Tuesday, November 1, 2011

PETRONAS TIDAK PERNAH BAYAR ZAKAT?

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 31ST, 2011

PAS mengalu-alukan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencadangkan agar sebahagian kecil kutipan zakat dari negara Islam kaya diberi kepada negara miskin atau rakyat miskin di negara lain.Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Man berkata, dalam masa yang sama Dr Mahathir perlu juga menasihat agensi-agensi korporat yang kaya di negara ini agar turut mengeluarkan zakat.

“Bayangkan tahun lalu saja keuntungan Petronas mencecah RM80 bilion. Ini bermakna jika syarikat tersebut membayar zakat nilainya hampir RM2 bilion dan banyak boleh dimanfaatkan untuk pembangunan umat Islam negara ini.

“Sebab itulah Profesor Ungku Aziz pernah berkata, jika Pertronas menunaikan zakat perniagaannya, pelajar miskin boleh ditanggung daripada pra-sekolah hingga ke universiti,” ujarnya.

Tuan Ibrahim berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar semalam yang memetik Dr Mahathir mencadangkan agar sebahagian kecil kutipan zakat dari negara Islam yang kaya diberi kepada negara miskin atau rakyat miskin di negara lain kerana lapan asnaf yang layak menerima zakat sudah tidak wujud di kebanyakan negara kaya, selain kutipan juga melebihi keperluan mereka yang ada.

Beliau juga percaya jika sebuah tabung diwujudkan bagi mengumpul sumbangan zakat daripada negara kaya, akan ada wang yang mencukupi bagi membina infrastruktur membolehkan negara miskin membangun dan menghasilkan peluang kerja menerusi pelaburan dalam industri berasaskan buruh.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian dalam ucaptama Persidangan Antarabangsa Kewangan dan Ekonomi Islam di Langkawi, kelmarin.

Menurut Tuan Ibrahim, banyak lagi syarikat korporat selain daripada Tabung Haji yang tidak menunaikan zakat dan mungkin disebabkan tidak mendapat pelepasan cukai perniagaan oleh kerajaan.

“Selain daripada Petronas banyak lagi gergasi korporat seperti Felda dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang jika membayar zakat wang tersebut boleh digunakan bagi meningkatkan sosial dan kebajikan rakyat.

“Cuma kerajaan kena laksanakan satu kaedah kepada syarikat korporat ini yang membayar zakat dikecualikan daripada cukai,” tambahnya.

Mengenai pertanyaan Dr Mahathir bolehkah wang zakat digunakan untuk pembangunan infrastruktur, Tuan Ibrahim berpendapat ia dibolehkan melalui asnaf fi sabilillah kerana takrifnya yang luas.

Namun begitu beliau berharap jawapan sebenar boleh didapatkan daripada hujah-hujah ulamak melalui kajian dan penelitian.

http://www.kl-today.com/2011/10/petronas-tidak-pernah-bayar-zakat/

KINI MAHASISWA BERHAK TURUN KEMPEN POLITIK

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 31ST, 2011

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan yang memihak empat bekas mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berkempen pada pilihan raya kecil Hulu Selangor, April lalu.Menurut Wee, mahkamah tersebut menolak kes berkenaan memandangkan di bawah Seksyen 15 (5) (a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang melarang penuntut universiti menyertai politik bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan serta menyekat kebebasan bersuara pelajar.

“Keputusan itu menunjukkan sistem kehakiman negara adalah bebas dan tidak terikat dengan kerajaan.

“Hakikatnya, mahasiswa berusia 19 hingga 20 tahun akan berdaftar sebagai pengundi tidak lama lagi. Mereka ada hak untuk mengundi,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen pada Isnin.

Sehubungan itu, Wee amat menghormati keputusan tersebut memandangkan ia sudah lama diperjuangkan pemuda Umno dan MCA khususnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, akta tersebut lebih banyak memberi kesan negatif kepada pelajar terutamanya dalam persediaan mereka untuk aktif dalam politik.

“Saya minta pentadbir universiti supaya meneliti implikasi daripada keputusan ini supaya mengambil tindakan untuk membuat pengubahsuaian sebelum terlambat,” katanya.

http://www.kl-today.com/2011/10/kini-mahasiswa-berhak-turun-kempen-politik/

ISU PPSMI: PAGE UGUT TIDAK UNDI BN

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 30TH, 2011

Barisan Nasional (BN) akan berhadapan dengan risiko kehilangan undi dalam pilihan raya umum ke-13 jika terus menghalang pelajar daripada mempelajari matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris, demikian menurut pertubuhan bukan kerajaan PAGE hari ini.PAGE menegaskan pihaknya mahu dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang berusia 10 tahun di sekolah-sekolah kebangsaan dijadikan opsyen di sekolah rendah dan menengah.

“Jika ia (keputusan mengenai PPSMI) adalah bersifat politik, beri kami opsyen PPSMI di sekolah-sekolah rendah dan menengah kebangsaan dan kami akan berikan anda majoriti dua pertiga, yang anda terus menyukarkan kami untuk lakukan.

“Jangan biarkan kami beri undi kepada pembangkang,” kata Pengerusi PAGE Datin Noor Azimah Abdul Rahim dalam satu kenyataan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Noor Azimah berkata PAGE akan menghantar surat rayuan kepada Najib esok.

“Kami tidak mahu pentadbiran Najib diperingati atas keputusan memansuhkan PPSMI, kerana tidak mendapatkan semula undi majoriti dua pertiga (di Parlimen) dan menjadikan kanak-kanak kita satu lagi generasi yang ketinggalan,” kata beliau dengan tegas.

Noor Azimah menekankan bahawa keputusan kerajaan memperkenalkan PPSMI sebelum ini bukannya menyebabkan kecacatan, sebaliknya ia akan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk bersaing dengan negara-negara lain sekiranya dasar itu dipertahankan.

Beliau juga mengkritik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang semalam berkata sistem pendidikan negara ini akan kucar-kacir jika kerajaan membenarkan pemilihan bahasa pengantar sama ada Bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris.

Muhyiddin berkata keputusan kerajaan untuk memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memansuhkan PPSMI harus dihormati dan diterima baik semua pihak.

Katanya, ini kerana sistem pendidikan negara akan menjadi kucar-kacir sekiranya kerajaan memberi kebebasan kepada ibu bapa memilih bahasa pengantar untuk anak-anak mereka mempelajari sains dan matematik di sekolah.

“Sukar bagi Kementerian Pelajaran untuk merancang cara bagaimana sebuah sekolah mahukan Bahasa Inggeris, manakala yang sebuah lagi mahukan Bahasa Melayu dan bagaimana pula untuk menyediakan guru-gurunya.

“Pada hari ini kita tahu sesetengah guru Bahasa Inggeris kita pun tidak berapa cekap … jadi kalau sesetengah sekolah nak Bahasa Inggeris (tetapi) sekolah itu tidak mempunyai guru Bahasa Inggeris yang baik (maka) ia tidak akan tercapai,” katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberi jaminan bahawa kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris tidak akan diketepikan setelah PPSMI dimansuhkan.

Sambil menyifatkannya sebagai tidak boleh diterima, Noor Azimah berkata, guru-guru seharusnya boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris memandangkan dasar PPSMI sudah pun dilaksnaakan selama sembilan tahun.

“Jika bilangan jumlah yang memilih Bahasa Inggeris adalah kecil, maka mudah untuk menyediakan guru-guru. Alasan-alasan yang diberikan seharusnya diselesaikan, bukannya diletakkan di bawah permaidani selepas kerajaan telah membelanjakan RM3 bilion.

