http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0824&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm
Wednesday, August 26, 2009
Dunia bagaikan berputar
Vertigo penyakit ketidakseimbangan dalam telinga.
RUANG yang dilihat di sekelilingnya seakan-akan sedang berputar. Pandangannya yang berpusing-pusing itu seperti orang yang baru kali pertama menaiki roller coaster. Disertai pula rasa loya dan muntah, si penderita keadaan ini adakalanya takut untuk bergerak.
Diagnosis Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Kuljit Singh mendapati semua itu adalah simptom kepada penyakit pening yang berpunca daripada ketidakseimbangan dalam telinga atau dikenali juga sebagai vertigo.
Jelas Kuljit, terdapat beberapa simptom yang menjadi petunjuk kepada penyakit ini seperti pergerakan ritma mata yang abnormal (nistagmus), pening serta loya dan muntah.
Dalam kes-kes lazim, seseorang pada mulanya hanya menganggap ia sekadar pening biasa, namun tidak dapat menggambarkan keadaan sensasi tidak stabil, rasa melayang serta penglihatan yang berpinar-pinar.
“Bagi penghidap vertigo Benign Paroxysmal Positional (BPPV), serangan seringkali berlaku ketika bangun tidur pada waktu pagi dan disertai kombinasi simptom lain.
“Tempoh serangan mungkin hanya sekitar satu minit namun sensasi serangan tersebut mungkin berakhir setelah beberapa minggu,” jelasnya tentang episod pening melampau namun singkat itu.
Dalam pada itu, vertigo postur phobic pula boleh terjadi apabila wujud faktor stimulasi berdiri seperti menaiki tangga, berdiri atau melakukan apa saja pergerakan terutama melibatkan kepala.
Sekiranya vertigo muncul dari pusat keseimbangan otak, ia lebih rumit kerana berkait dengan kerosakan neurologi. Ini menjelaskan berlakunya pertuturan yang tidak jelas, penglihatan berganda dan ketidakseimbangan tubuh.
Kuljit turut memberitahu bahawa serangan vertigo terdapat dalam beberapa jenis mengikut situasi dan penyakit yang berkaitan dengan pesakit.
“Misalnya vertigo periferal disebabkan oleh trauma pada kepala akibat kecederaan, manakala bagi kes penyakit Meniere, vertigo tercetus akibat berlaku keadaan abnormal pada telinga dalam.
“Ia bukan saja menyebabkan keadaan kepala seolah-olah merasa kesan berpusing, malah telinga berdesing (tinitus),” terang Kuljit.
Di samping itu, fistula perilimfa merupakan abnormaliti yang terjadi di antara ruang dalam telinga yang mengandungi cecair iaitu meliputi koklea dan telinga tengah yang terdiri daripada gegendang telinga dan tulang-tulang osikel iaitu tukul, rakap dan andas.
Terang Kuljit, serangan vertigo jenis ini tidak kronik dan boleh sembuh dengan sendiri walaupun dalam kes tertentu memerlukan pembedahan untuk pulih semula.
“Satu lagi jenis vertigo disebut sebagai idiopatik. Penyebab bagi jenis ini ini tidak menemui penjelasan sebenar kerana ia merupakan kombinasi beberapa jenis vertigo. Namun, pencetus utamanya adalah pergerakan,” katanya.
Kebanyakan pesakit adalah daripada golongan pertengahan umur dan ia mungkin berpunca daripada vestibul yang menjadi lebih sensitif.
Rawatan
Rawatan yang perlu dijalani bergantung kepada jenis vertigo yang dialami oleh pesakit. Namun, diagnosis terhadap keadaan telinga dalam pesakit akan menentukan pencetus utama penyakit ini.
Menurut Kuljit, terdapat beberapa cara untuk mengubati penyakit ini termasuk menggunakan ubat-ubatan seperti betasere, stemetil dan stugeron.
Beberapa siri pergerakan yang dikenali sebagai Prosedur Menempatkan Semula Canalith bagi melegakan BPPV merupakan rawatan utama bagi vertigo.
