Hakim Salawati Djambari menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Jais Adon, 53, mengaku bersalah merogol anaknya yang berusia 16 tahun dan memerintahkan hukuman tersebut dijalankan bermula dari tarikh tangkapan dibuat iaitu pada 30 Oktober lalu. Salawati berkata, perlakuan seperti itu adalah sesuatu yang tidak seharusnya dilakukan oleh seorang bapa terhadap anak kandungnya sendiri dan perbuatan itu dianggap keji. ”Ini adalah kesalahan yang paling keji. Sebagai seorang bapa, kamu seharusnya melindungi anak sendiri dan bukannya merogol dirinya. Anak kamu juga mungkin akan mengalami trauma sepanjang hayatnya,” tegasnya. Tertuduh yang hadir memakai kemeja kotak-kotak dan berseluar khakis bagaimanapun tidak me�nunjukkan sebarang reaksi dan kelihatan tenang ketika hukuman itu dijatuhkan. Menurut fakta kes, mangsa membuat laporan polis pada pukul 12.15 pagi, 30 Oktober lalu mendakwa bahawa dirinya dirogol beberapa kali oleh bapanya sehingga pertengahan bulan lalu di rumah beralamat 1230, Jalan Bunga Dahlia, Kampung Separa, Kulaijaya. Mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk pemeriksaan lanjut dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami koyakan lama pada Hymen di beberapa kedudukan mengikut arah pusingan jam. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali. Ketika dibacakan pertuduhan, tertuduh terus me�ngaku bersalah dan merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan mengalami kecacatan di bahagian kaki selepas wmengalami kemalangan jalan raya baru-baru ini. Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Amira Sariaty Zainal memohon hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh yang sanggup merogol anak sendiri selain pengajaran bagi masyarakat umum. http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8398944.asp |
Sunday, November 14, 2010
Lelaki rogol anak
Muhyiddin: Iktiraf hak kaum lain untuk dapat sokongan
Timbalan Perdana Menteri berkata rakyat negara ini perlu memandangkan ke hadapan untuk melihat kejayaan Malaysia dan tidak sepatutnya memperdulikan apa yang dikritik oleh pihak lain.
"Masyarakat India, hanya 10-11 peratus, tetapi kita tetap kena beri sokongan dan galakan untuk mereka berjaya. Begitu juga Tionghua walaupun hanya kira-kira 20 peratus, pun kena sokong juga.
"Orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak pun perlu dihormati. Kita tak boleh berjaya kalau tak bertanggungjawab untuk jayakan usaha bersama," katanya dalam ucapannya pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2010 di Taman Keladi di Sunhai Petani hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Manusia Kedah S. Manikumar serta kedua-dua Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan iaitu Datuk Joseph Salang Gandum dan Datuk Maglin Dennnis D'cruz.
Muhyiddin berkata masyarakat di negara ini juga perlu mengamalkan sikap mencintai semua budaya di negara ini tanpa mengira kaum.
"Saya mempunyai pandangan menerusi seni dan budaya boleh capai banyak perkara, antaranya perpaduan. Orang Melayu kena fahami budaya orang Cina dan India. Begitu juga orang Tionghua dan India kena terima budaya kaum-kaum lain.
"Semalam ada dibentang di Kabinet berkenaan kertas cadangan industri kreatif. Menerusinya semua kaum diberi peluang untuk mencemerlangkan seni budaya masing-masing," katanya.
Beliau berkata rakyat Malaysia tidak sepatutnya melupakan ciri-ciri keMalaysianan yang telah membentuk rakyat di negara ini iaitu antaranya hormat menghormati, dan berbudi bahasa.
"Baru-baru ini bila banjir di Kedah, semua masyarakat di negara ini tampil. Semua kaum dibantu. Usaha-usaha seperti ini kita perlu teruskan. Seperti masyarakat India, walaupun minoriti, kerajaan BN akan teruskan bantuan, sokongan dan kerjasama. Orang yang cuba menghalang perpaduan adalah orang yang tidak berpandangan jauh," katanya.
Muhyiddin berkata masyarakat di negara ini perlu mencari cara untuk bersekutu dan dalam hal ini anak-anak muda perlu diberi perhatian dan bimbingan supaya mereka sedar kepentingannya.
"Kita di Malaysia ini sebenarnya kian lama kita kian bersatu," katanya.
Beliau berkata amalan berkunjung ke rumah-rumah penganut agama lain sewaktu hari perayaan merupakan amalan yang telah lama dilakukan dalam menyatupadukan rakyat di seluruh tanah air.
Sementara itu, Subramaniam ketika berucap mewakili masyarakat India berkata kerajaan sentiasa berusaha mengenal pasti masalah kaum India dan mencari penyelesaiannya.
"Terima kasih kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri kerana kesediaan untuk mendengar masalah semua kaum di negara ini. Mereka sentiasa bersama bersungguh-sungguh untuk mencapai satu idelogi kebangsaan," katanya.
Hampir 30,000 orang hadir pada majlis rumah terbuka ini.
Terdahulu, Rais yang tiba pada 4.30 petang mengunjungi enam rumah keluarga India di Taman Keladi dan menyerahkan sumbangan yang berupa sari, dhotti, wang tunai RM1,000 dan komputer riba 1Malaysia.
--Bernama
Banjir: Umno BN hanya ambil kesempatan
BUKIT MERTAJAM, 13 Nov: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar membidas Umno Barisan Nasional (BN) khususnya dalam isu sumbangan yang diberikan oleh mereka bagi membantu sebahagian besar rakyat yang ditimpa musibah atau bencana dalam negara.
Menurutnya, sudah menjadi amalan Umno dan BN memanipulasikan apa jua sumbangan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat (PR) supaya diberikan imej buruk dengan pelbagai dakwaan yang bersifat prejudis.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah isu semasa anjuran PAS Kawasan Bukit Mertajam dan cawangan Cherok Tok Kun di Galeri Pejuang, Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah, kelmarin.
