Wednesday, July 6, 2011

PERKASA pertikai BERSIH mengadap Agong

Jul 5, 11 4:15pm

Datuk S Ambiga tidak harus dibenarkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung perhimpunan yang hendak dianjurkannya memandangkan pertubuhan yang diketuainya adalah tidak sah, kata Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

NONEPresidennya Datuk Ibrahim Ali memberitahu Bernama hari ini bahawa Ambiga sepatutnya patuh kepada titah Seri Paduka Baginda supaya membatalkan perhimpunan yang dicadangkan itu tanpa perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Katanya tujuan Ambiga mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong kononnya bagi mendapat titah supaya beliau membatalkan perhimpunan haram itu semata-mata untuk mengabui mata rakyat kerana selepas itu, kumpulan berkenaan akan mendakwa ia berjaya dalam "perjuangannya".

NONE"Kenapa perlu menghadap Yang di-Pertuan Agong? Kumpulan ini tidak sah. Juga (jika dibenarkan menghadap) ia akan menjadi ikutan kurang baik serta mempersendakan institusi diraja," kata Ibrahim.

Dalam satu titah khas pada Ahad lalu, Tuanku Mizan meminta semua pihak membatalkan hasrat masing-masing menganjurkan perhimpunan pada Sabtu ini kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan kestabilan negara.

PERKASA dan satu lagi kumpulan dikenali PATRIOT, yang bercadang mengadakan perhimpunan bagi menghalang perhimpunan oleh kumpulan diketuai Ambiga itu, mengumumkan keputusan masing-masing untuk patuh kepada titah Seri Paduka Baginda.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/168982

GST tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat

GST tidak akan dilaksanakan dalam masa terdekat
Regina Lee
Jul 5, 11
3:21pm

Pendapat umum mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) masih berada pada tahap rendah dan atas sebab itu pelaksanaannya akan ditanggunguhkan lebih lama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala.

NONEIdris yang juga mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) berkata pelaksanaan sistem itu juga memerlukan tempoh sekurang-kurangnya 18 bulan.

"Malah jika kerajaan membuat keputusan hari ini, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 18 bulan sebelum sistem itu berjalan kerana semua pengusaha perlu menukar sistem mereka, dan undang-undang kawalan harga perlu dimansuhkan.

"Jadi, jangan jangka ia dilaksanakan secepat mungkin. Ia tidak akan berlaku esok,” katanya.

Berdasarkan tempoh lama yang diperlukan sebelum GST boleh dilaksanakan, besar kemungkinan ia tidak akan diperkenalkan sebelum pilihan raya ke-13 yang perlu diadakan paling lewat pada awal 2013.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/168971

Pakatan sedia himpun di stadium

Pakatan sedia himpun di stadium
Jul 5, 11 3:08pm

Pakatan Rakyat mmengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil atau BERSIH 2.0 di stadium seperti ditawarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najin Razak semalam.

Dalam kenyataan bersama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi DAP Teresa Kok, Pakatan terbuka dengan tawaran itu selagi ia menghormati hak rakyat berhimpun secara aman.

pakatan second convention in Penang"Kesediaan ini juga perlulah disambut oleh pihak berkuasa dengan menghentikan pendekatan keras yang diambil setakat ini.

"Ketiga-tiga parti bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis dan pihak berkuasa yang lain bagi memastikan perjalanan perhimpunan itu nanti boleh berjalan dengan baik dan aman," katanya.

Sehubungan itu, Pakatan menyeru supaya kesemua individu yang ditahan kerana BERSIH 2.0 dibebaskan serta-merta dan tuduhan yang dikenakan terhadap mereka digugurkan.

Najib semalam dilaporkan berkata, pihaknya sedia menyediakan stadium untuk BERSIH berhimpun tetapi tetapi menolak protes di jalanan kerana ia berisiko kepada negara.

Pakatan juga menegaskan bahawa tuntutan reformasi dalam sistem pilihan raya negara agar bersih, telus dan adil kekal sebagai matlamat perhimpunan tersebut.

"Proses reformasi ini perlu dilaksanakan segera sebelum pilihan raya umum ke-13 bersesuaian dengan lapan tuntutan BERSIH2.0 dan memerlukan komitmen perdana menteri; selain dari komitmen sedia ada beliau untuk menawarkan stadium bagi perhimpunan aman BERSIH2.0," kata mereka.


http://malaysiakini.com/news/168968

Himpunan BERSIH: Polis sedia panggil ATM

Jul 5, 11 2:59pm

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menghadapi kemungkinan berlaku sebarang kejadian tidak diingini pada perhimpunan yang dirancang pada Sabtu ini.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid berkata bagaimanapun khidmat ATM akan digunakan berdasarkan kepada keperluan.

