Sunday, May 24, 2009

Skandal berdarah

Suzanne Tamim yang bermata hijau dan meraih kemasyhuran dalam sebuah program mirip American Idol, dibunuh kekasih gelapnya, jutawan terkenal Mesir, Hisham Talaat.




Berita tentang penangkapan seorang usahawan Mesir yang berpengaruh telah menggemparkan bumi Arab. Lelaki yang sudah berkahwin itu menghadapi hukuman gantung sampai mati Khamis lalu kerana disabitkan dengan pertuduhan mengupah seseorang untuk membunuh kekasih rahsianya.

Seorang bekas ejen keselamatan kerajaan telah dibayar sejumlah AS$2 juta untuk mengelar leher Suzanne Tamim, seorang penyanyi pop terkenal yang dilahirkan sebuah program pencarian bakat negara itu.

Jutawan Hisham Talaat Moustafa, 50, tidak menyangka rancangan itu akan memerangkap dirinya. Tanpa menunjukkan sebarang perasaan ketika hukuman dijatuhkan, Hisham nyata telah mendedahkan kisah gelap dunia seks, kuasa, wang dan pembunuhan.

Dalam pada itu, ada juga yang beranggapan bahawa dia akan terlepas daripada hukuman tersebut. Tanggapan mengenai orang kaya dan berpengaruh yang sering bebas daripada jaringan undang-undang itu menyingkap kisah Gamal, iaitu anak Presiden Hosni Mubarak yang pernah bebas daripada tuduhan membunuh.

Ketika perbicaraan terhadap Hisham dan orang yang diupahnya, Mohsen el-Sukkary berlangsung, kekecohan tidak dapat dielakkan. Kaum keluarga dan para wartawan sering bergelut dengan pihak polis. Kakak Hisham telah pengsan sementara dua anak perempuannya tidak henti menangis.

Nama Suzanne Tamim meniti di bibir peminatnya sejak dia muncul dalam program nyanyian mirip American Idol. Menggoda khalayak Timur Tengah dengan lenggok tari, rambut ikal dan suara lunak, lagu dendangannya yang paling diingati adalah mengenai sepasang kekasih yang hiba kerana perlu berpisah.


HISHAM TALAAT MOUSTAFA berpengaruh dalam politik Mesir.


Begitulah jua kehidupan peribadinya. Dia berpisah dengan suami yang juga pengurusnya dan kemudian dihujani siri dakwaan undang-undang. Suzanne kembali ke Mesir untuk memencilkan diri. Kemudian, pada musim panas tahun 2004 menemukan Suzanne dengan Hisham di sebuah resort di Laut Merah.

Dalam perbicaraan di mahkamah, Mohsen mendedahkan bahawa Hisham sering bersama Suzanne. Wanita itu tinggal di dalam sebuah bilik suit hotel yang dibayar Hisham serta sering dibawa dengan pesawat jet peribadi milik usahawan tersebut.

Apartmen mewah di Dubai

Hisham mengaku mencintai Suzanne dan berhajat untuk memperisterikannya pada tahun 2006 namun mendapat tentangan ibunya. Tentangan itu memaksa mereka berpisah.

Suzanne sekali lagi membawa diri. Kali ini ke London dan mula menjalinkan hubungan dengan seorang petinju. Peguam teman lelakinya itu memberitahu bahawa Suzanne masih terancam dengan api cemburu Hisham. Penyanyi itu kemudiannya mengambil keputusan untuk melarikan diri ke Dubai.


MOHSEN yang menjadi pembunuh upahan.


Hisham meminta bantuan Mohsen, yang ketika itu bertugas di Hotel Four Season miliknya di Kaherah, untuk melaksanakan dendamnya. Tiket penerbangan dan visa disediakan untuk Mohsen menjejak Suzanne di London, Dubai, dan seterusnya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Berdasarkan transkrip pengakuan Mohsen kepada pihak berkuasa, dia menerangkan bahawa Hisham pernah memintanya mencampakkan Suzanne keluar dari balkoni hotel di Dubai, selepas Mohsen gagal menjalankan tugas membunuh Suzanne di London.

