Thursday, January 22, 2009

Penjual sayur jadi 'hero' tahan peragut


Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
zainal.mohamed@kosmo.com.my


RADZI melihat motosikalnya yang rosak selepas dia melompat turun dari kenderaan itu untuk menahan peragut di Alor Setar semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


ALOR SETAR - Seorang penjual sayur menjadi hero apabila memberkas seorang lelaki yang meragut beg tangan seorang wanita di Jalan Sultan Badlishah dekat Bangunan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) di sini semalam.

Kejayaan Radzi Awang Dol, 43, turut dibantu tiga anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang kebetulan melalui tempat kejadian.


INILAH suspek kes ragut yang diberkas oleh Radzi.
--------------------------------------------------------------------------------


Radzi berkata, ketika kejadian pada pukul 11.15 tengah hari, dia dalam perjalanan ke pasar berdekatan untuk membeli barangan perniagaannya.

"Bila saya sampai di tempat kejadian saya lihat seorang lelaki yang menaiki motosikal jenis Honda EX5 berhenti di tepi jalan secara tiba-tiba dan berlari ke arah seorang wanita yang sedang berjalan kaki.

"Suspek kemudian meragut beg tangan wanita itu,"
katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Terkejut dengan tindakan suspek dia menerkam ke arah peragut tersebut untuk menangkapnya.

Bercerita lanjut, Radzi memberitahu, pergelutan antaranya dengan peragut berkenaan disedari tiga anggota polis yang kebetulan melalui kawasan itu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

'Geng Sabah Boy' aktif samun, cabul berkubur


KERATAN Kosmo! 10 Oktober lalu.
--------------------------------------------------------------------------------


GOMBAK - Sekumpulan tujuh lelaki bergelar 'Geng Sabah Boy' yang bukan sahaja menyamun malah sanggup mencabul mangsanya 'bertemu buku dengan ruas' apabila mereka ditahan di sini kelmarin.

Kesemua penagih dadah berusia antara 17 dan 27 tahun tersebut dikatakan agresif sehingga sanggup mencederakan mangsa jika kehendak mereka tidak dipatuhi.

Di kalangan polis, suspek-suspek itu dikenali sebagai penyamun 'sesungut sotong' kerana tangan mereka akan menjalar mencabul mangsa samun wanita muda.

Difahamkan, ketua kumpulan yang berasal dari Sabah dikenali sebagai 'Zul' telah mengasaskan pertubuhan samun itu dengan hanya mengambil suku sakatnya sahaja untuk mengelakkan tembelang mereka pecah.

Di samping itu, 'Zul' juga bertanggungjawab merekrut ahli baru di kalangan saudara-maranya yang telah lama tinggal di sekitar Gombak untuk melakukan samun dan ragut tepi jalan.

Bagaimanapun, polis juga sedang menyiasat kemungkinan kumpulan yang sama terlibat dalam penjualan rantai dan gelang emas palsu yang hanya menggunakan cangkuk bertulis 916 sahaja sebagai tulen.

Nama kumpulan 'Sabah Boy' diambil sempena ramai ahli kumpulannya yang berasal dari Sabah.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, operasi khas yang dirancang dengan teliti itu dilakukan selepas pihaknya menerima satu laporan samun di Selayang, 12 Januari lalu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Kumpulan 'Azhar Kastam' tumpas


Mohamad menunjukkan sebahagian barang yang dirampas daripada
kumpulan 'Azhar Kastam' yang ditumpaskan minggu lalu.
--------------------------------------------------------------------------------


KLANG - Polis memberkas 11 anggota 'Geng Azhar Kastam' yang diketuai sepasang suami isteri yang aktif melaku jenayah dengan menyamar sebagai pegawai kastam atau polis dalam operasi minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, salah seorang suspek lelaki berjaya ditangkap di Plaza Tol Batu 11, Kajang pukul 4 petang pada 7 Januari yang membawa kepada tangkapan 10 lagi ahli kumpulan berkenaan sehari kemudian di Cheras dan Ampang.

Menurut beliau, kesemua suspek terdiri daripada lapan lelaki dan tiga wanita berumur lingkungan 27 hingga 48 tahun.

Beliau memberitahu, pada 3 Januari lalu, 10 suspek yang menyamar sebagai pegawai kastam dan polis 'menyerbu' sebuah bengkel kereta di Selat Selatan, Pandamaran, Pelabuhan Klang di sini.

Suspek-suspek semasa itu memakai jaket pasukan keselamatan kononnya mahu melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang terdapat di situ.

"Di bengkel itu, suspek membawa keluar dua buah kereta iaitu Subaru Impreza dan BMW dengan alasan kedua-dua buah kenderaan tersebut perlu menjalani pemeriksaan rekod oleh kastam.

"Namun, hasil perbincangan mangsa bersama kumpulan suspek di sebuah kedai kopi di Bukit Tinggi di sini, pemilik bengkel diminta membayar masing-masing sebanyak RM50,000 untuk dua kereta itu sekiranya mahu 'menyelesaikannya' di luar,"
katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

'Pulang jika tiada kerja'

Oleh SAIFUL AFFENDY SAPRAN
saiful.sapran@kosmo.com.my



KERATAN Kosmo! semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Kedutaan Besar Republik Indonesia di sini meminta warganya yang telah kehilangan pekerjaan di Malaysia akibat kelembapan ekonomi supaya segera pulang ke Indonesia bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini.

Bagaimanapun, Wakil Duta Besarnya, Tatang B. Razak berkata, pada masa sama mereka yang terlibat perlu mendapatkan hak sebagai pekerja daripada majikan masing-masing.

Beliau memahami kelembapan ekonomi ketika ini turut menjejaskan pelbagai sektor ekonomi di negara ini dan menasihatkan mereka yang telah diberhentikan kerja pulang ke Indonesia.

"Sekiranya masih tidak melanggar undang-undang negara ini dan ada peluang-peluang pekerjaan lain, mereka boleh cuba cari kerja tetapi sebaiknya mereka segera pulang,'' katanya ketika dihubungi semalam.

Tatang berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Kosmo! semalam berhubung pekerja warga asing yang kini mula diberhentikan kerja ekoran kelembapan ekonomi.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Harga gula dijangka naik


HARGA gula dijangka naik selepas perayaan Tahun Baru Cina. - Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------


BUKIT MERTAJAM - Harga gula dijangka naik selepas perayaan Tahun Baru Cina berikutan pembaharuan kontrak pengimportan gula yang menyaksikan negara pembekal menaikkan harga komoditi tersebut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menaikkan harga gula berikutan harga barangan itu telah naik di pasaran antarabangsa.

"Sebanyak 80 hingga 90 peratus bekalan gula kita adalah dari luar negara.

"Kontrak pembekalan gula dari negara pengeluar telah tamat tahun lepas dan tahun ini kita ada kontrak baru dan harganya (gula) lebih tinggi daripada kontrak lama,"
katanya di sini semalam.

Menurut Shahrir, Malaysia mengimport gula secara kontrak yang diperbaharui setiap tiga tahun.

"Kita sedang mengkaji untuk mengekalkan harga lama atau kemungkinan menaikkannya sedikit. Perkara ini akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Twendy-One jaga warga tua


"TWENDY-ONE mempunyai alat pengesan dan otot buatan manusia."
--------------------------------------------------------------------------------



TWENDY-ONE juga dikenali sebagai robot serupa manusia oleh penciptanya. Berketinggian 1.5 meter dan seberat 110 kilogram, Twendy-One mempunyai alat pengesan dan otot buatan manusia. Dicipta oleh Makmal Sugano dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Moden di Universiti Wesada, Jepun, robot itu direka khas bagi menangani masalah mencari penjaga untuk orang tua di rumah orang tua atau jururawat yang melayan pesakit berusia.

Ia juga direka untuk menjalinkan hubungan dengan manusia.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Infiniti&pg=in_07.htm

Pelajar lelong dara ada kekasih




SAN DIEGO - Seorang pelajar universiti, Natalie Dylan (gambar) yang melelong dara di Internet menegaskan dia masih dara walaupun sudah mempunyai teman lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.

"Saya juga mempunyai perasaan seksual tetapi kami tidak pernah menjalinkan hubungan seks.

"Ya, saya mempunyai teman lelaki tetapi atas sebab-sebab tertentu kami memutuskan untuk menangguhkan hubungan kami,"
katanya.

Menurutnya, dia tidak mahu membuktikan kepada dunia bahawa dia masih dara.

Dia telah lulus dua ujian penipuan dengan alat pengesan bohong bagi membuktikan dakwaannya itu.

Sejak melelong dara di Internet, Natalie, 22, telah menerima sebanyak 10,000 tawaran dan bidaan tertinggi sehingga kini berjumlah £2.6 juta (RM13.08 juta).

Natalie menafikan tindakannya itu merupakan satu perbuatan tidak bermoral dan menegaskan bahawa ia umpama satu perniagaan.

Pelajar itu sebelum ini memberitahu bahawa dia melelong dara kerana mahu mengumpul wang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

Lelaki 285 kg berjaya kuruskan badan


SMITH ketika beratnya 285 kilogram.
--------------------------------------------------------------------------------


PHOENIX - Seorang lelaki, David Smith yang pernah mempunyai berat 285.76 kilogram kini menjadi jurulatih kecergasan untuk mengurangkan berat badan, lapor sebuah akhbar semalam.

Doktor pernah meramalkan bahawa Smith, 31, yang berasal dari Arizona, Amerika Syarikat hanya mempunyai beberapa bulan untuk hidup ketika badannya gemuk.

"Ketika berumur 26 tahun, doktor memberitahu saya hanya mampu hidup selama empat bulan kerana masalah berat badan berlebihan," katanya.



BENTUK badan baru Smith.
--------------------------------------------------------------------------------


Namun, Smith berjumpa dengan seorang jurulatih kecergasan pada 2003 dan selepas dua tahun menjalani latihan keras, dia kini mampu mengurangkan berat badannya sebanyak 177.8 kilogram.

