Sunday, February 13, 2011

Eksekutif Google diangkat sebagai wira kebangkitan





KAHERAH - Eksekutif pemasaran serantau syarikat enjin carian Internet terkemuka dunia Google, Wael Ghonim (gambar) menyatakan beliau sangat gembira apabila mendengar berita peletakan jawatan Presiden Mesir, Hosni Mubarak lewat malam semalam.

Aktivis siber itu diangkat sebagai ikon revolusi kerana menghasilkan satu akaun Facebook untuk seorang mangsa kekejaman polis yang akhirnya menjadi pencetus kepada kebangkitan rakyat untuk menentang pemerintahan Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 25 Januari lalu.

Beliau menulis di laman twitter miliknya: "Tahniah kepada Mesir. Selamat kembali Mesir. Penjenayah itu sudah meninggalkan istana. Hero sebenar ialah orang muda Mesir di Tahrir Square dan seluruh rakyat Mesir."

"Saya menjangkakan masa depan yang cerah. Saya percayakan rakyat Mesir yang berjumlah 80 juta orang ini," kata Ghonim. Sebaik sahaja protes bermula, beliau telah ditahan serta-merta selama 12 hari.

Lelaki berusia 30 tahun itu juga memberi kredit kepada syarikat Internet lain dalam usaha menjatuhkan Hosni. "Revolusi ini bermula di Facebook. Satu hari nanti, saya ingin bertemu dengan Mark Zuckerberg (pengasas Facebook) dan berterima kasih kepadanya," katanya. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

Aset Mubarak dibeku

GENEVA - Switzerland semalam membekukan semua aset milik bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak, ahli keluarganya dan beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan pentadbirannya berkuat kuasa serta-merta, jelas jurucakap Kementerian Luar Switzerland, Lars Knuchel.

Selain anak dan menantu Hosni, senarai tersebut turut meliputi bekas Menteri Perumahan, Perkhidmatan dan Pembangunan Bandar, Ahmed Alaa El Din Amin El-Maghrabi, bekas Menteri Pelancongan, Mohamed Zoheir Mohamed Wahid Garana, bekas Menteri Dalam Negeri, Habib Ibrahim El Adli, bekas Menteri Perdagangan dan Industri, Rachid Mohamed Rachid serta seorang ahli perniagaan terkenal yang juga bekas setiausaha Parti Demokratik Nasional, Ahmed Ezz.

Knuchel bagaimanapun tidak memberi perincian tentang akaun bank apa atau aset-aset lain yang mungkin dimiliki oleh Hosni dan ahli keluarganya di Switzerland. "Kerajaan mahu mengelak daripada sebarang risiko menggelapkan aset milik negara Mesir," jelas Kementerian Luar Switzerland dalam satu kenyataan. Ia juga menghalang penjualan apa jua aset terutama pegangan hartanah.

"Kami dalam proses mengenal pasti dan menyiasat perkara ini sebelum membuat tindakan sewajarnya," kata Menteri Kewangan Switzerland, Widmer-Schlumpf.

Menurut Swiss National Bank, pada penghujung tahun 2009, wang deposit warga Mesir di akaun-akaun bank di Switzerland berjumlah AS$3.5 bilion (RM10.6 bilion).

Hosni sebelum ini didakwa menjadi individu paling kaya di dunia dengan kekayaan mencecah AS$70 bilion (RM213.1 bilion). Angka itu sekali gus mengalahkan ahli perniagaan terkenal dari Mexico, Carlos Slim Helu yang mempunyai kekayaan sebanyak AS$54 bilion (RM164.7 bilion) dan pengasas Microsoft, Bill Gates dengan kekayaan AS453 bilion (RM161.3 bilion)

Kekayaan itu dipercayai diperoleh daripada aktiviti pelaburan hartanah dan rasuah sepanjang memegang jawatan selaku Presiden Mesir selama hampir tiga dekad. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Hosni mungkin lari ke luar negara


BEBERAPA orang termasuk wanita membersihkan Dataran Tahrir di Kaherah semalam.


KAHERAH - Selepas Hosni Mubarak meletakkan jawatan sebagai presiden Mesir, timbul spekulasi bahawa beliau akan melarikan diri ke luar negara, lapor beberapa buah akhbar dan laman web semalam.

Hosni, 82, kini dikatakan sedang bersembunyi di sebuah villa miliknya di pusat peranginan Sharm el-Sheikh, Mesir di Laut Merah selepas beliau meninggalkan Istana Presiden dengan menaiki helikopter kelmarin.

Menurut beberapa sumber diplomatik, antara lokasi yang mungkin menjadi pilihan Hosni dan keluarganya ialah Britain, Perancis, Arab Saudi atau Bahrain.

Isteri Hosni, Suzanne memegang pasport Britain manakala seorang anak lelakinya, Gamal memiliki sebuah rumah besar di Belgravia, London menjadikan Britain pilihan terbaik untuknya tinggal di luar Mesir.

Berbanding Arab Saudi, keluarga itu mungkin akan memilih negara Barat.

Perancis juga boleh menjadi lokasi pilihan buat Hosni. Bekas presiden itu mungkin memilih untuk tinggal di Paris kerana beliau pernah menghabiskan masa di sana sebelum pergi ke Heidelberg, Jerman untuk mendapatkan rawatan sakit belakangnya sebelum ini.

Sumber-sumber menyatakan Hosni juga mungkin memilih untuk tinggal di sebuah rumah di Bahrain.

Beliau dan pemerintah Bahrain, Sheikh Hamad Ibn Isal Al Khalifa merupakan rakan rapat.

Hosni dikatakan amat mempercayai Sheikh Hamad.

Arab Saudi merupakan antara destinasi yang mungkin menjadi tempat tinggal Hosni kerana bekas Presiden Tunisia yang meletakkan jawatan atas desakan rakyat, Zine El Abidine Ben Ali kini dikatakan tinggal di Jeddah, Arab Saudi pada 14 Januari lalu.

Sementara itu, punca Hosni meletakkan jawatan secara mengejut kelmarin disebabkan kata dua yang diberikan tentera kepadanya sama ada berundur atau berlaku satu rampasan kuasa, lapor akhbar Washington Post semalam.

Menurut akhbar itu, Hosni yang memerintah hampir 29 tahun enggan meletakkan jawatan pada Khamis lalu selepas Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Leon Panetta memberitahu Jawatankuasa Perisikan Dewan AS bahawa terdapat petunjuk bahawa Hosni akan meletakkan jawatan.

Keengganan beliau meletakkan jawatan itu menimbulkan kemarahan pentadbiran Amerika Syarikat (AS) pada Khamis lalu.

Pendedahan itu dibuat oleh seorang pegawai kanan, AS yang namanya tidak didedahkan.

Para pegawai tentera memberi kata dua kepada Hosni supaya meletakkan jawatan beberapa jam sebelum pengumuman peletakan jawatan tersebut diumumkan pada pukul 10 malam waktu tempatan kelmarin. Pengumuman itu dibuat beberapa jam sebelum Hosni meninggalkan Istana Presiden di sini untuk menuju ke pusat peranginan Sharm el-Sheikh di Laut Merah bersama beberapa anggota keluarganya.

Ribuan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir di sini dikatakan tahu bahawa Hosni menerima arahan daripada AS supaya beliau meletakkan jawatan.

Sementara itu, warga Mesir semalam masih meraikan perletakan jawatan Hosni yang menyerahkan kuasa pentadbiran negara kepada tentera dengan menangis kegembiraan, melompat, menjerit, menari serta berpelukan antara satu sama lain.

Malah, ada juga yang berdiri tegak tidak percaya dengan apa yang berlaku.

Kaherah juga meriah dengan letupan mercun, bunyi hon kereta dan tembakan yang dilepaskan ke udara.

"Rakyat telah menumbangkan rejim. Ini merupakan hari paling gembira dalam generasi saya," kata seorang penunjuk perasaan, Ali al-Tayab.

Di istana presiden, orang ramai menunjukkan tanda V yang membawa maksud kemenangan dan menjerit: "Bergembiralah rakyat Mesir. Hari ini ialah hari perayaan. Dia sudah meletakkan jawatan."

Sejumlah penunjuk perasaan juga dilihat membersihkan Dataran Tahrir di Kaherah daripada sampah sarap dan bangkai kereta yang terbakar setelah ia menjadi tempat perhimpunan penunjuk perasaan sejak 25 Januari lalu.

Para penunjuk perasaan menuntut Hosni meletakkan jawatan kerana pemerintahannya yang menindas kebebasan bersuara selain tidak membawa kemakmuran ekonomi kepada ramai penduduk yang masih miskin di Mesir. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Permulaan kebangkitan Islam menyeluruh


Suhaimi Mokhtar

Seluruh negara umat Islam di dunia dari jazerah Arab hinggalah ke kepulauan nusantara berada dalam suasana panik, bimbang dan ketakutan dengan kebangkitan revolusi rakyat di Mesir yang bermula pada 25 Januari dan kini memasuki minggu ketiga.

Ketakutan itu menjangkau lebih jauh melampaui sempadan negara umat Islam, apabila negara kuasa Amerika Syarikat (AS) dan barat yang menjadikan Mesir sebagai negara rakan strategik turut merasa bahang dari keadaan genting yang sedang bergolak di Mesir dan rantau Timur Tengah.

Revolusi rakyat Mesir yang diilhami dari kebangkitan rakyak Tunisia pada 14 Januari yang menyaksikan tumbangnya regim Ben Ali masih berterusan dan tidak tampak tanda-tanda ia akan berakhir segera. Selagi desakan rakyat supaya Presiden Hosni Mubarak mengakhiri cengkaman kuasanya tidak berlaku, selagi itu rakyat beriltizam meneruskan kebangkitan.*

Mubarak telah melantik Naib Presiden, Omar Sulaiman dan kabinet baru yang masih dianggotai oleh rakan dan sahabatnya dari Parti Nasional Demokrat (NDP) dan menjanjikan reformasi politik, ekonomi dan sosial, tetapi semuanya tidak dapat meredakan iltizam kebangkitan rakyat yang mahu melihat berakhirnya 30 tahun pemerintahan diktator Mubarak.