Pegawai penyiasat Dubai memberitahu, Mohsen telah mengekori Suzanne pada pagi 28 Julai 2008 hingga ke apartmen penyanyi itu di kompleks mewah Dubai Marina. Dari lobi, Mohsen menyamar sebagai wakil syarikat pengurusan apartmen dan menghubungi Suzanne melalui intercom video. Suzanne mempercayainya.

Sejurus berjaya memasuki apartmen, Mohsen melakukan serangan bertubi-tubi ke atas Suzanne dengan pisau. Pihak polis menemui mayat Suzanne berlumuran darah, dengan banyak kesan tikaman termasuk kelaran sepanjang lapan inci di lehernya.

“Semua itu berlaku dalam masa 12 minit saja. Mohsen yang menukar pakaian dan membuang senjatanya walau bagaimanapun dijejaki melalui bukti DNA Suzanne dan rakaman wajahnya di kamera litar tertutup,” ujar Mejar Jeneral Khamis Al Mazeina daripada pasukan polis Dubai.

Lantaran siasatan yang teliti, Mohsen berjaya ditangkap pada 6 Ogos di Mesir, sebelum siasatan menghala kepada Hisham. Sementara itu, gambar ngeri pembunuhan Suzanne sudah terpampang di muka depan akhbar-akhbar di seluruh Arab.

Kerajaan Mesir menolak ekstradisi Hisham ke UAE dan mendesak perbicaraan hanya boleh dijalankan di negara tersebut. Orang ramai melihat keadaan itu sebagai membuka jalan kepada tokoh hartanah terkenal itu terlepas daripada hukuman.

Pisau sudah diasah – Hisham

Namun, dalam pada perincian perbicaraan semakin menghangatkan dada akhbar, hakim telah mengeluarkan perintah untuk menahan dan menutup kebanyakan daripada 27 sesi perbicaraan daripada pengetahuan umum. Itu telah menyemarakkan lagi spekulasi yang menyamakan kes Hisham dengan Gamal Mubarak.

Namun, perbicaraan ini masih menunggu dan memerlukan pertimbangan akhir oleh Mufti Besar Mesir. Pihak defendan boleh merayu dalam tempoh 60 hari selepas mufti memberikan kata putus pada 25 Jun nanti.

“Pisau sudah diasah untuk memotong dagingku,” Hisham menitipkan kepada media tentang perasaan dan pengalamannya dari dalam penjara. “Namun pembohongan ini tidak dapat mengalihkan piramid yang telah aku bina dalam ekonomi Mesir.”

Selepas kematian Suzanne, sebuah klip video lagu dendangannya disiarkan di televisyen. Berjudul Nawyahalou, klip itu menunjukkan Suzanne sedang menyiapkan hidangan sambil menghayun-hayunkan pisau. Pada masa yang sama, seorang lelaki sedang memerhatikannya dari jendela sebuah bangunan lain.

Suzanne menyanyi: “Aku tak akan mendiamkan diri dan akan terus diingatinya, dalam fantasinya dan dalam mimpinya. Aku akan sentiasa bersamanya dan tidak akan membiarkan matanya lena. Aku akan sentiasa membuatkan hatinya bergelora.”

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0524&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Samun mangsa guna mantera Jawa kuno


MOHD. Sabirin menunjukkan jeriji tingkap rumahnya yang dipecahkan sebagai laluan masuk perompak dalam kejadian awal pagi kelmarin.


BERA – Sekumpulan empat perompak warga Indonesia yang ditumpaskan polis kelmarin dipercayai menggunakan jampi serapah untuk memukau sebelum merompak sebuah keluarga di Felda Bukit Puchung, Kemayan di sini.

Sebahagian daripada mantera dipercayai dalam bahasa Jawa kuno pada sekeping kertas itu berbunyi: “Bis ingat mas lisung batu gune siti bkt ke, Bis manti, ingat raja muter gagak putik batu momot.”