Mengulas isu sumbangan kepada mangsa banjir di Kedah, beliau menyifatkan kepimpinan Umno dan BN yang turun padang adalah tidak telus jika dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan oleh kepimpinan Kerajaan Negeri Kedah.
"Sebelum mereka sampai dari Kuala Lumpur ke Pendang, Kubang Pasu, Pokok Sena atau Padang Terap yang dilanda banjir besar, kita sudah pun meredah air banjir. Walaupun kita turun padang dini hari mereka tidak beri liputan yang adil.
"Media arus perdana yang mengamalkan diskriminasi sehingga menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. Mereka mengambil kesempatan di atas kesusahan dan musibah yang menimpa rakyat untuk raih sokongan.
"Amalan tidak telus Umno BN inilah yang menyebabkan mereka akan tersungkur sekali lagi dalam pilihan raya yang akan datang apabila rakyat sedar politik murahan yang sedang diamalkan mereka tidak mampu untuk mengembalikan sokongan rakyat terhadap mereka," ujarnya lagi.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena menyifatkan Umno BN tidak bijak dalam menangani masalah membantu mangsa banjir yang terlibat di Kedah baru-baru ini.
Dalam pada itu katanya, pemimpin Umno BN hanya datang ke pusat penempatan banjir setelah mangsa dipindahkan dan berada dalam keadaan baik sedangkan kepimpinan kerajaan negeri meredah air banjir sehingga basah kuyup.
"Media Umno BN tak berani dedahkan perkara sebenar apa yang telah kerajaan negeri lakukan. Memang mereka tak berani beri publisiti kerana takut sekiranya rakyat tahu kerajaan negeri turun padang sebelum mereka dari pusat sampai, sebab itulah saya nyatakan Umno BN mengamalkan politik murahan yang tidak bermoral dalam menangani musibah yang menimpa rakyat. Mereka ambil kesempatan di atas kesusahan orang lain bagi menjadikan ia sebagai kredit," tegasnya lagi.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29454:banjir-umno-bn-hanya-ambil-kesempatan&catid=1:utama&Itemid=50
Persepsi 'Melayu lemah' mainan politik Umno
SHAH ALAM, 13 Nov: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata slogan 'Ketuanan Melayu' yang dimainkan Umno dengan menanam persepsi Melayu lemah adalah tidak berasas sama sekali.
Buktinya, kata beliau sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 penguasaan kerusi Melayu di parlimen terus meningkat dari 108 kepada 130 kerusi pada PRU 2008.
"Kita telah tunjukkan dan amat jelas statistiknya bahawa kedudukan politik Melayu dari sudut itu adalah kuat.
"Maka yang sebenarnya sebab Melayu dilihat lemah ini ialah kerajaan Umno BN yang dibentuk selepas PRU 2008 itu," katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat.
Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan kertas kerja ‘Umno dan Krisis Ketuanan Melayu’ pada Seminar PAS Ganti Umno, di sini, hari ini.
Katanya, yang lemah bukan Melayu tetapi Umno, khususnya selepas Pilihan Raya Umum 2008.
Menurutnya, Umno sengaja mewujudkan persepsi tersebut selepas hilang sokongan Melayu pada PRU ke 12.
Ianya ditambah pula dengan beberapa negeri dominan Melayu seperti Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor dikuasai Pakatan Rakyat.
"Krisis politik Umno hari ini mempunyai dua punca utama iaitu masalah ekonomi orang Melayu dan masalah undi orang Melayu," katanya lagi.
Umno, katanya, sedar bahawa dasar baru yang dibuat selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) tamat pada 1990 sehingga kini tidak banyak menaikkan taraf hidup orang Melayu.
Mereka juga sedar bahawa dasar-dasar politik mereka juga sudah tidak dapat diterima Orang Melayu.
Beliau turut menyenaraikan semula 17 bukti Umno pengkhianatan Melayu yang pernah didedahkannya sebelum ini.
Antaranya melemahkan institusi raja Melayu, melemahkan sistem kehakiman, menarik royalti Terengganu dan menyekat royalti Kelantan, memperkenal PPSMI, menarik peruntukan Sekolah Agama Rakyat dan terbaru mahu menggadai tanah Kampung Baru kepada bukan Melayu.
Namun segala krisis Umno itu diterbalikkan dan dituding kepada Pakatan Rakyat sebagai yang bersalah dalam 'permainan politik' mereka.
Beliau memberi contoh bagaimana kerajaan PR Selangor dan Perak menjadi mangsa serangan Umno kerana kedua-dua negeri ini mempunyai adun bukan Melayu lebih ramai khususnya dari DAP dan PKR.
"Ladang ternakan babi di Selangor, walaupun dirancang semasa BN, tetapi digambarkan sebagai projek PR yang dipengaruhi DAP.
"Di Perak, dasar menukar status tanah TOL kepada tanah miilik kepada masyarakat Cina yang berpuluh tahun mendudukinya, dikaitkan sebagai kekuatan DAP dan kelemahan PAS," katanya.
Permainan politik Umno BN juga disifatkannya sebagai berjaya dengan membawa imej sederhana apabila parti-parti pembangkang ditonjol sebagai ekstremis.
Rakyat kini, katanya sedang menilai kredibiliti BN dan akan terus menyokong PR jika PAS, PKR dan DAP mampu membuktikan bahawa mereka boleh duduk bersama.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29457:melayu-lemah-mainan-politik-umno&catid=1:utama&Itemid=50
Jalan mati untuk Zaid kembali ke Umno
"Zaid, kita buang dia. Kita nak bawa dia balik buat apa?" kata Tengku Adnan ketika ditanya peluang Zaid sekiranya ingin kembali kepada Umno.
