Friday, February 13, 2009

Polis Australia syak orang sama laku kebakaran hutan


ALEXANDRA - Beberapa orang yang dipercayai melakukan pembakaran hutan dengan sengaja sehingga menyebabkan 21 penduduk terbunuh disyaki melakukan pembakaran kedua pada Sabtu lalu sehingga mengakibatkan lebih 100 orang maut, kata polis semalam.

Sekurang-kurangnya 181 orang terbunuh apabila hutam di selatan Australia terbakar tetapi angka kematian dijangka meningkat kepada lebih 200 penduduk.

Polis menyatakan dua orang ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kebakaran itu tetapi tidak memberitahu dakwaan yang bakal dikenakan.

"Kami percaya kebakaran di Churchill sengaja dilakukan," kata Ketua Polis Victoria, Christine NIxon kepada wartawan stesen televisyenNine Network.

Beliau menyatakan demikian dengan merujuk kepada kejadian 21 orang terbunuh dalam kebakaran pertama.

Sebelum itu, di Parlimen, Perdana Menteri Kevin Rudd menyatakan kira-kira 2,000 hingga 5,000 penduduk kehilangan tempat tinggal selepas kebakaran yang berlaku pada Sabtu lalu di negeri Victoria, selatan Australia. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm

Sektor peruncitan AS naik 1 peratus

Sektor peruncitan AS naik 1 peratus


WASHINGTON - Menurut perangkaan kerajaan Amerika Syarikat (AS) semalam jualan sektor peruncitan di AS meningkat semula.

Jabatan Perdagangan AS menyatakan jumlah keseluruhan jualan meningkat sebanyak satu peratus iaitu peningkatan pertama dalam tempoh tujuh bulan.

Jualan di sektor peruncitan pada Januari lalu adalah yang tertinggi sejak November 2007.

Ekonomi AS memasuki kancah kemelesetan pada Disember 2007 berikutan merudumnya harga rumah kesan daripada krisis kewangan global.

Pada minggu lalu, data kerajaan menunjukkan ekonomi merosot sebanyak 3.8 peratus dalam tempoh suku keempat.

- Reuters

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm

Israel cuma benarkan Gaza eksport bunga

Israel cuma benarkan Gaza eksport bunga



DUA pekerja Palestin bekerja di sebuah kebun bunga di Rafah semalam.


KEREM SHALOM - Kerajaan Israel meluluskan eksport pertama Gaza dalan tahun ini iaitu 25,000 bunga yang akan dihantar ke Eropah bagi meraikan Hari Kekasih, kata tentera rejim Zionis semalam.

Sebelum ini Israel melakukan sekatan ke atas Gaza sejak Hamas menguasai wilayah itu pada 2007.

Tindakan Hamas itu menyebabkan Israel mengharamkan Gaza mengeksport barangan.

Jurucakap tentera Israel, Mejar peter Lerner berkata, rejim Zionis bersetuju untuk melonggarkan sekatan dengan membenarkan 25,000 bunga teluki dieksport berdasarkan permintaan daripada kerajaan Belanda dan petani Gaza.

Bagaimanapun, Ketua Persatuan Penanam Bunga, Mohammed Khalil menyatakan tindakan Israel itu tidak memberikan sebarang perubahan terhadap dasar rejim Zionis.

Beliau berkata, pada kebiasaannya, Gaza mengeksport 40 juta bunga setahun. Sebelum ini, tentera Israel melancarkan perang selama 22 hari bagi menghapuskan pejuang Hamas yang berakhir pada 18 Januari lalu tetapi lebih 1,000 penduduk Palestin terbunuh. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

42 cedera gempa kuat di Indonesia


JAKARTA - Satu gempa bumi kuat yang berukuran 7.2 pada skala Richter di timur Indonesia mencetuskan amaran tsunami semalam.

Gegaran itu turut menyebabkan kejadian rempuhan berlaku kerana ramai penduduk di Kepulauan Talaud bergegas ke kawasan tanah tinggi untuk menyelamatkan diri.