Selepas berjaya mengurangkan berat badannya kepada 101.6 kilogram, Smith menghadapai masalah lain apabila kulit badannya mula menggeleber.

Dia terpaksa menjalani empat pembedahan termasuk pembedahan laser dalam tempoh 12 bulan untuk membuang kulit yang berlebihan. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

Remaja kudung guna tangan bionik


REYNOLDS minum dengan menggunakan tangan bionik.
--------------------------------------------------------------------------------


LONDON - Seorang remaja, Evan Reynolds yang kehilangan tangannya dalam satu kemalangan kereta kini mempunyai satu tangan bionik berharga £10,000 (RM50,259), lapor sebuah akhbar semalam.

Reynolds, 19, kehilangan tangannya dalam satu kemalangan ngeri pada 2006 dan kejadian itu menyebabkan cita-citanya untuk menyertai tentera hancur.

Remaja itu merupakan antara warga Britain yang menggunakan tangan palsu yang dikenali sebagai i-Limb.

Tangan itu dikawal menggunakan pemikiran.

Ia boleh bertindak balas dengan isyarat daripada otot lengan bagi membuka atau menggenggam jari seperti normal.

Tangan palsu itu dimajukan oleh syarikat Touch Bionics dari Scotland.

"Ia merubah kehidupan saya dan saya mampu melakukan perkara yang tidak boleh saya lakukan sebelum ini seperti mengupas buah, menangkap bola dan memegang botol air," kata Reynolds. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

Dua lelaki hanyut 25 hari


GAMBAR bertarikh 17 Januari ini menunjukkan dua lelaki Myanmar yang berada dalam kotak ais meminta pertolongan di perairan utara Australia.
--------------------------------------------------------------------------------



SYDNEY - Dua lelaki Myanmar diselamatkan selepas 25 hari berada dalam kotak ais gergasi di perairan yang menjadi tumpuan jerung di utara Australia, kata pihak berkuasa semalam.

Kedua-dua lelaki itu berada dalam kotak ais selepas bot nelayan Thailand yang dinaiki karam pada 23 Disember lalu sebelum mereka ditemui oleh sebuah helikopter maritim pada Sabtu lalu.

Jurucakap Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia, Tracey Jiggins menyatakan kedua-dua lelaki itu memberitahu terdapat 18 lagi anak kapal yang dipercayai mati lemas.

Mereka dipercayai belayar dari Thailand tetapi lokasi tempat bot itu karam masih belum dikenal pasti.

Seorang jurucakap sebuah helikopter yang menyelamatkan kedua-dua lelaki itu, Peter Heath berkata, ayat pertama keluar dari mulut mereka adalah: "Bolehkah kami diberi minuman?"

Menurut seorang juruterbang, Terry Gadenne, kedua-dua lelaki itu minum dua liter air dengan cepat.

Seorang jurucakap sebuah hospital berkata, mereka berada dalam keadaan baik dan dibenarkan keluar semalam.

Kedua-dua lelaki itu kini ditempatkan di sebuah motel sehingga identiti diri mereka dikenal pasti oleh Jabatan Imigresen.

Setakat ini masih tidak jelas apakah makanan yang mereka makan ketika berada di laut tetapi satu laporan menyatakan kemungkinan kedua-dua lelaki itu makan ikan yang terdapat dalam kotak ais. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

Mohammad akui rancang serangan


JAKARTA - Seorang warga Singapura yang pernah bertemu Osama bin Laden semalam mengaku bahawa dia pernah merancang untuk menyerang Lapangan Terbang Changi dan pusat pemerintah logistik tentera laut Amerika Syarikat (AS) di Singapura.

"Kami merancang untuk menyerang Changi pada 2000 dan pangkalan tentera laut Sembawang pada 1999, bagaimanapun rancangan itu berjaya dipatahkan pihak berkuasa," kata Mohammad Hasan Saynudin, 35, dari bilik sebuah penjara di sini.

Mohammad kini ditahan di sebuah penjara berikutan kesnya masih dibicarakan.

Mohammad yang dipercayai anggota kumpulan Jemaah Islamiah (JI) berkata, dia merupakan ketua bagi merancang satu serangan di Sumatera pada pertengahan tahun lalu tetapi plot itu berjaya dipatahkan oleh pihak berkuasa.

"Pada 2000, saya menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan Saya bertemu Osama beberapa kali ketika dia menyampaikan syarahan mengenai peperangan menentang AS," katanya.

"Menyerang adalah satu bentuk pertahanan terbaik. Ini adalah peperangan menentang AS dan sekutunya," kata Mohammad.

- AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

Seperti dilanda gempa


SEBUAH keluarga Palestin duduk dekat rumah mereka yang musnah akibat serangan tentera Israel di Gaza, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


BANDAR GAZA - Kawasan yang suatu masa dahulu ditumbuhi pokok zaitun yang rimbun, deretan rumah dan beberapa bangunan kilang kini hanya tinggal batu-batu seperti padang jarak padang terkukur.

"Keadaan ini (di Gaza) sepuluh kali lebih dahsyat berbanding kejadian gempa bumi," kata seorang jurutera, Ashraf Faraj.

Tidak ada sebuah bangunan pun yang berada dalam keadaan baik di Qirem, Jabaliya dan Abed Rabbo.

Jabaliya ialah kawasan terawal yang menjadi sasaran bedilan tentera Israel dalam perang selama 22 hari yang bermula pada 27 Disember sebelum berakhir pada Ahad lalu.

Seorang penduduk, Mohammad Hassan, 52, menyatakan dia kehilangan semua bekalan makanan dan perniagaan hotel.

"Mengapa mereka (Israel) memusnahkan segala-galanya?" katanya.

Serangan tentera rejim Zionis dari arah laut, udara dan darat memusnahkan lebih 5,000 rumah manakala 20,000 unit lagi rosak teruk dengan kerugian dianggarkan bernilai AS$1.9 bilion (RM6.4 bilion), kata seorang jurucakap Hamas, Taher al-Nunu.

Lebih 1,300 kematian direkodkan dan 5,000 lagi cedera, kata petugas-petugas perubatan.

"Setiap kali berperang, tentera Israel akan memusnahkan pokok-pokok zaitun. Saya tidak faham mengapa mereka perlu berbuat demikian," kata seorang penduduk Palestin.

- AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Obama angkat sumpah Presiden


OBAMA menangkat sumpah jawatan Presiden di hadapan Ketua Hakim, John Roberts (kanan) di bangunan Capitol, Washington semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


WASHINGTON - Barack Hussein Obama semalam mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-44 di bangunan Capitol di sini.

Obama menjadi pemimpin kulit hitam pertama memegang jawatan itu selepas beliau memenangi pilihan raya Presiden pada 4 November tahun lalu menewaskan John McCain dari parti Republikan.

Dalam upacara itu, beliau meletakkan tangan di atas kitab Injil yang pernah digunakan oleh Abraham Lincoln pada 1861 ketika mengangkat sumpah jawatan Presiden.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Ketua Hakim John Roberts.


ORANG ramai memenuhi kawasan sekitar bangunan Capitol di Washington semalam untuk menyaksikan upacara angkat sumpah Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat.
--------------------------------------------------------------------------------


Sebelum itu, Joe Biden mengangat sumpah sebagai Naib Presiden AS.

Selepas mengangkat sumpah, Obama berucap selama 17 minit dengan menyentuh isu perpaduan rakyat AS.

Obama yang mempunyai ibu berkulit putih dari Kansas manakala bapanya berasal dari Kenya menggunakan nama Barack Hussein Obama ketika mengangkat sumpah.

Pada waktu pagi sebelum beliau mengangkat sumpah, Obama dan isterinya Michelle mengunjungi gereja St. John's Episcopal yang dikenali sebagai gereja untuk Presiden.



OBAMA dan isteri bergambar bersama Bush serta isterinya, Laura di White House semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


Obama yang berumur 47 tahun turut bersarapan pagi bersama George W. Bush dan isterinya, Laura dalam acara tradisi di White House.

Selepas Obama mengangkat sumpah, ejen-ejen Perkhidmatan Rahsia mengiringi Bush yang kini bergelar bekas Presiden AS menaiki sebuah helikopter.

Bush bertolak ke Pangkalan Tentera Udara Andrews di Maryland untuk ke Texas dengan menaiki sebuah pesawat Presiden.

Selepas majlis mengangkat sumpah itu berakhir, Obama memasuki bangunan Capitol dan makan tengah hari bersama 200 anggota Kongres AS dan tetamu undangan lain.


OBAMA dan isterinya memasuki gereja St. John's Episcopal sebelum mengangkat sumpah di Washington semalam.
--------------------------------------------------------------------------------


Tetamu-tetamu dihidangkan dengan daging burung kuang bayas dan itik yang dimasak mengikut masakan Cina di bilik Lincoln, White House.

Selepas makan tengah hari, Obama dibawa ke Pennsylvania Avenue dengan kereta rasmi terbarunya yang diberi nama The Beast.

Beliau juga menyaksikan perarakan yang menjadi tradisi meraikan Presiden baru AS sejak 200 tahun lalu. - Agensi



http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

10 Careers that Top $30 per Hour

by Clare Kaufman, FindtheRightSchool.com


In just 60 minutes, you could earn enough to pay for a tank of gas, the cable bill, gym membership, or dinner out. Thirty dollars still covers some of life's essential costs. Earn that much in just one hour on the job, and you have enough to build a comfortable life.

The latest U.S. Census Bureau figures put the median household income in the U.S. at $50,233. A $30-per-hour job brings in $62,400 before taxes, or 20% more than the national median. For many people, this extra margin is just one promotion or one credential away. To boost your economic security, consider these 10 careers with salary data as reported by the U.S. Bureau of

Labor Statistics:

Database Administrator
Mean Hourly Wage: $33.78
Salary: $70,260

Database administrators perform a vital role in our information economy, managing the database systems that help companies store, process, and access data effectively. Job growth is stunning in this high-demand field as well -- the profession is expected to grow 37 percent through 2016. Continuing education is a must to keep up with evolving technology, but entry requirements are modest. You can launch this $30-plus-an-hour career with an associate's degree in database administration or information technology.