"Kita hendak orang yang masuk parti kita, parti komponen BN, orang-orang yang menjiwai perjuangan bukan untuk mencapai sesuatu bagi diri masing-masing," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvo Kanak-kanak Tabika/Taska KEMAS sekitar Putrajaya, hari ini.
Pada 8 November lalu, Zaid telah menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan meletak semua jawatannya dalam parti itu berikutan dakwaan bahawa pemilihan parti itu tidak telus.
Namun, Zaid yang dipecat dari Umno pada Disember 2008 dan menyertai PKR enam bulan selepas pemecatannya, sehingga kini belum menyatakan untuk kembali ke pangkuan Umno dan hanya dilaporkan bercadang untuk menubuhkan parti politik yang baru.
--Bernama
Peratusan mengundi di cabang Zaid amat lembab
| Abdul Rahim Sabri Nov 13, 10 3:37pm |
Bagaimanapun, rata-rata anggota akar umbi yang ditemuiMalaysiakini di tempat pengundian di Taman Melati menafikan faktor penarikan ketua cabang mereka sebelum ini Datuk Zaid Ibrahim menjadi faktor kurangnya kehadiran pengundi.
Ini bermakna keputusan keluar mengundi hanya kira-kira 3 peratus, kemungkinan antara yang terendah setakat ini.
Menurut Ketua Pemuda PKR (AMK) Wangsa Maju Mohd Hamdi Mohd Said, kehadiran pengundi perlahan, bukan disebabkan penarikan diri Zaid bertanding jawatan timbalan presiden.
"Mungkin mereka (anggota) mempunyai urusan lain... Cabang Wangsa Maju telah mengadakan mesyuarat, kita tidak ada masalah (dengan penarikan Zaid).
"Kita terus berjuang kerana sebelum ini pun berjuang tanpa beliau," katanya ketika ditemui Malaysiakini di pusat pengundian itu tengah hari tadi.
Mohd Hamdi - antara pengasas cabang berkenaan - sebelum ini menjangkakan lebih ramai akan keluar mengundi selepas jam 2 petang.
Bagaimanapun, ia terbukti meleset akhirnya.
Terlalu kecewa
Manakala timbalan ketua cabang Wangsa Maju Mazlan Abdul Jalil pula berkata akar umbi di cabang itu kecewa dengan keputusan Zaid mengundurkan diri.
"(Malah) kenyataan beliau sebelum ini (pun) juga tidak sealiran dengan ahli yang berjuang sejak awal reformasi dahulu," katanya.
Pada pandangannya, rata-rata akar umbi di sini akan memilih "tokoh reformis yang betul-betul memperjuangkan hasrat parti".
Sementara itu, pemimpin ranting di cabang itu Mazlan Harun pula kelihatan terlalu kecewa dengan bekas bosnya di cabang itu.
"Saya lebih suka dia (Zaid) keluar PKR. Kami berjuang 24 jam pada parti. Dia orang baru, kita ini orang lama," katanya.
Pada minggu pertama pemilihan PKR, peratusan keluar mengundi hanya sekitar sembilan peratus manakala pada minggu kedua pula meningkat kepada 12 peratus.
100 berdemo depan ibu pejabat PKR
| Regina Lee Nov 13, 10 3:08pm |
Bagaimanapun, sebahagian besar daripada 'penunjuk perasaan' yang hingar bingar yang dibawa datang dengan tiga bas itu nampaknya tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku.
Bagaimanapun ketika ditanya oleh pemberita, kumpulan itu dilihat tidak berapa pasti berhubung perkara itu dan status keanggotaan mereka dalam PKR.
Kamisah Arippin, 75, sambil menunjuk kepada seseorang, berkata beliau datang selepas dijemput untuk 'acara' 30 minit.
Kawannya, Kamariah Bapu, 70, dan Zaleka Mohd Ashin, 72, mengakui mereka bukan anggota PKR dan hanya mengecam Jenapala yang pernah dilihat mereka beberapa kali di kaca televisyen.
Bagaimanapun, menurut Jenapala, kesemua mereka anggota PKR yang "sangat sedih dengan pemilihan parti".
"Tetapi saya tidak nafikan sebahagian kecil daripada mereka mungkin dibayar untuk terlibat dalam program ini untuk sabotaj saya," dakwanya.
[Baca berita penuh]
Penduduk Merapi berkorban kerana lembu
"Mengapa banyak orang meninggal, kerana mereka cinta kepada sapinya," kata Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Dr Syamsul Maarif.
Hubungan itu sangat istimewa sehingga penduduk di situ enggan menjual lembu-lembu itu walaupun kerajaan menawar untuk membeli semua haiwan peliharaan mereka bagi mengelakkan mereka sering pulang rumah semasa Merapi masih aktif meletus sekarang.
Ada penduduk yang enggan berpindah ke pusat pemindahan kerana tidak mahu berpisah dengan lembu mereka, dan bagi yang berpindah pula, mereka akan kembali setiap hari ke rumah masing-masing untuk memberi makan lembu dan memerah susunya untuk jualan dan pendapatan mereka.
"Ada seorang perempuan warga mas di pusat pemindahan yang merintih kepada pasukan penyelamat untuk membawanya pulang ke rumah setiap hari semata-mata untuk bertemu dengan lembu-lembunya, dan selepas mengusap dengan penuh kasih sayang haiwan itu dengan tangannya selama beberapa ketika, beliau baru boleh dibawa turun semula ke pusat pemindahan," katanya.
Sehingga kini, bilangan kematian bencana letusan Merapi meningkat lebih 200 orang dan ia terus meningkat apabila pasukan pencari dan penyelamat menemui mayat-mayat penduduk yang dilaporkan hilang dalam kejadian letusan paling dahsyat pada 5 Nov lalu.
Kecuali pada hari itu apabila Merapi meletus paling dahsyat dan di luar dugaan yang menyebabkan sebilangan penduduk mati kerana tidak sempat menyelamatkan diri, kebanyakan kes kematian dalam bencana kali ini ialah penduduk pulang untuk memberi makan lembu mereka dan sekaligus mengambil susu.