Mudah dan tidak mengambil masa yang lama, prosedur berkenaan terdiri daripada beberapa pergerakan ringkas untuk meletakkan kepala dalam kedudukan yang betul.
“Paling utama, partikel-partikel daripada kanal separa bulat berisi cecair (labirin vestibular) digerakkan untuk memasuki struktur seperti beg halus (utrikel), di mana partikel-partikel ini tidak lagi mengganggu selama sekitar 30 saat,” ungkap Kuljit.
Usai prosedur, pesakit perlulah mengelak daripada baring terlentang selama 24 ke 48 jam. Malah pesakit juga digalakkan untuk meninggikan bahagian kepala di atas bantal semasa tidur.
“Ini memberikan masa kepada partikel-partikel tadi untuk terapung-apung di dalam labirin sebelum mendap di dalam utrikel ataupun diserap semula oleh cecair-cecair tubuh,” katanya.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm
Keenakan belangkas
BUKAN manusia sahaja yang yang mengutamakan kebersihan, tetapi juga belangkas. Faktor kebersihan inilah menjadikan Tanjung Buai yang terletak di antara Sungai Johor dan Sungai Lebam dalam daerah Kota Tinggi, Johor menjadi lokasi pilihan belangkas untuk mendarat setiap kali air pasang kerana airnya yang masih belum tercemar.
Belangkas yang seringkali dikaitkan dengan manusia melalui pepatah 'seperti belangkas' merupakan sejenis haiwan yang hidup di laut dan paya air tawar. Ia agak mudah ditangkap.
Haiwan yang panjang ekornya boleh mencapai sehingga 51 sentimeter itu biasanya mendarat ketika air pasang dan menjadi sumber rezeki kepada para pencarinya.
Kehadiran haiwan yang badannya mirip topi besi tentera itu ternyata membawa rezeki 'terpijak' kepada penduduk Tanjung Buai.
Hanya belangkas betina yang ditangkap dan dijual kepada peniaga restoran pada harga di antara RM2 hingga RM5 seekor, bergantung kepada saiz.
Menurut pemilik sebuah restoran, Ibrahim Baharum, 61, dia menjadikan belangkas sebagai menu utama di restorannya yang terletak di persimpangan jalan ke Teluk Sengat.
"Setiap hari, saya akan ke Kampung Tanjung Buai untuk membeli belangkas daripada penduduk kampung.
"Kemudian, saya akan menyimpannya di rumah rakit untuk memastikan stok belangkas saya mencukupi," katanya.
Ujar Ibrahim, belangkas cukup enak jika dimasak asam pedas kering.
"Ada juga pelanggan yang meminta belangkas untuk dimasak sup.
"Biasanya, menu belangkas akan habis setiap hari," ujarnya kepadaKosmo!.
Tambahnya, memasak belangkas memang mudah tetapi untuk menyiangnya, seseorang perlu berhati-hati.
Ini kerana, katanya, sejenis toksin yang boleh membuatkan sesiapa yang memakannya mabuk perlu dibuang.
"Kalau kita termakan toksin itu, kita mungkin akan berasa pening kepala dan cara untuk menghilangkannya adalah dengan meminum air kelapa," ujarnya.
Menurutnya, isi belangkas lebih sedap daripada isi ketam dan orang kampung percaya, ia boleh dijadikan makanan tambahan untuk menguatkan tenaga.
"Saya masak sehingga 40 ekor belangkas setiap hari," tambahnya.
Restoran Ibrahim yang beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 3 petang itu sering menjadi tumpuan penduduk di sekitar Bandar Penawar, Desaru, Bandar Emas serta beberapa kawasan Felda di sekitar Kota Tinggi. Ia juga mendapat perhatian para pelancong dari luar daerah termasuk Singapura.
Sebuah lagi restoran yang menyajikan menu belangkas adalah Restoran Belangkas Mahkota di Kota Tinggi.
Restoran yang terletak di Jalan Kota Tinggi- Mersing sejak 10 tahun lalu itu sering menjadi lokasi persinggahan penggemar masakan belangkas dalam kalangan masyarakat Melayu dan Cina.
