Sunday, September 28, 2008

2,000 sertai perarakan aman anti-ISA



Andrew Ong & Rahmah Ghazali Sep 27, 08 8:15pm

Kira-kira 2,000 menyertai perarakan aman di ibunegara malam ini, mendesak supaya dimansuhkan Akta Keselamatan Negeri (ISA) dan dibebaskan tahanan di bawah akta tersebut.

Pada mulanya, dua kumpulan - Barisan Bertindak Hak Hindu (HIndraf) dan gabungan NGO yang diketuai oleh Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami) - merancang untuk mengadakan majlis memasang lilin di Dataran Merdeka pada kira-kira jam7.30 malam.

Apabila polis mengawal Dataran Merdeka, kumpulan Hindraf yang berjumlah kira-kira 500 orang, berarak menuju ke kuil yang terletak di depan pusat perhentian bas Puduraya kira-kira 1 km dari situ.

Ketika berarak ke sana, orang ramai turut menyertai mereka dan jumlahnya kemudian bertambah mencecah kira-kira 2,000 orang, dengan ramai yang membawa lilin.

Satu lagi kumpulan, yang berarak sambil membawa tanglung, kemudiannya turut menyertai kumpulah Hindraf tersebut.

Sambil berarak, mereka melaungkan “Mansuhkan ISA”, “Bebaskan Raja Petra” and “Hindraf Valga (Hidup Hindraf)”.

Akhirnya, mereka berkumpul di kawasan kuil berkenaan di mana beberapa individu menyampaikan ucapan.

Penyelaras pusat Hindraf, R Thanenthiran menggesa kerajaan memenuhi tuntutan peserta perarakan tersebut supaya membebaskan tahanan ISA.

Katanya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar tidak boleh memutuskan seorang diri apakah yang terbaik untuk negara.

"Malam ini, kita rakyat, menjadi hakim," tambahnya.

Kemudian, ahli Parlimen Teluk Intan, M Manogaran memberitahu hadirin bahawa perhimpunan tersebut diadakan untuk mengingati ulangtahun pertama penahanan lima pemimpin Hindraf di bawah ISA dan kini ditahan di Kem Tahanan Kamunting.

"Kita akan terus mengadakan perhimpunan sehinggalah tahanan ISA dibebaskan," katanya.

Suasana meriah

Sementara itu, perarakan itu berjalan dalam suasana meriah. Beberapa penyokong Raja Petra Kamaruddin turut menyanyikan lagu selamat jadi kerana hari ini merupakan hari jadi penulis blog tersebut.

Menjelang jam 9 malam, mereka bersurai dan tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan berlaku.

Thanenthiran kemudiannya memberitahu pemberita bahawa perarakan malam ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia boleh berhimpun secara aman untuk menyuarakan isi hati mereka.

“Jika pihak polis mematuhi undang-undang, kita pun juga boleh berbuat demikian," katanya.

Dalam satu kenyataan selepas orang ramai bersurai, pengerusi Hindraf, P Waytha Moorthy mengucap terima kasih kepada pihak polis kerana membenarkan perarakan tersebut diadakan.

"Kerajaan kini seharusnya menerima hakikat bahawa rakyat Malaysia telah menghantar satu mesej yang kuat dan jelas menolak penggunaan ISA," katanya yang kini tinggal di luar negara.

Sementara itu, dua peserta buta memberitahu Malaysiakini mengapa mereka turut menyertai perarakan tersebut.

Ramli Abu Bakar, 51, berkata beliau menyokong gerakan anti-ISA sejak ia dimulakakan kerana "negara telah mencapai kemerdekaan".

"Kita telah merdeka selama 51 tahun, jadi mengapa kita perlukan lagi undang-undang itu sekarang," kata Ramli.

Rakannya, Kamal Abdu Bakar, 48, turut menyokongnya dengan berkata ISA tidak relevan lagi sekarang.

Manakala seorang penyokong Raja Petra - Sampa Lee, 60 - berkata pembebasan penulis blog itu serta tahanan ISA yang lain, akan merupakan hadiah hari jadi terbaik yang boleh diberikan oleh kerajaan.

"Ia akan merupakan hadiah terbaik untuk Raja Petra dan semua rakyat Malaysia kerana kita semua menentang undang-undang yang zalim itu," kata Sampa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata polis mendapat maklumat bahawa perhimpunan itu dijadualkan diadakan di Dataran Merdeka.

"Tetapi kita telah menempatkan anggota polis di beberapa jalan masuk menuju ke Dataran Merdeka dan ini menyebabkan peserta perhimpunan bertukar lokasi menuju ke kawasan berhampiran Puduraya.

"Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku dalam perhimpunan ini dan tiada sebarang tangkapan dibuat," katanya dalam laporan Bernama.

http://www1.malaysiakini.com/news/90508

Saturday, September 27, 2008

Pahala akhir Ramadan


DETIK-DETIK akhir Ramadan mempunyai kelebihan dan keistimewaannya.

------------------------------------------------------------------

DETIK-DETIK akhir Ramadan mempunyai kelebihan dan keistimewaannya. Ini kerana antara malam-malam terakhir, ada satu malam yang paling istimewa iaitu malam Lailatulqadar.
Firman Allah: 'Sesungguhnya kami turunkan al-Quran pada malam Lailatulqadar. Dan apa caranya engkau mengetahui apa dia kebesaran malam itu? Malam Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu (yang berkat itu sehingga terbit fajar' - surah al-Qadar:1-5

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah pada malam-malam terakhir Ramadan adalah dengan melipat gandakan amalan ibadah. Tegas Rasulullah dalam sebuah hadis: 'Rasulullah pada malam-malam sepuluh yang terakhir Ramadan memperiratkan ikatan kainnya dan bangun semalaman dan mengejutkan keluarganya' - hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Ini bererti Rasulullah menghidupkan malam-malam terakhir Ramadan dengan banyak melakukan solat dan zikir. Tegas Aisyah: 'Adalah Rasulullah bersungguh-sungguh pada sepuluh terakhir (dari bulan Ramadan) melebihi kesungguhan pada malam-malam yang lain' - hadis riwayat Ahmad dan Muslim.


KITA digalakkan untuk sentiasa meningkatkan amalan pada sepuluh malam terakhir Ramadan.

----------------------------------------------------------

Bagi memanfaatkan hari-hari terakhir Ramadan, kita digalakkan untuk sentiasa meningkatkan dengan amalan seperti solat terawih, berzikir, membaca al-Quran, doa dan istighfar. Sabda Rasulullah: 'Barang siapa yang melaksanakan solat qiyam Ramadan (solat terawih) pada malam al-Qadar kerana keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, mudah-mudahan akan diampuni dosanya yang lalu' - hadis riwayat Bukhari.

Qiamullail atau solat Tahajud atau solat malam adalah merupakan ibadah yang amat dituntut terutamanya pada bulan Ramadan. Firman Allah: 'Dan bangunlah pada sebahagian waktu malam dan kerjakanlah (solat tahajud)padanya, sebagai solat tambahan bagi mu; semoga Tuhan mu membangkitkan dan menempatkan mu pada hari akhirat di tempat yang terpuji' - surah al-Isra' : 79.

Rasulullah menegaskan: 'Solat yang paling utama sesudah solat fardu adalah qiamullail (solat pada tengah malam)'- hadis Mutafaqun alaih. Sementara itu, amalan berdoa juga merupakan amalan yang baik. Rasulullah menegas: 'Pada waktu malam terdapat satu saat di mana Allah akan mengkabulkan doa setiap malam' - hadis riwayat Muslim.

Dalam pada itu, kita sepatutnya menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang di luar tuntutan yang menjadi amalan Rasulullah. Namun, saat akhir Ramadan masa yang paling sibuk bagi kebanyakan orang untuk mengadakan persiapan dan sambutan hari raya.

Masjid yang pada awalnya begitu imarah sekali, mungkin mula kembali sepi dengan jemaah. Ironinya, para suri rumah tangga pula terpaksa bersengkang mata untuk menyediakan juadah hari raya yang akan disambut dalam jangka masa sebulan pada bulan Syawal.

Apa pun yang kita lakukan, jadikan Ramadan kali ini untuk kita menilai kembali sejauh manakah pencapaian kita dalam aspek kesabaran dan kawalan emosi.

http://www.kosmo.com.my/27092008

Lelaki tertinggi bakal bapa


XISHUN berjalan bersama isterinya di luar pangsapuri mereka di Zunhua, China.

---------------------------------------------------------

BEIJING - Lelaki tertinggi dunia, Bao Xishun bakal menjadi bapa selepas isterinya, Xia Shujuan hamil, lapor sebuah akhbar semalam.

Shujuan, 29, mengandung anak pertamanya sejak berkahwin dengan Xishun, 57, yang mempunyai ketinggian 2.36 meter pada tahun lalu.

Xishun sebelum ini tidak berkahwin kerana ketinggian itu menyebabkannya sukar mencari jodoh sehingga dia bertemu dengan Shujuan.

Lelaki itu juga pernah mendapat tumpuan media selepas dia membantu mengeluarkan plastik daripada perut dua ekor ikan lumba-lumba pada Disember 2006.

Doktor haiwan sebelum itu gagal mengeluarkan plastik tersebut yang ditelan secara tidak sengaja oleh mamalia berkenaan.

Xishun kemudiannya menggunakan tangannya sepanjang 1.06 meter untuk mencapai dan mengeluarkan plastik daripada perut ikan lumba-lumba.

Pada 2006, Xishun kehilangan gelarannya sebagai lelaki paling tinggi di dunia kepada seorang lelaki Ukraine, Leonid Stadnyk yang mempunyai ketinggian 2.59 meter.

Bagaimanapun, Xishun mendapat semula gelaran itu apabila Stadnyk, 37, enggan mengukur ketinggiannya mengikut garis panduan Guinness Book Of Records. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/27092008

Ulama terkejut tindakan anak


Yasmin

--------------------------------------------------------------

LONDON - Seorang anak perempuan ulama terkenal Britain, Omar Bakri Mohammed merupakan seorang penari separuh bogel, lapor sebauh akhbar semalam.

Omar yang kini berada di Lebanon selepas diusir dari Britain mengaku terkejut dengan tindakan anak perempuannya itu, Yasmin.

Yasmin yang berumur 27 tahun menjalani kehidupan sedemikian kerana memberontak corak kehidupan bapanya yang mahu badan wanita ditutupi dengan pakaian.

Anak perempuan Bakri itu juga sudah meninggalkan rumah keluarga di London Utara lapan tahun lalu.