Pemeliharaan lembu, kebanyakannya jenis tenusu, merupakan budaya hidup masyarakat di lereng Merapi sejak sekian lama. Pada masa ini terdapat puluhan ribu lembu di lereng gunung berapi berusia 400,000 tahun itu.
Tinjauan Bernama di lereng gunung itu sebelum Merapi meletus mendapati pemandangan biasa di situ ialah kebanyakan penduduk berjalan kaki membawa sabit yang tajam bagi memotong rumput di kawasan yang menghampiri puncak Merapi dan rumput itu menjadi makanan penting lembu mereka.
Tinjauan terkini pula mendapati banyak motosikal sarat dengan muatan rumput, kadang-kadang melebihi ketinggian kepala penunggang motosikal itu, diangkut mendaki gunung itu.
"Kami terpaksa membeli rumput dari bawah untuk memberi makan lembu kami kerana rumput-rumput di sini sudah dimusnahkan awan panas abu volkanik Merapi yang meletus beberapa kali sebelum ini," kata Maria Seger Rahayu.
Maria, pengusaha butik di pekan kecil Surowono, Klaten, merupakan antara keluarga yang enggan berpindah kerana mahu menjaga perniagaannya selain menjaga lembu peliharaan keluarganya.
"Boleh dikatakan setiap rumah memelihara lembu, kami ada lima ekor, ada keluarga yang mempunyai lapan ekor dan lebih," katanya.
Persoalannya ialah jika ini penyebabnya banyak kematian, kenapa lembu-lembu itu tidak dipindahkan ke kawasan selamat bersama penduduk agar mereka tidak perlu kembali ke rumah masing-masing bagi menjaga lembu-lembu itu.
"Lembu-lembu ini jumlahnya puluhan ribu, di Boyolali sahaja ada 50,000 ekor. Sebagai jalan keluar Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah mengusulkan agar kerajaan membeli semua sapi ini, namun ia bukan semudah itu kerana faktor hubungan istimewa penduduk dengan lembu-lembu peliharaan mereka itu," katanya.
Operasi pemindahan penduduk merupakan satu lagi cabaran BNPB kerana ada penduduk yang akan bersembunyi ketika anggota pasukan penyelamat berkunjung ke rumah mereka untuk dipindah dan diselamatkan.
Bagaimanapun pihak berkuasa tidak pernah berputus asa dalam usahanya dan antara tindakan yang dilakukan ialah menggunakan anggota tentera bagi melakukan pemindahan paksa iaitu dengan menangkap mereka yang enggan berpindah walaupun terpaksa berdepan dengan sebahagian penduduk yang menjerit dan meronta-ronta dalam proses pemindahan itu.
Dalam usaha menyelamatkan nyawa dalam keadaan kecemasan pula, anggota pasukan penyelamat bukan lagi mengetuk pintu rumah mengejutkan penduduk, malah mereka terpaksa memecahkan pintu dan terus mengangkat penduduk yang sedang nyenyak tidur dalam kes Merapi meletus di waktu dinihari.
Sejak Merapi meletus kali pertama pada 26 Okt lepas, jumlah penduduk yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan bertambah daripada belasan ribu orang kepada 500,000 orang sekarang. Radius jarak keselamatan pula telah diperluaskan dari 10km di luar puncak Merapi itu kepada 20km sekarang.
"Menguruskan 500,000 orang ini yang dengan pelbagai ragam manusia bukan suatu perkara yang mudah. Kami terpaksa menyediakan pelbagai kemudahan dan keperluan harian yang asas selain memberi makan mereka tiga kali sehari.
"Dengan adanya kemudahan telefon bimbit, kumpulan-kumpulan penduduk juga sering berpindah dari satu pusat pemindahan ke pusat pemindahan lain apabila tertarik dengan menu makanan di tempat itu.
"Masing-masing ada telefon bimbit, mereka akan bertanya rakan-rakan di pusat pemindahan lain apa menunya di sana? Jika sesuai dengan selera mereka, mereka berpindah pula ke situ," kata Dr Syamsul.
--Bernama
Presiden PKR 'arah' henti kritik sama sendiri
Menurutnya, ini kerana perkara sebegitu hanya akan "membuka ruang kepada musuh".
"Kita yakin ini akan menatijahkan semangat dan kekuatan baru kepada ahli dan parti," katanya yang menang tanpa bertanding sebagai presiden dalam pemilihan langsung kali pertama itu.
Dalam satu kenyatan hari ini, Wan Azizah (kiri) memberi jaminan bahawa Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR dan beliau sendiri akan memberi perhatian serius terhadap kritikan yang dibuat melalui perbagai cara.
"Bahkan kita telah pun memulakan tindakan dan tumpuan diberikan kepada kes-kes yang mempunyai petunjuk yang jelas.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahi etika yang digariskan," katanya.
Semalam, Pengerusi PJR Pahang Datuk Fauzi Abd Rahman menyerahkan Resolusi Rapat Anak Muda Malaysia bertarikh 10 November 2010.
Resolusi enam perkara itu berkaitan perjalanan pemilihan pimpinan parti yang sedang berjalan.
Wan Azizah juga menyifatkan tindakan menyerahkan resolusi itu merupakan proses yang baik mengikut saluran yang tepat dan menunjukkan kematangan anggota dalam menangani isu-isu berbangkit.
MB: Laporan larang bina rumah ibadah tidak tepat
Sebaliknya, dalam satu kenyataan petang ini, ia menegaskan bahawa kerajaan negeri prihatin keperluan membina tempat-tempat ibadat secara terperancang.
Berikut adalah kenyataan sekretariat akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor:
Terdapat beberapa versi laporan berhubung jawapan yang diberikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai isu pembinaan kuil ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Ibrahim Sani pada sesi sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), semalam.