Registered Nurse
Mean Hourly Wage: $30.04
Salary: $62,480

Historic demand for registered nurses is inspiring many people to reinvent themselves as health care practitioners. Nursing is projected to generate more new jobs than any other profession -- an estimated 587,000 positions through 2016, which represents a 23% increase in a decade. To take advantage of this boom, head to nursing school for your bachelor's degree in nursing (BSN). Accelerated programs are available for career changers who already have a bachelor degree in another field.


Technical Writer
Median Hourly Wage: $30.18
Salary: $62,780

Technical writers interpret engineering and scientific information for a lay audience, producing product documentation, user manuals, project proposals, and scientific reports. Most writers come to the field with a college bachelor's degree in a communications or liberal arts field. Some colleges offer specialized certificate programs in technical communication, which incorporate IT literacy training.


Fashion Designer
Median Hourly Wage: $34.22
Salary: $71,170

Fashion design has the reputation as an all-or-nothing labor of love -- you begin as a starving artist and ultimately attain celebrity stature designing haute couture. In fact, the majority of fashion designers -- 3 in 4 designers -- work secure, salaried jobs for apparel manufacturers. What these artists give up in suffering and glamour they make up for in a solid and stable paycheck. A job as a salaried fashion designer starts with an associate's or bachelor's degree in fashion design.


Accountant
Median Hourly Wage: $30.11
Salary: $62,640

Accountants should have no trouble finding work as businesses throughout the economy sort through the financial rubble of the credit crisis. Mounting federal regulation will also contribute to demand for trained accountants. Accountants working for accounting and bookkeeping services earn upwards of $30 per hour. These employers hire trained professionals with a bachelor's degree in accounting or finance.


Environmental Scientist
Median Hourly Wage: $30.71
Salary: $63,870

Environmental scientists will be the heroes of the coming era, developing much-needed strategies to redress environmental damage to soil, water, and air. The field is expected to grow 25% in response to new federal regulations and funding, as well as private investment. A bachelor's degree in earth sciences will get you started in this fascinating and important field. Many scientists go on to a master's degree to secure the best opportunities.


K-12 Curriculum Designer
Median Hourly Wage: $30.87
Salary: $64,220

Curriculum designers are at the forefront of educational research, developing new instructional materials and strategies to improve the quality of education in our nation's schools. The job typically calls for a graduate-level degree in the field, such as a master's degree in education (M.Ed.).


Dental Hygienist
Mean Hourly Wage: $31.21
Salary: $64,910

To make about the same amount of money with a two-year associate's degree, enroll in a dental hygiene program. Dental hygienists work alongside dentists to promote oral health and hygiene. Hygienists enjoy distinction as one of the nation's fastest growing occupations, with 30% growth expected through 2016.


Detectives and Criminal Investigators
Median Hourly Wage: $30.05
Salary: $62,500

Solving crimes is all in a day's work for these criminal justice professionals. Criminal investigators can build their skill set by completing an associate's degree in criminal justice, where they take courses in crime scene investigation, criminal investigation procedures, and more. The Bureau of Labor Statistics rates job opportunities as "excellent."


Television Producer
Median Hourly Wage: $31.66
Salary: $65,850

Producers coordinate the television features we enjoy, from sitcoms to dramas to the nightly news. To build the necessary skill set, producers enter the field with an associate's or bachelor's degree in mass communications or broadcast media.

A tight economy hasn't stopped employers in these ten fields from hiring qualified grads. With the right degree, you can upgrade your career and find job security in the form of a $30-an-hour paycheck.


http://hotjobs.yahoo.com/career-articles-10_careers_that_top_30_per_hour-626

Sengsara jadi buruan along


BUKTI...Aina menunjukkan laporan yang dibuatnya.


KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang terjebak meminjam wang daripada along, kini dibayangi ketakutan apabila mendakwa setiap hari dicemuh dan diugut untuk dicederakan jika gagal membayar balik pinjaman berserta jumlah bunga tidak masuk akal.

Lebih merisaukan, along terbabit memberitahu jumlah hutangnya tidak pernah menyusut, malah melebihi jumlah pinjaman walaupun setiap bulan membuat bayaran sejak lebih setahun lalu.

Akibat kejadian itu juga, wanita berusia awal 30-an terbabit yang ingin dikenali sebagai Aina, terpaksa mengambil langkah drastik berhenti kerja serta-merta dan berpindah ke rumah baru bagi mengelak diri daripada diburu along berkenaan.

Paling menyedihkan, wanita berkenaan kini terpaksa berdepan perkara itu berseorangan berikutan ditinggal kekasih dan dipulau rakan rapatnya yang tidak mahu terbabit sama dalam masalah dialaminya.

Aina berkata, dia mula terjebak apabila dipelawa kawan baik yang juga bekas rakan serumahnya yang beriya-iya mempromosikan perkhidmatan along terbabit yang kononnya tidak mempunyai sebarang niat jahat.

Termakan pujuk rayu rakannya itu, dia meminjam RM2,500 untuk digunakan membayar duit pendahuluan kereta selain menyambut kedatangan Aidilfitri pada 2007.

Wanita dari pantai timur itu berkata, rakan baiknya itu tiba-tiba menghilangkan diri beberapa bulan lalu dan gagal dihubungi sekali gus menyebabkannya berasa tidak sedap hati.

“Tidak lama kemudian, saya dihubungi dan diugut along berkenaan supaya membayar jumlah wang tidak masuk akal menyebabkan saya tidak tentu arah.

“Bila diselidiki, barulah saya tahu rakan saya itu berkemungkinan bersubahat dengan along berkenaan untuk mencari mangsa baru sebagai syarat membebaskan diri daripada terus diburu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Berasakan diri terpedaya, Aina mengambil keputusan nekad enggan meneruskan bayarannya.

“Apa yang menghairankan, apabila ditanya jumlah hutang, along itu cakap masih tinggal RM3,000 walaupun setiap bulan saya bayar di antara RM400 hingga RM500 sejak setahun lalu.
“Berikutan itu, saya nekad memberhentikan bayaran. Bagaimanapun, along itu terus menghubungi dan mengugut saya. Malah, mereka pernah datang ke rumah lama tempat saya diami dulu dan cuba merampas segala keperluan di dalam rumah itu,” katanya,

Tidak tahan dengan dugaan dialami, Aina kemudian membuat aduan polis berhubung hal itu semalam dan berharap selepas ini along terbabit tidak lagi mengganggunya.

“Mujur ketika itu saya sempat pinjam duit rakan. Kerana bimbangkan rakan lain yang tiada kena-mengena dalam hal ini, saya ambil keputusan berpindah dan berhenti kerja,” katanya.

Tidak tahan dengan dugaan dialami, Aina kemudian membuat aduan polis berhubung hal itu semalam dan berharap selepas ini along terbabit tidak lagi mengganggunya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090120073541/Article/index_html

Rizab lebih RM316.8b


KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melakukan pelbagai usaha mengharungi kesan krisis ekonomi global yang semakin buruk, termasuk memberi jaminan kepada pelabur kedudukan ekonomi Malaysia masih di tahap meyakinkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata, dalam tempoh setahun ini negara masih mampu bertahan berdasarkan fundamental kukuh, dengan lebihan dagangan yang sihat serta rizab antarabangsa melebihi RM316.8 bilion.

Katanya, usaha berterusan untuk meyakinkan pelabur bahawa negara ini adalah destinasi pelaburan utama diperlihatkan menerusi kestabilan politik, daya saing negara serta sumber modal insan berkualiti dan mempunyai ciri diperlukan industri.

“Kerajaan memang komited melakukan pembaharuan dan pengubahsuaian untuk mengukuhkan ekonomi negara. Kita akan terus menjalin kerjasama erat dengan rakan niaga dalam usaha mewujudkan persekitaran perniagaan memberangsangkan.

“Meskipun sedar seriusnya kemelesetan ekonomi dan sistem kewangan global yang mengakibatkan bukan saja kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) berkurangan, sebaliknya pelabur sedia ada juga mungkin gusar dan tidak berdaya, namun kerajaan tetap yakin.

“Kita percaya, Malaysia mampu mengharungi ketidaktentuan ekonomi ini dengan baik dan beri kesan yang paling minimum,” katanya ketika berucap melancarkan dua kenderaan Chana Era edaran Changan Berjaya Auto Sdn Bhd, di sini, semalam.

Turut hadir, Duta China ke Malaysia, Liu Jian; Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Corporation, Tan Sri Vincent Tan; Pengarah Eksekutif Berjaya Corporation, Datuk Robin Tan; Timbalan Presiden Changan Automobile Limited, Wu Xue Song dan Pengerusi Changan Berjaya Auto Sdn Bhd, Datuk Amer Hamzah.

Najib berkata, kedudukan sektor automotif negara berada pada tahap terbaik walaupun terdapat sedikit pengurangan dari segi jualan dan keluaran sekali gus menyebabkan suasana ekonomi tidak menentu.

“Ini bukan penghalang sebaliknya, hari ini (semalam) menyaksikan kemasukan jenama baru (kenderaan Chana Era) dalam pasaran Malaysia seterusnya menggambarkan keyakinan pengeluarnya terhadap pelaburan dibuat dalam negara.

“Dengan kontrak pemasangan kereta Chana di Johor dan rancangan membangunkan kemudahan pembuatan di Bukit Tagar, Rawang dengan kapasiti pengeluaran 30,000 unit, ia diharap mampu mewujudkan pasaran baru dan peluang pelaburan kepada syarikat pembuatan tempatan,” katanya.