Omar Sulaiman mengadakan rundingan dengan pihak pembangkang, antaranya wakil pimpinan Ikhwan Muslimin, tetapi setakat ini tiada breakthrough yang dicapai, Mubarak terus berdegil tidak mahu berundur dan meletakkan jawatan dan dengan demikian rakyat terus beriltizam meningkatkan kebangkitan mereka.

Rundingan antara Omar Sulaiman dan kabinetnya dengan pihak Ikhwan dan pembangkang bagi menunjukkan konon wujud keterbukaan baru dipihak regim, tetapi para penunjuk perasaan sedikitpun tidak terpedaya dengan permainan politik regim yang sengaja melengah-lengahkan masa untuk melemahkan iltizam kebangkitan rakyat.

Rakyat tidak sedikitpun lemah semangat, bahkan semangat mereka terus membara untuk melihat Mubarak membuat exitnya seperti Ben Ali. Penyertaan rakyat makin meningkat. Ramai yang baru menyertai kebangkitan di Dataran Tahrir, di Iskandariah, di Suez dan dilain-lain tempat buat pertama kalinya. Ia tidak sedikit pun mengurangkan penyertaan rakyat yang kini berhimpun pula di depan bangunan parlimen. Akhirnya kebangkitan rakyat ini akan berada didepan istana presiden Mubarak.

Lagi lama Mubarak cuba mempertahankan status quo, bantahan dan kebangkitan rakyat akan lebih menyeluruh. Sudah beberapa kali kebangkitan rakyat telah dapat mengumpulkan berjuta rakyat pada hari jumaat selepas solat jumaat.

Sebenarnya dari kebangkitan ini akan muncul pimpinan generasi baru Mesir yang bakal menggantikan pimpjnan zalim, rasuah, menindas selama 30 tahun diera Mubarak dan sebelumnya dibawah Gamal Nasser dan Anwar Sadat yang mati ditembak oleh saorang tentera yang berani, kerana menentang dasar berbaik Anwar Sadat dengan regim zionis yahudi melalui perjanjian damai yang dibroker oleh Amerika Syarikat (AS) dan barat.

Pimpinan baru Mesir akan muncul dari Dataran Tahrir dan himpunan demonstrasi di merata tempat diMesir kerana dari kalangan rakyat ini terdapat para intelektulal, ahli akadamik, anak-anak muda dari pelbagai profession yang menggerkkan momentum demonstrasi sehingga kesaat ini. Jangkaan regim bahawa demonstrasi rakyat ini akan kehilangan stamina dan dengan itu cuba membeli masa ternyata meleset.

Percubaan AS dan barat menunjulkan Muhammad ElBaradei, bekas ketua IAEA PBB yang membuat pemeriksaan terhadap projek nuklier Iran; Amr Musa, Setiausaha Agong Liga Arab dan Omar Sulaiman yang dilantik Mubarak sebagai orang-orang yang boleh mengganti Mubarak tidak mungkin dapat diterima oleh para penunjuk perasaan diDataran Tahrir dan diseluruh Mesir.

Semua tokoh-tokoh ini ditunjulkan bagi menjamin kesenimbungan pimpinan Mubarak. Mereka ini semuanya orang-orang kepercayaan AS dan barat. Tidak ada tokoh Ikhwan pun yang cuba ditunjulkan, tetapi mahu tidak mahu tokoh Ikhwan akan muncul bersama tokoh-tokoh dari Dataran Tahrir untuk memimpin Mesir baru.

Ikhwan yang diharamkan dalam pemerintahan darurat Mubarak dan sebelumnya di zaman Nasser dan Sadat telah diajak berunding dalam percubaan regim untuk meninjau pemikiran Ikhwan dan dengan demikian akan cuba membendung pengaruh Ikhwan yang memang selamanya menjadi tenaga politik yang berpengaruh samaada diharamkan ataupun tidak.

Ikhwan memahami agenda regim dan tidak menonjol diri untuk berbuat sesuatu merebut peluang kerana Ikhwan lebih mengharapkan dengan berlakunya reformasi politik, Ikhwan akan menyertai pilihanraya dan menjadi sebahagian dari tenaga politik baru Mesir.

Walaupun rakyat yang menyertai demonstrasi terdiri dari pelbagai latarbelakang tetapi fakta yang jelas menunjukkan bahawa penyertaan rakyat menjadi semakin besar selepas solat jumaat memberi petanda bahawa penggerak utama kebangkitan revolusi rakyat ini adalah kalangan mereka yang sedar akan kezliman dan penindasan regim Mubarak. Dataran Tahrir tidak setakat menjadi medan demonstrasi tetapi menjadi saksi kepada solat berjemaah yang didirikan setiap waktu disitu.

Kebangkitan revolusi rakyat ini menguji kesabaran rakyat disatu pihak dan pihak tentera disatu pihak lain. Selama mana kesabaran ini dapat dikekalkan bergantung kepada langkah-langkah seterusnya pihak tentera yang telah memberi jaminan tidak akan mengapa-apakan kebangkitan rakyat yang berdemonstrasi secara aman.

Dalam pertemuan dengan pihak pembangkang , desakan supaya Mubarak berundur, parlimen dibubarkan dan darurat ditarik balik setakat ini tidak mendapat kenyataan respon dari regim. Tetapi regim tiada pilihan lain, Mesir perlu berubah dan tidak mampu lagi bertahan seperti sebelumnya.

Revolusi rakyat Mesir ini telah memakan korban dan rakyat tidak akan berundur kebelakang lagi tetapi akan terus maju untuk buat pertama kalinya menjulang kemenangan untuk membuat perubahan tanpa membenar Mesir menjadi buah catur mengikut agenda AS dan barat yang mahu menyelamatkan regim haram zionis yahudi.

Kebangkitan revolusi rakyat Tunisia, Mesir akan membawa angin perubahan keseluruh pelusuk Jazerah Arab termasuk Saudi Arabia dan negara-negara rantau teluk yang lain. Angin perubahan yang bertiup kencang itu tidak akan terhenti dirantau Timur Tengah, ia akan bertiup jauh kenegara-negara umat Islam yang lain termasuk di kepulauan nusantara ini.

Umat Islam telah menyaksikan betapa negara mereka menjadi umpan negara kuasa selama ini selepas negara masing-masing mendapat kemerdekaan dan kini tibalah masnya memberi erti kepada kebebasan mengikut acuan, identiti, jatidiri rakyat yang sebenarnya, dengan membataskan diri dari sebarang pengaruh negara kuasa.

Kebangkitan di Mesir, Tunisia adalah permulaan kepada kebangkitan yang lebih menyeluruh yang bakal ditempuhi negara umat Islam, kerana itulah negara kuasa AS dan barat cuba menyelamatkan regim Mubarak kerana khutir dan bimbang, kejatuhan Mubarak akan menyebabkan satu demi satu regim Timur Tengah yang ciri-ciri pemerintahannya hampir sama, menindas, zalim, rasuah, mengumpul kekayaan hanya untuk elite pemerintah, menyekat kebebasan bersuara dan lain-lain akan mengikuti jejak Mesir dan Tunisia.

Beberapa buah negara seperti Jordan, Algeria, Yaman, Sudan yang berpecah dua dan lain-lain sedang bergerak untuk memulakan reformasi, memberi suara kepada pembangkang, tetapi ia mungkin telah terlambat kerana rakyat negara- negara ini sedang memulakan kebangkitan mereka masing-masing.

Kebangkitan revolusi di negara-negara umat Islam sedang berlangsung melalui dua pendekatan. Satu melalui kebangkitan rakyat untuk dilakukan reformasi mengembalikan hak berpolitik mereka dengan mengadakan pilihanraya adil dan membenarkan rakyat memilih kerajaan mengikut kehendak mereka dan satu lagi melalui perjungan bersenjata seperti yang berlaku di Iraq, Afghanistan, Somalia dan lain- lain bumi umat Islam yang sedang bergolak.

Dengan kebangkitan revolusi yang akan menukar regim totalitarian kepada regim pilihan rakyat diseluruh negara umat Islam maka akan berlakulah kesatuan iltizam yang mampu nanti membebaskan bumi Palestin dari cengkaman regim zionis. Palestin yang satu bukan dua, yang kembali kepangkuan rakyat yang menjadi pemiliknya, rakyat Palestin yang diusir keluar dari bumi hak mereka.

* Tulisan ini dibuat menjelang perletakan jawatan Mubarak.


http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30823:permulaan-kebangkitan-islam-menyeluruh&catid=94:global2&Itemid=135

Keperluan media bersama PR

Li Fook Gao

Minda Naib Presiden PAS ke 22 bersama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar. Jika anda mempunyai soalan khas untuk ditujukan untuk ketiga-tiga Naib Presiden PAS, sila emailkan kepada sembangnaibpresidenpas@gmail.com

Soalan 1:

Berikan penilaian terhadap jentera PAS dan Pakatan Rakyat di PRK Tenang. Apa kekurangan yang harus diatasi sebelum PRK Merlimau?.

Tuan Ibrahim:

Pada keseluruhannya jentera parti PAS telah melakukan kerja yang sangat baik, dan penghargaan harus diberi kepada mereka bahkan seluruh jentera dari DAP dan PKR. Kita boleh lihat bagaimana mereka telah memulakan tugasan seawal pengistiharan kekosongan kerusi DUN Tenang.