Kerajaan Negeri Selangor ingin menjelaskan pendirian mengenai pembinaan kuil dan rumah ibadat lain iaitu
- Pembinaan tempat-tempat beribadat harus dibuat secara terancang dan mengikut garis panduan kerajaan demi memastikan kepuasan semua pihak yang terlibat
- Projek perumahan baru yang bakal dibina di Selangor diwajibkan mengambil kira kewujudan kuil dan rumah ibadat lain yang sudah wujud di kawasan tapak atau kawasan berdekatan tapak pembinaan
Sekiranya pihak pemaju gagal mengambil kira rumah-rumah ibadat yang sudah wujud berdekatan dengan tapak pembangunan atau sekurang-kurangnya menyediakan rancangan rapi untuk pemindahan rumah ibadat tersebut yang dipersetujui semua pihak terlibat, kelulusan untuk membina tidak akan diberi.
Sejak Julai 2008, Kerajaan Negeri Selangor telah meluluskan 30 geran tanah kepada kuil Hindu manakala 15 lagi masih menunggu kelulusan Exco untuk diwartakan.
Permohonan bagi membina rumah ibadat perlu diperhalusi melalui kajian mendalam dan setiap kelulusan yang dibuat tertakluk kepada kekosongan tanah, kesesuaian lokasi dan keperluan penduduk setempat.
Laporan media yang mendakwa Kerajaan Pakatan Rakyat tidak mengambil kira kuil dan rumah ibadat lain ketika meluluskan projek pembangunan adalah tidak tepat.
Pegawai Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar bertugas sepanjang DNS berlangsung dan sedia memberi penjelasan jika terdapat sebarang kekeliruan.
MIC bantah larangan bina kuil di kawasan Islam
| MIC bantah larangan bina kuil di kawasan Islam | ||||
Keputusan kerajaan Selangor yang melarang pembinaan rumah ibadat bukan Islam di negeri itu menimbulkan kemarahan MIC yang menuntut ia ditarik balik. “Adakah ini bermakna orang Islam dan bukan Islam tidak boleh tinggal bersama? Tidakkah anda berjanji kepada pengundi bahawa jika parti anda menang (pada pilihan raya umum lalu), anda akan berlaku adil kepada semua bangsa dan memberi layanan saksama?” soal Samy Vellu dalam satu kenyatataan hari ini. Samy Vellu mengulas jawapan yang diberikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di dewan undangan negeri Selangor, semalam. Khalid, semasa menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ismail Sani (BN-Dusun Tua), berkata rumah ibadat bukan Islam tidak boleh dibina sebarangan bagi mengelakkan ketegangan kaum. Samy Vellu mendakwa peraturan baru Khalid itu secara sistematik cuba memisahkan masyarakat Islam dan bukan Islam. “Bagi tahu saya di mana tidak ada tempat majoriti penduduk Islam di kawasan perumahan. Di mana bukan Islam akan mencari tempat membina rumah ibadat? Presiden MIC itu juga mengingatkan Khalid supaya tidak 'bermain dengan api' dengan mempersoalkan kebebasan beragama yang dijamin oleh perlembagaan persekutuan. “Kebebasan itu memberi hak setiap warga negara hak untuk membina rumah ibadat mereka di kawasan perumahan, tidak kira sama ada di kawasan majoriti Islam ataupun bukan Islam,” katanya. Menurut Samy Vellu, kerajaan negeri Selangor perlu menarik balik larangan itu atau menerima padahnya. Dalam pada itu, pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan hari mengeluarkan penjelasan berhubung larangan itu. Menurut kenyataan itu pembinaan tempat-tempat beribadat harus dibuat secara terancang dan mengikut garis panduan kerajaan demi memastikan kepuasan semua pihak yang terlibat. http://malaysiakini.com/news/148055 |
Usul rancang satu lagi demo BERSIH
| Usul rancang satu lagi demo BERSIH | ||||
Satu lagi himpunan Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (BERSIH) dirancang diadakan tahun depan kerana "kerajaan tidak ada kecenderungan untuk memenuhi tuntutan gabungan itu". Usul tersebut dibuat oleh Pemuda kawasan Parit, Perak dan disokong oleh Pemuda kawasan Kapar serta Dewan Pemuda PAS Terengganu, kata Pengerusi jawatankuasa usul Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat kepada Malaysiakini hari ini. Memorandum tersebut mengandungi tuntutan, antaranya, mendesak kerajaan menggunakan dakwat kekal sewakstu pilihan raya dijalankan, menghapuskan undi pos dan menggunakan daftar pemilih yang bersih dalam pilihan raya umum lalu. Sementara itu, muktamar Dewan Ulama pula meluluskan sebulat suara mendesak pimpinan Pakatan Rakyat supaya lebih berhati-hati dan cermat dalam pemilihan calon dalam pilihan raya akan datang. Mereka juga mendesak kepimpinan tertinggi parti itu supaya menaikkan taraf badan yang dikenali sebagai Urusan Ulama PAS kawasan kepada Dewan Ulama PAS kawasan. Usul berkenaan mendapat sokongan padu daripada perwakilan yang hadir. Perwakilan muktamar tersebut juga mengambil ketetapan untuk memastikan dasar dan prinsip pejuangan PAS dipertahankan di samping memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Muktamar Dewan Ulama juga meluluskan usul tergempar yang dibentang oleh Urusan Ulama kawasan Pengkalan Chepa yang mencadang diwujudkan unit khas kaunseling bagi menyedarkan golongan remaja terhadap gejala sosial yang berlaku sekarang. Wakil kawasan tersebut Nik Razi Nik Mat berkata, ulama hendaklah tampil berperanan menangani masalah remaja dalam masyarakat. Usul tersebut dilulus tanpa sebarang bantahan. http://malaysiakini.com/news/134281 |
1,000 banjiri pelancaran kempen BERSIH 2.0
| 1,000 banjiri pelancaran kempen BERSIH 2.0 | |||
Hampir 1,000 orang membanjiri Dewan Sivik Petaling Jaya bagi menyaksikan pelancaran kempen baru untuk pilihan raya bersih dan adil yang dinamakan BERSIH 2.0. Pelbagai pemimpin politik dan NGO hadir dalam majlis tersebut, termasuklah bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, exco kerajaan Selangor Teresa Kok serta beberapa anggota parlimen Pakatan Rakyat seperti Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor), Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja), Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) dan Loh Gwo Burne (PKR-Kelana Jaya). Majlis itu dimulakan dengan persembahan bertenaga daripada kumpulan Orang Asli Jerai dan standup comedy daripada aktivis, kolumnis dan pengarah filem Hishammudin Rais. BERSIH - gabungan parti politik dan puluhaan NGO - sebelum ini menggegarkan politik negara apabila berjaya menganjurkan demonstrasi besar melibatkan 40,00 orang di Kuala Lumpur bagi menyampaikan tuntutan mereka kepada Yang Di-Pertuan Agung. Dan langkah pertama BERSIH ialah menyerahkan memorandum yang menyenaraikan 15 cadangan pembaharuan pilihan raya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai murni apolitis, tidak berniat menganjur demonstrasi besar seperti sebelumnya, sebaliknya mahu memfokus pada pendidikan awam. |
Nazri kesal polis tahan sukarela Majlis Peguam
| Salhan K Ahmad & Regina Lee Okt 14, 10 6:21pm |
Malah, risalah itu sendiri dilancarkan oleh Nazri dalam satu majlis anjuran Majlis Peguam pada Februari 2009 dan April 2006 lalu.