Sebanyak 42 orang cedera sebahagiannya serius manakala ratusan rumah lagi rosak dalam kejadian itu.

menurut seorang pegawai di pusat krisis milik kerajaan, Rustam Pakaya, hampir 500 buah rumah rosak termasuk sekolah dan gereja.

Ribuan penduduk lain mencari perlindungan di beberapa buah tempat perlindungan.

Gempa bumi yang berlaku pada pukul 1.30 pagi waktu tempatan itu menyebabkan amaran tsunami disebarkan menerusi radio dan televisyen.

Bagaimanapun, amaran itu ditarik balik sejam kemudian.

"Kami berasa sungguh takut. Kami berlari sehingga ke sebuah bukit berhampiran. Aaya melihat beberapa orang lagi memanjat pokok," cerita seorang penduduk, Damiah Geruh. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm

Murid rakam imej dipercayai hantu

Murid rakam imej dipercayai hantu



GAMBAR rakaman telefon bimbit menunjukkan satu bayangan putih melalui tangga rumah di Solihull.


BIRMINGHAM - Seorang murid sekolah, Reece Pitman yang berumur 12 tahun yang mendengar bunyi angin menderu menggunakan telefon bimbit berkamera untuk merakamkan imej hantu di rumahnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pitman berjaya merakamkan imej hantu itu yang seolah-olah sedang melalui tangga di rumahnya di Solihull, Birmingham.

Dia merakamkan imej itu beberapa hari selepas adiknya yang berumur sembilan tahun menyatakan teka gambar miliknya telah disempurnakan oleh seseorang pada waktu malam.

Pitman kemudian menunjukkan imej itu kepada ibunya, Tonia yang berumur 38 tahun.

"Pitman kelihatan takut.

"Dalam imej itu terdapat satu bayang putih yang muncul dari bilik tidur saya diikuti dengan imej hitam seperti seorang lelaki," tambahnya.

Seorang anggota Persatuan Paranormal Britain, Julian Banks menyatakan imej hantu itu boleh dianggap sebagai yang terbaik pernah dirakamkan.

Tonia yang berkhidmat sebagai pembantu jualan berkata: "Saya tidak percaya adanya hantu.

Bagaimanapun, saya memikirkan imej itu sebagai malaikat yang menjadi penjaga saya." - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

Cinta datang dari otak

Cinta datang dari otak


GAMBAR menunjukkan aktiviti cinta di kawasan ventral tegmental (VTA) di dalam otak.


WASHINGTON - Seorang pakar neurosains di New York, Larry Young mendapati sumber perasaan cinta datangnya dari otak dan bukannya hati.

Dia membuat penemuan itu selepas melakukan kajian bersama beberapa penyelidik lain bagi menjelaskan punca cinta romantik menerusi kaedah biologi.

Penemuan itu bertentangan dengan tanggapan banyak pihak bahawa perasaan cinta datang dari hati.

"Ia (cinta datang dari otak) mempunyai asas-asas biologi," kata Young dari Pusat Penyelidikan Kebangsaan Yerkes di Universiti Emory, Atlanta.

Kawasan utama dalam otak yang mewujudkan perasaan cinta itu dikenali sebagai ventral tegmental (VTA).

Menurut seorang penyelidik, Profesor Helen Fisher dari Universiti Rutgers, kawasan VTA menjadi aktif ketika seseorang itu cuba memenangi cinta. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

Lelaki pokok dibedah lagi

Lelaki pokok dibedah lagi



DEDE duduk di atas katil Hospital Hasan Sadikin, Bandung pada Isnin lalu.


BANDUNG - Dede Koswara yang digelar sebagai lelaki pokok kerana ketuat yang banyak pada tubuhnya menjalani pembedahan kali kesembilan semalam, kata Pengarah Hospital Hasan Sadikin, Dr. Rachmatdinata.

Lelaki pokok itu pernah menjalani rawatan bagi membuang ketuat seberat 13.2 kilogram buat pertama kali pada tahun lalu di hospital sama.