Pada peringkat awal kita memang menjangkakan agak sukar untuk memenangi kerusi Tenang, kerana kelemahan jentera dan organisasi PAS di sana; dan majoriti yang melebihi dua ribu dalam mana-mana PRK adalah sesuatu yang sukar di atasi.

Kelemahan utama ialah kerja yang bersifat umum, dan tidak fokus kepada undi sasaran. Oleh kerana terdapat kawasan yang dianggap kubu bagi BN, (Felda , Felcra dan kampung tradisi), maka jentera parti banyak menumpukan di kawasan ini, dan kegagalan mendapat undi sasaran menyebabkan kita gagal.

Di samping itu, faktor banjir juga menyebabkan ada pengundi yang tidak dapat ke tempat pengundian dan kesibukan menghadapi banjir disebabkan ketidakmampuan kita dalam menyediakan boat dan kenderaan yang sesuai.

Salahuddin Ayub:

Saya rasa PRK Tenang telah memberikan suatu gambaran yang jelas bahawa walau apapun yang cuba digambarkan media tradisional kerajaan, PR masih utuh dan ketiga-tiga pimpinan parti telah menunjukkan satu kombinasi, iltizam dan komitmen yang begitu tinggi.

Cuma saya rasa pada masa-masa akan datang, gandingan ketiga-tiga tokoh ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Tuan Guru Presiden dan YB Lim Kit Siang harus dilihat lebih mantap dengan gerakan bersama yang dilihat sebagai lambang kekuatan dan keutuhan PR.

Mahfuz Omar:

Isu di Tenang bukan masalah dari segi kekuatan bilangan jentera. Jentera kita cukup kuat tetapi kelemahan kita ialah dalam mengkomunikasikan segala dasar dan polisi yang ingin dibawa PAS dan PR itu sampai kepada rakyat.

Di samping itu, kita juga kena memikirkan cara untuk berkomunikasi terhadap segala persoalan dan isu yang berbangkit dalam negara dapat difahami sepertimana yang kita kehendaki.

Ini merupakan kelemahan-kelemahan dalam konteks ini kerana kita kadang-kadang terlalu leka untuk menyampaikan sesuatu dasar dan polisi yang kita nak bawa dalam pemerintahan kita.

Kita harap orang akan faham apa yang kita kehendaki, tetapi kita pula jarang memahami ada perkara yang kita bercakap “A”, orang lain akan faham “B”. Ini persoalan yang harus dikaji oleh PAS dan PR supaya frequensi komunikasi itu sama, di mana apabila kita bercakap “A”, orang akan dapat “A” dan bukannnya “B” kerana ini antara kelemahan kita di PRK Tenang.

Tidak dinafikan juga, propaganda BN walaupun dengan menggunakan segala dana rakyat melalui media tradisional dan sebagainya, ini berjaya berpihak kepada BN.

Akan tetapi, kita harus fikirkan cara atasi masalah ini dari sudut kelemahan media yang tidak berpihak pada kita ini. Kita harus fikirkan cara bagaimana untuk mengheret dan mengumpan media tradisional ini supaya akhirnya tindakbalas dan reaksi mereka akan membawa manfaat kepada kita.

Soalan 2:

Apakah pendekatan berbeza yang boleh dilakukan Pakatan Rakyat kali ini untuk menonjolkan kelainan PR daripada BN dalam menghadapi PRK Merlimau?

Salahuddin Ayub:

Saya rasa kita harus ada pendekatan-pendekatan baru yang inovatif, dan kita boleh cuba kaedah-kaedah dan pendekatan baru khususnya bagi mendekati pengundi-pengundi muda.

Dan kita harus lebih banyak menonjolkan kebersamaan dan komitmen ketiga-tiga parti dalam blog, Facebook dan juga Twitter supaya akses pada generasi ini lebih cepat.

Yang ketiga saya ialah sentuhan-sentuhan baru dengan menggunakan teknologi IT juga harus dipertingkatkan di samping kita mencari kaedah terbaik mengekalkan sokongan undi bukan Melayu dan juga meraih sokongan daripada pengundi Melayu.

Mahfuz Omar:

Kita tidak boleh melihat dengan kaca mata yang sama apabila kita turun dengan full force sebagai satu strategi dan taktikal yang bijak bukan dalam semua keadaan.

Kita juga perlu wujudkan kelainan daripada sudut tenaga jentera kita yang sedikit dan dana kita yang lebih kecil tetapi penghasilan kita lebih baik dan mantap.

Pakatan Rakyat kena tanya diri sendiri, apakah yang kita hendaki atau objektif kita di PRK Merlimau?

Ini yang harus diletakkan sasaran supaya kita tahu apa yang terbaik yang boleh kita perolehi.

Strategi dan taktikal yang betul juga bukan bermakna semua PRK kita kena sertai. Tidak sertai satu-satu pilihanraya mungkin juga ialah satu strategi dan taktikal yang baik.

Strategi dan taktikal yang betul itu bukan bermakna semua PRK kita seharusnya turun dengan kewangan yang besar dan full force kerana strategi itu tidak semestinya sesuai dengan semua masa dan keadaan.

Ada masa dan keadaan di mana kekuatan kita lebih kecil daripada biasa namun kita mencapai hasil yang boleh dibanggakan juga merupakan satu strategi dan taktikal untuk memperlihatkan kelainan kita kepada masyarakat dan rakyat selepas daripada keputusan PRK itu dicapai.

Secara ringkasnya, kita tidak boleh berfikir untuk menyertai PRK dengan cara biasa, kita mesti menyertai pilihanraya ini dengan cara luar biasa – luar biasa itu bukan bermakna dulu jentera kita sedikit, kini kita kena banyak.

Jika kita inginkan hasil yang luar biasa, kita kena berfikir cara luar biasa kerana jika kita sentiasa guna cara biasa, hasil kita akan seperti biasa. Harap direnungkan….

Tuan Ibrahim:

Untuk Merlimau PAS dijangka menghadapi suasana lebih agresif berbanding Tenang; akan tetapi itu bukanlah masalah.

Mekanisma kita untuk menghadapi mereka perlu fokus kepada undi sasaran dan hadapi pengundi secara berhemah. Masyarakat akan menilai dan tidak perlu menggunakan pendekatan agresif bagi menghadapi mereka.

Pendekatan ziarah dan kunjungan pimpinan di samping pengedaran risalah agar maklumat sampai kepada pengundi sasaran perlu dipastikan berjalan lancar. Suasana agresif di hari pengundian juga perlu dielakkan, kerana provokasi akan menakutkan pengundi, khususnya kaum Tionghua.

Soalan 3:

Perlukah Pakatan Rakyat mewujudkan satu media bersepadu berperanan seperti Bernama untuk menyebarkan berita-berita Pakatan Rakyat ke semua media/suratkhabar/laman web berita alternatif supaya berita mengenai Pakatan Rakyat tidak diputarbelitkan dan dibuat dalam konteks yang betul?

Mahfuz Omar:

Itu satu perkara yang sangat wajar bagi saya bahawa satu agensi berita rasmi PR perlu diwujudkan.

Selain itu, satu sekretariat media rasmi PR perlu diwujudkan yang berfungsi menyalurkan semua maklumat, pendirian terhadap segala persoalan dan pergolakan dan juga mengkomunikasikan dasar dan polisi yang dibawa Pakatan Rakyat kepada semua media rasmi kita, media alternatif dan media-media terutamanya blog-blog yang mendokong cita-cita PR ini.

Akan tetapi, kebergantungan kita terhadap media adalah satu bab lain, satu perkara yang lebih penting ialah kebijaksanaan cara pemimpin-pemimpin kita dalam mengeluarkan kenyataan dan menjawab soalan-soalan media perlu harus difikirkan oleh PR.

Kita tidak boleh sewenang-wenang mengeluarkan atau memberikan respons kepada apa yang diperkatakan dan dihulurkan soalan oleh media tanpa melihat kepada situasi politik secara menyeluruh – ini sangat bergantung kepada kebijaksanaan masing-masing untuk mengelak sendiri daripada diumpan media ke jerat kontroversi.

Kadang-kadang (kenyataan diputarbelitkan) bukan kerana kita tidak mempunyai media bersepadu yang melibatkan orang tidak mendapat maklumat atau kita dieksploitasi media lawan ini – tapi kerana kesilapan kita.

Kita juga harus memanfaatkan peluang dalam media tradisional lawan dalam rancangan-rancangan berbentuk forum yang boleh kita buat panggilan – jadi perlu ada petugas-petugas khas yang membuat panggilan yang cepat untuk memintas segala propaganda yang cuba dibawa oleh panel-panel talkshow forum dan media tersebut.

Ini yang dikatakan strategi “monkey ranching” untuk kucar-kacirkan media tradisional yang juga perlu ada pada PR.

Tuan Ibrahim:

Cadangan ini sangat baik, kerana ianya akan lebih tersusun, menjimatkan kos dan tenaga.

Walaupun ianya adalah sesuatu yang agak sukar, tetapi lujnah penerangan di setiap parti mampu melakukannya; di samping mekanisma pengedaran yang lebih bersistematik khususnya untuk PRK Merlimau.

Dalam konteks parti PR, setiap parti perlu menyalurkan mesej bersifat kepartian masing-masing, dan ini adalah hak parti, tetapi bagi menyalurkan maklumat umum ianya perlu diwujudkan sekurang-kurangnya sebuah akhbar PR yang bersifat dwi bulanan, dan adanya web khusus bagi saluran rasmi PR.