GAMBAR pada salinan kertas mantera jawa kuno yang dikatakan dibaca sebelum menyamun keluarga Mohd. Sabirin awal pagi kelmarin.


Kertas jampi itu dijumpai mangsa, Mohd. Sabirin Sipon, 58, dalam dompetnya yang dipulangkan oleh polis selepas ia dilarikan perompak terbabit.

Akhbar semalam melaporkan seorang daripada anggota kumpulan tersebut ditembak mati beberapa jam selepas mereka melarikan wang tunai berjumlah RM16,750 dan barang kemas bernilai RM6,000 serta beberapa barangan lain milik mangsa.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0524&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Isteri Rexy Mainaky diseret peragut


HENNY (kanan) bersama Rexy dan dua anak mereka pada satu majlis di Putrajaya dua tahun lalu.


KUALA LUMPUR – Peragut terus mengganas dan tidak pernah mengenal mangsanya. Kali ini membabitkan isteri kepada Ketua Jurulatih Beregu Badminton Malaysia, Rexy Ronald Mainaky yang menjadi mangsa dua peragut bermotosikal dalam kejadian di Ampang City di sini malam kelmarin.

Akibat kejadian itu, mangsa, Henny Mainaky, 40, mengalami kecederaan di tangan selepas terseret ketika diragut.

Dalam kejadian pukul 11 malam itu, Rexy, 41, dan Henny dikatakan sedang menuju ke kenderaan mereka selepas keluar dari sebuah restoran di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Hashim berkata, kedua-dua mangsa kemudian didatangi oleh dua lelaki bermotosikal yang bertindak meragut beg tangan Henny.

“Kejadian itu menyebabkan isteri Rexy terseret dan mengalami kecederaan di tangan kiri.

“Rakan Rexy yang berada di dalam kenderaan dan menyaksikan kejadian itu segera mengejar kedua-dua suspek terbabit,” katanya ketika dihubungi semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0524&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Aril, Akim gamatkan resepsi Adlin-Emelda

Ahad Mei 24, 2009

DIVA...kehadiran Aril menghangatkan lagi suasana resepsi perkahwinan juri AF7-nya, Adlin dan Emelda.

KEMERIAHAN majlis resepsi pengantin baru, Adlin Aman Ramlie dan Emelda Rosmila Abdul Hamid turut digamatkan oleh kehadiran dua alumni Akademi Fantasia 7, Aril dan Akim.

Mereka berdua yang baru pulang dari Indonesia terus diterbangkan ke majlis itu demi menyempurnakan permintaan Adlin sejak mereka dalam akademi lagi.

Aril mendendangkan lagu Nakal, Kasih Tak Sampai dan Larut secara duet dengan Akim. Sementara itu, Akim mengalunkan lagu barunya, Bengang, Bencinta dan I'm Yours.

FOKUS... Akim mencuri tumpuan ramai sambil menyanyikan lagu I'm Yours.

Selain itu, mempelai termasuk 800 orang tetamu yang hadir turut dihiburkan oleh penyanyi dan pelakon Musly Ramli dan penyanyi Adibah Noor yang diundang khas dari Kuala Lumpur.

Kelihatan aura ala-ala Sultan Melaka terserlah dalam diri Adlin ditambah dengan Emelda di sebelah yang nampak penuh keaslian dan kemelayuan.

Emelda berbaju kurung lengkap berlian Swarowski dan renda Perancis ditambah dengan cucuk sanggul rekaan Emelda sendiri.

Majlis yang bermula pada pukul 8 malam itu turut diserikan dengan kehadiran para selebriti seperti Chef Wan, Afdlin Shauki, Raja Azmi Raja Sulaiman, Que Haidar, Linda Jasmine, Julie Dahlan, pengarah Saw Teong Hin, koreografer Pat Ibrahim dan pengarah Mamat Khalid.