"Tidak ada penawar bagi penyakit itu lagi. Dede memerlukan pembedahan sekali bagi setiap tiga atau empat bulan kerana ketuat itu semakin membesar," kata Dr. Rachmatdinata.

Dalam pembedahan yang dilakukan pada tahun lalu, Dede mampu menggerakkan tangan.

Sebanyak tujuh pakar melakukan pembedahan selama empat jam bagi membuang 1.4 kilogram ketuat semalam.

"Dede kini berada dalam keadaan baik, lebih baik berbanding sebelum ini iaitu ketika dia berhenti merokok," kata Dr. Rachmatdinata.

Sebelum dia menjalani pembedahan pada Ogos lalu, Dede tidak dapat mengurus diri seperti mandi. Dia memperoleh pendapatan dengan menyertai pameran untuk orang pelik. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

Michael dijangkiti penyakit kulit

Michael dijangkiti penyakit kulit


GAMBAR menunjukkan tompokan kemerahan terdapat 
di bahagian tangannya ketika dia berada di Los Angeles
baru-baru ini.


LOS ANGELES - Raja Pop, Michael Jackson kini menghadapi penyakit jangkitan kulit akibat pembedahan plastik di hidungnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi yang berumur 50 tahun itu kini dipercayai menerima rawatan perubatan di sebuah klinik terkenal di Beverly Hills.

Jangkitan kulit itu kini merebak ke seluruh tubuh badannya.

Dakwaan itu adalah yang terbaru selepas Michael menafikan laporan media pada Disember lalu dia menghidap penyakit paru-paru pada Disember lalu.

Seorang pakar bedah, Dr. Anthony Youn yang tidak pernah merawat Michael menyatakan kemungkinan jangkitan itu berlaku ketika penyanyi tersebut melakukan pembedahan di bahagian hidung.

Beberapa saksi berkata, kulit di bahagian tangan dan mukanya mempunyai tompokan kemerahan dan ungu.

Pipi penyanyi itu yang pernah popular dengan lagu Beat It dikatakan bengkak.

"Jangkitan itu sudah merebak ke bahagian muka dan tubuhnya manakala doktor berusaha sedaya upaya merawatnya," kata satu sumber.

Jurucakap Michael tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan komen berhubung berita terbaru itu. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm

Ribuan kunjungi dukun kecil ajaib

Ribuan kunjungi dukun kecil ajaib



PONARI mencelupkan batu ajaib miliknya ke dalam sebuah bekas air di Jombang, Jawa Barat kelmarin.


JAKARTA – Indonesia sekali lagi riuh dengan cerita keajaiban, kali ini mengenai seorang dukun kecil berusia sembilan tahun yang dikatakan mendapat sebuah batu ajaib ketika hampir disambar petir baru-baru ini dan tahu-tahu didakwa mampu mengubati segala penyakit.

Media massa tempatan melaporkan sejak beberapa hari lepas, rumah dukun kecil yang bernama Ponari itu diserbu puluhan ribu orang setiap hari yang berharap pelbagai penyakit mereka dapat diubati dengan meminum air yang dicelup batu ajaib oleh dukun itu yang didukung oleh keluarganya mengelilingi pesakit itu.

Laporan akhbar menyebut anak kecil itu yang merupakan murid darjah tiga sekolah rendah di kampungnya di Dusun Kedungsari, Jombang, Jawa Timur, tidak pun sedar dirinya dianggap sebagai dukun sehinggakan ketika didukung berkeliling untuk mencelup batu ajaibnya, dia masih bermain-main.

Ada laporan menyebut bahawa pendapatan keluarganya pernah mencapai puluhan juta rupiah (berpuluh ribu RM) sehari hasil daripada sumbangan orang ramai yang datang berubat walaupun mereka tidak pernah dikenakan bayaran tertentu dan terpaksa beratur sejauh 10 kilometer dan menunggu berhari-hari untuk mendapat rawatan.