Salahuddin Ayub:

Saya rasa itu satu cadangan yang cukup proaktif dan cukup mencabar, walau apapun PR mesti berfikir ke arah itu supaya kita dapat memiliki sendiri pusat berita kita, dan kita lihat lebih berupaya untuk menyebarkan maklumat kita dalam acuan kita sendiri.

http://harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30782:keperluan-media-bersama-pr&catid=98:tamu-dan-wawancara&Itemid=144

Polis tahan anggota konvoi anti-rasis HRP


Aidila Razak
Feb 13, 11
1:57pm

Polis menahan sekurang-kurangnya 30 anggota Parti Hak Asasi Manusia (HRP) di Perak dan Selangor dalam tindakan terhadap konvoi yang mempromosi perhimpunan anti-rasis yang bakal diadakan.

Enam ditahan di balai polis Jelapang, Ipoh manakala lima lagi ditahan dekat Jalan Templer di Selangor, ketika polis mengadakan sekatan jalanraya untuk menghalang konvoi tersebut.

hindraf feb 27 march against interlok 030211 posterMenurut para saksi, kamera milik seorang anggota konvoi di Selangor
turut dirampas dan dipukul di muka, manakala polis juga didakwa 'amat kasar' terhadap anggota HRP di Perak.


Seorang saksi, ketika dihubungi mendakwa, anggota polis menunjuk penumbuk dan mengancam untuk memukul (anggota HRP).

Menurutnya, anggota HRP yang lain pula tidak dibenar masuk ke balai polis Jelapang dan mereka juga tidak diberitahu mengapa enam orang tersebut - iaitu ketua HRP Perak, P Ramesh; timbalannya, N Subramaniam dan empat lagi anggota HRP Perak - ditahan.

Konvoi yang sama turut diadakan di Johor, Negri Sembilan dan Kedah.

Menurut ketua penerangan HRP, S Jayathas - yang sempat dihubungi sejurus sebelum dia ditahan bersama ketua HRP SElangor, K Selvam dan tiga orang lain - polis juga mengadakan sekatan jalan raya di Rawang.

"Mereka hanya memberhentikan kereta kami, bukan pengguna jalan yang lain. Kami buat protes kecil dan mereka membenarkan kami lalu.

"Kami mempunyai hak untuk menggunakan jalan. Mereka hanya boleh memeriksa cukai jalan dan lesen pemandu kami," kata Jayathas, yang kini ditahan di balai polis daerah Selayang.

Kira-kira jam 3 petang, aktivis HRP dalam konvoi tiga buah kereta ditahan polis sejurus selepas keluar dari kenderaan mereka di Bangsar Utama, Kuala Lumpur.

Dua puluh aktivis itu baru sampai dari Brickfields apabila polis menahan mereka. Mereka kini ditahan di balai polis Travers.

Dalam satu sidang akhbar kemudiannya, OCPD Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, 21 orang ditahan dan dibawa ke balai polis Travers kerana mereka menganggu lalulintas dan bergerak dalam kumpulan yang ramai.

Katanya,21 tahanan akan merakam kenyataan mereka yang ditahan mengikut Seksyen 27 Kanun Keseksaan.

Mereka yang ditahan itu terdiri daripada 15 lelaki dan lima wanita yang berusia 40 tahun ke atas, dan seorang budak lelaki berumur 10 tahun.

"Kita berharap dapat membebaskan mereka atas jaminan polis hari ini," katanya.

Turut dirampas ialah 55 poster, 10 bendera dan 200 risalah.

"Kita juga akan pulangkan kereta mereka apabila kita bebaskan mereka," tambahnya.

Sementara itu, terdapat juga laporan bahawa tangkapan turut dibuat di Kedah, Negeri Sembilan dan Johor.

Ini termasuk kira-kira 32 orang yang ditahan di Seremban dan dibawa ke balai polis daerah di sana. Antara yang ditahan ialah ketua HRP Negeri Sembilan, S Sivakumar.

Semalam, HRP menyuarakan kebimbangannya terhadap tindakan polis itu selepas polis Perak memberi amaran kepada mereka supaya jangan meneruskan konvoi tersebut.


[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/155902

Pro-M lancar 'manifesto mahasiswa nasional'

Feb 13, 11 4:21pm

Kumpulan pelajar Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-M) akan melancarkan 'Manifesto Mahasiswa Nasional' yang merangkumi autonomi kampus dan autonomi mahasiswa.

Menurut satu kenyataan hari ini, manifesto tersebut akan dilancarkan selepas Pro-Mahasiswa Nasional dengan kerjasama Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menghantar memorandum bantahan kepada SUHAKAM Rabu ini.

"Delegasi ini akan menghantar memorandum bantahan kepada SUHAKAM terhadap penyelewengan dan ketidakadilan dalam pilihanraya kampus, terutamanya di kampus-kampus utama di sekitar Lembah Klang.

"Akhir kepada serahan memorandum ini, Pro-Mahasiswa Nasional akan melancarkan satu Manifesto Mahasiswa Nasional yang merangkumi autonomi kampus dan autonomi mahasiswa," kata kenyataan tersebut.

Bulan lalu, Pro-M Universiti Putra Malaysia (UPM) menyuarakan tuntutan supaya pentadbiran universiti memberi "peluang sepenuhnya" kepada mahasiswa untuk menguruskan pilihan raya kampus.

Tuntutan itu disuarakan oleh gerakan pelajar berkenaan menerusi satu memorandum yang diserahkan kepada timbalan naib canselor hal ehwal pelajar UPM Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan.

Memorandum berkenaan juga menggesa supaya pelajar dibenar menjalankan pilihan raya berkenaan "bermula dari proses pembelian borang, pendaftaran penamaan calon, hari penamaan calon sehinggalah kepada pengumuman keputusan rasmi."

Pengerusi Pro-M UPM Syed Shafiq Syed Hashim dilaporkan berkata tuntutan itu dikemukakan kerana "pihaknya sudah hilang kepercayaan terhadap jawatankuasa yang diamanahkan" untuk menguruskan pilihan raya kampus.

Minggu lalu, kumpulan Pro-M di beberapa kampus "terkejut" dengan beberapa "peraturan baru" yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran universiti menjelang pilihan raya kampus masing-masing yang dijadualkan berlangsung pada 21 dan 22 Februari ini.

Antaranya ialah dakwaan pengurangan kerusi umum, anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) tidak dibenarkan menjadi calon, pencadang atau menyokong serta pelajar ijazah sarjana dibenarkan mengundi.

http://malaysiakini.com/news/155915

Novel Interlok mesti ditarik balik, putus Niat

Jiwi Kathaiah
Feb 13, 11
2:51pm

Wakil dari lebih 140 NGO India yang menghadiri sesi khas tertutup di Kuala Lumpur semalam, memutuskan sebulat suara bahawa penggunan novel kontroversi 'Interlok' untuk sastera Melayu, mesti ditarik balik.

NONEPengerusi sesi tersebut, Haji Thasleem Mohamed Ibrahim berkata, ia kerana novel itu gagal memenuhi lima daripada enam kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan sastera.

Oleh itu, sesi tersebut sebulat suara memutuskan bahawa novel Interlok mesti ditarik balik, katanya dalam satu sidang akhbar di akhir sesi tersebut.

Tambahan kepada wakil 140 NGO India tersebut, yang menurut Thasleem, pengerusi Pasukan Bertindakan Interlok Nasional (Niat), "mewakili kira-kira tiga suku juta kaum India."

Pemimpin parti politik juga telah turut NONEdijemput, dengan Timbalan Menteri, Datuk M Saravanan hadir seketika, manakala Senator S Ramakrishnan dan M Kula Segaran menghadirinya sampai akhir.

Thasleem berkata, novel tersebut tidak sesuai untuk pelajar berumur 17 tahun dan beliau bimbang dengan kesan jangka panjangnya ke atas masyarakat Malaysia.

Menurutnya, ia bukan isu yang hanya membabitkan masyarakat India sahaja. "Ia adalah isu nasional."

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/155905

PLKN benar Gurdwara hantar guru agama ke kem

Feb 13, 11 10:26am

Mulai Mei ini, Gurdwara (kuil Sikh) dibenarkan menghantar guru agama untuk mengajar pelatih Sikh di pusat Latihan Khidmat Negara, kata Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

NONEBeliau berkata keputusan ini dicapai dalam pertemuan antara jabatan itu dengan Majlis Gurdwara Malaysia (MGC) di pejabatnya di Kuala Lumpur semalam.

Bagaimanapun pihaknya akan mengadakan lagi pertemuan dengan majlis itu untuk membincangkan perkara tersebut dengan lebih terperinci.

Kemasukan siri kedua Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk tahun ini bermula 1 Mei.

Bercakap kepada Bernama, semalam, Abdul Hadi berkata JLKN tidak akan membiayai sebarang kos untuk pengajaran tersebut jika bilangan pelatih beragama Sikh kurang daripada 15 orang di sesebuah kem.

national service weapons training 160905 basic"Bagaimanapun sekiranya ibu bapa ingin membiayai kos pengajaran guru agama itu untuk kem yang mempunyai kurang dari 15 pelatih Sikh, kita tidak mempunyai masalah sebaliknya mengalu-alukannya," katanya.

Beliau juga berkata pada sesi pengambilan PLKN yang akan datang, JLKN akan menempatkan pelatih beragama Sikh di kem-kem berdekatan Gurdwara bagi memudahkan
mereka beribadah.

Abdul Hadi juga menyarankan pertubuhan belia kaum Sikh menganjurkan program menarik minat lebih ramai kaum itu menyertai program PLKN serta melibatkan bekas belia Sikh yang telah menjalani PLKN dalam program mereka.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/155890

DUN Merlimau: Harapan PAS menang tipis

Elissa Helmy
Feb 12, 11
10:36pm

Hasrat Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi dewan undangan negeri kawasan Merlimau di Melaka pada pilihan raya kecil 6 Mac depan boleh diibaratkan bermimpi di siang hari.

