Wednesday, September 15, 2010

Peguam Arah Bunuh

Published: Rabu September 15, 2010 MYT 11:15:00 AM
Updated: Rabu September 15, 2010 MYT 11:20:01 AM

KUALA LUMPUR: Peguam bergelar Datuk disyaki sebagai dalang yang mengarahkan pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Difahamkan, peguam terbabit mengarahkan sekurang-kurangnya tiga lelaki dipercayai pekerjanya, membunuh keempat-empat mangsa di sebuah rumah tinggal dalam ladang kelapa sawit di Sungai Gadung yang dipercayai miliknya.

Jenayah keji itu dilakukan selepas Sosilawati bersama tiga rakannya itu berdepan sendiri dengan peguam berkenaan berkaitan urusan penukaran hak milik pembelian tanah bernilai RM25 juta.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Karim, 32, sebelum ini dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Isnin lalu, polis mengesahkan suspek dalam kes kehilangan jutawan itu mengaku membawa semua mangsa ke sebuah ladang, sebelum mereka dipukul mati dan mayatnya dibakar, manakala abunya dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di Kuala Langat.

Bagaimanapun, polis masih belum mengesahkan khabar angin sama ada mangsa-mangsa itu membawa wang sejumlah RM4 juta bersama untuk berjumpa dengan Datuk terbabit.

Sementara itu, polis menghubungi suami kepada T. Selvi, iaitu mangsa dibunuh di Banting pada 27 April tahun lalu.

Mekanik, P. Balasundram, 54, mendakwa peguam terbabit telah menipunya sejumlah wang pada tahun 2008 dalam satu perniagaan pinjaman wang yang dikongsi oleh mereka.

Beberapa hari kemudian, dia mendakwa, isterinya ditetak dengan parang sehingga mati oleh dua penyerang di hadapan rumahnya di Taman Cempaka di Banting.

Balasundram yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan suspek utama berkenaan berkata, dia menerima satu panggilan telefon daripada polis berhubung dengan pembunuhan isterinya.

"Anggota polis itu memberitahu dia mengiringi peguam terbabit ke pejabatnya untuk mengumpul dokumen-dokumen berkaitan dengan perniagaan pinjaman wang," katanya.

Di PETALING JAYA, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, polis menerima dua laporan kehilangan dua individu di Banting yang dipercayai berkaitan dengan peguam terbabit.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/15/mstar_berita/20100915111403&sec=mstar_berita

Tiga penipu warga asing diberkas


SHAFIEN menunjukkan imej rakaman CCTV dua warga asing yang
ditahan kerana menipu pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Selatan semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


NIBONG TEBAL - Modus operandi dua warga Iran dan seorang rakyat Turki mencetuskan provokasi sebelum melarikan wang milik mangsa di sekitar negeri ini berakhir apabila mereka ditahan di Parit Buntar, Perak Jumaat lalu.

Suspek yang berumur 32 hingga 40 tahun itu dilaporkan menjadi- kan para peniaga kecil sebagai sasaran untuk ditipu.

Kebiasaannya suspek akan masuk ke kedai mangsa dan membeli minuman dalam tin dengan membuat bayaran menggunakan wang RM100.

Selepas mangsa memberi wang baki, suspek akan menimbulkan kekecohan kerana memaksa mangsa menukar semula wang kertas RM50 yang baru dipulangkan kepada suspek sebagai wang baki.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan (SPS), Supritendan Shafien Mamat berkata, polis setakat ini percaya ketiga-tiga suspek itu terlibat dalam dua kes menipu di dua buah kedai di Jawi dekat sini pada 7 September lalu.

"Kedua-dua peniaga itu kerugian RM1,250 dan salah satu kedai itu dapat merakamkan kelibat suspek melalui kamera litar tertutup (CCTV)," kata beliau pada sidang akhbar semalam.

Dalam kejadian pertama, menurut beliau, dua suspek warga asing telah masuk ke sebuah kedai runcit di Taman Jawi Indah di sini untuk membeli minuman tin dengan memberikan wang RM100.

"Mangsa menyerahkan wang baki berjumlah RM98 kepada dua lelaki itu, namun mereka mendesak agar diberi wang RM50 yang memiliki tandatangan di bucu atas wang kertas itu," katanya.

Shafien memberitahu, mangsa kemudian mengeluarkan wang tunai berjumlah RM800 untuk diperiksa bagi mencari wang yang mempunyai tandatangan seperti dikehendaki suspek.

"Tanpa disedari kedua-dua suspek kemudian beredar menaiki sebuah kereta yang dipandu seorang lagi rakan mereka.

"Selepas kelibat suspek hilang, mangsa menyedari wang tunai RM800 miliknya hilang,"
kata beliau.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0915&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Penyelam temui zink pelapik mayat


PASUKAN penyelam menemui sebilah senjata tajam di Sungai Kanchong Laut di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting semalam. Gambar kecil: Polis membawa seorang suspek ke Subang Jaya dan menemui kunci kereta dipercayai milik Sosilawati.

--------------------------------------------------------------------------------


BANTING - Pasukan penyelam polis semalam menemui enam keping zink di dasar Sungai Kanchong Laut di Kampung Endah, Ladang Gadong, Tanjung Sepat disini yang dipercayai dijadikan sebagai pelapik untuk membakar mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

Bahan bukti itu ditemui selepas tiga suspek yang dibawa ke sungai itu menunjukkan lokasi zink-zink tersebut dibuang selepas selesai membakar mayat Sosilawati dan rakan-rakannya.

Tiga lagi yang turut menjadi mangsa pembunuhan kejam bersama jutawan kosmetik itu ialah pemandu peribadinya, Kamarudin Shansudin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Selain itu, di sungai sama polis menemui sebatang besi tajam dipercayai turut dijadikan senjata membunuh empat mangsa itu.

Besi sepanjang 60 sentimeter itu kebiasaannya digunakan untuk kerja-kerja mengangkat buah kelapa sawit yang dimasukkan ke dalam lori. Turut ditemui sejenis senjata berbentuk kerambit sepanjang 30 sentimeter.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0915&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Bunuh jiran untuk bayar hutang


DI rumah flat di Jalan Sutera Lama, Port Dickson inilah tempat Norliza dan anaknya mati dibunuh pada 3 September lalu.

--------------------------------------------------------------------------------



SEREMBAN - Polis merungkai kes pembunuhan seorang ustazah dan anaknya di rumah mereka di Port Dickson pada 2 September lalu yang dipercayai dilakukan oleh jiran mereka.

Jirannya itu, seorang lelaki berumur 34 tahun, dikatakan membunuh dan menyamun Norliza Ishak, 35, dan anak lelakinya Amirul Ayman Mohd. Yusof, 10, bagi mendapatkan wang untuk melangsaikan hutangnya.

Suspek yang telah 12 hari direman sejak 6 September lalu dijangka dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan membunuh.

"Jiran mangsa dipercayai menghadapi masalah kewangan selepas tidak mendapat kontrak pemasangan paip gas sejak beberapa lama.

"Hasil samun terhadap mangsa kesemuanya berjumlah RM2,800. Suspek telah menggunakan untuk membuat bayaran hutang tertunggak seperti pembayaran rumah, kereta dan sebagainya,"
kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0915&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Mahu pencen usia 60 tahun

2010/09/14

KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam di Malaysia supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.

Presidennya, Omar Osman berkata sehingga kini, Malaysia masih ketinggalan di belakang negara jiran yang mempunyai umur persaraan antara 60 dan 62 tahun.

Beliau berkata, sehubungan itu, Cuepacs berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, akan meluluskan cadangan itu dan mengumumkannya ketika pembentangan Bajet 2011 bulan depan.


“Kami telah meminta supaya umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun sejak beberapa tahun lepas, dan pada 2006, kami menyerahkan satu memorandum berhubung perkara itu, namun kerajaan hanya bersetuju menaikkannya sehingga 58 tahun.


