Saturday, February 26, 2011

Kontroversi 'Halimah Jongang', Sheera Hilang Tawaran Berlakon

Jumaat Februari 25, 2011

Sheera dan Aznah Hamid

SUBANG JAYA: Pelakon Sheera Iskandar mengakui selepas tamat penggambaran dramaHalimah Jongang bersama produksi milik A.Aida, dia tidak mendapat sebarang tawaran berlakon.

Menurut Sheera, dia bertambah kesal apabila kontroversi dituduh "melanggar kontrak" A.Aida sebelum ini telah memberi kesan teruk terhadap kerjaya sebagai seorang pelakon.

"Perkara ini memberi kesan yang agak teruk kepada saya terutama dalam industri. Ramai produser yang takut untuk ambil saya berlakon kerana telah dituduh tamak dengan tawaran. Saya tahu ada yang penyampai dan bercakap-cakap tentang perkara itu kepada penerbit-penerbit drama.

"Drama Iparku Diva yang sedang saya lakonkan sekarang itu pun sudah ditandatangani sebelum kontroversi Halimah Jongang berlaku. Kalau tidak, saya tak tahulah apa jadi dengan nasib saya," katanya ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Pengacara dan Penyampai untuk Anugerah Bintang Popular, di sini, Khamis.

Sebelum ini, A.Aida mendakwa Sheera melanggar kontrak termasuk mengambil tawaran produksi lain ketika penggambaran Halimah Jongang.

A.Aida turut menyifatkan Sheera sebagai kurang ajar kerana memotong rambut sehingga menyebabkan berlakunya rombakan skrip dalam drama tersebut.

Tambah Sheera, di kecewa apabila kontroversi tersebut telah menjadikannya mangsa sehingga hampir membunuh kerjayanya sebagai pelakon.

"Saya malu untuk keluar menemui orang ramai terutamanya di tempat awam. Mereka yang tidak faham pasti akan menyalahkan saya seratus peratus. Jika duduk di rumah pula rasa sangat tertekan. Kalau saya terlalu fikirkan perkara itu, badan boleh jadi sakit-sakit.

"Saya juga tak boleh tengok rambut palsu dan topi kerana sentiasa teringatkan watak Halimah Jongang yang hampir membunuh kerjaya saya," katanya.

Bagaimanapun, menurut Shira dia menganggap kejadian itu sebagai dugaan dalam bidang lakonan dan percaya kepada rezeki daripada Allah.

Ketika ditanya tentang tindakan susulan daripada tuduhan-tuduhan yang pernah dilemparkan oleh pemilik A.Aida Production itu, Sheera hanya memberitahu dia memilih untuk berdiam diri.

"Kami tak akan ambil apa-apa tindakan kecuali dia sudah memulakan dahulu. Tapi sehingga kini belum ada apa-apa lagi perancangan.

"Walaupun begitu, kami juga ada meminta pandangan dan khidmat nasihat daripada peguam tentang perkara ini.

"Mereka menasihatkan agar berdiam dan tunggu apa yang akan mereka lakukan terlebih dahulu. Lagipun kes saman-menyaman ini perlukan kos dan bukan percuma," katanya.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/2/25/mstar_hiburan/20110224200430&sec=mstar_hiburan

Gadis diperkosa abang rakan

HULU SELANGOR: Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun bukan saja dirogol malah diliwat abang rakannya di sebuah tempat pembuangan sampah di Serendah, pada Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, mangsa yang kini sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dihubungi rakan sekelasnya meminta untuk tidur di rumahnya di Serendah.


Bagaimanapun, mangsa yang tidak mempunyai kenderaan meminta rakannya itu menjemputnya di rumahnya di pekan Rawang.

Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy berkata, oleh kerana rakannya itu tidak memiliki lesen memandu, dia meminta suspek yang juga abangnya yang berusia 22 tahun pergi mengambil mangsa.


“Atas dasar hormat sebagai abang kepada rakannya, mangsa setuju mengikut suspek menunggang motosikalnya,” katanya. Bagaimanapun, sebelum tiba di rumah rakannya itu, suspek singgah di sebuah kedai untuk minum minuman keras bersama dua rakannya.


“Suspek yang ketika itu sedang mabuk kemudian mengheret mangsa ke kawasan sunyi berhampiran sebuah ladang kelapa sawit yang juga tempat pembuangan sampah sebelum dirogol dan diliwat,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang ketakutan cuba melawan tetapi dipukul dengan topi keledar sebelum dia pasrah dan hanya menuruti arahan suspek.


Katanya, selepas dirogol dan diliwat, suspek menghantar mangsa pulang semula ke rumahnya di Rawang dan bertindak mengugut supaya mangsa tidak menceritakan kejadian itu kepada ahli keluarganya jika mahu selamat. Bagaimanapun, mangsa bersama keluarganya kemudian membuat laporan di Balai Polis Serendah, kira-kira jam 11 malam, Isnin lalu.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gadisdiperkosaabangrakan/Article/index_html

Ibu tunggal tertekan

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal kehilangan kerja berikutan tertekan apabila anak perempuan sulungnya hilang dipercayai melarikan diri dari rumah sejak enam bulan lalu.

Ibu malang yang hanya mahu dikenali sebagai Ina, 37, berkata, anaknya, Nur Amiera Liana, 17, meninggalkan rumah neneknya di Pekan, Pahang, selepas keluar dengan alasan mahu ke pasar malam.


“Saya hantar ke rumah neneknya untuk sementara sebelum proses pertukaran sekolahnya dari Gombak ke Pahang selesai. Dia hanya duduk di situ dua bulan sebelum menghilangkan diri.

“Sebelum Liana menghilang, tidak ada sebarang pertengkaran berlaku. Tapi, kira-kira jam 7 petang pada 28 Ogos tahun lalu, Liana meminta kebenaran daripada neneknya untuk ke pasar malam, tetapi tidak pulang semual ke rumah,” katanya.


Panik dengan kejadian terbabit, beliau sekeluarga mencarinya di kawasan sekitar, namun gagal ditemui.


“Liana tidak ada rakan di kampung, jadi saya agak risau sekiranya berlaku kejadian yang tidak baik memandangkan banyak berita-berita yang tidak elok tersiar di akhbar.

“Saya menghubungi rakan karibnya, tapi saya hanya diberitahu, anak saya kini berada di Kuala Lumpur. Mereka yang selalu berhubung melalui laman sosial Facebook, kini hilang petunjuk selepas anak saya menamatkan akaun laman sosialnya, seperti mengetahui saya sedang mencarinya melalui laman web terbabit,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, Bangsar.


Sementara itu, Ina, yang sudah membuat laporan mengenai kehilangan anaknya, memohon anaknya pulang kerana rindu dan bimbang akan keselamatan anak pertama daripada empat adik beradik itu. “Saya pernah bermimpi keadaan Liana tidak terurus. Saya berharap dia berada dalam selamat. Nenek dan ayah kandungnya, turut rindu dengannya.

Liana kali terakhir dilihat, hanya berbaju tidur tanpa membawa pakaian dan wang kecuali kad pengenalannya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Ibutunggaltertekan/Article/index_html

Hasil minuman keras tiruan elak cukai tinggi

KUALA LUMPUR: Pelbagai taktik digunakan pengimport dan pengilang minuman keras bagi mengelak membayar cukai yang tinggi kepada Kastam Diraja Malaysia (KDRM) termasuk memperkenalkan arak tiruan.

Penolong Kanan Pengarah Kastam, Bahagian Penguatkuasaan, KDRM, Habsah Harun berkata, hasil risikan pihaknya mendapati ada yang membotolkan dan menjual arak tiruan kepada pengguna.


Namun, katanya, arak tiruan memberikan mudarat lebih tinggi kepada kesihatan pengguna kerana ramuannya daripada pelbagai bahan kimia.

“Pengimportan haram banyak berlaku disebabkan penyeludupan berleluasa dan penjualannya yang tidak berlesen.


“Risikan kami juga menunjukkan ada pengeluar menggunakan botol berjenama mahal sedangkan kandungan hanya dibuat dalam negara, bukan diimport,” katanya pada Persidangan Meja Bulat Arak dan Pencegahannya, di sini, semalam.


