Thursday, February 19, 2009

Jurutera sesat ketika berjoging

Jurutera sesat ketika berjoging




selepas sesat empat jam di Taman Rekreasi Bukit
Jambul, kelmarin." title="LETIH...Teng (kiri) ditemui dalam keadaan letih
selepas sesat empat jam di Taman Rekreasi Bukit
Jambul, kelmarin." height="259" width="300" border="0">
LETIH...Teng (kiri) ditemui dalam keadaan letih 
selepas sesat empat jam di Taman Rekreasi Bukit 
Jambul, kelmarin.

GEORGETOWN: Panggilan telefon seorang jurutera kepada rakannya menjadi penyelamat selepas mangsa tersesat hampir empat jam di kawasan kaki Bukit Jambul di sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang apabila Ooi Teng Li, 38, jurutera sebuah syarikat elektronik di Bayan Lepas di sini, pergi berjoging di sekitar kawasan Bukit Jambul seorang diri.

Ooi sempat menghubungi rakannya, S Surendaran, 30-an dan memaklumkan kejadian menimpanya selepas mangsa mula berada dalam keadaan kebingungan dan ketakutan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abdul Hamid, berkata dalam kejadian itu mangsa hilang arah dalam perjalanan turun dari puncak bukit.



Beliau berkata, keadaan cuaca yang hampir gelap turut menyukarkan mangsa menyebabkan dia menghubungi rakannya kira-kira jam 7.30 malam menerusi telefon bimbit yang dibawa.

“Polis menerima panggilan kira-kira jam 8.20 malam dan sepasukan 100 anggota keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba dan Penyelamat, Bomba Sukarela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, St John Ambulans dan penduduk, bergegas ke lokasi kejadian,” katanya.

Azam berkata, dalam operasi itu, 60 anggota pelbagai agensi terbabit dan mereka dipecahkan kepada lima kumpulan. Operasi mencari dimulakan pada jam 8.40 malam.

Katanya, mangsa diarah duduk di kawasan selamat sementara menunggu bantuan tiba.

“Mangsa ditemui sepasukan anggota Bomba Sukarela dari Kampung Pisang, Air Itam dalam keadaan keletihan,” katanya.

Azam berkata, mangsa dibawa turun dan tiba di tapak pendakian di kaki Bukit Jambul pada jam 10.05 malam tanpa sebarang kecederaan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut dan keadaannya stabil.

“Kami menasihati mereka yang berjoging ke kawasan bukit agar bergerak dalam kumpulan dan membawa peralatan kecemasan seperti lampu suluh, air minuman dan telefon bimbit,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090219093534/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...