Bagaimanapun, Yasmin mengaku: "Saya bersedia untuk mendedahkan payu dara jika melakukannya di tempat yang sesuai."

Anak perempuan Bakri itu melakukan persembahaan dalam keadaan sepa-ruh bogel ketika berada dalam kurungan di bar-bar. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/27092008

Lebih 190,000 di Masjid Al-Aqsa


AFP
penganut Islam solat Jumaat di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis semalam.

------------------------------------------------------------------

BAITULMAQDIS - Lebih 190,000 penganut Islam bersolat Jumaat di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, kata polis Israel semalam.

Solat Jumaat yang terakhir dalam bulan Ramadan itu diadakan walaupun terdapat kawalan ketat oleh pasukan keselamatan Israel.

Jurucakap Polis Israel, Micky Rosenfeld berkata, tidak terdapat insiden besar yang berlaku ketika penganut Islam mengerjakan solat tersebut.

Bagaimanapun, menurutnya, pihak keselamatan masih mengekalkan tahap berjaga-jaga yang tinggi pada cuti lalitulqadar.

Cuti itu diraikan menjelang hampir Ramadan di mana ramai penganut Islam menganggap malam lailatulqadar adalah waktu paling baik untuk berdoa.

Masjid Al-Aqsa merupakan tempat suci yang ketiga bagi umat Islam dan merupakan lokasi 'panas' kerana menjadi tempat konflik antara penduduk Palestin dengan Israel.

Penduduk Yahudi percaya bahawa kawasan pekarangan Masjid Al-Aqsa pernah menjadi lokasi sebuah rumah ibadat agama mereka.

Bagaimanapun, rumah ibadat itu sudah dimusnahkan oleh tentera Rom pada 70 Tahun Masihi. - AFP

http://www.kosmo.com.my/27092008

Gelora di FAM hanyalah ciptaan manusia

PERGOLAKAN terbaru di Wisma FAM sekilas pandang sudah berakhir.

Harap begitulah pada minggu terakhir Ramadan al-Mubarak ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Sultan Ahmad Shah kekal menaruh kepercayaan kepada Setiausaha Agung, Datuk Azzuddin Ahmad yang dilempar dengan pelbagai tuduhan, termasuk salah laku dan kurang mesra media, oleh pihak tertentu.

Pihak tertentu yang dilihat cuba menjatuhkan martabat Azzuddin agar beliau disingkir, sudah tentu mahu melupakan episod ini.

Bagi mereka, kemenangan dari segi moral yang dicari-cari tidak menjadi kenyataan.

Pihak ini dianggap mempunyai agenda dan motif tertentu untuk melihat Azzuddin tercampak keluar daripada Wisma FAM.

Tidak seperti wakil media di meja am yang terkongkong dengan kekangan-kekangan akibat dasar-dasar syarikat, ruang seorang wartawan sukan untuk menulis cukup liberal.

Kebebasan ini sebenarnya satu ujian sejauh mana mereka menjalankan tugas dengan penuh hemah tanpa menyalah gunakan kuasa mata pena.

Penulis tidak dapat lari daripada tuduhan-tuduhan sebegini dahulu. Kadangkala dalam usaha menulis secara objektif, pihak yang ditegur tersinggung dan mempertikai agenda penulis.

Yang pasti, FAM tidak pernah kering story dan agenda. Penulis bertuah kerana berkesempatan membuat liputan empat Setiausaha Agung FAM bermula dengan era Datuk Paul Mony Samuel (1985-2000), Datuk Dell Akbar Khan Hyder Khan (2000-2005), Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad (2005-2007) dan Datuk Azzuddin Ahmad (2007 hingga kini).

Mony, bekas guru yang berasal dari Kuala Ketil, Kedah, memiliki skil perhubungan awam yang hebat. Beliau terbuka kepada teguran biarpun daripada wartawan setahun jagung. Pengkritiknya pula menganggap Mony tidak mudah percaya anak buahnya dan memilih bulu dalam berkongsi maklumat dengan wartawan.

Dell Akbar, anak jati Kampung Baru, dianggap bersikap konfrontasi dengan wartawan. Maklumlah, beliau orang berpangkat besar dalam polis. Jika tidak cukup ilmu di dada dan tidak ada fakta untuk berhujah dengan Dell, baik berdiam diri. Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur itu tidak suka berselindung dan tabiatnya berterus-terang. Ini kadangkala sukar diterima wartawan-wartawan yang sememangnya pandai mengkritik tetapi enggan dikritik.

Kata-kata seperti 'masalah you all ni, you all tak buat homework', kerap keluar daripada mulut Dell. Di kalangan kakitangan FAM, Dell disayangi kerana menitikberatkan kebajikan serta mengamalkan dasar pintu terbuka. Dell juga beruntung kerana didokong Datuk Yap Nyim Keong selaku penolongnya.

Apabila Dell dan Yap meletak jawatan pada awal 2005 atas dasar prinsip setelah mereka melihat barisan kepimpinan FAM tidak lagi menaruh kepercayaan kepada urus setia, persatuan tersebut menawarkan kerusi panas itu kepada orang ramai.

Antara yang ditemuduga termasuk bekas pemain kebangsaan, Rosli Hussein dan Noor Keifli Sulong, bekas pegawai Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Namun akhirnya yang mengisi kekosongan itu adalah seorang bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Selaku Naib Presiden FAM, Ibrahim menjadi anggota panel temu duga berkenaan.

Sultan Ahmad Shah melantik Ibrahim sebagai setiausaha agung, manakala Rosli dan Keifli dilantik selaku penolong.

Biarpun Ibrahim, Rosli dan Keifli berkongsi latar belakang akademik yang hampir sama kerana ketiga-tiganya bekas pensyarah, mereka tidak dapat menjalin kerjasama dan tidak sehaluan dalam banyak hal.

Sebagai ahli politik pertama menduduki kerusi itu, Ibrahim dianggap mempolitikkan kedudukannya. Beliau juga dilihat lebih percaya kepada pembantu peribadinya yang juga seorang politikus.

Akhirnya Rosli meletak jawatan manakala Keifli ditukarkan ke syarikat pemasaran FAM, MSL Sdn Bhd.

Sepanjang tempoh Ibrahim selaku Setiausaha Agung, FAM tidak sunyi daripada pelbagai isu. Sesetengahnya berbentuk peribadi. Pernah juga penulis bertanya kepada Ibrahim "kenapa Datuk Seri lantik seorang Datuk jadi pembantu peribadi?"

"Alah, bukan tinggi sangat pun gaji dia,… jawabnya ringkas.

Namun Ibrahim memiliki kelebihan PR juga. Sebagai seorang yang masak dengan politik di peringkat tertinggi, Ibrahim menelan kecaman biarpun pedih. Begitupun ada beberapa kali beliau meninggi suara dalam sidang akhbar.

Penulis mengimbas sejarah ini kerana pada hakikatnya, sesiapa sahaja yang menjadi setiausaha agung FAM harus berani dilambung ombak. Kerana kesediaan membuat rumah di tepi pantai, mereka berdepan risiko dihempas badai, dilambung ombak atau lebih parah, tenggelam dek tsunami.

Malangnya, kerap kali gelora yang datang ciptaan manusia dengan motif tertentu.

http://www.kosmo.com.my/27092008

PAS Tidak Bersama Kerajaan Pakatan Rakyat Sekiranya Islam tidak menjadi majoriti


Ditulis oleh WanKay

Saturday, 27 September 2008

Dungun - PAS akan menarik diri dan keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya Islam tidak menjadi majoriti dalam kerajaan baru yang bakal dibentuk.

Presiden PAS, dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian alam ucapannya dalam satu majlis ceramah di perkarangan Surau Haji Zainal Abidin, Dungun, baru-baru ini.

“Kita (PAS) bersedia untuk mengubah kerajaan tetapi dengan syaratnya mestilah kerajaan yang lebih baik daripada yang sedia ada (Barisan Nasional),

“Kita tidak mahu berubah kepada yang lebih ‘buruk’dan mesti lebih baik,”tegas beliau.

Beliau turut menyenaraikan beberapa syarat bagi menentukan kerajaan yang bakal dibentuk lebih kukuh dan bukan kerajaan yang lemah sebagaimana kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Pertama, PAS meletakkan syarat kerajaan itu dikuasai oleh Islam. Jika Islam tidak majoriti perubahan itu tidak akan disertai oleh PAS. PAS akan tarik diri terang-terang jika tidak majoriti Islam,

“Kedua, kerajaan itu mesti sebuah kerajaan yang kukuh dan bukan kerajaan yang lemah dan kerajaan kukuh mestilah oleh wakil-wakil rakyat yang konsisten (istiqamah) dan bukan yang menakut. Terang-terang kita (PAS) sebut. Jika wakil rakyat itu penakut hendak buat perubahan. Perubahan itu (hanya) sementara sahaja,”katanya.

Namun begitu, menurut beliau PAS lebih mengharapkan wakil-wakil rakyat UMNO menyertai PAS jika mahu membina kekuatan orang Melayu dan Islam di negara ini.

“Kita (PAS) lebih mengharapkan supaya wakil rakyat UMNO menyertai PAS kerana mereka mahu membina kekuatan orang Melayu Islam (mereka) mesti bersama dengan PAS.

“Kita (PAS) terbuka dan mereka (UMNO) boleh menyertai mana-mana parti tetapi dasarnya ialah majoriti Islam dan ini syarat penting,” ujarnya.

Beliau turut meletakkan pra-syarat bahawa PAS akan melihat senarai Ahli-ahli Parlimen terlebih dahulu sebelum memberikan sokongannya.

Mengulas lanjut, beliau berkata PAS telah memberi kepercayaan melalui wakil yang duduk dalam sekretariat Pakatan Rakyat, bagi membawa mesej tersebut dalam perbincangan Pakatan Rakyat.

“Kita (PAS) mahu melihat senarai terlebih dahulu dan sebarang keputusan hendaklah melalui mesyuarat parti terlebih dahulu.

“PAS memberi kepercayaan kepada wakil-wakil kita (PAS) dalam sekretariat dan wakil-wakil PAS telah membawa mesej ini.

“Mesej ini telah disampaikan dan ditegaskan kepada semua parti dalam Pakatan Rakyat dan sehingga kini, mereka terima dari segi dasarnya. Parti KeADILan Rakyat terima, DAP pun terima,” jelas Dato’ Seri Abdul Hadi.

http://buletinonline.net/

Rumah ibu bapa Teresa dilontar bom petrol



Sep 27, 08 12:00pm

Kediaman ibu bapa anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok di Jalan Ipoh di ibunegara dilontar bom petrol awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan mengesahkan kejadian itu berlaku pada kira-kira 2.55 pagi.

