Saturday, August 27, 2011

Bingung calitan dubur Saiful masih baik

Posted by admin on August 26th, 2011

Bagaimanakah tiga calitan kapas yang diambil dari lubang dubur pengadu kes liwat, Mohd Saiful Bukhari, tidak menunjukkan sebarang tanda tercemar apabila diuji kira-kira 100 jam kemudiannya?Inilah isu yang membingungkan pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald (gambar).Menyifatkan penemuan daripada tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan B9 dari kawasan dubur pengadu sebagai “masih baik,” McDonald (kanan) memberitahu perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia “tidak konsisten dengan sejarahnya”.
“Ini kerana tidak ada tanda pencemaran dan sampel itu masih baik,” kata McDonald mengenai tiga sampel yang diambil dari lubang dubur Saiful 56 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku, antara jam 3.01 petang dan 4.30 pada 26 Jun 2008 .

Saiful diperiksa oleh empat doktor di Hospital Kuala Lumpur antara jam 9 malam 28 Jun dan tengah malam 29 Jun 2008.

Pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira – dalam keterangannya sebelum ini – berkata sampel tersebut disimpan dalam sebuah laci di pejabatnya yang berhawa dingin dan diserahkan kepada ahli kimia, Dr Seah Lay Hong pada kira-kira jam 7 malam 30 Jun 2008.

Semalam, McDonald, 60, memberitahu mahkamah bahawa sampel tersebut secara idealnya perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu -20 Celsius.

Hari ini, pakar DNA itu menyambung keterangannya di Mahkamah bahawa ada kemungkinan sperma pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ditemui pada duburnya sendiri.

Beliau menjelaskan perkara itu kerana Ahli Kimia yang menjalankan analisa pada sampel, Dr Seah Lay Hong, tidak menjalankan analisanya dengan betul.

Menurutnya, Dr Seah tidak mengasingkan sel-sel sperma daripada sel bukan sperma yang ditemui pada rektal pengadu, dengan mengandaikan adanya sel-sel ‘epithelial’ pada pecahan (sperma).

Semalam saksi ke empat pembela itu mempersoalkan prosedur yang dijalankan untuk menganalisa sampel DNA yang diambil dari tubuh Mohd Saiful.

Menurutnya, sampel yang sudah tercemar tidak boleh diterima sebagai bukti.

Beliau mempertikai kandungan DNA yang tinggi dalam sampel air mani yang dianalisa Jabatan Kimia Malaysia.

Ini kerana menurutnya, sampel air mani yang berada di dalam rektum seorang lelaki selama lebih 56 jam sebelum calitan air mani itu diambil dengan putik kapas sepatutnya mempunyai kandungan DNA yang sudah merosot.

Turut dibangkitkan adalah mengenai kelayakan makmal ujikaji DNA Jabatan Kimia yang tidak diakreditasi dengan pensijilan ISO17025. Sijil itu dikeluarkan oleh American Society of Crime Laboratories Directors (ASCLD).


http://www.kl-today.com/2011/08/bingung-calitan-dubur-saiful-masih-baik/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...