"Kita akan tengok, kalau diperlukan kita akan panggil ATM untuk membantu bagi menjaga ketenteraman awam," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman 2/2011 di antara ATM dan PDRM di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur hari ini.

Demonstrasi itu melibatkan kekuatan 120 anggota Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 120 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta lintas hormat pesawat dari Pasukan Unit Tentera Darat (PUTD) dan Unit Udara PDRM.

Beliau berkata demonstrasi ini pertama kali dipertontonkan kepada umum sebagai perintis kerjasama antara PDRM dan ATM yang telah wujud sejak tahun 2008 lagi, dan ia tidak mempunyai kaitan langsung dengan perhimpunan haram Sabtu ini.

"Tidak ada kaitan langsung demonstrasi ini dipertontonkan kerana perhimpunan haram...kita buat demonstrasi ini sebab ingin menghargai Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2011, yang kami terima (PDRM dan ATM)," katanya.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/168964

BERSIH 2.0 setuju berdemo di stadium

BERSIH 2.0 setuju berdemo di stadium
Abdul Rahim Sabri
Jul 5, 11
1:56pm

Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

NONEBagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.

Jawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga (kanan), Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.

"Kami telah memberitahu Tuanku bahawa kami menerima cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

"Sehubungan itu, perhimpunan di atas jalan raya tidak akan berlangsung (pada Sabtu)," kata Ambiga kepada pemberita selepas bertemu Tuanku lebih satu jam setengah.

NONEMenurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

"Sekarang, kami akan bekerjasama dengan kerajaan berhubung perhimpunan di stadium pada 9 Julai ini," katanya sambil menambah pihaknya akan berbincang dengan kerajaan mengenai stadium untuk berkumpul.

Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk kompromi, Ambiga menjawab:

"Ya. Dalam keadaan ini, kami berpendapat, (cara) ini jalan terbaik untuk meneruskan (perhimpunan ini). Kerajaan menawarkan stadium, maka kami akan meneruskan (perhimpunan) di stadium".

Pertemuan cukup baik

Menurut Ambiga pertemuan Tuanku Mizan berlangsung dengan suasana yang cukup baik dan pihaknya bersyukur dengan pertemuan tersebut.

NONESebelum itu, ketiga-tiga pemimpin itu dibenarkan mengadap Yang di-Pertuan Agong jam 1.55 petang tadi.

Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah, dalam keghairahan berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, rakyat diminta tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Seri Paduka tidak mahu melihat negara majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.


http://malaysiakini.com/news/168953

Baju BERSIH: Peniaga diheret ke mahkamah

Jul 5, 11 1:48pm

Seorang peniaga hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kota Bharu kerana dituduh memakai dan memiliki baju-Tperhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0).

Mohd Amizul Fazly Muhamed Sudin, 33, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Azrul Abdullah.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Amizul Fazly didakwa mempamerkan pakaian yang tertera tulisan BERSIH 2.0 di sebuah kedai runcit di Kampung Permatang Piah, Bachok, pada pukul 2.40 petang, dua hari yang lalu, manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki enam helai baju-T yang tertera perkataan BERSIH 2.0.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966, yang jika disabit kesalahan, boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 kerana menyiar dan memiliki perkataan yang tertera bagi kepentingan pertubuhan haram.

Azrul kemudiannya menetapkan 10 Ogos ini untuk sebutan semula kes itu di Mahkamah Majistret Bachok dan mengenakan jaminan RM4,000 kepada Mohd Amizul Fazly bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Mohd Amizul Fazly diwakili peguam Firdaus Mohd Yusuf, Ahmad Najib Deris dan Abdul Rashid Yah manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdul Razak Hussin

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/168952

Majlis Peguam sambut baik titah Agong

Jul 5, 11 1:40pm

Titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bahawa demonstrasi jalanan lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan kepada negara adalah kena pada masanya dan sangat dialu-alukan, kata Majkis Peguam.

NONEPresidennya Lim Chee Wee berkata semua pihak perlu menimbangkan nasihat Seri Paduka Baginda dan mewujudkan keamanan.

Namun pada masa yang sama badan tersebut mahu polis mendakwa aktivis yang ditahan di mahkamah dan bukan di bawah Ordinan Darurat, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tuanku Mizan dalam titah khas baginda Ahad lalu, mengingatkan semua pihak agar tidak terlalu mengikut amalan di negara lain, kerana keharmonian dan kestabilan adalah asas penting kepada sesebuah negara yang perlu dilindungi oleh semua pihak.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/168949

Polis kaitkan bom petrol, parang dengan BERSIH

Polis kaitkan bom petrol, parang dengan BERSIH
Nigel Aw
Jul 5, 11
1:22pm

Polis merampas sejumlah besar senjata daripada pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang semalam dan tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini.

azlanAntara senjata itu termasuk 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo BERSIH. Semuanya dirampas semasa operasi polis di Gombak, Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur.

