Saturday, November 20, 2010

Sistem satu ahli satu undi untuk masa depan PKR

Nov 17, 10 5:50pm

PKR tidak akan tunduk kepada kritikan, tuduhan dan ugutan melulu terhadap pemilihan parti malah tetap komited untuk menyemarakkan demokrasi tulen yang memberikan hak mengundi kepada setiap ahli.

NONESetiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata sistem satu ahli satu undi yang diperkenalkan pada pemilihan kali ini adalah sejajar dengan matlamat memberikan akar umbi hak menentukan corak kepimpinan parti.

"Kita percaya kepada prinsip memberikan hak dan juga kepada setiap anggota yang sebenarnya boleh dianggap bijak dan mampu berfikir bagi menentukan corak kepimpinan yang mereka hendak amanahkan bagi menerajui kepimpinan parti," kata Saifuddin kepada TV Selangor, melalui segmen bual bicara, Terus Terang.

PKR adalah parti politik pertama di Malaysia memperkenalkan sistem pemilihan secara langsung dengan setiap ahli di peringkat cabang berhak memilih pemimpin peringkat nasional.

pjs pkr polling 141110 registrationNamun pemilihan beberapa cabang tercemar dengan tuduhan proses pengundian tidak telus termasuk pengiraan kertas undi selain dakwaan provokasi luar dari bukan ahli parti.

Kemuncak tidak puas hati sistem baru pemilihan itu adalah apabila bekas menteri kabinet, Datuk Zaid Ibrahim tidak meneruskan saingannya sebagai timbalan presiden dan bertindak keluar dari parti.

Krisis paling hebat

Seorang lagi calon timbalan presiden, Mustaffa Kamil Ayub juga telah berulang-kali meminta pemilihan kali ini ditangguhkan tetapi tidak dilayan.

PKR yang jarang-jarang mendapat ruang di media arus perdana, tiba-tiba mendapat perhatian apabila segala pergolakan parti itu diberikan perhatian khusus dan dilaporkan sebagai krisis paling hebat dalam PKR.

azlanNamun Saifuddin berkata segala tuduhan mesti ditangani secara tenang dan dinilai dari konteks yang betul.

“Tidak ada keperluan untuk parti menekan butang kecemasan.

"Kita kena ingat sistem pemilihan yang adil adalah satu proses terbuka yang mengundang segala macam masalah, sama ada reaksi dari orang luar mahupun orang dalam. Itu tidak dapat dielakkan.

"Reaksi dari orang luar kita anggap sebahagian daripada minat mereka terhadap proses ini. Reaksi daripada orang dalam, baik yang berupa aduan, komen, kritik, adalah satu lagi perkara yang berlaku secara terbuka.

"Kalau mereka salurkan melalui saluran parti, kita akan tangani cara saluran parti. Kalau mereka memilih untuk meletupkannya secara terbuka, kita akan hadapi secara terbuka," kata Saifuddin.

subang pkr polling 141110 lining upBeliau menegaskan PKR sebagai sebuah parti masa depan, harus berani membawa perubahan hatta mencuba sesuatu yang baru.

Beliau berkata dengan memperkenalkan sistem pemilihan secara langsung, PKR memberikan petunjuk jelas bahawa ia adalah sebuah parti untuk masa depan.

"Politik itu bersifat dinamik. Yang namanya politik itu bukan sesuatu yang berbentuk statik. Mesti ada keberanian untuk mencuba sesuatu yang baru. Bermula dengan proses penamaan calon biar pun belum pernah dilakukan oleh mana-mana parti," katanya.

Suara rakyat

Berbeza dengan parti perkauman seperti Umno dan rakan parti komponennya dalam BN, Saifuddin berkata PKR bergerak jauh ke hadapan dengan mendokong suara rakyat tanpa mengira latar belakang dan fahaman agama.

kapar pkr polling 141110 gateAtas sebab itu, kira-kira 400,000 ahli PKR di seluruh negara berjaya disatukan di bawah satu bumbung parti dengan komposisi 50 peratus masyarakat berbangsa Melayu, 23 peratus India, 12 peratus Cina dan 15 pelbagai etnik dari Sabah dan Sarawak.

"Kalau hendak dilihat dari rupa wajah politik Malaysia akan datang, cerminannya sudah ada pada parti Keadilan,” katanya.

Namun tegasnya, PKR yakin, sistem pemilihan sebegitu adalah cara terbaik untuk menzahirkan konsep perjuangan yang dibawanya.

