap Agong, kecuali dititahkan.

Memorandum mahasiswa

Sementara itu dalam sidang media yang sama, sekumpulan pelajar yang mengelarkan diri mereka sebagai "Mahasiswa Aman" turut menyerahkan memorandum membantah perhimpunan pada 9 Julai ini kepada Ibrahim.

NONEJurucakap kumpulan itu, Akmal Saufi Mohd Khalid (kanan, bertali leher) berkata perhimpunan kali berbeza dengan 2007 apabila tiga pihak dijangka bertembung.

"Bukanlah kami (menyebelahi) pada satu-satu pihak, kami adalah mahasiswa yang neutral yang mementingkan dan merisaukan keselamatan rakyat Malaysia," katanya.

Selepas menerima memorandum itu, Ibrahim sempat berseloroh dengan bertanya sama ada Akmal akan turut berdemo.

"Tidak," jawabnya ringkas sambil membuat isyarat tangan menolaknya.


http://malaysiakini.com/news/168870

PAS hantar wakil sertai BERSIH jumpa Agong

PAS hantar wakil sertai BERSIH jumpa Agong
Salhan K Ahmad
Jul 4, 11
3:37pm


PAS akan menghantar wakil dalam jawatankuasa pemandu BERSIH bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi menjelaskan tuntutannya untuk pilihan raya bersih dan adil.

Namun rancangannya untuk berhimpun pada 9 Julai akan diteruskan, kata timbalan presiden Mohamad Sabu (bawah, berbaju putih).

NONE"(Batalkan perhimpunan) itu tidak berbangkit sebab BERSIH tidak batalkan," katanya lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.

Tambahnya, PAS bagaimanapun akan tetap menyokong keputusan yang akan diambil oleh BERSIH berhubung perhimpunan berkenaan, katanya lagi ketika ditanya.

Katanya lagi, PAS akan mempersembahkan antara lainnya isu berhubung tindakan melampau yang dilakukan polis dalam usaha pasukan berkenaan untuk menghalang perhimpunan BERSIH.

Mohamad turut membacakan kenyataan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata, pertemuan dengan Seri Paduka juga bagi "menjelaskan kekeliruan yang timbul hasil dari liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman ini."

"Kesan dari salah faham ini telah menimbulkan provokasi pihak tertentu yang memberi gambaran seolah-olah keadaan sudah tidak terkawal sehingga undang-undang negara juga sudah tidak dihormati lagi oleh pihak berkuasa," katanya.

Pengiktirafan pada BERSIH

Tambahnya, kerajaan perlu menyelidik sebab bantahan berkenaan dengan "terbuka dan penuh keikhlasan", selari dengan titah baginda supaya kerajaan "melaksana amanah dengan adil dan bijaksana."

NONEDalam kenyataan berkenaan, Abdul Hadi turut menjelaskan bahawa bantahan berkenaan dicetuskan ke atas kelemahan dalam pilihan raya "dengan berlakunya penipuan, rasuah dan salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik."

Dalam pada itu, naib presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata polis perlu menghentikan penangkapan terhadap individu kerana Yang Di-Pertuan Agong menyarankan supaya rundingan diadakan.

"BERSIH sedia berunding tetapi polis yang menutup pintu rundingan," katanya lagi dalam sidang media sama.

Tambahnya, Titah Yang di-Pertuan Agong itu juga merupakan satu pengiktirafan terhadap BERSIH kerana baginda "tidak kata apa-apa yang negatif terhadap BERSIH".

"Malah (baginda menyeru) kerajaan supaya bertindak secara adil. Ini satu pengiktirafan kepada BERSIH," katanya lagi.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah seorang lagi naib presiden, Salahuddin Ayub serta Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali.


http://malaysiakini.com/news/168865

Pemuda Umno tak teruskan perhimpunan PATRIOT

Pemuda Umno tak teruskan perhimpunan PATRIOT
Salhan K Ahmad
Jul 4, 11
3:31pm

Pemuda Umno tidak akan meneruskan rancangan untuk mengadakan perhimpunannya pada 9 Julai ini tetapi memberi amaran kepada BERSIH supaya tidak meneruskan perhimpunan pada hari berkenaan.

"Jika tidak, PATRIOT tidak akan teragak-agak untuk turut hadir ke perhimpunan berkenaan bagi mempertahankan masyarakat daripada dikhianati (pengerusi BERSIH, Datuk) Ambiga (Sreenevasan)," kata pengerusi perhimpunan PATRIOT, Datuk Reezal Merican Naina Merica.

NONE"Kita akan berdiri di hadapan kalau ada orang nak ganggu," katanya lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat pergerakan Pemuda Umno di ibu negara petang ini.

Namun, buat masa ini perhimpunan PATRIOT turut dijadualkan diadakan pada 9 Julai.

Keputusan itu dibuat ekoran titah Yang di-Pertuan Agong semalam berhubung perhimpunan berkenaan, katanya.

