"Kita akan tunggu laporan bagaimana perkara ini hendak ditangani dan berharap agar tindakan sebegini tidak akan dilakukan secara berterusan, kita perlu beri perhatian dan pihak bertanggungjawab iaitu SKMM kini memantau perkara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Denggi Asean 2011 dan pelancaran semula Komunikasi untuk Perubahan Tingkahlaku (COMBI) peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa laman web di negara ini mula digodam selepas satu kumpulan yang bergelar "Anonymous" yang mendakwa berpangkalan di luar negara mengancam mengganggu portal rasmi kerajaan di alamat www.malaysia.gov.my.
Muhyiddin berkata kerajaan memberikan jaminan bahawa dasar kerajaan untuk tidak menyaring internet akan terus dilaksanakan.
Laporan lengkap
"Tetapi kalau ada  mana-mana pihak yang menyalahgunakan ataupun melanggar beberapa peruntukan dalam  undang-undang negara maka SKMM ada hak dan kuasa untuk ambil  tindakan.
"Ini tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang menyekat hak  kebebasan untuk kita dapatkan perkhidmatan menerusi internet. Kita pantau sama  ada apa-apa perkara yang boleh membawa kesan kepada keselamatan negara,"  katanya.Sementara itu, mengulas dakwaan beberapa pihak yang  mengatakan bahawa Kementerian Pelancongan membazirkan RM1.8 juta apabila  mengadakan laman Facebook untuk mempromosikan pelancongan negara, Muhyiddin  berkata kabinet akan mendapatkan laporan lengkap daripada menteri berkenaan  Datuk Seri Dr Ng Yen Yen esok.
"Saya tidak dapat maklumat secara  terperinci sama ada kadar yang ditetapkan itu munasabah atau tidak, ia telah  dibawa ke Parlimen dan dijelaskan. Mungkin kabinet esok akan dapatkan laporan  dari menteri dan beliau boleh jelaskan apa asas-asasnya," katanya.Beliau berkata kerajaan tidak akan berselindung mengenai  perkara yang melibatkan soal perbelanjaan negara dan beliau yakin kementerian  tersebut telah membuat pertimbangan yang agak munasabah mengenai angka itu. 
"Ada sesetengah pihak katakan ia agak tinggi sebenarnya, tetapi bagi  kementerian itu kadar yang berpatutan, kita tidak boleh lihat Facebook itu macam  buka akaun sahaja, urusan-urusan lain mungkin melibatkan kos-kos tambahan,"  katanya.
Semalam, Ng menjelaskan kementeriannya memperuntukkan RM1.8  juta untuk mewujudkan, mengurus dan memantau kempen pelancongannya dalam media  sosial melalui penyiaran iklan enam acara utama yang memerlukan kos tinggi,  sekaligus menolak dakwan kononnya peruntukan itu hanya digunakan untuk  mewujudkan laman Facebook Tourism Cuti-Cuti 1Malaysia.
- Bernama
http://malaysiakini.com/news/167128
 
 
No comments:
Post a Comment