“Justeru, kami harap kerajaan boleh mempertimbangkannya kerana ia satu opsyen dan bukan wajib, seperti juga apabila umur persaraan dinaikkan daripada 56 kepada 58 tahun, ia satu opsyen, bukannya automatik,”
katanya kepada Bernama dalam satu temubual.


Kerajaan juga, katanya, perlu memastikan bahawa umur persaraan di Malaysia seragam dengan apa yang diamalkan di negara jiran seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia.


Umur persaraan bagi Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60 tahun, manakala di Singapura 62 tahun.


Kali terakhir isu mengenai umur persaraan dibangkitkan di negara ini pada 2008, iaitu sebelum ia dinaikkan kepada 58 tahun.


Omar berkata, baru-baru ini, pemain industri perbankan tempatan bersetuju menaikkan umur persaraan pekerjanya dan ini membuktikan rakyat Malaysia masih mampu menyumbang kepada ekonomi negara meskipun umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun.


“Graduan baru atau mereka yang masih mempunyai tahun perkhidmatan yang panjang sebagai penjawat awam tidak perlu bimbang. Kita perlu bersikap terbuka kerana ia satu opsyen dan bukannya wajib,” katanya.


Beliau berkata, ini kerana kepakaran serta pengalaman penjawat awam masih diperlukan, dan dengan menaikkan umur persaraan, ia mampu memberi pilihan kepada mereka yang berpengalaman untuk terus berkhidmat kepada negara.

“Kami tidak pasti jika kerajaan akan menerima cadangan ini, namun kami berharap ia akan dipertimbang dan diputuskan secepat mungkin,” katanya. - Bernama.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mahupencenusia60tahun/Article

'Kak Ida' terus licik menipu

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

2010/09/14

AMPANG: Seorang wanita yang licik menipu ramai wanita berkerjaya dan pemilik perniagaan termasuk penyanyi, Deja Moss dikesan masih aktif menjalankan kegiatannya.

Malah, wanita beranak tiga itu dengan lagak gayanya seperti orang kaya akan melarikan diri sejurus memperoleh wang mangsa.

Dalam kes terbaru, wanita berkenaan memperdaya dua pemilik salun di Ampang.


Bagaimanapun, dalam kes itu, wanita berkenaan dikenali sebagai Kak Ida, 46, ‘berlakon’ sebagai seorang peguam syariah dan pemilik syarikat pengiklanan sebelum memperdaya mangsa membabitkan kerugian lebih RM35,000.


Dalam kes pertama, seorang mangsa yang juga pemilik salun kerugian RM25,000 selepas diperdaya wanita berkenaan yang meminjam wangnya.


Mangsa dikenali sebagai Shanty, 48, berkata, wanita itu pelanggan tetapnya yang dikenalinya tujuh tahun lalu dan dia tidak menyangka dia penipu besar.


Wanita itu menyatakan mengalami kesempitan wang dan meminta meminjam daripada mangsa dan berjanji membayarnya kembali selepas masalahnya selesai.


Mangsa mula meminjamkan wang kepada wanita itu sejak Mei tahun lalu dan hingga kini sudah lebih 10 kali transaksi dibuat ke akaun wanita berkenaan membabitkan lebih RM25,000.


Katanya, dia memasukkan RM1,500, RM2,000, RM3,000, dan RM5,000 secara berperingkat-peringkat ke dalam akaun wanita berkenaan melalui mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan tidak tahu mengapa dia begitu bodoh mempercayai wanita itu.


Mangsa tahu dia ditipu apabila wanita berkenaan sering memberikan pelbagai alasan apabila diminta menjelaskan hutang, tetapi masih meminjamkan wang kerana simpati berikutan wanita itu mengadu banyak masalah.

Shanty berkata, dia serba salah meminta hutang apabila wanita berkenaan pernah berjanji dengannya pada Disember tahun lalu untuk memasukkan anaknya belajar di Universiti Malaya (UM), malah wanita itu turut memalsukan surat tawaran dan menggunakan kepala surat universiti berkenaan bagi meyakinkannya.


Katanya, wanita itu turut pernah memalsukan surat projek menggunakan nama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan menerima bayaran RM180,000 daripada rakan mangsa.

Seorang lagi mangsa yang juga rakan kepada Shanty, Zalina, 38, berkata, dia didatangi wanita berkenaan di salunnya Januari lalu dengan memperkenalkan diri sebagai pemilik syarikat pengiklanan di ibu kota dan menawarkan pelaburan yang menguntungkan kepadanya.


Katanya, wanita itu memberitahu sekiranya dia melabur RM3,500 hasil pulangan sebanyak RM20,000. Disebabkan itu, dia melabur RM10,500 dan wanita terbabit berjanji memberikannya wang RM60,000 pada Februari lalu sebelum menghilangkan diri. Mangsa memasukkan wang ke dalam akaun wanita itu tiga kali pada Januari lalu berasa tertipu apabila panggilannya sehingga kini tidak pernah terjawab wanita berkenaan.


Kedua-dua mangsa membuat laporan di Balai Polis Ampang Jaya akhir bulan lalu.


Sementara itu, Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KakIdateruslicikmenipu/Article

Angkara jiran dekat rumah

Oleh Iskandar Shah Mohamed

2010/09/14

SEREMBAN: Siasatan polis mendapati kes bunuh seorang ustazah dan anak lelakinya di sebuah apartmen di Jalan Sutera Lama, Port Dickson, awal bulan ini, bermotifkan samun dengan suspek menggunakan taktik konon tertinggal kunci sebelum memasuki rumah mangsa untuk menyusup masuk melalui tingkap belakang.

Suspek berusia 34 tahun yang juga jiran mangsa kemudian mengikat tangan dan menutup mulut dua beranak itu, Norliza Ishak, 35, dan anaknya, Amirul Ayman Mohd Yusoff, 10, menggunakan tali, pita pelekat serta kain sarung sebelum meletakkan mereka dalam bilik mandi rumah terbabit.

Suspek dikatakan turut bertindak kejam dengan membuka air pancuran mandi sebelum menghempap mangsa menyebabkan mereka sukar bernafas dan meninggal dunia. Suspek melarikan barangan peribadi mangsa termasuk barang kemas, telefon bimbit, komputer riba serta wang tunai dan menjual sebahagian barangan itu bernilai ribuan ringgit di kedai pajak gadai.


Suspek menyimpan wang itu dalam akaun bank miliknya dipercayai bagi melunaskan hutang termasuk membabitkan pembayaran ansuran kenderaan dan bil lain.


Perkara itu didedahkan Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh yang berkata, suspek, seorang mualaf, mengaku semua perbuatan itu sepanjang proses soal siasat dijalankan terhadapnya sejak dalam tahanan polis.

“Suspek dipercayai memperdaya mangsa dengan berpura-pura tertinggal kunci dalam rumahnya dan perlu memasuki kediaman mangsa untuk memanjat masuk melalui tingkap belakang di bahagian dapur. “Sejurus memasuki rumah dua tingkat itu, suspek kemudian menghentak mangsa menggunakan siku dan mengikat kedua-dua tangan mangsa.


“Anak lelaki mangsa yang menyedari perkara itu bertindak menjerit sebelum tangannya turut diikat. Dua beranak itu seterusnya diletakkan dalam bilik mandi dengan kepala serta mulut ditutup dengan kain dan pita pelekat,” katanya pada sidang media, semalam. Hadir sama Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Baljeet Singh.


Menurutnya, hasil penahanan, suspek turut membawa kepada penemuan semula beberapa barangan milik mangsa yang dicuri iaitu barang kemas, tiga telefon bimbit, sebuah komputer riba dan pemain ‘laystation serta sejumlah wang tunai. “Siasatan mendapati suspek yang bekerja sebagai pemasang paip gas syarikat minyak dan gas melakukan samun kerana mempunyai masalah kewangan selepas tidak mempunyai kontrak kerja beberapa bulan,” katanya yang turut memberitahu isteri dan anak suspek tiada di rumah ketika kejadian kerana berada di Sabah.


Beliau berkata, pihaknya sudah menyerahkan kertas siasatan kes kepada pejabat timbalan pendakwa raya dan suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret Seremban hari ini.


