Thursday, March 5, 2009

MB Kedah cabar Pemuda Ameno

Rabu, Mac 04, 2009


MB Kedah cabar Pemuda Ameno





ALOR SETAR 3 Mac - Pemuda Barisan Nasional (BN) Kedah dicabar mengemukakan nama Exco negeri yang didakwa terlibat mengeluarkan perkataan biadap ke atas Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tersebar menerusi surat layang minggu lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tindakan itu penting bagi membuktikan dakwaan tersebut berasas dan bukan sekadar 'cakap kosong' berpandukan surat layang menyebut 'salah seorang Exco negeri'.

"Asyik cakap saja, berilah nama (Exco terlibat) kepada saya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelantikan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah.

Majlis tersebut disempurnakan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim di di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Minggu lalu akhbar melaporkan penyebaran surat layang yang antara lain mengandungi dialog seorang Exco negeri ini mengeluarkan kenyataan menghina institusi kesultanan Kedah.

Surat yang tidak mempunyai nama, tanda tangan serta alamat pengirim ditemui di dalam peti pos di rumah Setiausaha Pemuda UMNO Kedah, Haris Che Mat pada 23 Februari lalu.

Berikutan itu, beberapa Pemuda UMNO bahagian di negeri ini membuat laporan polis menggesa pihak berkuasa menyiasat kesahihan dialog berkenaan.

Pemuda BN Kedah turut menyerahkan memorandum kepada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) berhubung dakwaan terhadap Exco terbabit. Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung surat layang itu.

p/s : dh tau spa bagitau la apa yg berat sgt mulut.... kalau fitnah tu mmg kena buat plan dulu la...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...