Okt 15, 10
3:47pm
Mereka dijadual untuk mengadakan perhimpunan anti sebuah portal berita - Malaysian Insider.
Tiga lagi pemimpin JMM yang ditahan ialah naib yang dipertuanya, Omar Salleh; setiausahanya, Tengku Sani Tengku Amalluddin dan bendaharinya, Yusof Mahmud.
Mereka dibawa ke ibupejabat polis Brickfields untuk memberi keterangan mengenai tujuan mereka berhimpun di situ.
Mereka dibebaskan kira-kira jam 4 petang tadi.
Sebelum itu, anggota polis dilihat menghampiri Tengku Sani yang sedang  berdiri di persimpangan lampu isyarat di depan masjid tersebut, sambil membawa  pembesar suara.
Ketika dia sedang disoal oleh anggota polis, Azwandin  pula datang, difahamkan, untuk bertanya apa yang berlaku.
Para wartawan  dan jurugambar turut menghampiri mereka. Azwandin kedengaran meminta polis  memberi alasan mengapa mereka tidak boleh berkumpul di situ.
Polis  kemudiannya meminta Azwandin menunjukkan kad pengenalannya, tetapi pada mulanya  beliau enggan berbuat demikian.
Selepas arahan sebanyak tiga kali  diberikan, akhirnya beliau akur dengan arahan tersebut.
Tidak lama  selepas itu, kedengaran arahan supaya pembantunya ditahan, menyebabkan mereka  berpautan bagi mengelak ditahan polis.
Kemudiaan beberapa anggota polis  membawa pembantu Azwandin masuk ke dalam kereta poranda polis.
Azwandin  juga turut ditahan sejurus kemudian dengan tangannya digari.
Beliau juga  dimasukkan ke dalam kereta peronda yang sama dan kedua-duanya kemudiannya  dipercaya dibawa ke balai polis.
 
Berikutan itu, perhimpunan anti Malaysian Insider yang diwar-warkan sebelum itu, tidak berlaku.
Sebelum itu, kira-kira 20 anggota polis kelihatan mengawal lalulintas dan sekitar masjid tersebut ketika jemaah bersolat Jumaat.
Anggota polis juga kelihatan di hadapan bangunan UOA yang terletak tidak jauh dari masjid tersebut, yang menempatkan pejabat Malaysian Insider.
Sementara itu, Tengku Sani ketika dihubungi Malaysiakini petang ini berkata mereka memberi kerjasama sepenuhnya ketika memberi keterangan kepada pihak polis.
Katanya, mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
 
 
No comments:
Post a Comment