Majlis yang diadakan di Dewan Bankuet SUK Perak, Ipoh itu tidak lengkap jika tidak dihadiri oleh tetamu kenamaan seperti seisi keluarga Raja Izzudin Iskandar Shah yang merupakan kerabat diraja Perak.

Pengantin dan tetamu dijamu dengan makanan nasi minyak dan lauk ayam tandoori istimewa dari Pakeeza Catering.

Setibanya pengantin selang 45 minit selepas itu, mereka terus diarak ke pelamin berkonsepkan songket pucuk rebung yang dihiasi dengan bunga ros dari China dan Belanda dengan rona warna-warna klasik purbakala rekaan Nas Great Idea.

Ketibaan mereka disambut dengan alunan marhaban dengan iringan paluan kompang, gambus dan alat-alat tradisional Melayu lain.

Abang ipar Emelda, pengacara AC Mizal bertindak selaku pengerusi majlis bagi memudahkan upacara seperti merenjis, makan beradab, persembahan artis jemputan dan memotong pulut kuning. Kesemuanya berjalan dengan lancar.

AC Mizal juga sempat menyanyi bersama Akim dan Aril menerusi lagu Larut.

Ibu Adlin, Ruminah Sidek (kiri) merenjis kepada pengantin baru, Adlin dan Emelda semasa upacara bersanding.

Selepas bersanding dan merenjis, mempelai dibawa ke meja makan utama bertemakan adab-adab raja Melayu. Adlin dan Emelda diraikan ibarat raja dan permaisuri sehari. Meja itu turut dihiaskan oleh Nas Great Idea (Nas).

Selain majlis malam tadi, Nas juga membuat hantaran untuk pengantin lelaki dengan nama Agung Mulyajaya manakala hantaran daripada pihak perempuan diberi nama Biru Manjalara.

Difahamkan, mempelai membelanjakan kira-kira RM75,000 untuk semua rekaan dari Nas.

Mengenai persalinan pengantin, mereka mengenakan busana berkonsepkan tradisional `back to basic' dari segi warnanya iaitu putih dan fabrik songket.

BELAIAN KASIH SAYANG SUAMI...Adlin menyuapkan makanan kepada isteri tercintanya, Emelda.

Sebelum pulang pada pukul 11 malam, para tetamu turut dihadiahkan dengan bongkah berisi wajik.

Selepas majlis ini, mempelai akan diraikan oleh pihak lelaki di Meru, Klang pada 21 Jun depan dengan berkonsepkan Jawa manakala di hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada 11 Jun dengan tema Inggeris moden.

Lebih banyak foto mengenai resepsi tersebut boleh dilihat di galeri foto mStar.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/5/24/mstar_hiburan/20090524011737&sec=mstar_hiburan

Penampilan pertama Engku Aleesya

Ahad Mei 24, 2009


"WAH RAMAINYA JURUGAMBAR," fikir Engku Aleesya sambil didukung oleh bapanya, Engku Emran dan ditemani ibunya, Erra Fazira. - foto THE STAR oleh SHAARI CHE MAT

PETALING JAYA: Selepas berpantang 44 hari, aktres jelita, Fazira Wan Chek atau Erra Fazira, 35 dan suaminya, Engku Emran memperkenalkan Engku Aleesya kepada khalayak ramai pada majlis aqiqah dan cukur jambul, petang tadi (23 Mei 2009).

Seramai 500 saudara-mara, rakan-taulan dan kenalan rapat hadir dalam majlis meriah tersebut yang diadakan di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya sangat berpuas hati dengan buaian dan hiasan serta kumpulan marhaban yang memberikan persembahan tadi," kata Erra pada sidang akhbar sejurus majlis itu.

Cradle `N' All membuatkan buaian yang cantik, set cukur jambul, bunga telur teddy bear dan cupcakes. LyndaRahim Kuala Lumpur menghiasi dewan majlis sementara persembahan marhaban oleh kumpulan Sautul Ijtihad.