Ketua polis setempat seperti diberitakan oleh agensi berita Antara, dilaporkan menganggarkan jumlah pesakit yang datang ke situ menjangkau 50,000 hingga 60,000 sehari berdasarkan nombor giliran yang dikeluarkan kepada pesakit walaupun Ponari dikatakan hanya mampu merawat 10,000 orang sahaja setiap hari.

Sehingga kini empat orang yang cuba mendapatkan rawatan mati terpijak oleh orang ramai dan puluhan yang lain cedera. – Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Mas: "Saya masih menjaga maruah orang walaupun maruah saya tercemar"


Mas: "Saya masih menjaga maruah orang walaupun maruah saya tercemar"

SUKAR untuk menyelami apa yang berada di dalam fikiran penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2 (AF2) Asmah Ghani atau Mas, 28 yang kini berada di Tawau, Sabah selepas keluar daripada Wad Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini.

Ketika dihubungi, Mas berkata kehidupannya dalam keadaan baik, tenang dan gembira di samping anak-anak serta ibu dan bapanya.

Di samping itu, Mas juga meluahkan yang dia semakin mengenali diri-sendiri dan mempelajari banyak perkara daripada pengalaman lalu.

Setiap soalan yang ditanya dijawab dengan baik dan sekali-sekala terkeluar gelak kecil Mas.

Ikuti temubual bersama wanita ini bagi menyelami perasaannya di sebalik sandiwara yang berlaku sekarang.

Semasa Kak Mas di dalam Wad Psikiatri di Hospital Kuala Lumpur tempoh hari, kenapa kakak menyatakan tidak mahu berjumpa dengan Ketua Pegawai Operasi Maestro Freddie Fernandez dan Rock?

“Masa saya kat dalam tu, siapa yang nak percaya cakap saya. Belum masanya saya nak berjumpa mereka.

“Kalau marah, siapa pun marah. Saya nak Rock datang minta maaf dengan saya. Kenapa dia buat begitu? Saya ‘confuse’ kenapa saya berada di dalam. (gelak sekejap).

Tetapi, ada atau tidak kakak cakap kepada Rock yang kakak mahu berjumpa dengan Freddie?

“Takkan saya nak buka pekung di dadanya. Kamu kena tanya dialah...."

Maksudnya Rock sendiri yang buat cerita?

“(Gelak beberapa kali). No komen (tiada komen). Saya masih menjaga maruah orang walaupun maruah saya tercemar."

Apa hubungan sebenar kakak dengan Rock?

"Awak tanya dialah. Kalau dia kata macam tu, itulah jawapan saya."

Maksudnya kawan atau kekasih?

"Saya tak tahu nak cakap macamana. (gelak). Saya berkawanlah dengan dia."

Apa komen Kak Mas apabila Freddie menafikan Kak Mas pernah mengeluarkan duit sebanyak RM20,000 untuk membuat album?

“Cuba kamu tanya dengan Othman sebab saya ada explain dengan dia takut saya tersalah cerita pula nanti.

“Setahu saya, tafsiran saya dulu, mungkin disebabkan ‘show’ itu, masa ambil ‘percent’, mereka kumpul-kumpul duit saya.

“Mana ada siapa nak sponsor album saya? Saya dapat wang terkumpul yang ditabungkan oleh mereka. Kalau saya buat ‘show’ mereka simpankan duit itu untuk saya. Itu maksudnya.

“Dari mana saya hendak berikan duit sebanyak itu secara ‘lump sum’. Semasa Maestro ‘deal’kan dengan penganjur, saya tidak tahu berapa harga ‘show’ saya yang mereka letak. Saya terima seadanya kalau Maestro beri berapa.”

Ada tak kakak menandatangani apa-apa kontrak untuk membuat album dengan Maestro?

“Secara jujurnya, saya ada sain dengan bapa gara-gara hendak sain kontrak waktu itu. Cuma saya belum dapat kontrak yang asli waktu itu daripada Maestro.

Kakak baca tak kandungan yang tertulis di dalam kontrak itu?