Seperti sajian di restoran Ibrahim, menu istimewa dan sering mendapat permintaan tinggi adalah belangkas masak asam pedas kering.
Ia dijual pada harga RM5 bagi satu hidangan.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm
2 bekas pengurus besar Tabung Haji mula dipenjara semalam
2 bekas pengurus besar Tabung Haji mula dipenjara semalam
MOHD. AMIN |
MOHAMMAD SHAFIE |
KUALA LUMPUR - Dua bekas pengurus besar Tabung Haji, Datuk Mohd. Amin Sidek dan Datuk Mohammad Shafie diperintah menjalani hukuman penjara selama 10 tahun selepas Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan kedua-duanya menjalani hukuman itu mulai petang semalam.
Sejurus selepas Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Ab Aziz membuat keputusan itu, kedua-dua tertuduh kelihatan tenang tetapi disambut dengan tangisan oleh anggota keluarga masing-masing yang berada di dalam mahkamah.
Zainal Azman membuat keputusan itu selepas menolak hujah dan alasan-alasan bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman oleh kedua-dua peguam tertuduh, Mohd. Firuz Jaffril dan V. Rajadevan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad berhujah bahawa faktor kesalahan yang pertama dihadapi bukanlah faktor penting yang membolehkan mahkamah mempertimbangkannya.
Dzulkifli juga membantah hujah peguam, Firuz, supaya mahkamah mengambil perkiraan mengenai umur kedua-dua mereka yang kini sudah menghampiri 60 tahun dan tidak sesuai sekiranya dikenakan hukuman penjara yang terlalu lama.
"Saya rasa terdapat banyak kes yang melibatkan usia yang sebegitu berada di penjara iaitu 60 tahun tetapi itu bukanlah merupakan satu alasan yang munasabah," katanya.
Bagaimanapun, beliau bersimpati dengan keadaan mereka sekarang iaitu kedua-dua mereka ingin menghabiskan masa menjalani ibadah puasa bersama keluarga tetapi itu bukan satu faktor yang istimewa atau khas sehingga perlu diberi pengecualian.
Semalam, Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman penjara 10 tahun ke atas mereka kerana didapati bersalah menipu dan pecah amanah membabitkan RM200 juta wang Tabung Haji, lapan tahun lalu.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm
Saya tidak akan merayu - Kartika
ahmadsyakir.sazili@kosmo.com.my
SUNGAI SIPUT - Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor tidak akan berganjak dengan pendiriannya untuk menerima hukuman enam sebatan seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 18 Julai lalu.
Wanita berusia 32 tahun itu berkata, dia menghargai kenyataan beberapa pihak termasuk oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta beliau menimbangkan untuk merayu hukuman sebatan itu.
"Bagi saya, usaha untuk 'merayu' sebenarnya sudah berakhir iaitu selepas Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus memukul tukul di mahkamah dan menjatuhkan hukuman terhadap saya.
"Sejak saat itulah saya sudah nekad dan bersedia menerima hukuman (enam sebatan) itu," katanya ketika ditemui di rumah keluarganya di Kampung Jawang di sini petang semalam.
Sebelum itu, di Kuala Lumpur semalam, Najib berkata, Kartika boleh membuat rayuan terhadap hukuman sebat yang dikenakan ke atasnya dan tidak sepatutnya reda semata-mata untuk dihukum.
Menurut Kartika, ada sesuatu yang tidak kena jika dia memohon kepada mahkamah supaya hukuman sebatan itu tidak dilaksanakan sedangkan sebelum ini dia mempunyai masa dan hak untuk berbuat demikian.
"Sebelum ini sudah lima kali saya naik turun mahkamah dengan tujuan dapat mengelakkan hukuman sebat tetapi tiada siapa yang ambil kisah. Dalam tempoh merayu saya tidak berbuat begitu, inikan pula selepas waran penahanan telah dikeluarkan semalam (kelmarin)," ujarnya.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
Misteri tangguh hukuman - Campur tangan Peguam Negara halang Kartika disebat
shahrulanoor.ishak@kosmo.com.my
KUANTAN - Di sebalik penangguhan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor yang sepatutnya ditempatkan di Penjara Kajang kelmarin, banyak tanda tanya timbul dan pihak yang terbabit saling menuding jari menyalahkan pihak lain.