MENGANTUK... Engku Aleesya nampaknya ingin tidur walaupun si comel ini menjadi fokus para hadirin. - foto THE STAR oleh SHAARI CHE MAT

Aleesya yang comel dan ayu persis ibunya tidak terganggu dengan gelagat orang ramai kerana selesa didukung dan dibelai oleh kedua-dua ibubapanya.

Erra memberitahu, buat masa ini, beliau dan suaminya bergilir-gilir menjaga Aleesya dengan dibantu ibu, ibu mertua dan pembantu rumah.

Dalam pada itu, ibu Engku Emran, Toh Puan Salmah Abu Bakar ketika ditanya mengenai cucunya berkata, Engku Aleesya senang dijaga dan sihat.

MERIAH... Majlis cukur jambul berlangsung dengan meriahnya. - foto THE STAR oleh SHAARI CHE MAT

"Mungkin kerana amat menyayanginya, mungkin saya boleh dikatakan lebih sayang pada Aleesya daripada anak sendiri (Engku Emran)," katanya sambil bergurau senda.

Sementara itu, ibu Erra, Azizah Zaik turut sependapat dengan Salmah bahawa cucunya itu amat senang dijaga, sihat dan hanya sekali sekala menangis.

"Tidak adalah selalu menangis waktu tengah malam dan enggan tidur," ujarnya sambil menambah wajah Aleesya mirip ayahnya.

Tambah Azizah, Aleesya sudah tahu mengukir senyuman manis apabila `diusik' dan matanya melirik ke arah bunyi suara.

Hakikatnya, sebab nama Engku Aleesya dipilih menurut Erra, kerana sebutannya lebih lembut selain maksudnya yang indah iaitu `yang dilindungi'.

Sebab nama Engku Aleesya dipilih menurut Erra, kerana sebutannya lebih lembut selain maksudnya yang indah iaitu `yang dilindungi'.

Engku Aleesya selamat dilahirkan secara normal di Hospital Pakar Perubatan Damansara di sini pada pukul 11.40 pagi, 30 Mac lalu.

Ketika dilahirkan, bayi perempuan itu seberat 4.04 kilogram dengan ketinggian 51.5 sentimeter itu.

Kelahiran Aleesya disambut oleh Konsultan Obstetrician & Gynaecologist Dr. Gunasegaran PT Rajan yang dipilih oleh Erra sendiri.

Erra berkenalan dengan Emran pada Jun tahun 2007. Pasangan itu kemudian memilih 7 September 2007 untuk mengikat tali pertunangan.

Pada 25 Oktober pula, pasangan itu dinikahkan di Restoran Puteri, Sungai Penchala. Erra tidak meminta wang hantaran, sebaliknya meminta senaskah al-Quran sebagai ganti.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/5/24/mstar_hiburan/20090523193951&sec=mstar_hiburan

ERRA TAYANG ANAK LEPAS 44 HARI



RASHID MAHFOF ERRA bersama Engku Emran bangga menunjukkan puteri sulung mereka, Engku Aleesya pada majlis cukur jambul di Kuala Lumpur semalam.


INTAN PAYUNG. Buat julung kalinya, selebriti, Erra Fazira Wan Chik, 36, dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 34, menunaikan janji mereka dengan menunjukkan cahaya mata sulung, Engku Aleesya Engku Emran dalam majlis potong jambul di Restoran Puteri, Kuala Lumpur semalam.

“Kami bercadang menghantar Aleesya ke sekolah Cina agar dia mampu bertutur dalam banyak bahasa.

“Ini penting membantunya menghadapi persaingan pada masa depan,” kata Erra.

Pasangan itu turut menolak tawaran daripada beberapa penerbit yang mahu Aleesya didedahkan kepada dunia hiburan pada usia semuda itu dengan berlakon bersamanya.

