Wednesday, September 10, 2008

Tauhu guna logo halal palsu? Kilang proses tauhu kering terletak berhampiran kandang ternakan babi

Oleh JUNHAIRI ALYASA dan SHAH NIZAM OMAR



INILAH kilang memproses tauhu kering di Cheras yang terletak berhampiran kandang ternakan babi.


KUALA LUMPUR - Percaya atau tidak, anda mungkin pernah terbeli tauhu kering yang diproses dalam satu kawasan ladang menternak babi di kawasan Cheras yang sejak sekian lama berada di pasaran.


Memang mengejutkan, tetapi tidak siapa yang akan mengambil peduli lebih-lebih lagi jika terdapat logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada pek bungkusan itu.


Difahamkan, tauhu kering itu telah berada di pasaran sejak empat tahun lalu dan telah mendapat sambutan ramai terutama daripada pengguna beragama Islam.


Menjijikkan. Itulah yang dapat dirumuskan ketika wartawan Kosmo! menyelinap masuk ke kilang membuat tauhu kering di sebuah premis di Cheras itu semalam.


Bukan sahaja kotor dan tidak terurus, kandang babi yang cuma dipisahkan oleh sekeping dinding cukup memualkan.


Bau busuk tersebut sekali gus menjawab persoalan yang selama ini menghantui penduduk setempat memikirkan apakah kegiatan di sebalik kawasan berdinding zink itu selain beberapa ekor anjing juga kelihatan bebas keluar masuk ke tempat membuat tauhu kering itu.


Dalam kawasan berpagar yang sama juga, terdapat sebuah kilang yang memproses kayu yang mengeluarkan habuk tidak terkawal dalam ruangan yang amat terhad.


Selepas beberapa jam menyelinap, wartawan Kosmo! turut mengekori sebuah van dan mendapati ia membawa tauhu kering yang telah siap dibungkus ke sebuah kedai berhampiran sebelum diedarkan ke tempat lain.


Apa yang menyedihkan, dipercayai logo halal Jakim itu palsu juga tertera pada bungkusan tauhu yang yang dibungkus dalam kuantiti besar untuk pemborong.


Bukan itu sahaja, alamat syarikat yang mengeluarkan bahan makanan tersebut juga tidak sama dengan kilang yang mengeluarkannya.


Difahamkan, kilang tersebut mampu mengeluarkan 5,000 hingga 10,000 bungkus tauhu kering setiap hari dan pasarannya bukan sahaja di Lembah Klang malah ke seluruh negara.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...