Seorang bekas penolong gabenor Bank Negara didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala  Lumpur atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM100,000 daripada orang  tengah bagi mendapatkan kontrak mencetak wang polimer RM5.Ia berikutan operasi bersama antara Suruhanjaya Pencegahan  Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa Australia berhubung dakwaan salah laku  dalam pemberian kontrak kepada firma Australia berkenaan.
Bekas penolong gabenor itu, Datuk Mohamad Daud Dol Moin, 58, akan didakwa  atas dua pertuduhan menerima habuan RM50,000 daripada seorang ahli perniagaan  Abdul Kayum Syed Ahmad, bagi mendapatkan kontrak RM95 juta berhubung wang  polimer RM5 oleh Note Printing Australia Ltd.
Beliau didakwa menerima  wang itu di Restoran Dome, Bangsar Shopping Centre pada 1 Disember 2004 dan 16  Februari 16, 2005.Mohamad Daud didakwa mengikut Seksyen 11(a) dan 11(b) Akta  Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum  20 tahun dan denda lima kali jumlah suapan.
Pertuduhan dibacakan oleh Hakim Rosbiahanin Arifin. Daud kemudiannya memohon  dibicarakan bagi kedua-dua pertuduhan berkenaan.
Timbalan Pendakwaraya  Manoj Kurup memohon jaminan ditetapkan pada RM100,000 dengan seorang penjamin  dan dipersetujui oleh peguam Daud - JD Goonting dan Collin  Goonting.
Rosbiahanin kemudian menetapkan 2 Ogos sebagai sebutan kes.  
Sementara itu di Mahkamah Khas Jenayah Rasuah 9, Shah Alam,  Abdul Kayum didakwa mengikut bawah Seksyen 11(b) Akta Pencegahan Rasuah  1997.
Beliau yang merupakan pengarah Syarikat Aksavest Sdn Bhd dihadapkan  atas dua pertuduhan kerana disyaki terlibat memberi wang suapan berjumlah  RM100,000.00 (RM50,000.00 bagi setiap
transaksi) kepada Datuk Mohamad Daud  bagi memperoleh kontrak percetakan wang kertas polimer RM5 untuk Note Printing  Australia Limited, yang juga merupakan anak syarikat Australia Reserve  Bank.
Bagi pertuduhan pertaman, tertuduh yang juga merupakan ejen Note  Printing Australia Limited di Malaysia didakwa memberi wang suapan secara tunai  sebanyak RM50,000.00 pada 24 November 2004 kepada Mohamad Daud.Suapan itu dikatakan bertujuan membantu tertuduh untuk  mendapatkan kontrak Percetakan Wang Polimer RM5 untuk syarikat Note Printing  Australia Limited. Tertuduh juga dipertuduh dengan kesalahan yang sama bagi  pertuduhan kedua yang dilakukan pada 15 Februari 2011 di tempat yang  sama.
Sekiranya disabitkan dengan kesalahan, tertuduh boleh dihukum  penjara selama tempoh tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih daripada 20  tahun; dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai  suapan, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Hakim Asmadi Husin kemudian menetapkan 2 Ogos depan untuk menyebut semula kes itu dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua kes.
[Baca berita penuh] 
 
No comments:
Post a Comment