Ditanya sama ada wujud unsur rogol dan liwat dalam kejadian itu, Osman berkata, pihaknya masih menunggu laporan DNA bagi mengesahkan perkara berkenaan.


“Berdasarkan laporan bedah siasat, ada kecederaan pada kemaluan kedua-dua mangsa yang disahkan mati akibat sesak nafas, namun kami masih menunggu keputusan ujian,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Angkarajirandekatrumah/Article

Rosak ikut hati

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

2010/09/15

KUALA LUMPUR: “Saya insaf melakukan perbuatan terkutuk dengan teman lelaki pada usia muda hingga mengandung dan akhirnya pelajaran diabaikan,” kata Nurul, 16, yang mengandung lapan bulan selepas melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.

Katanya, akibat pergaulan bebas antara dia dengan teman lelaki menyebabkan hidupnya tidak berhaluan tanpa diketahui ibu bapanya. Menurutnya, sepanjang perkenalan dengan lelaki berusia 25 tahun itu, dia melakukan hubungan seks termasuk di rumah sewa teman lelaki dan hotel murah.

“Saya menyesal melakukan hubungan itu sehingga saya mengandung dan menjejaskan masa depan selain memalukan keluarga terutama ibu bapa,” katanya ketika ditemui di Darul Fiqh, di sini.

Nurul berkata, tidak sampai setahun kenal dengan lelaki itu dia dipaksa membuat hubungan terbabit, tetapi lama-kelamaan menjadi kebiasaan apabila dibawa ke rumah sewa dan hotel murah.

“Ketika itu, saya hanya memikirkan keseronokan apabila teman lelaki sungguh baik dan mengambil berat segala masalah dihadapi sehinggalah mengandung. “Saya juga pernah terfikir untuk menggugurkan kandungan, tetapi dihalang keluarga yang mahukan saya terus menjaga kandungan itu,” katanya yang akan menyerahkan bayinya kepada keluarga angkat selepas melahirkan dan bertekad mahu menyambung pelajaran.


Sempena Aidilfitri ini, Nurul memohon kemaafan daripada kedua ibu bapa kerana banyak melakukan kesalahan termasuk merosakkan nama keluarga.

Remaja berasal dari pantai timur yang mengandung enam bulan, Ila, 22, pula berkata pergaulan bebas dengan teman lelaki dan jauh daripada keluarga menyebabkan dia tidak pernah gentar melakukan perbuatan tidak elok.

Katanya, ajakan pertama teman lelaki dan cinta kuat terhadapnya melalaikan hingga menjerumuskan dirinya ke lembah dosa. “Pujuk rayu teman lelaki membuatkan saya rela menyerahkan mahkota berharga sehingga mengandung. “Selepas keluarga tahu perbuatan terkutuk itu, mereka memisahkan kami sebelum menghantar saya ke sini untuk pemulihan,” katanya.


Katanya, dia damai berada bersama teman lain dan memohon maaf daripada keluarga kerana banyak melakukan kesilapan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rosakikuthati/Article

Kes bunuh Sosilawati: Polis buka kembali 2 kertas siasatan

2010/09/15

KUALA LUMPUR: Polis membuka kembali dua kertas siasatan yang berkaitan pembunuhan oleh individu yang tidak dikenali sekitar kawasan Banting sejak tahun lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kes berkenaan disiasat semula berikutan kematian yang menjurus ke arah pembabitan suspek utama, peguam bergelar Datuk yang dipercayai terbabit dalam kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47 dan tiga lelaki lain.

“Kes pertama membabitkan kematian seorang wanita berusia 40-an yang dibunuh di hadapan rumah suspek pada tahun lalu. Mangsa ditikam beberapa kali oleh individu yang tidak dikenali,” katanya.

Menurutnya, polis juga membuka siasatan berikutan kehilangan seorang ahli perniagaan dari Chennai, India, juga di kawasan Banting. Sementara itu, menurut isteri mangsa berkenaan yang dikenali S Usharani, 24, beliau bersedia datang ke Malaysia bagi memberikan keterangan jika diperlukan.

Sementara itu dalam satu perkembangan lain, empat daripada lapan suspek yang ditahan dalam kes pembunuhan Sosilawati bersama tiga lelaki lain sudah diserahkan kepada polis Gombak berikutan mereka disyaki turut mempunyai kaitan dalam satu kes pembunuhan di daerah terbabit yang berlaku 8 Mac lalu.


Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, semua suspek itu diserahkan oleh polis Bukit Aman untuk disoal siasat bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang pekerja di Unit Perancangan Setinggan, Majlis Perbandaran Selayang (MPS).


Menurutnya, bagaimanapun semua itu masih dalam siasatan dan pihaknya tidak pasti sejauh mana semua mereka terbabit dalam kes pembunuhan itu.


Beliau berkata, sejauh mana pembabitan suspek dalam kes berkenaan atau benar mereka terbabit belum dapat dipastikan kerana ia masih dalam siasatan.


“Memang ada empat daripada lapan suspek yang ditangkap berhubung kes pembunuhan Sosilawati dan tiga lelaki diserahkan kepada kami untuk membantu siasatan kes pembunuhan kakitangan MPS pada 8 Mac lalu,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Polisbukakembali2kertassiasatan/Article

Kes bunuh Sosilawati: Rampas tujuh komputer

2010/09/15

BANTING: Polis mengambil tujuh komputer peribadi kepunyaan suspek utama kes bunuh, bakar Datuk Sosilawati di pejabat miliknya di Bandar Banting, di sini, kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Polis dilihat hadir bersama seorang suspek dipercayai peguam yang juga suspek utama kes bunuh Sosilawati di pejabat berkenaan.

Selepas lebih satu jam berada di firma milik suspek, polis dilihat membawa keluar peralatan seperti komputer dan beberapa dokumen sebelum membawa keluar suspek dari pejabat itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.


Laporan sebelum ini menyebut, firma guaman berkenaan lokasi terakhir semua mangsa dilihat sebelum dibunuh dan dibakar di ladang milik suspek dan abunya dibuang ke sungai berhampiran.


Firma itu difahamkan menjadi lokasi urus niaga suspek dan mangsa.


Sementara itu, lokasi pembunuhan dipenuhi Unit Forensik dari jam 11 pagi diiringi beberapa pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Kuala Lumpur yang mengawal kawasan berkenaan.


Hampir 10 kereta termasuk kenderaan forensik dilihat memasuki kawasan lokasi utama pembunuhan dipercayai mencari bukti lain yang mungkin ada hubung kait dengan kes pembunuhan.


Sekitar jam 2 petang semalam juga tiga kenderaan polis dilihat memasuki kawasan berkenaan dan dipercayai membawa suspek utama.


Menurut sumber, polis dipercayai giat mencari bukti kukuh di lokasi kejadian bagi membuktikan mayat dibakar adalah mayat jutawan kosmetik berkenaan bersama tiga lagi mangsa.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Rampastujuhkomputer/Article

Kes bunuh Sosilawati: Mahu ujian di luar negara

2010/09/15

BATU PAHAT: “Kami akan tetap lakukan ujian Deoxyribonucleic Acid (DNA) buat kali kedua di luar negara selepas ini,” tegas Masturi Lawiya, 42, adik kepada jutawan kosmetik yang dipercayai mati dibunuh, Datuk Sosilawati Lawiya, di sekitar Ladang Kelapa Sawit Tanjong Sepat, Selangor, baru-baru ini.

Masturi berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan hasil ujian DNA yang masih lagi dalam siasatan polis sejak kes terbabit terbongkar.

Katanya, sehingga kini ahli keluarga jutawan itu belum menerima sebarang keputusan rasmi berkaitan hasil ujian dijalankan.


“Sehingga hari ini (semalam), kami masih lagi menunggu keputusan ujian DNA itu di samping tidak putus-putus berdoa mengharap dia (Sosilawati) masih lagi hidup.


“Walaupun jika ujian DNA menunjukkan ia positif, kami sekeluarga nekad mahu ujian itu diadakan buat kali kedua,”
katanya ketika ditemui di Surau Al-Hidayah Kampung Seri Menanti di sini, semalam.