Teresa dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 19 September lalu setelah ditahan selama tujuh hari.

Katanya, tiada penghuni rumah itu yang cedera dalam kejadian itu kerana bom petrol itu tidak meletup.

Waktu kejadian, terdapat tiga orang yang menghuni di rumah itu iaitu ibu, bapa dan adik Teresa.

Bercakap dalam sidang akhbar tengahari tadi, Teresa berkata anggota keluarganya kini bimbangkan keselamatan mereka.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai keji dan satu jenayah untuk menakut-nakutkan beliau untuk menghalangnya daripada menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Beliau juga mendakwa kejadian itu mungkin berpunca daripada tindakan kumpulan media dan blog-blog tertentu yang didakwanya dengan sengaja menggambar dirinya sebagai seorang yang anti-Melayu dan anti-Islam.

Sekeping kertas turut ditemui di tempat kejadian yang mengandungi mesej ugutan terhadap Teresa.

Teresa, yang juga ahli exco kanan kerajaan Selangor menjadi sasaran kecaman beberapa pihak selepas mendakwa beliau diberi makanan seperti makanan anjing ketika ditahan di bawah ISA.

Kok, 43, ditangkap di bawah ISA pada 12 September kerana didakwa membangkitkan isu-isu mengenai agama Islam, dan dibebaskan seminggu kemudiannya.

Turut menziarahi rumah keluarga Teresa ialah pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Lim Lip Eng serta peguam Sankara Nair

http://www1.malaysiakini.com/news/90494

Khairy: penangguhan boleh rumitkan keadaan


Sep 26, 08 10:29pm

Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menganggap keputusan Majlis Tertinggi Umno hari ini menunda tarikh perhimpunan agung ke Mac tahun depan boleh `merumitkan kempen' calon-calon yang bertanding dalam pemilihan parti nanti.

Beliau yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno berkata, tempoh kempen yang sebelum ini hanya dua bulan akan menjadi lebih panjang iaitu selama enam bulan dan akan menyukarkan calon yang bertanding bagi jawatan tertinggi seperti dirinya.

"Kita tahu ini mungkin akan menjadi satu keputusan yang muktamad, ...bagi mereka yang akan bertanding jawatan ketua Pemuda bahagian tak mengapa, tetapi untuk saya yang bertanding jawatan ketua Pemuda, ia akan menjadi satu keputusan yang merumitkan kempen.

"Tempoh kempen akan menjadi lebih panjang dan ia bukan senang. Bayangkan kempen pilihanraya dua minggu pun tidak mudah, inikan pula enam bulan.

"(Maknanya) dalam tempoh enam bulan itulah kita kena berkempen," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman Menteri Besar Teregganu Datuk Ahmad Said di Kemaman hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Majlis Tertinggi Umno hari ini menunda tarikh perhimpunan agung parti itu yang sepatutnya Disember depan, ke Mac tahun depan bagi melicinkan proses peralihan kuasa yang lebih awal.

Bagaimanapun, ahli parlimen Rembau itu berkata sebagai sayap parti, Pemuda Umno tetap menghormati dan menerima keputusan yang telah diambil itu.

Sementara itu, Ahmad yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Terengganu berkata, keputusan yang diambil oleh Majlis Tertinggi itu perlu dihormati kerana ia adalah antara langkah untuk melicinkan proses peralihan kuasa.

"Ini membuktikan proses peralihan kuasa Umno sebagai sebuah parti utama kaum Melayu berjalan dalam keadaan sempurna dan tertib," katanya.

Sekat jumpa ahli

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata beliau tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan pihak yang bertanggungjawab menyekatnya daripada bertemu dengan ahli-ahli pergerakan Pemuda jika keadaan itu berterusan berlaku.

"Setakat ini tidak terlalu serius, tetapi sedikit sebanyak turut menjejaskan (kempen). Kalau terus sekat, mungkin saya akan bawa ke Majlis Tertinggi," katanya.

Semalam dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan, Khairy mendedahkan terdapat pihak yang menyekat beliau daripada bertemu dengan ahli-ahli pergerakan pemuda Umno melibatkan beberapa kawasan yang dihadirinya dan beliau turut mendakwa mempunyai bukti berhubung perkara tersebut.

Selain Khairy, turut menawarkan diri bertanding jawatan ketua Pemuda Umno adalah ahli parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin dan ahli Majlis Tertinggi yang juga bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Sebelum ini Mukhriz juga pernah membangkitkan isu berkenaan sekatan yang dilakukan oleh sesetengah pihak terhadap anggota parti untuk bertemu calon yang bertanding.

Mengulas lanjut tentang perkara itu, Khairy berkata antara bentuk sekatan yang berlaku termasuklah melalui kiriman khidmat pesanan ringkas yang menghalang ahli-ahli pemuda untuk bertemu dengan beliau.

http://www1.malaysiakini.com/news/90483

Zahidi: Keputusan MT 'ada muslihat'


Abdul Rahim Sabri & Muda Mohd Noor Sep 26, 08 8:07pm

Ketua bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainol Abidin tidak bersetuju dengan keputusan menunda mesyuarat agung tahunan Umno ke tahun depan dan menyifatkan langkah itu "bermuslihat."

Keputusan itu dilaporkan bertujuan menyegerakan pelan peralihan kuasa Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya Datuk Seri Najib Razak.

Tiada tarikh baru bagaimanapun diumumkan selepas mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) pagi ini. Pelan awal peralihan kuasa dirancang pertengahan 2010.

Zahidi, yang juga timbalan ketua perhubungan Perlis, menambah beliau tidak faham kenapa penangguhan itu dibuat kerana masa antara mesyuarat bahagian dan mesyuarat agung terlalu jauh.

"Sepatutnya kalau nak tunda, tunda dengan (mesyuarat) bahagian sekali. Saya tak faham kenapa buat begitu.

"Seolah-olah ada muslihat tertentu," kata Zahidi kepada Malaysiakini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut maksud muslihat tersebut.

Sementara ketua perhubungannya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perubahan pucuk pimpinan dalam Umno tidak menjamin parti akan menjadi kuat.

Beliau berkata, ahli Umno tidak boleh duduk diam tetapi harus bekerja kuat untuk parti.

Katanya, penangguhan tersebut tidak memberi kesan kerana jika sesuatu bahagian tidak mencalonkan seseorang pemimpin tertentu, sudah tentu pemimpin itu tidak boleh bertanding.

"Ahli parti tidak bising apa-apa, hanya orang luar (pembangkang) yang sibuk buat bising," katanya.

Suka berdolak-dalik

Mengulas keputusan presiden Umno untuk mengumumkan keputusan penting menjelang mesyuarat bahagian 9 Oktober ini, Zahidi berkata Abdullah tidak akan bertanding dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu Mac depan.

"Beliau (Abdullah) tidak berani, suka berdolak-dalik.

"Beliau takut menghadapi kenyataan kerana tak tunai janji," tambahnya.

Beliau juga menjelaskan Umno akan menjadi lebih kuat dan kukuh sekiranya sistem kuota pencalonan pemimpin atasan parti, termasuk di peringkat bahagian, dihapuskan dan tidak perlu menangguh pemilihan pimpinan tertinggi.

"Ikhlas, untuk hapuskan sistem kuota, tak payah tunda-tunda (mesyuarat agung)," tambahnya.

Penghapusan sistem itu, katanya, boleh mewujudkan persaingan yang adil dan akan menguatkan Umno.

Di Kedah, setiausaha Pemuda Jerlun, Amran Ali bagaimanapun menyifatkan penangguhan mesyuarat agung Umno satu tindakan yang bagus.

"Sekiranya niat untuk menangguh mesyuarat agung semata-mata untuk mengukuhkan parti, itu satu langkah yang bagus.

"Tapi kalau nak lari daripada kenyataan (politik), (tindakan) itu tidak betul," kata Amran ketika dihubungi petang tadi.

Minta ahli bersabar

Katanya lagi, jarak antara mesyuarat bahagian dan mesyuarat agung terlalu jauh, hampir lima bulan, menimbulkan pelbagai andaian dalam kalangan ahli-ahli Umno.

"Kalau andaian dari sudut positif, maka positif akhirnya. Jika suka kepada negatif, maka negatif akhirnya," kata Amran.

Ekoran itu, pihaknya mengambil sikap tunggu dan lihat perkembangan seterusnya ekoran penangguhan mesyuarat dan pemilihan pucuk pimpinan daripada Disember ini kepada tahun depan.

Di Terengganu, naib ketua Besut, Datuk Wan Zakaria Wan Abdul Rahman meminta ahli-ahli Umno khusus di bahagian tersebut bersabar sepanjang penangguhan tersebut.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat membuat andaian sama ada Abdullah ingin mempertahankan jawatan presiden Umno atau tidak apabila mengumumkan perkara itu, bulan depan.

Ketua Pemuda Umno Negeri Sembilan Datuk Ir Jamlus Aziz berkata, keputusan menunda tarikh perhimpunan agung Umno boleh mendatangkan kebaikan kepada ahli.

"MT membuat satu tindakan untuk mengutamakan ahli dan parti dan oleh kerana itu ia perlu diterima oleh ahli Umno di semua peringkat.

"Pemuda Umno Negeri Sembilan menerima baik keputusan tersebut kerana ia memberi kelegaan kepada parti,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Selangor, Syukur Idrus pula berkata, penangguhan tersebut membolehkan perwakilan mempunyai masa yang cukup untuk memilih pemimpin parti.

Manakala pemimpin, pula katanya, boleh melakukan kompromi untuk menarik diri daripada bertanding.

Bagaimanapun, peralihan kuasa ini juga perlu berlaku di peringkat bahagian untuk menguatkan parti di semua peringkat.

http://www1.malaysiakini.com/news/90482

Laporan polis terhadap pegawai Umno

Muda Mohd Noor Sep 26, 08 7:56pm

Seorang ketua cawangan Umno bahagian Tanah Merah, Kelantan membuat laporan polis terhadap setiausaha bahagian sistem maklumat ibu pejabat Umno, Datuk Ismail Mohamed.

Dalam laporannya, Ismail didakwa mengaku ditawar untuk membeli kereta dengan harga murah oleh seorang pemimpin yang mahu bertanding jawatan ketua bahagian tersebut.