Di Kuala Lumpur, barangan itu dijumpai di sekitar kawasan pusat membeli belah Sogo, Wisma Bumi Raya dan Komplek Pertama setelah mendapat maklumat.

Menurut timbalan ketua polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh, barangan itu termasuk bom petrol dan mercun yang dijumpai disembunyikan di pasu bunga di tiga lokasi manakala baju T BERSIH pula disorokkan di sekitar pusat membeli-belah berkenaan.

"Pada 4.30 pagi, dua orang awam sedang menggunakan tandas di belakang Kompleks Pertama dan melihat tiga lelaki dalam keadaan mencurigakan di mana mereka menaiki kereta Proton Waja.

NONE"Kesemua mereka bertopeng dan telah berhenti berdekatan tandas awam itu sebelum menyembunyikan sesuatu dan kejadian itu disedari orang awam tersebut," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya wartawan berhubung kemungkinan pertubuhan BERSIH 2.0 dikhianati dengan perjumpaan barangan itu dirancang, Amar berkata pihaknya sedang menyiasat semua kemungkinan.

“Kemungkinan besar barangan itu akan digunakan semasa perhimpunan. Siasatan awal, mereka akan gunakannya. Kami bimbang apa yang mungkin berlaku pada hari tersebut,” katanya.

Buatan sendiri

Amar Singh juga enggan mengesahkan sama ada beliau merujuk kepada BERSIH 2.0 tetapi apabila diasak wartwan, beliau mengambil sehelai baju T dan menunjuk ke arahnya.

"Ini amat jelas,” kata Amar tanpa mengulas lanjut.

NONEMenurutnya ketiga-tiga suspek itu kemudian telah berhenti di tepi jalan berhampiran sebuah restoran sebelum bergerak ke Wisma Bumi Raya yang terletak kira-kira 150 meter dari restoran itu.

Amar berkata suspek kemudian bergerak dan berhenti di hadapan kompleks Sogo sebelum melarikan diri.

Beliau berkata polis kemudian dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan gerakan mengesan barangan yang disembunyikan itu dilancarkan.

"Kira-kira pukul 6.30 pagi, semua barangan tersebut kemudian ditemui di dalam plastik hitam," katanya.

NONEMenurutnya siasatan awal polis mendapati bom petrol atau molotov cocktails itu dipercayai buatan sendiri dan boleh membunuh orang jika digunakan dan selain itu, polis telah mengambil beberapa sampel cap jari yang ditemui di beberapa
senjata tersebut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya.

Tokong Cina

Sementara itu Utusan Malaysia Online melaporkan polis juga merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi dalam serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama Bentong, malam semalam.

NONELaporan itu turut menyebut rampasan berkenaan disyaki berkaitan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini.

Akhbar milik Umno itu juga memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat.

Bernama pula melaporkan dalam serbuan itu polis menemui lima buah beg pakaian yang antaranya mengandungi 20 bilah parang dan 36 botol air mineral berisi minyak petrol lengkap bersumbu disorokkan di celah-celah batu di belakang sebuah tokong.

Tun Hisan berkata polis menerima satu panggilan daripada seorang lelaki Orang Asli yang memaklumkan mengenai penemuan kesemua beg berkenaan dan dua bungkusan plastik hitam.

NONE"Hasil pemeriksaan pada pukul 7.20 petang itu, kami turut menemui 44 helai kemeja-T berwarna kuning bertulisan 'BERSIH' di dalam sebuah dari beg yang ditemui selain 17 pemetik api, 36 ceraian kain berwarna kuning dan 25 ceraian kain berwarna merah," katanya pada sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.

Beli parang

"Mereka akan sembunyikan senjata di tempat yang mereka sahaja tahu serta akan mendapatkannya apabila diperlukan, tindakan ini amat berbahaya dan berisiko tinggi mengugat keselamatan negara," katanya.

NONEBeliau berkata kes berkenaan di siasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966.

Sehubungan itu, Tun Hisan berkata orang ramai diminta memaklumkan kepada polis sekiranya terdapat individu yang membeli barangan mencurigakan seperti parang dalam kuantiti yang banyak bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Beliau berkata orang ramai juga dinasihat supaya tidak terbabit dalam perhimpunan haram yang boleh mendatangkan kekacauan.

"Polis tidak boleh mengeluarkan permit sesuka hati kerana biasanya apabila berlaku perhimpunan mereka tidak boleh mengawal diri dan mengakibatkan pergaduhan serta kacau bilau. Seperti pertemuan barangan ini kita anggap ia serius dan mengancam keselamatan," katanya.

NONETun Hisan berkata sebanyak 399 laporan dicatatkan di Selangor berhubung bantahan menganjurkan perhimpunan haram berkenaan membabitkan 44 tangkapan.