Masturi berkata ujian DNA kali kedua selepas ini akan diadakan di luar negara sama ada Singapura atau Thailand.


Menurutnya, ahli keluarga tidak berniat mempertikaikan hasil ujian DNA yang dijalankan, namun keputusan berkenaan dibuat atas kehendak keluarga.


“Bagaimanapun saya yakin Sosilawati masih lagi hidup dan selamat dan dia mungkin disembunyikan di lokasi lain,” katanya.


Pada masa sama, Masturi turut mengatakan ahli keluarganya bersiap sedia mengadakan upacara pengebumian jutawan berkenaan dan mereka menunggu hasil keputusan DNA yang dijalankan polis.


“Dia dikebumikan di kampung ini, berikutan permintaan keluarga termasuk penduduk setempat tetapi selepas itu kami jalankan ujian DNA di luar negara pula,” katanya.


Beliau ditemui ketika bersama 100 penduduk kampung berkenaan mengadakan Majlis Solat Ghaib di Surau Al-Hidayah Kampung Seri Menanti sebagai tanda penghormatan terakhir kepada jutawan yang disifatkan penduduk tempatan sebagai dermawan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mahuujiandiluarnegara/Article

Kes bunuh Sosilawati: Hanya perlu sedikit cebisan

2010/09/15

KUALA LUMPUR: Tindakan membakar mayat sebagai cara menghapuskan bukti pembunuhan bukan bermakna ia mampu mengaburi mata pihak berkuasa untuk mengesan mangsa bagi membolehkan penjenayah yang bertanggungjawab bebas dan bermaharajalela.

Ini kerana, ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) boleh dilakukan berdasarkan kepada bukti biologi lain yang dijumpai di lokasi kejadian seperti cebisan daging, serpihan tulang atau gigi.

“Walaupun hanya tulang ditemui ketika siasatan unit forensik di lokasi kejadian, ia sudah cukup untuk mengesan identiti mangsa. Ketepatan ujian DNA juga hampir sempurna iaitu sehingga 99.9 peratus memandangkan profil bagi setiap individu adalah unik dan berbeza.

“Kes bunuh dan bakar cara luar biasa pernah dilakukan penjenayah kerana ia pernah terjadi ketika pembunuhan kejam Canny Ong yang turut dibakar kira-kira tujuh tahun lalu,”
kata seorang pakar forensik yang enggan dikenali ketika dihubungi, semalam.


Menurutnya ujian DNA boleh dilakukan melalui pelbagai sampel, bukan hanya tertumpu kepada air liur atau darah semata-mata dan kebiasaannya sampel darah waris terdekat seperti ibu, adik-beradik dan anak digunakan untuk pengesahan identiti itu.


“Sampel DNA termasuklah kuku, air mani, darah, cecair badan atau tisu, urin, bulu kemaluan, tulang dan calitan bahagian sulit individu.

Buat masa ini, pasukan forensik dan kimia masih melakukan pengumpulan bahan bukti bukan saja mengenalpasti mangsa, tetapi untuk mengukuhkan bukti di peringkat siasatan dan pendakwaan.

“Kerja ini harus dilakukan dengan teliti dan mengambil masa sedikit apatah lagi membabitkan ramai mangsa,”
katanya.


Sementara itu, ibu Noorhisham Mohamad, pegawai bank yang mati dibunuh bersama jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, Satinah Mokhtar menjalani ujian DNA di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.


Difahamkan, keluarga mangsa menjalani ujian itu di Wad Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 1 tengah hari.


Bapa mentua mangsa, Raden Pangat Ishak berkata, selain mereka, difahamkan ketiga-tiga waris terdekat mangsa, ibu Sosilawati, Ahmad Kamil Abd Karim dan Kamarudin Shamsuddin turut menjalani ujian yang sama bagi pengesahan identiti kesemua mangsa itu.


“Kami tidak pasti lagi bila keputusan itu diketahui. Tadi (semalam) ibu Noorhisham memberikan sampel darah yang akan dihantar ke Jabatan Kimia. Berkemungkinan keputusannya diketahui tiga atau empat hari lagi,” katanya.

Difahamkan, bahan bukti seperti cebisan tulang dan abu yang ditemui berkemungkinan dibawa ke HKL dan ujian DNA dilakukan dalam masa terdekat ini.


Sementara itu, Timbalan Pengarah (Perubatan) HKL, Dr Lailanor Ibrahim berkata, setiap ujian DNA dilakukan HKL mengikuti operasi prosedur standard (SOP) tanpa mengira status sesuatu kes.


“Pesakit datang ke HKL membuat ujian mengikut prosedur dan sampel diperoleh dihantar ke makmal yang diiktiraf,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hanyaperlusedikitcebisan/Article

Kes bunuh Sosilawati: Kesan dua telefon bimbit dalam sungai

2010/09/15

BANTING: Polis menemui petunjuk terbaru apabila dua daripada tiga telefon bimbit milik mangsa bunuh dan bakar yang dipercayai dibuang di Sungai Kanchung Laut, ditemui kelmarin.

Menurut sumber, telefon berkenaan diperoleh ketika operasi mencari bukti yang dilakukan selepas penemuan jam tangan berjenama milik Datuk Sosilawati Lawiya.

Usaha mencari senjata digunakan bagi membunuh mangsa digiatkan pasukan forensik polis di kawasan itu dan dibantu unit gerakan Marin Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sungai Kanchung Laut di sini, semalam Dalam operasi bermula jam 12 tengah hari itu, forensik menemui satu lagi jam tangan turut mempunyai nombor siri menjadikan dua jam tangan ditemui sehingga semalam.

Tiga suspek juga dilihat dikawal rapi Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, Kuala Lumpur yang dibawa bagi mengecam barangan ditemui.


Seorang daripada suspek dibawa ke lokasi itu selepas polis menggeledah pejabat firma guaman suspek utama kira-kira jam 2 petang.


Suspek dibawa kembali ke lokasi sungai berkenaan kira-kira jam 3.15 petang sebelum dilihat mencangkung di tepi jambatan mengecam barang ditemui.


Menurut sumber, polis sedang mencari besi tajam mencantas tandan kelapa sawit termasuk pencangkuk besi yang digunakan ketika menyembelih mangsa, namun masih belum ditemui sehingga petang semalam.

Bagaimanapun, satu pisau ditemui pasukan penyelam forensik kira-kira jam 4.20 petang di sungai terbabit namun dipercayai tidak digunakan suspek apabila mereka tidak mengaku senjata berkenaan milik mereka.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kesanduatelefonbimbitdalamsungai/Article

Tuesday, September 14, 2010

Kes bunuh Sosilawati: Jam jadi petunjuk

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Noriah Idris, Maiamalina Mohamed Amin, Shamsul Munir Safini, Muhammad Apendy Issahak, Sarah Zulkifly, Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim

2010/09/13


BANTING: Jam mahal milik jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang diambil salah seorang penjenayah sebagai ‘kenang-kenangan’ selepas mangsa dibunuh menjadi petunjuk paling penting berhubung kes bunuh dan bakar mangsa berkenaan. Difahamkan jam milik Sosilawati terbabit dipakai salah seorang daripada lapan suspek termasuk dua daripadanya adalah wanita yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan kejam berkenaan.

Selain itu, polis unit Forensik yang melakukan siasatan terhadap lokasi Sungai Panchau, Kampung Kanchong Laut, di sini, lokasi abu mayat mangsa dibuang turut menemui cebisan tisu anggota tubuh, termasuk rambut selain tulang hangus manusia yang dipercayai milik mangsa yang hilang, petang semalam.

Susulan itu polis forensik didapati mengutip semua tisu tubuh manusia terbabit sebelum disusun di atas jalan bagi membolehkan siasatan lebih rapi dilakukan terhadap bukti terbaru ditemui itu melalui kaedah penandaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, bukti terbabit sebahagian daripada sampel ditemui polis di lokasi kejadian termasuk tinggalan abu dipercayai mayat empat mangsa dibunuh.

