ALOR SETAR, 17 Ogos: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul  Razak yang masih bercuti memulakan tugas secara tidak rasmi dengan  mempengerusikan mesyuarat exco hari ini selepas baru semalam dibenarkan keluar  dari Institut Jantung Negara (IJN).
Azizan kini masih  diletakkan di bawah pengawasan pihak perubatan di sini dan diberikan cuti sakit  sehingga 29 Ogos nanti.
Namun katanya, beliau tetap akan datang ke  pejabat bagi melakukan kerja-kerja ringan termasuk menghadiri beberapa majlis  penting.
"Mereka nak tengok tekanan darah, gula dan jantung. Dah lebih  dua minggu saya dirawat, keadaan saya baik cuma masih di bawah pengawasan. Saya  sebenarnya dah tiga tahun tak bercuti.
"Bagaimanapun saya akan datang  juga ke pejabat untuk melakukan kerja-kerja ringan dan menghadiri mana-mana  majlis penting.
"Secara fizikal saya akan jarang hadir sebab telah  dinasihatkan untuk berehat," katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco di  Seri Mentaloon, dekat sini.
Menurut Azizan, doktor yang merawatnya  memaklumkan bahawa pembedahan tidak perlu dilakukan kerana tiada saluran jantung  tersumbat seperti yang dilaporkan media sebelum ini.
"Tak ada saluran  yang blocked (tersumbat), perjalanan darah elok dan doktor tak suruh buat  rawatan susulan tetapi suruh berehat," katanya.
Azizan telah diminta oleh  doktor yang merawatnya supaya berehat sehingga kesihatannya benar-benar  pulih.
http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4963-azizan-mula-tugas-dalam-cuti
 
 
No comments:
Post a Comment