"Saya fikir untuk jangka masa panjangnya, dari sudut falsafah, dari sudut prinsipnya, saya percaya parti Keadilan sedang bergerak pada landasan yang betul untuk memberikan satu rupa dan wajah baru kepada politik negara pada satu masa nanti," katanya lagi.

http://malaysiakini.com/news/148465

Kurang patriotik: Bekas tentera bidas Zahid Hamidi

Kurang patriotik: Bekas tentera bidas Zahid Hamidi

Joseph Sipalan
Nov 18, 10
11:25am

Apabila Laksamana (B) K Thanabalasingam bersetuju menjadi panglima tentera laut negara yang pertama, tidak terlintas di fikirannya bahawa kesetiaannya kepada negara akan dipersoalkan.

NONEBeliau yang mengetuai operasi tentera laut dan dipertanggungjawab melindung keselamatan Malaysia daripada pelbagai ancaman antara tahun 1960-an hingga 1970-an terguris dan tergaman apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang berkata masyarakat bukan Melayu kurang semangat patriotik kerana tidak berminat menyertai angkatan tentera.

“Saya tak faham, bagaimana kenyataan itu boleh dibuat... saya telah melalui banyak perkara dan saya tidak peduli siapa yang berkata demikian, ia menguris perasaan saya. Saya dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia dan saya bercadang untuk mati di sini,” kata Thanabalasingam.

Veteran tentera berusia 75 tahun itu memegang jawatan tertinggi tentera laut selama sembilan tahun satu bulan sebelum bersara pada Januari 1977 berkata tidak pernah timbul kurang patriotik di kalanagn bukan Melayu dalam mempertahankan negara.

NONEBeliau mengimbas zaman mudanya ketika bersama rakan-rakannya berbangsa Melayu berjuang bersama tanpa mengira mereka dalam tentera laut, darat, udara ataupun pasukan polis - menghalau kebangkitan komunis selama tiga dekad daripada 1950-an hingga ia berakhir pada 1989, perjuangan semasa mempertahankan Malaysia semasa Konfrontasi dengan Indonesia daripada 1963 hingga 1966.

Konfrontasi

“Malah semasa konfrontasi, banyak pertempuran di Selat Singapura dan Selat Melaka. Ketika itu, dua pegawai saya dianugerahkan pingat PGB (Panglima Gagah Berani), iaitu anugerah paling tinggi untuk keberanian kerana meletupkan Operasi Komando Kor Indonesia (KKO) semasa kami diserang.

us navy frigate warship 030709 03“Seorang pegawai berbangsa India yang kemudiannya bersara sebagai laksamana pertama, manakala seorang lagi berbangsa Serani juga bersara sebagai laksamana pertama. Mengapa mereka diberi PGB? Kerana keberanian ketika bertugas,” katanya dengan nada marah bercampur kesal.

Bagi Brig Jen (B) Datuk Goh Seng Toh pula, beliau lebih lantang dalam bidasannya dan menyifatkan kenyataan Zahid itu sebagai “tidak adil, bodoh dan rasis”.

NONEGoh, 65, berkata sebelum sesiapa menuduh bukan Melayu tidak rela berkhidmat dengan angkatan tentera, mereka, khususnya pemimpin negara perlu menunjukkan teladan tentang apa yang mereka perkatakan itu.

“Dia (Zahid) menyalak pada pokok yang salah... jika awak bercakap mengenai patriotisme, saya ada satu soalan; adakah anak-anak menteri kita menganggotai angkatan tentera? Jika tidak, hujah yang sama terpakai untuk mereka, kenapa hanya mensasarkan orang Cina?

"Saya ditembak dua kali oleh pengganas komunis di Betong di sempadan Thai-Malaysia. Saya nyaris terbunuh lebih dari satu kali tetapi tidak pernah kecut. Jika siapa-siapa yang persoalkan semangat patriotik saya, saya marah,” kata veteran tentera yang telah berkhidmat 35 tahun untuk negara itu.

graduation ceremonyKedua-dua pegawai tentera kanan itu setuju bahawa isu kurang anggota bukan Melayu dalam angkatan tentera bukan kerana kesetiaan mereka tetapi lebih menjurus kepada cabaran di dunia moden ini.

Thanabalasingam berkata golongan buka Melayu lebih mengambil berat berhubung prospek kerjaya mereka. Ini kerana persepsinya ialah golong bukan Melayu seringkali diketepikan apabila peluang kenaikkan pangkat dalam pasukan tentera itu.