Difahamkan, bau kuat petrol di kawasan tapak pembakaran mayat mangsa di dalam ladang pertanian bersepadu di Tanjung Sepat menjadi petunjuk kepada polis bagi menjalankan siasatan lebih rapi.

Sementara itu, tiga kenderaan polis Unit Forensik memasuki kawasan ladang terbabit jam 12.20 tengah hari semalam diikuti van polis yang membawa dua suspek utama kes berkenaan.

Wartawan yang berada di lokasi kejadian mendapati, kedua-dua suspek memakai baju lokap polis Kuala Lumpur berkenaan dipercayai suspek utama, peguam bergelar Datuk dan adiknya.

Konvoi polis yang dikawal ketat itu memasuki kawasan ladang yang terletak kira-kira 100 meter daripada jalan utama ke kawasan pembunuhan berkenaan sebelum memulakan siasatan rapi terhadap ladang berkenaan.

Polis Forensik Bukit Aman, Selangor dan Kuala Lumpur melakukan siasatan rapi terhadap lokasi kejadian manakala anggota polis dari Jabatan Kimia Bukit Aman melakukan pemeriksaan terhadap kawasan Sungai Panchau di sini.

Berdasarkan maklumat, mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar berhampiran kawasan kolam dalam ladang yang dibina tembok batu setinggi kira-kira dua meter di sekelilingnya.

Difahamkan polis turut menemui sisa pembakaran yang boleh dikaitkan dengan identiti mangsa yang hilang.

Sementara itu, pasukan penyelam polis marin turut dipanggil bagi membantu siasatan polis melakukan tugas menyelam di sungai terbabit mencari bahan bukti kes selain mengutip objek dipercayai tulang mangsa yang tenggelam ke dasar sungai.

Pasukan forensik turut ke restoran terletak kira-kira empat kilometer dari ladang itu untuk menjalankan siasatan.

Sementara itu, lebih 30 petugas media selain hampir 100 penduduk tempatan tidak dibenarkan menghampiri lokasi kejadian berikutan kawasan terbabit dikawal ketat lapan anggota polis yang menjaga pintu masuk ke ladang terbabit.

Penduduk, M Mohan, 53, berkata, dia terkejut dengan kehadiran polis dan mula mengesyaki sesuatu tidak kena.

“Semalam (kelmarin) ketika saya sembahyang di kuil berhampiran ladang ini, polis mengawal laluan masuk. Jadi saya pun tanya mereka dan dimaklumkan terdapat penemuan lokasi empat mayat dibakar,” katanya.

Difahamkan tanah berkenaan adalah milik peguam bergelar Datuk terbabit.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jamjadipetunjuk/Article

Kes bunuh Sosilawati: Terselamat tolak ajakan

2010/09/13


KUALA LUMPUR: Anak sulung Datuk Sosilawati Lawiya dianggap bernasib baik apabila tindakannya menolak ajakan ibu untuk menemaninya ke Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu, sekali gus menyelamatkan nyawanya daripada turut dibunuh penjenayah kejam.

Erni Dekritawati Yuliana Buhari, 25, berkata pada hari terbabit ibu mengajak dia ke Banting untuk bertemu seorang peguam atas urusan jual beli tanah, namun dia terpaksa menolaknya kerana sudah mempunyai perancangan lain.

Menurutnya, ketika itu dia terkilan sebab tidak dapat menemani ibu dan perasaan itu semakin terasa apabila ibunya tidak pulang selepas tiga hari keluar daripada pejabatnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, Kuala Lumpur.

“Mama ada ajak temankan dia ke Banting, tapi saya tak dapat ikut sebab sudah janji dengan kawan untuk berbuka puasa.

“Jadi mama kata kalau begitu dia akan pergi bersama pemandu dan peguamnya serta seorang pegawai bank,”
katanya.

Sementara itu, teman rapat Sosilawati yang juga pengasas produk De Wajah, Junaidah Kiting, 52, berkata beliau kehilangan seorang rakan baik yang banyak membantu dan ini adalah kehilangan besar baginya.

http://www.hmetro.com.my

Kenalan Datuk Sosilawati Lawiya

KUALA LUMPUR: Kenalan rapat Datuk Sosilawati Lawiya menganggap peristiwa tragis dan kejam yang menimpa jutawan kosmetik itu sebagai sesuatu yang sukar diterima.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang juga rakan serta jiran Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak berkata selagi DNA tulang yang ditemui belum mengesahkan ia adalah Sosilawati, selagi itulah beliau masih berharap ada harapan untuk melihat rakannya itu pulang.


"Saya masih berharap akan berlaku keajaiban dan sehingga belum dapat dipastikan saya tidak menganggap dia menjadi arwah," katanya ketika mengunjungi keluarga Sosilawati di sini hari ini.


Beliau berkata penduduk di sekitar Taman Harmonis yang prihatin atas apa yang menimpa Sosilawati sudah membuat solat hajat sejak beliau dilapor hilang dan ia akan berterusan sehingga mendapat pengesahan.


Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38; dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.


Semalam, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, dekat sini.


Bagi Datuk Suhaimi Ibrahim yang juga setiausaha politik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pembunuhan yang berlaku itu sukar dipercayai kerana ia sesuatu yang sangat kejam, zalim serta tidak bertamadun.


Beliau yang kenalan rapat Sosilawati sejak tujuh tahun lalu, berkata kali terakhir beliau dihubungi Sosilawati ialah pada 29 Ogos lalu iaitu sehari sebelum Sosilawati bersama tiga lagi mangsa ke Banting bagi urusan pembelian tanah.


"Sosilawati menghubungi saya untuk berjumpa pada tarikh itu bagi mendapatkan nasihat dan pandangan mengenai penjualan tanahnya di Bukit Jambul, Pulau Pinang tetapi saya tidak boleh menemui beliau pada hari itu kerana ada urusan lain dan saya maklumkan padanya untuk bertemu pada 31 Ogos," katanya.


Beliau berkata, pada 31 Ogos, beliau cuba menghubungi Sosilawati untuk mengesahkan pertemuan itu tetapi panggilannya tidak dijawab.


Sangat pelik bila dia tidak jawab telefon sebab Sosilawati jarang buat begitu, kalau ada 'miss call' dia akan cepat-cepat telefon semula. Pada 1 September saya cuba menghubungi beliau lagi tetapi telefonnya dimatikan," katanya.

Beliau berkata, pada pertemuan mereka sebelum bulan puasa, Sosilawati pernah memaklumkan kepadanya mengenai tanah itu selain hasrat untuk menyenaraikan syarikatnya dalam bursa saham.


"Beliau adalah ikon wanita, beliau salah seorang pelopor usahawan kosmetik yang menjadi ikutan dan contoh pada usahawan lain," katanya.


Sementara itu, adik Sosilawati, Masturi Lawiya berkata malam ini solat hajat dan kenduri tahlil akan diteruskan di kediaman Sosilawati, manakala solat hajat dan tahlil turut diadakan di rumah ibu bapanya di Batu Pahat semalam.


Pengusaha stokis produk kecantikan Nouvelle Visages di Kampung Baru pula berkata, beliau mengenali Sosilawati sejak tahun 1985 dan sepanjang perkenalan itu Sosilawati adalah seorang wanita yang baik hati dan dermawan.

"Kali terakhir kami berjumpa sebelum Ramadan lalu dan amat sukar untuk mempercayai apa yang berlaku. Diharapkan anak-anak dan keluarga Sosilawati tabah dan redha dengan apa yang berlaku," katanya yang enggan namanya disiarkan.


-Bernama

Penyewa terkejut tuan rumah suspek kes bunuh Sosilawati

2010/09/13BANTING: Penyewa rumah peguam bergelar Datuk yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya terkejut dengan penahanan "tuan rumahnya" itu selepas gambarnya disiarkan media hari ini.

Seorang peniaga yang juga menguruskan perniagaan katering dan hanya mahu dikenali sebagai Kak Ana, 45, terkejut dan seolah tidak percaya dengan penangkapan peguam itu kerana menyifatkan tuan rumahnya itu seorang lelaki yang baik, peramah dan sentiasa bertegur sapa.

