Jun 16, 11 1:56pm
Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh seketika apabila berlaku pertikaman  lidah antara beberapa anggota pembangkang apabila isu Buku Jingga disentuh  seorang anggota parlimen kerajaan.
Keadaan bertukar gamat apabila Datuk Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) bangkit mempersoalkan janji-janji yang dibuat oleh pembangkang di dalam Buku Jingga yang diperkenalkan mereka, lapor Bernama.
 Soalan itu nyata 'mencuit' sensitiviti anggota pembangkang  yang mula 'panas telinga' termasuk Azmin Ali (PKR-Gombak) bangun untuk memberi  penjelasan walaupun ada suara-suara dari pihak anggota parlimen kerajaan yang  menggesa soalan itu dijawab oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang turut hadir.

Anwar dan tiga lagi anggota parlimen pembangkang -- Azmin, R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) muncul buat kali pertama di Dewan Rakyat pada sesi ini selepas tempoh penggantungan mereka selama enam bulan tamat hari ini.
Keempat-empat anggota parlimen pembangkang itu digantung daripada menghadiri sidang dewan pada Disember lepas atas kesalahan menghina Dewan.
 Terdahulu, isu buku jingga tercetus apabila Anwar  mengemukakan soalan pada sesi soal jawab hari ini meminta kerajaan menjelaskan  mengenai dakwaan kerugian Felda dan meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana  Menteri Datuk Ahmad Maslan menyatakan kedudukan terkini kewangan Felda,  kewajaran Felda meminjam lebih RM6 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan  Pekerja (KWSP) dan prestasi pelaburan hasil daripada pinjaman  ini.

Menjawab soalan itu, Ahmad memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa kedudukan kewangan terkini Felda berada dalam keadaan yang kukuh dengan jumlah aset terkini adalah sebanyak RM19.18 bilion.
Katanya nilai itu melibatkan tanah seluas 341,000 hektar yang dinilai berdasarkan harga kos dan bukan harga semasa.
"Sekiranya dinilai berdasarkan nilai semasa jumlahnya akan jauh lebih tinggi," katanya.
 Dalam pada itu, Ahmad berkata pinjaman KSWP bertujuan untuk  program tanam semula kebun peneroka, membiayai lima daripada 12 rumah projek  perumahan mampu milik untuk generasi baru Felda dan projek gedung makanan  negara.

Katanya hasil daripada projek-projek berkenaan dijangka memberikan faedah dan keuntungan yang berlipat ganda kepada Felda.
Menurut Ahmad, pada 28 Oktober tahun lepas kedudukan kewangan Felda dan pinjaman KWSP itu telah dinyatakan kepada semua anggota parlimen melalui laporan tahunan Felda.
Keadaan bertukar gamat apabila Datuk Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) bangkit mempersoalkan janji-janji yang dibuat oleh pembangkang di dalam Buku Jingga yang diperkenalkan mereka, lapor Bernama.
Anwar dan tiga lagi anggota parlimen pembangkang -- Azmin, R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) muncul buat kali pertama di Dewan Rakyat pada sesi ini selepas tempoh penggantungan mereka selama enam bulan tamat hari ini.
Keempat-empat anggota parlimen pembangkang itu digantung daripada menghadiri sidang dewan pada Disember lepas atas kesalahan menghina Dewan.
Menjawab soalan itu, Ahmad memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa kedudukan kewangan terkini Felda berada dalam keadaan yang kukuh dengan jumlah aset terkini adalah sebanyak RM19.18 bilion.
Katanya nilai itu melibatkan tanah seluas 341,000 hektar yang dinilai berdasarkan harga kos dan bukan harga semasa.
"Sekiranya dinilai berdasarkan nilai semasa jumlahnya akan jauh lebih tinggi," katanya.
Katanya hasil daripada projek-projek berkenaan dijangka memberikan faedah dan keuntungan yang berlipat ganda kepada Felda.
Menurut Ahmad, pada 28 Oktober tahun lepas kedudukan kewangan Felda dan pinjaman KWSP itu telah dinyatakan kepada semua anggota parlimen melalui laporan tahunan Felda.
"Tiada apa yang disembunyikan mengenai kewangan Felda seperti dakwaan yang  dikemukakan wakil Permatang Pauh," katanya.
- Bernama
- Bernama
http://malaysiakini.com/news/167102
 
No comments:
Post a Comment