Ketua cawangan Simpang Tiga Seri Mahligai, Bukit Mas, Amran Abdul Rahman membuat laporan tersebut di balai polis Tanah Merah jam 1.33 tengahari semalam.

Dalam laporan tersebut, Amaran mendakwa, Ismail memberitahu perkara itu dalam satu perjumpaan pada 7 Ogos lalu - di antara jam 12 hingga 1 tengah hari - di ruang menunggu tingkat 20 bahagian sistem maklumat ibu pejabat Umno, Kuala Lumpur.

Menurutnya, perjumpaan itu diadakan berhubung permasalahan keahlian yang menyebabkan cawangan dalam bahagian Tanah Merah masih gagal bermesyuarat walaupun tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi Umno telah berakhir.

Beliau mendakwa, turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah ketua Pemuda bahagian, Jusoh Deraman; penolong setiausaha, Muhammad Yuswadi Yaacob dan ketua penerangan Umno bahagian, Bahari Mohamad Nor.

Dalam laporan polis tersebut, Amran turut mengemukakan akuan bersumpah oleh Jusoh, Yuswadi dan Bahari.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Amran berkata, perjumpaan tersebut berkaitan masalah ahli dan status cawangan yang tidak membayar yuran keahlian.

'Laporan didakwa tidak tepat'

Amran mendakwa, semakan yang dibuatnya mendapati ada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi ahli Umno di cawangan tertentu sedangkan mereka tidak memohon.

Manakala Ahad lalu, Amran membuat laporan polis terhadap bekas setiausaha Umno bahagian Tanah Merah, Ahmad Ismail kerana beliau mengesyaki berlaku penyelewengan dalam kewangan Umno bahagian.

Amran juga mendakwa Ahmad turut disyaki menyalahgunakan kuasa dan kedudukan dengan mengemukakan laporan yang tidak tepat dan benar kepada ibu pejabat Umno.

Beliau mendakwa, Ahmad telah membuat pindaan dengan menambah dan mengurangkan jumlah ahli beryuran.

Ekoran itu, dakwa Amran, 31 cawangan gagal serta lewat membayar yuran sehingga 31 Disember 2007.

Amran juga berkata, beliau menemui setiausaha kerja Umno, Datuk Hussainy Hussain lebih sebulan lalu.

Bagaimanapun, dakwanya, beliau telah diminta supaya tidak memanjangkan perkara tersebut.

Dakwanya lagi, surat-surat yang dihantarnya mengenai perkara tersebut juga telah abaikan.

http://www1.malaysiakini.com/news/90480

Petrol bomb attack on Malaysian opposition politician's home



Agence France-Presse - 9/27/2008 5:24 AM GMT

A Molotov cocktail was thrown into the home of Malaysian opposition politician Teresa Kok but did not cause any injuries or damages, Kok said in a statement Saturday.

Kok, who was recently released after a week-long detention under the tough Internal Security Act (ISA) said, a piece of paper with a warning message was also flung into the compound of her family home in Kuala Lumpur during the dawn incident.

"I am deeply saddened and most perturbed upon hearing from my family first thing this morning that some criminal elements have thrown a Molotov cocktail into the compound of my residence," she said in a statement.

Kok said she was called a "pig" in the message and warned to "stay out of trouble or you and your family will be burned."

"The family was very shaken and now fear for their safety. I am deeply concerned about the personal safety of my family now," Kok said.

"I view this act as most despicable and criminal which is designed to instill fear, anxiety in me and to prevent me into performing my duties as an elected representative," said Kok, who is of the Democratic Action Party (DAP).

Kok was arrested on September 12 under the ISA, which drew public outrage and the minister responsible for legal affairs resigned over a series of arrests under the security law.

The ISA, which human rights groups have pushed to have abolished, allows for renewable two-year periods of detention without trial and is normally used against terror suspects.

Police said they arrested Kok because she was involved in a petition to silence the call to prayer in mosques in non-Muslim areas.

Kok has denied making such complaints.

She said Saturday that actions by "certain media groups and blogs" that have painted her as anti-Malay and anti-Islam in the Muslim-majority country may have stoked contempt and hatred against her and her family.

http://news.my.msn.com/

Friday, September 26, 2008

Rayuan anak dari Lombok - Norfadillah telefon bapa minta dibawa balik ke Malaysia

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
mazlina@kosmo.com.my


AZEEZ (kanan) berbincang dengan Ahmad mengenai misi mereka membawa pulang Norfadillah di Kuala Lumpur semalam.

---------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR“Apok, bila abah nak datang... datanglah ambil saya dekat Lombok, saya nak sambut raya dengan mak, abah, saya sedia sambut abah dekat sana, datang le cepat.”

Itulah antara permintaan Norfadillah Ahmad, 18, yang dipercayai mencuri-curi pakai telefon bimbit milik pemuda yang melarikannya ke Lombok bagi menghubungi bapanya, Ahmad Abdul Hamid, 46, semalam.

Gadis itu membuat tiga panggilan dengan talian terputus-putus pada 1.48 petang, 2.02 petang dan 2.10 petang semalam.

Ia juga panggilan pertama kepada bapanya itu selepas hanya berani menelefon adiknya, Norfarawahida sejak hilang pada 3 September lalu.

Kepada Ahmad, panggilan dengan nada suara lemah Norfadillah itu menandakan anak sulungnya itu yang kini dalam perhatian keluarga pemuda yang hanya dikenali sebagai Nasruddin, kian mencurigakannya.



KERATAN Kosmo! 25 September.

-------------------------------------------------------------

Ahmad yang ditemui pejabat Sekretariat Pengaduan Awam dan Pembelaan Masyarakat di sini semalam yakin nombor telefon itu milik Nasrudin.

“Saya dapat cakap sekejap-kejap saja sebab rasanya telefon itu dirampas dan dimatikan, mungkin dia curi-curi pakai,” beritahu Ahmad.

Katanya, dalam setiap panggilan itu, anaknya mengulangi permintaan untuk pulang ke Malaysia untuk menyambut lebaran bersama keluarga.

“Dia langsung tak sebut pasal kahwin... saya pun hairan dan saya rasa kemungkinan dia dipukau dan baru sedar dia kat mana dan apa yang berlaku padanya,” kata Ahmad.

Beliau juga dapat merasakan daripada suara itu, anaknya dalam keadaan lemah dan ini terbukti apabila Norfadillah mengakui dia demam dan masih menetap di rumah nenek Nasrudin di Lombok.

“Dia beritahu dah rindukan mak dan adik-adik,” katanya sambil memberitahu walaupun percakapan hanya berlangsung sekejap, ia cukup syahdu dan begitu menyentuh perasaan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan Norfadillah, seorang operator di kilang elektronik di Pasir Gudang, Johor telah hilang, disyaki dilarikan oleh kekasihnya ke Lombok.

Sebelum ini gadis itu dilaporkan enggan berkahwin dengan Nasrudin tetapi keadaan mula mendesak apabila gadis itu mendakwa dia semakin dipaksa bernikah.

http://www.kosmo.com.my/26092008

Akaun 'lebur' kerana perangkap e-mel hantu


CHEE SEONG menunjukkan salinan cetakan e-mel skim penipuan siber yang menyebabkan wang dalam akaunnya hilang semalam.

-----------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Tidak sampai empat minit, duit dalam akaun bank milik seorang pengurus, Yong Chee Seong, 30, berjumlah hampir RM5,000 lesap sekelip mata.

Kes itu dipercayai gara-gara sindiket perbankan dalam talian (online) yang didalangi pakar teknologi maklumat di kalangan warga asing yang memerangkap mangsa melalui penghantaran e-mel 'berhantu'.

Chee Seong memberitahu, e-mel dalam bahasa Inggeris yang diteri- manya pada 23 September lalu kira- kira 1 tengah hari memintanya mengemas kini maklumat talian perbankan melalui proses pertukaran kata kunci akaun bank.

"Ia nampak asli dan meminta saya berbuat demikian bagi tujuan kese- lamatan selain mengelak ditipu oleh sindiket yang semakin menjadi-jadi di ruang siber,'' katanya di sini semalam.

Menurut Chee Seong, sebagai pelanggan tetap bank terkemuka itu sejak enam tahun lalu, dia langsung tidak menaruh syak bahawa e-mel itu satu perangkap kerana pautan laman web untuk dia membuat kata kunci baru, muncul dengan hampir menyamai laman web bank tersebut.

Beliau hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena berlaku sele- pas beberapa minit mendaftarkan kata kunci baru dengan empat minit kemudian menerima khidmat pesa- nan ringkas (SMS) daripada pihak bank dengan maklumkan satu transaksi pemindahan wang dari akaunnya berjumlah RM4,935.

"Saya tergamam kerana saya tak buat apa-apa,'' katanya.

Sejurus selepas itu, Chee Wah terus menghubungi bank berkenaan dan jurucakapnya mengesahkan polisi mereka tidak meminta pelanggan menukar data menerusi e-mel.

Chee Wah cuba mengakses kembali pautan laman web berkenaan, namun gagal.

Mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya pada 23 September lalu selepas dinasihatkan oleh pihak Maybank.

http://www.kosmo.com.my/26092008

Orang yang sama Perangkap Hakim Mahkamah Syariah? - Part 2


Siapa IMRAN ABDULLAH?
Orang yang sama Perangkap Hakim Mahkamah Syariah? - Part 2

Oleh Reformis Melayu -Laman M@RHAENN

Dalam pendedahan pertama saya sebelum ini berkisar soal penglibatan BPR dan Pemimpin Umno bagi memerangkap Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, seperti yang kita maklum Pengarah BPR Perak Shamsiah telah jelas terbukti seorang penyokong kuat UMNO, dalam pendedahan pertama juga kita dedahkan bagaimana mereka memerangkap Hakim Tinggi Mahkamah Syariah. dalam kita merungkai misteri siapa punya angkara dalam Konspirasi keatas Exco Perak dalam keadaan terdesak kerana mereka mahu merampas Perak sebelum 31 Ogos 2008 dan menjadikan kes ini sebagai bahan kempen menentang Anwar dii Permatang Pauh,kita akan menumpukan kepada watak utama dalam kes ini, iaitu Imran Bin Abdullah? siapa Imran Bin Abdullah? tahukah anda Imran Abdullah adalah orang yang sama memerangkap Hakim Mahkamah Syariah?

