Friday, July 29, 2011

BERSIH: Kertas siasatan polis diserah ke AG

BERSIH: Kertas siasatan polis diserah ke AG
Hafiz Yatim
Jul 28, 11
3:18pm

Pejabat Peguam Negara hari ini mengesahkan telah menerima kertas siasatan daripada polis ke atas bebeberapa pemimpin pembangkang dan BERSIH 2.0 berhubung pembabitan mereka pada perhimpunan 9 Julai lalu.

Kertas itu adalah untuk mengkaji sama ada terdapat kes bagi mendakwa mereka yang ditangkap semasa perhimpunan menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Mereka yang dinamakan termasuk timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, yang sedang disiasat polis kerana didakwa membuat laporan bahawa kenderaan polis merempuh motosikal yang dibonceng.

NONEKetua pendakwaraya di pejabat Kuala Lumpur, Raja Rozela Raja Toran, ketika dihubungi berkata senarai itu termasuk nama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, ahli parlimen Batu Tian Chua dan juga pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

"Ya, mereka sebahagian daripada pemimpin utama (yang kertas siasatan telah diterima),” katanya kepada Malaysiakini.

Raja Rozela bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah kertas siasatan yang diterima pejabatnya daripada polis.

"Ada beberapa. Kami juga menerima beberapa kertas siasatan (berhubung perhimpunan) itu,” katanya,

NONETimbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar hari ini dilaporkan berkata polis telah selesai menjalankan siasatan berhubung perhimpunan 9 Julai itu dan telah menghantar kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Awal minggu ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kertas berkenaan dijangka siap hujung minggu ini dan akan dihantar ke Pejabat Peguam Negara.

Lazimnya, pihak peguam negara akan mengambil masa bagi menyemak kertas itu dan ada kalanya ia akan dikembalikan kepada polis untuk siasatan lanjut sekiranya ia tidak lengkap.

Pada perhimpunan 9 Julai itu, tidak kurang 1,600 ditangkap. Mereka kemudiannya dilepaskan selepas kenyataan mereka dirakamkan.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/171313

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...