Naik pangkat

“Hari ini, orang ramai lebih berminat dengan kerjaya. Sekarang ini, mereka sertai tentera dan bukan hanya ikut arahan sahaja. Mereka mahu lihat apa peluang mereka, bolehkah gaji mencukupi bagi sara keluarga, beri pendidikan kepada anak-anak.. besarkan mereka dengan selesa.

military tentera askar soldier malaysia 260307 wataniah“Jika keadaannya betul, mereka akan sertai. Angkatan tentera mesti membuktikan mereka menjanjikan masa depan dan prospek yang baik kepada anggotanya serta tiada diskriminasi dalam kenaikkan pangkat atau mengikuti kursus khas di luar negara,” katanya.

Goh berkata angkatan tentera juga gagal menangani persepi bahawa bangsa seseorang anggota diambil kira semasa proses kenaikkan pangkat.

"Terdapat elemen kebenaran dalam kenyataan itu, kecuali awak berkata semua orang Cina yang menyertai angkata tentera tak bagus. Ini tidak benar kerana kebanyakan mereka bagus dan cekap tetapi mereka tinggalkan angkatan tentera kerana peluang naik pangkat tidak cerah.”

Goh, yang dinaikkan pangkat ke Brig Jen pada 1997 – tiga tahun sebelum beliau bersara - berkata antara sebab lain kurangnya askar bukan Melayu dalam ketenteraan negara adalah kerana sebahagian besar Angkatan Tentera Malaysia diwakili oleh Rejimen Askar Melayu Diraja.

military malaysia army tentera 131106 dress uniform"Tiada seorang pun bukan Melayu boleh menganggotainya. Tiada Cina, India, Iban atau mana-mana bangsa boleh sertai rejimen ini. Awak mesti jadi Melayu (untuk menyertai RAMD).

“Saya tidak tahu banyak mana rejimen seumpama itu, tetapi andaikan ia mewakilinya 50 peratus daripada tentera negara, cuma ada peluang 50 peratus lagi kepada bangsa-bangsa lain dan ini pula kebanyakannya dalam bahagian perkhidmatan dan sokongan tentera,” katanya.

Namun menurut, Thanabalasingam beliau yakin rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama akan bersatu dan menawarkan diri mempertahankan negara jika keselamatan Malaysia terancam.

“Jika kita berperang hari ini, saya akan tawar diri melakukan apa yang terdaya, walaupun saya kini berjalan menggunakan tongkat, ramai juga akan buat demikian untuk mempertahnkan negara,” katanya.

http://malaysiakini.com/news/148490





Pindaan perlembagaan BN timbulkan keresahan

Pindaan perlembagaan BN timbulkan keresahan

S Pathmawathy
Nov 18, 10
10:08am

Cadangan supaya perdana menteri selaku pengerusi BN diberi kuasa penuh berhubung pemilihan calon bagi pilihan raya akan datang dikatakan tidak mendapat sokongan sebahagian besar pemimpin parti komponen gabungan itu.

mca agm 2004 111004 bn leadersSumber yang rapat dengan gabungan itu memberitahu Malaysiakini bahawa cadangan berkenaan dimasukkan dalam draf pindaan dan telah diserahkan kepada 13 parti komponen BN pada awal tahun ini untuk pertimbangan mereka.

"Apa gunanya menjadi presiden parti? Ia tidak masuk akal. Kalau macam itu, lebih baik presiden bubarkan semua parti komponen dan jadikan BN sebagai satu parti.

“Amalan sekarang adalah bagi presiden parti mencadangkan nama calon, walaupun keputusan muktamad di tangan ketua BN.

"Tetapi sekarang hak ini mahu dirampas dan kuasa diberikan kepada satu orang sahaja,” kata sumber itu.

najib and barisan nasionalIsu berkenaan menjadi 'duri dalam daging' dan semakin mendesak apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memikirkan sama ada untuk membubarkan parlimen supaya pilihan raya umum diadakan pada tahun depan.

Namun menurut sumber itu lagi, Najib kemungkinan besar akan melengkapkan penggalnya sebagai perdana menteri sebelum membubarkan parlimen.

Selain itu, perjanjian perkongsian kuasa bagi memastikan pengerusi BN berkuasa penuh, sumber itu berkata ada juga cadangan supaya BN yang selama ini membuat sebarang keputusan secara konsensus menggantikannya dengan undi majoriti.