"Kita faham hasrat Tuanku tidak mahu berlaku huru-hara... Walaupun Tuanku tak kata stand down, kita faham (bermaksud begitu)," katanya lagi ketika ditanya.

Jelasnya, beliau berpendapat demikian memandangkan Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan titah khas berhubung isu berkenaan.

Malas layan gelar bacul

Turut bercakap dalam sidang media itu ialah ketua pengarah PATRIOT, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Pemuda Umno dan Kelab Putra 1Malaysia hari ini memutuskan untuk membatalkan Himpunan PATRIOT, iaitu perhimpunan untuk membantah perhimpunan 9 Julai anjuran pihak yang berkepentingan, bagi menghormati titah Yang di-Pertuan Agong.

Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim berkata keputusan itu dicapai sebulat suara berdasarkan sokongan dan maklum balas anggota pergerakan demi menjaga keselamatan serta keharmonian negara.

NONE"Saya memandang serius nasihat titah yang disebut Tuanku semalam dan bersedia untuk berbincang dengan rakan-rakan PATRIOT agar tidak meneruskan hasrat atas junjung kasih dan nasihat Tuanku demi memelihara kedaulatan undang-undang dan perlembangan yang menjadi benteng utama," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Istana Negara mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong mengenai perhimpunan haram anjuran pihak berkepentingan itu pada 9 Julai ini.

Ketika ditanya pemberita sama ada keputusan itu akan menyebabkan PATRIOT digelar oleh parti pembangkang sebagai pengecut, Razali berkata:

"Ini semua mainan politik. Sebelum ini, mereka (pembangkang) gelarkan kita bacul, pengecut dan macam-macam lagi, jadi perkara ini saya malas nak layan dan saya tidak akan berkompromi sebab ini soal negara. Kalau berani, kita guna cara yang betul.

"Bagi kami (Pemuda Umno) tidak akan menggadaikan kedaulatan negara dan perlembagaan negara, malah memorandum yang akan dihantar kepada Tuanku juga tidak akan diteruskan," katanya.

Penjaja risau

Bagaimanapun, Razali berkata PATRIOT akan didaftarkan sebagai badan yang berdaftar untuk mewakili golongan belia sebagai pelapis negara dalam menghadapi ancaman luar.

Razali, yang juga timbalan menteri belia dan sukan berkata golongan peniaga dan penjaja di sekitar ibu kota akan mengalami kerugian transaksi perniagaan hampir RM200 juta pada hari berkenaan berdasarkan sejarah perhimpunan haram pada 2007.

NONETerdahulu, beliau menerima kunjungan Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputera, Wilayah Persekutuan di Parlimen.

Dalam sidang media yang sama, Yang Dipertua persatuan itu, Mithlan Samijoo berkata peniaga di sekitar Jalan Masjid India akan mengalami kerugian yang teruk memandangkan sambutan menggalakkan pada hujung minggu dan persiapan menyambut bulan Ramadan pada bulan depan.

"Kami sudah menyediakan stok untuk sambutan Ramadan dan Aidilfitri misalnya barangan pakaian hanya boleh kami simpan tiga bulan sahaja. Sekiranya tidak dijual, kami terpaksa beli rekaan yang baru untuk dijual," katanya.

Mithlan berharap pihak yang terbabit tidak meneruskan rancangan untuk mengadakan perhimpunan itu yang hanya memberi kesan buruk kepada perniagaan mereka.


http://malaysiakini.com/news/168863

BERSIH mohon mengadap Agong

BERSIH mohon mengadap Agong
Joseph Sipalan
Jul 4, 11
2:49pm

Perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini, bergantung kepada keputusan pertemuan pemimpin gabungan itu dengan Yang di-Pertuan Agong.

NONEPengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga berkata gabungan itu yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan hari ini untuk mengadap Seri Paduka.

"Kami mahu menyampaikan keputusan kami kepada Seri Paduka dan kemudian kami akan mengumumkan (keputusan kami)," kata Ambiga dalam satu sidang akhbar hari ini.

Buat masa ini, katanya, jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 telah mengadakan mesyuarat tergempar malam tadi dan memutuskan ia "mematuhi" titah Seri Paduka yang dikeluarkan malam tadi.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan butiran keputusan jawatankuasa tersebut, sehinggalah mereka mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Ambiga berkata, gabungan itu menyambut baik titah Seri Paduka dan menyifatkannya sebagai tepat pada masanya dan 'campurtangan' yang perlu ekoran semakin meningkatnya ancaman dari penentang BERSIH 2.0.

NONEWalaupun terus ditekan oleh pemberita, Ambiga mengelak menjelaskan apa yang beliau maksudkan dengan "mematuhi", dan berkali-kali menyatakan adalah lebih adil perkara itu dibincangkan dengan Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu daripada mengulasnya sekarang.