Tidak dapat dipastikan siapa yang benar dalam hal ini, tetapi yang pasti kontroversi itu mendapat liputan meluas termasuk oleh media asing.
Keputusan menangguhkan hukuman sebat ke atas Kartika dikatakan bukan kerana mahu menghormati Ramadan tetapi dipengaruhi keengganan pihak Penjara Wanita Kajang untuk melaksanakan hukuman tersebut.
Demikian dakwaan Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Abdul Rahim Jaafar mengenai kegagalan pelaksanaan hukuman sebat ke atas Kartika, 32, seperti yang dijadualkan sebelum ini.
Beliau mendakwa, pengurusan Penjara Kajang tidak membenarkan penjara tersebut dijadikan tempat melaksanakan hukuman itu mungkin disebabkan mereka menerima tekanan daripada pihak tertentu.
"Penangguhan tersebut tidak ada kaitan dengan faktor menghormati bulan Ramadan kerana Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sebelum ini memang memutuskan hukuman sebat dilaksanakan dalam bulan puasa untuk tujuan menginsafkan pesalah.
"Kita percaya pengurusan penjara itu mungkin memohon mendapatkan arahan daripada Pejabat Peguam Negara supaya hukuman sebat ke atas Kartika ditangguhkan. Mungkin ada campur tangan daripada pihak tertentu sehingga menyebabkan Pejabat Peguam Negara juga campur tangan," katanya ketika dihubungi semalam tetapi beliau enggan mendedahkan pihak yang dimaksudkannya.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0826&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
Kartika dibebaskan, bapa dakwa perubahan persenda Islam
SUNGAI SIPUT: Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, yang sepatutnya dibawa ke Penjara Wanita Kajang bagi menjalani hukuman sebat kerana meminum arak, dibebaskan.
Seorang pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berkata, perintah tahanan terhadap wanita itu tidak boleh dilaksanakan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada hukuman itu dibatalkan atau ditangguhkan.
Kartika Sari yang kelihatan terkejut dengan keputusan itu, bagaimanapun enggan keluar dari van JAIP dan mendesak supaya beliau dibawa untuk menjalani hukuman.
Bapanya, Shukarnor Mutalib, berkata sebarang perubahan hukuman hanya akan mempersendakan Islam.
Kartika dijatuhkan hukuman maksimum enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku salah minum arak di pusat hiburan di Cherating, dua tahun lalu.
Sebelum itu, tiga pegawai JAIP datang menjemput Kartika di rumah ibu bapanya di sini dengan sebuah van.
Kartika ditemani kakaknya, Kartina Sari Dewi, 34.
Hukuman sebat: Najib minta Kartika rayu
| Harakahdaily Tue | Aug 25, 09 | 2:06:26 pm MYT | |
PUTRAJAYA, 25 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini meminta Kartika Sari Dewi Shukarno yang dihukum sebat kerana minum arak supaya merayu hukuman itu. "Saya rasa pihak yang berkenaan sepatutnya membuat rayuan kepada pihak berkuasa negeri dan tidak terlalu cepat sangat redha dihukum," kata Najib dalam satu sidang media di sini. "Sebenarnya ada ruang untuk dirayu dan pihak berkuasa negeri sentiasa bertimbang rasa dalam hal ini," tambah beliau. Kenyataan Najib hari ini yang mahu model sambilan itu merayu keputusan Mahkamah Syariah Pahang merotannya dengan enam sebatan menandakan kebimbangan kerajaan persekutuan terhadap kes itu yang telah menarik perhatian antarabangsa. "Saya percaya pihak berkuasa yang berkenaan sensitif akan perkara ini dan sedar akan segala implikasi berhubung dengan kes ini," jelas Najib. Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan persekutuan tidak akan campur tangan dalam urusan pentadbiran agama Islam yang merupakan bidang kuasa kerajaan negeri. Kartika seorang model sambilan di Singapura dihukum denda RM5,000 dan dikenakan enam sebatan kerana minum arak di sebuah hotel di Kuantan. Beliau sepatutnya menjalani hukuman itu sebaik sahaja ditahan di Penjara Kajang bermula semalan. Bagaimanapun hukuman itu ditangguhkan dengan alasan hukuman rotan hanya boleh dilaksanakan selepas bulan Ramadhan. _ http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22244&Itemid=1 |
