Jun 15, 11
4:40pm
Menurut Naib Presidennya, Raymond Choo, akta berkenaan akan mengakibatkan pengguna terpaksa menanggung kos jauh lebih tinggi bagi perlaksanaan peraturan baru itu.
Katanya, mengikut pindaan itu, semua kereta terpakai terpaksa melalui pemeriksaan tambahan 14 perkara sebelum sesuatu kenderaan itu dibolehkan dipindah milik kepada pembeli baru.
"Pemeriksaan tambahan 14 perkara itu atau dikenali sebagai B7 tidak termasuk pemeriksan wajib 4 perkara iaitu disebut B5.
"Sebelum ini hanya bayaran RM30 untuk pemeriksaan B5 namun ia meningkat kepada RM90 untuk pemeriksaan B7 sebaik akta itu berkuatkuasa," katanya ketika menyertai demonstrasi aman bersama lebih 100 pengusaha kenderaan terpakai bagi menbantah pindaan itu di Melaka hari ini.
Pendingan udaraBeliau berkata, sebelum ini B5, hanya membabitkan  pemeriksaan enjin, badan, cermin dan penyambungan kenderaan tetapi dengan  terlaksananya B7 akan melalui syarat yang lebih ketat.
"Perlaksanaan  syarat tambahan itu antaranya turut mewajibkan semua kenderaan terpakai di  pasang pendingin udara sebelum membolehkan ia dipindah milik.
"Untuk  memenuhi semua syarat berkenaan, sudah pasti akan melibatkan kos lebih tinggi  sehingga akan menjejaskan harga kenderaan terbabit.
"Jikalau sebelum ini,  kami perlu memperuntukkan masa sekurang-kurang 3 hingga 4 jam di Puspakom tetapi  dengan pemeriksaan tambahan ini akan mengambil masa yang lebih lama,"  katanya.
Raymond mendakwa, perlaksanaan tersebut sudah pasti akan  menyebabkan harga kereta terpakai menjadi lebih rendah sehingga pengguna akan  lebih suka memilih untuk terus menggunakan kereta berkenaan daripada ditukar  baru."Yang turut menerima kesan, sudah pasti industri perbankan  kesan dari kelembapan penjualan kenderaan terbabit.
"Malah kalangan  pengusaha yang kekurangan modal juga akan merasa lebih terimpit apabila  perlaksaan akta tersebut turut mensyaratkan kedai kereta melangsaikan segala  baki pinjaman kenderaan terpakai dalam tempoh tujuh hari sebelum dijual kepada  membeli baru," katanya yang mendakwa ramai pengusaha akan gulung tikar selepas  ini.
http://malaysiakini.com/news/167022
 
 
No comments:
Post a Comment