Hari ini kita telah dilaporkan oleh akhbar Utusan (Umno) seorang ahli PKR yang berakidahkan Umno membuat laporan kepada JAIP yang dia diperangkap oleh BPR, dan mengaku telah mengaku mengadakan hubungan seks dengan wanita cina, yang lebih bodohnya bila Ahli Parlimen Ampang dan Kapten Usaili mengekor budak ni membuat report ke Jabatan Agama Islam Perak. Samada dia di”sedekahkan” atau mencari perempuan cina tersebut dia tetap bersalah dibawah hokum Hudud. Malah mengadakan hubungan seks tersebut lebih terkutuk dari melakukan Rasuah, apapun dua pemimpin PKR tidak menyedari bahawa si Fairul Azrim ini juga adalag agen kepada agen BPR, dia pernah dikatakan sebagai Informer, begitu juga dengan seorang lagi pegawai PKNP, dialah antara sebab teori Projek 180juta dibangkitkan. MB Nizar tidak seharusnya orang begini bergayut dibawah pentadbiran Negeri Pakatan, malah tidak harus dekatpun dengan orang sebegini. Inilah padahnya.

Kita Tinggalkan cerita budak Fairul Azrim, sekarang kita lihat kembali siapa Imran Bin Abdullah, dalam laporan semalam sekali lagi nama Imran ini dikaitkan, dia bukan sahaja dibekal sebuah kereta Mercedes dan wang tunai tetapi bantuan dari segenap sudut bagi menjatuhkan Kerajaan Pakatan Perak, malah dia adalah agen khas BPR Putrajaya dan pemimpin Umno tingkat 4. jahat tidak jahat BPR di Malaysia ini, mereka sanggup menghidangkan dan menggunakan GRO Cina untuk kerja kerja memerangkap, apakah BPR Malaysia membenarkan warga cina berkerja sebagai GRO? Menggunakan GRO Cina seperti agensi ini berkomplot dengan tauke tauke kelab malam dan kongsi Gelap! Ya.. inilah pendedahan saya sebelum ini BPR Perak bersama pemimpin UMNO berkomplot memerangkap Hakim Tinggi Mahakamah Tinggi Syariah (lihat Video)menggunakan GRO, tuduhan yang dibuat juga melibatkan GRO. Maknanya sudah menjadi permainan BPR bekerja dengan pelacur untuk kerja jahat mereka. Apa sudah jafi dengan agensi ini?

Sekarang kita mengambil petikan pertuduhan ke atas Hakim Tinggi Mahakamh Syariah dari laman web Peguam Negara dan laman rasmi BPR, anda akan lihat kaitan Imran Abdullah adalah orang yang sama memerangkap Exco Kerajaan Negeri Perak.
---------------------------------------------------------

HAKIM
Tuan Tan Hooi Leng

Pendakwa
Dato’ Nordin Bin Hassan
Muhammad Bin Sinti


PEGUAM
En. Shan Theivinthiran

TARIKH PERTUDUHAN :


20 .11. 2007

TARIKH KEPUTUSAN :


PERTUDUHAN PERTAMA :

Bahawa kamu pada 15 Ogos 2007, jam lebih kurang 8.15 malam, di Restoran Wawa, Tambun, dalam daerah Kinta, dalam negeri Perak Darul Ridzuan, telah secara rasuah meminta bagi diri kamu suatu suapan, iaitu wang sebanyak RM3,000.00 daripada Mohamad Imran bin Abdullah, sebagai dorongan untuk kamu, seorang pegawai badan awam, iaitu seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang bertugas di Mahkamah Syariah Negeri Perak, melakukan suatu perkara yang dengannya badan awam itu terlibat, iaitu melepaskan wang ikat jamin kepada Yoong Hor Kit berhubung kes jenayah no. 08001-160-0315-2006, 08100-132-0001-2006, 08100-132-0012-2006, 08100-132-0013-2006 dan 08100-132-0015-2006, dan dengan demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.


PERTUDUHAN KEDUA :

Bahawa kamu pada 6 September 2007, jam lebih kurang 3.25 petang, di dalam sebuah kereta bernombor pendaftaran BFN 9060 di tempat letak kereta di Taman D.R. Seenivasagam, Ipoh, dalam daerah Kinta, dalam negeri Perak Darul Ridzuan, sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang bertugas di Mahkamah Syariah Negeri Perak ,telah secara rasuah memperoleh untuk diri kamu suatu suapan, iaitu wang sebanyak RM3,000.00 daripada Mohamad Imran bin Abdullah, sebagai dorongan untuk kamu melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal-ehwal prinsipal kamu, iaitu melepaskan wang ikat jamin kepada Yoong Hor Kit berhubung kes jenayah no. 08001-160-0315-2006, 08100-132-0001-2006, 08100-132-0012-2006, 08100-132-0013-2006 dan 08100-132-0015-2006, dan dengan demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.


PERTUDUHAN KETIGA :

Bahawa kamu pada 15 Ogos 2007, jam lebih kurang 8.30 malam, di Restoran Wawa, Tambun, dalam daerah Kinta, dalam negeri Perak, telah secara rasuah meminta bagi diri kamu satu suapan, iaitu wang sebanyak RM1,100 daripada Mohamad Imran bin Abdullah sebagai dorongan untuk kamu, seorang pegawai badan awam, iaitu seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang bertugas di Mahkamah Syariah Negeri Perak, melakukan suatu perkara yang dengannya badan awam itu terlibat, iaitu untuk membantu Mohamad Asri bin A. Bakar mendapatkan surat perintah kebenaran berkahwin bagi membenarkan Mohd Asri bin A. Bakar berkahwin dengan Nor Farihan binti Hassan tanpa melalui prosedur yang ditetapkan, dan dengan demikian kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.

PERTUDUHAN KEEMPAT :

Bahawa kamu pada 17 Ogos 2007, jam lebih kurang 6.00 petang, di dalam sebuah kereta bernombor pendaftaran BFN 9060 di tepi Hotel Hill City, Ipoh, dalam daerah Kinta, dalam negeri Perak, sebagai ejen Kerajaan Negeri Perak, iaitu seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang bertugas di Mahkamah Syariah Negeri Perak, telah secara rasuah menyetuju-terima satu suapan, iaitu wang RM1,100.00 daripada Mohamad Imran bin Abdullah, sebagai dorongan untuk melakukan suatu perbuatan yang berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu, iaitu untuk mengeluarkan surat perintah kebenaran berkahwin kepada Mohd Asri bin A. Bakar bagi membenarkan Mohd Asri bin A. Bakar berkahwin dengan Nor Farihan binti Hassan tanpa melalui prosedur yang ditetapkan, dan dengan demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.


PERTUDUHAN KELIMA :

Bahawa kamu pada 6 September 2007, jam lebih kurang 3.20 petang, di dalam sebuah kereta bernombor pendaftaran BFN 9060 di tempat letak kereta Taman D.R. Seenivasagam, dalam daerah Kinta, dalam negeri Perak, sebagai ejen Kerajaan Negeri Perak, iaitu seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang bertugas di Mahkamah Syariah Negeri Perak, telah secara rasuah menyetuju-terima satu suapan, iaitu wang RM1,100.00 daripada Mohamad Imran bin Abdullah, sebagai dorongan untuk melakukan suatu perbuatan yang berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu, iaitu untuk mengeluarkan surat kebenaran berkahwin kepada Mohd Jefri Afandi bin Ahmad bagi membenarkan Mohd Jefri Afandi bin Ahmad berkahwin dengan Nur Liza bt Musa tanpa melalui prosedur yang ditetapkan, dan dengan demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.

TARIKH BICARA :

31 Mac hingga 1 April 2008
--------------------------------------------------------------------------------

Kini anda boleh lihat bagaimana jijiknya BPR, mereka bukan sahaja berkomplot dengan Pemimpin UMNO, tetapi dengan tauke tauke kelab malam, mereka sanggup lakukan apa sahaja agar kehendak nafsu bos mereka di Putrajaya tercapai, Hamzah Zainuddin yang kini Timbalan Menteri perumahan sibuk berkempen sewaktu pilihanraya Permatang Pauh mahu menumbangkan Anwar dan dia sendiri terlibat dalam konspirasi Liwat 1998. sudah pasti Imran Abdullah kini menjadi perasuah no satu negara, selepas rasuah Hakim Mahkamah Syariah dia cuba Merasuah pula Exco Kerajaan Negeri Perak, nasiblah 2 Exco dan bekas adun Bota tidak menjejakkan kaki ke tempat persundalan yang diatur oleh Imran, kalau tidak mungkin Kerajaan Perak telah tumbang.

Diminta sesiapa yang mempunyai gambar dan maklumat berkenaan Mohamad Imran bin Abdullah, boleh segera mendedahkannya. kerana orang begini cukup bahaya kepada negara, mereka bukannya menjalankan tugas sebagai pegawai BPR, tetapi berkomplot dengan pemimpin UMNO dan tauke tauke kelab malam. permainan jahat golongan ini bukan baru kali ini sahaja, malah Kumpulan Al-maunah juga diperangkap dengan cara yang sama. agen ini(SB) dia akan lihat di mana kecenderungan anda?

Seks atau keganasan, kumpulan Al-maunah yang terkenal dengan aktiviti pertahanan diri telah dibekalkan dengan senjata di bukit kebun durian (bukan gunung) di Sauk, lalu mereka diperangkap, tujuan mereka adalah untuk latihan dan akhirnya cuba dituduh cuba menggulingkan YDP Agung. Atas sebab itu perbicaraan ini diklasifikasikan sebagai sulit(untuk menutup Konspirasi).tahun itu tujuannya adalah menjatuhkan PAS dengan kaitan militan. akhirnya mereka ini dihukum Mati, perancangnya terlepas. siapakah perancang Sandiwara Sauk? Najib? Benarkah Peristiwa Sauk ini adalah konspirasi dari Unit Cawangan Khas. kita akan dedahkan banyak lagi rekaan dan Fitnah Palsu yang telah dibuat kelompok pemerintah terutama Peristiwa Sauk. benarkah seorang saksi Jaffar ditangkap bersama (ahli Almaunah) mati dalam keadaan misteri, cerita ini telah didedahkan oleh bekas anggota Polis yang pernah terlibat dalam operasi ini.

Nantikan pendedahan seterusnya kejahatan BPR dan Polis di Malaysia..


