Jun 10, 11
12:51pm
Tetapi pengkritiknya menganggap 1Malaysia sekadar slogan kosong kerana dasar kerajaan dan politik yang diamalkan masih berkisar kepada soal bangsa dan kerapuhan perpaduan rakyat semakin parah.
Antara mereka yang menyokong padu 1Malaysia adalah Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang mengetuai parti politik yang hanya menerima orang Cina sebagai ahlinya.
Dalam wawancaranya baru-baru ini dengan Malaysiakini, Chua berkata 1Malaysia tidak boleh dicapai dalam sekelip mata dan meramalkan sekurang-kurangnya sehingga 10 tahun sebelum perubahaan sikap mula kelihatan.
Titik persamaan
Katanya, rakyat Malaysia  masih terikat dengan identiti bangsa sehingga mereka mampu mencari titik  persamaan.Chua juga percaya 1Malaysia dimulakan dengan langkah yang  salah iaitu dilancarkan selepas pilihan raya umum Mac 2008.
"Kerana  (keputusan pilihan raya) itu, semua orang terburu-buru mengatakan ia baik untuk  negara ini. Jadi sekarang kita mempunyai sistem dua parti,”  katanya.
Kesan pilihan raya, kata Chua menyaksikan ahli politik menjadi  gusar dan sesetengah mereka mengambil pendirian perkauman yang  melampau.
"Ini kerana semua ahli politik di mana-mana di dunia ini adalah  sama... berbalik kepada asas dan fundamental - bangsa dan agama - bagi  mendapatkan sokongan. Ini agak malang,” katanya.Meskipun huraian ciri-ciri itu mengambarkan sikap yang  diambil oleh ahli parlimen Pasir Mas Ibrahim Ali namun Chua tidak mahu diheret  untuk berdebat dengan presiden kumpulan pendesak Melayu - PERKASA.
Sama  seperti 1Malaysia, PERKASA juga lahir selepas pilihan raya umum 2008 tetapi  berkonsepkan perjuangan Melayu kerana gusar penguasaan politik Melayu semakin  pudar.
http://malaysiakini.com/news/166523
 
 
No comments:
Post a Comment