Friday, February 4, 2011

Pembangkang gesa lebih banyak protes

KAHERAH: Sebuah pakatan pembangkang Mesir semalam menggesa lebih banyak tunjuk perasaan diadakan.

Ia juga berkata, rundingan dengan Naib Presiden Omar Suleiman akan diadakan hanya jika Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.


“Kumpulan pembangkang sudah bersedia untuk berunding dengan Naib Presiden Omar Suleiman hanya selepas Hosni meletak jawatan,” kata jurucakap kumpulan itu, Mustafa Naggar.

Hosni sebelum ini mengarahkan Omar memulakan rundingan dengan kumpulan pembangkang.


“Kami menggesa orang ramai terus menunjuk perasaan di Medan Tahrir dan kami meminta mereka menyertai ‘Jumaat Untuk Letak Jawatan,’ dengan berarak dari semua wilayah di Mesir ke Medan Tahrir di Kaherah, Parlimen dan stesen televisyen,” menurut kenyataan yang dibacakan oleh Mustafa.


Pakatan pembangkang itu termasuk Persatuan Untuk Perubahan yang diketuai oleh Mohamed ElBaradei, Ikhwanul Muslimin dan beberapa kumpulan lain. - AP

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pembangkanggesalebihbanyakprotes/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...