"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"

AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!!
AWAN TETAP LAWAN

- Reformis Muda


26.09.2008

http://www.marhaen.org/v1/mar_a_reformismuda121.html

Bagaimana POLIS-BPR Mereka cipta Fitnah - Part 1


Oleh Reformis Melayu -Laman M@RHAENN

Kali ini saya akan menulis kembali bagaimana sejarah kerajaan malaysia dan Jabatan Polis yang menjadi barua kepada Kerajaan yang Zalim mereka cipta bukti dan tuduhan, terbaru bagaimana Teresa kok menjadi mangsa kepada hasil laporan Utusan dari hasil fitnah Khir Toyo ukan hasil penyiasatan, dan sebelum itu Exco Kerajaan Negeri Perak , manakala pada bulan jun yang lalu dengan mereka cipta sekali lagi satu Konspirasi Liwat. mereka tidak pernah serik. Polis di Bukit aman bertindak amat jahat dan kejam. mereka sangggup memberi alasan Bodoh untuk dan dangkal bagi memuaskan serakah pemimpin yang mahu mempertahankan kuasa. dan jangan lupa awal tahun ini semasa pilihanraya Polis , SPR dan jabatan peguam Negara mereka cipta berita palsu bersama utusan yang mana tangkapan telah dibuat terhadap kumpulan yang cuba membuat huru hara semasa hari pengundian dengan membawa maksuk " dakwat hitam kekal", dan akhirnya berita ini disahkan tidak wujud, tiada tangkapan? bagaimana Ketua Polis, spr dan Jab Peguam negara boleh membuat sidang media? padehal laporan polis pun tidak wujud! inilah bukti mereka bersedia pada bila bila masa mereka cipta tuduhan palsu!!

pertamanya saya akan dedahkan bagaimana BPR telah mereka cipta tuduhan yang sengaja dirancang untuk menjatuhkan kerajaan pakatan. dan bahagian dua kita akan dedahkkan siapa imran abdullah yang memerangkap Exco Perak. dia agen BPR putrajaya yang menjadi barua kepada perancangan jahat tingkat 4 dan hamzah Zainuddin? dan apa kaitan agen ini memerangkap Hakim Mahkamah syariah Ipoh itu saya akan dedahkan dibahagian2 pendedahan saya. betul dia orang yang sama memerangkap Hakim Mahkamah Syariah. nantikan pendedahan ke 2 saya.

Artikel Saya Pertengahan Bulan Ogos

Di bawah artikel pendedahan KONSPIraSI BPR!!

Berita terbaru suara Keadilan mengesahkan artikel saya pagi semalam bahawa penangkapan 2 Exco Keadilan adalah rancangan jahat bukan sahaja dari BPR Perak malah diatur dari ibu Pejabat Putrajaya bersama pemimpin Umno, sehinggakan Ketua Pengarah BPR yang muka Panjang dan akalnya pendek naik angin dalam sidang media hari ini,bila BPR dikaitkan dalam Konspirasi. cepat betul BPR rasa pedasnya. dan pendedahan saya semalam bukanlah yang pertama, tetapi pernah dalam satu artikel lain tahun lepas saya menulis artikel bertajuk "Mungkinkah Juga Pengarah BPR PERAK pun Barua UMNO?". artikel ini disiarkan di Tranungkite pada 4.11.2007. Ok !! hari ini kita akan dedahkan satu persatu siapa disebalik permainan ini dan kita kenali personaliti mereka. Apakah benar personaliti Umno ada kaitan memerangkap Ketua Hakim Mahkamah Syariah pada tahun lepas? modus Operandinya sama. dan sehingga kini kes tersebut masih senyap seribu bahasa.

Begitulah juga kisahnya kes melibat bekas ketua Polis Bahagian Siasatan jenayah Komersil Datuk Ramli Yusuf yang diperangkap BPR sehingga sekarang ia hanya dijadikan alat untuk memerangkap orang. tidak ada pendakwan susulan. Bekas ketua BPR Dato' Zulkifli pernah dilaporkan rasuah oleh Pengarah BPR sabah Ramli Manan.dan sehingga kini tiada tindakan.seperti juga laporan rasuah terhadap bekas ketua Hakim Negara sehingga kini senyap sunyi kes mereka dari perhatian BPR walaupun suruhanjaya sudah memutuskan mereka bersalah. dan Pengarah BPR sekarang ( muka panjang akal pendek)yang menggantikan Dato Zulkifli adalah orang kepercayaan untuk kerja kerja jahat dari Putrajaya.dan kini masih menjalankan kerja jahat di Putrajaya. ada yang mengatakan mungkinkah BPR sejahat Polis. jawapan saya mudah, ia lebih jahat dan hina kerana pernah dalam suatu ketika pegawai BPR menahan anak dan isteri seorang anggota Polis sebagai ugutan dalam kes Dato ramli Yusuf, tindakan mereka betul betul mengaibkan. mereka juga pernah menahan seorang peguam yang mewakili Dato Ramli Yusuf pada hari esoknya adalah hari orang menyambut hari raya. dan lebih hina lagi bagaimana BPR Perak berkomplot dengan pemimpin UMNO dan tauke kelab malam memerangkap Hakim Tinggi Mahkamah Syariah Ipoh. menjalan kerja jahat dari Putrajaya. mereka beroperasi dari Putrajaya ala operasi Unit Cawangan Khas Bukit Aman. mereka akan menjalankan agenda pemimpin Umno walaupun mereka tiada langsung bukti dan mereka hanya mereka reka bukti seperti mana yang dilakukan tuduhan liwat keatas Dato Seri Anwar. kini Konsiprasi mereka sudah bermula di Negeri Perak, tetapi siapa pula barua mereka di Perak?

SIAPA SHAMSIAH ABU BAKAR, PENGARAH BPR PERAK ?

Pengarah BPR Perak adalah wanita pertama menjawat jawatan Pengarah BPR Negeri, Namanya Shamsiah Bt Abu Bakar.dia dilantik sebagai Pengarah BPR Perak pada 2 Febuari 2007.Ibunya bernama Rahmah Mat Akit merupakan bekas ketua Wanita Umno Ulu kenas(Kuala Kangsar) yang memang sentiasa mengundi Rafidah setiap kali Pilihanraya. malah secara berterus terang dalam temu bualnya dengan Mingguan Malaysia pada 11 Febuari 2007, Shamsiah mengatakan Rafidah Aziz adalah Idolanya.mungkin pegawai BPR boleh mencari surat khabar pada tarikh berikut untuk mengetahui siapa sebenarnya Bos mereka. antara petikannya dalam temubual dengan wartawan Mingguan Malaysia dia mengatakan seperti berikut " Saya bila tengok Rafidah berkempen dan bercakap saya selalu kata aku nak jadi macam dia. Saya tengok beliau berani kerana menyuarakan perkara benar dan tidak nampak kredibilitinya boleh dipersoalkan. Beliau adalah contoh terbaik bagi wanita.- MINGGUAN MALAYSIA 11FEB 2007". Apakah boleh seorang Pengarah BPR menjadikan Rafidah sebagai Idola dan secara terang terangan mahu menjadi seperti rafidah? apakah sebagai pegawai tertinggi BPR dia tidak tahu bahawa sudah ada kes melibatkan Rafidah dalam hal Rasuah.dan saya boleh dedahkan bila bila masa 8 salinan dokumen BPR bertarikh 14 Mac 1995 yang dikategorikan sebagai sulit untuk tatapan Shamsiah Abu Bakar si Barua.... .apakah mahu Shamsiah melakukan tangkapan keatas Idolanya? kertas tuduhan itu ia berkaitan dengan peruntukan saham khas Bumiputera dua syarikat tersenarai Leader Universal Holdings Bhd (1,500,000 unit saham) dan First Allied Corporation Bhd (8,000,000 unit saham) kepada menantu Rafidah, Fazrin Azwar Md Nor

Dalam kes penahanan EXCO Perak ini keterlibatan Shamsiah nampak jelas apabila mengeluarkan kenyataan Palsu dan Fitnah berkenaan tangkapan dan satu kenyataan yang berbau Fitnah. Ini berdasarkan kepada kenyataan beliau yang mengatakan salah seorang Exco tersebut, Kapt (R) Mohd Osman Mohd Jailu di tangkap di sebuah hotel di bandar raya Ipoh bersama empat orang lain. sedangkan Menurut Setiausaha Perhubungan KeADILan Perak, Madzi Hasan yang juga seorang peguam Mohd Osman sebenarnya di tahan di Kluang Station Cafe, Bandar Ipoh Raya berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan dan bukannya di sebuah hotel. Madzi berkata lagi "Kenyataan Samsiah bercanggah dengan fakta dan beliau cuba mengelirukan rakyat dengan mengaitkan penahanan dibuat di sebuah hotel bagi menguatkan teori rasuah seks yang telah beliau bersama Umno rancang" malah ketika tahanan itu dilakukan pada jam 6 petang Cafe yang terletak berhadapan Bagunan Kerajaan Negeri dipenuhi dengan Pelanggan. Mustahil perkara tersebut(Rasuah) dilakukan. malah pertuduhan yang dibuat hari ini tidak lagi berkisar soal RM 100,000 tetapi hanya RM 5000. Konspirasi ini jelas seakan akan pertuduhan palsu yang dilakukan terhadap Anwar, iaitu satu pertuduhan yang penuh penipuan dan cacat cela.dan mereka masih menggunakan motif seks. malah diberitakan seorang Pegawai Juruteknik PKNP terlibat dalam komplot ini? dan seorang pelakon BPR dari Putrajaya. dia dikatakan punca teori palsu projek Bandar Sri Iskandar yang bernilai 180juta direka cipta, malah yang lebih malang lagi andai betulpun projek ini wujud,projek yang dikatakan dikategorikan sebagai projek Mega, dan tidak mungkin diluluskan oleh seorang Exco dan Exco tersebutpun hanya memegang Portfolio Pertanian dan pelancongan.

Namun Shamsiah jangan buat buat lupa, kerana ada satu lagi kes menggunakan modus Operadis yang sama dibawah pentadbiran Pengarah ini. iaitu penangkapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak atas dakwaan Rasuah! penangkapannya mirip kepada penangkapan 2 Exco Perak. siapa Hakim tersebut?

SIAPA HAKIM MAHKAMAH SYARIAH MENJADI MANGSA BPR?