“Kami mahukan satu penjelasan,” katanya lagi.

Noor Azimah menambah sistem pendidikan semasa hanya memecahkan kanak-kanak mengikut sekolah berasaskan kaum dan kewujudan sekolah-sekolah antarabangsa menyebabkan keadaan semakin buruk disebabkan pemilikan kekayaan.

Tegas beliau, PPSMI bukan hanya berkenaan mempelajari Bahasa Inggeris menerusi sains dan matematik, tetapi menyediakan konteks dalam penggunaan bahasa dalam amalan seharian.

http://www.kl-today.com/2011/10/isu-ppsmi-page-ugut-tidak-undi-bn/

JATUHKAN HUKUMAN MANGSA LIWAT?

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 30TH, 2011

Saudara Pengarang,

Adilkah undang-undang dunia ini, apabila menjatuhkan hukuman kepada mangsa yang dijangka diliwat dengan mempertahankan diri sehingga menyebabkan kematian?Mari kita lihat, di dunia ini tidak semua lelaki sanggup diliwat dan dijadikan hamba seks tempat memuaskan nafsu serakah manusia. Hal ini dijelaskan juga di mahkamah berkenaan kes Saiful Bukhari vs Anwar Ibrahim walaupun pihak mahkamah tidak lagi menjatuhkan hukuman.

Sebagai lelaki normal, diliwat adalah merupakan satu kaedah menjatuhkan maruah kerana ia melibatkan sifat kelakian seorang lelaki macho. Ismawi Ishak (gambar) adalah contoh lelaki macho yang bertindak kepada seorang peliwat sehingga menyebabkan kematian. Seperti mana wanita yang sanggup membunuh perogol ketika dirogol begitu jugalah seorang lelaki apabila diliwat. Peliwat atau perogol boleh mati dan itulah merupakan hukuman sewajarnya sehingga menjatuhkan maruah seseorang mangsa. Hal ini bukan untuk dihalalkan cara kerana melalui perspektif psikologi seseorang itu akan hilang pertimbangan apabila diancam sama ada dirompak, disamun, dirogol atau diliwat.

Sifat dan sikap ini memang ada secara semulajadi di dalam diri manusia. Jika tiada bermakna kejadian itu seolah-olah dilakukan di atas kerelaan kedua-dua belah pihak. Kajian kepada kehidupan haiwan seperti harimau, anjing, kambing, lembu dan sebagainya. Apabila mereka terancam mereka akan bertindak dan sama sekali membunuh kerana mereka bertindak demi mempertahankan diri. Tiada undang-undang yang menyekat mereka daripada melakukan tindakan tersebut kerana mereka bertindak di atas naluri ancaman dan tekanan.

Bukan untuk menyamakan keadaan ini dengan manusia yang lebih bersifat lemah lembut dan boleh berfikiran waras. Mari kita buat sedikit renungan mengenai kejadian video lucah yang disamakan dengan Anwar Ibrahim. Mengapa wanita itu tidak meronta atau membunuh pelakon mirip Anwar Ibrahim. Jawapan sungguh mudah, perkara ini berlaku di atas kerelaan. Sepatutnya wanita itu boleh menyerang pelakon lelaki itu kerana ia merupakan ancaman rogol sehingga menyebabkan maruah tercalar di samping dirakamkan melalui video seperti yang ditayangkan di dalam youtube dan oleh 3 Lelaki Lucah bergelar Datuk T.

Di dalam kes Saiful Bukhari, bukan niat mahu mengubah keputusan mahkamah yang telah dirancang sedari awal kes ini dibuka, tetapi wajarkah Saiful bertindak membawa kes ini ke mahkamah sedangkan sekiranya Anwar Ibrahim cuba meliwat beliau adalah lebih baik bertindak seperti Ismawi yang macho dan tidak mahu maruah tercalar dek kerana diliwat bagi memuaskan nafsu jantan. Tetapi, menurut laporan dan hujah pihak pembelaan Saiful masih boleh berkerja dan melayan setiap tugasan ketika bersama Anwar selepas kes ini terjadi seolah-olah tiada apa yang berlaku atau ia berlaku secara sukarela.

Wajarkah kes yang diklasifikasikan sebagai mencabul kehormatan ini ditunda dan dibawa sehingga beberapa hari, sedangkan kejadikan mesti dilaporkan dalam masa 24 jam bagi menjamin kesahihan laporan tersebut.

Kami bukan mahu melihat kebenaran kes ini, tetapi sudah jemu kes ini dijadikan bahan perbualan politik sehingga berita-berita lain tidak dapat dipaparkan di akhbar. Hal ini menjadi satu tanda tanya sehingga tiap kali petugas kerajaan BN yang sepatutnya menyokong rakyat membangunkan ekonomi lebih mengutamakan bontot si Saiful berbanding tugasan dan amanah yang diberikan oleh rakyat secara majoriti.

Ayuh, kembali bertugas kerana jawatan PM, Menteri dan Wakil Rakyat itu bukan milik anda selama-lamanya. Kami berhak menidakkan anda di Putrajaya sekiranya anda semua asyik berbual mengenai kes liwat dan bukan menjadi keutamaan rakyat untuk diliwat atau meliwat. Nampak gayanya semakin banyak lagi yang akan menunggu selepas PRU13 seperti GST meliwat rakyat (di belakang PRU13) dan Prepaid 6% meliwat rakyat. Maknanya Rakyat akan lebih sengsara kerana kes liwat ini bukan sahaja di mahkamah tetapi akan digunakan BN selepas PRU13 nanti.

Udah, udahlah cerita pasal liwat II. Jadilah lelaki macho jika bertanding PRU13 nanti. Jangan harap nak menang kalau bertindak tidak seperti yang di cakap.

Salam Transformasi Untuk 1 Malaysia.

Jom Mengundilah….

maclub81@gmail.com

http://www.kl-today.com/2011/10/jatuhkan-hukuman-mangsa-liwat/

MAS KG BARU ‘DIBELI’ OLEH UMNO?

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 30TH, 2011

Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) menentang usaha Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru Ahmad Zambri As’ad Khuzami yang mendakwa mahu membawa rombakan keanggotaan dalam badan tersebut menggunakan kuasa Menteri Besar Selangor dan menegaskan, pihak berkenaan tiada hak veto berbuat demikian.

Setiausaha Kehormat MAS Shamsuri Suradi menegaskan, majlis itu sendiri sudah membuat keputusan untuk melakukan rombakan ketika mesyuarat Ahli Jemaah Kerja pihaknya baru-baru ini sejajar dengan penubuhan Perbadanan Kampung Baru yang diumumkan kerajaan.“MAS sendiri sudah membuat keputusan untuk melakukan rombakan ke atas perundangan dalam MAS supaya seiring dengan peredaran dan penggubalan rang undang-undang berkaitan Kampung Baru.

“Keputusan ini dibuat ketika mesyuarat lepas, bukan atas saranan Zambri,” kata beliau kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.

Semalam, The Malaysian Insider membawa laporan bahawa kepimpinan tertinggi MAS Kampung Baru akan dirombak dalam masa terdekat atas alasan badan tersebut dilihat tidak lagi berfungsi secara efisien dalam mempertahankan tanah eksklusif masyarakat Melayu di kawasan penempatan itu yang terletak di ibu negara.

Ia dipercayai ada kaitan dengan rang undang-undang perbadanan pembangunan yang kontroversi, yang diluluskan oleh Dewan Rakyat awal bulan ini.

