Jamil Khir nafi zakat diguna bagi yuran peguam
 Jun 23, 11 5:16pm
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini,  menafikan laporan harakahdaily yang kononnya wang zakat digunakan untuk  membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah  Persekutuan, Datuk Che Mat Ali.
 Beliau berkata setiap kementerian mempunyai peruntukan bagi  yuran guaman untuk kes-kes tertentu.

"Tidak timbul isu kononnya wang berjumlah RM32,000 yang didakwa wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman bagi kes Qazaf membabitkan Jawi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.
Semalam ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution mengecam Che Mat kerana didakwa menggunakan wang zakat agensi itu untuk membiayai khidmat guaman bersabit kes tuntutan qazaf Anwar.
Dakwanya, wang berjumlah RM31,150 itu dibayar kepada syarikat Tetuan Zainul Riijal Talha & Amir dan ditandatangani sendiri oleh Che Mat yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 21 April tahun lalu.
 Menurut Saifuddin dakwaan tersebut diakui sendiri oleh  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim dengan  alasan MAIWP tidak mempunyai akaun untuk membayar khidmat guaman  tersebut.

"Yang saya bangkitkan ialah penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bernilai RM32 ribu yang digunakan untuk membayar khidmat peguam yang mewakili menteri dan pengarah Jawi Datuk Che Mat Ali," katanya.
"Tidak timbul isu kononnya wang berjumlah RM32,000 yang didakwa wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman bagi kes Qazaf membabitkan Jawi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.
Semalam ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution mengecam Che Mat kerana didakwa menggunakan wang zakat agensi itu untuk membiayai khidmat guaman bersabit kes tuntutan qazaf Anwar.
Dakwanya, wang berjumlah RM31,150 itu dibayar kepada syarikat Tetuan Zainul Riijal Talha & Amir dan ditandatangani sendiri oleh Che Mat yang juga Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 21 April tahun lalu.
"Yang saya bangkitkan ialah penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bernilai RM32 ribu yang digunakan untuk membayar khidmat peguam yang mewakili menteri dan pengarah Jawi Datuk Che Mat Ali," katanya.
"Saya timbulkan semalam, yang disaman ialah pengarah Jawi Che Mat Ali, yang  meluluskan wang zakat ini setiuasaha Majlis Agama Islam Wilayah Che Mat Ali juga  orang yang sama.,” kata Saifuddin.
http://malaysiakini.com/news/167838
 
No comments:
Post a Comment