Engku Aleesya yang dilahirkan pada 30 Mac lalu sebelum ini ‘disembunyikan’ daripada mata umum atas alasan anak mereka masih bayi.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0524&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Adlin-Emelda selamat diijabkabulkan

Ahad Mei 24, 2009

SERI PENGANTIN...Kejelitaan Emelda terselah dalam persalinan baju kurung moden rekaan Calvin Thoo. Foto The Star Oleh: LEW YONG KAN.

IPOH: Dengan sekali lafaz, pengacara dan pelakon Adlin Aman Ramlie, 37, sah bergelar suami kepada aktres Emelda Rosmila Abdul Hamid, 29.

Mereka dinikahkan oleh penolong pendaftar perkahwinan, penceraian, rujuk kawasan PGA Ulu Kinta, Zainudin Abu Arshad di Masjid An-Nur, Batu 8, di sini, tepat pukul 5.28 petang tadi.

Dalam majlis yang berlangsung secara sederhana itu, Emelda menerima wang hantaran RM30,000, mas kahwin RM1001 serta tujuh dulang hantaran daripada Adlin.

CANTIK...Baju warna putih yang disarungkan ke tubuh Emelda nyatakan menyerlahkan lagi kejelitaannya.

Antaranya adalah kamera digital, senaskhah al-Quran, set wangian, beg tangan dan kasut, dan sirih junjung.

Sementara itu, Adlin menerima sembilan dulang hantaran daripada Emelda seperti beg silang, senaskhah al-Quran, jam tangan, dan kasut.

TENANG... Dengan sekali lafaz Adlin dan Emelda sah sebagai pasangan suami isteri. Foto mStar Online Oleh: SITI AZIRA ABD AZIZ.

Adlin dan Emelda yang mengenakan persalinan berwarna putih rekaan Calvin Thoo kelihatan gembira dan teruja setelah selesai diijabkabulkan.

"Saya sangat seronok dan teruja kerana dalam tempoh empat tahun bersama Mel, sebagai lelaki memang saya mencari pasangan yang dirasakan sesuai.

Sebahagian barang hantaran daripada pihak perempuan kepada pengantin lelaki.

"Apabila dapat bertunang dan nak berada di alam bersama dia, saya rasa bangga kerana akan mengahwini perempuan yang saya kenal luar dan dalam.

"Semasa diijabkabulkan, saya rasa sangat 'excited'," luah Adlin dalam satu sidang media di rumah keluarga Emelda di Kampung Melayu, Batu 8, di sini.

Pelakon Emilia Rosnaida menjadi pengapit kepada Emelda.

Dalam pada itu, Emelda berkata sebelum itu, dia berasa sebak kerana tidak dapat berkongsi hari bahagia bersama ayahanda tercinta, Abdul Hamid Mad Ally yang meninggal dunia pada Februari tahun lalu.

"Saya rasa sedih sebab bapa tiada kerana saya dengan arwah sangat rapat.

"Selepas itu, saya rasa lega kerana selalunya perempuan akan berasa lebih risau daripada lelaki. Alhamdulillah, majlis nikah pun telah selesai.

Emelda nyata tenang walaupun berdebar ketika melangkah masuk ke dalam masjid untuk upacara akad nikah.

"Saya rasa tak salah pilih orang (Adlin) dan selalu yakin yang dia akan menjadi suami saya dalam empat tahun kami bersama," ujar Emelda.

Majlis yang dihadiri oleh 200 orang tetamu itu turut dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah mempelai iaitu ibu Emelda, Rokiah Ibrahim, 63, ibu Adlin, Ruminah Sidek, 63, kakak Emelda, pelakon Emylia Rosnaida dan suami, pengacara AF7, AC Mizal serta pelakon dan penyanyi Aqasha.

Pasangan pengantin yang menyemai cinta sejak empat tahun lalu itu mengikat tali pertunangan mereka pada 14 Mac lalu sempena tarikh lahir Emelda.

Majlis resepsi sebelah Emelda pada esok hari di Dewan Banquet SUK Perak, di sini turut mengambil sempena tarikh lahir Adlin yang jatuh pada 23 Mei.