Terdahulu, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Changan Berjaya Auto Sdn Bhd dengan wakil pasaran dari Sri Lanka, Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei. Malaysia akan menjadi hab eksport kenderaan Chana Era, pemanduan sebelah kanan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090120071053/Article/index_html

Ibu tiri tekap seterika


Oleh Sarah Zulkifli
sarah@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Akibat tidak tahan menjadi mangsa dera ibu tiri sejak setahun lalu, termasuk dipukul dengan batang besi dan tubuhnya ditekap dengan seterika, seorang remaja perempuan terpaksa membocorkan kejadian menimpanya kepada jiran bagi mendapatkan bantuan.

Berikutan itu, jiran yang bersimpati dengan nasib menimpa membawa mangsa untuk membuat laporan di balai polis berhampiran.

Difahamkan, remaja terbabit yang berusia 15 tahun turut dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat luka pada beberapa bahagian tubuh, termasuk paha dan betis selepas laporan polis dibuat.

Menurut jiran mangsa berusia 30-an yang enggan dikenali, dalam kejadian jam 1.30 tengah hari pada Jumaat lalu, anaknya membawa balik remaja berkenaan ke rumahnya di Rumah Panjang, Jinjang Utara, Kepong di sini.

“Anak saya memang berkawan dengan mangsa kerana kami berjiran dan saya tidak mengesyaki apa-apa pada mulanya.

“Namun, saya amat terkejut apabila remaja itu memberitahu dia didera ibu tirinya sejak setahun lalu, serta menunjukkan kesan tubuhnya yang ditekap dengan seterika,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.

Katanya, remaja terbabit memberitahu ibu tirinya memukulnya walaupun dia melakukan kesalahan kecil sehingga mendakwa dia terlalu takut dengan ibu tirinya.

“Selepas mengetahui kejadian itu, saya menemaninya membuat laporan polis di Balai Polis Jinjang, Kepong.

“Saya mendapati nafasnya tersekat-sekat ketika menceritakan semula perbuatan kejam yang dilakukan ibu tiri terhadapnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes itu dibuat jiran mangsa di Balai Polis Jinjang.

“Polis menahan ibu tiri mangsa untuk membantu siasatan pada hari laporan polis dibuat remaja berkenaan dengan ditemani jirannya pada Jumaat lalu dan dia (ibu tiri) diikat jamin sehari selepas ditahan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090120073423/Article/index_html

Geng Ronald tumpas


Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
ahmadtajol@hmetro.com.my



KAJANG: Pemburuan ketua kumpulan penjenayah dikenali dengan jolokan ‘Geng Ronald’ yang aktif melakukan kegiatan samun dan pecah rumah sejak dua tahun lalu berakhir semalam apabila tiga maut termasuk ketua kumpulan itu dalam satu kejadian berbalas tembak berhampiran Plaza Tol Sungai Ramal, Kajang, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, ketua kumpulan terbabit yang dikenali sebagai Ronald, berusia 40-an mati di tempat kejadian selepas terkena tembakan.

Harian Metro difahamkan, taktik mengenakan dua helai baju pada masa sama dikenal pasti antara modus operandi kumpulan yang terbabit dengan kira-kira 50 kes samun di tujuh negeri dan dijadikan topeng bagi mengelak mereka dikenal pasti mangsa.

Selain menyamun dan mensasarkan rumah VIP, geng terbabit turut melakukan jenayah rogol berdasarkan rekod yang dicatatkan di Johor, tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, ketika ditemui Harian Metro di lokasi kejadian, semalam, menjelaskan geng terbabit sangat dikehendaki polis berdasarkan rekod jenayah itu dan dipercayai dapat membantu siasatan.

“Kami ‘terhidu’ pergerakan tiga suspek yang ketika itu menaiki kereta Waja warna perak di Salak Selatan sebelum mengekori mereka sehingga ke lokasi kejadian.

“Sebaik menyedari pergerakan mereka diawasi, seorang daripada suspek mengacukan pistol dan melepaskan dua das tembakan ke arah anggota polis,” katanya.

Khalid berkata, anggota yang mengekori suspek terpaksa melepaskan tembakan bagi tujuan mempertahankan diri dan mengenai ketiga-tiga suspek berusia antara 25 hingga 40 tahun itu.

“Ketiga-tiga suspek yang mati ditembak warga Indonesia yang turut memiliki dokumen perjalanan sah,” katanya.

Difahamkan, sebaik melakukan jenayah, mereka akan pulang ke negara masing-masing dan kembali ke negara ini bagi meneruskan kegiatan jenayah berdasarkan rekod kekerapan keluar masuk.

Polis turut percaya masih terdapat beberapa lagi ahli kumpulan itu yang masih bebas dan operasi memburu saki-baki geng terbabit diteruskan.

Hasil pemeriksaan, polis menemui sepucuk pistol buatan sendiri berserta enam butir peluru hidup jenis .32 termasuk beberapa peralatan dipercayai digunakan ketika melakukan jenayah.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090120072800/Article/index_html

Warga emas rogol cucu saudara


JITRA: Seorang warga emas berusia 84 tahun sanggup menjadikan cucu saudaranya sendiri sebagai pemuas nafsu apabila merogol kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu tanpa belas kasihan sejak setahun lalu.

Bagaimanapun, perbuatan warga emas itu terbongkar apabila seorang jirannya ternampak dia berbaring di atas mangsa di rumahnya di Kampung Pasir, Mukim Naga, dekat sini, petang Jumaat lalu dalam keadaan mencurigakan.

Mangsa yang juga murid tahun empat sebuah sekolah rendah, di sini, dikatakan tinggal berjiran dengan suspek di kampung berkenaan dan dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan.

Suspek dikatakan sudah beberapa kali merogol mangsa sejak setahun lalu ketika ibu dan bapa mangsa tiada di rumah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata jiran yang ternampak perbuatan suspek kemudian memaklumkan kejadian itu kepada ibu mangsa yang berusia 27 tahun.

“Berikutan itu, mangsa dibawa ibunya ke Hospital Jitra dan doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa yang dipercayai dirogol.

“Ibu mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu berhubung kejadian itu keesokannya.

“Berdasarkan laporan, kali terakhir mangsa dirogol pada Jumaat lalu di rumahnya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Ibrahim berkata, mangsa dipercayai dirogol beberapa kali termasuk di ruang tamu, di bilik tidur serta beberapa tempat lain di rumah mangsa sejak tahun lalu.

Susulan daripada laporan yang diterima pengadu, pihak polis kemudian membuat serbuan ke rumah suspek malam Sabtu lalu dan menahannya untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan iaitu kesalahan sumbang mahram.

“Suspek direman bermula kelmarin untuk membantu siasatan dan setakat ini kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini," katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20090120072736/Article/index_html

Sakit usah buat mainan


Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: “Saya sedih kerana masih ada pihak yang menggunakan kaedah purbakala (santau) hanya semata-mata mahu melihat pihak lain susah. Bukankah itu khianat namanya,” kata Presiden Seniman, Datuk Mustapha Maarof.

Menurutnya, industri hiburan tanah air yang semakin maju dengan pelbagai alatan canggih tidak memerlukan individu pendengki, lebih-lebih lagi ia menjejaskan periuk nasi orang lain.

Bagaimanapun, dia menasihatkan artis yang mendakwa terkena santau supaya memeriksa dengan doktor dan mengambil kira pandangan pakar mengenainya sebelum membuat tuduhan melulu kepada artis lain menerusi media.

Ini kerana katanya, dia bimbang jika artis tertentu mempunyai agenda cuba mendapatkan publisiti murahan dengan mengadu kepada pihak media yang sekali gus sebenarnya merosakkan imej industri hiburan tempatan.

“Kita akui industri hiburan tempatan terlalu banyak calon mahu menempatkan diri untuk popular sedangkan peluang pula tidak sebanyak calon yang ada.

“Sesama artis perlu ada sifat kasih kepada sahabat seperjuangan yang mencari rezeki dengan cara sama. Tidak perlulah menggunakan santau atau usahlah cuba mencari populariti dengan cara mendedahkan kononnya terkena santau.

“Soal sakit jangan dijadikan permainan kerana sudahlah berdosa mengelirukan banyak pihak, malah sebenarnya tidak mendatangkan faedah kepada tuan punya badan itu sendiri,” katanya mengulas laporan muka depan Metro Ahad, semalam.

Laporan memetik, perang mulut di kalangan artis sehingga timbul persengketaan mungkin perkara biasa dalam industri hiburan.

Tetapi agak mengejutkan apabila ada segelintir yang bertindak keterlaluan termasuk mengenakan santau demi melunaskan dendam atau membunuh terus karier rakan seperjuangan mereka.

Mengulas perkara sama, tokoh agama, Hassan Mahmud Al-Hafiz, menyatakan tidak kira sama ada artis atau sesiapa saja, perkara utama yang perlu diberikan perhatian ialah menyelesaikan punca berlakunya perbuatan santau iaitu hasad dengki.

“Individu yang melakukan perbuatan hasad dengki kepada orang lain dengan menggunakan santau sepatutnya berfikir tindakan mereka itu jelas tidak bertamadun...mahukan sesuatu dengan sanggup berbuat apa saja termasuk mengetepikan nilai insan.

“Pihak berkenaan hatinya kotor, boleh menimbulkan fitnah dan adu-domba serta jauh dari hidayah Allah. Justeru, jika mahu selesaikan masalah santau perlu terlebih dulu memulihkan rasa kasih sayang,” katanya.

Beliau turut mencadangkan undang-undang digubal berkenaan perkara ghaib yang merosakkan kehidupan orang lain kerana setakat ini pesalah akan terlepas disebabkan ia tidak termaktub di bawah apa-apa undang-undang.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090119095639/Article/index_html

Angkara pesaing bisnes


Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my


HANGUS...Chou (kiri) bersama Kua (dua dari kanan)
melihat kesan kebakaran pikap di depan rumah sewanya.



JOHOR BAHRU: Gara-gara dipercayai dicemburui pesaing, keluarga seorang pembekal tong gas memasak nyaris maut apabila kediaman mereka di Jalan Jelatang 27, Taman Cahaya Kota Masai, di sini, dibaling dengan bom petrol, minggu lalu.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 4.45 pagi Ahad itu, Chou Taik Loong, 35, dan isterinya terselamat apabila jiran mereka segera membantu mengawal kebakaran selain menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang.