Habsah berkata, minuman keras adalah komoditi yang dikenakan cukai tinggi selepas kereta dan rokok.

“Minuman keras memang menyumbang hasil negara. Ia ketiga selepas cukai rokok dan kereta. Banyak pihak mahu lari dari cukai,” katanya. Beliau berkata, disebabkan masalah untuk mengelak dikenakan cukai, rampasan minuman keras oleh KDRM juga makin meningkat kebelakangan ini.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Hasilminumankerastiruanelakcukaitinggi/Article/index_html

Makin ramai wanita ketagih

KUALA LUMPUR: Wanita dikesan semakin mengambil minuman beralkohol, sekali gus menyaingi golongan lelaki, kata Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Penyalahgunaan Alkohol, Kementerian Kesihatan, Dr Rozanim Kamarudin.

Menurutnya, kajian yang dilakukan pihaknya juga mendapati orang Melayu mengambil minuman haram itu walaupun peminum di kalangan kaum lain lebih tinggi.


“Sebanyak 24.6 peratus peminum sebab mabuk, menyebabkan mereka ketagih,” katanya pada Persidangan Meja Bulat Arak dan Pencegahannya di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah Ikim dan Penasihat Perundangan Syariah Seksyen Syariah, Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman.


Persidangan dipengerusikan Timbalan Ketua Pengarah Ikim, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin membabitkan lapan pembentangan kertas kerja daripada pelbagai agensi, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).


Dr Rozanim berkata, alkohol banyak membawa mudarat, malah individu ketagih alkohol tidak boleh berhenti serta-merta seperti ketagihan dadah.

Katanya, kajian pihaknya mendapati 48 peratus daripada keseluruhan kes kecelaruan mental dan tingkah laku berpunca daripada pengambilan alkohol di samping bahan psikoaktif lain.


“Alkohol adalah punca risiko besar bagi kemabukan dan penyakit kronik. Jika diambil setiap hari ia akan menyebabkan ketagihan pada masa depan.

“Mereka yang ketagih tak boleh berhenti serta-merta kerana boleh menyebabkan penyakit kronik seperti sawan dan maut.


“Jadi, nasihat saya, pergi ke hospital untuk berhenti, dapatkan nasihat dan ubat untuk berhenti. Namun, lebih baik tak ambil alkohol langsung,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Makinramaiwanitaketagih/Article/index_html

Pemabuk tidak gentar

KUALA LUMPUR: Hukuman terhadap pesalah berkaitan arak termasuk peminum di kalangan orang Islam masih ringan, malah kurang memberi kesan, kata Timbalan Bahagian Ketua Penasihat (Syariah), Bahagian Penasihat, Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa.

Menurutnya, sudah tiba waktu untuk mengenakan hukuman lebih berat, terutama apabila berdepan statistik kes berkaitan minuman itu yang semakin meningkat.


“Sekarang hukuman terhadap individu yang bersalah berkaitan arak masih rendah. “Orang tidak takut, sedangkan mabuk disebabkan minuman itu didapati antara punca jenayah antara kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Arak dan Pencegahannya: Pengalaman Jabatan Peguam Negara.


Mahamad Naser berkata, undang-undang berkaitan arak juga perlu disatukan supaya impak kawalan terhadap bahan itu lebih efektif.


“Berbanding sekarang, undang-undang mengenai arak berselerak, contohnya dalam akta eksais dan pihak berkuasa tempatan yang kadangkala menyukarkan tindakan diambil.

“Menyatukan undang-undang seperti memperkenalkan terma Akta Kawalan Arak akan meningkatkan kesedaran umum, malah dipandang negatif sebagaimana Akta Dadah Berbahaya yang menggerunkan orang ramai,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pemabuktidakgentar/Article/index_html

Tidak cadang ambil tindakan

KUALA LUMPUR: Universiti Putra Malaysia (UPM) tidak berhasrat mengambil tindakan ke atas penuntutnya yang berhimpun beramai-ramai di pintu masuk Bangunan Pentadbiran dan merusuh hingga mengakibatkan berlaku kejadian tidak diingini, kelmarin.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan menganggap tindakan kira-kira 150 penuntut terbabit ‘berkampung’ di bangunan menempatkan pejabatnya sebagai melahirkan amarah tetapi tidak hingga melakukan perkara buruk.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tidakcadangambiltindakan/Article/index_html

Tindakan UPM tak munasabah

PUTRAJAYA: Tindakan Universiti Putra Malaysia (UPM) membatalkan kemenangan sekumpulan mahasiswa atas alasan berkempen berkumpulan tidak munasabah kerana pilihan raya kampus (PRK) seharusnya dijadikan medan terbaik memberi pendidikan politik dan demokrasi kepada mahasiswa.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, (gambar) berkata beliau menghubungi Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi, kelmarin sebaik dimaklumkan kemenangan sekumpulan mahasiswa dalam pilihan raya kampus dibatalkan universiti.


Katanya, pendidikan politik dan demokrasi seharusnya merintis ke arah amalan demokrasi lebih matang, malah kementerian mahukan ia menjadi gelanggang politik yang sihat dan menyuburkan idealisme mahasiswa, selain dijalankan secara adil, telus dan licin serta meningkatkan penyertaan mahasiswa dalam proses berkenaan.

“Jadi alasan membatalkan kemenangan sekumpulan mahasiswa itu tidak wajar dan munasabah kerana umum mengetahui pihak yang membuat bantahan itu sendiri sebuah kumpulan juga, dan ini diakui seorang daripada mereka dalam perbincangannya dengan saya hari ini (semalam).


“Malah, pembatalan itu dibuat tanpa memberi peluang kepada pihak dibatalkan itu membela diri. Jika berlaku pembatalan atas alasan yang tidak munasabah ini, saya bimbang dilabelkan sama seperti Burma yang tidak mengiktiraf kemenangan Parti Liga Demokrasi Kebangsaan pimpinan Aun San Su Kyi dalam pilihanraya 1990, atau Amerika Syarikat, negara Kesatuan Eropah (EU) dan Israel yang tidak mengiktiraf Hamas dalam pilihanraya Palestin pada 2006,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TindakanUPMtakmunasabah/Article/index_html

HEP, pelajar diarah bincang

CHANGLUN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pimpinan pelajar universiti itu berbincang bagi menyelesaikan ketidakpuasan hati pelajar sehingga mencetuskan kekecohan ketika bantahan keputusan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2010/2011 di universiti itu, kelmarin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, perbincangan atas semangat musyawarah itu perlu bagi mengelak rasa tidak puas hati antara pelajar dengan pentadbiran universiti berlarutan, sedangkan pemilihan MPP proses demokrasi biasa yang diadakan setiap tahun.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden membabitkan tiga pelajar dan tiga kakitangan keselamatan UPM yang cedera dalam kekecohan ketika bantahan keputusan pemilihan MPP di universiti berkenaan kelmarin.

“Saya harap pentadbiran universiti dan mahasiswa mesti wujudkan satu hubungan rapat dan baik. Proses pemilihan di kampus perkara biasa. Kita beri peluang dan ruang untuk mereka pilih pemimpin yang boleh membantu dalam urusan pengajian, kebajikan dan lain-lain lagi,” katanya selepas merasmikan Program Matrikulasi Bersama Masyarakat di Kolej Matrikulasi Kedah, di sini, semalam.


Ditanya mengenai tindakan akan diambil terhadap pelajar terbabit dalam insiden itu, Muhyiddin berkata ia diserahkan kepada pentadbiran universiti itu.


“Saya tidak tahu keadaan sebenar, tetapi universiti terutama bahagian HEP harus melihat perkara itu dengan serius kerana kita tidak mahu digambarkan seolah-olah di kampus begitulah caranya menunjukkan rasa tidak puas hati.

“Sedangkan ia sebenarnya proses demokrasi yang biasa dan diadakan setiap tahun serta kejadian sebegitu memang boleh dielakkan,” katanya.


Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika diminta mengulas kejadian sama meminta kedua-dua pihak sentiasa melakukan dialog dan bertemu untuk menyelesaikan sebarang masalah.

Beliau berkata, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) perlu memahami pendekatan berdialog dan pertemuan tindakan dan amalan berkesan sepatutnya digunakan sebagai golongan intelektual dalam menyelesaikan sesuatu isu berbangkit.


“Mengenai apa yang berlaku di UPM, saya difahamkan ada tiga bantahan mengenai pemilihan MPP diutarakan, namun semuanya ditolak menerusi jawatankuasa khas ditubuhkan universiti berkenaan atas rasional tertentu, jadi tidak perlulah membuat demonstrasi.


“Justeru, universiti berkenaan dinasihatkan meningkatkan ilmu nilai dan keperibadian pelajar mereka bagi mengelak perkara sama berulang,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/HEP_pelajardiarahbincang/Article/index_html

Penentang kuasai lebih banyak bandar

WARGA Libya mempamerkan gambar keganasan dan kematian di negara itu ketika mereka menunjuk perasaan di  depan kedutaan Libya di Rome, Itali, semalam.
WARGA Libya mempamerkan gambar keganasan dan kematian di negara itu ketika mereka menunjuk perasaan di depan kedutaan Libya di Rome, Itali, semalam.

TRIPOLI: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dilapor semakin hillang penguasaan terhadap lebih banyak bandar ketika kumpulan antikerajaan meneruskan tunjuk peerasaan di negara Afrika Utara itu meskipun beliau mengancam tindak balas ganas.

Penunjuk perasaan di Misurata, barat Libya, berkata, mereka sudah menguasai bandar berkenaan. Dalam kenyataan menerusi Internet, pegawai tentera yang ditempatkan di bandar berkenaan menyatakan ikrar mereka untuk menyokong penunjuk perasaan sepenuhnya.


Penunjuk perasaan juga dilihat menguasai sebahagian besar wilayah timur negara itu dan seorang koresponden televisyen Al-Jazeera yang melaporkan dari bandar Tobruk, 140 kilometer dari sempadan Mesir berkata, tidak ada anggota keselamatan kelihatan di bandar berkenaan.

“Daripada apa yang saya lihat, saya boleh berkata penduduk di timur Libya menguasai wilayah itu,” kata wartawan Al-Jazeera, Hoda Abdel Hamid.


Menurutnya, tidak ada pegawai yang mengendalikan pintu sempadan ketika krew stesen televisyen itu menyeberang masuk ke Libya.


“Di sepanjang sempadan, kami tidak menemui seorang pun anggota polis atau tentera.

“Penduduk memberitahu kami, mereka sudah melarikan diri atau bersembunyi dan yang berkuasa ketika ini ialah penduduk.

“Keadaan ini berlaku di Tobruk hingga ke Benghazi.


“Saya juga diberitahu, keadaan agak tenang di Baida dan Benghazi.

“Namun di sebelah malam, menurut penduduk, terdapat kumpulan militia berkeliaran di jalan raya.

“Mereka adalah lelaki Afrika yang bercakap Perancis. Penduduk yakin kumpulan itu berasal dari Chad,” kata Hoda.

Pemerintah tentera di Tobruk, Mejar Jeneral Suleiman Mahmoud memberitahu Al Jazeera, pasukan yang diketuainya sudah berpaling tadah untuk menyokong penunjuk perasaan.


“Kami kini berpihak kepada rakyat. Saya bersama-sama Gaddafi sebelum ini tetapi keadaan sudah berubah. Dia seorang yang zalim,” kata pegawai tentera itu.


Benghazi, bandar kedua terbesar Libya menjadi tempat pertama kebangkitan rayat dalam menentang pemerintahan 42 tahun Gaddafi lebih seminggu lalu, sebelum ia merebak ke bandar lain. — Al Jazeera


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Penentangkuasailebihbanyakbandar/Article/index_html

Gaddafi diramal bunuh diri

STOCKHOLM: Seorang bekas menteri Muammar Gaddafi semalam meramalkan pemimpin Libya itu akan mengikut jejak langkah Adolf Hitler dengan membunuh diri daripada menyerah kuasa.

Mustapha Abdeljalil, yang menjadi Menteri Kehakiman sehingga beliau meletak jawatan minggu lalu kerana membantah tindakan ganas rejim Gaddafi terhadap penunjuk perasaan memberitahu akhbar Sweden, Expressen, beliau menjangka Gaddafi akan melaksanakan ikrarnya untuk mati di bumi Libya daripada hidup dalam buangan.


“Masa Gaddafi sudah berakhir. Beliau akan mengikut jejak langkah Hitler. Beliau akan membunuh diri,” kata Mustapha.

Hitler membunuh diri dalam kubunya di Berlin pada April 1945 selepas menyaksikan perpecahan empayar Nazi Jerman.


Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman web akhbar itu, Mustapha berkata, Gaddafi secara peribadi mengarahkan pengeboman pesawat di ruang udara Lockerbie pada 1988 yang menyebabkan 270 penumpang terbunuh dan berkata, beliau mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan itu. - AP


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Gaddafidiramalbunuhdiri/Article/index_html

Penyokong Ali, pembangkang bertempur: 25 cedera

SANAA: Pertembungan di antara kumpulan antikerajaan dan penyokong rejim Presiden Ali Abdullah Salleh menyebabkan sekurang-kurangnya 25 cedera di Sanaa, semalam. Pihak berkuasa pula ditempatkan di bandar raya Aden bagi menghadapi kemungkinan protes besar-besaran diadakan.

Kira-kira 2,000 penunjuk perasaan - kebanyakannya mahasiswa - meninggalkan Universiti Sanaa menuju Dataran Tahrir di tengah Sanaa sebelum mereka diserbu penyokong kerajaan.


Kumpulan yang setia dengan Ali menunggu penunjuk peraasan berhampiran kawasan universiti itu sejak awal pagi dan menyerang mereka menggunakan batang kayu dan batu.

Sebaik saja aktivis pembangkang melaungkan slogan “Rakyat mahu menumbangkan rejim”, mereka dihujani batu daripada penyokong Ali.


Polis terpaksa melepaskan tembakan amaran bagi mengawal keadaan, tetapi mereka kemudian berundur dari situ apabila penyokong kerajaan terus menyerang aktivis universiti. - AFP


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/PenyokongAli_pembangkangbertempur_25cedera/Article/index_html

Isteri terpedaya

KUALA LUMPUR: Seorang lagi wanita menjadi mangsa kasanova yang menggunakan ketampanan dan ayat cinta bagi memperdayakan mangsa sebelum melarikan wang mangsa.

Sebelum ini, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Ken, 31, memperdayakan wanita yang termakan ayat-ayat cinta sebelum mengikis wang mereka dengan menggunakan taktik kononnya menghadapi masalah perniagaan. Terbaru, seorang wanita dari Singapura yang juga isteri kasanova terbabit dikenali sebagai Chen, 33, berkata, dia mengenali suaminya pada jamuan makan malam di sebuah hotel.


Menurutnya, sejak perkenalan itu hubungan mereka semakin rapat kerana dia tertarik dengan sikapnya yang romantis sehingga bersetuju berkahwin.

“Kami melangsungkan perkahwinan pada 2008, namun kini dalam proses perceraian selepas tembelangnya memperdayakan ramai wanita lain terbongkar. “Malah, saya turut mengalami kerugian apabila memberi wang kepadanya RM200,000 selepas kasihan dengan masalahnya. Namun, saya tidak sangka semua itu hanya sandiwaranya,” katanya ketika membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA, Wisma MCA, di sini.


Chen berkata, suaminya memberitahu ibunya sudah meninggal dunia dan memerlukan wang untuk menguruskan pengebumiannya.


“Saya pada mulanya ingin mengikutnya pulang ke kampung di Malaysia, namun tidak dibenarkan dan memberitahu akan menguruskan sendiri masalah itu.

“Saya beralah dan meminjamkan wang itu kepadanya untuk menguruskan hal keluarga, namun terkejut tidak lama kemudian apabila diberitahu suami saya itu kasanova oleh rakan dan melalui media massa,” katanya.