“Jika mereka ditahan hanya kerana mengedarkan perlembagaan dan mereka tidak melanggar apa-apa undang-undang, saya tidak faham kenapa mereka ditahan,” kata Nazri dalam satu wawancara denganMalaysiakini.
Mengulas lanjut, beliau berkata penahanan itu jelas merupakan tindakan yang mengekang kebebasan bersuara dan kegiatan orang awam.
“(Media) perlu (laporkan) perkara ini kerana kita bukan Negara Polis. Pada saya tidak sepatutnya berlaku penahanan salah. Anda hanya boleh tahan seseorang jika mereka disyaki melanggar undang-undang atau seumpamanya,” katanya.
Ketika ditanya, beliau bagaimanapun menolak pandangan bahawa insiden itu berlaku disebabkan 'pertentangan' di antara pihak polis dan peguam.
“Ia tidak patut dianggap bahawa (polis) diarahkan untuk berbuat demikian. Saya tidak fikir begitu, saya tidak fikir ada arahan tetap bahawa polis perlu serang peguam,” katanya lagi.
Undi pos: Pemuda PAS masih percaya demo
| Undi pos: Pemuda PAS masih percaya demo | |||||
Dewan Pemuda PAS masih berpendapat, demonstrasi masih merupakan jalan yang berkesan bagi menyampaikan tuntutan terhadap pilihan raya yang bersih dan adil. "Kalau tuntutan tidak ada hasil, apa penyelesaian? "Kita turun ke jalan raya kembalilah," katanya sambil menyifatkan pendekatan baru BERSIH 2.0 dan peranan parti politik bergerak seiring. Suhaizan yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS berkata, pihaknya menghormati kaedah baru BERSIH 2.0 bawah pimpinan pengerusi sekarang Datuk Ambiga Sreenevasan. Pada 9 Julai lalu, BERSIH 2.0 kembali semula selepas dua tahun melakukan pembersihan dirinya daripada parti politik, dengan ikrar untuk tidak lagi turun ke jalanan untuk mencapai matlamatnya. Ambiga Sreenevasan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai murni apolitis, tidak berniat menganjur demonstrasi besar seperti sebelumnya, sebaliknya mahu memfokus pada pendidikan awam. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Suhaizan bagaimanapun berkata, jika SPR berminat mendapatkan pandangan Pemuda PAS, mereka bersedia menemui pengarahnya Tan Sri Abdul Aziz Yusuf. Pertemuan itu, katanya, sudah pasti digunakan bagi 'menuntut janji' Abdul Aziz bagi melakukan penambahbaikan sistem undi pos yang selama ini dianggap pembangkang sebagai "deposit tetap" BN. Pemuda PAS dilihat serius mahu mengadakan satu lagi perhimpunan pada 2011 kerana "kerajaan tidak ada kecenderungan untuk memenuhi tuntutan gabungan itu". Cadangan itu diluluskan sebulat suara dalam muktamar agung tahunnya di Kota Bharu pada 10 Jun lalu. http://malaysiakini.com/news/148043 |
Jawatan no 2 PKR: Mustaffa protes tapi terus tanding
| Jawatan no 2 PKR: Mustaffa protes tapi terus tanding | |||
Naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub akan terus bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu yang sedang berlangsung. Sidang media hari ini diadakan selepas kata-dua 48 jam yang diberikannya kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berakhir semalam, yang menuntut supaya pemilihan ditangguhkan kerana didakwa berlaku penyelewengan. "Tetapi selepas berjumpa dengan Dr Molly Cheah (pengerusi JPP) semalam, beliau memberikan tiga komitmen kepada saya dan saya memutuskan untuk mengambil jalan tengah. "Jika pemilihan 2010 tetap diteruskan, saya akan kekal bertanding walaupun dalam protes. Tindakan ini sebagai menghormati pandangan dan keyakinan anggota-anggota peringkat akar umbi yang menginginkan saya terus bertanding jawatan itu," katanya sambil menambah bahawa beliau bukan seorang “pengacau”. Katanya, Cheah dan JPP bersetuju dengan beberapa tuntutannya seperti yang digariskan dalam memorandumnya. Antaranya:-
“Meskipun memahami hasrat dan rintihan sesetengah ahli akar umbi yang mahu saya memboikot atau menarik diri dari pemilihan, namun untuk kepentingan parti, saya akan terus bertanding,” katanya. “Terdapat persepsi bahawa JPP tiada kuasa autonomi dan anda tidak boleh nafikan bahawa integriti dan kebebasannya kini dipersoalkan,” katanya. Pada sidangmedia di Petaling jaya, pagi ini, naib presiden PKR itu juga memberi contoh berhubung beberapa ahli JPP yang kelihatan memakai lencana beberapa calon yang bertanding. “Sudah tentu, ini menimbulkan kemarahan sesetengah ahli,” katanya. Mustaffa juga mendakwa sesetengah aduan semasa pemilihan cabang yang berakhir bulan lalu tidak dipandang serius oleh JPP mahupun sekretariat PKR sendiri. [Baca berita penuh] http://malaysiakini.com/news/148006 |
Pemain billiard terkenal dunia pula peluk Islam
MASHAD (Iran), 12 Nov: Pemain billiard terkenal dunia, David John (gambar) mengumumkan dirinya memeluk agama Islam dalam satu upacara di bandar Mashad, Iran timur laut.