Zambri berkata, badan pentadbir yang sudah 111 tahun wujud akan dirombak atas kuasa yang ada pada Menteri Besar Selangor berdasarkan peruntukan yang terdapat dalam Enakmen Tanah Petempatan Pertanian Melayu 1950.

“Rombakan MAS ini akan dilaksanakan dengan kuasa yang ada pada Menteri Besar Selangor sepertimana yang tertakluk di bawah enakmen sedia ada, yang berada di bawah bidang kuasa negeri.

“Menteri Besar berkuasa melantik empat orang ahli manakala baki tujuh lagi merupakan ketua kampung yang akan dipilih berdasarkan suara dan pilihan penduduk kampung masing-masing,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Shamsuri juga menolak penglibatan Menteri Besar Selangor sebagaimana dikatakan oleh Zambri bahawa beliau akan menggunakan kuasanya untuk merombak keanggotaan dalam MAS.

“MB Selangor ini tidak malu, memang dia ada kuasa, tapi telah sekian lama Kampung baru ini hidup sendiri tanpa bantuan Selangor, hanya menggunakan dana daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, sekarang sibuk hendak campur tangan.

“MB boleh cadangkan sahaja, tetapi keputusan dibuat oleh Ahli Jemaah Kerja MAS, kalau kami menolak, dia tidak boleh buat apa-apa, MB tiada kuasa veto,” tegasnya.

Jelas beliau, kali terakhir undang-undang dalam MAS dipinda adalah pada 1952 dan tidak pernah dipinda sejak itu dan kini perlu dilakukan perubahan ekoran perkembangan semasa.

“Bila kerajaan umumkan penggubalan rang undang-undang baru, ada beberapa perubahan perlu dibuat kerana terdapat undang-undang yang tidak sesuai digunakan lagi,” katanya.

Selain itu, Shamsuri turut menegaskan kekosongan yang wujud dalam jawatankuasa pertubuhan tersebut berlaku ekoran dua orang ahli jawatankuasanya dilucutkan jawatan kerana melanggar undang-undang pertubuhan tersebut.

“Mengikut perundangan parti, mana-mana ahli jawatankuasa yang tidak menghadiri mesyuarat lebih tiga kali, jawatankuasa berhak melucutkan keahlian mereka.

“Bermula 13 Mei lalu, jawatan mereka telah dilucutkan dan MAS akan melantik ahli jawatankuasa baru untuk menggantikan mereka,” katanya lagi.

Mengulas kenyataan Zambri yang mempertikaikan jawatan yang disandangnya berikutan dirinya telah diisytiharkan muflis, Shamsuri menegaskan, dia tidak melakukan jenayah berat yang membolehkannya dikenakan tindakan undang-undang, sebaliknya ia urusan dirinya dan pihak bank.

“Saya tidak terkejut bila soalan seperti itu dikeluarkan Zambri kerana perkara ini sudah banyak kali dibangkitkan, dalam mesyuarat Ahli Jemaah Kerja sahaja sudah dua kali dibincangkan.

“Keputusan mesyuarat tersebut berpihak kepada saya, Ahli Jemaah Kerja telah memutuskan saya masih lagi layak memegang jawatan setiausaha pertubuhan ini, ini merupakan serangan peribadi ke atas saya,” kata beliau.

Beliau juga meminta Zambri supaya menjaga dirinya sendiri sebelum mencari kesalahan orang lain.

Setiausaha Kehormat MAS turut mempertikaikan campur tangan PAS dalam isu Kampung Baru dan mendakwa parti itu hanya mahu meraih sokongan penduduk.

Ujarnya, kehadiran PAS di Kampunh Baru hanya cuba menjadi hero segera yang kononnya membela nasib penduduk sedangkan pada hakikat mereka tidak pernah menjaga kebajikan penduduk.

“PAS tidak tahu sejarah Kampung Baru, mereka sekadar mencari populariti politik dengan campur tangan dalam isu ini, MAS sahaja yang benar-benar arif perihal penduduk di sini, setiap rekod penduduk ada dalam simpanan MAS,” tegasnya lagi.

http://www.kl-today.com/2011/10/mas-kg-baru-dibeli-oleh-umno/

SAYA DOAKAN SAUDARA AZIZ BARI SELALU

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 30TH, 2011

Aspan Alias

Prof Aziz Bari telah menerima surat dengan berisi peluru pada pukul 11.45 pagi semalam dan ini merupakan satu lagi usaha untuk menekan masyarakat yang berfikir. Nampaknya sekarang hanya satu sahaja cara untuk kita hidup aman di negara ini; iaitu dengan mendiamkan diri sahaja dan tidak memberikan tentangan tentang pandangan kuning masyarakat kita khususnya mereka yang bersama pihak berkuasa.

Jika ada telinga hanya dengar sahaja dan jika ada mata hanya tengok sahaja. Jangan bercakap benda yang benar. Tugas kita hanya menganggok seperti burung balam sahaja walaupun yang kita dengar itu adalah perkara bodoh dan sumbang untuk negara. Jika kita telah bersekolah tinggi jangan gunakan ilmu itu kerana yang penting kita di minta mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh pihak yang sedang berkuasa.

Yang boleh menyentuh Raja-Raja Melayu hanyalah Umno. Orang lain nak bercakap benar dan tidak pun menderhaka kepada raja akan diambil tindakan seperti Aziz Bari. Dulu Umno kata kita tidak perlu Raja kerana raja-raja ini hanya memeningkan kepala rakyat kononnya. Kita boleh baca semua kenyataan pemimpin Umno semasa krisis perlembagaan 1993 dahulu. Saya dah sebut isu ini puluhan kali dan tidak bercadang untuk mengulanginya lagi.

Apabila terdesak Umno menggunakan raja-raja Melayu untuk berlindung dari pengaruh pembangkang yang kian hari kian bertambah. Umno cuba memisahkan pembangkang dengan raja-raja sedangkan DAP, PAS dan yang lain tidak pernah membuat tekanan terhadap raja-raja. Sekarang Umno sudah menjadi parti yang pengecut; terpaksa berlindung macam kucing di celah ketiak raja-raja Melayu yang pernah mereka hina dahulu.

Apabila kerajaan Selangor ingin meminda perlembagaan negeri untuk memberi kuasa kepada Tuanku Sultan dalam memilih Setiusaha Kerajaan Negeri Umno pula yang menyanggah dan tidak mahu memberikan kuasa itu kepada Sultan Selangor seperti yang di peruntukan kepada Sultan Selangor sebelum krisis perlembagaan 1993 dahulu.

Sekarang pula bila ada seorang professor undang-undang dan pakar dalam isu perlembagaan Umno marah-marah pula dan menggantung tugas professor itu. Hari ini professor itu menerima pula surat berisi peluru yang datangnya dari orang yang tidak gemar dengan tindakan professor itu.

Saya tidak menuduh Umno yang menghantar peluru itu kerana nanti kena saman pula kita. Tetapi yang jelas ianya datang dari pihak yang bermain politik kotor yang tidak bersetuju dengan pandangan yang berbeza. Pihak berkuasa amat takut dengan pengaruh Aziz Bari yang kian bercambah di kalangan rakyat yang sudah pandai berfikir.

Yang menentang pandangan Aziz Bari ini hanyalah mereka yang bermain politik dan tidak tahu pun tentang undang-undang jauh sekali untuk memberikan tafsiran undang-undang dari sudut moral demokrasi yang kita kononnya anuti itu. Dengan isu ini kita telah nampak yang Umno sudah terdesak dan terasak ke dinding. Maka Umno terpaksa menjadi “aggressive” dan melakukan tindakan provokatif pula.