Isu-isu berkenaan akan dibincangkan pada konvensyen BN minggu depan selain mencari jalan menyuntik semangat baru selepas kekalahan teruk mereka pada pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Ia dijadualkan pada 28 November ini di Wisma MCA, Kuala Lumpur.

barisan nasional"Mengikut perlembagaan BN, semua 13 parti komponen, masing-masing dikehendaki menghantar tiga perwakilan. Justeru, akan ada 45 hingga 50 perwakilan yang akan hadir membuat keputusan berkenaan.”

Menurut sumber itu lagi, pindaan ke atas perlembagaan mesti pertamanya diluluskan oleh mesyuarat agung tahunan BN - yang akan dijadualkan kemudian - sebelum ia boleh dikuatkuasakan.

Katanya lagi, pemimpin utama parti juga akan menghadiri mesyuarat pengurusan BN pada Jumaat ini yang akan dipengerusikan oleh timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

gerakan agm 111008 bn leaders.jpg"Perdana Menteri mahu mandat baru - kerana beliau baru ambil-alih daripada Abdullah dan tidak dilantik oleh rakyat.

"Bagaimanapun besar kemungkinan isu mengenai pilihan raya umum tidak akan dibincangkan pasa mesyuarat itu. Tetapi kita mungkin, buat pertama kalinya membincangkan cadangan pindaan perlembagaan itu,” kata sumber itu lagi.

Tambahnya, ramai yang berpendapat lebih banyak perlu dilakukan untuk parti-parti kecil di kalangan gabungan BN.

"Mereka beri kami (kereta) Kancil tetapi menjangkakan kami bertindak seperti BMW," rungutnya.

http://malaysiakini.com/news/148483

Pengkisahan Memali imbau insiden 25 tahun

Pengkisahan Memali imbau insiden 25 tahun

Abdul Rahim Sabri
Nov 19, 10
1:09pm

Sambutan jubli perak selama tiga hari bagi memperingati peristiwa Memali bermula hari ini.

NONEKetua penerangan Pemuda PAS Kedah, Nasir Zakaria. kemuncak program ini ialah apabila setiausaha PAS Kedah Senator Yusof Husin membaca satu pengkisahan mengenai peristiwa berdarah itu.

"Ini kerana beliau terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit," katanya sambil menambah pengkisahan itu akan berlangsung pada hari ketiga, iaitu Ahad ini.

Menurutnya, program itu akan berlangsung di Madrasah Islahiah Diniah - sekolah yang diasaskan oleh Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Tiada permit polis

Nasir berkata pihaknya tidak memohon permit polis, kerana program tersebut dibuat di dalam kawasan sekolah dan berharap program itu berlangsung dengan aman tanpa kekecohan.

NONE"Sebelum ini kita buat (program) tidak pernah berlaku apa-apa kekecohan. Berlangsung dengan aman," katanya.

Namun katanya, pihak penganjur juga telah memaklumkan kepada polis berhubung penganjuran program berkenaan.

PAS menganggarkan kira-kira 50 ribu pengunjung dari seluruh negara akan menghadiri penganjuran "ala-ala karnival" dalam sambutan ulang tahun ke-25 memperingati peristiwa Memali.

Selain pengkisahan itu, pelbagai program juga disusun bermula hari ini yang dianjurkan Pemuda PAS Kedah dengan kerjasama Pemuda PAS di peringkat pusat.

NONE"Apa yang menarik dalam program ini adalah kita mahu mengimbau insiden yang berlaku 25 tahun lalu. Ada di kalangan generasi (yang berumur) 25 tahun, tidak mengetahui (sejarah) peristiwa ini.

"Kita mahu menyampaikan sejarah peristiwa Memali. Kita mahu peristiwa ini sentiasa segar dalam ingatan rakyat di negara ini," kata Nasir.

Tragedi Memali pada 1985 menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ibrahim Libya yang merupakan orang kuat PAS dan 35 pengikutnya di bawah Akta ISA 1960.

NONEMereka didakwa disyaki terlibat dalam kegiatan yang menggugat keselamatan negara.

Menurut kerajaan, semasa operasi tersebut, pihak polis telah diserang oleh pengikut-pengikut Ibrahim dengan bersenjatakan senjata api, parang, pedang dan buluh runcing.

Pihak polis telah menyeru mereka supaya meletakkan senjata dan menyerah diri secara aman tetapi didakwa tidak diendahkan dan demi mempertahankan diri dan mematahkan serangan tersebut, pihak polis mendakwa terpaksa menggunakan senjata api dan melepaskan tembakan.

Konvoi bermotosikal

NONEPeristiwa tersebut, turut mengorbankan empat anggota polis 23 anggota polis dan 14 orang awam mengalami kecederaan.