Sementara itu, majlis resepsi sebelah Adlin dijangka akan diadakan pada 21 Jun depan di Meru, Klang secara ‘rewang’ iaitu kenduri gotong-royong.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/5/24/mstar_hiburan/20090522202105&sec=mstar_hiburan

Cinta Adlin-Emelda ke jinjang pelamin


ADLIN ceria bersama Emelda Rosmila selepas mereka diijabkabulkan di Ulu Kinta, Perak semalam.


IPOH – Dengan sekali lafaz, pengkritik tetap Akademi Fantasia (AF7), Adlin Aman Ramli, 36, sah menjadi suami kepada pelakon, Emelda Rosmila Abdul Hamid, 29, pada majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid An-Nur, Batu 8, Ulu Kinta dekat sini semalam.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Nikah, Cerai dan Rujuk Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, Zainudin Abdul Arshad dengan disaksikan keluarga kedua-dua belah pihak iaitu sehari sebelum ulang tahun kelahiran Adlin ke-37 hari ini.

Elmelda Rosmila yang juga adik ipar kepada pengacara AF7, AC Mizal, menerima wang hantaran RM30,000 beserta mas kahwin RM1,001 dan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh.

Turut hadir ibu Adlin, pelakon veteran, Ruminah Sidek, kakak Emelda, pelakon Emylia Rosnaida, AC Mizal, pelakon, Akashah dan penerbit filem, Raja Azmi.

Adlin dan Emelda yang mengenakan persalinan putih lega kerana impian mereka untuk berumahtangga selepas empat tahun bercinta termakbul.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2009&dt=0523&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Majlis berinai Emelda-Adlin meriah

Ahad Mei 24, 2009

BAGAI PINANG DIBELAH DUA: Emelda dan Adlin. - foto MSTAR oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

BERMULA selepas waktu Maghrib, orang ramai mula bertandang di majlis berinai pasangan mempelai aktres Emelda Rosmila Abdul Hamid dan pelakon Adlin Aman Ramlie, semalam.

Kebanyakan tetamu yang hadir ke rumah keluarga Emelda di Kampung Melayu, Batu 8 itu terdiri dari kalangan sanak saudara dan jiran tetangga bagi meraikan mempelai selepas sah bergelar suami isteri.

Kira-kira pukul 8 hingga 9 malam, majlis bermula dengan Marhaban daripada sekumpulan wanita diikuti dengan sesi karaoke.

Selepas pukul 9 malam, dianggarkan lebih 300 tetamu yang hadir lebih memeriahkan majlis itu.

Tidak sampai seminit Emelda keluar dari bilik pengantin ke pelamin indah rekaan Butik Pengantin Nasha, para tetamu sudah mula menyerbunya untuk melihat lebih dekat dan mengambil gambar kenangan.

JELITAWAN: Emelda menggayakan baju pengantin berkonsepkan kontemporari dari Butik Pengantin Nasha dengan solekan oleh Baby Elle. - foto MSTAR oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

Warna busana merah dari Butik Pengantin Nasha itu menyerlahkan lagi kecantikan Emelda yang mempunyai kulit putih melepak.

Walaupun suasana agak hiruk-pikuk dan sukar untuk dikawal, tetapi tetamu ada yang memberikan kerjasama untuk memberi ruang kepada jurugambar bertugas merakamkan gambar Emelda sementara menanti kehadiran Adlin.

Dalam keriuhan itu, suasana menjadi meriah diselang-seli dengan hiburan daripada lagu-lagu karaoke yang didendangkan oleh jiran terdekat dan keluarga mempelai.

Tepat pukul 10 malam, barulah kelibat Adlin yang kacak dengan pakaian pengantin warna senada dengan Emelda yang turut didatangkan dari butik yang sama.

Selain majlis berinai, keluarga kedua belah pengantin diberi peluang untuk menepung tawar pengantin.

Tetamu terpaksa diminta duduk bagi memberi ruang kepada pengantin dan orang yang menepung tawar.