Meskipun beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti, mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat; ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dijangka menggempur Merlimau, namun BN diramal akan tetap menang dengan selesa.

merlimau, melaka townSebahagian besar daripada kira-kira 10,471 pengundi terdiri daripada 64.69 peratus pengundi Melayu, 21.11 peratus Cina, 14.16 peratus India manakala selebihnya kaum lain 0.04 peratus dikatakan amat berpuas hati dengan prestasi BN setakat ini.

Mereka juga menjangka rezeki akan datang mencurah-curah dan segala kemudahan diperolehi.

Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) parlimen Jasin antara agensi yang awal-awal lagi mengumumkan hasrat mengagihkan pinjaman perniagaan berjumlah RM800,000 tahun ini.

upgrading road in merlimau melakaBiarpun terdapat dakwaan kemudahan itu hanyalah sekadar gimik pilihan raya namun, di sebaliknya peluang itu wajar dimanfaatkan dengan sebaik mungkin oleh masyarakat peniaga.

Di samping itu, menjelang pilihan raya kecil ini beberapa peruntukan diluluskan kerajaan untuk manfaat penduduk Merlimau keseluruhannya.

Baik pulih 100 rumah

Sebanyak RM500,000 telah diluluskan menerusi Dana Satu Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi menampung projek membaik pulih rumah rakyat kurang berkemampuan di Merlimau.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, peruntukan di bawah dana 1 MDB itu akan digunakan bagi membaik pulih kira-kira 100 buah rumah terpilih seluruh kawasan Merlimau.

Menjelang pilihan raya kecil ini juga, masyarakat nelayan turut menarik nafas lega apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak meluluskan peruntukkan sebanyak RM5.6 juta bagi menaik taraf jeti nelayan ketika melakukan lawatan ke Jeti Pengkalan Samak baru-baru ini.

fisherman jetty at Kampung Pengkalan Samak, merlimauMohd Ali berkata, perancangan kerajaan negeri, dengan pembinaan jeti berbumbung berkenaan merupakan yang pertama di Melaka dan di negara ini.

Jelasnya, bumbung sepanjang 150 meter itu akan dibina di kiri dan kanan jeti berkenaan bagi membantu kira-kira 53 nelayan di lokasi berkenaan meningkatkan pendapatan mereka.

Lebih menarik lagi apabila Jeti Muara Sungai Merlimau itu juga sekaligus akan menjadi salah sebuah taman rekreasi di negeri ini.

Taman Kucing dan Taman Monyet

Idea kreatif ketua menteri Melaka itu juga turut merencanakan pembinaan Taman Monyet dan Taman Kucing di situ bagi memastikan haiwan terbiar itu menjadi tarikan kepada pelancong luar.

Jelasnya, pembinaan taman itu merupakan idea daripada nelayan-nelayan memandangkan mereka prihatin dengan nasib kucing yang menjadikan kawasan itu habitat mereka.

merlimau by election Said BakarSelain itu, sebuah menara tinjau juga akan dibina bagi kemudahan dan keselamatan nelayan di muara berkenaan.

Sementara salah seorang nelayan, Said Bakar, 46 berkata, dia terkejut kerana pelan yang dilukis mengenai pembinaan jeti itu diterima oleh Mohd Najib dan Mohd Ali.

"Idea ini dihasilkan oleh pera nelayan bersama-sama dan kami sangat terharu kerana ia mendapat perhatian.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak terbabit kerana memberi ruang kepada para nelayan menaikkan rezeki.

"Semoga impian kami untuk mendapat penempatan nelayan yang tercanggih di Melaka dapat direalisasikan," katanya.

merlimau by election Kamedah Md ZinDi samping itu, masyarakat peniaga turut melahirkan harapan sama, mahu pendapatan mereka meningkat sempena Merlimau menjadi tumpuan oleh pelbagai masyarakat luar.

Antara yang melahirkan harapan itu, seorang peniaga warung di tepi jalan, Kamedah Md Zin, 53, yang mengharapkan peniaga putu piringnya meningkat dari segi permintaan sekaligus beroleh pendapatan berganda.

"Memanglah, mak cik harap orang ramai akan mengunjungi Merlimau ini sepanjang proses kempen pilihan raya nanti. Mak cik juga ingin melihat pendapat meningkat daripada biasa," katanya.

Semakin dapat sambutan

Tidak ketinggalan turut meluahkan hasrat sama, seorang peniaga makanan tradisional, Puttree Md Jani, 41, yang mengharapkan hasil jualannya semakin mendapat sambutan.

merlimau by election Puttree Md Jani"Dengan adanya ramai pengunjung luar, diharapkan hasil jualan termasuk kuih-kuih tradisional akan semakin mendapat sambutan sekaligus meningkatkan pendapatan kami sekeluarga," katanya.

PRK Dun Merlimau juga turut menyaksikan kerajaan tetap menitik beratkan soal pendidikan apabila mengumumkan peruntukan kira-kira RM4 juta bagi pembinaan dua buah sekolah baru iaitu Sekolah Kebangsaan Ayer Merbau dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Merlimau.

Selain itu, beberapa batang jalan dan pelbagai kemudahan awam kini dalam proses dinaikkan taraf bagi manfaat semua masyarakat khususnya di dalam Dun Merlimau.

Meskipun penamaan calon belum diadakan, namun rata-rata pengundi dikatakan sudah membuat pilihan mereka.

http://malaysiakini.com/news/155877

Melayu: BTN diminta olah semula kurikulumnya

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Feb: PAS mendesak Biro Tata Negara (BTN) agar mengolah semula kurikulum yang selalu mengasak para peserta kursusnya agar bimbang dan takut bahawa bangsa Melayu akan hilang kuasa politik di negara ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika menyertai forum 'Masa Depan Kepimpinan Melayu' di Putra Word Trade Centre (PWTC) lewat petang semalam berkeyakinan penuh kuasa Melayu akan kekal sekurang-kurangnya 50 tahun lagi.

Saranan ini dikemukakan Mustafa di hadapan lebih 1,000 peserta Simposium Dilema Melayu yang dianjurkan oleh lepasan pelajar pro Aspirasi yang didokong sepenuhnya oleh Umno.

Turut menjadi penal adalah Tan Isa Samad (Pengerusi Felda) dan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Media Prima) manakala moderatornya adalah bekas Ketua Pengarah BTN, Tan Sri Dr Nordin Kardi.

Turut berada di dewan ketika itu adalah Pengerusi Perkasa Datuk Ibrahim Ali serta Datuk Seri Shahidan Kasim, bekas Menteri Besar Perlis di samping lain-lain pemimpin Umno.

Media telah dilarang masuk ke program ini namun wakil Harakahdaily yang mengiringi Mustafa telah dibenarkan masuk.

Menurut Mustafa, cara BTN memberikan indoktrinasi kepada para pelajar kononnya jika Melayu tidak bersatu di bawah Umno, kuasa Melayu akan hilang adalah tidak benar.

"Jika Melayu tidak bersama Umno, mereka akan bersama PAS, iaitu masih kekal di tangan orang Melayu," katanya di majlis itu yang disambut tepukan gemuruh dari para pelajar universiti yang menjadi peserta program itu.

Mustafa berkata, dengan kerusi Melayu sebanyak 112 dari 222 kerusi semuanya, tidak ada sebab untuk kuasa Melayu di negara ini hilang kecuali Umno sebagai pihak yang berkuasa sekarang terus mengecilkan kerusi orang Melayu sebagaimana yang dibuatnya pada tahun 2003.

Dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2003, kerajaan yang dikuasai Umno tidak menambah sebarang kerusi Parlimen untuk negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis iaitu negeri-negeri yang ramai orang Melayu.

Padahal negeri-negeri lain telah mendapat penambahan kerusi Parlimen yang sangat ketara.

"Apabila saya, ketika itu mewakili PAS yang memimpin kerajaan negeri Terengganu, berbincang dengan SPR, mereka kata akan menambahkan sekurang-kurangnya dua kerusi Parlimen untuk Terengganu.

"Tetapi apabila ia dibentangkan di Parlimen, tidak ada satu pun kerusi Parlimen ditambah di empat negeri orang Melayu tersebut.

"Alasannya Umno bimbang kalau-kalau kerusi-kerusi itu dimenangi oleh PAS, ia akan merugikan Umno. Ini semua berlaku kerana Umno berfikir dari segi kepentingan politiknya semata-mata (bukan Melayu sebagaimana yang dikatakannya)," kata Mustafa.

Dalam seminar itu juga, Mustafa mengajak semua peserta simposium itu yang semuanya orang Melayu agar kembali kepada Islam kerana Islam penuh dengan nilai yang akan menaikkan kualiti orang Melayu.

Tun Mahathir paling berani

Beliau bersetuju, antara pemimpin yang paling berani di negara ini adalah Tun Dr Mahathir, namun bagi beliau Mahathir berani tidak bertempat.

"Kalau orang tanya saya, siapa PM yang paling berani mengkritik Amerika, barat, Israel dan lain-lain pihak, saya akan katakan Tun Dr Mahathir," kata Mustafa dengan diiringi tepukan gemuruh para hadhirin kerana pemberi ucap utama di konvensyen itu adalah Mahathir.

"Namun," kata Mustafa, "Mahathir berani tidak bertempat. Pada tahun 1999, apabila PAS menang di Terengganu, dia bersama dengan Tun Daim selaku Menteri Kewangan telah merampas hak royalti rakyat Terengganu dari negeri itu.

"Dia berani langgar semua prinsip keadilan, perjanjian dengan Petronas bahkan prinsip demokrasi...ini perlu diperbetulkan semula (kalau mahu bercakap tentang Melayu)," kata Mustafa dengan diikuti bunyi bising di belakang membantah kenyataan Mustafa ini.

