Aidila Razak
Jan 4, 11
1:28pm
Jan 4, 11
1:28pm
Cadangan pindaan perlembagaan Selangor bagi memberi kuasa kepada kerajaan negeri  dan sultan untuk melantik tiga jawatan utama kerajaan negeri itu boleh dilakukan  secara retrospektif atau dikebelakangkan, kata speaker Dewan Undangan Negeri  (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim.
 "Jika rang undang-undang menyatakan bahawa pindaan akan  berkuatkuasa pada 1 Januari 2011, maka ia akan menjadi retrospektif,” katanya  kepada wartawan di Shah Alam hari ini.

Jika cadangan pindaan itu mempunyai kesan retrospektif, ia akan memberi kesan kepada pelantikkan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, yang dibidas pemimpin Pakatan Rakyat.
Namun, menurut Teng, adalah terlalu awal untuk menyatakan perkara berkenaan kerana beliau belum melihat rang undang-undang itu ataupun dimaklumkan secara rasmi oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung cadangan beliau untuk memanggil sidang tergempar.
Menjelaskan perkara itu, Teng berkata sidang DUN yang ditangguhkan sehingga Mac ini sebenarnya tidak memerlukan perkenaan Sultan bagi sidang tergempar diadakan.

Katanya, di bawah Peraturan 10(3), speaker boleh memanggil sidang tergempar  jika mendapati alasan yang diberikan oleh menteri besar mempunyai “kepentingan  umum”.
Menurut Teng, perkara berkenaan telah disampaikan secara lisan  kepadanya oleh Khalid semalam tetapi tiada keputusan boleh dibuat sehingga ia  dibuat secara bertulis.
http://malaysiakini.com/news/152360
 
No comments:
Post a Comment