Apabila ditanya sama ada mereka akan membatalkan perhimpunan jika Seri Paduka menasihatkan demikian, dengan ringkas beliau menjawab "ya".

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/168857

BERSIH 2.0: Gabungan ini tak perlu didaftar

BERSIH 2.0: Gabungan ini tak perlu didaftar
Joseph Sipalan
Jul 4, 11
1:47pm

BERSIH 2.0 berkata ia bukan sebuah 'pertubuhan haram' seperti yang diisytiharkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein Sabtu lalu.

Ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Subramniam Pillay berkata manakala bersetuju dengan kementerian dalam negeri bahawa ia sebuah pertubuhan tidak berdaftar, BERSIH 2.0 tidak diperlukan mengikut undang-undang untuk didaftarkan secara rasmi.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat gabungan itu di Petaling Jaya hari ini, beliau berkata, BERSIH bukan pertubuhan yang didaftarkan, tetapi gabungan pertubuhan yang sah.

Sabtu lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (kanan) mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, atas alasan ia operasi tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan.

[Baca berita penuh]



http://malaysiakini.com/news/168845

17 ahli, pemimpin PAS direman di Melaka

17 ahli, pemimpin PAS direman di Melaka
Elissa Helmy
Jul 4, 11
1:15pm

Mahkamah Majistret Jasin hari ini membenarkan perintah tahanan reman selama tiga hari terhadap 17 ahli PAS termasuk seorang pemimpin yang ditangkap dipercayai terbabit mempromosi perhimpunan BERSIH 2.0, di Simpang Kemendor, semalam.

Perintah reman yang dikeluarkan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin itu dipohon oleh pegawai Penyiasat, Inspektor Mudzaffar Shah Zulkefli bagi tujuan melengkapkan kertas siasatan.

Bagaimanapun, sebelum itu, peguam yang mewakili 17 ahli PAS terbabit, Damian Yeo memohon mahkamah membatalkan permohonan reman tersebut dengan alasan mereka telah memberi kerjasama penuh dalam siasatan percakapan rekod di Balai Polis Jasin.

"Selain itu, tangkapan oleh pihak polis dilakukan secara rambang dan kesemua yang ditahan kebanyakannya mempunyai penyakit darah tinggi dan asma," katanya.

Bagaimanapun Mudzaffar Shah memberitahu mahkamah bahawa kesemua yang ditahan berada dalam satu kawasan mempunyai barang-barang yang berkaitan perhimpunan BERSIH.

Selepas meneliti hujah kedua-dua belah pihak, Erry Shahriman kemudian membenarkan permohonan perintah reman selama tiga hari sehingga 6 Julai depan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Suprintendan Che Suza Che Hitam berkata, serbuan dibuat di Dataran Hamas, Markaz PAS Jasin, kira-kira jam 1.25 petang.

Katanya, ketika mereka terbabit ditahan, terdapat 113 Kameja-T tanpa kolar berwarna kuning di atas sebuah meja dengan tertulis perkataan BERSIH telah dirampas manakala orang yang berada di sekeliling meja ditahan.

"Turut ditemui 303 risalah promosi dan mempelawa ahli untuk menyertai perhimpunan haram bersih pada 9 Julai ini serta sebuah buku resit," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, hari ini.

"Kesemua mereka yang ditahan berusia 25 hingga 70 tahun termasuk seorang kakitangan kerajaan dan bekas calon pilihan raya Kecil Merlimau yang lalu.

"Siasatan terhadap mereka masih diteruskan malah akan dilakukan sehingga ke akar umbi bagi mengetahui siapa pencetak dan pengedar baju-T tersebut dan tindakan tegas serta jelas akan diambil terhadap mereka yang didapati terlibat," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan kerana mengedar peralatan atau apa-apa risalah mengenai pertubuhan dan Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana menghasut.

http://malaysiakini.com/news/168841

PM diminta berdialog dengan BERSIH

PM diminta berdialog dengan BERSIH
Jimadie Shah Othman
Jul 4, 11
12:51pm

Ekoran titah Yang di-Pertuan Agong semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta mengadakan dialog dengan BERSIH 2.0.

Senator Dr Syed Husin Ali berkata, titah Yang di-Pertuan Agong semalam bermaksud bahawa Seri Paduka berharap terdapat perbincangan antara kedua-dua pihak.

NONE"Saya hendak tengok sama ada PM akan ikut nasihat Agong. SPR (Surujanjaya Pilihan Raya) sudah tutup pintu. Sekarang antara BERSIH dan perdana menteri," katanya.

Bercakap dalam sidang media di lobi Dewan Negara, Syed Husin bagaimanapun tidak dapat menjawab sama ada perhimpunan 9 Julai akan diteruskan atau tidak.

"(Untuk dialog) setahu saya pada 8 hari bulan, perdana menteri dan isteri ke lapangan terbang. Sama ada perhimpunan 9 Julai diteruskan atau tidak, saya tidak dapat menjawabnya," katanya.