Kepada Prof Aziz Bari saya hanya memohon supaya bersabar dan melalui dugaan ini dengan penuh keimanan. Walaupun beliau seorang professor yang hebat tidak salah jika saya yang tidak mempunyai kepandaian seperti beliau untuk memberikan nasihat dan sokongan moral kepada beliau.

Kita mesti akui yang orang yang bersabar akan akhirnya berjaya dan sesiapa yang melakukan apa-apa tindakan dengan niat serong akan akhirnya gagal juga. Itu adalah hakikat yang benar dan real.

Ratusan ribu malahan jutaan rakyat secara moralnya berada dibelakang Prof Aziz dan sentiasa mendoakan beliau agar berada di dalam sepenuh keredhoan Tuhan Maha Esa. Prof Aziz mesti akui yang berkata benar diakhir zaman ini memang susah. Tetapi niat dan hajat yang baik akhirnya akan di redhoi Tuhan juga.

Biarkan sahaja apa yang akan diperkatakan terhadap saudara tetapi jika saudara tetap dengan niat dan pendirian yang baik saudara akan berjaya akhirnya. Kata alim ulamak yang muktabar, jalan ke syurga itu penuh dengan duri dan onak, tetapi sebaliknya jalan ke neraka itu penuh dengan roti dan keju yang lazat-lazat.

Bagi saya yang tidak dapat berbuat apa-apa ini, hanya meningkatkan doa untuk saudara ketingkat yang lebih tinggi lagi. Orang ramai percaya kata-kata saudara itu merupakan menifestasi rakyat yang inginkan sebuah kerajaan yang berlandaskan “rule of law”, beretika, demokrasi yang luhur, tidak rasuah dan menyalah gunakan kuasa serta pimpinan yang “magnanimous” dan menghormati pandangan rakyat yang setia kepada negara dan bangsanya.

Tindakan saudara membuat lapuran polis di atas surat yang mengandungi peluru itu adalah wajar dan diharapkan pihak yang berwajib akan membuat siasatan yang adil dan bijaksana.

Saya terus mendoakan saudara dan hadapilah isu ini dengan tabah. Insya’Allah saudara akan berjaya melepasi dugaan ini. — aspanaliasnet.blogspot.com

http://www.kl-today.com/2011/10/saya-doakan-saudara-aziz-bari-selalu/

PBS WANTS RC ON ILLEGAL IMMIGRANTS

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 30TH, 2011

Parti Bersatu Sabah (PBS) President Joseph Pairin Kitingan (pic) has called on the federal government to establish a Royal Commission of Inquiry on illegal immigrants in Sabah next year as a sign of its commitment towards resolving the issue.He said it was time the government took the matter seriously as requests on the issue had been made a while back.”This is only a guideline but needs to be stressed on. Focus should be given on forming the commission to give assurance to Malaysians in Sabah.

“Many people, especially the locals, are asking whether they are protected as Malaysian citizens in Sabah. This is why a Royal Commission of Inquiry should be set up, next year,” he told reporters after opening the PBS Wanita and Youth delegates conference in conjuction with the party’s 26th Annual Congress at KDCA, near here yesterday.

Pairin, who is also Deputy Chief Minister, said the sudden population hike in Sabah should open the eyes of the federal government on the need to take drastic action to tackle illegal immigrant issues, in the same seriousness it had given to tackling hardcore poverty in the state.

He said PBS was confident that the federal government under the leadership of Najib Tun Razak would see the pleas of Sabahans as a priority, in line with the 1Malaysia concept.

“We believe the government can also take a bold action and form the commission of inquiry,” he said, adding however that the party was making a friendly request and not an ultimatum.

He also hoped the government would review the refugee status given to Filipinos who fled the war in their countries in the 70s, especially now that the situation, especially in southern Philippine, was peaceful.

“The status of refugees in Sabah is different because they are still considered refugees despite improved situations in their homeland. The problem now is their settlement, which has become an eyesore,” said Pairin.

http://www.kl-today.com/2011/10/pbs-wants-rc-on-illegal-immigrants-in-sabah/

Sunday, October 30, 2011

PIKET MTUC SAH PADA 3 NOVEMBER

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 29TH, 2011

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)sah akan menganjurkan piket di 16 lokasi seluruh negara pada 3 November ini bagi membantah pindaan terhadap Akta Kerja 1955.Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor berkata, piket itu akan diadakan di enam lokasi di Selangor serta setiap satu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Kelantan, Johor, Kedah dan Sabah.

“MTUC sendiri ada 800,000 ahli dan ada 5.7 juta pekerja seluruh Malaysia, kita harap pekerja seluruh Malaysia sertai kita dan dapat ‘good crowd’ hari itu,” katanya pada sidang media di Wisma MTUC di sini.

Sidang media itu turut dihadiri Presiden MTUC Mohd Khalid Atan.

Pada 6 Oktober lepas, Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2011 diluluskan Dewan Rakyat selepas melalui sesi perbahasan lebih lima jam.

Rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

Pindaan akta itu akan membolehkan pemantauan dan pengawalan agensi pembekal tenaga buruh yang lebih sistematik, terutama di kawasan terpencil.

Abdul Halim berkata, piket itu akan berlangsung antara pukul 5 petang dan 6.30 petang dan sebanyak 100,000 risalah akan diedarkan serta 41 buah kain rentang akan dibawa sepanjang piket itu berlangsung di seluruh negara.

Katanya, MTUC akan menyerahkan surat kepada Ketua Polis Negara bagi memaklumkan tujuan dan lokasi piket itu diadakan sambil menegaskan piket itu akan berlangsung secara aman.

“Kita sudah serah surat kepada Perdana Menteri minggu lepas supaya akta itu dapat ditarik balik dan dibincangkan semula dengan pekerja,” katanya.

Beliau berkata isu terbesar mengenai piNdaan akta itu ialah wujudnya kontraktor tenaga kerja di mana ini membolehkan majikan ‘mengupah’ kontraktor itu memberikan tenaga kerja kepada majikan itu.

Katanya, sistem itu membuatkan pekerja itu bekerja untuk kontraktor bukan majikan dan ini akan menyebabkan majikan tidak mempunyai tanggungjawab secara terus menjaga kebajikan pekerja terutamanya melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Bila seorang pekerja ditimpa kemalangan ketika bekerja bagaimana dengan pampasannya, ini amat merumitkan kerana pekerja tidak bekerja dengan majikan tetapi buat kerja untuk majikan itu,” katanya.

Abdul Halim berkata selain itu, pindaan terhadap pekerja separuh masa, cara menetapkan masa kerja pekerja wanita, masa pembayaran berbeza antara gaji dan elaun serta prosedur pengurusan kes gangguan seksual turut “merisaukan” MTUC.

“Jika dilihat pindaan ini boleh memudahkan pekerja ditindas dan dianiaya terutamanya oleh kontraktor tenaga kerja, kita mahu menyelesaikan isu ini secara domestik terlebih dahulu, kita tidak mahu bawa ini ke peringkat antarabangsa buat masa ini,” katanya.

http://www.kl-today.com/2011/10/piket-mtuc-sah-pada-3-november/

NYAMUK TOXO DILEPAS, CEGAH DENGGI

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 30TH, 2011

Usaha mencegah dan mengawal penyebaran wabak denggi daripada terus menular di kalangan penduduk setempat terus dipergiatkan melalui pelepasan kira-kira 400 ekor nyamuk Toxo yang dibawa dari Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang di Kampung Sri Aman di sini.Program yang dirasmikan oleh Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Teresa Kok Suh Sim itu merupakan kerjasama antara pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), CIMB dan USM menerusi satu M.0.U yang ditandatangani pada Julai 2009 dengan peruntukan sejumlah RM60,000.

