Dis 31, 10
2:13pm
Tidak puas hati dengan perkembangan itu, kumpulan berkenaan merancang untuk melancarkan satu protes di Putrajaya dan di Johor Bahru.
Ia juga bercadang untuk meletakkan calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN Tenang yang akan diadakan pada akhir bulan depan.
Ketua penerangan Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) AP Raja Retinam berkata buku tersebut menentang semangat 1Malaysia dan perlu ditarik balik dari pasaran.
Letak calon bebas di Tenang
"Kerajaan dan  Kementerian Pelajaran nampaknya tegas dalam mengekalkan buku itu sebagai  sebahagian daripada buku teks sastera untuk Sijil Pelajaran  Malaysia.
"(PRIMA) kesa kerana buku itu memberikan gambaran tidak betul  terhadap masyarakat India, terutama ke atas sistem kasta dan perkataan 'pariah'  yang digunakan
"Kita telah mengemukakan perkara ini dengan MIC di mana  menteri (sumber manusia Datuk S Subramaniam berjanji untuk membangkitkan perkara  ini di kabinet.
"Bagaimanapun, jika kabinet dan menteri pelajara Tan Sri  Muhyiddin Yassin bertegas untuk tidak menilai semula isu buku Interlok ini, kita  akan turun ke jalan bulan depan.
"Kita juga akan letak calon bebas di  Tenang," katanya lagi.
Retinam bersama presiden baru pertubuhan itu Dr V  Suppiah tiba di pejabat Malaysiakini semalam untuk menyuarakan keresahan  masyarakat India berhubung penggunaan buku itu sebagai teks  pelajaran.
Suppiah berkata, gambaran terhadap masyarakat India dalam buku  itu tidak relevan dan BN tidak harus terlalu angkuh sehingga menenggelamkan  suara komuniti itu.
http://malaysiakini.com/news/152083
 
 
No comments:
Post a Comment