"Akak terkejut tengok gambar dia (peguam) dalam akhbar hari ini. Memanglah tahu kes ini babitkan seorang peguam bergelar Datuk di Banting, tapi tak sangka pula dia...Akak memang tak percaya dia buat semua tu sebab dia baik sangat," katanya.

Ketika ditemui di rumah sewanya, iaitu bersebelahan rumah peguam berusia 41 tahun itu di sebuah taman di sini, beliau berkata, peguam itu menginap di rumah semi-D berkembar di situ seorang diri manakala anak-anak dan isterinya tinggal di Puchong untuk menemani salah seorang anak mereka yang bersekolah (sekolah swasta) di sana.

"Masa akak pindah sejak April tahun ini, dia (peguam) ada beritahu anak-anak dan isterinya hanya akan datang serta melawatnya di rumah itu seminggu sekali saja," katanya.

Isteri seorang pesara polis itu berkata, sepanjang menyewa di rumah itu, beliau tidak melihat sebarang kecurigaan di rumah peguam itu mahupun peguam itu sendiri.

"Macam biasa, dia memang rajin bertegur sapa, tak cakap lebih-lebih. Akak tak syak apa-apa. Hanya nampak dia pergi dan balik kerja saja," katanya.

Semalam, polis mengesahkan penangkapan peguam berpangkat Datuk, adiknya yang juga seorang peguam dan enam lagi bagi membantu siasatan kes berprofil tinggi itu.

Sosilawati bersama tiga lelaki iaitu pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala LUmpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Semalam, polis mengesahkan kempat-empat mangsa dipukul sampai mati sebelum dibakar dan abu dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong dekat sini. - Bernama

Keluarga Kamaruddin adakan solat sunat ghaib

2010/09/13KUANTAN: Keluarga Kamaruddin Shansuddin, pemandu kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, malam tadi mengadakan solat sunat ghaib di rumah mereka di Bandar Indera Mahkota 2, di sini, selepas dimaklumkan penemuan tragik keempat-empat mangsa bunuh yang dibakar dan dibuang abunya ke dalam sungai.

Abang ipar mangsa, Ismail Ibrahim, 56, berkata, ahli keluarga mereka yang berada di Makkah bagi menunaikan umrah ketika ini turut mendirikan solat sunat ghaib di Tanah Suci itu sebaik menerima berita berkenaan.

"Solat sunat ghaib dibuat malam tadi selepas semua ahli keluarga yakin berdasar hasil siasatan awal pihak polis dan mula menerima bahawa sisa mayat yang dibakar itu adalah Kamaruddin bersama majikan serta dua rakan mereka," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Polis semalam mengesahkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Dua lagi mangsa adalah pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Ismail berkata, keluarga dan sanak-saudaranya turut mengadakan majlis tahlil selama tiga malam berturut-turut bermula semalam.

"Kami mendoakan rohnya tenang. Semua keluarga bersedih dan masih belum memahami apa yang sebenarnya terjadi kepada arwah," katanya sebak. - Bernama

Sunday, September 12, 2010

Misteri kehilangan Sosilawati mungkin terjawab hari ini

2010/09/12

BANTING: Misteri kehilangan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi dijangka diketahui hari ini apabila pasukan forensik polis membuat siasatan di sebuah ladang pertanian bersepadu.

Sepat dekat sini sejak malam tadi dan tidak membenarkan media yang berkumpul di
situ memasuki kawasan itu.

Salah seorang anggota polis yang bertugas memberitahu pemberita mereka diarahkan agar tidak membenarkan media masuk ke dalam kawasan itu.


Difahamkan pihak forensik dari Bukit Aman akan datang pagi ini untuk
menjalankan siasatan ketika spekulasi kuat mengatakan bahawa keempat-empat
mereka dibunuh dan mayat mereka dibakar.

Menurut seorang penduduk di kawasan berhampiran, ladang itu menjalankan
pertanian bersepadu seperti ternakan ayam, lembu dan penanaman longan.


Sejak tersebarnya khabar angin bahawa polis menjumpai mayat di situ, ramai wartawan, jurugambar dan krew TV berkejar ke ladang itu sejak tengah malam tadi tetapi tidak dibenarkan masuk ke kawasan ladang oleh pihak polis yang berkawal di luar jalan utama.

Sejak malam tadi, cubaan untuk mendapatkan pengesahan daripada para pegawai
tertinggi polis sama ada di Bukit Aman, Kontinjen Polis Kuala Lumpur dan
Selangor gagal mendapat sebarang pengesahan.

Wartawan juga menerima pesanan ringkas daripada beberapa sumber bahawa
seorang bergelar Datuk, seorang peguam dan tujuh lelaki yang bekerja di ladang
itu ditahan untuk membantu siasatan tetapi ia juga tidak dapat disahkan.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank
CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil
Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak hampir dua minggu lepas semasa berada
di Banting untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di
Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di
kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya. - Bernama

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MisterikehilanganSosilawatimungkinterjawabhariini/myMA/myArticle

Misteri Kehilangan Sosilawati Dijangka Diketahui Hari Ini

Usaha Jejaki Sosilawati Masih Menemui Jalan Buntu

Sabtu September 11, 2010

KUALA LUMPUR: Usaha mengesan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga lelaki yang hilang sejak 13 hari lepas masih menemui jalan buntu apabila tidak ada petunjuk baru diperolehi polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata sehingga hari ini tiada apa-apa perkembangan terbaru yang diterima polis bagi membantu siasatan kes tersebut.

"Setakat ini tiada apa-apa maklumat terbaru. Saya berharap mereka yang mempunyai maklumat mengenai mereka agar tampil menghubungi polis bagi membantu siasatan," katanya kepada Bernama, di sini Sabtu.

Sementara itu, tinjauan di kediaman Sosilawati juga hampa apabila Bernama gagal mendapatkan komen anggota keluarga termasuk anak-anak beliau.

Bagaimanapun seorang pekerja di rumahnya yang sempat ditemui berkata sehingga hari ini anggota keluarga Sosilawati tidak menerima sebarang maklumat berhubung perkembangan terkini daripada polis.

"Keluarga (Sosilawati) tidak menerima sebarang maklumat terbaru mengenainya. Mereka juga tidak mendapat panggilan daripada polis berhubung perkara itu.

"Kesemua ahli keluarga termasuk anak-anak Sosilawati hanya beraya di sini untuk menunggu berita tentang ibu mereka. Mereka juga berharap agar tidak diganggu oleh mana-mana pihak termasuk media," katanya.

Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan mahu ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Anggota keluarga terdekat Noorhisham ketika ditemui Bernama hari ini turut menyatakan perkara yang sama.

"Kami tidak menerima apa-apa perkembangan tentang Noorhisham dari polis sehingga hari ini. Apa-pun kami serahkan pada polis untuk siasat," katanya yang enggan dikenali. - BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/11/mstar_berita/20100911183930&sec=mstar_berita

Mayat dibakar di ladang ayam





KUALA LUMPUR – Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam.

Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib.

Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.

Motif pembunuhan belum dapat dipastikan.

Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang.

Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu.

Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.

Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu.

Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! Ahad ke rumah Sosilawati di Taman Harmonis Gombak semalam mendapati pintu pagar rumah tersebut bertutup dan tidak nampak seperti suasana berhari raya.

Seorang lelaki yang merupakan pekebun di rumah berkenaan yang enggan dikenali memberitahu, keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu daripada pihak polis.

Katanya, pihak keluarga juga itu enggan diganggu. Beliau memberitahu, hari raya tetap disambut meskipun tanpa adanya tuan rumah.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Sosilawati dibunuh, tujuh ditahan




KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.

Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0912&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Friday, September 10, 2010

Peniaga bergelar Datuk sorok Sosilawati

Oleh Hardi Effendi Yaacob dan Norakmah Mat Youb
bhnews@bharian.com.my
2010/09/09

YATMAH  dan  salah seorang adik Sosilawati, Mohd Hazim Lawiya, 38, menyusun kuih kegemaran Sosilawati di dalam balang sebagai persediaan menyambut anaknya pulang berhari raya di rumahnya, di Kampung Sri Menanti, Batu Pahat, semalam.
YATMAH dan salah seorang adik Sosilawati, Mohd Hazim Lawiya, 38, menyusun kuih kegemaran Sosilawati di dalam balang sebagai persediaan menyambut anaknya pulang berhari raya di rumahnya, di Kampung Sri Menanti, Batu Pahat, semalam.
KUALA LUMPUR: Kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain, dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

Difahamkan, ahli perniagaan terbabit yang dikatakan mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan, dipercayai berperanan sebagai broker dalam urus niaga tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang itu.

Sumber memberitahu Berita Harian, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya.
Difahamkan, dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun beliau menafikan semua dakwaan itu.

“Maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan,”
katanya sambil menyatakan kemungkinan Sosilawati dan tiga individu itu menjadi mangsa sindiket terbabit.

Difahamkan, dia sudah dipanggil polis bagi membantu siasatan pada Selasa lalu, termasuk mengenal pasti bentuk pembabitannya dalam urus niaga berkenaan dan hubungannya dengan keempat-empat mangsa, manakala pergerakannya sedang dipantau.

Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu ketika menghadiri urus niaga tanah di Banting. Turut hilang, peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB Bank, Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.

Di
GEORGETOWN, lima Pejabat Daerah dan Tanah di Pulau Pinang sehingga kini tidak menerima permohonan jual beli tanah di negeri itu atas nama Sosilawati.

Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Prai Utara (SPU), Seberang Prai Tengah (SPT), Seberang Prai Selatan (SPS), Timur Laut dan Barat Daya juga memaklumkan tidak pernah melihat kelibat Sosilawati di situ.

Seorang kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah SPS berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima permohonan jual beli tanah atau pernah berurusan dengan Sosilawati.

“Kami tidak pernah melihat atau menerima permohonan daripada Sosilawati. Di Pulau Pinang ada lima pejabat Tanah mengikut daerah masing-masing, bagaimanapun kami tidak pernah bertemunya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bapa kemaruk wanita

Oleh Suraya Roslan

2010/09/10

KUALA LUMPUR: Lantaran tidak tahan dengan sikap bapanya yang kerap bertukar isteri, seorang remaja mengambil nekad memusnahkan dirinya dengan mengambil dadah jenis syabu.

Remaja dikenali sebagai Zack, 19, tertekan dengan cara hidup ayahnya yang sering berkahwin dengan wanita dari negara jiran. “Yang terbaru saya mengetahui ayah mengahwini wanita dari Laos dan meninggalkan ibu keseorangan. Sayu hati ini apabila melihat ibu merintih supaya tidak ditinggalkan, tetapi ayah yang begitu kemaruk untuk beristeri muda langsung tidak peduli semua itu,” katanya ketika ditemui di sebuah pusat pemulihan di ibu negara di sini, semalam.


Zack juga dikenali sebagai pelajar pintar di sekolahnya itu mengambil keputusan mencuba dadah jenis syabu kerana begitu terpengaruh dengan desakan rakan.


“Saya kerap menceritakan mengenai masalah keluarga yang dialami dan begitu tertekan dengan hidup ini, malah pernah beberapa kali cuba membunuh diri, nasib baik ada rakan yang sudi membantu dan menghalang,” katanya.


Namun, ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari, rakan yang membantu Zack juga sebenarnya bertujuan mahu memusnahkan dirinya saja.


“Rupanya niat mereka membantu adalah untuk membinasakan saya apabila disuruh mencuba sejenis dadah yang mampu menyelesaikan segala masalah di dunia ini. Saya yang pada mulanya tidak percaya, cuba juga akhirnya...dan ternyata memang best dan layan hingga saya tidak dapat lagi hidup tanpanya,” katanya.


Bermula pada detik itu, Zack menjadi hamba dadah dan terpaksa melakukan jenayah untuk membeli barang terlarang itu.


“Ayah dan ibu terus tidak mempedulikan saya selepas mengetahui saya terjebak dengan najis dadah. Dan bermula pada detik itu, kami terus terputus hubungan terutama dengan ayah.


“Saya akui, sering menjadi pelajar harapan di sekolah lantaran mendapat keputusan cemerlang, namun akibat tekanan keluarga saya sanggup memusnahkan diri sendiri,”
katanya.


Zack yang kini sudah insaf berharap hubungannya dengan keluarga dapat dipulihkan segera. Kini Zack yang menghuni di sebuah pusat pemulihan di ibu negara secara sukarela selama enam bulan untuk membentuk diri menjadi insan lebih berguna.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bapakemarukwanita/Article

'Dapat juga rasa nasi minyak'

2010/09/10

HULU TERENGGANU: “Lapan tahun saya tidak merasai juadah kegemaran nasi minyak disediakan ibu pada pagi raya, malah pernah terfikir mungkin tidak berpeluang lagi beraya bersama ahli keluarga.

“Bagaimanapun, berkat doa ibu, Aidilfitri tahun ini saya dan anak dapat menyambutnya bersama ibu serta ahli keluarga lain,” kata Ku Faridah Ku Seman, 33, wanita tempatan yang mengikut suami dikenali Rosman ke Lombok lapan tahun lalu ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Pueh, Kuala Berang.


Menceritakan pengalamannya menyambut lebaran di Mataram, Lombok, Ku Faridah berkata, beraya di perantauan tanpa suami dan ahli keluarga begitu memeritkan, malah Aidilfitri seperti hari biasa, cuma takbir raya berkumandang menandakan umat Islam menyambut Aidilfitri.


“Bukan saja tidak berbaju raya, malah juadah di sana hanya nasi kosong dan lauk-pauk ala kadar, tidak seperti di negara kita yang begitu meriah.


“Kebiasaannya, saya hanya menyambut raya bersama tiga anak, Mohd Haikal Daniel, 9, Puteri Balqis, 4, dan Dewi Helen Fiona, 2, namun kami tetap menziarahi keluarga mentua sebelum pulang semula ke rumah,”
katanya.


Menurutnya, memandangkan dia dan anak-anak hidup merempat serta bergantung kepada pendapatan RM7 (Rp20,000) sehari di ladang tembakau, dia tidak mampu menyediakan persiapan raya anak.


“Dengan pendapatan serendah itu, apa sangat yang boleh disediakan, selain sehelai baju untuk anak bagi menceriakan mereka, hendak makan pun menagih simpati jiran, inikan pula membuat persiapan raya, bayangkan saya hanya memakai baju lama,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Dapatjugarasanasiminyak/Article

Serbu rumah di ladang sawit

2010/09/10

BANTING: Polis menyerbu sebuah rumah di dalam ladang kelapa sawit di Tanjung Layang, Tanjung Sepat, petang semalam yang dipercayai ada kaitan dengan kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain sejak 30 Ogos lalu.

Bagaimanapun, dalam serbuan kira-kira jam 3 petang itu, polis dengan bantuan anjing pengesan gagal menemui sebarang bukti menunjukkan kehadiran jutawan berkenaan dan individu terbabit yang kemungkinan dikurung di rumah berkenaan.


Difahamkan, selepas serbuan itu, anggota polis dipercayai dari Bukit Aman kemudian membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat.


Sekumpulan wartawan yang berkumpul di IPD berkenaan sebaik mengetahui kehadiran pasukan forensik gagal mendapat sebarang komen mengenai apa hasil serbuan di rumah berkenaan.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Serburumahdiladangsawit/Article

Peguam ada rekod jenayah

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin, Ibrahim Isa, Noriah Idris dan Mary Victoria Dass

2010/09/10

KUALA LUMPUR: Seorang peguam yang kini diburu polis berhubung kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dikatakan berstatus Datuk dan berusia dalam lingkungan 40-an.

Peguam itu dikatakan pernah berjumpa dengan beberapa VIP di Selangor untuk membincangkan mengenai urusan jual beli tanah.


