Friday, February 13, 2009

Syarikat pembekal pekerja akan didakwa – Subramaniam


KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) akan mengambil tindakan mahkamah terhadap sebuah syarikat pembekal pekerja asing kerana melanggar beberapa syarat dalam menggaji pekerja asing.

Beliau berkata, syarikat Gateway Saujana Corporation Sdn. Bhd. akan dibawa ke mahkamah kerana tidak membayar gaji 74 orang pekerja asing dari Bangladesh dan juga kerana tidak melaporkan pengambilan pekerja asing tersebut kepada pihak berkuasa.

“Permit kerja sebahagian daripada pekerja asing tersebut akan tamat esok (hari ini),’’ katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dr. Subramaniam mengulas laporan sebuah akhbar harian tempatan semalam bahawa pekerja-pekerja asing tersebut ditipu oleh syarikat berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya memandang serius laporan tersebut dan telah mengarahkan pegawai JTK untuk menyiasatnya.

“Selepas JTK bersama pihak Jabatan Imigresen melawat tempat penginapan pekerja-pekerja tersebut di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, didapati pekerja-pekerja tersebut tidak dibayar gaji,” katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0213&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...