Saturday, June 20, 2009

Kajian antarabangsa herba Kacip Fatimah selamat

KUALA LUMPUR - Buat kali pertama, data ketoksikan herba Kacip Fatimah (Labisia pumila) yang menunjukkan produk itu selamat untuk digunakan setiap hari diumumkan kepada masyarakat umum.

Ketua Pegawai Operasi Holista Biotech, Datuk Dr. M. Rajen dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil masa 18 bulan untuk mendapatkan data penuh bagi herba tersebut.

"Sungguhpun data ini adalah milik kami tetapi kami ingin berkongsinya dengan rakyat negara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Data penting itu menunjukkan bahawa Kacip Fatimah merupakan herba selamat untuk digunakan setiap hari.

Data yang mendapat bantuan dana kerajaan itu dibangunkan antara Holista Biotech dengan institut penyelidikan herba terbesar dan tertua di India, Institut Perubatan Integratif India.

Berpangkalan di Jammu, India, institut tersebut mempunyai persetujuan dengan Universiti Mississippi, Amerika Syarikat (AS), menjadikan data tersebut turut diterima oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA).

Sungguhpun banyak didapati di negara ini, khususnya di Selatan dan telah digunakan buat sekian lama, namun data yang menyokong bahawa herba Kacip Fatimah selamat digunakan diperlukan oleh pengeluar untuk mengantarabangsakan herba tersebut.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0620&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...