Jul 1, 11
12:27pm
"Tanah ini akan hilang tidak kembali. Sebagai balasannya Singapura akan menggantikannya dengan tanah bertaraf antarabangsa di empat lot Marina South dan satu bidang di Ophir Rochor.
"Terdapat syarikat usahasama Malaysia dan Singapura bernama M-S Pte. Ltd yang dimiliki 60 peratus ekuiti oleh Khazanah Nasional Berhad dan 40 peratus ekuiti dipegang Temasek Holdings yang akan membangunkan tanah tersebut.
"Persoalannya, mengapa Syarikat M-S Pte Ltd belum menunjukkan sebarang progres projek tetapi tanah KTMB sudah dilepaskan kepada Singapura?” soalnya.
Tergadai
Menurut Suhaizan, maruah rakyat  dan negara Malaysia akan tergadai jika syarikat M-S Pte Ltd gagal membangunkan  projek berkenaan.Suhaizan yang juga exco Pemuda PAS Pusat meluahkan  kebimbangan kerana tanah itu "akan terdedah kepada pemilikan bebas" apabila ia  dimajukan oleh syarikat berkenaan dan bakal dijual dalam  pasaran.
"Berkemungkinan tanah ini sedikit demi sedikit akan hilang  daripada pegangan Khazanah Nasional.
"Akhirnya rakyat Malaysia sudah  tidak memiliki tanah di Singapura yang boleh dibanggakan oleh generasi akan  datang.
"Apakah jaminan tanah di Marina South dan Ophir Rochor tidak  terlepas kepada pihak luar?" soal Suhaizan.
Sehubungan itu, Suhaizan  menyifatkan penyerahan tanah KTMB kepada Singapura "menjadi satu sejarah penting  kepada negara dan memberi banyak pengajaran kepada generasi akan datang".  Beliau juga membidas kerajaan Malaysia kerana sanggup  menyerahkan tanah itu kepada Singapura "demi mengejar keuntungan material  semata-mata" dan mengenepikan persoalan maruah rakyat dan negara  tercinta.
"Pemuda PAS Negeri Johor amat sedih dengan catatan sejarah duka  ini," katanya.
Semalam, perkhidmatan tren KTMB di stesen Tanjong Pagar  melabuhkan tirai dengan diiringi linangan air mata pengunjungnya malam tadi,  setelah 80 tahun menaburkan jasa menghubungkan rakyat di Semenanjung dengan  Singapura. 
Batu kerikil
Sebaik sahaja tren terakhir  yang dipandu oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bergerak  meninggalkan stesen tepat pukul 11 malam, para pengunjung stesen itu turun  beramai-ramai ke landasan untuk merakamkan gambar serta mengutip batu kerikil di  landasan untuk dijadikan kenangan.Ramai di kalangan pengunjung kelihatan menitiskan air mata  selepas tren terakhir itu berlepas. Sultan Johor memandu tren terakhir itu  sebagai simbolik berakhirnya perkhidmatan KTMB di stesen itu.
Tepat jam  12 tengah malam, stesen yang telah beroperasi selama lapan dekad memberikan  perkhidmatan menghubungkan Malaysia dan Singapura sejak 1932 itu menghentikan  operasinya dari stesen itu secara mutlak.
Bermula hari ini, perkhidmatan KTMB dari Singapura akan beroperasi dari stesen kereta api Woodlands.
http://malaysiakini.com/news/168570
 
 
No comments:
Post a Comment