Hakim tersebut adalah Hassan Basri Syafie, Hakim tersebut adalah Hakim yang telah memutuskan dalam penghakimannya supaya Hamzah Zainuddin Ketua UMNO Bahagian Ipoh Barat membayar bekas isteri pertamanya Nooraini sebanyak RM 11.2juta hasil perkongsian hidupnya setelah bercerai. Hakim tersebut telah lama menjalankan tugas dengan baik. malah dikalangan pegawai Jabatan Agama sudah lama mengenali personaliti Hakim tersebut sebagai tegas dan Bersih. selain Hakim Tinggi tersebut seorang pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam juga diperangkap dengan cara yang sama, semuanya ada kaitan dendam pemimpin Umno dan mereka menjadi proksi tauke tauke kelab malam disekitar Ipoh. untuk lebih lanjut cerita soal serbuan termasuk melibatkan 2 adun Perak anda boleh membaca artikel yang ditulis pada 4.11.2007. kini hakim tersebut dikuarantin di bagunan SUK. Shamsiah dikatakan terlibat dalam Konspirasi melibatkan Hakim ini bersama pemimpin Umno, Kesilapan Shamsiah kerana mengulang Konspirasi yang sama seperti Konpirasi liwat2 , bila dia diulang maka nampaklah banyak cacat celanya. mungkin bila saya tulis keterlibatan Pengarah BPR Perak pada November 2007 ramai yang tidak percaya tetapi bila kes berulang ia menampakkan siapa dalangnya. Hamzah Zainudin memang menyimpan dendam kepada Hakim ini kerana memerintahkannya untuk membayar bekas isterinya sebanyak 11.2juta, jadi cuba anda nilai berapa pula hartanya sekarang.

Hamzah Zainudin dikatakan berdendam kepada Hakim tersebut.

Setelah Hakim tersebut ditangkap, beberapa minggu selepas itu, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah menolak penghakiman Hassan Basri diatas tuntutan 11.2juta. jadi siapa yang untung atas penangkapan Hakim Mahkamah Syariah Ipoh? tidakkah Hamzah Zainuddin? sudah tentu penghakiman Hassan Basri ditolak kerana pada ketika itu kredebiliti Hakim tersebut telah berjaya dipertikaikan diatas komplotnya bersama BPR. mudah betul, Komplotnya seakan sama dirasuah oleh seorang yang tidak dikenali. mudah betul penyiasatan BPR Perak duit sebanyak RM 4ribu dikatakan dimasukkan ke dalam akaun Hakim tersebut atas sebab itu Hakim Mahkamah Syariah itu ditangkap dan dihina. mungkin anda boleh bezakan bagaimana pula layanan BPR(Baruan Pengamal rasuah) kepada Peguam mabuk VK Lingam, Eric Chia dan Bekas ketua Hakim Tun Ahmad Fairus, sehingga kini mereka tidak disentuh sedikitpun oleh BPR, sedangkan jelas bukti Video menunjukkan wujud salahguna kuasa dan aktiviiti Rasuah dikalangan mereka.

Hakim Makkamah Syariah Perak dihina, digari dan diseret ke Mahkamah Sivil hanya kerana wujud satu transaksi duit RM4ribu ke Akaunnya. apa susahnya untuk memasukkan duit kepada akaun seseorang.bayangkan seorang Hakim Mahkamah Syariah diperlakukan negitu oleh Komplot Umno dan BPR. mungkin tahun lepas anda masih ingat bagaimana isu Murtad & serangan keatas pekerja seks anak Melayu di kelab kelab malam giat dilakukan Jabatan Agama Islam Perak. atas sebab itu pemimpin Umno berkomplot untuk kenakan Hakim dan penguatkuasa Jabatan agama tersebut . yang sedihmya komplot itu dilakukan bersama tauke kelab malam. BPR sekali lagi menjadi alat untuk Konspirasi mereka, malah kerja mereka lebih mudah dengan perlantikan Shamsiah Abu Bakar pada 2fevuari 2007 sebagai Pengarah BPR( Barua Pengamal Rasuah) Perak.kali ini komplot dia adalah mengenakan Exco Perak bagi merampas Negeri Perak dengan cara yang kotor dan terdesak setelah kompromi mereka dengan Pas dan rundingan dengan dengan Adun lain gagal. dalam artikel saya pada 4.11.2007 ada menceritaka 2 adun yang ditangkap khalwat tetapi ditutup kesnya, antaranya termasuklah setiausaha MB Tajol Rosli sendiri yang bergelar Al-hafiz (palsu) kononnya.

SIAPA HAMZAH ZAINUDDIN ?

Hamzah pada tahun 1980 hanya kontraktor biasa. Hamzah pernah menjadi Ketua Umno Ipoh Barat dan kini Ahli Parlimen Larut dan menjawat jawatan dalam kabinet Paklah sebagai timbalan Menteri Perumahan.Dia juga bekas pengerusi Felcra Berhad iaitu satu agensi kerajaan dimana Hamzah banyak menggadaikan tanah tanah Flecra dan menekan peneroka. dia banyak menggunakan Felcra sebagai badan untuk mengayakan dirinya. malah dia terlibat dengan Annuar Musa dalam kes kehilangan 40juta wang rakyat miskin di Kelantan.

Pada 12.3.2004 Lim Kit Siang dalam sidang medianya pernah mengeluarkan satu kenyataan agar BPR membuat siasatan terhadap Hamzah kerana harta luar biasa yang dimilikinya,tetapi seperti biasa BPR tak mampu lakukan apa apa. dan kini BPR adalah rakan seperjuangan Hamzah dan Rafidah Aziz. Hamzah merupakan salah seorang saksi sewaktu perbicaraan Anwar yang dilibatkan dengan dakwaan cuba menggoda isteri barunya (isteri no. 2).Dalam perbicaraan tersebut, Hamzah telah mendedahkan rakaman perbualan antara isteri barunya dengan Anwar sebagai bukti. rumah Isteri keduanya itu dikatakan terletak di Meru Hight pada ketika itu.

Sebenarnya ,’suara’ Anwar dalam rakaman tersebut adalah suara ‘Yusof Chong’ pelawak terkenal yang pandai meniru suara orang-orang terkenal seperti Samy Vellu, Lim Keng Yaik, Mohammad Rahmat, Ling Leong Sik, dan ramai lagi. Beliau suatu ketika dulu mempunyai siaran rancangan diTV dimana beliau telah mempamerkan kepakarannya meniru suara orang terkenal dalam negara terutamanya para pemimpin politik.kebetulan semalam Malaysiakini menyiarkan artikel yang sama berkenaan skandal isteri keduanya. apakah ada kaitan Hamzah dengan penangkapan 2 Exco ketika pilihanraya kecil permatang pauh yang berjalan ketika ini. malah dia dan tajol rosli, bersama Ezam berusaha untuk mengembalikan Perak kepada Umno sebelum 31Ogos2008.kini Hamzah juga sedaya upaya mahu menghalang Anwar untuk menang di Permatang Pauh, segala pengalaman Jahat dan Fitnah diera Dr Mahathir dulu cuba diulang kembali agar Anwar gagal di Permatang Pauh. kebetulan artikel terkini mendedahkan kerja jahat Hamzah Zainuddin. lihat : http://malaysiakini.com/news/88240

Hamzah telah meninggalkan isteri pertamanya, Nooraini, seorang yang bersopan santun seperti mana wanita kampong yang biasa untuk berkahwin dengan isteri barunya yang kelihatan lebih bergaya, seseorang yang kononnya telah dapat menggoda Anwar. Antara kejayaan Hamzah ialah menjadi saudagar pengedar dadah yang diharamkan oleh Jabatan Vetirinar untuk ternakan babi dan ayam.Dan inilah cara bagaimana dia beroperasi.Hamzah menubuhkan sebuah syarikat diberi nama Medik & Kimia 2000 Sdn Bhd. Syarikat ini bertindak sebagai pengimpot tunggal secara resmi bagi Rhone Poulenc, sebuah syarikat yang ada kepentingan dengan kerajaan Perancis.Pengurus Besar Rhone Poulenc, James AW, mempunyai kepentingan dalam Medik dan Kimia 2000 dan bertindak sebagai ‘rakan tidur’

Medik & Kimia 2000 kemudiannya mengimport dadah untuk ladang terrnakan babi dan ayam dari perancis.

Tetapi mengapa Rhone Poulenc perlu melantik Medik and Kimia 2000 sebagai pengimpot tunggalnya? Kenapa Rhone Poulenc tidak mampu mengimpot sendiri bahan-bahan tersebut?Kerana dadah tersebut tidak diluluskan oleh Jabatan Veterinar. jadi Hamzah ada lesen Besar untuk lepas dari pemeriksaan kerana dia adalah ahli Umno. ahli Umno ada lesen untuk buat apa sahaja tanpa halangan termasuk meletupkan seorang model dengan bom C4.mereka tak perlu disiasat, tak perlu ditahan , cukuplah dengan bersumpah ala Saiful. maka terlepaslah mereka atas segala rasuah komisen 500juta dan membunuh orang.

TAJOL ROSLI, PROKSI KHAIRY (KETUA PEMUDA UMNO PERAK), HAMZAH & BPR BERKOMPLOT.

Tajol Rosli antara orang yang merestui segala Konspirasi dari pemimpin UMNO termasuk ketua pemudanya yang baik dengan Khairy. jadi soal arahan dari Putrajaya boleh dibereskan dengan mudah. kerana Khairy memegang kuasa disebalik PM Andullah Badawi. Tajol Rosli bukan jenis orang yang pandai buat kerja kerja macam tu, kerana jahat Tajol Rosli hanya mengayakan sanak keluarganya di Pengakalan Hulu, hinggakan tanah yang sudah dianugerahkan Sultan untuk sekolah agama, diserahkan kepada tauke Balak yang juga kroni tajol, begitu juga halnya dengan runtuhnya bagunan RM 4 juta ditasik Banding, entah kenapa Pengarah BPR senyap sunyi sehingga tiada seorangpun dipertanggung jawabkan. Shamsiah.. Shamsiah.., semua cerita Rasuah Tajol kita akan dedahkan dalam artikel yang lain.Shamsiah juga sering kelihatan bertemu dengan pemimpin Umno di sekitar Ipoh. itu semua kita tunggu untuk didedahkan. yang penting kini jelaslah BPR menjadi (Badan Barua UMNO= Barua Pengamal Rasuah). mereka akan lakukan apa sahaja demi jawatan dan pangkat. termasuklah ketua pengarahnya yang mukanya Panjang tetapi akal pendek.mereka mengeluarkan kenyatan seperti mereka ketua cawangan Umno. mereka mencipta bukti, mereka cipta Fitnah untuk memenuhi hasrat tauke mereka di Putrajaya, kalau BPR Perak boleh jadi barua Tauke kelab malam, inikan Tauke mereka di Putrajaya.