Tangguh hukum Kartika hingga ada tukang sebat syariah
|
| Hukuman sebat terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno kerana kesalahan minum arak akan ditangguhkan sehingga Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai kepakaran untuk melaksanakan hukuman itu mengikut undang-undang syariah. Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Jabatan Penjara tidak mempunyai tukang sebat yang berkemahiran untuk melaksanakan hukuman mengikut cara dan kaedah syariah. "Saya kena akui kita tak ada pengalaman dalam kes ini. Dari segi tanggungjawab saya difahamkan bahawa di bawah akta negara, kita (KDN) dipertanggungjawabkan tapi tak mungkin akan saya benarkan kita laksanakan hukuman itu sekiranya tidak mempunyai kemahiran, kepakaran dan tidak ikut hukum dan cara yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kepimpinan Petunjuk Bidang Keberhasilan Utama Negara di KDN. Beliau diminta mengulas mengenai penangguhan hukuman sebat terhadap Kartika yang dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Kuantan pada 18 Julai lepas kerana meminum arak di sebuah hotel di Cherating, Pahang. Semalam pengerusi Jawatankuasa Dakwah, Perpaduan dan NGO Pahang Datuk Mohd Safri Abdul Aziz dilaporkan berkata bahawa penangguhan hukuman sebat itu diputuskan oleh Ketua Hakim Syarie negeri Datuk Abdul Rahman Yunus bagi menghormati bulan Ramadan. Hishammuddin berkata Jabatan Penjara tidak memiliki tukang sebat syariah kerana selama ini tiada keperluan untuk jawatan berkenaan diwujudkan. "Selagi KDN tidak bersedia, selagi itu hukuman ini tidak dibuat. Bagi saya kalau kita tak ada orang yang buat, macam mana kita nak laksanakan hukuman secara adil. "Islam menuntut, kalau nak laksanakan mesti ikut hukum dan secara adil. Berapa lama masa yang diambil, jika kita boleh adakan (tukang sebat) dalam masa sehari, esok saya bersedia (untuk melaksanakannya)," katanya. Pelaksanakaan hukuman itu, kata Hishammuddin, akan tetap dilaksanakan sebagaimana yang ditetapkan oleh mahkamah namun ia perlu mengikut kaedah dan syariat yang dibenarkan. "Selama ini tidak ada keperluan, jadi tidak ada hukuman sebegini rupa dan kita tidak dipertanggungjawabkan. Tapi sekarang dah ada, jadi kita kena bersedia. Ketika ditanya mengenai keperluan untuk mewujudkan Penjara Syariah bagi menangani kes dan hukuman syariah, Hishammuddin berkata perkara itu bukan satu keperluan pada masa ini. BERNAMA http://www1.malaysiakini.com/news/111398 |
Sebat: Najib harap Kartika merayu
|
| Datuk Seri Najib Razak berkata Kartika Sari Dewi Shukarno - yang akan dihukum sebat enam rotan selepas Ramadhan atas kesalahan mengambil alkohol - boleh membuat rayuan dan tidak sepatutnya reda semata-mata untuk dihukum. Perdana menteri dilaporkan menjelaskan pendirian kerajaan pusat ialah ia tidak boleh mempertikaikan soal agama dan, tambahnya, soal agama terletak di bawah pihak berkuasa Mahkamah Syariah. Bagaimanapun, Kartika Sari mempunyai ruang untuk merayu,Bernama memetiknya sebagai berkata. Kartika Sari, 32, seorang model dilaporkan enggan merayu di atas hukumannya itu dan bersedia untuk menerima hukuman itu. Mengenai cadangan pembinaan jambatan antara Indonesia dan Semenanjung Malaysia seperti yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Najib berkata ia merupakan inisiatif swasta setakat ini. Kerajaan pusat akan mengkaji perkara itu sekiranya terdapat cadangan tetapi setakat ini belum ada cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan pusat, katanya. http://www1.malaysiakini.com/news/111343 |