Teresa dalam ucapannya menjelaskan, nyamuk Toxo adalah spesies nyamuk yang dijumpai di kawasan hutan dan memerlukan persekitaran yang mempunyai tumbuh-tumbuhan untuk hidup dengan baik.

Katanya, nyamuk jenis ini tidak menggigit manusia, sebaliknya hanya memakan madu bunga manakala jentik-jentiknya akan memakan jentik-jentik nyamuk Aedes.

“Pihak MPSJ telah mengenal pasti beberapa lokasi sesuai untuk melepaskan nyamuk Toxo dan Kampung Seri Aman adalah salah satu lokasi yang didapati sesuai.

Melalui pra-kajian yang dilakukan, MPSJ telah meletakkan 60 MLTD dan keputusan yang diperolehi mengesahkan kesesuaian tempat ini untuk pelepasan nyamuk Toxo,” ujar Teresa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara.

Program pelepasan nyamuk Toxo sebelum ini telah dilaksanakan Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar di USJ 1 pada Jun lalu, namun ia menghadapi masalah ekoran tindakan pihak pemaju yang memulakan kerja pemajuan dan mengganggu pengumpulan data keputusan kajian.

Hadir sama Pengarah Jabatan Kesihatan MPSJ, Dr Roslan Mohd Hussin dan Dekan Fakulti Pengajian Hayat USM, Profesor Abu Hasan Ahmad.

Dalam pada itu, Teresa turut memaklumkan, setakat ini sebanyak 368 kes denggi telah dilaporkan di kawasan pentadbiran MPSJ di mana 202 kes adalah positif dan satu kematian dicatatkan tahun ini.

Bagaimanapun ujar beliau, walaupun kes denggi menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu, faktor cuaca yang tidak menentu terutamanya musim hujan sekarang ini menyebabkan banyak wujudnya takungan air yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Sehubungan itu, tegas Teresa, penglibatan masyarakat adalah perlu untuk memastikan kawasan masing-masing bebas dari tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Justeru menurutnya, penubuhan Skuad Denggi JKP Zon 12 dilihat sebagai projek perintis bagi menggerakkan masyarakat setempat dalam usaha mencegah dan mengawal demam denggi.

“Sebagai projek perintis, skuad denggi yang ditubuhkan ini akan diberi latihan dan tunjuk ajar oleh pihak Jabatan Kesihatan MPSJ.

Antara peranan dan aktiviti skuad ini adalah memastikan kawasan mereka bebas dari tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes selain dari membantu memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada masyarakat setempat tentang cara terbaik untuk mencegah dan mengawal demam denggi,” katanya.

Ujar beliau lagi, untuk pelancaran program kali ini, MPSJ telah menerima peruntukan tambahan sebanyak RM5,000 dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

http://www.kl-today.com/2011/10/nyamuk-toxo-dilepas-cegah-denggi/

MAS KG BARU ‘DIBELI’ OLEH UMNO?

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 30TH, 2011

Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) menentang usaha Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru Ahmad Zambri As’ad Khuzami yang mendakwa mahu membawa rombakan keanggotaan dalam badan tersebut menggunakan kuasa Menteri Besar Selangor dan menegaskan, pihak berkenaan tiada hak veto berbuat demikian.

Setiausaha Kehormat MAS Shamsuri Suradi menegaskan, majlis itu sendiri sudah membuat keputusan untuk melakukan rombakan ketika mesyuarat Ahli Jemaah Kerja pihaknya baru-baru ini sejajar dengan penubuhan Perbadanan Kampung Baru yang diumumkan kerajaan.“MAS sendiri sudah membuat keputusan untuk melakukan rombakan ke atas perundangan dalam MAS supaya seiring dengan peredaran dan penggubalan rang undang-undang berkaitan Kampung Baru.

“Keputusan ini dibuat ketika mesyuarat lepas, bukan atas saranan Zambri,” kata beliau kepada The Malaysian Insider lewat malam tadi.

Semalam, The Malaysian Insider membawa laporan bahawa kepimpinan tertinggi MAS Kampung Baru akan dirombak dalam masa terdekat atas alasan badan tersebut dilihat tidak lagi berfungsi secara efisien dalam mempertahankan tanah eksklusif masyarakat Melayu di kawasan penempatan itu yang terletak di ibu negara.

Ia dipercayai ada kaitan dengan rang undang-undang perbadanan pembangunan yang kontroversi, yang diluluskan oleh Dewan Rakyat awal bulan ini.

Zambri berkata, badan pentadbir yang sudah 111 tahun wujud akan dirombak atas kuasa yang ada pada Menteri Besar Selangor berdasarkan peruntukan yang terdapat dalam Enakmen Tanah Petempatan Pertanian Melayu 1950.

“Rombakan MAS ini akan dilaksanakan dengan kuasa yang ada pada Menteri Besar Selangor sepertimana yang tertakluk di bawah enakmen sedia ada, yang berada di bawah bidang kuasa negeri.

“Menteri Besar berkuasa melantik empat orang ahli manakala baki tujuh lagi merupakan ketua kampung yang akan dipilih berdasarkan suara dan pilihan penduduk kampung masing-masing,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Shamsuri juga menolak penglibatan Menteri Besar Selangor sebagaimana dikatakan oleh Zambri bahawa beliau akan menggunakan kuasanya untuk merombak keanggotaan dalam MAS.

“MB Selangor ini tidak malu, memang dia ada kuasa, tapi telah sekian lama Kampung baru ini hidup sendiri tanpa bantuan Selangor, hanya menggunakan dana daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, sekarang sibuk hendak campur tangan.

“MB boleh cadangkan sahaja, tetapi keputusan dibuat oleh Ahli Jemaah Kerja MAS, kalau kami menolak, dia tidak boleh buat apa-apa, MB tiada kuasa veto,” tegasnya.

Jelas beliau, kali terakhir undang-undang dalam MAS dipinda adalah pada 1952 dan tidak pernah dipinda sejak itu dan kini perlu dilakukan perubahan ekoran perkembangan semasa.

“Bila kerajaan umumkan penggubalan rang undang-undang baru, ada beberapa perubahan perlu dibuat kerana terdapat undang-undang yang tidak sesuai digunakan lagi,” katanya.

Selain itu, Shamsuri turut menegaskan kekosongan yang wujud dalam jawatankuasa pertubuhan tersebut berlaku ekoran dua orang ahli jawatankuasanya dilucutkan jawatan kerana melanggar undang-undang pertubuhan tersebut.

“Mengikut perundangan parti, mana-mana ahli jawatankuasa yang tidak menghadiri mesyuarat lebih tiga kali, jawatankuasa berhak melucutkan keahlian mereka.

“Bermula 13 Mei lalu, jawatan mereka telah dilucutkan dan MAS akan melantik ahli jawatankuasa baru untuk menggantikan mereka,” katanya lagi.

Mengulas kenyataan Zambri yang mempertikaikan jawatan yang disandangnya berikutan dirinya telah diisytiharkan muflis, Shamsuri menegaskan, dia tidak melakukan jenayah berat yang membolehkannya dikenakan tindakan undang-undang, sebaliknya ia urusan dirinya dan pihak bank.

“Saya tidak terkejut bila soalan seperti itu dikeluarkan Zambri kerana perkara ini sudah banyak kali dibangkitkan, dalam mesyuarat Ahli Jemaah Kerja sahaja sudah dua kali dibincangkan.

