Friday, June 19, 2009

Nyaris hilang penglihatan dihumban ke longkang

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas hampir hilang penglihatan selepas kepalanya terhantuk kuat pada batu sebaik ditolak empat lelaki yang meragutnya, Ahad lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 55 tahun diserang empat lelaki bermotosikal dipercayai mengekori mangsa dari sebuah bank.

Sumber polis berkata, mangsa yang sudah bersara dikatakan berjalan kaki bersendirian menuju ke bank berhampiran Seksyen 2, Taman Kinrara, untuk membuat pengeluaran wang melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM) .

Menurutnya, mangsa yang selepas membuat pengeluaran wang kemudian berjalan kaki pulang ke rumahnya tanpa menyedari diekori empat lelaki terbabit.

“Sebaik menghampiri pintu pagar hadapan rumahnya, mangsa diragut penjenayah yang memakai topi keledar berpenutup penuh.

“Suspek berjaya merampas beg tangan mangsa yang mempunyai wang beberapa ribu ringgit. Tidak cukup dengan hasil diperoleh, kumpulan penjenayah bertindak kejam menolak mangsa ke dalam longkang sebelum melarikan diri,” katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...