Chou berkata, walaupun kejadian itu seminggu berlalu, dia dan isteri masih ketakutan kerana bahagian depan rumah sewa itu musnah bersama sebuah pikap.

“Ini kejadian pertama sejak saya menyewa di rumah ini, kira-kira tujuh bulan lalu dan menyebabkan kerugian mencecah RM10,000. Selepas menyedari kebakaran, saya dan isteri bertindak pantas menyelamatkan diri mengikut pintu belakang kediaman dan mengalihkan kereta Proton Satria dari halaman rumah itu ke luar pintu pagar bagi mengelakkan ia dijilat api.

“Kami bimbang dan panik kerana kebakaran itu boleh menjadi lebih serius sekiranya 10 tong gas dalam pikap saya meletup. Kami bernasib baik kerana anggota bomba yang tiba selepas setengah jam dapat mengawal kebakaran itu dengan cepat dan mengelakkan api merebak ke kediaman jiran,” katanya ketika ditemui, semalam.

Chou berkata, dia mengesyaki kejadian itu berpunca daripada sikap cemburu pesaingnya dalam perniagaan kerana beberapa hari sebelum itu, dia menerima amaran berunsur ugutan daripada sebuah syarikat pembekal gas.

Sehubungan itu, katanya, dia bertindak melaporkan ugutan terbabit di Balai Polis Seri Alam, di sini, pada 3 Januari lalu kerana khuatir sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Menerusi ugutan berkenaan, seorang wanita dan teman lelakinya berusia dalam lingkungan 40-an melarang saya membekalkan gas di kawasan Taman Megah Ria dan Permas Jaya kerana mendakwa akan mengganggu perniagaan mereka.

“Saya tidak menyangka ada pihak sangggup melumpuhkan perniagaan saya dengan membakar pikap dan halaman rumah hingga mengakibatkan kami terpaksa berpindah rumah ke Taman Permas Jaya,” katanya.

Insiden yang menimpa Chou itu mendapat perhatian Pengerusi Biro Pengaduan Awam Pemuda MCA negeri, Kua Song Tuck dan Ketua Skop Pencegahan Jenayah MCA Pasir Gudang, Shium Chan Teck yang meninjau tempat kejadian, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin ketika dihubungi, berkata pihaknya menyiasat dari pelbagai sudut mengenai ugutan dan serangan menggunakan bom petrol itu.

“Kami memandang serius kejadian berkenaan dan akan mendapatkan maklumat daripada saksi serta pembekal gas berkenaan bagi membantu siasatan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090119095546/Article/index_html

Pendidik dicekup curi akhbar


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang gemar membaca akhbar mempunyai hobi pelik apabila sanggup membelakangkan undang-undang dan mencuri akhbar semata-mata untuk mendapatkan kepuasan membaca.

Bagaimanapun, amat mengaibkan apabila lelaki berusia 35 tahun yang mempunyai hobi pelik itu, dikatakan berkhidmat sebagai pendidik di sebuah sekolah sekitar ibu kota.

Lelaki dengan hobi peliknya itu bagaimanapun menerima padah apabila dia ditahan sekumpulan detektif dalaman sebuah pasar raya ketika dalam cubaan mencuri dua naskhah akhbar dari kedai di sebuah pasar raya, di sini, dalam kejadian jam 1 tengah hari kelmarin.

Ketika ditanya kumpulan detektif dalaman pusat membeli-belah berkenaan, dia mendakwa membayar harga dua naskhah akhbar berkenaan, bagaimanapun, pemeriksaan dijalankan dengan pemilik kedai mendapati lelaki itu berbohong.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090119095507/Article/index_html

Nafi kosong DUN Wakaf Mempelam


Oleh Hadzlan Hassan, Siti Fatimah Hassan dan Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my



KUALA TERENGGANU: Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang baru, Mohd Abdul Wahid Endut menafikan pernah berjanji akan mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam yang diwakilinya sejak 1990 jika menang pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, kelmarin.

Menurutnya, beliau tidak pernah membuat janji seperti itu dan percaya berita itu disebarkan pihak tertentu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) konon akan berlaku satu lagi pilihan raya kecil dalam kawasan Kuala Terengganu iaitu DUN yang diwakilinya selepas terpilih sebagai Ahli Parlimen.

“Sebenarnya saya turut menerima SMS itu hari ini (semalam) yang dikirimkan daripada nombor tidak dikenali.

“Kenapa saya perlu kosongkan kerusi DUN Wakaf Mempelam sedangkan saya dipilih rakyat untuk mewakili mereka di kawasan itu.

“SMS itu disebarkan kumpulan tertentu yang mendakwa saya akan memberi laluan kepada wakil Pas lain sesudah menang kerusi Parlimen,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya, petang semalam.

Mohd Abdul Wahid Endut memenangi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan majoriti 2,631 undi apabila memperoleh 32,883 undi mengalahkan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang memperoleh 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam memperoleh 193 undi, hilang wang pertaruhan.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wan Mustafa Wan Hassan di pusat penjumlahan undi di Stadium Negeri, di sini, jam 9.25 malam kelmarin.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang, Allahyarham Datuk Razali Ismail daripada BN pada 28 November tahun lalu.

Wakaf Mempelam ialah satu daripada empat DUN dalam Parlimen Kuala Terengganu selain Batu Burok dan Ladang yang dikuasai Pas manakala Bandar dikuasai BN.

Mengulas perancangannya sesudah memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid berkata, keutamaannya sebagai wakil rakyat ialah membawa permasalahan rakyat di Parlimen dan menegur dasar kerajaan yang tidak bermanfaat kepada rakyat, di samping meneruskan tugasnya sebagai Adun Wakaf Mempelam.

Menurutnya, beliau akan meneruskan tiga tugasnya iaitu wakil rakyat di DUN, Ahli Parlimen dan tugas parti.

“Kita akan membantu dan menegur pemerintah bagi memastikan dasar yang dibuat di semua peringkat menguntungkan rakyat,” katanya.

Katanya, tugas diamanahkan tidak akan dilaksanakan secara bermusim, sebaliknya sentiasa terbuka dan bersedia menemui rakyat bila-bila masa selain mengambil pegawai daripada pelbagai kaum termasuk Cina dan India bagi memastikan masalah golongan itu dapat diselesaikan.

Sementara itu di Kota Bharu, Mursyidul Am Pas yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, meminta penyokong Pas tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh melukakan hati pihak lawan kerana tujuan utama perjuangan Pas ialah berdakwah.

“Kalau kita buat kenyataan, kita nak paut tak boleh, dia (BN) lari sebab terluka. Jangan buat kenyataan yang boleh menyusahkan mereka. Dalam dunia ini, apa saja kita buat, untuk bekal di akhirat,” katanya di sini, semalam.

Beliau memberi peringatan itu selepas kejayaan Pas meraih kemenangan pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, semalam.

Menurutnya, kejayaan paling utama mereka ialah apabila berjaya merapatkan golongan Cina daripada DAP dengan gerakan Islam yang dibawa Pas.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090119093124/Article/index_html

Najib tidak boleh dipersalah


KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengetuai jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak harus dipersalahkan bagi kekalahan BN, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, kekalahan BN dalam pilihan raya kecil itu semalam adalah kerana faktor calon.

“Sebahagian daripada sebab mereka (pengundi) tidak menyokong BN ialah kerana mereka tidak suka kepada calon,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia di Kompleks Sukan Bangsar di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kekalahan calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh kepada calon Pas Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang daripada BN yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090119093048/Article/index_html

Calon BN terima kehendak rakyat


KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) menerima keputusan rakyat yang memilih Pas sebagai wakil rakyat Parlimen Kuala Terengganu serta menghormati prinsip demokrasi dan suara rakyat.

Calon BN Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha keras untuk parti terutama pengundi BN yang menyokongnya, walaupun tidak cukup untuk memenangi pilihan raya kecil kali ini.

Beliau yang meraih 30,252 undi tewas kepada calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut yang mendapat 32,883 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam sekadar memperoleh 193 undi sekali gus hilang wang pertaruhan.

“Saya ucapkan tahniah kepada sahabat saya, Abdul Wahid yang menang pilihan raya ini. Saya ucapkan selamat menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

“Saya juga berterima kasih kepada jentera luar dan dalam yang membantu BN kali ini dan saya tahu mereka bekerja keras untuk pilihan raya ini,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman Menteri Besar, di Seri Iman, di sini malam kelmarin.

Selepas memberi kenyataan ringkas itu, beliau yang tergesa-gesa meninggalkan Seri Iman enggan mengulas lanjut kekalahannya dan memberitahu ‘saya tidak akan jawab sebarang soalan’. Namun, sebelum beredar, beliau sempat berseloroh dengan menyatakan perkara keempat, iaitu terima kasih juga kepada media.

Sementara itu Menteri Besar Datuk Ahmad Said, berkata beliau menerima kekalahan BN kali ini dan akan terus melakukan yang terbaik pada masa akan datang.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090119093035/Article/index_html

Pakatan Rakyat tubuh Majlis MB, KM


BERSIDANG...dari kanan Azizan, Nizar, Khalid dan
Guan Eng persidangan kali pertama, semalam.


ALOR SETAR: Pakatan Rakyat semalam mengumumkan penubuhan Majlis Menteri Besar dan Ketua Menterinya bagi membentuk kesepakatan dari segi pelaksanaan dasar serta menangani isu dalam lima negeri yang ditadbirnya.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, berkata penubuhan itu bertujuan membantu mereka bertukar-tukar fikiran dari segi pelaksanaan, maklumat, kejayaan dan masalah pentadbiran.

“Dalam erti kata lain, ia memberi nafas dan harapan baru dalam kerajaan Pakatan Rakyat,” katanya kepada pemberita selepas majlis Persidangan Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri Kerajaan Negeri Bersama Kepimpinan Pakatan Rakyat, semalam.

Majlis dipengerusikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat itu turut dihadiri Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; dan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.