RUPAWAN: Adlin menjadi fokus tetamu yang hadir. - foto MSTAR oleh SITI AZIRA AB. AZIZ

Waktu itu, tetamu semakin ramai masuk ke dalam rumah yang menempatkan pelamin dan mempelai namun keadaan yang bertambah gamat itu berjaya ditenangkan semula selepas kakak Emelda, Emylia Rosnaida bertindak mengawal tetamu dan meminta mereka duduk.

Selepas upacara menepung tawar selesai, ahli keluarga, sanak saudara dan tetamu diberi peluang untuk bergambar dengan mempelai.

Mereka bukan sahaja tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Emelda dan Adlin, malah Emylia dan suaminya, AC Mizal serta penyanyi dan pelakon Aqasha yang menjadi pengapit Adlin turut menarik perhatian mereka yang mahu bergambar.

Kemeriahan majlis itu terus berlangsung sehingga lewat pagi walaupun tetamu sedikit demi sedikit beransur pulang ke rumah masing-masing.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/5/24/mstar_hiburan/20090523175320&sec=mstar_hiburan

Mati larikan RM3,000


RUMAH mangsa yang agak terpencil mendorong seorang lelaki menjadikan lima penghuninya tebusan dan culik di Melaka semalam.


JASIN – Seorang penjenayah warga asing yang mengikat satu keluarga untuk dijadikan tebusan selama 11 jam di Kampung Jambatan Air Baruk, di sini, akhirnya mati dalam kejadian berbalas tembak petang semalam.

Sejurus sebelum ditembak, lelaki berasal dari Lombok, Indonesia itu yang dikenali sebagai Harapan, 27, menjadikan seorang mangsa sebagai perisai manusia apabila menyedari dia sudah dikepung 12 anggota polis.


HARAPAN


Bagaimanapun, drama tembakan yang meragut nyawanya pada pukul 2 petang itu sebenarnya sudah pun bermula sebaik dia menceroboh rumah mangsa pada pukul 1 pagi semalam dan mengikat seorang wanita dan tiga anaknya yang berusia lima hingga sembilan tahun.

Dia bersenjatakan selaras senapang patah dan parang.

Sebaik suami wanita itu pulang, dia diacu dengan senapang dengan amaran keluarganya akan dicederakan jika tidak berjaya mendapatkan wang tebusan berjumlah RM3,000.

Namun, lelaki itu yang bekerja sebagai buruh ladang kelapa sawit tidak mempunyai wang sebanyak itu dan berjaya meyakinkan suspek supaya membenarkannya menelefon seorang rakan untuk bantuan.

Rakan mangsa bagaimanapun hanya menyerahkan RM500, menyebabkan suspek tidak berpuashati.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0524&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Ancaman denggi, chikungunya

KUALA LUMPUR – Dalam kesibukan orang ramai memberi tumpuan terhadap virus influenza A (H1N1) yang kini kian susut, penyakit denggi dan chikungunya pula dalam diam terus mengancam dengan mengorbankan empat nyawa dalam tempoh 10 hingga 16 Mei lalu.

Pihak berkuasa kini mengalihkan tumpuan kepada kedua-dua wabak itu berikutan peningkatan 180 peratus kes chikungunya manakala empat peratus kes bagi denggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, kes denggi telah meningkat di sembilan negeri dengan laporan 912 kes dalam masa seminggu.

Katanya, ia membabitkan kenaikan di Perlis sebanyak 200 peratus, Pahang (60 peratus), Sabah (47 peratus), Sarawak (32 peratus), Selangor (18 peratus), Melaka (14 peratus), Kedah (11 peratus) dan Terengganu (enam peratus).

Jelas Mohd. Ismail, pemeriksaan yang dilakukan mendapati premis kediaman masih menjadi kawasan utama pembiakan nyamuk aedes.

Mengenai chikungunya, beliau memberitahu, sebanyak 276 kes telah dilaporkan dalam tempoh 10 hingga 16 Mei lalu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0523&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_14.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...