“Keputusan mesyuarat tersebut berpihak kepada saya, Ahli Jemaah Kerja telah memutuskan saya masih lagi layak memegang jawatan setiausaha pertubuhan ini, ini merupakan serangan peribadi ke atas saya,” kata beliau.

Beliau juga meminta Zambri supaya menjaga dirinya sendiri sebelum mencari kesalahan orang lain.

Setiausaha Kehormat MAS turut mempertikaikan campur tangan PAS dalam isu Kampung Baru dan mendakwa parti itu hanya mahu meraih sokongan penduduk.

Ujarnya, kehadiran PAS di Kampunh Baru hanya cuba menjadi hero segera yang kononnya membela nasib penduduk sedangkan pada hakikat mereka tidak pernah menjaga kebajikan penduduk.

“PAS tidak tahu sejarah Kampung Baru, mereka sekadar mencari populariti politik dengan campur tangan dalam isu ini, MAS sahaja yang benar-benar arif perihal penduduk di sini, setiap rekod penduduk ada dalam simpanan MAS,” tegasnya lagi.

http://www.kl-today.com/2011/10/mas-kg-baru-dibeli-oleh-umno/

DEMO JIKA SISWA UITM DIGANTUNG

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 29TH, 2011

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Segmentasi Mahasiswa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan amaran penggantungan pengajian oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam terhadap Khalid Mohd Ismath.“Ini berkaitan tulisan beliau dalam blognya yang “menghentam” pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berhubung isu penggantungan tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari dan penglibatan beliau dengan demonstrasi aman kebebasan akademik di UIAM, Jumaat lalu, kata Wan Farel, penyelaras segmentasi mahasiswa SAMM itu.

Beliau bertanya, “sedangkan pihak pentadbiran UIA sendiri sudah melepaskan Aziz Bari membuktikan tindakkan UIA tidak berlandas kepada peraturan maka di manakah silapnya jika mahasiswa mengkritik universiti tersebut secara ilmiah dan terbuka?

“Kekangan pihak UiTM terhadap mahasiswa yang mempunyai pandangan dari sudut berbeza akan merealisasikan apa yang dipanggil ’pembonsaian minda’ terhadap mahasiswa.

Katanya, pihaknya berpendapat tindakan amaran penggantungan itu adalah satu tindakan yang zalim dan tidak relevan kerana ia melanggar hak kebebasan bersuara dan berhimpun seperti yang terkandung dalam Perkara 10(1)(B) Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, Khalid adalah mahasiswa tahun satu Fakulti Undang-undang dan merupakan timbalan presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami).

Menurut sumber tertentu melalui tulisan di blognya, Khalid menyifatkan penggantungan tugas pakar perlembagaan itu sebagai tidak patut memandangkan Abdul Aziz digantung sebelum dibicarakan lantas Khalid mengajak semua pihak turun berdemonstrasi membantah keputusan pentadbiran UIA Selasa lalu.

Wan Farel berkata, perkara ini membuktikan, hak kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan jelas telah dilacurkan oleh pihak Universiti atas tindakan memanggil Khalid dan mengarahkan beliau memadamkan tulisan di blognya. Atas desakan pihak Universiti, Khalid terpaksa akur dan memadamkan tulisan yang ditulis diblognya.

“Jika sebelum ini ada pihak yang cuba membangkitkan bahawa kuasa mahasiswa atau kehebatan mahasiswa tidak sehebat seperti era 70an, namun sebenarnya yang “membisukan” suara mahasiswa adalah sikap pentadbiran seperti yang ditunjukkan UiTM dan juga Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) yang jelas masih mencengkam suara mahasiswa.

“Sekiranya pihak pentadbiran UiTM mengambil tindakan terhadap Khalid, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk melancarkan demonstrasi besar-besaran dan akan bekerjasama dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) untuk mendesak keadilan buat Khalid.

http://www.kl-today.com/2011/10/demo-jika-siswa-uitm-digantung/

AZIZ TERIMA PELURU DAN UGUTAN BUNUH

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 29TH, 2011

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari yang sedang disiasat oleh tiga pihak berhubung kenyataannya tentang titah Sultan Selangor menerima peluru dengan ugutan bunuh hari ini.Aziz menerima sebutir peluru yang dihantar menerusi sampul surat ke rumahnya di Bandar Baru Selayang dekat sini kira-kira 11.45 pagi tadi.“Saya menerima sampil surat dengan sebutir peluru, dengan nota berkata ‘jangan kurang ajar dengan Sultan, maut nanti’,” kata Aziz.

Aziz berkata beliau akan berhubung dengan peguamnya untuk tindakan susulan termasuk membuat laporan polis.

Katanya, bersama peluru itu, diselitkan juga sepucuk surat bertulis: “Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti”.

“Saya waktu itu baru hendak keluar rumah, dalam perjalanan ke Utara, ke satu program forum dengan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu di Bagan Serai,” katanya yang kini dalam perjalanan bersama keluarganya.

“Saya ada majlis di Ipoh, saya akan membuat laporan polis nanti… anda boleh menghubungi peguam saya untuk maklumat lanjut,” kata beliau yang disiasat oleh pengurusan UIA, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kenyataannya tentangt titah Sultan Selangor awal bulan ini.

Dalam pada itu peguamnya Dr Zulqarnain Lukman berkata laporan polis akan dibuat esok.

“Saya sudah menghubungi Prof Aziz, dan beliau berkata laporan polis akan dibuat esok,” jelas beliau.

Siasatan polis dan SKMM dijalankan ekoran beberapa laporan polis.

Aziz dilaporkan berkata, tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu Gereja Methodist Damansara Utara bukan tindakan yang lazim.

Menurutnya, walaupun sebagai ketua agama Islam negeri baginda mempunyai hak itu, tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

Ditanya perasaannya sama ada takut, beliau berkata “tidak” kerana pernah mendapat ancaman bertulis sebelum ini ketika mengkritik kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelang muktamar pemilihan parti itu pada 2009.

“Saya OK. Saya bukan biadap dengan sultan. Saya bukan kata ‘natang’. Itu jauh sekali.

“Saya cuma bercakap tentang exercise of power,” kata pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Pada 23 Mac 2008, sekumpulan orang, dipercayai penyokong bekas Menteri Besar Terengganu dilaporkan mengadakan perhimpunan di hadapan kediaman rasmi menteri besar di Kuala Terengganu sambil membawa kain rentang bertulis “kami nak Idris, natang”.

“Natang”, dalam loghat Terengganu, bermaksud binatang.

Laporan polis itu juga mendakwa kenyataan Aziz boleh mengundang kemarahan umat Islam di selangor serta boleh mencetuskan suasana tidak harmoni, kacau bilau dan tidak tenteram di negara ini.

Sultan sebelum itu bertitah, siasatan Jabatan Agama Islam Selangor mendapati cubaan memesongkan akidah umat Islam dibuktikan tetapi ia tidak mencukupi untuk diambil tindakan undang-undang.

http://www.kl-today.com/2011/10/aziz-terima-peluru-dan-ugutan-bunuh/

SAYA DOAKAN SAUDARA AZIZ BARI SELALU

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 30TH, 2011

Aspan Alias

Prof Aziz Bari telah menerima surat dengan berisi peluru pada pukul 11.45 pagi semalam dan ini merupakan satu lagi usaha untuk menekan masyarakat yang berfikir. Nampaknya sekarang hanya satu sahaja cara untuk kita hidup aman di negara ini; iaitu dengan mendiamkan diri sahaja dan tidak memberikan tentangan tentang pandangan kuning masyarakat kita khususnya mereka yang bersama pihak berkuasa.