Beliau berkata, taraf penduduk tetap (PR) suaminya di Singapura juga dibatalkan gara-gara perbuatannya sehingga dia kini menjadi buruan polis Singapura.

Semalam, Harian Metro melaporkan seorang lelaki layak digelar kasanova apabila menggunakan ketampanan dan ayat cinta bagi menipu empat wanita dalam satu masa.


http://www.hmetro.com.my/articles/Isteriterpedaya/Article

Siswi tunggang motor 300km

Siswi tunggang motor 300km

Oleh Salman Hamat
am@hmetro.com.my

PONTIAN: Misteri ibu kepada bayi yang ditemui dalam mangkuk tandas di stesen minyak di Jalan Api-Api di sini, Ahad lalu, terbongkar selepas polis menahan seorang pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di rumah keluarganya, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin ketika dihubungi berkata, gadis berusia 20-an itu ditahan selepas pihaknya mendapatkan gambarannya daripada pekerja stesen minyak berkenaan tidak lama selepas penemuan mayat bayi terbabit.

“Hasil maklumat, lokasi kediamannya dikesan dan kami ke sana jam 9 malam Rabu lalu, sebelum menahannya bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati gadis itu melahirkan bayi lelaki berkenaan di dalam tandas rumah sewanya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan,” katanya, semalam.

Menurut Zahaliman, siasatan mendapati pelajar tahun akhir itu menunggang motosikal seorang diri sejauh kira-kira 300 kilometer dari rumah sewanya untuk ke stesen minyak berkenaan.

Beliau berkata, gadis terbabit bimbang rahsianya melahirkan anak terbongkar dan nekad untuk cuba menutup perkara terbabit.

“Siasatan mendapati bayi itu dipercayai meninggal dunia sehari selepas dilahirkan, gadis terbabit kemudiannya diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi, sabit kesalahan membawa kepada hukuman penjara dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam kejadian jam 9 malam Ahad lalu, seorang pengawal keselamatan berusia 72 tahun terkejut apabila terjumpa mayat bayi di dalam tandas sebelum memaklumkannya kepada pekerja stesen minyak itu.

Polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati bayi yang dibungkus dengan kain berkenaan sudah meninggal dunia.


http://www.hmetro.com.my/articles/Siswitunggangmotor300km/Article

Bayi 3 bulan tanpa identiti nyaris dijual

Bayi  3 bulan tanpa identiti nyaris dijual

COMEL...kakitangan JKM, Morliza Ismail mendukung bayi sambil diperhatikan Mohamad Zarir.
COMEL...kakitangan JKM, Morliza Ismail mendukung bayi sambil diperhatikan Mohamad Zarir.

BUKIT MERTAJAM: Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan nyaris menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang apabila ditemui dalam jagaan pasangan yang bukan ibu bapa kandung dan tidak mempunyai identiti diri sejak dilahirkan.

Bayi comel itu ditemui dalam serbuan dijalankan polis dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seberang Prai Tengah (SPT) di sebuah rumah di Alma, Bukit Mertajam pada 24 Januari lalu.

Dalam serbuan itu, polis menemui bayi perempuan berusia dua bulan bersama pasangan Cina warga tempatan berusia 50-an yang dipercayai tiada pertalian darah dengan bayi terbabit.

Polis menahan pasangan terbabit selepas mengesyaki bayi berkenaan bukan milik mereka kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri bayi berkenaan ketika diminta berbuat demikian selain gagal menjawab dengan tepat bagaimana boleh berada di rumah mereka.

Pegawai Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) SPT, Mohamad Zarir Mohamad Khozali berkata, bayi perempuan itu diserahkan kepada JKM pada 18 Februari lalu selepas sebulan ditempatkan di Hospital Seberang Jaya.

“Berdasarkan siasatan polis mengesyaki bayi ini dipercayai dilahirkan wanita warga asing dan ditempatkan di Rumah Kanak-kanak Taman Bakti, Kepala Batas atas perintah mahkamah,” katanya.

Beliau berkata, pihak JKM meminta ibu bapa kehilangan bayi serta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan menghubungi JKM di talian 04-5382584, 04-5385705, 04-5385707 atau 04-5385709.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Memperdagangkan Orang 2007.

Beliau berkata, susulan penemuan bayi berkenaan, polis menahan seorang lelaki dan seorang perempuan disyaki orang perantaraan yang bertindak menyerahkan bayi berkenaan kepada pasangan Cina.


http://www.hmetro.com.my/articles/Bayi3bulantanpaidentitinyarisdijual/Article

Satu badan gatal-gatal

GATAL...kesan merah di lengan Hasanah.
GATAL...kesan merah di lengan Hasanah.

JOHOR BAHRU: Hasrat ibu kepada empat anak mendapatkan bentuk badan langsing bagi memikat suami bukan saja tidak kesampaian, malah kerugian RM10,000 apabila rawatan dijalani itu tidak berkesan.

Lebih memburukkan keadaan, wang dibelanjakan bukan saja tidak melangsingkan badan, malah menyebabkan tubuh wanita yang juga guru sekolah itu gatal-gatal hingga suami mula menjauhinya.


Hasanah (bukan nama sebenar), guru di bandar raya ini berkata, dia mengalami tekanan perasaan apabila suaminya bersikap dingin dan geli melihat badannya gatal-gatal terutama di bahagian berlipat pada tubuhnya.

Katanya, selain suami, anak muridnya menegur apabila setiap kali mengajar dia tidak berhenti menggaru di serata badan serta rimas apabila menahan gatal akibat berpeluh terutama ketika cuaca panas.


“Suami memberi RM10,000 bagi mendapatkan rawatan pelangsingan badan ‘hot blanket’ di sebuah pusat kecantikan terkenal di Taman Johor Jaya, akhir November tahun lalu.


“Selepas menjalani rawatan sebanyak tiga kali, saya nampak kesan negatif apabila gatal-gatal satu badan terutama belakang lutut, lengan, tangan kanan, siku, paha dan perut,” katanya.

“Saya tidak mengendahkan perubahan itu dan meneruskan rawatan hingga kali ketujuh kerana keadaan bertambah buruk walaupun pakej diambil 10 sesi rawatan.

“Sejak mengalami penyakit kulit suami bersikap dingin dan menjauhi saya, malah anak selalu bertanya sama ada masakan saya bersih atau tidak,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/articles/Satubadangatal-gatal/Article

Tentera bedil masjid

Tentera bedil masjid

HANGUS...seorang lelaki di kawasan kenderaan yang musnah terbakar  di Tobruk, Libya.
HANGUS...seorang lelaki di kawasan kenderaan yang musnah terbakar di Tobruk, Libya.

BENGHAZI (Libya): Satu unit tentera yang setia kepada Muammar Gaddafi semalam membedil menara sebuah masjid dengan peluru antipesawat dan senjata automatik selepas penunjuk perasaan antikerajaan enggan meninggalkan kawasan di barat Tripoli itu.

Saksi berkata, ramai penunjuk perasaan yang berkampung di luar dan dalam masjid itu terbunuh dalam serangan di Zawiya, 50 kilometer ke barat Tripoli. Dia bagaimanapun tidak dapat memberi jumlah tepat.

  • Foto

    DOA...penunjuk perasaan antikerajaan berdoa dalam hujan.

  • Foto

    PROTES...sekumpulan lelaki di atas kereta perisai tentera.

  • Foto

    SELAMAT...seorang lelaki bersama dua anaknya berjalan di landasan kapal terbang.

Tentera pro-Gaddafi bertindak ganas ketika pengaruh pemimpin Libya itu semakin terhakis. Zawiya dan beberapa bandar besar Libya yang lain serta bandar berhampiran Tripoli sudah dikuasai pemberontak.

Di timur yang dikuasai sepenuhnya kumpulan penentang, pembangkang berikrar ‘membebaskan’ Tripoli, tempat pemimpin Libya itu berkubu dengan sekumpulan tenteranya meronda jalan raya dan kereta kebal melindungi kawasan pinggir.