Bekas timbalan presiden PKR juga berkata, keputusan lanjut berhubung perhimpunan itu terletak pada BERSIH 2.0 sebagai penganjurnya.

"Keputusannya sudah tentu akan dibuat berdasarkan respons daripada rakyat sendiri," katanya.

Dewan tolak usul

Turut hadir dalam sidang media itu Senator S Ramakhrisnan daripada DAP dan Senator Mumtaz Md Nawi daripada PAS.

Kesemua mereka, kecuali perempuan, memakai tali leher kuning tanda sokongan pada BERSIH. Malah, Syed Husin sendiri memulakan sidang medianya dengan ucapan "selamat tengah hari bersih".

NONESementara itu, mengulas tangkapan terhadap aktivis parti politik dan NGO, termasuk bawah Ordinan Darurat yang membenarkan penahanan suspek sehingga 60 hari, Syed Husin berkata perkara itu tidak boleh dilakukan kerana belum digazet.

"(tindakan itu) seolah-olah mengharamkan warna kuning. Ia sebenarnya tidak boleh berlaku kerana belum digazetkan," katanya.

Menganggap tindakan itu "keterlaluan sangat", Syed Husin mengingatkan bahawa undang-undang negara tidak boleh diletakkan di atas perlembangan yang menjamin kebebasan berhimpun secara aman.

Sementara itu, Ramakhrisnan pula memberitahu, speaker Dewan Negara telah menolak usulnya untuk membincangkan tentang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini.

"Parlimen merupakan saluran terbaik untuk membincangkan perkara ini. Mereka cakap sila guna saluran yang betul. Parlimen tolak, Dewan Negara tolak, jadi tiada tempat untuk disalurkan," katanya.


http://malaysiakini.com/news/168835

Pakatan Rakyat cadang BERSIH mengadap Agong

Jul 4, 11 12:40pm

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan titah Yang di-Pertuan Agong mengenai rancangan perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai, dan mencadangkan gabungan itu memohon mengadap Seri Paduka berhubung isu pilihan raya bebas dan adil.

NONEDalam satu mesej melalui Twitter pagi ini di London, ketua umum PKR
itu berkata, beliau telah pun menghubungi ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai perkara tersebut dan menerima titah seri paduka secara positif.

Sehubungan itu, Anwar berharap BERSIH akan menimbang untuk memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan kelemahan dan penipuan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)," kata Anwar (kanan) dalam laman Twitter beliau.

Anwar membuat saranan tersebut ekoran titah Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya semua pihak bertenang selepas hampir dua minggu berlaku ketegangan berhubung rancangan mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur berhubung sistem pilihan raya.

Sejumlah 189 orang - termasuk empat ahli parlimen dan enam orang ADUN - ditahan kerana menunjukkan sokongan kepada perhimpunan BERSIH yang diisytiharkan haram oleh kerajaan pusat BN.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/168832

PM: Perhimpunan bagi dapat kuasa secara tak demokratik

PM: Perhimpunan bagi dapat kuasa secara tak demokratik
Jul 4, 11 12:24pm

Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat supaya tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh merosakkan atau menghancurkan apa yang dibina dan dibangunkan selama ini.

Perdana Menteri berkata rancangan mengadakan perhimpunan haram atau demonstrasi jalanan oleh pihak berkepentingan pada 9 Julai ini, bukannya cara yang baik dalam mencari penyelesaian.

"Ini semua (perhimpunan haram) sebenarnya bukan tujuannya untuk memperbetulkan sangat sistem yang ada tetapi bermotifkan politik untuk mendapatkan kuasa melalui cara yang tidak demokratik.

azlan"Melalui demonstrasi jalanan... dan jika berlaku, banyak orang akan tumpang semangkuk. Tidak ada jaminan bahawa segala-galanya boleh berlaku dengan aman.

"Kalau ada orang suka kepada rusuhan dan kekacauan, dia akan tumpang sekaki dan akan berlaku keadaan yang kita hendak elakkan," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan beberapa menteri Kabinet.

Najib berkata sebenarnya ada pendekatan lain untuk menangani sesuatu isu itu dan jangan melakukannya kerana dipengaruhi oleh emosi.

"Kita kena ingatkan perkara ini sebelum terlambat. Kalau mereka hendak sangat kemukakan memorandum dan sebagainya untuk menunjukkan mereka 'decent' dalam demokrasi, pakat baik-baik dengan pihak berkuasa.

"Kita sanggup sediakan stadium untuk mereka berkumpul tetapi kenapa mereka memilih demonstrasi jalanan... mesti ada niat lain. Kalau mereka daripada awal kata nak berkumpul daripada pagi hingga malam di stadium dan balik dengan baik, saya percaya pihak kerajaan tiada halangan.

"Kumpullah di stadium, berpekiklah sampai tak larat... buatlah, tidak menjadi masalah tetapi jangan buat demonstrasi jalanan kerana ia boleh mengundang risiko yang amat berbahaya kepada negara," katanya.