Sabtu lalu ahli parlimen Sungai Siput Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (EO).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata penahanan itu adalah kerana mengikut maklumat awal, mereka dikatakan terbabit dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi anasir subversif.

http://malaysiakini.com/news/168945

Persempadan tak langgar prinsip Perlembagaan

Persempadan tak langgar prinsip Perlembagaan
Jul 5, 11 12:27pm

Setelah lima kali urusan persempadanan bahagian pilihan raya Parlimen atau negeri dijalankan, ia tidak pernah melanggar Prinsip-prinsip Persempadanan yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

SPR menjelaskan jika dilihat kepada persempadanan yang diwujudkan, tidak ada satu pun sempadan bahagian pilihan raya yang melanggar sempadan negeri atau sempadan Dewan Undangan Negeri yang melanggar sempadan Parlimen.

Tindakan persempadanan semula itu selaras dengan Peruntukan yang ditetapkan di bawah Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan mematuhi Prinsip-prinsip Persempadanan yang digariskan mengikut Bahagian 1 Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.

SPR membuat penjelasan itu dalam buku terbitannya bertajuk Penjelasan Terhadap Isu-isu Yang Dibangkitkan Mengenai Pilihan Raya.

SPR menjelaskan apa yang dilakukannya ialah seboleh-bolehnya sesuatu bahagian pilihan raya itu, sama ada bahagian Parlimen atau Negeri, diletakkan dalam satu daerah pentadbiran yang sama.

"Kecuali bagi beberapa bahagian pilihan raya tertentu di mana jumlah pemilih yang berkurangan, terpaksa diwujudkan satu bahagian pilihan raya Parlimen dari dua daerah pentadbiran yang berlainan seperti Kulim/Bandar Baru, Tanjung karang/ Kuala Selangor dan banyak lagi bahagian-bahagian pilihan raya parlimen di negeri Sabah dan Sarawak," kata SPR.

Menurut SPR tindakan pengwujudan satu bahagian pilihan raya dari dua daerah pentadbiran ini juga dianggap tidak melanggar prinsip-prinsip persempadanan yang ditetapkan dalam Perlembagaan.

"Cuma dari segi pentadbiran, mungkin ada sedikit gangguan kepada wakil rakyat kerana mereka perlu menghadiri mesyuarat di lebih dari satu daerah pentadbiran.

"Berdasarkan pengalaman, tidak ada masalah besar yang dihadapi oleh wakil rakyat atau pihak berkuasa pentadbiran daerah kerana masing-masing memahami serta faham tugas yang telah dipertanggungjawab kepada mereka," kata SPR.

Mengenai isu pembersihan daftar pemilih, SPR menjelaskan ia tidak boleh engeluarkan nama seseorang pemilih berdaftar yang telah meninggal dunia dari enarai daftar pemilih tanpa mendapatkan maklumat sahih mengenainya dari Jabatan endaftaran Negara (JPN).

Untuk itu, waris si mati perlu melaporkan kematian kepada JPN dengan egera bagi membolehkan JPN mengeluarkan Sijil Kematian dan mengemaskini angkalan data mereka.

"Selepas JPN mengeluarkan Sijil Kematian dan mengemaskini pangkalan data, arulah SPR boleh mengambil tindakan susulan untuk mengeluarkan nama pemilih
tersebut daripada daftar pemilih," kata SPR.

Berhubung isu tempoh berkempen, SPR berkata tempoh tujuh hingga sembilan ari yang ditetapkan suruhanjaya itu pada masa ini adalah bersesuaian bagi semua arti politik atau calon bebas untuk berkempen memandangkan ia tidak memerlukan etiap parti membelanjakan kos yang tinggi bagi pengeluaran bahan-bahan kempen.

Bagaimanapun, SPR akan terus mengkaji semua langkah pembaikan, termasuk emperuntukkan tempoh kempen yang lebih panjang sekiranya langkah itu boleh embawa kebaikan kepada semua pihak dan tidak menimbulkan isu keselamatan dan etenteraman awam.

Mengenai isu akses media yang bebas dan adil pula, SPR menjelaskan parti embangkang masih mendapat ruang kebebasan media untuk menghebahkan manifesto an menjana propaganda mereka menerusi akhbar parti masing-masing selain endapat keuntungan daripada kemunculan arus media baru.

"Namun begitu, perlu diingatkan bahawa kebebasan media bukanlah mutlak alaupun golongan pemainnya beranggapan bahawa kebebasan individu, kebebasan ersuara dan media adalah hak asasi. Ini kerana ia masih terikat dan tertakluk epada had yang ditetapkan oleh undang-undang," kata SPR.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/168932

Bekas mufti cadang 'minggu kuning'

Jul 5, 11 11:29am

Bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan agar Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) melancarkan Minggu BERSIH dengan meminta rakyat memakai petanda kuning.