Menurut sumber polis, Sosilawati memang mengenali peguam terbabit kerana pernah beberapa kali mengadakan perjumpaan dengannya sebelum ini untuk membincangkan urusan pembelian tanah.


“Sebelum ini, Sosilawati pernah beberapa kali berjumpa dengan peguam terbabit membincangkan mengenai urusan jual beli tanah dan kali terakhir pada awal Ogos lalu.


“Namun pertemuan kali terakhir pada 30 Ogos lalu bertukar misteri apabila Sosilawati dan peguam terbabit turut hilang begitu saja,”
katanya.


Selain Sosilawati yang juga Pengasas Nouvelles Visage, tiga lagi individu bersamanya iaitu pembantu peribadi, Kamarudin Samsudin, 47, pegawai bank CIMB, Norhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abd Karim, 32, turut ghaib ketika mahu berjumpa peguam berkenaan.


Sumber itu juga mendakwa, peguam itu yang kini amat dikehendaki dalam kes kehilangan Sosilawati dipercayai mempunyai rekod jenayah berkaitan kes penipuan di Selangor.


“Difahamkan, peguam itu juga pernah memberikan cek bernilai RM1 juta kepada Sosilawati, baru-baru ini. Cek itu mungkin ada kaitan dengan urusan beli tanah antara mereka, namun ia hanya boleh ditunaikan pada September ini,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya memerlukan untuk membantu siasatan sehingga terungkainya misteri kehilangan Sosilawati.


Beliau berkata, memandangkan Sosilawati dan tiga lagi yang lain dilaporkan hilang di Banting, Selangor pihaknya memang ada menerima maklumat daripada penduduk tempatan yang boleh digunakan untuk membantu siasatan.


Namun, katanya, semua maklumat diperoleh itu diserahkan kepada polis memandangkan kes berkenaan disiasat oleh mereka.

“Dalam kes membabitkan orang hilang, polis Selangor memang ada terbabit memberi bantuan jika mempunyai maklumat, begitu juga pasukan polis dari kontinjen lain.


“Kes Sosilawati tidak terkecuali apabila kita sentiasa menyalurkan maklumat dari semasa ke semasa jika ada perkembangan,”
katanya selepas melawat pos kawalan Ops Sikap Ke-22 di Batu 20, Bukit Berdarah, Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Peguamadarekodjenayah/Article

'Rela makan nasi bergaram'

Oleh Mary Victoria Dass

2010/09/10

JOHOR BAHRU: “Kami rela makan nasi bercampur garam di pondok usang kami berbanding ke rumah saudara yang tidak pernah memberi layanan mesra,” kata remaja, Kamaruzaman Rahmat Kamal, 17, semalam.

DAIF...Kamarulbahrin (dua dari kiri)  dan Kamaludin melihat abang mereka, Kamaruzaman melukis komik di depan pintu pondok usang.
DAIF...Kamarulbahrin (dua dari kiri) dan Kamaludin melihat abang mereka, Kamaruzaman melukis komik di depan pintu pondok usang.
Anak sulung daripada tiga beradik itu menceritakan pengalaman menyambut lebaran dilalui sejak beberapa tahun lalu dan masih terluka dengan sikap dingin saudara-maranya memandang rendah kemiskinan keluarganya.

Menurutnya, meskipun mereka mengunjungi kediaman beberapa saudara- mara dengan harapan mampu meraikan Aidilfitri dengan meriah selepas kematian ibunya lebih lapan tahun lalu, namun hajat itu tidak pernah kesampaian.

Katanya, bagi memastikan pertalian persaudaraan tidak terputus, bapanya yang bekerja sebagai pemandu teksi gantian sanggup meminjam wang daripada rakan bagi menampung kos balik ke kampung di luar Johor Bahru.

“Malangnya, kehadiran kami tidak pernah disenangi di mana kami adik-beradik dipandang rendah kerana tidak mampu memakai baju raya atau kemas seperti sepupu lain.

“Malah, pengalaman yang tidak dapat saya lupakan apabila kami tidak diberi layanan hingga terpaksa minum bekalan air kosong dari rumah biarpun terdapat pelbagai juadah raya dimasak di situ,”
katanya yang menambah keluarganya masih bergantung kepada air hujan untuk memasak dan mandi kerana tidak mempunyai kemudahan bekalan air.

Malah, pondok usang dihuni mereka di kawasan tanah paya bakau bersebelahan Taman Sri Pandan tidak mempunyai bekalan elektrik hingga memaksa mereka menggunakan lilin pada waktu malam.

Kamaruzaman berkata, bagi mengelakkan perkara sama berulang, tahun ini bapanya dan dua adik lelakinya, Kamarulbahrin, 16 dan Kamaludin, 9, mengambil keputusan meraikan Aidilfitri di pondok usang mereka.

Menurutnya, meski pun menyambut Aidilfitri dalam keadaan serba kekurangan dengan hanya memakan nasi putih bersama serbuk kari, mereka masih bersyukur berbanding terpaksa menempuhi situasi mengguris hati di kediaman saudara-mara.

“Kami yang menghuni di rumah yang ditinggalkan kosong di tanah paya bakau berhampiran Taman Sri Pandan lebih setahun lalu tidak mampu melakukan sebarang persiapan raya melainkan membersihkan pondok yang hanya menunggu masa menyembah bumi.

“Hanya dengan wang RM20 diperoleh jualan lukisan komik ciptaan saya kepada rakan sekolah, kami membeli sekampit beras biarpun berkeinginan memakan ketupat dan rendang hari ini,”
katanya.

Kamaruzaman yang belajar di tingkatan lima berkata, biarpun keluarganya pernah memohon rumah penduduk pendapatan rendah sebelum ini, mereka tidak memperoleh sebarang maklum balas.

“Ayah menjadi pemandu teksi gantian memperoleh pendapatan RM10 hingga RM15 sehari di mana dengan wang itu menampung perbelanjaan persekolahan saya dan dua adik,” katanya.

Jangan timbulkan spekulasi berhubung kehilangan Sosilawati

2010/09/09

KUALA LUMPUR: Polis hari ini mengingatkan mana-mana pihak agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung kes jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki yang dilaporkan hilang bersamanya sejak 30 Ogos lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, sehingga kini polis tidak menerima sebarang maklumat terbaru berhubung kes itu termasuk menerima laporan yang mendakwa Sosilawati mati dibunuh.


"Kita masih siasat lagi kes ini. Setakat ini polis masih belum menerima sebarang maklumat terbaru yang boleh membawa kepada penemuan mereka.


"Berhubung khabar angin yang mengatakan dia (Sosilawati) telah mati dibunuh, pihak saya langsung tidak mendengar perkara seperti itu. Apa-apa pun biar polis siasat dahulu,"
katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Sosilawati, 47, dan pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, serta pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilaporkan hilang semasa berada di Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.


Ekoran kejadian itu, polis menemui kereta BMW milik Sosilawati di Pangsapuri Angsana USJ 1, Subang Jaya dan kereta BMW milik Ahmad Kamil di kawasan perumahan berhadapan sebuah hotel di Subang Jaya, Isnin lalu.


Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sudah menyalurkan maklumat yang diperolehi daripada saksi-saksi berhubung kes terbabit kepada polis Kuala Lumpur (KL).


"Kes ini adalah di bawah siasatan pihak polis KL. Namun apa juga bantuan...apa sahaja kerjasama yang diperlukan kita akan beri dan itu memang amalan pasukan polis. "Ada maklumat yang disalurkan pada pihak kita dan kita sudah salurkan (maklumat itu) kepada polis KL termasuk maklumat yang diperolehi dari saksi di Banting berhubung kejadian itu," katanya kepada pemberita selepas melawat anggota trafik yang bertugas di khemah Ops Sikap di Sungai Buloh.


Tinjauan Bernama di perkarangan rumah Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak dekat sini mendapati rumah itu lengang dan hanya terdapat beberapa individu dipercayai saudara dan kenalan rapat yang berada di rumah berkenaan.-Bernama

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/JangantimbulkanspekulasiberhubungkehilanganSosilawati/Article

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...