Najib berkata jika matlamat perhimpunan haram itu adalah untuk memperbetulkan sistem pilihan raya di negara ini, kenapa Barisan Nasional (BN) tewas di lima buah negeri pada pilihan raya umum 2008.

Perdana Menteri menjelaskan keadaan itu menunjukkan bahawa sistem pilihan raya yang diadakan di negara ini adalah bebas dan adil.

Malah, beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga sanggup mengkaji dengan melakukan penambahbaikan, termasuk akan memperkenalkan sistem biometrik bagi memastikan sistem pilihan raya di negara ini, berjalan dengan adil.

"Tetapi yang anehnya bila dah menang... sunyi sepi, tiada cerita pengundi hantu. Tiba-tiba bila rasa dah dekat, timbul balik. Ini jenis hantu, ada masa timbul, ada masa dia hilang," katanya.

Perdana Menteri juga mengingatkan rakyat supaya mendengar nasihat daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang bimbang bahawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan dengan mengadakan perhimpunan haram itu.

"Saya harap, kita beringat dan sedar bahawa tanggungjawab kita menjaga masa depan negara... jaga masa depan anak-anak dan kelangsungan Malaysia, negara kita yang tercinta," katanya.

Najib berkata sejak merdeka, Malaysia telah membangun menjadi sebuah negara berjaya berasaskan kepada lima sendi atau prinsip iaitu keharmonian hubungan kaum, kestabilan politik, mengamalkan sistem pasaran terbuka, meletakkan perlembagaan dan undang-undang negara di tempat yang tertinggi serta memperkenalkan dasar-dasar yang pasti dilaksanakan.

Malah, Perdana Menteri berkata dalam tempoh enam bulan tahun ini, kerajaan berjaya melaksanakan agenda-agenda yang telah ditetapkan di bawah Program Transformasi Kerajaan(GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

"Kita juga sedang dan akan terus melakukan usaha-usaha untuk meringankan beban rakyat. Kita tidak mahu rakyat dibebankan dan dapat rasakan taraf dan kualiti hidup mereka dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa," katanya.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/168830

Perhimpunan 9 Julai: Titah khas Yang di-Pertuan Agong

Jul 3, 11 9:00pm

Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.CTB_Init_8a024b6a4a5d4aba946ca739c6f24ca3']); delete document

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/168810

IGP: Tiada ruang pada penganjur perhimpunan 9 Julai

Jul 3, 11 8:53pm


Polis akan bertindak mengikut lunas undang-undang dan tidak akan memberi ruang kepada mana-mana pihak yang bercadang menganjurkan perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan tindakan akan diambil tanpa mengambil kira sebarang kenyataan atau andaian pihak lain terhadap tindakan polis.

Beliau berkata jika diadakan, perhimpunan itu akan mengundang kepada gangguan ketenteraman negara dan menyebabkan huru-hara.

"Janganlah mencabar kedaulatan undang-undang yang termaktub di dalam perlembagaan negara. Pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya dengan menggunakan peruntukan undang-undang yang ada kepada sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang yang ditetapkan," katanya kepada pemberita hari ini.

Sebelum itu beliau melancarkan program "Jom Cegah Jenayah" di Pantai Bersih berhampiran dengan tempat rehat di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth.

Ismail menasihatkan orang ramai yang berniat menyertai perhimpunan haram itu supaya membatalkan hasrat mereka atau berhadapan tindakan polis.

"Saya lihat perhimpunan ini mengundang kepada ketegangan ketenteraman awam. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, janganlah kita membuat pilihan yang boleh menyebabkan ketegangan dalam negara kita berlaku," katanya.

Ismail berkata polis mempunyai strategi tertentu yang boleh digunapakai untuk menjaga keselamatan dan memastikan keamanan negara berkekalan.

"Adalah menjadi keprihatinan saya bagi memastikan kehidupan masyarakat dilindungi, kami akan memainkan peranan kami sebagai pelindung masyarakat. Kita kena jaga undang-undang," tegasnya.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/168808

Tuesday, July 5, 2011

Himpunan Bersih 2.0 ke stadium

Selasa, 05 Julai 2011 13:45
Ditulis oleh Zainulfaqar Yaacob

Selepas mengadap Seri Paduka Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara, Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) bersetuju untuk berdemontrasi di stadium pada Sabtu ini, tetapi masih belum menentukan stadium pilihan.

Presidennya Datuk S Ambiga berkata "ya", keputusan tersebut disifatkannya sebagai "tolak-ansur" demi menjunjung titah khas khas Seri Paduka.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Zaid Kamaruddin (presiden Jamaah Islah Malaysia, JIM) turut menyertai delegasi tersebut. Tidak kelihatan seorang pun pemimpin Pakatan Rakyat turut menyertai delegasi tersebut.