Shahrizat jawab media: Sebat tidak zalim
|
| Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti hari ini menangkis laporan media antarabangsa bahawa Malaysia mengamalkan undang-undang yang zalim terhadap wanita susulan hukuman rotan terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata hukuman sebat dan denda maksimum yang dikenakan ke atas model sambilan itu atas kesalahan minum arak tidak merendahkan kredibiliti Mahkamah Syariah. “Saya kesal apabila kes ini mendapat perhatian pihak media antarabanga yang menggambarkan seolah-olah syariah di negara ini menzalimi semua wanita. "Isu ini mendapat perhatian banyak pihak. Ini juga mencemarkan nama baik negara kita yang amalkan undang-undang adil dan saksama,” katanya. "Pentadbiran undang-undang Islam di negara ini tidaklah senegatif yang disangka. Saya lihat sistem perundangan syariah kita masih belum jatuh kredibilitinya... Ini membawa gambaran negatif krepada sistem syariah. "Saya percaya sistem syariah, walau perlu dipertingkatkan, masih boleh dibanggakan," katanya lagi dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini. Beliau turut menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa kerajaan sedang memulihkan imej yang terjejas akibat isu berkaitan. "Ini bukan damage control, kita nak pastikan semangat Islam ditegakkan dalam kes-kes seperti ini," katanya. Beliau bagaimanapun menyifatkan keputusan mahkamah ke atas Kartika sebagai "sesuatu yang keterlaluan." "Kes ini dapat perhatian ramai dan banyak pihak temasuk saya sendiri melihat hukuman maksimum yang dijatuhkan adalah satu hukuman yang boleh dikatakan keterlaluan," katanya lagi. "Kita semua sedia maklum, tiada siapa pertikai bahawa undang-undang syariah Pahang menyatakan dengan jelas minum alkohol di tempat ramai adalah satu kesalahan, ini kita tidak pertikai," jelasnya lagi. "Tapi walaupun ini (menjatuhkan hukuman) hak hakim, yang saya amat terkilan dalam menegakkan syariat Islam, kita mesti bijaksana, mesti adil dan saksama dan dengan belas kasihan. “Saya khuatir undang-undang sebegini dikuatkuasa kerana beliau seorang wanita... Kalau nak mengajar pesalah, tidak boleh aibkan, apalagi kalau dia wanita," katanya lagi. Beliau juga menyambut baik tindakan Ketua Hakim Syariah Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus, yang mahu menyemak semula keputusan terhadap Kartika sebagai satu langkah positif apabila wanita berkenaan enggan merayu hukuman ke atasnya. "Hak (untuk merayu) itu berada di tangan Kartika. Dia patut gunakannya," katanya, yang beranggapan ibu beranak dua itu mngkin bertindak demikian kerana trauma dengan keputusan tersebut. Beliau yang turut mengakui tidak pernah menemui Kartika berhubung isu berkenaan juga berharap wanita berkenaan akan mengubah pendirian dan menggunakan ruang undang-undang yang ada bagi mendapatkan keadilan bagi kesnya. "Saya tidak mahu kes ini dilihat sebagai kes duluan (untuk kes seterusnya)," tambahnya. "Hakim mahkamah syariah telah beri sebatan maksimum tapi Kartika tidak membuat apa-apa usaha untu rayuan, oleh itu beliau diminta oleh pelbagai pihak untuk buat semakan terhadap keputusan tersebut. Tambahnya, hukuman tidak hanya untuk mendera tetapi juga berperanan memulihkan pesalah. Beliau sebelum itu mengumumkan bahawa Dasar Wanita Negara yang digubal pada 1989 akan dipinda tahun ini dan akan dilancarkan pada sambutan Hari Wanita Kebangsaan. http://www1.malaysiakini.com/news/111384 |
Tuesday, August 25, 2009
Sindir PM, majalah humor dirampas
| Sindir PM, majalah humor dirampas | |||
|