NONEKatanya, petanda kuning itu tidak semestinya ditulis dengan perkataan BERSIH.

Gabungan 60 NGO itu juga dicadangkan mengibarkan bendera Malaysia pada minggu tersebut.

"Dengan itu lebih ramai rakyat yang bersetuju dapat menyatakan persetujuan mereka dengan tuntutan 'pilihan raya yang adil'. Juga mungkin mereka yang antipembaziran dan kenaikan harga barang boleh sertai.

"Lebih ramai dapat meluahkan perasaan dengan cara yang lebih selamat seperti bendera di kereta, rumah, baju dan sebagainya. Seluruh negara akan meriah," katanya.

Dalam satu kenyataannya, Dr Mohd Asri menyifatkan sebagai 'kekalahan tujuan' sekiranya BERSIH mengadakan perhimpunan tersebut sedangkan polis melarang dan jumlah yang diharapkan mungkin tidak diperolehi.

Cadang di stadium

Sedangkan mesej yang BERSIH ingin sampai sudah pun meluaskan kepada rakyat sekalipun tanpa perhimpunan pada 9 Julai ini, tambahnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan BERSIH menerima tawaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya perhimpunan itu diadakan di stadium dengan meminta wakil Yang di-Pertuan Agong menerima surat bantahan.

azlan"Terima sahaja tawaran YAB PM untuk buat di stadium dengan meminta wakil Agong hadir menerima surat bantahan tersebut dan boleh berceramah lagi di stadium tersebut.

"Berikan syarat bahawa jika melimpah, orang ramai boleh duduk di luar stadium tanpa gangguan," katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya pula berkata titah khas Yang di-Pertuan Agong berhubung perhimpunan BERSIH wajib dipatuhi bagi orang Islam kerana ia perintah untuk kebaikan.

Manakala bagi bukan Islam, katanya, titah tersebut hendaklah diikuti sebagai bukti kesetiaan kepada negara.

"SPB (Seri Paduka Baginda) Yang di-Pertuan Agong adalah mercu tanda dan puncak kuasa di Malaysia. Baginda adalah di atas daripada segala kepentingan kepuakan dan kepolitikan.

"Segala titah dan pandangan baginda adalah amat penting dan serius untuk diikuti dan dipatuhi. Sebarang penafsiran melencong daripada titah baginda adalah suatu penderhakaan terhadap negara," katanya dalam satu kenyataan.

Juanda: Utamakan kepentingan semua

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat supaya mengutamakan maslahat dan kepentingan semua pihak kerana mereka berhak mendapatkan keamanan dan menyuarakan pandangan mereka.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106"Semua pihak bertanggungjawab untuk memastikan negara ini sentiasa aman makmur.

"Oleh itu semua pihak mesti akur kepada kehendak undang-undang yang telah disepakati semua selama ini dan tidak memaksakan pandangannya untuk diikuti oleh pihak lain," katanya.

Dr Juanda (kiri) juga menasihatkan pihak berkuasa dan penguatkuasa undang-undang supaya memberikan hak sama rata dan adil kepada semua pihak dengan menegaskan "tiada siapa yang boleh dibenarkan untuk melanggar undang-undang dan menafikan hak pihak lain".

"Sebarang tindakan yang menggugat keharmonian dan kedamaian dalam negara hendaklah dikenakan tindakan paling tegas jika terbukti mereka mendatangkan kemudaratan kepada kepentingan awam.

"Dalam pada itu hendaklah dijauhi sebarang bentuk penganiayaan kepada mana-mana pihak kerana mereka semua adalah penduduk negara ini," katanya.


http://malaysiakini.com/news/168923

4 Sasterawan Negara gesa tahanan BERSIH dibebaskan

Jul 5, 11 11:23am

Empat sasterawan negara tampil menggesa semua yang ditahan menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadual Sabtu ini dibebaskan segera.

Dalam kenyataan bersama Datuk Shahnon Ahmad, Muhammad Haji Salleh, Datuk Noordin Hassan dan Datuk Dr Anwar Ridhwan berkata mereka juga berharap pintu rundingan sentiasa dibuka.

"Kami juga menggesa supaya mereka yang ditahan dibebaskan segera, dan wakil mereka diajak berunding. Suasana dan kesan positif hendaklah merupakan hasil yang diharapkan," kata mereka.

NONEMereka berkata, sebagai sebuah negara maju yang memilih demokrasi sebagai landasan falsafah dan amalan politik, Malaysia harus dapat mengimbangkan kebebasan bersuara dan kesejahteraan awam.

Setakat hari ini, sekurang-kurang 23 orang masih ditahan polis berkaitan perhimpunan BERSIH dengan enam daripadanya bawah ordinan darurat.