Mereka dipercayai khalayak mahu menjelaskan hasrat murni Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan aman pada Sabtu ini di ibunegara bermula 1.30 petang tadi.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.


http://www.penangdaily.com/index.php/Nasional/bersih-20-mengadap-agong-di-istana.html

Empat sasterawan negara gesa bebas semua tahanan BERSIH

Selasa, 05 Julai 2011 12:51
Ditulis oleh Nujumraja

Empat sasterawan negara tampil menggesa semua yang ditahan menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadual Sabtu ini dibebaskan segera.
Dalam kenyataan bersama Datuk Shahnon Ahmad, Muhammad Haji Salleh, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Dr Anwar Ridhwan berkata mereka juga berharap pintu rundingan sentiasa dibuka.

"Kami juga menggesa supaya mereka yang ditahan dibebaskan segera, dan wakil mereka diajak berunding. Suasana dan kesan positif hendaklah merupakan hasil yang diharapkan," kata mereka.

Mereka berkata, sebagai sebuah negara maju yang memilih demokrasi sebagai landasan falsafah dan amalan politik, Malaysia harus dapat mengimbangkan kebebasan bersuara dan kesejahteraan awam.

Setakat hari ini, sekurang-kurang 23 orang masih ditahan polis berkaitan perhimpunan BERSIH dengan enam daripadanya bawah ordinan darurat.

Sementara itu, keempat-empat mereka turut membela seorang lagi rakan mereka Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (atas, kanan sekali) yang disiasat polis ekoran bacaan puisinya "Unggun-Bersih" yang dibacakan dalam majlis pelancaran BERSIH 2.0 sebelum ini.

"Di sebuah negara seperti Malaysia, kebebasan bersuara dan berkarya merupakan salah satu jaminan prinsip demokrasi.

"Pada pandangan kami SN (Sasterawan Negara) Datuk Dr A Samad Said hanya memanfaatkan bakat seninya untuk menzahirkan pandangan serta tafsirannya terhadap isu semasa berhubung proses pilihan raya negara ini," katanya.


http://www.penangdaily.com/index.php/Politik/empat-sasterawan-negara-gesa-bebas-semua-tahanan-bersih.html

Bersih 2.0: Mahaguru Gayong nasihat Omardin ingat Allah

Khamis, 30 Jun 2011 00:40
Ditulis oleh Zainulfaqar Yaacob

Kenyataan pendiri Pertubuhan Seni Silat Lincah Lincah Malaysia (PSSLM) Mahaguru Tan Sri Omar Din Mauju mengancam 300,000 rakyat yang dijangka menyertai perhimpunan aman pada 9 Julai di ibu negara ditegur sendiri oleh rakan seperguruannya.

Pengasas dan Guru Utama Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa berkata, pengamal silat yang sebenar tidak akan bermegah-megah dengan ilmunya dan mengancam keselamatan orang lain, sebaliknya hanya mempergunakan ilmu yang dipelajari untuk manfaat agama, bangsa dan negara.

Malah, mana-mana pengamal silat yang dengan sengaja menakut-nakutkan orang lain untuk menunjukkan kekuatan, pasti akan menerima balasan daripada Allah.

"Orang yang hendak buat kacau kita tidak galakkan. Kalau mereka hendak tunjuk megah, Allah Taala akan bagi balasannya," ujarnya, dipetik dari blog Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Omardin berkata, "Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh memberikan jaminan kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut."

Penangdaily difahamkan, Omardin mengeluarkan ugutan kepada Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan supaya menghentikan hasrat mengadakan perhimpunan aman tersebut kerana khuatir tidak dapat mengawal 'emosi' anak-anak didiknya jika mereka 'bertembung' pada perhimpunan itu nanti.

Kenyataan Omardin itu disiar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia beberapa hari lalu.

Bercakap lebih lanjut, Cikgu Majid berpendapat tujuan Bersih adalah berhimpun secara aman untuk menuntut keadilan, justeru tidak ada sebab mana-mana pertubuhan silat memusuhi peserta himpunan itu.

"Kita tak berfikir yang mereka (Bersih) akan menimbulkan masalah. Kita tak anggap begitu. "Apa-apa tindakan yang kita mahu ambil hendaklah berpaksikan keadilan yang sebenarnya," kata Cikgu Majid.

Cikgu Majid juga memberi jaminan bahawa penuntut Silat Gayung Pusaka sendiri tidak akan mengancam dan menakut-nakutkan orang lain daripada menyertai mahupun menghindari perhimpunan tersebut.

"Saya pun tak akan izinkan anak-anak Gayung buat kacau pada perhimpunan begini," kata Cikgu Majid.

Cikgu Majid adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia dan masih mengekalkan gelaran 'Cikgu" walaupun beliau sendiri sebenarnya bertaraf seorang mahaguru dalam dunia persilatan.

