KUALA LUMPUR,  25 Feb: PAS mengecam sikap para pemimpin Umno dan akhbar mereka yang  meminta dua tokoh korporat yang mengecam perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai  Pengerusi Felda agar meletakkan jawatan.
Setiausaha Agung PAS, Datuk   Mustafa Ali berkata, para pemimpin Umno perlu hormati pandangan berbeza dari  mereka yang bertanggungjawab dalam  pembangunan  negara.
Ini kerana,  beliau yakin kenyataan-kenyataan mereka ini berdasarkan kepada kajian yang  berpaksi kepada fakta yang sebenar.
Mustafa mengulas laporan akhbar Umno,  Utusan Malaysia, yang berturut-turut hari melaporkan kenyataan agar Ketua  Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Invensment Bank Berhad, Tengku Zafrul Tengku  Abdul Aziz (gambar) ekoran kritikannya terhadap perlantikan  Isa.
Bagi Tengku Zafrul, perlantikan Isa yang mempunyai rekod rasuah dan  disahkan oleh Umno sendiri telah memberikan kesan tidak baik kepada dunia  perniagaan di Malaysia.
Kenyataan Tengku Zafrul juga dikongsi oleh Ahli  Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr Zainal Aznam Mohd. Yusof.  
Hari ini, Utusan menyiarkan kenyataan Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk  Syed Ali Alhabshee yang mengecam kenyataan Tengku Zafrul yang disifatkan Ketua  Umno itu sebagai memperlekeh perlantikan Isa oleh Perdana Menteri sebagai  Pengerusi Felda.
Semalam akhbar Umno ini juga melaporkan kenyataan  Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzil yang  mendesak Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid  Omar agar bertindak ke atas Tengku Zafrul.
Selain menyiarkan berita, akhbar ini juga menyiarkan surat pembaca yang  mengkritik Tengku Zafrul untuk menekan tokoh korporat itu."Pandangan  ini adalah contoh yang terbaik daripada orang yang tahu tentang hal ehwal ini.  Pandangan yang meminta orang berbeza pandangan dengan kerajaan letak jawatan  adalah satu pandangan yang tidak matang dan lojik yang gambarkan sikap pemimpi  parti yang memerintah yang tidak boleh ditegur walaupun  silap," kata Mustafa  mengulas laporan itu.
Menurut Mustafa, bukan mereka berdua sahaja yang  tidak bersetuju dengan perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda,  bahkan ia dikongsi oleh pelbagai pihak.
"Pandangan ini bukan dia seorang  sahaja bahkan ramai di kalangan tokoh korperat dan juga pemimpin politik kerana   track rekod Isa yang dipertikaikan dari sudut intergritinya.."
"Siapa  yang tak tahu ...dalam Umno dia dipecat dari jawatan Naib Presiden kerana  melakukan politik wang atau rasuah politik dalam parti itu sendiri...dia  sepatutnya di siasat oleh SPRM tetapi terlepas begitu sahaja."
"Tokoh  yang  terbukti integritinya terjejas, macamana hendak memimpin sebuah  konglomerat besar macam Felda," kata Mustafa.
Menurut Mustafa, kalau  Tengku Zafrul berkata ia beri salah persepsi kepada dunia korperat dan  antarabangsa, ia mempunyai asas yang kukuh dalam busines dan  dunia perniagaan,   "apa yang nak marah kat dia," kata Mustafa.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31055:pas-kecam-pengkritik-tengku-zafrul&catid=1:utama&Itemid=50
 
 
No comments:
Post a Comment