Menurut Nasir, lagi program sambutan memperingati peristiwa yang menyayat hati itu dibuat setiap tahun bagaimanapun kali ini dianggap istimewa kerana sempena genapnya 25 tahun peristiwa itu.

Nasir berkata, program selama tiga hari ini diisi dengan program antaranya, ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana.

Selain itu, Nasir juga berkata pantomin mengisahkan rakyat Palestin akan juga dipentaskan bagi memberi kesedaran kepada rakyat mengenai kesengsaraan yang masih terus dihadapi oleh saudara Islam mereka di bumi Anbiya'.

memali 25 year anniversary, pas supporters"Konvoi bermotosikal dibuat oleh semua 15 kawasan seluruh Kedah menuju ke Memali dan saya difahamkan turut disertai oleh beberapa kawasan dari Perak.

"Ceramah pembukaan malam ini yang akan disempurnakan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Kita menjangkakan kira-kira 8,000 orang akan menghadirinya sekiranya cuaca mengizinkan," katanya ketika dihubungi pagi ini.

http://malaysiakini.com/news/148606



Memali: Kemuncak Umno takut berhujah

Harakahdaily

BALING, 20 Nov: Tragedi berdarah Memali 1985 adalah kemuncak ketakutan Umno untuk berlawan hujah dengan PAS, kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Mengkisahkan semula sejarah hitam tersebut, Presiden PAS itu berkata, ianya bermula dengan isu kafir mengkafir di mana PAS pada waktu itu dituduh mengkafirkan Umno.

Ekoran itu Perdana Menteri ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad mencabar PAS berdebat.

"PAS setuju berdebat. Umno bagi pelbagai syarat yang dijangka PAS akan tolak, tetapi PAS berani menerima.

"Antaranya Umno yang menetapkan tajuk debat dan Umno yang menjadi pengerusi debat.

"Apabila tiba masa dijanjikan, PAS bersiap untuk ke RTM, tiba-tiba Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu isytihar debat dibatalkan," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-25 Memperingati Peristiwa Memali di sini, malam tadi.

Ceritanya lanjut, beliau berkata, Dr. Mahathir kemudiannya menghimpunkan pemimpin Umno dalam satu himpunan dan memarahi ulama-ulama Umno kerana tidak berani berdebat.

Kerajaan kemudiannya mula memberi tekanan terhadap PAS dengan mengganggu ceramah PAS dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mula digunakan untuk menahan pimpinan PAS.

Menurutnya, ramai pemimpin PAS yang berjaya ditahan polis melainkan Ustaz Ibrahim Libya.

"Kerajaan BN berunding dengan pimpinan PAS mohon dipujuk supaya ustaz Ibrahim menyerah diri, namun PAS membantah.

"Sebaliknya kita mendesak supaya arahan menangkapnya ditarik balik.

"Oleh kerana mereka tidak mampu berhujah, kemuncaknya berlakulah pembunuhan Memali," kata Abdul Hadi lagi.

Tragedi Memali menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ustaz Ibrahim Libya yang merupakan orang kuat PAS dan 35 yang lain di bawah ISA 1960.

Selepas pembunuhan berlaku, ulama-ulama PAS mengisytiharkan mereka yang terbunuh adalah syahid.

Sekat kebangkitan PAS

Menurut Abdul Hadi lagi, tragedi Memali juga antara lain dirancang bagi mematahkan kebangkitan PAS melawan Umno ketika itu.

Namun ujarnya, semangat perjuangan PAS tidak pernah mati seperti yang diinginkan pemerintah, malah terus subur dan semakin ramai orang mendokong PAS termasuk bukan Islam.

Sambutan jubli perak selama tiga hari bagi memperingati peristiwa Memali diadakan di Madrasah Islahiah Diniah - sekolah yang diasaskan oleh Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Ianya adalah anjuran Dewan Pemuda PAS Kedah dengan kerjasama Pemuda PAS Pusat.

Kemuncak program ini adalah pengkisahan semula peristiwa berdarah itu yang akan disampaikan Setiausaha PAS Kedah, Senator Muhammad Yusof Husin di akhir program tersebut.

Beliau adalah antara yang terlibat secara langsung dengan peristiwa terbabit.