Cikgu Majid adalah murid kanan pengasas Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman dan menuntut seni silat Melayu itu di Woodlands, Singapura.


http://www.penangdaily.com/index.php/Nasional/bersih-20-omar-din-dinasihat-ingat-allah.html

Marina Mahathir pertikai tindakan Polis tangkap 200 penyokong BERSIH

Isnin, 04 Julai 2011 19:27
Ditulis oleh Buraqs



Datin Paduka Marina Mahathir membidas tindakan polis menangkap hampir 200 penyokong Himpunan Aman Bersih 2.0 dengan menyifatkannya sebagai satu tindakan pihak yang takut tanpa bersebab.

“Hanya mereka yang takut akan menangkap orang yang memakai kemeja-T,” beliau memberitahu sidang media bersama wakil pertubuhan bukan kerajaan yang menganjurkan Bersih.

Sejak minggu lalu, polis menangkap sesiapa sahaja yang memakai kemeja T kuning dengan logo Bersih atas alasan ia memudaratkan keselamatan negara. Tangkapan berlaku di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Kedah, dan Pulau Pinang.

Enam daripada mereka termasuk Ahli Parlimen Sungei Siput Dr D. Jeyakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat yang menetapkan penahanan tanpa perbicaraan.

Marina, anak sulung mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad kesal dengan tindakan polis melancarkan penangkapan beramai-ramai itu.

“Saya ingin bertanya kepada orang ramai, jika terserempak dengan sesiapa memakai kemeja -T yang tertera dengan perkataan Bersih, adakah mereka akan terdorong untuk keluar dan menimbulkan kacau bilau,” kata Marina.

“Kita pernah melihat perkataan yang jauh lebih teruk dicetak pada baju-baju di seluruh negara tetapi ia tidak pula mempengaruhi kita untuk menghisap ganja,” tambah beliau.

Marina ditanya mengenai rekod Tun Mahathir yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menangkap puluhan orang dalam Operasi Lalang tahun 80an.

Marina mengaku ayahnya menggunakan ISA tetapi menegaskan Mahathir tidak menggunakan undang-undang zalim itu untuk menangkap orang semata-mata kerana memakai baju tertentu.



http://www.penangdaily.com/index.php/Nasional/marina-mahathir-pertikaikan-tindakan-polis-tangkap-200-penyokong-bersih.html

Hukum Memerangi Pemerintah Muslim

sinar3.jpg

Soalan: Dr Asri, sekarang ini heboh isu keganasan. Persoalan saya, apakah hukumnya dalam Islam jika ada pihak yang membantah kerajaan orang islam yang zalim secara kekerasan. Apakah ini termasuk dalam jihad yang diperintahkan agama atau tidak. Tidakkah menentang kerajaan itu diharamkan oleh Islam?

Imran, Kuala Terengganu.

Jawapan DR MAZA:

Saudara, banyak isu keganasan yang cuba dikaitkan dengan umat Islam atau tokoh-tokoh Islam adalah mainan jahat pihak-pihak tertentu. Mereka ini samada mempunyai agenda politik tertentu, ataupun berkerja bagi pihak musuh umat Islam bagi mencemarkan imej Islam. Sebahagian pihak menggunakan isu ini untuk tujuan politik seperti menghapuskan gerakan Islam yang dilihat mengancam kedudukan politik mereka. Namun begitu, tidak dinafikan kemungkinan ada sesetengah kelompok yang telah salah tindakan dalam hal ini sehingga mencetuskan keganasan. Berhubung dengan pendekatan keras terhadap pemerintah yang zalim dan menyeleweng, maka ini fahami perkara berikut;

1. Perkara asas dalam hal ini boleh difahami daripada ingatan Nabi s.a.w.:

“Akan dilantik para pemimpin yang kamu setujui (kebaikan sebahagian perbuatan mereka) dan kamu akan membantah (kejahatan sebahagian perbuatan mereka). Sesiapa yang membenci (perbuatan munkar) maka dia terlepas (dari dosa), sesiapa yang membantah maka dia selamat (dari dosa), namun (yang berdosa) sesiapa yang redha dan menuruti (perbuatan munkar)”. Sahabah bertanya: “Tidakkah boleh kami perangi mereka?” Jawab baginda: “Tidak! selagi mana mereka bersolat”(Riwayat Muslim).

2. Daripada hadis di atas dapat kita fahami bahawa bertegas dalam membenci dan membantah kemungkaran dan kezaliman pemerintah itu adalah tuntutan agama. Namun, Nabi s.a.w tidak membenarkan rakyat memerangi pemerintah muslim dengan senjata selagi mereka itu bersolat. Solat menjadi petunjuk bahawa pemerintah tersebut masih berpegang dengan ajaran Islam dalam kehidupan. Keluar memerangi pemerintah dengan senjata hanya akan menimbulkan kerosakan yang lebih besar.