| Sekumpulan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu pejabat majalah humor terbaru Gedung Kartun hari ini susulan penerbitan edisi sulungnya yang menyindir perdana menteri. Sebanyak 408 naskhah majalah terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd dirampas bagi kesalahan bawah Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau penerbitan tanpa permit. Ketua pengarangnya Zunar berkata rampasan itu bermotif politik kerana pihaknya telah mendapat kelulusan secara lisan daripada KDN untuk menerbitkan Gedung Kartun. Ditemui Malaysiakini di pejabatnya sewaktu serbuan itu, beliau mencetak majalah tersebut tanpa mendapat surat kelulusan untuk mengelakkan karenah birokrasi. "Kita belum dapat surat rasmi tapi sebenarnya sudah ada kelulusan daripada menteri. Pada 14 Ogos, KDN janji untuk hantar surat dalam masa dua atau tiga hari. “Masalahnya tidak ada surat. Sepatutnya mereka keluarkanlah surat, selesailah masalah,” katanya lagi. Selain Najib, isterinya Rosmah Mansor dan beberapa pemimpin Umno, majalah setebal 68 halaman itu turut memuatkan "nostalgia 98", sejarah peristiwa penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri dan kemudian insiden mata lebam sewaktu dalam tahanan polis (foto kanan). Edisi untuk awal September, dicetak 10,000 naskhah, berada di pasaran mulai semalam dan dijual dengan harga RM4. Selain kartun, Gedung Kartun turut memuatkan artikel berbentuk satira politik oleh ramai penulis kreatif yang aktif di atas pentas seni alternatif antaranya Hishamuddin Rais, Pyanhabib dan Rahmat Haron. Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang kini lantang menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), turut menyumbang rencana. Majalah pimpinan kartunis politik terkemuka tanah air Zunar, atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Haque, menyentuh pelbagai isu semasa, antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya, dasar PPSMI dan akta kontroversi ISA (foto kiri). Dihubungi selepas serbuan itu, pemangku pengarah penguatkuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN cawangan Selangor menjelaskan penerbit masih tidak berhak menerbitkan majalah sekalipun telah mendapat nombor rujukan permit penerbitan (PP). "Ini bukan sebab formaliti. Kalau tidak ada surat, janganlah dia terbitkan dulu. "Bila dah dapat nombor dan ada kelulusan rasmi, barulah boleh cetak," kata Zainal Abidin Osman, yang turut mengesahkan operasi berkenaan yang turut melibatkan pegawai-pegawainya. "(Surat rasmi) ini macam kita ambil ujian memandulah. Kalau kita dah lulus semua dan diberitahu sudah lulus, kita masih tidak boleh memandu selagi belum dapat lesen," katanya kepada Malaysiakini. http://www1.malaysiakini.com/news/111321 |
Pegawai masjid S'gor boleh tangkap pesalah serta-merta
|
| Penguatkuasaan enakmen syariah di Selangor melalui dasar baru membenarkan pegawai masjid untuk menahan orang Islam yang minum arak dan tidak berpuasa "boleh dimulakan pada bila-bila masa" selepas menerima kad kuasa jabatan agama. Seorang imam yang diberikan kuasa itu berkata, taklimat berkaitan prosedur dan kaedah penahanan pelaku kedua-dua kesalahan tersebut diadakan semalam. Dihubungi Malaysiakini hari ini, imam 2 Masjid Jalan Kebun, Klang, Mohd Hafiz Mohd Hussain berkata, dalam taklimat sehari di Masjid Negeri di Shah Alam, kesemua imam dimaklumkan mengenai pendekatan baru itu. "Kita juga diberitahu, kad kuasa telah siap dan boleh diambil pada bila-bila masa sahaja di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya. Exco hal-ehwal Islam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali semalam mengumumkan nazir, imam, bilal dan siak di lebih 370 masjid di negeri berkenaan diberikan surat kuasa untuk membantu menguatkuasa Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995. Surat kuasa itu dilaporkan telah