Jika ada telinga hanya dengar sahaja dan jika ada mata hanya tengok sahaja. Jangan bercakap benda yang benar. Tugas kita hanya menganggok seperti burung balam sahaja walaupun yang kita dengar itu adalah perkara bodoh dan sumbang untuk negara. Jika kita telah bersekolah tinggi jangan gunakan ilmu itu kerana yang penting kita di minta mengikut sahaja apa yang dilakukan oleh pihak yang sedang berkuasa.

Yang boleh menyentuh Raja-Raja Melayu hanyalah Umno. Orang lain nak bercakap benar dan tidak pun menderhaka kepada raja akan diambil tindakan seperti Aziz Bari. Dulu Umno kata kita tidak perlu Raja kerana raja-raja ini hanya memeningkan kepala rakyat kononnya. Kita boleh baca semua kenyataan pemimpin Umno semasa krisis perlembagaan 1993 dahulu. Saya dah sebut isu ini puluhan kali dan tidak bercadang untuk mengulanginya lagi.

Apabila terdesak Umno menggunakan raja-raja Melayu untuk berlindung dari pengaruh pembangkang yang kian hari kian bertambah. Umno cuba memisahkan pembangkang dengan raja-raja sedangkan DAP, PAS dan yang lain tidak pernah membuat tekanan terhadap raja-raja. Sekarang Umno sudah menjadi parti yang pengecut; terpaksa berlindung macam kucing di celah ketiak raja-raja Melayu yang pernah mereka hina dahulu.

Apabila kerajaan Selangor ingin meminda perlembagaan negeri untuk memberi kuasa kepada Tuanku Sultan dalam memilih Setiusaha Kerajaan Negeri Umno pula yang menyanggah dan tidak mahu memberikan kuasa itu kepada Sultan Selangor seperti yang di peruntukan kepada Sultan Selangor sebelum krisis perlembagaan 1993 dahulu.

Sekarang pula bila ada seorang professor undang-undang dan pakar dalam isu perlembagaan Umno marah-marah pula dan menggantung tugas professor itu. Hari ini professor itu menerima pula surat berisi peluru yang datangnya dari orang yang tidak gemar dengan tindakan professor itu.

Saya tidak menuduh Umno yang menghantar peluru itu kerana nanti kena saman pula kita. Tetapi yang jelas ianya datang dari pihak yang bermain politik kotor yang tidak bersetuju dengan pandangan yang berbeza. Pihak berkuasa amat takut dengan pengaruh Aziz Bari yang kian bercambah di kalangan rakyat yang sudah pandai berfikir.

Yang menentang pandangan Aziz Bari ini hanyalah mereka yang bermain politik dan tidak tahu pun tentang undang-undang jauh sekali untuk memberikan tafsiran undang-undang dari sudut moral demokrasi yang kita kononnya anuti itu. Dengan isu ini kita telah nampak yang Umno sudah terdesak dan terasak ke dinding. Maka Umno terpaksa menjadi “aggressive” dan melakukan tindakan provokatif pula.

Kepada Prof Aziz Bari saya hanya memohon supaya bersabar dan melalui dugaan ini dengan penuh keimanan. Walaupun beliau seorang professor yang hebat tidak salah jika saya yang tidak mempunyai kepandaian seperti beliau untuk memberikan nasihat dan sokongan moral kepada beliau.

Kita mesti akui yang orang yang bersabar akan akhirnya berjaya dan sesiapa yang melakukan apa-apa tindakan dengan niat serong akan akhirnya gagal juga. Itu adalah hakikat yang benar dan real.

Ratusan ribu malahan jutaan rakyat secara moralnya berada dibelakang Prof Aziz dan sentiasa mendoakan beliau agar berada di dalam sepenuh keredhoan Tuhan Maha Esa. Prof Aziz mesti akui yang berkata benar diakhir zaman ini memang susah. Tetapi niat dan hajat yang baik akhirnya akan di redhoi Tuhan juga.

Biarkan sahaja apa yang akan diperkatakan terhadap saudara tetapi jika saudara tetap dengan niat dan pendirian yang baik saudara akan berjaya akhirnya. Kata alim ulamak yang muktabar, jalan ke syurga itu penuh dengan duri dan onak, tetapi sebaliknya jalan ke neraka itu penuh dengan roti dan keju yang lazat-lazat.

Bagi saya yang tidak dapat berbuat apa-apa ini, hanya meningkatkan doa untuk saudara ketingkat yang lebih tinggi lagi. Orang ramai percaya kata-kata saudara itu merupakan menifestasi rakyat yang inginkan sebuah kerajaan yang berlandaskan “rule of law”, beretika, demokrasi yang luhur, tidak rasuah dan menyalah gunakan kuasa serta pimpinan yang “magnanimous” dan menghormati pandangan rakyat yang setia kepada negara dan bangsanya.

Tindakan saudara membuat lapuran polis di atas surat yang mengandungi peluru itu adalah wajar dan diharapkan pihak yang berwajib akan membuat siasatan yang adil dan bijaksana.

Saya terus mendoakan saudara dan hadapilah isu ini dengan tabah. Insya’Allah saudara akan berjaya melepasi dugaan ini. — aspanaliasnet.blogspot.com

http://www.kl-today.com/2011/10/saya-doakan-saudara-aziz-bari-selalu/

SIKAP TIDAK KONSISTEN PADA INSTITUSI RAJA

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 30TH, 2011

Idzuafi Hadi Kamilan

Penulis kali ini mengambil pendirian yang cukup berhati-hati untuk menulis isu ini setelah apa yang berlaku terhadap Profesor Dr Abdul Aziz Bari apabila teguran beliau di dalam Malaysiakini dilihat sebagai mengaibkan dan menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.Ini mengenai titah Tuanku berhubung serbuan yang dibuat terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Justeru, penulis memulakan pandangan ini berdasarkan pendekatan historis dan perbandingan di mana merujuk apa yang telah tertulis di dalam Hansard Parlimen supaya tulisan ini berautoriti dan dilihat dan diangkat sebagai pandangan akademik semata-mata berdasarkan rujukan penulis sahaja.

Pelbagai konotasi ditimbulkan khususnya di meja Utusan Malaysia dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) apabila Aziz Bari menerangkan kenyataannya.

Apa yang ditimbulkan Utusan Malaysia, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan seangkatan dengannya menyebabkan penulis merujuk kembali Penyata Rasmi parlimen pada tanggal 18 Januari 1993.

Ketika itu Dr Mahathir membentangkan Pindaan Perlembagaan berhubung kekebalan Raja-raja yang membawa kepada peruntukan pindaan perlembagaan terhadap Perkara 181 (2) di mana immuniti raja-raja ditarik balik dan raja/sultan boleh dibawa dan dibicarakan di Mahkamah Khas sesuai dengan peruntukan baru yang digubal dalam Perkara 183.

Ketika mana bacaan kali kedua dibentangkan ini, Dr Mahathir telah berhujah ketika membentangkan rang pindaan tersebut dengan katanya ‘menegur dan mengkritik Raja kita tidak bermakna ia akan menghapuskan kedaulatan Raja-raja Melayu’.

Media massa serang institusi Raja

Walau pun begitu serangan-serangan terhadap institusi Raja-raja telah pun di palu beberapa bulan sebelum itu dengan media massa memainkan peranan yang penting.

Ketika itu segala-galanya seolah-olah ‘dihalalkan’ oleh kerajaan untuk mengkritik Raja-raja Melayu jauh lebih berat tentang apa yang diungkap Aziz Bari ketika ini.