Persidangan itu bersetuju menubuhkan sekretariat bagi mengendalikan majlis berkenaan dan Majlis Exco bagi kelima-lima negeri di bawah Pakatan Rakyat itu.

Sementara itu, Lim berkata, penubuhan itu diharap dapat memantapkan taraf pengurusan negeri dan tidak tertumpu kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri saja, tetapi bagi semua organisasi.

“Ia juga dapat membantu meningkatkan konsep persamaan pendapat, maklumat dan tambah nilai.

“Selain itu, ia membawa kepada perkongsian pandangan dengan kejayaan di negeri masing-masing serta menyelesaikan masalah secara musyawarah,”
katanya.

Beliau berkata, majlis itu penting kerana ia membantu mengurangkan semangat kenegerian serta menjurus ke arah satu negara.

Majlis itu mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun dan dipengerusikan Menteri Besar di mana tempat negeri mesyuarat berlangsung.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090119092934/Article/index_html

Henti beli senjata AS


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kerajaan berhenti membeli senjata api dan senjata dari Amerika Syarikat (AS), penyokong dan pelindung Israel.

Bekas perdana menteri itu berkata, rakyat perlu mendesak kerajaan berbuat demikian manakala badan bukan kerajaan (NGO) patut memainkan peranan meminta rakan mereka di negara lain berbuat demikian.

Beliau berkata, keputusan itu yang beliau sifatkan sebagai soal kecil kepada AS, tidak akan menjejaskan kuasa dunia itu dengan cepat tetapi untuk jangka panjang ia merasakan kesannya.

“Saya fikir pembelian yang besar secara terus dari AS ialah daripada kerajaan sendiri. Kerajaan sekarang ini saya fikir mempunyai rancangan membeli pesawat baru.

“Kalau mereka beli dari AS secara langsung, mereka bekalkan wang kepada Amerika mengeluarkan senjata untuk dibekalkan kepada Israel supaya bunuh orang Palestin. Sebab itu secara langsung kita tidak boleh beli apa yang menguntungkan Amerika,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan NGO Malaysia di sini.

Sementara itu di MELAKA, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam membidas sikap angkuh pemimpin kuasa besar dunia terutama AS memperjuangkan hak asasi manusia daripada sudut yang sempit. - Bernama


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090119092523/Article/index_html

45,000 mungkin hilang kerja


KUALA LUMPUR: Kira-kira 45,000 pekerja dari pelbagai sektor pengilangan mungkin kehilangan pekerjaan apabila kebanyakan kilang akan memberhentikan sementara pekerja menjelang perayaan Tahun Baru Cina, hujung bulan ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata perkara itu berlaku kerana pengurusan kilang akan menutup operasi selama dua atau tiga minggu dan pekerja diminta mengambil cuti sama ada diberi cuti bergaji atau tanpa gaji.

“Ini kerana permintaan terhadap pengeluaran kilang yang berkurangan pada masa itu menyebabkan langkah ini (pemberhentian sementara) dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan ‘Agro Explosion 2009 Seminar & Workshop’ anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Kuala Lumpur dan Selangor di sini, semalam.

Beliau berkata, sehingga 12 Januari lalu, seramai 14,000 pekerja dari pelbagai sektor diberhentikan kerja kerana kegawatan ekonomi dunia yang turut melanda negara.

Bagaimanapun, beliau berkata, masih terdapat 15,000 kekosongan kerja dari pelbagai sektor yang didaftarkan di bawah Kementerian Sumber Manusia.

“Sebanyak 80 pusat pemantauan pemberhentian pekerja diwujudkan di pejabat Jabatan Tenaga Kerja di seluruh negara bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung kekosongan kerja,” katanya.

Mengenai rancangan kerajaan untuk mewujudkan skim pencen bagi pekerja swasta melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibantah kesatuan sekerja, Subramaniam berkata, bantahan itu timbul kerana salah faham.

“Kementerian sebenarnya memikirkan kebajikan warga emas yang tidak mampu bekerja mahupun menyara kehidupan selepas pencen apabila wang KWSP habis digunakan. Oleh itu, kita memang memerlukan satu sistem yang boleh membantu golongan ini,” katanya.

Subramaniam berkata, kerajaan sebenarnya sedang mengkaji skim itu dan memerlukan maklum balas daripada kesatuan sebelum membincangkan perkara berkenaan untuk mendapat keputusan yang paling sesuai.

Semalam Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) membantah cadangan kerajaan itu. — Bernama

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090119092417/Article/index_html

Sukarelawan Cassa bantu selesai pelbagai masalah


KUALA LUMPUR: Masalah rumah tangga serta mutu perkhidmatan pusat perubatan swasta antara isu yang sering diadukan kepada Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) sepanjang tahun lalu.

Presidennya, Datuk Dr Jacob George, berkata aduan membabitkan masalah rumah tangga seperti ditipu suami atau isteri menjadi antara perkara yang diadukan kepada mereka.

“Walaupun perkara ini nampak seperti tidak patut diadukan kepada kami, namun kami tetap mencari jalan membantu pengadu dengan memberikan nasihat melalui sukarelawan yang kami ada,” katanya.

Menurutnya, selain masalah itu, isu berkaitan mutu perkhidmatan pusat perubatan swasta turut menjadi perkara yang sering diadukan kepada Cassa.

“Ramai pengguna menyuarakan rasa tidak puas hati mereka berkaitan mutu perkhidmatan yang diberikan beberapa pusat perubatan swasta dan mereka terpaksa membayar bil tinggi untuk perkhidmatan berkenaan,” katanya.

Dr Jacob berkata, tidak banyak aduan seumpama itu dapat diselesaikan kerana pengguna tidak menyimpan bukti menggunakan perkhidmatan itu.

“Ramai pengadu tidak menyimpan resit yang menjadi bukti caj mahal dikenakan seperti didakwa, namun tanpa resit itu, kami tidak boleh berbuat apa-apa selain memberikan nasihat,” katanya.

Menurutnya, hampir 90 peratus masalah yang diadukan dapat diselesaikan dengan menggunakan khidmat sukarelawan Cassa.

“Kami tidak membawa aduan yang dikemukakan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) kerana hampir semua masalah dapat kami selesaikan menggunakan kepakaran yang kami ada,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Jacob berkata, Cassa turut menerima aduan daripada penduduk luar Shah Alam dan Subang malah pelancong asing juga antara yang pernah meminta bantuan mereka.

“Walaupun Cassa adalah persatuan pengguna Shah Alam dan Subang, namun kami turut menerima aduan daripada penduduk luar termasuk pelancong asing.

“Antara perkara diajukan berkaitan agensi pelancongan yang didakwa tidak memberikan khidmat yang dijanjikan,”
katanya.

“Cassa turut mempunyai sukarelawan di beberapa negeri termasuk Sarawak dan mereka sedia menerima aduan yang dikemukakan. Kami sedaya upaya cuba membantu pengguna walaupun masalah yang diutarakan kecil saja,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090119092346/Article/index_html

3 pelajar jadi ibu


Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com.my




MELAKA: Tiga remaja yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini bergelar ibu muda apabila melahirkan anak luar nikah dalam tempoh dua minggu pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani, berkata tiga remaja berusia 18 tahun itu, bagaimanapun sempat menduduki peperiksaan berkenaan.

Menurutnya, mereka antara 17 individu melakukan kesalahan hamil luar nikah sejak awal Januari lalu dikesan Jaim selepas menerima laporan mengenai kes itu.

“Mereka bergelar ibu muda sebaik tamat persekolahan akibat ketelanjuran bersama pasangan masing-masing sebelum ini.

“Kami masih menunggu semua remaja terbabit hadir ke Bahagian Penguat kuasa Jaim untuk siasatan lanjut selepas masing-masing selesai tempoh pantang,”
katanya.

Beliau berkata, sebanyak 17 kes hamil luar nikah membabitkan wanita berusia antara 17 hingga 30 tahun dan kebanyakan mereka terlanjur akibat pergaulan bebas bersama teman lelaki.

Katanya, ada juga kes hamil luar nikah itu membabitkan pasangan melakukan zina ketika berada di rumah keluarga, namun tidak disedari ibu bapa mereka.

“Selain itu, banyak perkara sumbang berlaku ketika mereka berdua-duan di tempat sunyi termasuk di hotel dan rumah sewa.

“Berdasarkan siasatan, hubungan renggang dengan ibu bapa punca mereka terjebak dalam kegiatan tidak bermoral itu selepas tidak mendapat perhatian dan kasih sayang.

“Individu yang didapati hamil atau melahirkan anak luar nikah boleh didakwa mengikut Seksyen 54, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara 24 bulan atau kedua-dua sekali,”
katanya.

Menurutnya, ibu bapa diminta memantau pergerakan anak-anak serta sentiasa memberi perhatian sebaik mungkin.

Beliau berkata, pihaknya mengadakan kempen ‘katakan tak nak pada zina’ bagi mengelak orang ramai terutama golongan muda terjebak melakukan perbuatan itu.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090119095226/Article/index_html

Hantu coklat dicekup


BUKTI...antara coklat dan barang lain yang
cuba dilarikan suspek.


KUALA LUMPUR: Seorang juruwang sebuah kedai serbaneka di Kompleks Pasar Seni mula gelisah apabila seorang pelanggan kedai itu mula bersikap pelik dan enggan membayar harga bagi sejumlah barang antaranya kepingan coklat yang diambil ketika diminta berbuat demikian.

Lakonan lelaki berusia 32 tahun ‘hantu coklat’ itu, yang menyamar sebagai wakil syarikat menjalankan pemeriksaan terhadap stok barangan di kedai itu membuatkan juruwang terpukau dengan kata-katanya dan tidak menyangka dia adalah pencuri.

Dia juga dikatakan mengambil kesempatan memperdaya juruwang warga negara Bangladesh itu apabila memasuki kedai berkenaan ketika pengurus kedai itu keluar makan tengah hari pada jam 1 tengah hari kelmarin.