“Kalau dulu, mereka bagi saya salinan dalam bahasa Melayu sahaja semasa tahun 2004 selama tiga tahun saya bersama Maestro Management.

“Saya masih simpan salinan kontrak itu cuma saya rasa sedikit terkilan dengan apa yang dilakukan."

Bercakap pasal album, Freddie berkata lagu-lagu di dalam album kakak akan dibuat ‘single’ dan dikeluarkan di radio. Maestro ada beritahu kepada kakak atau tidak tentang hal itu?

“Saya tak berapa ingatlah sebab saya banyak berfikir sejak akhir-akhir ini. Saya tak pasti sama ada pernah dengar atau tidak tentang perkara itu.

“Kalau mereka hendak keluarkan untuk promosi, mestilah saya bersetuju untuk mengeluarkan lagu single di radio.

“Tentang penjualannya pula, mereka kena bagi saya ‘schedule’ untuk turun mempromosikan lagu itu.

“Tetapi, kontraknya saya tidak pernah nampak selepas saya dan bapa datang ke Maestro untuk sain kontrak itu.

“Pada mulanya saya hanya mengambil kontrak yang belum sign itu untuk difikirkan terlebih dahulu. “Selepas itu, saya sign dan menghantar semula kepada Maestro kira-kira setahun yang lalu.

“Selepas itu, saya tunggu daripada syarikat juga. Malangnya saya tidak mendapat salinan kontrak yang telah dihantar kembali ke syarikat selepas itu.”

Jika begitu, ada tak kakak minta atau bertanya tentang kontrak itu dengan mereka?

“Memang ada. Saya ada juga bertanya tetapi mereka kata tidak tahu. Lagipun, selama tiga tahun saya bersama Maestro, mereka tidak pernah memanggil saya untuk ‘meeting’.

“Jadi, saya tidak tahu apa-apa tentang isu yang berlaku. Saya juga rasa terkilan kerana tidak tahu apa keputusannya.

“Saya hanya menunggu sahaja. Yang nak buat album adalah saya dan ‘company’ perlu mengeluarkan duit.

“Kalau mereka tidak keluarkan kenapa tidak beritahu saya. Saya tak tahulah, mungkin disebabkan saya lahir daripada program realiti, jadi saya berminat dengan Maestro Records.

“Kalau syarikat minta saya hadirkan diri, tidak salah. Namanya pun bisnes.”

Sekarang ini, kakak masih bernaung di bawah Maestro?

“Sepatutnya, mereka sendiri kena perbaharui kontrak itu sama ada nak masukkan saya lagi atau tidak.

“Takkan saya pula nak terhegeh-hegeh."

Jadi, adakah itu punca kakak berasa marah baru-baru ini?

“Tidak. Saya ada dengar juga orang kata saya merayu-rayu. Tidak, dengan nama Allah, saya tidak buat semua itu. Saya seorang yang jujur dan tidak dapat menerimanya.

“Jika saya buat begitu, orang mula berfikiran serong terhadap saya. Saya tidak pandai ambil hati orang kerana inginkan sesuatu. Saya bukan jenis macam tu."

Dah berapa lama kakak rakam lagu-lagu itu?

“Sudah lama kira-kira tahun 2006 lalu. Saya nak tahu bila album saya nak jalan atau tidak. Rakaman sudah dibuat dan hanya tinggal sebuah lagu lagi."

Jadi, apabila Freddie katakan mereka akan keluarkan lagu di dalam album itu secara satu-persatu di radio, kakak setuju atau tidak?

“Keluarkanlah jika itu yang terbaik. Nak buat macamana kalau syarikat dah minta macam tu dan bukannya kemahuan artis.

“Nanti wartawan cakap saya merayu pula. Saya tak pernah merayu tetapi hendakkan penjelasan yang jujur.

“Ada hak sekalipun, saya tidak boleh cakap apa. Hitam dan putihnya saya tidak nampak.

“Kalau niat baik, bagi sahajalah. Itu rezeki ‘cantik’ yang Allah beri.”