Sementara itu, keempat-empat mereka turut membela seorang lagi rakan mereka Sasterawan Negara Datuk A Samad Said (atas, kanan sekali) yang disiasat polis ekoran bacaan puisinya "Unggun-Bersih" yang dibacakan dalam majlis pelancaran BERSIH 2.0 sebelum ini.

"Di sebuah negara seperti Malaysia, kebebasan bersuara dan berkarya merupakan salah satu jaminan prinsip demokrasi.

"Pada pandangan kami SN (Sasterawan Negara) Datuk Dr A Samad Said hanya memanfaatkan bakat seninya untuk menzahirkan pandangan serta tafsirannya terhadap isu semasa berhubung proses pilihan raya negara ini," katanya.

Tuntut kebebasan berkata, berkarya

Menurut mereka lagi, sebagai karya sastera, sajak “Unggun-Bersih” sepatutnya diterima sebagai sebuah puisi kontekstual penyair dengan anggota masyarakatnya, dan berada di atas perkiraan politik.

"Adalah menjadi salah satu peranan penulis untuk memindahkan denyut kehidupan anggota masyarakat ke dalam karya, atau menzahirkan dalam pelbagai bentuk manifestasi atau tindakan yang difikirkan sesuai oleh seseorang pengarang," kata mereka.

johor dap arrested by police bersih 030711 06Justeru, mereka berharap anggota masyarakat, pengarang dan seniman akan terus diberi kebebasan untuk berkata dan berkarya.

Ini kerana, ucapan setiap warga negara dan karya sastera serta seni setiap seniman penting bagi sebuah budaya yang matang, serta memberi corak kepada tamadun sesuatu bangsa.

Walaupun jarang-jarang mengeluarkan kenyataan, kumpulan sasterawan negara sebelum ini mengeluarkan kenyataan bersama menentang dasar pengajian dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan mempertahankan novel Interlok karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein.

Abdullah dan seorang lagi sasterawan negara Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah yang baru menerima gelaran itu tidak terlibat dalam kenyataan bersama itu.

Sejak diperkenalkan pada 1981, Yang di-Pertuan Agong telah 11 kali memberikan anugerah paling berprestij dalam dunia sastera negara itu.


http://malaysiakini.com/news/168922

SPR: Undi pos masih relevan

SPR: Undi pos masih relevan
Jul 5, 11 10:13am

Sistem pengundian secara pos yang memberi peluang kepada anggota keselamatan seperti tentera, polis, pasangan Pasukan Gerakan Am (PGA), kakitangan awam dan rakyat Malaysia yang belajar dan bertugas di luar negara memilih wakil rakyat mereka secara pos, adalah masih
relevan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata sekiranya mereka tidak diberikan peluang mengundi secara pos, hak mereka dinafikan untuk mengundi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

azlan"Andainya sistem ini dihapuskan, ia boleh menjejaskan keselamatan dan kententeraman awam kerana anggota keselamtan tidak boleh menjalankan tanggungjawab mereka menjaga keselamtan negara daripada ancaman musuh.

"Ini kerana pada hari mengundi mereka berada di tempat-tempat mengundi bagi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemilih," kata SPR dalam buku Penjelasan Terhadap Isu-isu Dibangkitkan Mengenai Pilihan Raya.

SPR menjelaskan ia sentiasa mencari kaedah terbaik bagi memantapkan sistem pengundian pos tersebut dengan melakukan proses pengundian lebih awal.

"Para pengundi akan dikumpulkan di satu tempat dua atau tiga hari sebelum pengundian awam bermula.

"Sistem ini bagaimanapun tidak terpakai untuk pelajar dan warga Malaysia di luar negara serta anggota keselamatan yang bertugas di perbatasan kerana mereka sukar dikumpulkan di satu tempat tertentu bagi proses tersebut," kata SPR.

NONEMengenai isu isteri anggota tentera yang didaftar sebagai pengundi pos, SPR berkata perkara itu termaktub di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.

"Ia menyebut mana-mana orang yang telah mendaftarkan diri sebagai pemilih Parlimen atau Negeri di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, dan dia adalah seorang pengundi tidak hadir, adalah berhak mengundi sebagai pengundi pos," kata SPR.

Anggota polis dan pasangan yang didaftarkan juga layak menjadi pengundi pos mengikut peraturan itu.

Pendaftaran sebagai pengundi pos bagi anggota polis boleh dibuat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah atau Briged PGA di mana mereka bertugas.

SPR menjelaskan bahawa pemohon akan melalui tapisan yang ketat bagi mengelak pendaftaran berganda antara pengundi pos polis dan pemilih awam.

NONEIni menangkis dakwaan yang mengatakan SPR sengaja mendaftar anggota polis dan pasangannya sebagai pengundi pos memandangkan setiap permohonan perlu melalui proses yang tertakluk di bawah peraturan pilihan raya sedia ada.