Pengerusi forum ini, Dr Nordin Kardi ketika memberikan kata-kata ketika menutup forum ini berkata, selepas mendengar hujjah-hujjah Mustafa, beliau bersedia untuk mengambil borang menjadi ahli PAS namun kerana ia datang dari orang politik, ia telah membantutkan hasrat itu.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30835:melayu-btn-diminta-olah-semula-kurikulumnya&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

PAS lancar Tabung Buluh malam ini

Harakahdaily

RAWANG, 13 Feb: PAS akan melancarkan Tabung Buluh PRU-13 malam ini sebagai persiapan kewangan untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti.

Majlis yang dianjurkan oleh PAS kawasan Selayang bersama PAS cawangan-cawangan di Bandar Tasik Puteri, Rawang ini akan disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Padang Oak, Bandar Tasik Puteri, Rawang.

Turut serta malam ini adalah Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli di samping Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor, Zaidy Talib dan Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang, Haji Mohamad Abdul Rahman.

Menurut jadualnya, lebih 100 tabung buluh akan diedarkan malam ini untuk membolehkan para ahli PAS di Selayang menggunakannya untuk mengumpul dana untuk PAS.

Di samping ceramah, satu video klip juga akan ditayangkan bagaimana tabung ini dibuat dan bagaimana usaha dibuat untuk menjadikan tabung ini sebagai sumber kewangan utama PAS dalam pilihan raya umum nanti.

"Kita berharap projek ini akan menjadi model kepada rakan-rakan ahli PAS yang lain di seluruh negara untuk membolehkan kita mempunyai kewangan yang cukup menjelang pilihan raya nanti," kata Pengarah projek ini Mazlan Moin.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim berkata, cadangan Tabung Buluh bertujuan untuk membolehkan PAS benar-benar bersedia dari segi kewangan di samping mempersiapkan calon PAS yang hendak bertanding agar setia dengan jamaah.

Beliau mencadangkan, tabung itu nanti hendaklah diserahkan sendiri oleh ahli PAS berkenaan kepada calon PAS yang hendak bertanding dan disertakan dengan amanat agar calon itu sedar bahawa mereka menjadi wakil rakyat nanti atas keringat semua ahli.

Secara simboliknya, beliau mencadang, tabung itu akan diserahkan kepada calon berkenaan ketika beliau diumumkan sebagai calon PAS nanti.

Menurut Tuan Ibrahim, beliau mendapat idea itu berdasarkan kunjungan beliau ke satu majlis di Johor baru-baru ini yang menyaksikan satu majlis penyerahan tabung buluh dari ahli PAS untuk Unit Peti Undi (UPU) kawasan berkenaan.

"Saya ingin ubah sedikit. Dari kita serahkan kepada UPU, apa kata kita serahkan terus kepada calon yang hendak bertanding nanti dan kita tuliskan amanat kepada beliau di tabung itu nanti," kata Tuan Ibrahim.

"Apabila kita semua menyumbangkan wang untuk calon kita dan dengan amanat itu, kita yakin tidak akan ada mana-mana calon kita akan khianat kerana mereka sedar mereka menang adalah atas usaha semua ahli dan penyokong.

"Jadi secara spiritualnya, kita akan menghalang dari wakil rakyat kita lompat parti, khianat dan sebagainya," kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30837:pas-lancar-tabung-buluh-malam-ini&catid=1:utama&Itemid=50

Rasuah bukan masalah di negara ini - Isa Samad

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berkata, rasuah bukanlah masalah besar di negara ini kerana ia berlaku di mana-mana negara di dunia.

"Rasuah di mana-mana, taklah teruk sangat. Kalau buruk dah hancur dah Malaysia ni," kata Isa ketika memberikan ucapan di forum masa depan kepimpinan Melayu di PWTC lewat petang semalam.

Turut menjadi penal di forum tersebut adalah Datuk Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS) dan Datuk Johan Jaafar (Pengerusi Media Prima) manakala moderatornya adalah Tan Sri Dr Nordin Kardi, bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ketika memberikan ucapannya, Mustafa berkata, antara cabaran besar kepimpinan Melayu di negara ini adalah pelakuan rasuah yang bermaharaja lela di negara ini.

Ia kini, kata Mustafa, sudah menular ke semua pihak dari peringkat tertinggi negara, pertengahan bahkan golongan bawahan termasuk pada pelajar.

"Yang mengejutkan saya, hasil kajian yang dibuat oleh Institut Intergriti Malaysia (IIM) yang mendapati 35 peratus pelajar menjawab, mereka akan mengambil rasuah jika ada peluang," kata Mustafa.

Sebelum ini, Isa pernah dipecat dari jawatan Naib Presiden Umno apabila didapati beliau terlibat dengan rasuah politik dalam pemilihan Umno. Ekoran itu, beliau juga kehilangan jawatannya sebagai menteri.

Isa kembali semula ke ruang utama politik negara apabila dipilih sebagai calon Umno dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan menang.

Baru-baru ini, Isa telah dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebagai Pengerusi Felda. Ramai beranggapan ia berlaku hasil dari pengaruh isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor.

"Bagi saya ia tidaklah teruk sangat...kerajaan pula tidaklah menghalalkan rasuah," kata Isa.

Sukar untuk PAS dan Umno bersatu

Dalam ucapannya juga, Isa berkata, sukar untuk PAS dan Umno bersatu kerana jika kedua-duanya bersatupun Melayu tetap tidak akan bersatu.

"Kalau PAS dan Umno bersatu, tentu ada orang akan tubuh parti Melayu yang lain. Baru-baru ini parti Kita tubuh, lepas ini parti Kami pula," kata Isa disambut tepukan sorakan gemuruh peserta di dewan PWTC yang kebanyakannya adalah penyokong Umno itu.

Kita adalah parti yang dirujuk kepada Datuk Zaid Ibrahim yang ditubuhkan baru-baru ini.

"Jadi apa yang kita minta adalah, biarlah Umno dan PAS ini bersatu atas perkara-perkara yang disepakati untuk kepentingan orang Melayu...itu dah cukup," kata Isa.

Desakan untuk PAS bersatu dengan Umno menjadi vokal di kalangan peserta Simposium Dilema Melayu itu yang rata-rata pro Umno atau anak didik Umno di kampus seluruh negara itu.

Ia dianjurkan oleh bekas pelajar pro Aspirasi iaitu kumpulan pelajar yang pro Umno dalam kampus.

Mustafa ketika mengulas isu ini berkata, menjadi dasar PAS dan Pakatan Rakyat untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam perkara-perkara kepentingan bersama dan untuk keadilan.

"Kita dalam Pakatan Rakyat bersetuju untuk mempertahankan tiga perkara pokok dalam perlembagaan iaitu Islam agama rasmi persekutuan, kedudukan Bahasa Melayu dan juga kedudukan raja-raja Melayu.

"Bahkan menjadi dasar PAS juga untuk bekerjasama dengan Umno untuk perkara-perkara kepentingan bersama atas prinsip keadilan," katanya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30836:rasuah-bukan-masalah-di-negara-ini-isa-samad&catid=1:utama&Itemid=50

PAS bantah BN kibar bendera di Merlimau

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 12 Feb: PAS membantah tindakan Barisan Nasional (BN) yang telah pun menaikkan bendera parti itu dan Umno di simpang-simpang dan sepanjang jalan di Merlimau, Melaka kerana ia jelas bercanggah dengan akta pilihan raya.

Serentak dengan itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar bertindak segera menurunkan bendera-bendera tersebut sebagaimana yang dilakukan terhadap PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang yang bulan lalu.

“Proses penamaan calon bagi PRK Merlimau akan diadakan pada 26 haribulan ini dan menurut akta pilihan raya semua parti politik hanya dibenarkan berkempen selepas tarikh itu.

“Kita juga membantah kempen pihak BN di media,” katanya ketika ditemui selepas mesyuarat Perhubungan PAS Pahang hari ini.

Pakatan Rakyat memilih PAS meletakkan calon dalam PRK Merlimau 6 Mac depan.

Tuan Ibrahim yang baru dilantik sebagai Pengarah PRK Merlimau bagi PAS berkata, jentera PAS akan mengambil pendekatan mesra rakyat, bersikap sederhana dan tidak akan melayan sebarang provokasi agresif yang dijangka akan dilakukan oleh parti lawan.

Tambahnya, meskipun PAS sedar Dun berkenaan merupakan kawasan tradisi BN namun ia tidak mustahil bagi parti itu untuk membuat kejutan kerana kawasan tersebut memiliki pengundi-pengundi bermaklumat yang bersedia melakukan perubahan dan semua peti undi mempunyai pelbagai kaum.

Menurut Tuan Ibrahim, Dun tersebut mempunyai 10,766 pengundi dengan Melayu 64.69 %, Cina (21.11%), India (14.16%) dan lain-lain (0.04%).

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan selepas mengalami serangan jantung pada 20 Januari lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008 itu, Mohamad Hidhir mengalahkan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154, iaitu pengurangan hampir 3,000 undi majoriti berbanding pencapaian BN sebelumnya.

“Dari segi kempen kita akan menekankan betapa pentingnya dewan Negeri Melaka menghantar wakil yang membawa mesej Islam, keadilan dan mendedahkan penyelewengan-penyelewengan kerajaan BN selama ini.

“Pengundi akan disedarkan bahawa Melaka pernah menjadi sebuah empayar Islam dulu dan pernah mempunyai kanun undang-undang Islam jadi jika kembali kepada Islam imej negeri itu akan lebih baik.