Maknanya, jika mereka bersetuju hendak mengeluarkan lagu single di radio, mereka perlu berjumpa kakak?

“Jika mereka hubungi saya pun, saya akan datang pada bila-bila masa sahaja. Mereka perlu hantar surat dan bersikap profesional.

“Sudah tentu sekali saya akan datang ke Maestro jika hajatnya baik. Jika baik untuk syarikat, baiklah untuk saya. Saya terima apa sahaja keputusannya."

Suara hati Mas




Sebelum ini tiada siapa yang mengendahkan wanita bernama Asma Ghani atau Mas. Keadaan berbeza hari ini apabila dia diburu dan dikejar media, semuanya gara-gara kisah 'kegilaannya' sehingga terpaksa dirawat di wad sakit mental.

Dalam ketenangannya menjalani kehidupan sebagai seorang ibu tunggal yang memikul status selebriti, tiba-tiba saja namanya melonjak naik.

Pada masa yang sama, entah mana datangnya, muncul pula seorang lelaki bernama Rock atau nama sebenarnya Shahrul Azman Mohd. Shahril. Kekasih Mas katanya.

Sepanjang enam hari Mas ditahan di Wad Psikiatri di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Rock yang menjadi tumpuan utama untuk mendapatkan kenyataan berkaitan dengan Mas.

Malah Rock begitu beria-ia mahu menjadi 'hero' dalam drama yang 'diciptakan' Mas.

Namun setelah Mas keluar dari wad, lain pula ceritanya. Rock dikatakan dalang dan punca Mas dimasukkan ke wad. Apa sebenarnya ini?

Ketika bercakap dengan janda beranak dua ini, dengan keadaan waras dan penuh yakin, Mas terkejut apabila mendapat tahu tentang kenyataan Rock yang pernah diberikan kepada pihak media.




"Saya terkilan sangat dengan apa yang telah berlaku ini. Sebenarnya dialah punca segalanya. Bukan mahu memburukkan tapi ini kenyataan.

"Dia mahu jadikan saya terkenal. Tetapi kenapa perlu buat begini? Macam ini ke cara untuk membantu menaikkan karier saya?

"Keadaan jadi bertambah teruk adalah. Rasanya dia bukan naikkan nama saya, tapi naikkan nama dia. Dia sengaja mencari publisiti murahan," ujarnya dengan nada kesal.

Tak mahu kahwini Rock

Pelik bila pada mulanya, Rock mengatakan Mas begitu sayang dan mencintainya sehingga tidak sanggup untuk melepaskan lelaki itu. Malah dalam kenyataannya seperti disiarkan akhbar ini pada Sabtu lalu, Rock memberitahu bahawa Mas pernah mengajak dia berkahwin.

Dalam kenyataannya, Rock mendakwa Mas bercadang berkahwin dengannya pada bulan Mac ini. Namun, lain pula cerita Mas. Dengan nada yang agak tegas, Mas memberitahu dia tidak pernah langsung memikirkan untuk berkahwin dengan lelaki itu yang juga merupakan pelakon tambahan.

"Bila saya nak kahwin dengan dia? Sikit pun saya tak pernah merancang untuk berkahwin apalagi dengan lelaki yang bernama Rock. Saya tak pernah merayu kepada seorang lelaki untuk berkahwin dengan saya.


MAS kini sedang dalam tempoh mencari ketenangan bersama keluarga dan dua anaknya di Tawau, Sabah.


"Bunyinya agak keterlaluan. Seolah-olah saya tak ada maruah dan tidak ada keluarga sehingga dia berani memberi kenyataan begitu. Lagipun macam mana saya nak kahwin dengan dia kalau selama ini saya yang banyak berhabis?

"Untuk pengetahuan semua, baru sebulan saya kenal dia dan bukan setahun seperti yang dikatakannya. Kalau saya kenal dia setahun, rasanya badan saya mesti kurus kering sebab tak ada duit dan bukan berisi macam sekarang," ujar Mas dengan serius.

