“Ini bertentangan dengan dasar kerajaan Selangor yang mahu menarik pelaburan asing dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Selangor serta dari negeri lain,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Pelaburan RM2 billion terjejas
Menuru Faekah, implikasi penutupan kilang itu tanpa usul periksa akan menyebabkan pelabur membatalkan rancangan melabur di Kuala Selangor, termasuklah pelaburan usaha sama syarikat Jepun dan Guthrie melibatkan pelaburan melebihi RM2 billion.
“Adalah amat tidak wajar Timbalan Menteri di Jabatan Perdana, Datuk T  Murugiah mengarahkan Hartalega menghentikan operasi hanya kerana aduan beberapa  orang penduduk berhampiran kilang yang mendakwa kesihatan terganggu kerana  pencemaran oleh kilang berkenaan,” katanya.Hartalega telah beroperasi sejak 1996 dan sehingga hari  ini, tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan operasi kilang itu menyebabkan  penduduk mengalami masalah pencemaran.
Pertengahan tahun ini, penduduk  Taman Suria, Bestari Jaya, Kuala Selangor mendakwa terdedah dengan pencemaran  bahan kimia hasil bahan buangan.
Berikutan dakwaan itu, Menteri Besar,  Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri turun padang untuk meninjau  masalah rayat itu.
Abdul Khalid diberi taklimat mengenai operasi kilang  dan amalan-amalan mengikut kawalan alam sekitar terutama melibatkan rawatan air  tercemar dan pelepasan asap dan beliau berpuas hati kerana Hartalega mematuhi  semua peraturan dan piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar  (JAS).Katanya, Hartalega merawat air yang tercemar sebelum  dialirkan keluar manakala asap yang dilepaskan dari kilang itu tidak  membahayakan kesihatan.
Pihak kilang juga memberitahu dakwaan adanya  ammonia di ruang udara sekitar kawasan perumahan juga tidak benar kerana ujian  yang dilakukan pihak Hartalega mendapati tidak wujud bahan kimia  itu.
Malah, menurut Faekah, tinjauan kerajaan negeri juga mendapati tiada  seorang pun pekerja kilang itu yang mengalami masalah kesihatan walaupun setiap  hari terdedah dengan bahan kimia.
Murugiah tiada kuasa
“T Murugiah  sebenarnya tiada kuasa mengarahkan Hartalega ditutup kerana kilang berkenaan  memenuhi semua piawaian yang ditetapkan pihak berkuasa. Hanya Majlis Daerah  Kuala Selangor (MDKS) mempunyai kuasa mengarahkan hilang itu  ditutup.“Hasil pemeriksaan berkala yang dilakukan terhadap  Hartalega mendapati kilang itu tidak melanggar peraturan. Sehubungan itu, tiada  alasan untuk MDKS menutup operasi kilang berkenaan,” katanya.
Faekah  berkata Murugiah tersilap fakta dan mendapat maklumat yang silap kerana tidak  merujuk kepada pihak berkuasa sebelum membuat arahan itu.
MDKS, kata  Faekah telah diarahkan supaya terus mengadakan perbincangan dengan penduduk  untuk meningkatkan sistem perparitan yang didakwa menyebabkan banjir manakala  JAS pula akan meningkatkan pemeriksaan dan kawalan bagi memastikan Hartalega  tidak mencemar alam sekitar.
Masalah itu timbul apabila, jarak antara kawasan industri dan kawasan perumahan  yang sepatutnya adalah 500 meter tetapi dibina kurang 100 meter dari kilang.
http://malaysiakini.com/news/149968
 
 
No comments:
Post a Comment