"Rizab kita hari ini terlalu tinggi. Kita ada rizab berjumlah lebih US$100 bilion, yang boleh menampung lapan bulan import tertangguh," katanya.
"Daripada US$100 bilion itu, kita sebenarnya boleh menggerakkan US$50 bilion, yang akan membantu kerajaan. Kerajaan berkata ia tidak ada wang untuk berbuat itu dan ini, tiada wang untuk memberi subsidi. Jadi, kenapa tidak gunakan wang ini," kata beliau.
Semasa krisis kewangan Asia 1997/98, rizab luar negara Malaysia berjumlah hanya US$17 bilion dan semasa pemulihan jumlahnya ialah US$30 bilion, katanya.
Bagaimanapun, kata Dr Mahathir, beliau tidak pasti sama ada rizab yang lebih  tinggi itu disebabkan oleh penurunan nilai dolar atau itu merupakan rizab  sebenar negara. 
Dolar Amerika jatuh nilainya sebanyak kira-kira 20  peratus berbanding ringgit.Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa setakat 15 Nov,  rizab antarabangsa Malaysia berjumlah RM326.5 bilion (bersamaan US$105.8  bilion).
Kedudukan rizab ini mencukupi untuk membiayai 8.8 bulan import  tertangguh dan adalah 4.5 kali hutang jangka pendek luar negara, kata Dr  Mahathir.
Beliau juga berkata Malaysia dengan mudah boleh muncul sebagai  negara kaya jika ringgit mengukuh ke paras sebelum krisis iaitu RM2.50 bagi  setiap dolar.
Pada masa ini, ringgit berlegar pada sekitar RM3.1  berbanding mata wang Amerika itu.
http://malaysiakini.com/news/149478
 
 
No comments:
Post a Comment