Wednesday, July 8, 2009

MJ ingin klon dirinya sendiri

Rabu Julai 8, 2009

Michael Jackson berlatih dalam satu raptai di The Staples Center, Los Angeles baru-baru ini. - foto AP

MICHAEL Jackson begitu takut mati hingga dia pernah bercita-cita ingin mengklon dirinya. Pengakuan tersebut dibuat oleh pemandu Raja Pop itu.

Media melaporkan Jackson telah menghadiri satu persidangan di Las Vegas tentang pengklonan manusia bersama kawannya, Uri Geller ("the spoon bender").

Jackson turut berminat dalam pengajaran sect (taifah) bernama 'The Raelians' dan menanya ahli-ahli taifah tersebut sama ada boleh mengklonnya.

"Jackson begitu teruja. Dia 'melompat' keluar dari persidangan itu seperti kanak-kanak kecil. Dia tersenyum girang. Saya dengar dia dan Uri bercakap di belakang kereta limo.

"Dia bercakap tentang prospek dirinya diklonkan," kata Al Bowman - pemandu kereta Jackson yang membawanya ke majlis itu pada 2002.

"Jackson memegang erat kedua-dua lengan Uri dan memberitahunya, "Saya benar-benar ingin melakukannya Uri, dan saya tidak kira berapa kosnya". Saya sentiasa ingat Jackson membicarakan pengklonan kambing biri-biri, 'Dolly' di Britain pada 1996 - dia benar-benar teruja.

"Apabila dia dengar tentang 'The Raelians', dia yakin sepenuhnya kumpulan agama yang pelik ini boleh mengklon manusia. Walaupun ia cukup aneh, ia menarik minat Michael," kata Al Bowman.

Menurut Al Bowman, Jackson ingin dirinya versi kecil meneruskan legasinya dan terus hidup sepanjang masa.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/7/8/mstar_hiburan/20090707135941&sec=mstar_hiburan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...