"Isteri bukanlah seorang pekerja seks bagi suami. Tugas isteri melayan suami adalah suatu ibadah yang diberi ganjaran pahala dari Allah.
"Walaupun suami diwajibkan memberikan nafkah kepada isteri dalam bentuk tempat tinggal, makan minum, pakaian atau wang ringgit, ia bukanlah sebagai ganti kepada khidmat seks yang isteri berikan.
"Ia adalah suatu amanah dan tanggungjawab kerohanian yang telah ditetapkan oleh agama, yang juga diberi ganjaran pahala oleh Allah," katanya.
Pelacur kelas pertama
Minggu lalu, Dr  Rohaya dilapor mengingatkan seseorang isteri mesti patuh dan melayan suami  seperti 'pelacur kelas pertama' bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak  dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan  rumah tangga dan pembuangan bayi.Katanya, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami  antara punca utama kegagalan rumah tangga dan punca suami beralih kepada teman  wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu.
Dalam kenyataan medianya hari ini, Musa berkata kenyataan itu tidak  sepatutnya keluar daripada seorang wanita yang berpendidikan kerana ia  "menjatuhkan imej wanita walaupun mungkin niatnya baik supaya isteri mentaati  suami".
"Bukan menjadi kelaziman masyarakat Melayu Islam untuk melanggan  pelacur, cuma hanya segelintir sahaja yang berbuat demikian.
"Tidak  semua lelaki tahu bagaimana servis seorang pelacur kelas atas. Jadi kenyataan  tersebut menggambarkan seolah-olah semula lelaki Melayu Islam melanggan  pelacur," katanya.Sehubungan  itu, pihaknya menyeru kepada semua wanita supaya tidak menyertai kelab tersebut  kerana dari awal lagi telah menampakkan kecelaruan halatuju dan matlamatnya,  serta merendah-rendahkan martabat wanita.
Menurutnya, penubuhan kelab itu  tidak akan membantu dalam menyelesaikan masalah perceraian yang dikatakan  berlaku setiap 15 minit atau anak luar nikah yang lahir setiap 17 minit.
Sebaliknya, kelab seperti ini sepatutnya melebihkan usaha yang padu ke arah  melahirkan suami, bapa, anak lelaki dan muslimin mithali sebagaimana yang  dipandu oleh Islam.
http://malaysiakini.com/news/166362
 
 
No comments:
Post a Comment