Saya Berharap agar semua jentera PKR ,PAS & DAP menyebar luaskan artikel ini kepada semua rakyat yang termakan dengan Media Umno, dan kalau boleh Fakskan ke pejabat BPR Perak tentang pendedahan ini, malah Fakskan bersama Dokumen Rasuah Rafidah Aziz dan terus membuat satu laporan kepada BPR agar Shamsiah dapat bertindak segera keatas Idolanya. Shamsiah juga mungkin harus bersedia menerima pembalasan seperti Musa Hassan dan Dr Qistina. cuma waktu yang dapat menentukan. Musa Hassan telah mendapat depositnya dari Tuhan. cuma dia menunggu saat penentuan. Ayuh semua jentera kita gerakkan kembali gerakan risalah..!! sedarkan rakyat atas komplot jahat mereka!!


"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"

AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!!
AWAN TETAP LAWAN

- Reformis Muda


21.09.2008

http://www.marhaen.org/v1/mar_a_reformismuda119.html

Mesyuarat khas penentu nasib Abdullah?


Ura-ura penundaan perwakilan bahagian dan PAU

26 Sep 2008 11:44AM

Oleh Ruhanie Ahmad


MAJLIS Tertinggi (MT) UMNO akan mengadakan satu mesyuarat khas di Ibupejabat UMNO, di Kuala Lumpur, mulai 10.00 pagi 26 September 2008, dipercayai untuk membincangkan beberapa agenda penting membabitkan formula peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Maklumat di atas disahkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi satu berita Bernama di Kuala Lumpur hari ini. Bagaimanapun Najib tidak menghuraikan agenda bagi nesyuarat berkenaan.

Sumber-sumber UMNO menjangka terdapat tiga kemungkinan utama yang menyebabkan mesyuarat khas itu diadakan.

Pertama, untuk membincangkan cadangan Abdullah supaya persidangan perwakilan bahagian-bahagian UMNO mulai 10 Oktober 2008 ini ditunda kepada satu tarikh yang akan dipersetujui oleh MT. Ini bermakna Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada Disember 2008 ini juga kemungkinan besar akan ditunda.

Cadangan ini dipercayai adalah antara perkara yang diputuskan oleh sekumpulan ketua perhubungan UMNO negeri yang bermesyuarat dengan Abdullah di Seri Perdana, Putrajaya, daripada jam 1.00 hingga 3.00 pagi, dua tiga hari yang lalu.

Kedua, mesyuarat khas MT ini diadakan mungkin bagi membolehkan Abdullah mengumumkan kepada MT akan cadangannya untuk mengundurkan diri daripada UMNO dalam tempoh terdekat.

Jika perkara dibincangkan, Abdullah dijangka menyatakan persetujuannya mengundurkan diri sebagai Presiden UMNO tetapi mahu terus jadi Perdana Menteri sehingga suatu tempoh tertentu.

Ketiga, jika kedua-dua kemungkinan di atas tidak dibincangkan, Abdullah dijangka menyampaikan hasratnya untuk mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti tahun ini.

Jika agenda inilah yang dibincangkan maka persidangan perwakilan bahagian-bahagian dan PAU Disember ini mungkin tidak akan ditunda.

Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini ditanya oleh media akan ura-ura penundaan perwakilan bahagian dan PAU.

Menurut Utusan Malaysia, Mahyuddin menegaskan, beliau tidak pasti sama ada PAU yang dijadualkan Disember ini akan ditunda ke tahun depan.

“Saya tidak begitu tahu tentang cadangan (tunda) itu, tetapi yang jelasnya, ini satu perkara penting. Jadi saya tak dapat nak komen pada masa ini,” katanya.

Apa pun, kesahihan seluruh spekulasi di atas akan diketahui esok. Kita nantilah dengan doa dan harapan semoga sesuatu yang positif demi agama, bangsa dan tanahair akan diputuskan dalam mesyuarat khas MT itu. KEPADA ALLAH BERSERAH!

* Datuk Ruhanie Ahmad merupakan bekas ahli parlimen Parit Sulong dan juga bekas pengerusi kelab penyokong kerajaan. Blog beliau boleh dilayari di kuda-kepang.blogspot.com - Pengarang

http://www.klpos.com/news/2008/09/26/3.html

"Saya tak pernah lompat" Abdullah


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

26 Sep 2008 3:51PM


KL: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan bahawa beliau akan mengambil cuti berikutan keputusannya untuk mengawalkan peralihan tampuk kepimpinan parti dan kerajaan.

"Saya akan bercutikah? Macam mana anda tahu?

"Tidak. Saya tidak akan bercuti. Saya ada banyak kerja untuk dibuat," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Tertinggi Umno di sini pagi ini.

Mesyuarat itu juga memutuskan untuk menangguhkan Perhimpunan Agung Tahunan Umno dan pemilihan Disember ini sehingga Mac depan.

Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri dan memangku jawatan Presiden Umno pada Oktober 2003.

Beliau turut ditanya sama ada bersedia melakukan pengorbanan demi kebaikan dan kepentingan parti dengan melepaskan jawatan yang disandangnya.

Abdullah berkata, dalam sejarah perjuangannya, beliau tidak pernah mengambil apa juga tindakan yang bertentangan dengan parti kerana beliau menyayangi Umno.

"Bagi saya, saya sayangkan parti sungguhpun ketika melalui waktu yang sukar. Saya tidak pernah meninggalkan Umno. Saya tidak menyertai Umno 46 (Semangat 46), saya tidak menyertai parti lain.

"Saya tidak pernah berada pada platform manamana parti pembangkang demi kepentingan peribadi menentang Umno. Tidak ada rekod saya menentang parti langsung pada bilabila masa pun," katanya.

Abdullah juga ditanya sama ada Umno mempunyai cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan presiden selama tiga penggal seperti yang diamalkan MCA ketika ini.

Menurut Perdana Menteri, Umno tidak mempunyai sebarang rancangan untuk berbuat demikian.

"Kita tak buat sebarang keputusan mengenainya dan belum ada dasar yang berkaitan mengenainya," katanya.

Perdana Menteri turut menyifatkan semua ucapan dan pandangan yang dibuat oleh anggota MT sebagai menyambut baik keputusan untuk menunda tarikh Perhimpunan Agung parti ke bulan Mac depan.

Ditanya mengenai pertemuan beliau dengan Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang meminta agar lima pemimpin Hindraf yang kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibebaskan, Abdullah berkata, perkara itu terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri.

"Itu adalah perkara yang di bawah Kementerian Dalam Negeri dan saya telah pun menyerahkan surat (mengenainya) kepada menteri yang berkenaan," katanya tanpa menjelaskan kandungan surat itu. / Mstar

http://www.klpos.com/news/2008/09/26/7.html

Anwar nafi ada 'call' Pak Lah

26 Sep 2008 3:26PM

KETUA Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kandungan emel yang kini disebarkan dan tulisan dalam blog kononnya ada rakaman perbualan beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.


"Mutakhir ini bertebaran cerita bahawa ada rundingan di buat oleh wakil Pakatan Rakyat dengan BN mengenai peralihan kuasa.



"Catatan ringkas melalui beberapa catitan emel dan blog kononnya ada rakaman perbualan saya dan Abdullah yang dilaporkan adalah tidak benar sama sekali," kata beliau dalam blognya semalam.



Justeru, beliau yang mengumumkan tarikh sasaran membentuk kerajaan persekutuan 16 September pada 1 April lalu tetapi tidak menjadi kenyataan berkata, "kita perlu mempertahankan etika dalam menyebar maklumat tanpa sebarang kecelaruan fakta."



"Biar kita bekerja ibarat diam-diam ubi, kelak nanti berisi. Bukan diam-diam besi, akhirnya besi berkarat hilang nilai," katanya.



Desas-desus mengenai perkara itu menjadi tumpuan selepas Pakatan Rakyat gagal dalam mencapai sasaran 16 September. / Mstar

http://www.klpos.com/news/2008/09/26/6.html

Khairy dakwa punya bukti disekat jumpa ahli


26 Sep 2008 10:38AM

KB: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO, hari ini mendedahkan beliau disekat daripada bertemu dengan ahli-ahli pergerakan itu.
Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda berkata, situasi itu berlaku di beberapa kawasan yang dihadirinya.

“Saya mempunyai bukti, ada yang memang nak datang tetapi mendapat arahan supaya jangan hadir.

“Perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana saya sendiri tidak pernah menyekat mana-mana ahli Pemuda daripada berjumpa dengan pemimpin yang bakal bertanding,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Nur Ramadan anjuran bersama Biro Agama Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Pemuda UMNO Kelantan dan Pemuda UMNO Bahagian Ketereh di Sekolah Menengah Kebangsaan Ketereh di sini malam ini.

Khairy mengulas kenyataan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang turut menawarkan diri bertanding Ketua Pemuda UMNO mengenai sekatan oleh sesetengah pihak terhadap anggota parti daripada bertemu dengan pemimpin atau calon yang akan bertanding.

Menurut Mukhriz, ia adalah tidak selari dengan amalan demokrasi apabila ada anggota Pemuda UMNO disekat daripada bertemunya, manakala ada di antara mereka turut tidak dibenarkan bersama-sama di dalam majlis-majlis yang beliau hadiri.

Jawatan Ketua Pemuda setakat ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Mukhriz; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin; Anggota Majlis Tertinggi yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan Khairy.

Mengulas mengenai perkara itu, Khairy berkata, semua calon mempunyai kelebihan masing-masing dan perkara paling penting ialah sebuah pertandingan sihat yang kelak tidak akan memusnahkan institusi Pemuda UMNO.

Jelas beliau, perkara yang paling dibimbanginya ialah apabila seseorang calon itu menang tetapi tidak membawa kebaikan kepada parti dan negara akibat daripada perpecahan yang timbul natijah daripada persaingan tidak sihat.

“Bagi saya siapa sahaja yang menang tidak penting tetapi yang paling utama selepas kemenangan itu UMNO dan Pemuda semakin bertambah kuat, perpaduan semakin meningkat dan bukannya terus musnah akibat perpecahan,” katanya.

Khairy yang membawa pendekatan setiakawan dalam usaha merebut jawatan Ketua Pemuda itu yakin seluruh ahli Pemuda bijak untuk menilai dan seterusnya memilih ketua yang mampu memperjuang dan membela nasib ahli serta menguatkan parti dan negara. / Utusan

http://www.klpos.com/news/2008/09/26/2.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...