Upacara itu turut dihadiri oleh Ketua Pendidikan Jasmani, Ali Saeid Lou dan Imam Sayyed Reza Taghavi, menurut Taqrib News Agency (TNA).
David pernah menajdi juara EBSA, kejohanan billiard yang penting di peringkat dunia, pada tahun 2002 dan 2003.
Sebelum ini, adik ipar bekas Perdana Menteri Britain Tony Blair, Lauren Booth, memeluk Islam selepas menziarahi makam Fatimah al-Masumeh di bandar Qom, Iran sekembalinya ke Britain enam minggu lalu.
Booth, 43, wartawan penyiaran di Press TV, saluran berita bahasa Inggeris Iran adalah adik kepada Cherie Blair, isteri bekas perdana menteri Britain itu.
"Setelah menziarah makam Fatimah Al-Masumeh itu, saya merasa suatu kejutan spiritual, nyaman dan tenteram," katanya kepada akhbar The Mail.
David John menukar namanya menjadi Davood setelah memeluk Islam (Davood sama dengan David mengikut nama Iran) dan berkata, "Revolusi terjadi dalam diri saya ketika saya sampai di Mashad. Saya berharap bahawa selama ini saya boleh menjadi seorang Muslim lebih baik lagi belajar," katanya.
"Saya pernah menjadi jurulatih di Dubai, Qatar dan Bahrain untuk beberapa tahun dan selama itu saya sudah begitu akrab dengan Islam," tambah David.
"Ketika saya datang ke Iran, saya tertawan dengan budaya Iran dan setelah menuju ke Mashad saya memutuskan untuk memeluk Islam," tegas David.
Ketika upacara, Imam Sayyed Reza Taqhavi mengucapkan selamat kepada kemasukannya dalam Islam sambil menyebut, "pandangan kita terhadap Non-Muslim dan Muslim adalah humanistik."
"Menghormati semua manusia adalah salah satu peraturan dalam Islam," kata Imam Sayyed Reza Taqavi.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29449:pemain-billiard-terkenal-dunia-pula-peluk-islam&catid=1:utama&Itemid=50
PAS harap SPRM berani tangkap 'jerung'
KUALA LUMPUR, 12 Nov: Rakyat sekali lagi sedang memerhati apakah akan ada sebarang tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pesalah 'jerung' seperti yang didedahkan Ketua Audit Negara dalam laporan audit 2009 baru-baru ini.
Bagi PAS, mereka mahu SPRM berani berani bertindak khususnya terhadap 15 kes penyelewengan termasuk di Kementerian Pertahanan yang melibatkan sejumlah RM310,000 wang rakyat digunakan untuk persiapan bilik VVIP.
Ianya termasuk kos set lampu (chandelier) RM10 000, home theatre RM12,000, kertas dinding (wallpaper) RM95,800 dan set sofa RM13,000."Setiap kali laporan audit dikeluarkan menyebabkan rakyat yang prihatin sesak dada kerana memikirkan bagaimana wang negara dibelanjakan semacam harta emak bapa mereka, tanpa memikirkan rakyat yang masih ramai menderita.
"Kita tentu masih ingat bagaimana Pendedahan yang dipetik dari Laporan Ketua Audit Negara 2006 tentang perbedaan ketara harga pasaran dengan harga yang dibayar untuk beberapa peralatan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad.
Tambahnya, ramai terkejut bagaimana harga set screw driver boleh menjadi RM224.94 sedangkan harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital kodak melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik RM42.80 (harga pasaran RM5.20), set tea 6 kerusi RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran RM50).
Lebih menarik lagi katanya apabila pihak audit tahun 2006 tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan 6 buah kapal peronda (Petrol Vessel – PV) Tentera Laut Diraja Malaysia yang berjumlah RM943.46 juta kepada kontraktor bagi tempoh Disember 1999 hingga Januari 2002 disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan yang berkenaan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan.
"Kos membina 6 buah PV ini ialah RM5.35 bilion. Baucer yang hilang bukan bernilai RM10, tetapi hampir RM1 bilion. Jika pegawai kerajaan yang buat tuntutan tol sebanyak RM 3 pun perlukan dokumen, tiba-tiba wang rakyat sebanyak RM 1 bilion diberi kepada kontraktor tanpa dokumen. Apa sudah jadi dengan negara kita?," soalnya.
"Apa makna laporan audit yang saban tahun melaporkan cukup baik, malangnya yang memimpin negara tidak sensitif untuk memperbaiki penyelewengan," tambahnya lagi.
Pada laporan audit negara 2008 juga melaporkan berlaku ketirisan sebanyak RM 28 bilion.