Sementara itu, perenggan 3 (1)(a) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 juga melayakkan rakyat Malaysia yang bertugas di luar negara yang terlibat dalam sektor selain perkhidmatan awam menjadi pengundi pos.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/168917

Najib: Ketepatan mesti jadi panduan wartawan tulen

Najib: Ketepatan mesti jadi panduan wartawan tulen
Jul 5, 11 9:49am

Ketepatan mesti menjadi cahaya panduan bagi wartawan tulen sekalipun internet menawarkan peluang begitu luas untuk komunikasi dan perkongsian maklumat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata walaupun dengan internet kini semakin mudah menyalurkan segera sesuatu berita, ia juga semakin memudahkan pembaca mengetahui sama ada seseorang wartawan itu menghasilkan berita yang betul.

NONE"Ini membolehkan mereka berterusasn meneliti fakta, menganalisis dakwaan dan memutuskan sendiri tentang kebenaran sesuatu perkara.

"Dan sebaik saja pembaca anda memutuskan bahawa pemberitaan anda tidak tepat dan tidak boleh dipercayai, anda akan dapati dengan begitu cepat mereka terus berhenti membaca berita anda," kata beliau pada majlis Anugerah Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC)-Naza 2011 di Kuala Lumpur malam ini.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Presiden NPC Datuk Ahiruddin Atan, presiden NPC yang baru dipilih Mokhtar Hussein yang juga Pengarang Berita Perkhidmatan Berita Am Bernama, dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bersama yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Gunakan Twitter

Najib berkata aduan mengenai ketepatan media bukan baru tetapi kemajuan dalam bidang teknologi bererti imbangan antara mendapatkannya dengan pantas dan menentukan ia betul, satu tekanan yang telah wujud sekian lama dalam bidang kewartawanan, semakin beranjak ke arah kepantasan daripada ketepatan.

azlanBeliau berkata pada masa lalu, logistik pengeluaran dan pengedaran akhbar memberi masa kepada pemberita berfikir dengan hati-hati dan mempastikan hujahan mereka sebelum menulis berita.

"Hari ini, dengan berjuta-juta rakyat Malaysia menggunakan Twitter, adalah berkemungkinan bagi berita tersebar dari Perlis ke Pontian dalam masa lebih sedikit daripada menaip 140 huruf ke dalam sebuah iPhone atau BlackBerry.

"Dan pada era di mana kebenaran ditakrifkan oleh suntingan terbaru ke dalam Wikipedia sebuah berita yang tidak tepat boleh membawa kesan, pengaruhnya kekal di ceruk gelap alam siber lama selepas fakta sudah menjelma," kata beliau.

Najib berkata media dunia boleh mengambil beberapa pelajaran daripada wartawan Malaysia yang berbeza daripada mereka kerana media Malaysia lebih sensitif dan bertimbang rasa.

Skandal seks

"Anda terbitkan berita yang penting, bukan gosip mengenai skandal seks selebriti. Anda faham bagaimana membongkar sesuatu berita menerusi usaha gigih kewartawanan daripada menyelongkar bakul sampah dan mencuri-rakam panggilan telefon peribadi.

"Dan sementara anda tidak pernah takut untuk mengkritik di mana kritikan itu perlu, anda tidak menggunakan kedudukan anda untuk melancarkan dendam peribadi terhadap mereka yang tidak sehaluan dengan anda," kata beliau.

Najib berkata bila beliau ke luar negeri dan bercakap kepada khalayak asing, beliau sering memberitahu mereka, bagaimana Malaysia begitu berjaya kerana kepelbagaian kita, dan untuk itu pujian harus diberikan kepada media.

"Kebolehan anda meliputi isu-isu sensitif dengan cara yang berhemat dan seimbang menunjukkan tahap tanggungjawab sosial yang tinggi dan ia satu sanjungan kepada profesionalisme anda.

"Anda membawa keragaman dan keceriaan negara ini kepada rakyat Malaysia, anda pastikan setiap orang memahami isu yang penting, dan kita berada di sini malam ini untuk mengiktirafnya," kata beliau.


http://malaysiakini.com/news/168916

MP Kapar beredar bila polis tak muncul

Hafiz Yatim
Jul 4, 11
9:24pm

Selepas menunggu selama satu jam 20 minit, ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam meninggalkan Mahkamah Majistret Klang selepas pegawai polis yang memintanya datang ke mahkamah, tidak kelihatan.

Menurut peguam beliau, anggota polis yang mahu mendakwanya, sedang memohon arahan lanjut dari Putrajaya.

NONEManikavasagam berkata, beliau telah diberitahu oleh pihak polis supaya hadir untuk didakwa.

"Selepas menunggu satu dan setengah jam, pegawai yang meminta
saya hadir tidak kelihatan.