Menyorot kembali lapan tahun (1984) sebelum itu, apabila Karpal Singh cuba membawa isu yang sama dalam dewan Parlimen berhubung salah laku seorang Sultan di Malaysia. Beliau telah dikenakan tatatertib dan tidak dibenarkan hadir ke Parlimen sehingga akhir sesi.

Justeru, diposisi mana kerajaan pemerintah berpihak sebenarnya? Mengangkat dan mempertahankan Raja-raja Melayu atau memalukannya?

Jika dilihat berdasarkan kronologi sejarah, Sultan hanya diangkat dan dipertahankan apabila terdapatnya merit terhadap kerajaan pemerintah.

Aziz Bari tidak perlu diperkenalkan lagi apabila menyebut tentang Perlembagaan Persekutuan. Beliau yang menulis tesis PhDnya di Birmingham University bertajuk ‘The Development and Role of Constitutional Monarchy’ (1996) dan sudah menulis hampir 200 artikel journal dan kertas kerja berhubung Perlembagaan Malaysia pastinya arif dengan bidang kepakaran beliau.

Namun, kenyataan beliau menjadi kontroversi apabila disanggah beberapa orang yang tidak ‘cerdik’ berhubung komentar beliau mengenai titah Sultan Selangor mengenai serbuan terhadap DUMC.

Kenyataan Aziz Bari

Apa yang diungkap Aziz Bari bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja tersebut bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Sebagai ketua agama Islam negeri itu baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam. Selain itu, beliau dilihat cuba menyatakan tindakan Sultan ini tidak konsisten.

Jarang sekali kita melihat Yang Dipertuan Agong, Raja atau Sultan mengeluarkan kenyataan begitu spesifik berhubung sesuatu isu yang melibatkan rakyat.

Kebiasaannya kenyataan Raja atau Sultan hanya dilihat ketika pembukaan Dewan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri di mana kebiasaannya teks itu disediakan kerajaan yang memerintah.

Justeru, bila baginda bertitah terhadap sesuatu isu yang spesifik itu walaupun baginda mempunyai hak namun itu yang dikatakan sesuatu tindakan yang tidak lazim.

Namun persoalannya sama ada kenyataan beliau (Aziz Bari) terhadap titah Sultan boleh didakwa di bawah peruntukan undang-undang boleh dilihat dan dirungkai sepertimana di bawah iaitu:

Kecenderungan menghasut dikatakan apabila Seksyen 3 di dalam Akta Hasutan 1948 menyatakan bahawa seseorang boleh didakwa apabila ada kecenderungan (a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan atau (d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri.

Berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada ini, maka seharusnya ia juga perlu dibaca bersama-sama dengan Perkara 63 (5) Perlembagaan Persekutuan di mana dakwaan terhadap seseorang itu hanya boleh disabitkan ke atas beliau jika sekiranya ia menganjurkan atau membangkitkan perasaan ke arah penghapusan institusi Raja-raja.

Justeru, ia bermaksud jika warganegara itu cuba menyarankan atau membuat apa-apa tindakan ke arah ingin menghapuskan sistem beraja maka Seksyen 3, Akta Hasutan harus dikena pakai ke atasnya.

Bagi pandangan penulis, tidak salah beliau memberikan komentar sesuai dengan bidang kepakaran beliau. Pada masa yang sama harus kita ingat kita tidak lagi berada di dalam kekuasaan raja yang berkuasa mutlak sepertimana di ungkap oleh Sir Robert Filmer dalam Patriarcha ‘Natural Power of a King’ (1680).

Malahan kita harus menerima kita hidup di dalam sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokratik yang dihujahkan John Locke dalam ‘Two Treatises of Government’ yang juga pengkritik hebat buku Filmer tersebut.

Kuasa Raja

John Locke berhujah dalam keadaan di mana sistem demokratik mengambil alih tanggungjawab kerajaan daripada sebuah sistem pemerintahan feudal maka rakyat juga seolah-olah telah menyerahkan hak untuk memerintah dan diperintah di bawah sistem demokrasi. Oleh itu, kuasa Raja telah dilimitasikan dengan cara sebegitu.

Jika dirujuk kenyataan Aziz Bari itu dengan apa yang dilakukan kerajaan pemerintah ketika krisis Perlembagaan pada tahun 1993 itu lebih teruk namun tiada siapa peduli institusi raja pada ketika itu.

Ini kerana menurut Prof. Mark R. Gillen dalam artikelnya yang bertajuk ’The Malay Rulers’ Loss of Immunity’ menyebut kerajaan pemerintah ketika itu parti yang sedang mendapat sokongan rakyat yang majoritinya Melayu menunjukkan sokongan bertambah dari rakyatnya khususnya apabila berhadapan isu yang melibatkan Sultan dan raja Melayu.Oleh itu, segenap lapisan masyarakat hampir dikatakan menyokong tindakan Barisan Nasional ketika itu. Namun apa yang pasti, berdasarkan pemerhatian Gillen, salah perkiraan pada tahun 1993 akan menghilangkan undi masyarakat Melayu memandangkan institusi Raja dekat dihati rakyat.

Oleh itu apabila fenomena ‘Aziz Bari’ berlaku sekali lagi berkemungkinan mereka mengharapkan sokongan majoriti orang Melayu terhadap apa yang pernah dilakukan mereka walau pun keadaan telah terbalik 360 darjah di mana jika tahun 1993 mereka menghapuskan kekebalan raja-raja, kali ini tahun 2011 mereka bermati-matian menyokong dan melindungi institusi tersebut.

Untunglah Raja-raja kita, kita mempunyai rakyat sedemikian rupa……

*Penulis ialah seorang calon doktor falsafah di Fakulti Undang-Undang UKM dan juga Setiausaha Grup Peguam Abim.

http://www.kl-today.com/2011/10/sikap-tidak-konsisten-pada-institusi-raja/

PBS WANTS RC ON ILLEGAL IMMIGRANTS

POSTED BY ADMIN ON OCTOBER 30TH, 2011

Parti Bersatu Sabah (PBS) President Joseph Pairin Kitingan (pic) has called on the federal government to establish a Royal Commission of Inquiry on illegal immigrants in Sabah next year as a sign of its commitment towards resolving the issue.He said it was time the government took the matter seriously as requests on the issue had been made a while back.”This is only a guideline but needs to be stressed on. Focus should be given on forming the commission to give assurance to Malaysians in Sabah.

“Many people, especially the locals, are asking whether they are protected as Malaysian citizens in Sabah. This is why a Royal Commission of Inquiry should be set up, next year,” he told reporters after opening the PBS Wanita and Youth delegates conference in conjuction with the party’s 26th Annual Congress at KDCA, near here yesterday.

Pairin, who is also Deputy Chief Minister, said the sudden population hike in Sabah should open the eyes of the federal government on the need to take drastic action to tackle illegal immigrant issues, in the same seriousness it had given to tackling hardcore poverty in the state.

He said PBS was confident that the federal government under the leadership of Najib Tun Razak would see the pleas of Sabahans as a priority, in line with the 1Malaysia concept.

“We believe the government can also take a bold action and form the commission of inquiry,” he said, adding however that the party was making a friendly request and not an ultimatum.

He also hoped the government would review the refugee status given to Filipinos who fled the war in their countries in the 70s, especially now that the situation, especially in southern Philippine, was peaceful.

“The status of refugees in Sabah is different because they are still considered refugees despite improved situations in their homeland. The problem now is their settlement, which has become an eyesore,” said Pairin.

http://www.kl-today.com/2011/10/pbs-wants-rc-on-illegal-immigrants-in-sabah/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...