Bagaimanapun, kerana risau dimarahi pengurusnya, juruwang berkenaan nekad merampas barang diambil lelaki terbabit apabila mula mengesyaki ada yang tidak kena dengan gelagat lelaki itu yang bertindak memarahinya kerana terlalu banyak bertanya.

Bukan itu saja, hantu coklat itu turut menumbuk mangsa di badan dalam usaha merampas semula barang berkenaan apabila mangsa mula melawan.

Orang ramai serta beberapa peniaga lain yang menyaksikan aksi tarik menarik itu menghubungi jabatan keselamatan kompleks berkenaan bagi melaporkan kejadian itu.

Tindakan pantas pegawai keselamatan berjaya memberkas pencuri berkenaan dan ditahan untuk soal siasat.

Pegawai keselamatan berkenaan, Norhafizul, Nor’aie, 28, berkata pihaknya mencurigai gelagat penjenayah itu yang dikatakan berada terlalu lama dalam kedai dan enggan membayar barangan diambil.

“Pemeriksaan dijalankan polis mendapati, suspek bersama beberapa rakannya sebelum ini, pernah dicekup atas dakwaan mencuri barang di pasar raya dan ditahan bagi siasatan.

“Nampaknya dia masih belum insaf dan mengulangi perbuatan sama dengan alasan barang dicuri adalah untuk kegunaan sendiri berikutan dia sedang menganggur,” katanya.

Antara barangan yang cuba dilarikan lelaki terbabit adalah kepingan coklat, air minuman, diari, buku, bateri serta barangan perhiasan lain bernilai RM300.

Difahamkan suspek pernah memohon jawatan sebagai juruwang di kedai terbabit beberapa bulan lalu bagaimanapun, ditolak atas sebab tertentu.

Suspek dibawa ke Balai Polis Daerah Dang Wangi bagi siasatan berhubung kes berkenaan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090119095155/Article/index_html

Karnival Shell tawar hadiah RM2j


BERBALOI...Adrian menunjukkan barangan yang ditawarkan kepada pengguna dengan setiap pembelian kad Shell yang dijual.




PETALING JAYA: Shell Malaysia menawarkan hadiah bernilai lebih RM2 juta untuk dimenangi melalui penyertaan ‘Swipe, Pump and Win’ sehingga 23 Februari ini melalui Karnival Shell yang diadakan di seluruh negara.

Karnival Shell yang diadakan di The Curve Damansara selama tiga hari berakhir semalam mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang berkunjung ke karnival berkenaan di samping berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.

Ketua Pasukan karnival berkenaan, Adrian Chong, berkata objektif karnival itu bertujuan mempromosi kad Bonuslink dan Shell bagi menarik lebih ramai pengguna serta mendidik pengguna berjimat dengan penggunaan minyak syarikat berkenaan.

“Pengguna hanya perlu membeli kad Shell bernilai RM41.50 dan berpeluang memiliki hadiah sampingan yang istimewa iaitu kereta bond mini, pensel istimewa, pelekat kenderaan dan jumlah isian minyak bernilai RM36.

“Dengan menggunakan kad Bonuslink, pengguna hanya perlu mengisi RM30 minyak Shell Super bagi satu penyertaan, manakala tiga penyertaan berserta 300 mata ganjaran Bonuslink untuk setiap isian minyak Shell V-Power di mana-mana stesen minyak Shell di seluruh negara.

“Sebanyak 800 pemenang dipilih bagi setiap minggu dan berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM300 berserta 300 mata ganjaran Bonuslink,” katanya

Tambahnya lagi, sebanyak enam aktiviti permainan disediakan untuk pelanggan yang membeli kad Shell di samping memenangi pelbagai hadiah menarik seperti kereta mini Ferrari, cenderamata daripada Shell dan lain-lain lagi bagi setiap penyertaan,” katanya.

Antara aktiviti yang diadakan ialah Cash On Wheels, F1 Stimulator, Memory Car, Wii Challenge, Fuel Save Stimulator dan Fuel Save Tips.

Pengunjung karnival berkenaan, Hafizuddin Aziz, 21, berkata aktiviti yang pelbagai dan menarik disediakan penganjur menarik minatnya untuk menyertai karnival itu.

“Sebagai seorang remaja yang aktif, aktiviti yang disediakan membuatkan saya begitu teruja untuk menyertainya dan mendapat faedah begitu banyak dengan hanya mengeluarkan tidak sampai RM50,” katanya.

Pekerja swasta, Lee Chung Seng, 34, menggalakkan karnival berkenaan selalu diadakan di samping berpeluang mendapat hadiah menarik dan aktiviti diadakan sesuai untuk semua golongan.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Setempat/20090119092307/Article/index_html

Mangsa meracau, hampir gila


KUALA LUMPUR: Perang mulut di kalangan artis sehingga timbul persengketaan mungkin perkara biasa dalam industri hiburan, tetapi agak mengejutkan apabila ada segelintir yang bertindak keterlaluan, termasuk mengenakan santau, demi melunaskan dendam atau membunuh terus karier rakan seperjuangan mereka.

Berdasarkan ‘cakap-cakap di kalangan artis’, Metro Ahad berjaya mengesan enam artis yang mengakui pernah menjadi mangsa perbuatan khianat itu.

Biarpun difahamkan jumlah mereka sebenarnya lebih ramai, kebanyakannya keberatan bercerita lanjut dan mendedahkan identiti masing-masing kerana bimbang disalah tafsir oleh masyarakat. serta tidak mahu memburukkan lagi keadaan.

Berikut adalah pengakuan dan pengalaman enam artis terbabit, termasuk seorang penyanyi wanita yang enggan namanya disiarkan, kepada wartawan Metro Ahad, NAZARALI SAERIL dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN.



ALMY NADIA AMINUDDIN SHAH, 23



PELAKON drama bersiri Dunia Baru di TV3 itu mengaku terkena buatan individu tertentu pada pertengahan tahun lalu, tidak lama selepas namanya dikenali ramai serta menerima banyak tawaran daripada pengarah.

Akibatnya, dia sering meracau dan tidak sedarkan diri, selain kariernya dalam lakonan hampir musnah.

“Saya terpaksa berehat berbulan-bulan lamanya akibat masalah santau itu. Sakit berkenaan kebiasaannya menyerang setiap kali waktu Maghrib dan ketika itu saya tidak sedar apa berlaku. Keluarga memaklumkan saya lebih banyak meracau serta mampu berbahasa asing.

“Ketika berubat di Pulau Pinang, lelaki yang merawat memaklumkan, saya terkena santau makanan. Katanya, saya terlalu baik dan menerima saja pemberian orang, menyebabkan ada yang busuk hati mengambil kesempatan atas perkara itu.

“Rezeki saya tertutup sepanjang tempoh berkenaan. Syukur semuanya kini berakhir,”
katanya yang kini hangat bercinta dengan seorang pelakon baru lelaki.



ADAM AF2, 25



ARTIS kacak yang menjadi kegilaan remaja wanita ini berkata, kejadian menimpanya berlaku antara 2006 hingga 2007 apabila dia tiba-tiba berubah sikap menjadi pemalas, selain panas baran terhadap sesiapa saja.

Adam berkata, pada mulanya dia tidak tahu apa berlaku terhadapnya sehinggalah dimaklumkan oleh beberapa peminat serta ustaz mengenai santau yang dihantar kepadanya oleh seseorang yang turut terbabit dalam industri hiburan.

“Sepanjang tempoh kira-kira enam bulan, saya jadi pemalas untuk mengikuti pelbagai aktiviti promosi yang diaturkan untuk saya. Saya juga menolak banyak pertunjukan pentas. Dalam masa sama, saya sering bermain dengan perasaan hingga hampir jadi gila.

“Saya tidak sakit, tetapi kerap membuat alasan mengapa perlu hadir untuk promosi dan sebagainya. Akibatnya, pintu rezeki saya terjejas manakala peminat serta pihak media mula menjauhkan diri,”
katanya.

Bagaimanapun, beberapa peminat prihatin yang bertemunya memaklumkan dia terkena buatan orang. Terkejut dengan perkara itu, Adam bertemu beberapa ustaz yang turut memaklumkan perkara sama.

Adam kemudian mula berubat dan bersyukur kini pulih sepenuhnya daripada bencana itu.

“Biar tuhan saja yang membalas dan tidak perlu saya mengikut langkah individu busuk hati terbabit,” katanya.



IFA RAZIAH, 33



ARTIS yang tidak lekang daripada kontroversi ini mendakwa pernah menjadi mangsa santau angin yang dipercayainya angkara seorang artis wanita yang cemburu dengan kejayaan dikecapinya.

“Saya mengalami muntah darah, sakit seluruh tubuh selain kadangkala seperti lumpuh untuk tempoh kira-kira sebulan, dan ketika itu saya sedar pasti ia punca buatan pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya bertemu pengamal perubatan tradisional dan hasil daripada rawatan, keadaan saya kembali pulih. Berdasarkan maklumat diberi, ia angkara seorang rakan artis tetapi saya tidak membalas, sebaliknya mendiamkan perkara itu,”
katanya yang mempunyai perniagaan sendiri.

Ketika rawatan, pengamal perubatan itu mengeluarkan miang rebung dan serpihan kaca daripada tubuhnya, selain memaklumkan santau terbabit disediakan bomoh Siam.



REDZUAWAN ISMAIL (CHEF WAN), 49



TIDUR chef sensasi ini sering terganggu dengan siling kediamannya kedengaran seperti sesuatu merangkak, mencakar dan pelbagai lagi bunyi menyeramkan.

“Seluruh tubuh saya bengkak, gatal dan panas selama berminggu-minggu, manakala tapak kaki pula seolah-olah ditusuk jarum, menyebabkan kesakitan tidak terperi.

“Puas saya pergi bertemu doktor tetapi tiada kesan sebelum akhirnya saya berjumpa tiga ustaz yang memaklumkan saya terkena buatan orang. Individu terbabit dikatakan menghantar hantu raya bagi mengganggu hidup saya seharian,”
kata chef berusia 49 tahun ini.