“Pengundi akan diajak berfikir bahawa setelah 13 kali mereka memilih BN, mereka harus mencuba Pakatan Rakyat bagi merasai perbezaan. Umpamanya di Selangor rakyat sudah menikmati air paip percuma dan di Kelantan warga tua diberikan perlindungan Takaful Kifalah,” jelasnya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30828:pas-bantah-bn-kibar-bendera-di-merlimau&catid=1:utama&Itemid=50

Hari Kekasih: Ekspedisi dakwah, bukan polis moral

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 12 Feb: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan ekspedisi dakwah menjelang sambutan Hari Kekasih malam esok namun bukan menjadi "polis moral" seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Naib Ketuanya, Ahmad Sabki Yusuf berkata, ekspedisi itu hanya memberi fokus kepada remaja Islam untuk didekati di samping memberikan risalah kepada mereka mengenai sambutan Hari Kekasih yang bukan merupakan budaya Islam.

Ekpedisi itu akan diadakan di setiap negeri dengan menggerakkan pemuda untuk tutun menyampaikan risalah dan menasihati secara lisan pasangan belum berkahwin yang berdua-duaan dan mencurigakan.

"Kita akan adakan ekspedisi dakwah sepeti yang kita buat sebelum ini, tak ada bentuk kekerasan sebaliknya kita hanya mendekati mereka, memberi nasihat dan memberikan risalah berkaitan. Kita adalah pendakwah, bukan polis," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata ekpedisi itu akan diadakan di beberapa tempat yang biasa menjadi tumpuan para remaja termasuk di Bukit Bintang Kuala Lumpur, Dataran Senawang Negeri Sembilan dan bukit Mertajam Pulau Pinang.

Ianya akan bermula selepas waktu Isyak dan akan berakhir tengah malam.

Beliau menegaskan, apa yang dibimbangi pemuda mengenai cara hari berkenaan disambut yang disifatkan sebagai menjadi pendorong kepada hubungan bebas, penzinaan sehingga membawa kepada pembuangan bayi.

Ujarnya, beliau yakin agama lain turut menolak gejala pembuangan bayi dan masalah moral yang lain.

"Sambutan hari kekasih ini perlu diberi perhatian bagaimana ianya disambut. Kita prihatin bagaiamana biasanya remaja Islam menyambutnya. Kita tegas dalam perkara ini untuk kepentinagn agama. Bila berlakunya penzinaan, akan membawa kepada pembuangan bayi. Saya yakin bukan pemuda PAS sahaja yang tak mahu perkara ini berlaku tapi pemuda MCA, Gerakan, MIC pun tak mahu," katanya.

Namun ujarnya, Islam sama sekali tidak melarang umatnya untuk berkasih sayang tanpa menghadkan kepada hari-hari tertentu sahaja.

"Kita bukan melarang orang untuk berkasih sayang tapi kita bimbang sambutan hari kekasih ini menjadi platform kepada anak muda khususnya remaja Islam menjalinkan hubungan seks bebas," katanya.

Sementara itu, satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengadakan dialog dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) mengenai kesan dan pegaruh sambutan hari kekasih.

Jawatankuasa berkenaan diketuai ketua penerangan pemuda pusat, Suhaizan Kayat.

Ianya diyakini mampu menyelesaikan salah faham dan ketidakjelasan mengenai sambutan hari kekasih ini.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30825:hari-kekasih-ekspedisi-dakwah-bukan-polis-moral&catid=1:utama&Itemid=50

Iktibar: Perangai Umno BN macam rejim ditewaskan

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Feb: “Inilah seharusnya menjadi iktibar kita, terutamanya kepada kerajaan Umno BN yang juga memaparkan sikap dan perangai yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh rejim yang telah ditewaskan itu,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Justeru, katanya PAS mengajak seluruh rakyat yang dahagakan perubahan agar dapat bersama kami dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus merencanakan tugas bagi melakukan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan Hosni Mubarak meletakkan jawatan Presiden Mesir berikutan bantahan berterusan rakyat selama 18 hari.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengucapkan tahniah kepada rakyat Mesir yang berjaya menyingkirkan rejim Hosni Mubarak yang telah menzalimi rakyatnya sejak sekalian lama. Keberanian dan sikap konsisten rakyat yang dahagakan perubahan ini wajar dicontohi oleh masyarakat dunia yang juga berhadapan dengan kerajaan yang zalim dan menindas rakyat. Benarlah firman Allah SWT dalam Al Quran bahawa nasib sesuatu kaum itu akan diubah oleh Allah sekiranya kaum itu sendiri ingin mengubahnya.

Cabaran terbesar selepas ini ialah tentunya mengemudi kerajaan peralihan yang dipimpin sementara oleh pihak tentera supaya perubahan yang digerakkan oleh rakyat ini akhirnya akan kembali kepada kuasa rakyat dalam menentukan hala tuju dan bentuk pemerintahannya, dengan menjadikan peluang keemasan ini untuk menegakkan keadilan menyeluruh, demokrasi telus dan tulen, dan akhirnya menjadi contoh kepada kerajaan lain di rantau Asia Barat yang masih dibelenggu demokrasi tempang. Pihak Majlis Ketenteraan pula diminta supaya tidak menggunakan ruang ini untuk berdolak dalih dan berhelah dalam membina negara Mesir baru nanti.

Kuasa besar dunia juga perlulah menghormati kuasa rakyat dengan tidak cuba mencaturkan suasana pemerintahan baru di Mesir itu. Sebarang campur tangan kuasa luar akan hanya memburukkan keadaan dan menyebabkan suasana kacau-bilau berterusan dialami oleh rakyat Mesir.

Peristiwa bersejarah ini tentunya menjadi iktibar kepada masyarakat dunia, termasuklah kerajaan Malaysia pimpinan Umno BN. Inilah natijahnya apabila undang-undang negara dipergunakan untuk menahan tanpa bicara, darurat diisytiharkan sewenangnya dan kuasa rakyat tidak dihormati sejak sekian lama.

Tempoh itu juga meyaksikan bahawa media dikuasai oeh kerajaan memerintah dan dipergunakan tanpa segn silu dengan matlamat untuk mengekalkan kuasa kerajaan memerintah. Parti politik yang wujud pula dipaksa berdepan dengan sistem pilihanraya yang berat sebelah, dan seterusnya menafikan kuasa rakyat. Sistem pendidikan pula menjadi bahan eksperimen, budaya hidup hedonisme dan penuh dengan rumpunan hiburan yang melekakan telah melupakan rakyat kepada realiti kehidupan sebenar, rasuah bermaharajalela dan rakyat dipaksakan untuk menerima satu bentuk kehidupan yang tujuannya entah ke mana. Akhirnya rakyat Mesir bangkit melakukan perubahan pada hari yang bersejarah ini.

Inilah seharusnya menjadi iktibar kita, terutamanya kepada kerajaan Umno BN yang juga memaparkan sikap dan perangai yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh rejim yang telah ditewaskan itu. PAS dengan ini mengajak seluruh rakyat yang dahagakan perubahan agar dapat bersama kami dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk terus merencanakan tugas bagi melakukan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30824:iktibar-perangai-umno-bn-macam-rejim-ditewaskan&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

11 February - unlucky date for tyrants?

Guardian

LONDON, Feb 13: For most of us 11 February is just another unremarkable late-winter day. But if you're a long serving Middle Eastern autocrat it's a date to mark in the diary with a big warning cross.

Hosni Mubarak's exit from Egypt's presidency came exactly 32 years after Ayatollah Khomeini took power in Iran, his Islamic revolution cementing the downfall of the Shah, who had fled into exile – to Egypt. But the day is not just about toppling autocrats: 11 February 1990 marked the day Nelson Mandela was released from prison on Robben Island after 27 years.

On the same date in 1975 Margaret Thatcher succeeded Edward Heath as Conservative party leader. And continuing the theme of divisive female politicians – for Sarah Palin the date has an entirely different significance: it's her birthday.


http://en.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2268:11-february-unlucky-date-for-tyrants&catid=37:world&Itemid=59

The 18-Day Miracle: Egyptian People Power Ousts Hosni Mubarak

By Abigail Hauslohner and Yasmine El Rashidi / Cairo Friday, Feb. 11, 2011

Egyptians in Tahrir Square celebrate the news of President Mubarak's resignation

Ben Curtis / AP

Word had circulated in the afternoon that President Hosni Mubarak and his family had left the capital. The news sent a frisson through the protests until it was clarified that he had simply flown to Sharm el-Sheikh, the Egyptian resort town in the southern Sinai where he spends much of the year. People shrugged, and thousands of angry protesters continued marching toward the presidential palace following Friday's midday prayer. And then, just a couple of hours later, came the momentous news: Hosni Mubarak had finally resigned as President, giving in to the No. 1 demand of demonstrators who had waged a largely peaceful street campaign against him for 18 days. "Egypt is free! Egypt is free!" came the shouts from Tahrir, replacing the fervent calls for Mubarak's departure.

Rage and determination gave way to unbridled joy as Vice President Omar Suleiman appeared on state TV with a curt announcement that Mubarak had "waived" his presidency and handed power to the Supreme Council of the Armed Forces. The announcement was a shock, coming less than a day after Mubarak had appeared on state TV issuing a defiant vow to remain in office until a successor could be elected. But the even greater shock, in the wider picture, is the fact that a nonviolent people-power revolution has swept aside the strongest and most entrenched of the Arab world's U.S.-backed autocrats — perhaps forever changing the architecture of power and geopolitics in the Middle East.

Mubarak flew to the Red Sea resort of Sharm el-Sheikh Friday, Feb. 11, having said the previous night that Suleiman had been put in charge of handling the government's response to the crisis, which began 19 days ago when protesters took to the streets to demand Mubarak's ouster. But the Supreme Council of the Armed Forces had already begun on Thursday to address the nation independently of the government to which it is ostensibly answerable, issuing a communiqué setting terms for resolving the crisis. The council expressed the military's "commitment to protect the people" and its support of their "legitimate demands" and vowed to "continue meeting on a continuous basis to examine measures to be taken to protect the nation and its gains and the ambitions of the great Egyptian people." But that left many guessing as to the army's ultimate intentions, and a second communiqué, on Friday, vowed to lift the country's 30-year state of emergency when the "current situation has ended" and promised to guarantee a free and fair presidential election. At the same time, however, the council stressed "the need to resume orderly work in the government installations and a return to normal life to preserve the interests and property of our great people."