"Peguam saya yang berada di sini sejak jam 9 pagi telah bersiap sedia untuk membela saya tetapi mereka tidak datang, "katanya.

"Jika mereka mahu saya datang, saya akan datang tetapi bukan pada 10 Julai, kerana saya akan ke luar negara bersama dengan ahli parlimen lain dari BN dan Pakatan Rakyat atas jemputan sebuah NGO," katanya.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/168909

Enam ditahan di Alor Setar cetak baju T Bersih

Jul 4, 11 9:07pm

Polis menahan tiga lelaki dua daripadanya warga Bangladesh serta tiga wanita kerana dipercayai mencetak baju T Bersih di sebuah rumah kedai di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar di Alor Setar petang tadi.

Turut ditemui di situ ialah 150 helai baju T yang bercetak dengan perkataan Bersih.

"Kita rampas semua T-shirt tersebut sebelum ia diedarkan kepada masyarakat. Kita juga turut merampas tiga blok pencetak yang digunakan untuk mencetak T-shirt tersebut," kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim kepada pemberita di premis berkenaan.

Beliau berkata rakyat Bangaldesh itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Polis masih mengesan pemilik premis berkenaan.

Ahmad berkata rampasan itu merupakan yang pertama di Kedah yang melibatkan premis mencetak baju T Bersih.

Premis itu merupakan tempat mencetak baju T dan baju korporat.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/168907

PSSPGM nafi terlibat dengan perhimpunan 9 Julai

Jul 4, 11 9:02pm

Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia (PSSPGM) hari ini menafikan laporan di beberapa blog bahawa pertubuhan itu terlibat dengan perhimpunan di Kuala Lumpur Sabtu ini.

Yang Dipertua Guru Utama PSSPGM Datuk Raja Abdul Majid Raja Mat Isa turut menafikan bahawa beliau adalah ketua bagi perhimpunan haram itu.

Raja Abdul Majid berkata sebaliknya, pertubuhan itu menentang sekeras-kerasnya segala bentuk demonstrasi jalanan termasuk perhimpunan haram Sabtu ini.

"Saya tidak tahu langsung mengenai BERSIH 2.0 ini dan apa yang digembar-gemburkan mengenai saya dan PSSPGM melalui facebook, blog dan media online yang lain ini adalah suatu pembohongan," katanya kepada pemberita dalam sidang media di rumahnya di Gurun hari ini.

"Kami tidak akan memihak kepada mana-mana pihak yang menjadikan negara huru-hara dan di sini kami hanya akan mengikuti kerajaan yang sah, berdiri di belakang Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sahaja," kata Raja Abdul Majid.

Katanya sebanyak enam laporan polis dibuat oleh pertubuhan itu di seluruh negara bagi membantah perhimpunan haram itu.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/168906

NGO buat laporan polis dakwa twitter hina Agong

Jul 4, 11 8:56pm

Satu laporan polis hari ini dibuat oleh sebuah badan bukan kerajaan, 1Agenda, ke atas dua pemilik akaun laman sosial twitter kerana didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong.

Yang Dipertuanya, Zul Azhar Cha mendakwa 'DAPSugu' dan 'AMK Rembau' telah menghina dan memperlekehkan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong berikutan Titah Khas Seri Paduka yang menyentuh mengenai isu perhimpunan 9 Julai.

NONE"Mereka biadab kerana beranggapan buruk terhadap Yang di-Pertuan Agong... ini adalah penghinaan besar kepada rakyat Malaysia kerana Agong merupakan ketua umat Islam dan Ketua Negara.

"Saya menyeru pemilik-pemilik akaun ini diheret ke muka pengadilan, (kerana) perbuatan ini sudah diatur apabila mereka mendapat tentangan hebat daripada majoriti rakyat yang tolak perhimpunan haram itu," katanya kepada Bernama selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak di ibunegara hari ini.

Semalam, Seri Paduka dalam Titah Khas telah mengingatkan bahawa dalam keghairahan rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka juga perlu memastikan tuntutan demokrasi tidak membawa kemusnahan kepada negara.

Seri Paduka turut bertitah rakyat tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan negara luar kerana keharmonian dan kestabilan dalam negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu dipertahankan oleh semua pihak.

Bagaimanapun, Zul Azhar berkata hasrat murni Seri Paduka untuk melihat kesejahteraan rakyat telah dicalarkan oleh tindakan dua pemilik akaun tersebut yang secara terang-terangan mempersoalkan titah Seri Paduka.

Beliau menegaskan perbuatan biadab pihak-pihak ini telah memberi satu petunjuk bagaimana penganjur perhimpunan haram sanggup melakukan apa saja termasuk menghina agama, bangsa dan negara bagi memenuhi hasrat mereka.

http://malaysiakini.com/news/168904
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...