Tuesday, April 7, 2009

Obama tegaskan Al-Qaeda mahu musnah Barat


OBAMA berucap dalam sebuah dewan di Arena Rhenus Sports, Strasbourg, Perancis semalam.


STRASBOURG, Perancis - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menegaskan bahawa kumpulan Al-Qaeda masih berazam untuk mengancam penduduk Barat.

Ketika berucap di sini semalam beliau turut berkata, perang di Iraq telah menjejaskan tumpuan daripada matlamat asal yang dikongsi dengan Eropah untuk memusnahkan kumpulan pengganas itu.

Menurutnya, perang tidak popular itu melemahkan sokongan awal Eropah kepada AS selepas serangan pengganas 11 September 2001 ke atas negara kuasa besar dunia itu berlaku.

Bagaimanapun, kata Obama, beliau mahu memulihkan hubungan dingin antara AS dan Eropah kerana kedua-dua belah pihak masih berkongsi matlamat untuk menghapuskan Al-Qaeda.

"Kesepakatan antara AS dan Eropah perlu kerana dunia tidak boleh mengharapkan semuanya akan aman hanya kerana seseorang bernama Obama dipilih sebagai Presiden," katanya.

Beliau memberitahu sekumpulan pelajar Jerman dan Perancis di sebuah dewan di sini bahawa AS dan Eropah memiliki kepentingan masing-masing untuk menghalang serangan pengganas pada masa hadapan. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0404&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...