Thursday, October 28, 2010

Pukul ibu hingga cedera dilaknat



KUALA TERENGGANU – Mana-mana individu yang sanggup memukul ibu kandung mereka sendiri sehingga mendatangkan kecederaan termasuk koma boleh digolongkan dalam kelompok anak derhaka.

Iman Besar Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz berkata, perkara itu memang jelas disebutkan dalam Islam dan anak derhaka tidak akan mendapat kehidupan yang baik sama ada di dunia mahupun akhirat.

Menurutnya, menjalani kehidupan tanpa rahmat Allah SWT dan ibu bapa juga menyebabkan hati mereka tidak akan berasa tenang, mudah ditimpa musibah dan sering dirundung malang yang tidak berpenghujung.

“Dalam hadis sendiri ada sebut, kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibu bapa dan oleh itu, jika ibu kita marah sudah pasti Allah juga akan marah kepada kita,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian seorang anak menumbuk ibu kandungnya sendiri sehingga koma selepas anak-beranak itu bertengkar di rumah mereka di Kampung Mak Chili Paya, Kemaman.

Lantaran tumbukan di bahagian pipi kiri tersebut, si ibu yang berusia 49 tahun jatuh tersembam sebelum mukanya terkena meja sehingga menyebabkan tulang di bahagian kening kiri ibu malang itu patah.

Lebih menyedihkan sehingga semalam ibu terbabit masih belum sedar daripada koma dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Kemaman.

Semuanya berlaku berikutan sikap panas baran si anak berusia 25 tahun yang tidak berpuas hati apabila melihat persiapan perkahwinannya yang bakal berlangsung pada 6 November depan agak perlahan.

Sambil melahirkan rasa kesalnya terhadap kejadian tersebut, Aizi Saidi berkata, lelaki seperti itu tidak se-suai dijadikan pasangan hidup kerana kegagalannya menghormati dan menyayangi ibu kandungnya sendiri.

Malah katanya, sekiranya lelaki berkenaan berkahwin dan membina rumahtangga, keluarga yang dibinanya juga tidak akan mencapai kebahagiaan disebabkan Allah tidak memberi rahmat kepadanya.

Sehubungan itu menurut Aizi Saidi, mana-mana individu yang termasuk dalam golongan anak derhaka perlu memohon ampun kepada ibu bapa mereka dan bertaubat kepada Allah supaya hidup mereka tidak dilaknat.

“Ramai orang gagal me-ngawal api kemarahan mereka kerana kurangnya kekuatan iman dalam diri masing-masing dan atas sebab itu, terjadilah perkara di luar batasan termasuk memukul ibu bapa sendiri.

“Ada juga sampai ke tahap membunuh ibu bapa kerana iblis sudah menguasai jiwa dan dalam mengatasi perkara ini, kita kena banyak melakukan amalan baik seperti zikir, membaca al-Quran dan mendekati ulama,” katanya.

3 comments:

hamba Allah said...

salam ziarah..maafkan sy ustaz kerana hendak memberikan komen,
ustaz diharapkan tidak melulu memberi pendapat sebelum mengetahui hal sebenar..ustaz diharapkan tidak mendoakan yang buruk2 kepada si anak..ampun Ya Allah..
mangsa yang dipukul adalh ibu tiri,hal berkenaan perkahwinan tidak timbul dalam hal ini..kerana ini adalh hal anak beranak mereka..tetapi ada campur tgn dr anank mangsa dari bapa lain.mohon ustaz membuat pertimbangan sebelum memberi ulasan ustaz..malah si anak adalh org yang teraniaya ustaz..doa org yang teraniaya mudahn dimakbulkan Allah SWT.mohan khilaf sy yang menulis..
sumber shahih..
wassalam..

hamba Allah said...

marilah kita mendoakan semoga Allah menurunkan rahmat-Nya dan belas kasih_-Nya kepada bakal pasangan ini dan keluarga mereka..Mohon didoakan yang baik2 kepada mereka..
malah si anak sudah insaf dan sebenarnya dialah sumber kekuatan ekonomi kepada mereka sekeluarga..
mohon didoakan yang baik2 InsyaAllah...

Zubair said...

Terima kasih hamba Allah kerana sudi singgah ke Blog saya dan terima kasih sekali lagi kerana memberi penerangan yang betul mengenai kejadian ini.

Dengan keterangan hamba Allah dapatlah kami disini mengetahui kejadian yang sebenar dan tidak berat sebelah.

Sekali lagi diucapkan terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...