Saksi berkenaan yang enggan namanya disiarkan kerana bimbang terhadap tindak balas berkata, serangan jam 9 pagi (waktu tempatan) dilakukan sehari selepas pembantu Gaddafi yang dikenali sebagai Abdullah Megrahi muncul di bandar berkenaan dan memberi amaran kepada penunjuk perasaan supaya ‘pulang atau mereka akan menyaksikan satu pembunuhan beramai-ramai.’

“Kami memberitahunya kami tidak akan pulang, sama ada kami mati atau kami mencapai kemenangan,” katanya.

Saksi itu terkejut dengan tindakan tentera yang menyerang orang awam.
Beberapa unit tentera dilapor berpaling tadah dengan menyokong penunjuk perasaan sejak pemberontakan bermula 15 Februari lalu.

Ada laporan menyatakan kira-kira 1,000 orang terbunuh sepanjang pemberontakan itu di seluruh negara sementara kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch menganggarkan lebih 300 terkorban.

“Apa yang berlaku amat teruk. Mereka yang menyerang kami bukan tentera upahan, tetapi anak negara ini sendiri. Mereka membedil menara masjid,” katanya.

Menurutnya, sebahagian besar penunjuk perasaan remaja yang bersenjatakan senapang memburu.

Dia juga memberitahu, penunjuk perasaan dari Zawiya tidak berhasrat untuk menyahut gesaan pembangkang supaya menyertai perarakan seluruh negara ke Tripoli hari ini.

“Kami tidak merancang untuk berarak ke Triopoli. Kami sudah berbincang dan bersetuju untuk kekal di sini,” katanya.

Penunjuk perasaan tidur di dalam masjid dan di kawasan lapang di luarnya sejak beberapa hari lalu dan enggan meninggalkan premis berkenaan.

“Kumpulan remaja itu tidak mempunyai apa-apa untuk melindungi diri mereka kecuali senapang memburu dan semangat, manakala tentera memiliki peluru berpandu antipesawat dan senjata automatik,” katanya.

Dia juga berkata, polis tidak kelihatan di bandar itu yang terletak berhampiran sebuah pelabuhan dan kilang penapisan minyak utama di Mediterranean.

“Penduduk terpaksa membentuk jawatankuasa bagi melindungi rumah masing-masing serta bangunan lain,” katanya.

Dia juga berkata, penyokong Gaddafi turut menyerang warga China dan Mesir yang bekerja dengan syarikat pembinaan di bandar raya itu. — Agensi


http://www.hmetro.com.my/articles/Tenterabedilmasjid/Article

Gambar Christchurch sejurus selepas gempa


HOTEL Carlton yang bersejarah musnah dalam gempa bumi di Christchurch pada Selasa lalu.


CHRISTCHURCH, New Zealand – Beberapa buah akhbar semalam menyiarkan gambar situasi di bandar ini beberapa saat selepas gempa bumi berlaku pada Selasa lalu.

Gambar itu menunjukkan debu menyelubungi bandar tersebut.

Dalam gempa bumi itu, seramai 98 orang disahkan terbunuh manakala 299 orang lagi masih hilang.

Pasukan penyelamat New Zealand enggan menghentikan usaha bagi mencari mangsa-mangsa gempa bumi yang masih hidup semalam di sebalik harapan kini tipis untuk mengeluarkan mangsa-mangsa yang dikhuatiri terperangkap.

“Kita tidak boleh berputus asa kerana di seluruh dunia apabila berlaku bencana seperti ini kita turut menyaksikan keajaiban apabila terdapat mangsa yang berjaya dikeluarkan selepas berhari-hari terperangkap,” kata Perdana Menteri John Key dalam satu wawancara dengan stesen televisyen TV3.

Gempa bumi itu sekuat 6.3 pada skala Richter yang dianggap yang terkuat selepas gempa bumi 7.0 pada skala Richter pada September lalu tetapi ia tidak melibatkan kematian walaupun 100,000 buah bangunan rosak. – Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Tentera upahan Gaddafi bedil masjid


BEBERAPA penunjuk perasaan berdiri di depan sebuah bangunan tentera upahan yang musnah di Benghazi, Libya semalam.


BENGHAZI, Libya - Tentera yang setia kepada pemimpin Libya, Muammar Gaddafi membedil sebuah masjid di Zawiya, dekat Tripoli semalam.

Menurut beberapa saksi, sebuah menara masjid itu dibedil dengan menggunakan peluru berpandu antipesawat selain ditembak dengan senjata automatik.

Serangan itu ditujukan kepada sekumpulan penunjuk perasaan yang enggan meninggalkan masjid berkenaan.

Gaddafi turut menyatakan dalang kebangkitan rakyat di Libya adalah disebabkan oleh ketua pengganas yang paling dikehendaki Amerika Syarikat, Osama bin Laden yang memimpin pergerakan Al-Qaeda.

Beliau membuat kenyataan itu menerusi telefon kepada sebuah stesen televisyen di negara tersebut.

Sementara itu, penduduk tempatan telah memusnahkan sebuah bangunan yang digunakan oleh tentera upahan Gaddafi bagi memerangi penentangan di bandar Benghazi, timur Libya.

Bangunan tersebut rosak teruk dengan banyak dindingnya kini pecah.

Terdapat juga tulisan berupa kecaman terhadap Gaddafi antaranya Libya kini bebas dan Hapuskan Muammar.

Seorang peguam di sini berkata, satu jawatankuasa keselamatan telah ditubuhkan oleh orang awam pada Isnin lalu selepas bandar ini jatuh ke tangan penduduknya.

Menurutnya, jawatankuasa itu telah menangkap 36 tentera upahan dari Chad, Niger dan Sudan yang diupah oleh tentera Gaddafi untuk berperang di bandar ini.

Beberapa traktor dan jentera pengorek telah digunakan untuk memusnahkan bangunan itu.

"Walaupun mereka (pemerintah) membawa semua tentera upahan dari seluruh dunia, kami tetap akan teguh berdiri dan berperang demi negara kami," kata seorang penduduk Aowath Hussein Sady, 45,

"Rakyat Libya kini bersatu," tambahnya.

Menurut salah seorang penduduk, Gaddafi membelanjakan banyak wang untuk membiayai pemberontakan di Uganda, Burkina Faso dan Chad ketika penduduk Libya ramai yang miskin.

Gaddafi kini berdepan dengan kebangkitan rakyat yang tidak berpuas hati dengan pemerintahannya semalam hampir 42 tahun.

Kebangkitan rakyat itu didorong oleh kejayaan rakyat Mesir berhimpun di Kaherah sehingga mengakibatkan Presidennya Hosni Mubarak meletakkan jawatan pada 11 Februari lalu.

Kelmarin, Menteri Luar Itali, Franco Frattini menganggarkan angka kematian di Libya akibat pertempuran antara tentera dengan penunjuk perasaan mencecah sehingga 1,000 orang.

- Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Budak dapat ikan lebih besar daripadanya



RILEY VALLANCE berdiri di sebelah ikan yang berjaya dipancingnya di Tasik Tinaroo, Australia baru-baru ini.


TASIK TINAROO, Australia - Seorang budak berusia sembilan tahun, Riley Vallance berjaya memancing seekor ikan yang lebih besar daripadanya dalam satu pertandingan di sini, lapor akhbarThe Cairns Post semalam.

"Saya bergelut selama 20 minit untuk mendapatkan ikan tersebut," kata Vallance yang belajar di tahun empat.

Vallance yang mempunyai berat 25 kilogram (kg) dan tinggi 131 sentimeter itu memperoleh ikan tersebut yang seberat 27.6kg serta panjang 132 sentimeter.

Menurut bapanya yang merupakan seorang ahli biologi, Terry Vallance, ikan tersebut terpaksa ditanam di belakang rumah kerana peti sejuk di rumahnya tidak muat untuk menyimpan ikan itu. - Agensi


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

Najib lancar yayasan bantuan guaman

Feb 25, 11 11:11am

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang ditubuhkan hasil inisiatif kerajaan dan Majlis Peguam Malaysia untuk menyediakan khidmat bantuan guaman kepada golongan isi rumah berpendapatan kurang daripada RM25,000 setahun.