The military will no doubt permit and even join in the popular celebration of Mubarak's ouster, which will doubtless continue through the night. But it will then expect the protesters to go home — and will likely get its wish. Beyond that, of course, things get tricky: a military-based regime that has ruled Egypt since 1952 has jettisoned Mubarak, its chieftain for the past 30 years. Yet the regime itself has survived the popular uprising and will now look to negotiate a new order, aimed at addressing the demands of the protest movement, while at the same time protecting its institutional interests. For weeks, the protesters in Tahrir Square have been chanting, "The people and the army are one." And the army has clearly played a major role in preventing the regime from massacring its opponents, and ultimately in pressing Mubarak into retirement. But the coming days and weeks will test the extent to which the military and the citizenry share the same ideas about how Egypt should be governed.

Just before the dramatic announcement, the air had been thick with tension, curdled by anger over Mubarak's address late Thursday night, which many had seen as a defiant slap-down of their demands. There was also great anxiety over potential clashes with proregime forces. "Everybody is really mad now," said activist Marwa Nasser as she prepared to go into the streets. Activists reported that plainclothes thugs — widely associated with Egypt's Interior Ministry and ruling party officials — had been sighted gathering near the presidential palace in northeast Cairo.

Mubarak's meandering, legalistic speech Thursday night appeared to be a gigantic head fake to the enormous crowds that had gathered in Tahrir: they — and, in fact, much of the world — had been led from reports from military and government sources to believe they would hear him step down. Everyone from Egyptian army officers to the White House appeared blindsided by the Egyptian President's remarks.

But on Friday, even before Suleiman's terse statement, there had already been a general sense among the millions protesting in Cairo, Alexandria and other towns and cities across the country that a power struggle at the highest levels was under way — and that the confusingly vague army communiqué laid out the day before supported the theory that the army wasn't fully on board with the regime. Meanwhile, popular opinion had tipped further in favor of the demonstrations in recent days, as more and more celebrity personalities, ranging from singers and sports stars to popular religious sheiks, had jumped on the revolution bandwagon with heady expectations preceding Mubarak's speech Thursday night. Even state TV offered sympathetic coverage of the protests on Thursday before airing the late-night presidential speech that shocked the nation. Friday's religious sermon to the thousands in Tahrir Square praised the growing struggle and condemned the regime. In Alexandria, CNN reported, a sheik who had previously been banned by the government from preaching led the address. As protesters knelt on the asphalt in Tahrir Square and in front of Cairo's state television to pray beneath the midday sun, soldiers joined them in prayer from the other side of the wire, atop their tanks. Some reported handshakes between soldiers and protesters. One journalist and blogger said via Twitter that he saw an army general cry as he greeted the protesters. In Alexandria, al-Jazeera reported, the presidential guard, supposedly Mubarak's final line of defense, handed out food and water to protesters outside the palace.

The Egyptian military was considered to be the only decisive power broker in this struggle, and activists were sensitive to any cracks in its support for the regime. For weeks, protesters had spoken of a sympathetic army, one that kept up a consistently peaceful relationship with demonstrators and, many insist, sided with the revolution. (Read "Mubarak's Malingering Leaves Egypt at a Dangerous Crossroads.")

Nadia Abdel Nasser, a 59-year-old grandmother, was among those protesting loudly in Tahrir Square Thursday night; she says two of her sons are currently serving in the army. Both men, she says, have been "with the revolution" since the start. "They're celebrating," she says excitedly just before Mubarak's speech. "They told me, 'Mom, even if we are outside the square, we are with you in Tahrir.' " Shortly after dawn prayer on Friday, an army officer told Reuters that he and 15 other midranking officers had joined the protesters.

With Mubarak seeming to be digging in, the crowd in Tahrir had called for an immediate coup, chanting, "One, two, where is the people's army?" In the end, they did not need it; Mubarak gave in.

Until then, Egyptians had cited Tunisia as an example to bolster their resolve, with diehards in Tahrir Square arguing that their numbers were larger than those in Tunisia and that they would stay as long as it took — even six months — to get Mubarak to leave. "People won't give up," says Marwa Nasser. "We don't care what he says, we just want him to go." It took Tunisian people power a month to get rid of a dictator. Egypt took 18 days. Now Egypt is its own example — and a thunderous one to the rest of the Arab world.

— With reporting by Yuri Kozyrev / Cairo


http://www.time.com/time/world/article/0,8599,2048575,00.html

The Tunisia Effect: Will Its "Hunger Revolution" Spread?

By Angela Shah / Dubai Sunday, Jan. 16, 2011

Residents rush to buy bread at a bakery in Tunis's Medina on January 16, 2011. Dozens of people crowded on Sunday at the few stalls open at the main market in Tunis as soldiers patrolled the streets but spirits were high after the overthrow of strongman Zine El Abidine Ben Ali.

Fethi Belaid / AFP / Getty Images

No group is watching the events unfold in Tunisia more closely than fellow Arabs, most of whom live under autocratic governments and are feeling the same economic pinches of bleak job prospects and high food prices. Ali Dahmash, an activist who runs a social media agency in Amman, called it a "hunger revolution." Says Dahmash, "This is not just about politics and having a kind of freedom of speech or religion. This came out of despair. It was because of the economy."


Mishaal Al Gergawi, an Emirati commentator and businessman, agrees. "Tunisians and Algerians are hungry. The Egyptians and Yemenis are right behind them," he wrote Sunday in a Dubai newspaper column. He referred to the young Tunisian vegetable seller who immolated himself in the town of Sidi Bouzid several weeks ago to protest police preventing him from doing business, thus setting off the revolt. "Mohamed Bouazizi didn't set himself on fire because he couldn't blog or vote. People set themselves on fire because they can't stand seeing their family wither away slowly, not of sorrow, but of cold stark hunger."(See how Tunisians are putting their hopes in the military after the fall of Ben Ali.)


Over the weekend, the social networking site Twitter exploded with posts from both the Arab world and its disapora in English, French and Arabic. They cheered on the Tunisian protesters and speculated which Arab leader might be the next to go. Posts quite openly called for the ouster of Egypt's President Hosni Mubarak or Libyan leader Muammar Gaddafi. "Algeria is even worse than in Tunis. The police will actually go ... well, it's very vicious," Dahmash says. "In Egypt, the president has been there for 27 years in a [perpetual] state of emergency. With that, they can do anything in the country."


Like Tunisia, Algeria and Egypt have economies plagued by high food prices and a lack of jobs. On Sunday, protests broke out in Libya despite a speech by Gadhafi that rebuked Tunisian protesters for impatience, saying they should have waited for Tunisian President Zine El Abidine Ben Ali to step down in three years, as he had said he would. At the Tunisian embassies in Amman and Cairo, protesters gathered to express their frustrations while supporting the movement in Tunisia. One twitter poster even advised Queen Rania of Jordan that she should go palace-hunting in Jeddah — the coastal Saudi city is where Ben Ali fled Friday night after fleeing the country.(Can Gaddafi's son reform Libya?)


Still, for all the demonstrating in Arab capitals and candor on social websites, some Arabs are still reluctant to speak publicly of regime change in the Arab world. "The leaders are all genuinely paying close attention to this," says a Syrian executive who lives in Dubai. "They're thinking, 'Holy moley, how are we going to manage this?'"


Dahmash agrees. Ben Ali fled Tunis on Friday, and by Saturday morning, Dahmash says, food prices in the Jordanian capital had decreased by about 5% — probably upon orders of the government. More than the number, the reduction "is a sign of fear, in my opinion," he says.(See how Egypt's opposition is trying a new strategy.)


Expatriate Tunisians like Walid Cherif are watching events unfold at home with a mixture of excitement and disbelief. "If you had asked me a week ago, none of us would've even imagined this happening," he says. "I'm very proud of it." He's not sure, however, that events in Tunisia will lead to revolt in the rest of the Arab world. Tunisia has always been different from its Arab siblings, he says. "Tunisia is known as one of the most progressive Arab countries in the world," We're the only country where polygamy is illegal in the Muslim world. Did that happen in other Arab countries? No."


In the meantime, Tunisia is still searching for a new person to lead it. Since gaining independence from France in 1962, the country has had only two leaders. During the past weekend, it had three. The army has imposed a dusk-to-dawn curfew, and there have been reports of violence. Fires in two prisons have killed dozens. Despite the current chaos, Dahmash says he thinks the revolt will lead to a stable, legitimate government. Unlike much of the Arab world, Tunisia, he says, "has well-developed institutions. The people are mature and well-informed."(See pictures of the protests that brought down the Tunisian government.)


That should help what's being called the "Jasmine Revolution" to flower, compared to the unrest and violence that has plagued Iraq since U.S. soldiers forced Saddam Hussein from power. Cherif, who grew up in Tunis and left North Africa in 1996 to study for an M.B.A. at George Washington University in Washington, D.C., says he believes the events of the weekend are the start of a peaceful, more inclusive future for his country. "We're sure we're never going to have a dictator in the future, because whoever is going to come as president knows the power of the people," he says. "If they want to be a regime in total control like before, they'll have to think about it twice."


Dahmash, who has lived in Miami and Tampa and earned an MBA from American Intercontinental University in Ft. Lauderdale, says the Arab world wants change. "But we don't want change to come from abroad," he adds. "We want change to come from inside." The Syrian executive, who asked that his name not be used, agrees. "I personally have a feeling this event is the beginning of more to come." Unfortunately, he added, "it's going to get uglier. I simply don't believe change comes about as a byproduct of peace."



http://www.time.com/time/world/article/0,8599,2042736,00.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...