Sehubungan itu, PAS tegasnya mengharapkan SPRM bertegas dan mengheret mereka yang bertanggungjawab atas kewangan awam mesti ke muka pengadilan, termasuklah jerung yang bertaraf menteri.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29443:pas-harap-sprm-berani-tangkap-jerung&catid=1:utama&Itemid=50
Bandar Satelit Islam dijangka siap 2012
KOTA BHARU, 11 Nov: Kemajuan Projek Bandar Stalite Islam, Pasir Tumboh kini telah sampai ke tahap 40 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2012 atau pun awal 2013.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata, projek itu sebagai penambahbaikan kepada Pondok Pasir Tumboh, dengan mengekalkan struktur asalnya.
“Dijadikan sebagai tempat ibadat, pusat pengajian agama Islam, dilengkapkan dengan hotel serta kedai,” katanya pada persidangan Dun, kelmarin.
Beliau berkata, Projek Bandar Satelit Islam satu projek usahasama antara Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) dengan sebuah syarikat swasta, MSO Corporation Sdn Bhd.
Sementara Produk Pelancongan Kandis, Bachok seluas tujuh ekar dalam kawasan Pondok Moden (Pusat Pengajian Pondok), Bachok pula dibangunkan dengan kos RM18 juta.
Dibangunkan hotel apartmen yang ketinggiannya 16 tingkat, mempunyai 107 unit bilik apartmen, sama ada berbentuk satu bilik, dua bilik dan juga tiga bilik bagi satu-satu unit, terletak di dalam kawasan Pondok yang berkonsepkan berkonsepkan ‘Bakti Katil’ dan ‘Perkongsian Masa’ (times sharing syarie) di samping disediakan untuk pesara-pesara dan pelajar IPTA.
“Dengan konsep ‘Bakti Katil’ di mana sasarannya ialah untuk jutawan anak-anak Kelantan yang berada di perantauan, mereka boleh menempatkan keluarga mereka, manakala konsep ‘Perkongsian Masa’ pula membolehkan pembeli memberi sewa kepada orang lain atau menetap sendiri dalam tempoh beberapa hari atau waktu.
“Sementara ‘Hotel Untuk Pesara’ pula membolehkan sama ada pesara berkenaan menetap di situ atau menetap ketika pulang dari perantauan.
“Dan pembinaan hotel itu ‘mengadunkan’ suasana antara masjid dan pondok serta antara laut dan kawasan rekreasi untuk percutian,” katanya.
Mengenai pelancongan kesihatan, Takiyuddin menjelaskan bahawa pihak kerajaan negeri tidak bermasalah dalam membangunkan sektor itu.
“Setakat ini kerjasama dengan pihak Kementerian Pelancongan tidak timbul masalah,” katanya.
Kemasukan pelancong domestik dan antarabangsa ke negeri ini pada 2009 ialah seramai 4.8 juta orang yang terdiri daripada 4.2 juta pelancong domestik, manakala pelancong antarabangsa ialah 0.6 juta.
Sementara itu, jumlah kemasukan pelancong bagi 2010 ialah 78.76 peratus.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29425:bandar-satelit-islam-dijangka-siap-2012&catid=51:negeri-kelantan-darul-naim&Itemid=96
BN bimbang kesan 'pembaziran' Yayasan S'gor
Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah membatalkan hasrat menghadiri majlis sambutan ulangtahun ke-40 Yayasan Selangor di Kuala Lumpur Isnin ini selepas dukacita apabila dimaklumkan kos perbelanjaan yang tinggi untuk majlis itu.
Noh berkata Yayasan Selangor ditubuhkan BN bagi menjaga kebajikan anak-anak luar bandar dan ia telah berjaya menghasilkan ribuan anak Selangor yang berjaya di dalam pelajaran.
"Apabila pentadbiran baru mengambil alih, cara mereka tadbir Selangor tidak pentingkan pendidikan rakyat Selangor," katanya.
Beliau mempersoalkan pembaziran dalam penganjuran majlis itu yang didakwa bukannya melebihi RM300,000 seperti yang dilaporkan sebelum ini tetapi melebihi RM800,000.
Sebelum ini, Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki dilaporkan berkata kos sebenar majlis itu adalah RM285,000 bagi menampung penyediaan makanan untuk jemputan khas seramai 200 orang kenamaan dan 2,000 tetamu lain.
Ilham berkata Yayasan Selangor terpaksa menyewa tiga khemah besar selain belanja hiasan, kad jemputan, gimik persembahan dan sistem siar raya.
Bagaimanapun, Noh berkata jika kos sewa khemah besar itu mahal, banyak lagi dewan-dewan milik kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan yang boleh digunakan.
Pembaziran yang dilakukan oleh Yayasan Selangor di dalam aktiviti-aktivitinya cukup banyak dan Noh mendakwa BN mempunyai bukti.
Beliau berkata ini menunjukkan perbelanjaan besar yang dikeluarkan oleh Yayasan Selangor tidak memberi faedah kepada rakyat negeri ini.
"Umno Selangor melihat bukan sahaja Yayasan Selangor menuju kehancuran tetapi masa hadapan generasi muda juga menuju kehancuran kerana kerajaan Selangor tidak prihatin kepada pembangunan pendidikan Selangor.
"Unisel (Universiti Industri Selangor) kita nak tunggu, saya dapat maklumat ini juga akan menuju kehancuran kerana kos tidak langsung pengurusan menghadapi masalah," katanya.
Noh yang juga Menteri Pertanian Industri Asas Tani berkata beliau bersedia untuk berhadapan dengan semua Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor bagi menjawab segala pertanyaan mengenai program pembangunan pertanian termasuk isu masalah padi angin yang dikatakan antara punca hasil tuaian padi menurun.
Beliau berkata adalah tidak adil kerana isu itu dibangkitkan di dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor minggu lepas dan beliau sebagai Menteri Pertanian tidak dapat menjawabnya kerana platformnya berlainan.
--Bernama