Menurut bapa kepada pelakon terkenal, Serina, itu situasi dialaminya memaksa dia berehat daripada dunia hiburan buat seketika sebelum pulih selepas berubat.

Chef Wan berkata, siling kediamannya berlubang ketika ustaz yang membantunya menangkap hantu yang kemudian dimasukkan ke dalam botol.



MOHD RAFIK ABDUL RAHMAN (PIAN CECUPAK), 39



ARTIS yang dicungkil bakatnya melalui program realiti TV ini mendakwa mengaku menerima pukulan perang santau daripada dua artis terkenal tanah air yang kini nama masing-masing ‘meletup’ di mata peminat.

“Ia berlaku untuk lebih setahun dan berdasarkan pengamal perubatan yang saya temui, ia membabitkan dua artis iaitu seorang wanita dan seorang lagi lelaki.

“Santau dihantar artis wanita terbabit menyebabkan saya kehilangan nafsu syahwat, manakala pinggang pula terasa sakit setiap masa. Artis lelaki itu pula mahu memastikan bidang nyanyian saya terkubur dengan menghantar santau, menyebabkan saya tidak mampu membuat persembahan pentas,”
katanya.

Akibatnya, beliau terlantar sakit dan sukar melaksanakan tawaran persembahan diberi. Beliau bertemu doktor tetapi dimaklumkan tidak menghidap penyakit sebelum berjumpa beberapa pengamal perubatan tradisional sebelum pada pertemuan terakhir, semua santau terbabit dapat dikeluarkan.

“Bomoh terbabit mengeluarkan jarum berkarat dari bahagian pinggang saya yang dihantar oleh artis wanita itu. Dari tekak pula, dia membawa keluar daun pandan diikat seperti reben dan ia adalah perbuatan artis lelaki.

“Bomoh berkenaan turut berjaya mengeluarkan gumpalan rambut, kaca selain kahak, seolah-olah nanah. Saya cukup terseksa ketika menerima rawatannya, tetapi syukur kini semuanya berakhir,”
katanya yang enggan membalas perbuatan terbabit.



PENYANYI WANITA BERUSIA 20-AN



PENYANYI ini berkata, kejadian menimpanya berlaku tahun lalu. Akibat kejadian itu, dia hilang suara secara tiba-tiba untuk tempoh beberapa bulan, selain mengalami pelbagai insiden pelik sehingga menjadi tidak keruan.

“Selepas mencuba pelbagai cara untuk merawat penyakit saya, alhamdulillah keadaan saya semakin pulih dan saya diberitahu, pihak yang mengenakan penyakit ke atas saya adalah orang yang saya kenali serta turut terbabit dalam dunia hiburan.

“Cukuplah setakat itu saja , saya tidak mahu bercerita lebih lanjut kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan. Lagipun, saya anggap ini masalah peribadi dan tidak mahu ia berpanjangan. Biar Tuhan saja yang menentukan segala-galanya,”
katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090118174102/Article/index_html

Khianat sejak zaman P Ramlee


KUALA LUMPUR: “Perbuatan mengenakan sihir atau santau antara sesama artis bukan perkara baru kerana ia berlaku sejak zaman kegemilangan Tan Sri P Ramlee lagi.

“Puncanya mudah, iaitu hasad dengki atau tidak boleh lihat rakan artis lain hidup senang,”
kata Presiden Papita, Datuk M Daud Wahid ketika dihubungi.

Menurut beliau, jika dilihat pada ‘permukaan’, ada artis yang kelihatan baik serta bergaul dengan rakan artis lain.

“Bagaimanapun, hati manusia tidak dapat diduga, mungkin hanya kerana dengki, mereka sanggup menggunakan santau untuk memastikan pintu rezeki saingan masing-masing tertutup.

“Mungkin juga ada yang tidak puas hati dengan kata-kata dihamburkan rakan artis lain, menyebabkan mereka berdendam dan menjadikan santau sebagai satu cara membalas dendam dan sebagainya,”
katanya.

Beliau tidak menafikan ada artis tanah air yang terkena santau, tetapi jumlah berkenaan mungkin tidak ramai.

Bagaimanapun, M Daud tetap menganggapnya sebagai perkara serius, lebih-lebih lagi ia membabitkan periuk nasi artis yang menjadi mangsa.

“Sukar menghentikan perbuatan santau sesama artis kerana kita tidak dapat mengagak apa yang terbuku dalam hati pihak lain.

“Pandangan saya, hentikan kerja jahat terbabit kerana ia bukan saja tidak berfaedah, sebaliknya turut menerima kutukan daripada tuhan,”
katanya.

Beliau turut berpesan kepada artis yang terasa terkena santau supaya segera mendapatkan khidmat mereka yang arif dan tidak menunggu ia bertambah parah hingga merosakkan tubuh badan.

“Jangan malu untuk berubat kerana kita perlu berusaha demi memastikan kesihatan sentiasa dalam keadaan baik.

“Bagi yang menghantar santau pula, hentikan perbuatan itu dan yakinlah, balasan daripada tuhan akan datang kepada hamba-Nya yang ingkar,”
pesannya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090118174044/Article/index_html

Wartawan buat dua laporan polis


KUALA TERENGGANU: Dua laporan polis diterima daripada dua wartawan yang bertugas sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu yang mendakwa mereka menerima wang RM300 daripada pihak tidak dikenali.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata kes berkenaan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah untuk tindakan lanjut.

“Kita menerima laporan kira-kira jam 7.30 pagi dan 11 malam daripada dua individu berbeza dan kes berkenaan masih dalam siasatan,” katanya.

Menurutnya, hanya dua kes berkaitan pilihan raya dilaporkan sejak semalam dan ia membuktikan pilihan raya kali ini berjalan lancar.

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, menafikan beliau terbabit dalam kegiatan pemberian wang kepada wartawan, termasuk yang membuat laporan berhubung kejadian itu.

Difahamkan, kedua-dua wartawan berkenaan dari sebuah laman web dan kejadian berlaku di Pusat Media Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, petang kelmarin, selepas mereka didatangi individu tidak dikenali.

Wan Farid berkata, dalam tempoh pilihan raya kecil sekarang, pelbagai pihak akan mengambil kesempatan untuk memburukkan peribadinya.

“Yang pasti ia bukan daripada Barisan Nasional... saya boleh pastikan kerana ia bukan wang saya,” katanya selepas membuang undi di Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar, di sini, semalam.

Beliau yang ditemani isterinya, Toh Puan Intan Baizura Abdul Wahab, kelihatan tenang dan sentiasa tersenyum ketika bertemu pengundi di sekolah berkenaan selepas mengundi pada jam 8.02 pagi.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090118173720/Article/index_html

Silat Cekak Hanafi tubuh akademi


Oleh NAZARALI SAERIL
nazarali@hmetro.com.my



KUALA LUMPUR: Pertubuhan Seni Silat Cekak Hanafi melakukan anjakan paradigma apabila menjadi perintis kepada semua pertubuhan silat seluruh negara dengan menubuhkan sebuah akademi ala Institusi Pengajian Tinggi (IPT) demi memartabatkan warisan bela diri Melayu itu.

Pemangku Presidennya, Md Nasir Md Arshad, berkata Akademi Silat Cekak Hanafi (ASCH) akan dilengkapi pelbagai peralatan serta kemudahan sokongan selain silibus pelajaran khas bagi memastikan pelajar dan jurulatih mendapat pengetahuan teori juga praktikal terbaik.

“Dengan adanya ASCH, kita mampu mengeluarkan pelajar serta jurulatih berwibawa. Mereka perlu lulus setiap ujian dijalankan, sama ada teori atau praktikal, untuk mendapatkan sijil, diploma atau ijazah.

“Tujuan penubuhan akademi berkenaan ialah memastikan warisan seni bela diri Melayu ini tidak dipandang sepi generasi akan datang, selain menjadikan silat lebih bersifat global,”
katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam majlis Sambutan Hari Tenaga Pengajar Silat Cekak Hanafi 1403 Hijrah.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Pengurusan Sumber Alam Selangor, Yaakob Sapari.

Menurut Md Nasir, pihaknya mencari tapak seluas kira-kira empat hektar bagi membina akademi berkenaan dan Selangor menjadi lokasi pilihan utama.

ASCH ditubuhkan selepas mendapat kelulusan Majlis Muafakat Tertinggi (MMT) Silat Cekak Hanafi pada 22 Mei 2008 menerusi Silat Cekak Hanafi Sdn Bhd.

“Kami harap pembukaannya dapat direalisasikan dalam masa terdekat. Kita mahu setiap pelajar serta jurulatih silat ini menerima pengetahuan terbaik sebelum ia dicurahkan kepada generasi akan datang,”
katanya.

Selain itu, pelajar serta jurulatih keluaran ASCH diharap mampu menghasilkan lebih banyak bahan akademik berkaitan silat berkenaan dan lain-lain lagi untuk dijadikan rujukan.

Silat Cekak Hanafi melahirkan kira-kira 65,000 pelajar serta jurulatih sejak ditubuhkan 44 tahun lalu dan ia semakin berkembang berdasarkan minat mendalam generasi muda yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh negara.

“Dengan adanya ASCH, seni warisan bangsa kita ini diharap tidak pupus atau ketinggalan berbanding seni bela diri bangsa lain,”
katanya.

Sementara itu, jurulatih silat berkenaan, Roslan Zairi Ahmad Zawawi, 34, bersetuju dengan penubuhan ASCH kerana ia bukan saja meningkatkan darjat seni bela diri warisan bangsa Melayu berkenaan, malah mampu menarik lebih ramai golongan profesional menyertainya.

“Penubuhannya mampu menjadikan silat ini lebih dinamik selain tersusun. Dalam masa sama, pelajar serta jurulatih keluarannya pasti menerima lebih banyak input berkaitan teori serta praktikal,” katanya yang bertugas sebagai jurulatih di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/Setempat/20090118174219/Article/index_html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...