Feb 25, 11
3:53pm
Gema laungan 'Malaysia boleh, Gaddafi tak boleh' bergema di depan kedutaan Libya di ibunegara petang tadi, apabila sekumpulan rakyat negara itu berhimpun membantah kekejaman pentadbiran presiden Mohammad Gaddafi.
Kira-kira 50 rakyat Libya itu muncul selepas tiga pemimpin  Pakatan Rakyat menyerahkan memorandum bantahan kepada pegawai kanan kedutaan itu  pada kira-kira jam 2.45 petang.
Sebelum itu, kira-kira 70 penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat serta NGO  berarak ke Kedutaan Libya di ibunegara selepas solat Jumaat, bagi membantah  kekejaman pentadbiran presiden Mohammad Gaddafi ke atas rakyatnya.Bagaimanapun, mereka menghampiri kedutaaan tersebut, mereka  dihalang oleh anggota polis yang berkawal di situ.
Selepas berunding  seketika, pihak polis membenarkan lima orang untuk ke kedutaan tersebut bagi  menyerahkan memorandum bantahan.
Manakala yang lainnya berpatah balik ke  Masjid Tabung Haji yang terletak berdekatan di situ.
Antara mereka yang  dibenarkan masuk ialah dua ahli jawatankuasa pusat PAS, Syed Azman Syed Ahmad  Nawawi serta Mohamad Sabu. Turut sama ialah ketua Pemuda PAS Wilayah  Persekutuan, Kamarulzaman Mohamad dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK),  Khairul Annuar Ahmad Zainuddin.
Setibanya di jalan masuk ke kedutaan  tersebut mereka disertai oleh ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan  ahli parlimen Batu, Tian Chua dan setiausaha agung PSM, S  Arutchelvan.Selepas sekali lagi berunding dengan anggota polis yang  berkawal di situ, tiga orang - Nurul Izzah, Syed Azman dan Mohamad Sabu -  dibenarkan masuk kira-kira jam 2.45 petang, untuk menyerahkan memorandum  bantahan kepada timbalan duta.
Menurut Syed Azman, memorandum itu adalah  Gabungan Rakyat Malaysia yang diwakili oleh PAS, PKR, PSM dan 30 NGO, mendesak  supaya dihentikan pembunuhan orang awam serta diadakan pilihan raya bebas bagi  memenuhi aspirasi rakyat Libya.
http://malaysiakini.com/news/157031
 
 
No comments:
Post a Comment