KOTA BHARU, 22 Nov: New Hope Group,  Hua Long Group, Dantong Group antara syarikat gergasi negara China termasuk  lebih 200 syarikat kecil dan sederhana negara terbabit yang mengambil bahagian  pada Ekspo Cheng Ho dan Fiesta Perdagangan Antarabangsa Kelantan-China.
(Gambar: Tengku Mahkota Kelantan merasmikan Ekspo Cheng  Ho di Kota Bharu)
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,  Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata walaupun Kelantan hanya  sebuah  negeri yang kecil dan terpinggir kerana halangan tertentu, namun  usahawan gergasi China sanggup datang ke Kota Bharu.
“Ianya dilakukan  atas  semangat ukhuwah serantau yang tiada sempadan,”ujarnya.
Sambungnya  lagi, pelbagai kerjasama dapat dijalinkan melalui program ini  dan ia turut  terbuka kepada semua pihak, termasuk swasta dan individu.
Katanya, China  kini muncul sebagai kuasa ekonomi yang terus berkembang di samping mempunyai  khazanah peradaban lama, lubuk budaya dan kuasa pasaran ekonomi dunia yang  besar.
Selain itu katanya, imam, pemimpin Islam, pemimpin kerajaan, ahli  budaya, pakar perubatan, pensyarah, penulis, wartawan, pengkaji, penghibur dan  ahli masakan tiba untuk menjayakan rasa muhibbah Kelantan China.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29533:syarikat-gergasi-china-serta-ekspo-cheng-ho&catid=51:negeri-kelantan-darul-naim&Itemid=96
 
 
No comments:
Post a Comment