Perdana Menteri berkata yayasan itu akan dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk memastikan keadilan dinikmati semua rakyat Malaysia.

"Keadilan merupakan prasyarat kepada negara dan rakyat yang maju dan berjaya," katanya melancarkan yayasan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Yayasan itu mengandungi 12 anggota lembaga pengarah dipengerusikan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail manakala Presiden Majlis Peguam K Ragunath adalah timbalan pengerusi.

Ia akan membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan pembelaan ketika seseorang individu itu ditangkap, ditahan atau dituduh dengan kesalahan jenayah.

Yang turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi, Abdul Gani dan Ragunath.

Najib berkata 80 peratus Orang Kena Tuduh (OKT) dalam kes-kes jenayah, tidak mempunyai peguam untuk membela mereka kerana tidak berkemampuan untuk membayar fi yang tinggi.

Katanya Majlis Peguam telah mencadangkan supaya sebuah yayasan ditubuhkan bagi membantu OKT yang kurang berkemampuan mendapatkan khidmat peguam dan kabinet bersetuju dengan cadangan itu.

Perdana menteri berkata kerajaan telah memberi geran pelancaran sebanyak RM5 juta sebagai tanda sokongan padu untuk membiayai perjalanan yayasan itu bagi menegakkan keadilan dan menjamin hak yang sama rata di sisi undang-undang kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Saya ingin menyatakan di sini, peruntukan kewangan tidak seharusnya menjadi kekangan untuk mendapatkan keadilan. Justeru, jika tidak mencukupi, kita akan berusaha untuk mencari sumber kewangan tambahan," katanya.

Najib berkata penubuhan YBGK ialah sebahagian usaha sebuah kerajaan yang bertanggungjawab selaras dengan Gagasan 1Malaysia.

"Penubuhannya bukan bermakna kerajaan hendak membela golongan penjenayah," katanya.

Sebaliknya, kata Perdana Menteri, yayasan itu akan memastikan semua yang dituduh melakukan jenayah dapat menjalani perbicaraan di mahkamah dengan penuh keadilan dan ketelusan, selaras dengan Fasal (3) Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

Katanya peguam-peguam yang menjadi panel YBGK akan memberi perkhidmatan dengan bayaran yang minimum.

Perdana Menteri berharap lebih ramai peguam yang menjadi anggota Majlis Peguam tampil memberi khidmat bakti bagi melaksanakan tanggungjawab sosial mereka kepada masyarakat.

"Ini dapat mengelakkan kes-kes di mana OKT menerima hukuman yang berat dalam mahkamah semata-mata kerana mereka tidak diwakili oleh peguambela, lalu telah mengaku bersalah berikutan tidak dapat membuat pembelaan yang berkesan," kata Najib.

Beliau berkata dengan wujudnya YBGK, perkhidmatan bantuan guaman dan khidmat nasihat boleh diberikan kepada semua warga negara, sama ada berkemampuan atau tidak berkemampuan bagi semua jenis kesalahan jenayah, di peringkat tangkapan, reman dan permohonan ikat jamin.

Bagaimanapun, Najib berkata bantuan tidak meliputi kesalahan yang membawa hukuman mati kerana Mahkamah Tinggi akan melantik peguam untuk mewakili tertuduh yang tidak mempunyai peguam.

Katanya YBGK adalah pelengkap kepada perkhidmatan bantuan guaman yang diberi Jabatan Bantuan Guaman di Jabatan Perdana Menteri dan Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam.

YBGK bukan agensi kerajaan tetapi entiti berbentuk syarikat khairat yang bebas dan neutral dalam melaksanakan tugasnya, kata Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Najib berkata Jabatan Bantuan Guaman dan Pusat Bantuan Guaman Majlis Peguam juga akan meneruskan peranan mereka seperti biasa.

Mengenai kerjasama antara YBGK dan agensi penguatkuasaan yang termeterai menerusi Memorandum Persefahaman yang ditandatangani dan disaksikan beliau, Najib berkata langkah itu bagi memastikan keberkesanan YBGK.

"Apabila seseorang ditangkap atas kesalahan jenayah, adalah menjadi tanggungjawab pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan agensi penguatkuasaan lain untuk menghubungi peguam panel YBGK melainkan jika orang yang ditangkap itu hendak mengupah peguamnya sendiri," katanya.

Najib juga berkata sehingga kini sebuah firma guaman Tetuan Shearn Delamore & Co telah bersetuju untuk berperanan sebagai setiausaha syarikat secara percuma kepada YBGK.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/156997

Kpg baru saksi persaingan undi Cina di Kerdau

Feb 25, 11 8:09pm

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, yang bakal menghadapi pilihan raya kecil pada 6 Mac ini mempunyai kira-kira 800 pengundi Cina, 450 orang tinggal di Kampung Baru, berhampiran bandar Kerdau.

Yang nyata walaupun bilangannya kecil namun persaingan untuk meraih undi kaum Cina di Kampung Baru Kerdau sudah pasti sukar.

Esok merupakan hari penamaan calon dan parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil ini harus berusaha menangani segala masalah yang dibangkitkan oleh penduduk di sini.

MCA dipertanggungjawabkan untuk meyakinkan penduduk di kampung baru ini agar menyokong BN.

"Kita sedang berusaha menyelesaikan isu kecil. Isu besar akan dibincangkan bersama timbalan perdana menteri atau perdana menteri," kata timbalan pengerusi MCA Pahang Datuk Hoh Khai Mun yang juga anggota exco negeri.

Isu kecil ialah menyediakan jalan raya yang lebih baik, penambahan lampu jalan dan bantuan untuk SJK (C) Kerdau manakala isu yang lebih besar ialah permintaan untuk skim rumah kos rendah di kawasan itu.

Kempen MCA untuk pilihan raya kecil itu akan diketuai timbalan presiden parti dan pengerusi MCA Pahang Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya parti itu akan melaksanakan konsep 'Kumpulan 10' atau 'G-10' di mana setiap 14 bahagian MCA di Pahang akan menjaga 10 buah rumah di kawasan itu yang mempunyai 100 keluarga.

"Kita akan mengamalkan kempen sentuhan peribadi," katanya dan menambah parti itu akan menjelaskan dengan terperinci usaha kerajaan membangunkan negara dan rakyatnya serta berharap pengundi dapat menilai kerajaan pada perspektif yang lebih baik.

Liow yang juga menteri kesihatan berkata kebanyakan pengundi muda dari kampung itu sama ada tinggal di Temerloh atau Mentakab dan parti itu sedang berusaha menghubungi mereka.

Kita tidak menjangka sebarang masalah untuk mereka pulang mengundi kerana kedua-dua bandar kira-kira 20 hingga 30 kilometer sahaja," katanya.

Kawasan DUN Kerdau terletak di bawah Parlimen Kuala Krau, dua lagi ialah Jenderak dan Jengka di mana Kuala Krau, Jenderak dan Jengka diwakili kerusi BN.

Anggota Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohd Said berkata RM120,000 telah diperuntukkan untuk SJK (C) Kerdau untuk menaiktaraf kemudahan sekolah termasuk makmal komputer.

Beliau juga berkata peruntukan sebanyak RM950,000 telah digunakan untuk pelbagai projek di kawasan DUN Kerdau termasuk dewan komuniti (RM300,000) dewan bola keranjang tertutup (RM200,000), pejabat jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampung (RM100,000) dan menaiktaraf dua jalan utama (RM300,000) serta pembinaan tembok penahan untuk loji rawatan air di Taman Kerdau 2 (RM50,000).

"Kita tidak pernah kalah di kerusi (Kerdau) dan berharap untuk mempertahankan rekod itu," katanya.

Pada April 2000, pilihan raya kecil juga diadakan di kerusi itu yang sebelum ini dikenali sebagai Sanggang, selepas Adun Datuk Abdullah Kia meninggal dunia akibat serangan angin ahmar. Datuk Redzwan Harun mengekalkan kerusi untuk BN dengan majoriti 1,963 undi.