Enggan berselindung, Mas akui, sejak berkenalan dengan duda beranak tiga itu, hidupnya menjadi bertambah huru-hara. Malah lelaki itu juga yang membuatkan emosi bekas pelajar Akademi Fantasia 2 itu cukup terganggu.

"Saya tak cintakan dia. Banyak benda yang saya buat di luar kesedaran. Saya hanya mengikut apa yang disuruh. Perkara sudah berlalu. Harap-harap saya tidak berjumpa dengannya lagi," tambah Mas.

Isu RM200,000 dan Maestro

Untuk lebih pengesahan, Kosmo! turut bertanyakan tentang tujuan utama Mas membuat laporan polis dan dia akui bahawa laporan yang dibuatnya itu mengenai penangguhan albumnya yang agak lama, atas nasihat Rock. Dia tidak menyangka sama sekali akan berhadapan dengan tragedi pahit sebaik membuat laporan berkenaan seterusnya dihantar ke HKL.


KERATAN akhbar Kosmo! Sabtu lalu yang menyiarkan kenyataan Rock bahawa Mas mengajak dia berkahwin menjelang Mac 2009.


Mengenai dirinya bercakap sendirian dan membuat bising di balai polis Ampang Jaya, Mas menafikannya.

" Kalau saya kata saya dianiaya, orang akan ketawakan saya. Sebelum mahu membuat laporan saya banyak berfikir. Patut atau tidak saya buat begitu.

"Tapi selepas Rock memberi sokongan dan dia pun suruh saya buat laporan polis berkenaan kelewatan proses album saya, saya pergi.

"Lagipun saya geram, saya sudah berikan RM20,000 kepada Maestro untuk menghasilkan album saya. Tetapi masa saya buat laporan, saya tak buat kacau langsung.

"Tiba-tiba saja pihak polis menyuruh saya mengikutnya ke hospital kononnya untuk membuat pemeriksaan doktor. Saya pun pergilah. Tapi tak sangka bila sampai saja di sana saya terus ditahan.

"Kalau saya tahu itu semua perancangannya (Rock), tak adalah mengikut telunjuknya," kata Mas yang berhenti berniaga seketika untuk memfokuskan penyiapan albumnya itu.

Dalam pada itu, Mas berkata, bapanya, Ghani Gibie, 69, kesal dengan apa yang telah Rock lakukan kepadanya. Sangka Ghani, kehidupan anaknya di Kuala Lumpur begitu sempurna tanpa perlu menghadapi masalah.

Kini, apabila peluang ke Tawau, Mas sedikit tenang kerana dapat berjumpa dengan dua anaknya walaupun masih berserabut dengan masalah yang menimpa dirinya.

Cuma, wanita ini akan menanti panggilan dari Maestro untuk menyambung semula sebuah lagi lagu yang tertangguh untuk menyempurnakan album mininya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

Syarikat pembekal pekerja akan didakwa – Subramaniam


KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan mengambil tindakan mahkamah terhadap sebuah syarikat pembekal pekerja asing kerana melanggar beberapa syarat dalam menggaji pekerja asing.

Beliau berkata, syarikat Gateway Saujana Corporation Sdn. Bhd. akan dibawa ke mahkamah kerana tidak membayar gaji 74 orang pekerja asing dari Bangladesh dan juga kerana tidak melaporkan pengambilan pekerja asing tersebut kepada pihak berkuasa.

“Permit kerja sebahagian daripada pekerja asing tersebut akan tamat esok (hari ini),’’ katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dr. Subramaniam mengulas laporan sebuah akhbar harian tempatan semalam bahawa pekerja-pekerja asing tersebut ditipu oleh syarikat berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius laporan tersebut dan telah mengarahkan pegawai JTK untuk menyiasatnya.

“Selepas JTK bersama pihak Jabatan Imigresen melawat tempat penginapan pekerja-pekerja tersebut di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, didapati pekerja-pekerja tersebut tidak dibayar gaji,” katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...