diberikan dua minggu lepas. Kesalahan yang diberi penekanan untuk dibanteras pada bulan Ramadhan ini antaranya makan, minum dan menghisap rokok di khalayak ramai - kesalahan bawah Seksyen 19 enakmen tersebut. Dr Hasan dipetik berkata pegawai masjid yang mempunyai surat kuasa itu bagaimanapun tidak boleh menangkap pesalah tetapi hanya mengambil butiran diri dan jenis kesalahan serta barang kes untuk diserah kepada pegawai penguatkuasa agama untuk tindakan lanjut. Pegawai masjid juga boleh menangkap orang Islam yang meminum arak tetapi perlu menyerahkan mereka kepada polis atau pegawai penguatkuasa agama. http://www1.malaysiakini.com/news/111339 |
Sebat: Najib harap Kartika merayu
|
| Datuk Seri Najib Razak berkata Kartika Sari Dewi Shukarno - yang akan dihukum sebat enam rotan selepas Ramadhan atas kesalahan mengambil alkohol - boleh membuat rayuan dan tidak sepatutnya reda semata-mata untuk dihukum. Perdana menteri dilaporkan menjelaskan pendirian kerajaan pusat ialah ia tidak boleh mempertikaikan soal agama dan, tambahnya, soal agama terletak di bawah pihak berkuasa Mahkamah Syariah. Bagaimanapun, Kartika Sari mempunyai ruang untuk merayu,Bernama memetiknya sebagai berkata. Kartika Sari, 32, seorang model dilaporkan enggan merayu di atas hukumannya itu dan bersedia untuk menerima hukuman itu. Mengenai cadangan pembinaan jambatan antara Indonesia dan Semenanjung Malaysia seperti yang dibangkitkan oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Najib berkata ia merupakan inisiatif swasta setakat ini. Kerajaan pusat akan mengkaji perkara itu sekiranya terdapat cadangan tetapi setakat ini belum ada cadangan yang dikemukakan kepada kerajaan pusat, katanya. http://www1.malaysiakini.com/news/111343 |
Sebat: Islam junjung tinggi keadilan
| Sebat: Islam junjung tinggi keadilan | |||
|
| Tahun ini kita akan sambut Hari Merdeka dengan menyebat seorang wanita Melayu kerana minum bir. Cerita hukum sebat telah disebar luas di seluruh dunia. Saya tak tahu apakah ini akan memberi imej baik atau tidak baik kepada agama Islam. Sebagai orang Islam kita tidak harus ambil berat pandangan orang lain terhadap Islam dalam melakukan suruhan agama. Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Apakah hukuman ini terdapat dalam undang-undang syariah di Malaysia. Bagi undang-undang biasa jenayah ditentukan bersama dengan hukuman kepada pesalah yang didapati bersalah. Jika kerajaan tidak memperkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim? Apakah ada larangan dalam Islam untuk memperkanunkan undang-undang syariah? Saya tanya soalan ini kerana terdapat perbezaan pendapat terhadap hukuman yang telah dijatuhkan keatas wanita ini. Janganlah kata saya tak Islam dan akan masuk neraka. Saya cuma tanya. Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan: "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama? Keadilan dan timbang rasa jelas menjadi ajaran yang utama dalam Islam. Mereka yang tidak adil dan tidak bertimbang rasa tidak mengikuti semangat keislaman. Mereka yang ahli dalam ilmu fiqah memanglah berhak menulis kitab berkenaan undang-undang Islam. Tetapi sebagai manusia biasa kemungkinan membuat tafsiran yang salah memang ada. Islam mendesak supaya kita rujuk kepada Al-Quran apabila kekeliruan berlaku atau menemui jalan buntu. Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum bir (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai? Tak perlu kita ambil berat pandangan orang tetapi umat manusia perlu tahu bahawa agama Islam menjunjung tinggi keadilan. Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan. Artikel pendek ini diterbitkan semula, sepenuhnya, daripada blog peribadi beliau Che Det. http://www1.malaysiakini.com/news/111332 |