Berikutan persempadanan semula pada 2003, DUN Sanggang terbahagi dua kepada Kerdau dan Jengka.

Pengerusi DAP Pahang dan Adun Triang Leong Ngah Ngah mengakui sukar untuk menawan Kerdau tetapi parti itu akan membantu rakan pakatan, PAS dalam pilihan raya kecil itu.

"Sukar untuk menang tetapi kita akan memberi tentangan untuk mengurangkan majoriti BN," katanya.

BN memperolehi majoriti 1,615 undi dengan kemenangan calonnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada pilihan raya umum 2008, menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim.

Kematian Zaharuddin, 63, pada 12 Februari lepas menyaksikan pilihan raya kecil di DUN Kerdau yang mempunyai 8,999 pengundi berdaftar, 15 daripadanya adalah pengundi pos.

BN menamakan Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang dan Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, sebagai calon pilihan raya kecil itu.

Ketua Penerangan PAS Pahang Hassanuddin Salim, 43, diumumkan sebagai calon parti itu yang merupakan bekas calon bagi DUN Kerdau pada pilihan raya umum 2008.

- Bernama



http://malaysiakini.com/news/157073

PM akui peranan anak muda

Salhan K Ahmad
Feb 25, 11
8:24pm

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau mengakui peranan anak muda dalam menjalankan penentangan terhadap kerajaan seperti yang berlaku di beberapa negara Arab.

Namun, keadaan di negara berkenaan tidak sama dengan situasi di Malaysia, katanya.

"Jadi yang nak buat persamaan tu adalah tidak tepat sama sekali," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat Umno hari ini.

Jelasnya, walau negara Arab itu dilanda pergolakan politik, BN masih mampu meningkatkan majoriti dalam pilihan raya kecil.

Katanya lagi, trend kini juga menunjukkan sokongan lebih memihak kepada BN.

Beliau memberi contoh keputusan pilihan raya kecil Tenang sebelum ini di mana BN berjaya meningkatkan majoritinya.

Sekiranya tidak berlaku banjir mengejut ketika pilihan raya itu, BN pasti akan menang lebih besar lagi, katanya.

Tambahnya, beliau mengambil iktibar daripada perkembangan yang berlaku di negara-negara bergolak itu.

"Satu lagi yang perlu disedari yang tenaga punca yang mencetuskan adalah orang muda. Jadi perhatian kepada orang muda ini tak boleh kita pandang ringan.

"Kalau rasa tidak puas hati itu membara di kalangan orang muda, mereka akan bertindak kerana mereka mempunyai tenaga untuk menuntut kepada perubahan," katanya lagi.


http://malaysiakini.com/news/157076

PM: K'jaan tak cadang naikkan harga RON95

Salhan K Ahmad
Feb 25, 11
7:56pm

Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak dapat menjangka sekiranya harga minyak akan terus terjejas ekoran keadaan politik yang tidak stabil di Timur Tengah.

Katanya, kerajaan bagaimanapun akan terus menyemak harga berkenaan untuk masa akan datang.

"Kita akan semak. Saya tak boleh kata apa-apa untuk masa akan datang.

"Maksudnya untuk masa ini kita tidak ada cadangan untuk naikkan harga minyak.

"Kalau keadaan di Timur Tengah ini dapat reda cepat, jadi dia akan menurun. Jadi harga RON98 akan menurun. Itu yang kita janjikan," katanya.

Jelasnya, kerajaan hanya mengawal harga RON95 yang ditetapkan dengan subsidi kerajaan.

"Kita akan pantau keadaan ini. Buat masa ini tidak ada langkah untuk kita menaikkan harga minyak RON95. RON97 diapung mengikut harga pasaran.

"(Bagi) RON95, harga yang ditetapkan kerajaan mengikut jumlah subsidi yang begitu besar.

"Kita peruntuk subsidi RM10.3 bilion dalam bajet tahun ini tapi kalau tidak ada perubahan harga, jumlah subsidi kita akan meningkat dengan agak ketara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Kuala Lumpur hari ini.

"Apa juga keputusan ini kita akan ambil kira beban pada rakyat. Ini akan kita utamakan walau kita terpaksa keluar subsidi besar.

"Tapi kerajaan memahami bahawa apa yang kita pentingkan adalah belanja atau kos hidup rakyat yang kita perlu kawal supaya kadar inflasi kita tidak meningkat lebih tinggi daripada sekarang ini.

"(Kadar inflasi) masih terkawal tapi kita tak mahu terlalu tinggi kerana ini akan menjadi satu sungutan di kalangan rakyat," katanya lagi.


http://malaysiakini.com/news/157068

Pengasas S'wak Report: Bukan kerja saya jatuhkan Taib

Feb 25, 11 8:33pm

Seorang wartawan Britain yang mengendalikan lamanweb dan radio online yang kritis terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, tugasnya bukanlah untuk menggulingkan pemimpin tersebut.

NONE"Saya tidak lihatnya sebagai tugas saya untuk menjatuhkan Taib. Itu
terpulang kepada rakyat Sarawakian untuk memutuskan,"
kata Clare Rewcastle Brown dalam sebuah wawancara melalui e-mel dengan Malaysiakini.

Clare mengendalikan lamanweb anti-Taib - Sarawak Report - yang telah mendedahkan dakwaan empayar perniagaan ketua menteri itu dan dakwaan kegiatan rasuah.

Beliau juga bertanggungjawab mengendalikan stesen radio Free Sarawak, yang mulai ke udara November tahun lalu.

"Saya hanya ingin memastikan bahawa mereka mendapat semua maklumat tentang apa yang telah terjadi pada sumber dan kekayaan mereka, supaya mereka dapat membuat pilihan bermaklumat," katanya.

'Bukti mudah diperolehi'


NONEClare berpendapat dia menyediakan "perkhidmatan penting dari jarak
yang selamat"
demi hak rakyat Sarawak kepada kebebasan media yang dinafikan oleh penggunaan Akta Dalam Negeri (ISA) dan penyalahgunaan kuasa.

"Terpulang kepada rakyat Sarawak bagaimana mereka mahu menyebarkan berita (yang kami sediakan)," katanya.

Bekas wartawan BBC itu, yang memulakan kerjayanya pada tahun 1983, juga berkata tugasnya berdasarkan kepada bahan yang boleh dibuktikan dan dia bersedia menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa Malaysia.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/157079

Next: Saudis planning protest

PressTV

RIYADH, Feb 25: People in Saudi Arabia's eastern Qatif region are planning to hold a rally in support of the Libyan revolution and the uprising in Bahrain.

The organizers have called on people to come out on Friday at around noon to show solidarity with the people of Bahrain and Libya.

They have also urged government forces to avoid any provocation on the day of the protests.

Eyewitnesses say security forces have entered Qatif region to stop any possible pro-democracy protest.

Thousands of people have said they are prepared to attend the protests after Saudi youths named March 11th the Day of Rage on social networking website facebook.

On Wednesday, Saudi King Abdullah suddenly announced a series of benefits for his citizens following revolutions in Tunisia and Egypt.

King Abdullah introduced a package of social and economic overhaul amounting to USD 10.7 billion.

He also granted pardon to some prisoners indicted in financial crimes and ordered the implementation of a 15-percent pay hike for state employees as well as an increase in the cash available for Saudi housing loans.

Analysts believe the huge hike in benefits introduced by the Saudi King is actually intended to avert an uprising in the country.

In recent weeks, a wave of revolutions and pro-democracy uprising has spread in the Arab world.


http://en.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2345:next-saudis-planning-protest&catid=37:world&Itemid=59

'M'sia boleh, Gaddafi tak boleh'

'M'sia boleh, Gaddafi tak boleh'
Abdul Rahim Sabri
Feb 25, 11
3:53pm

Gema laungan 'Malaysia boleh, Gaddafi tak boleh' bergema di depan kedutaan Libya di ibunegara petang tadi, apabila sekumpulan rakyat negara itu berhimpun membantah kekejaman pentadbiran presiden Mohammad Gaddafi.