3. Juga, perhitungan tindakan dalam Islam adalah di sudut kadar manfaat dan mudarat. Menumpaskan pemerintah zalim dengan senjata biasanya mengundang mudarat yang jauh lebih bahaya dibandingkan manfaat yang hendak dicapai. Sebab itu al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) menyebut:

“kata ulama: alasan seseorang pemerintah tidak dipecat, atau pengharaman memeranginya kerana menyebab fitnah, penumpahan darah dan kerosakan yang nyata” (al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim 12/40)

4. Juga, kebencian atau bantahan terhadap kemungkaran pemerintah tidak membolehkan rakyat menderhakai mereka dalam perkara yang baik atau makruf. Ini seperti yang ditegaskan oleh hadis. Sabda Nabi:

“Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang kamu cintai mereka dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka, mereka mendoakan kamu. Pemimpin yang jahat ialah pemimpin yang kamu benci mereka, mereka juga membenci kamu dan kamu melaknat mereka, mereka juga melaknati kamu”. Baginda ditanya: “Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang?” Jawab baginda: “Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang seseorang penguasa berkuasa ke atasnya, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat kepada Allah, maka hendaklah dia membenci maksiat tersebut namun jangan dia mencabut tangan dari ketaatan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

5. Ini kerana setiap pemerintah mungkin akan ada kesilapan atau dosa yang dilakukan. Jika setiap kali pemerintah bersalah atau melakukan dosa diperangi dengan senjata, maka hancurlah keamanan masyarakat dan negara. Maka justeru itu, kita menentang kemungkaran pemerintah, tetapi tidak akan memeranginya dengan senjata.

6. Ini kerana antara tujuan berpolitik dalam Islam adalah menegakkan keadilan, keamanan dan hak rakyat. Peperangan saudara dalam negara hanya akan menghancurkan perkara-perkara tersebut.

7. Arahan pemerintah yang zalim atau mungkar dalam perkara-perkara kebaikan tetap wajib ditaati. Kata al-Khattabi (meninggal 388H):

“Sesungguhnya jihad itu wajib sekalipun bersama dengan pemerintah yang zalim, sepertimana ia wajib bersama pemerintah yang adil. Kezaliman mereka tidak menggugurkan kewajipan mentaati mereka dalam persoalan jihad. Demikian juga dalam perkara kebaikan yang lain yang menyamainya” (al-Khattabi, Ma‘alim al-Sunan, 2/ 357.)

Pendapat ini bersesuaian dengan sabda Nabi s.a.w :

“Dengar dan taat (kepada pemerintah) adalah kewajipan setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintahkan dalam perkara maksiat maka tiada lagi dengar dan taat. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

8. Sekalipun kita dilarang memerang pemerintah dengan senjata, tetapi kita tetap disuruh untuk menasihati mereka dan mencegah kemunkaran mereka dengan perkataan atau perbuatan yang tidak menyebabkan pertumpahan darah seperti undi dalam pilihanraya. RasuluLah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Allah meredhai kamu tiga perkara, dan memurkai kamu tiga perkara. Dia meredhai kamu jika (pertama) kamu beribadah kepadaNya dan tidak menyekutukanNya sedikitpun, (kedua) kamu berpegang teguh dengan tali Allah kesemuanya. (ketiga) Kamu menasihati sesiapa yang Allah jadikan dia memerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu banyak bercakap (yang tiada faedah), menghilangkan harta dan banyak bertanya (Riwayat Malik).

Juga sabda Nabi s.a.w:

“Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang adil –dalam riwayat yang lain: yang benar- di sisi pemerintah yang zalim, atau ketua yang zalim”. (Riwayat al-Nasai, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

9. Nabi s.a.w juga memberi amaran kepada sesiapa yang mengampu atau mengiyakan kezaliman pemerintah dengan sabda baginda:

“Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan aku dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga). Riwayat Ahmad, al-Nasai, dan al-Tirmidhi. Hadith ini sahih seperti yang dinilai oleh al-Albani.

10. Pengkaji politik Islam tidak boleh terlalu literalist. Politik bukanlah ibadah khususiah seperti solat dan puasa yang tidak boleh diubah tambah. Politik soal pentadbiran dan kaedah untuk menegakkan keadilan dan keamanan dalam kehidupan rakyat berdasarkan prinsip-prinsip umum Islam. Kaedah membantah atau menukar pemerintahan berbeza-beza berdasarkan sistem yang dipakai. Para ulama dahulu mengharamkan menumbangkan sesuatu pemerintah atas alasan bimbangkan penumpahan darah.

Namun, dalam dunia hari ini sesebuah pemerintah mungkin boleh diubah atau ditukar, atau ditumbang tanpa memerlukan penumpahan darah seperti dalam sistem demokrasi pilihanraya. Maka dengan itu penyertaan parti-parti politik dalam demokrasi pilihanraya tidak boleh dianggap sebagai melanggar kaedah Islam atau sebagai keganasan kerana sistem tersebut tidak sepatutnya menumpahkan darah.


http://drmaza.com/home/?p=1172

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...