NONEKira-kira 50 rakyat Libya itu muncul selepas tiga pemimpin Pakatan Rakyat menyerahkan memorandum bantahan kepada pegawai kanan kedutaan itu pada kira-kira jam 2.45 petang.

Mereka berhimpun di situ selama kira-kira 15 minit mulai jam 2.50 petang sambil membawa poster dan melaungkan antaranya, 'Gaddafi musuh Allah', kemudiannya diikuti dengan laungan 'Malaysia boleh, Gaddafi tak boleh'.

Sebelum itu, kira-kira 70 penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat serta NGO berarak ke Kedutaan Libya di ibunegara selepas solat Jumaat, bagi membantah kekejaman pentadbiran presiden Mohammad Gaddafi ke atas rakyatnya.

NONEBagaimanapun, mereka menghampiri kedutaaan tersebut, mereka dihalang oleh anggota polis yang berkawal di situ.

Selepas berunding seketika, pihak polis membenarkan lima orang untuk ke kedutaan tersebut bagi menyerahkan memorandum bantahan.

Manakala yang lainnya berpatah balik ke Masjid Tabung Haji yang terletak berdekatan di situ.

Antara mereka yang dibenarkan masuk ialah dua ahli jawatankuasa pusat PAS, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi serta Mohamad Sabu. Turut sama ialah ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamarulzaman Mohamad dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Annuar Ahmad Zainuddin.

Setibanya di jalan masuk ke kedutaan tersebut mereka disertai oleh ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ahli parlimen Batu, Tian Chua dan setiausaha agung PSM, S Arutchelvan.

NONESelepas sekali lagi berunding dengan anggota polis yang berkawal di situ, tiga orang - Nurul Izzah, Syed Azman dan Mohamad Sabu - dibenarkan masuk kira-kira jam 2.45 petang, untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada timbalan duta.

Menurut Syed Azman, memorandum itu adalah Gabungan Rakyat Malaysia yang diwakili oleh PAS, PKR, PSM dan 30 NGO, mendesak supaya dihentikan pembunuhan orang awam serta diadakan pilihan raya bebas bagi memenuhi aspirasi rakyat Libya.


http://malaysiakini.com/news/157031

Gaddafi's youngest son latest to defect: report

PressTV/Al Jazeera

BENGHAZI, Feb 25: The youngest son of the embattled ruler Muammar Gaddafi has joined the pro-democracy protesters in Libya amid an unabated outpouring of rage against Gaddafi, reports say.

FALLOUT WITH DADDY? ... File pic of Saif al-Arab, who reportedly joined protesters

According to the reports, Saif al-Arab, Gaddafi's youngest son, who was sent by his father to cooperate with Libyan security forces in the massive crackdown on pro-democracy protesters joined forces with the demonstrators in the eastern city of Benghazi on Thursday.

Saif al-Arab, who is widely regarded as the most low-profile of Gaddafi's sons have also hinted that his father would commit suicide or flee to Latin America in the face of rising public outcry over his tyrannical rule.

Saif al-Arab is said to have had the backing of combat troops and had military equipment that was dispatched to the eastern parts of turmoil-hit Libya.

The move comes as several intelligence and military officials in the third largest city, al-Bayda have stepped down , while a major general in the eastern city of Tobruk has castigated Gaddafi's regime for its heavy-handed assault on protesters.

Major General Suleiman Mahmoud, the commander of the armed forces in Tobruk, has stated that he has resigned and now has sided with protesters, adding that soldiers and civilians are under fire from aircraft, and this was an important reason for him to join the people.

"We are on the side of the people…I was with him [Gaddafi] in the past but the situation has changed…he's a tyrant." Mahmoud told Al Jazeera, adding that the troops led by him had switched loyalties.

"We are supporting the Libyan people and the soldiers and civilians are hand in hand we are against any aggressions," he added.

The colonel decides to hold on

At least 1,000 people have been killed in Tripoli by airstrikes conducted by the Libyan military in a desperate move meant to quell the popular uprising, according to some reports.

Meanwhile, a total of 130 Libyan soldiers have been executed for refusing to open fire on protesters.

Pro-democracy demonstrations inspired by the popular revolutions that deposed decades-long rulers in neighboring Egypt and Tunisia, have engulfed Libya since Feb 15.

Tens of thousands of people have continued to spill out into the streets of the eastern city of Benghazi and other major cities calling for the ouster of the 68-year-old Gaddafi.

Gaddafi, who came to power 41 years ago in a bloodless military coup, delivered a televised address on Tuesday in which he vowed to fight on to his "last drop of blood" and called on his supporters to take to the streets to confront the protesters.


http://en.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2343:gaddafis-youngest-son-latest-to-defect-report&catid=37:world&Itemid=59

SPR kabur tentang 'lu tolong gua, gua tolong lu'

Feb 25, 11 5:31pm

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini enggan menyatakan pendiriannya sama ada pemberian 'habuan' dalam kempen pilihan raya, melanggar undang-undang pilihan raya.

NONEKetika ditemui wartawan ketika beliau melawat Kolej Politeknik Merlimau yang akan digunakan sebagai pusat penamaan calon esok, Abdul Aziz berkata beliau bukan seorang yang ahli mengenai perkara itu.

Ia walaupun suruhanjaya tersebut telahpun mengendalikan 12 pilihan raya umum dan banyak pilihan raya kecil selama ini.

Abdul Aziz berkata demikian ketika ditanya mengenai misteri NGO 1Malaysia yang muncul sewaktu pilihan raya kecil untuk menganjurkan majlis makan dan mengedarkan 'ole-ole' yang termasuk makanan ruji seperti Milo, beras dan susu pekat bersama-sama dengan poster Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Sasaran utama NGO 1Malaysia itu ialah pengundi bukan Melayu yang mengundi menentang BN dalam pilihan raya kecil sebelum ini.

'Lu tolong gua, gua lu tolong'

Abdul Aziz juga memberi jawapan yang sama ketika ditanya tentang ucapan Najib "lu tolong gua, gua tolong lu' dalam satu majlis di SRJK (C) Merlimau pada 19 Februari lalu.

Ia dilaporkan oleh akhbar Sin Chew Daily, bahawa Najib telah memberitahu kira-kira 1,000 hadirin di majlis itu bahawa: "Lu tolong gua, gua lu tolong".

Kata-kata itu pertama kali diucapkan ketika pilihan raya kecil Sibu, di mana Najib telah berjanji untuk melaksanakan kerja mitigasi banjir hanya jika menang. DAP berjaya merampas kerusi tersebut dari BN dengan majoriti tipis.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/157042

Minister and deputy's Twitter exchanges point to friction

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, Feb 24: Recent exchanges over Twitter between Higher Education minister Khaled Nordin and his deputy Saifuddin Abdullah have pointed to a friction between the two with regards to the government's approach to anti-establishment students.

L-R: Khaled and his deputy Saifuddin ... the latter's more accomodating approach drew praise from student groups

Saifuddin, who has been praised by a section of students unions for his less antagonistic stand, had responded to Khaled's remarks chiding 'opposition politics' for being based on "cheats, lies and fabrication".

“A struggle becomes despicable when it is based on cheats, lies and fabrication. It’s akin to opposition politics,” said Khalid in a Twitter post yesterday, not naming his target of anger.

Saifuddin had then asked his boss to who he had referred to.

“Dato, who’s despicable?” Saifuddin twitted.

"Some people just loved chaos, thinking they could emerge as heroes," came Khaled's reply.

Saifuddin had earlier expressed regret over a scuffle at Universiti Putra Malaysia following the University's decision to annul the election victory there of 11 candidates alligned to the anti-establishment minded group, Pro-Mahasiswa (Pro-M), leaving six students injured and some damages.

“If TNC HEP (Deputy Vice Chancellor) had met the students, the incident could be avoided,” he said.

UPM's deputy vice chancellor Dr Mohd Fauzi Ramlan said he would not press charges against the students but rubbished demands for him to issue an apology.

“I did no wrong, why should I apologise?” he asked.


http://en.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&view=article&id=2339:twitter-exchanges-between-minister-and-deputy-point-to-friction&catid=34:primary&Itemid=56

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...