Antara pengisian lain sepanjang program tersebut termasuklah, ijtimak guru dan pelajar pondok, konvoi Pemuda PAS, persembahan nasyid, tahlil perdana, klinik smart solat, pameran gambar tragedi berkenaan, pameran jabatan pendidikan negeri, dan ceramah perdana.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29511:memali-kemuncak-umno-takut-berhujah&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Usul tergempar bincang kekeliruan Aidiladha

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub (gambar) akan mengemukakan usul tergempar agar isu tarikh Aidiladha yang berbeza dua hari dengan tarikh dan masa wukuf di Arab Saudi dibincang di Dewan Rakyat, Isnin ini.

Usul tersebut dikemukakan beliau kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, semalam.

Dalam usul tersebut, beliau yang juga Naib Presiden PAS mendakwa sambutan Aidil Adha pada Rabu lalu "sangat pelik, menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam di negara ini".

Beliau mengemukakan usul berkenaan bagi menangguhkan mesyuarat di bawah peraturan perkara 18(1).

Berikut ialah usul penuh beliau.

Adalah saya Haji Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian) dengan ini memohon supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk merundingkan perkara yang pada hemat dan pandangan saya adalah tertentu, perlu disegerakan dan berkepentingan ramai iaitu isu yang berkaitan dengan tarikh sambutan Hari Raya Aidil Adha yang berbeza dua hari daripada tarikh dan masa wukuf yang diisytiharkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Tarikh sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ini yang diisytiharkan jatuh pada hari Rabu, 17 November 2010 adalah sangat pelik dan menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam khususnya di negara ini. Perbezaan dua hari sambutan Aidil Adha di negara ini yang diambil kira daripada tarikh dan masa wukuf di Arafah yang jatuh pada hari Isnin, 15 November 2010 adalah jelas tidak munasabah walaupun dapat kita fahami perbezaan waktu peredaran matahari yang hanya berbeza lebih kurang lima jam di antara Malaysia dan Arab Saudi. Juga adalah dimaklumkan kesan kekeliruan tarikh ini juga mengakibatkan juga bilakah pula berakhirnya hari Tasyrik yang melibatkan masa yang diizinkan menyembelih ibadah qurban.

Isunya di sini ialah bagaimanakah pihak pengurusan agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri menggarap dan mengurus tadbir isu ini? Apakah hujah dan alasan yang diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab sebelum pengisytiharan tentang tarikh hari Raya Aidil Adha dibuat? Adakah tidak ada pengurusan, penyelarasan dan perbincangan dibuat untuk menyelesaikan perkara yang sekecil dan semudah ini?

Saya berpandangan dalam era kecanggihan peralatan komunikasi dewasa ini tidak ada alasan untuk kita menyelesaikan isu yang sangat mengelirukan, meresahkan dan membingungkan seperti ini. Memandangkan perkara ini adalah satu isu yang serius, saya mengambil tanggungjawab untuk Dewan Yang Mulia ini membincangkan isu dan meminta pihak Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapan dan penjelasan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29505:usul-tergempar-bincang-kekeliruan-aidiladha&catid=1:utama&Itemid=50

Ahmad Maslan menteri penuh, Khairy timbalan?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Nov: Desas desus rombakan kabinet didakwa bakal menyaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan menjadi menteri penuh manakala Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai timbalan menteri.

Sumber-sumber memaklumkan rombakan tersebut dijangka diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu depan atau awal bulan Disember.

Empat menteri disebut-sebut akan digugurkan iaitu Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan).

Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.

Dua bekas menteri, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kini Setiausaha Agung BN dan bekas Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said akan kembali ke kabinet.

Jika ianya benar, beberapa penganalisis politik melihat ianya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Najib sedang memperkemas pasukannya.

Mereka tidak menolak kemungkinan PRU-13 akan diadakan tahun hadapan berasaskan BN pada waktu ini yakin mereka telah mendapat kembali sokongan rakyat.

Penanda aras paling akhir bagi mereka setakat ini adalah Pilihan Raya Kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi pada 4 November lepas yang menyaksikan kemenangan calon BN.

Beberapa pihak turut mendakwa cadangan melantik Ahmad Maslan ke jawatan menteri penuh kerana "sumbangan" besarnya menjadi jurucakap dalam isu Felda.

Beliau dilihat paling menonjol membela dakwaan "salah urus" dalam Felda biarpun dalam beberapa kes mahkamah yang dimenangi peneroka.

Rombakan kabinet kali ini juga dilihat sebagai peluang terakhir bagi ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyertai kabinet sebelum pilihan raya umum akan datang.

Khairy tidak dilantik menganggotai kebinet apabila Najib mengambil alih pentadbiran April lalu, sedangkan Datuk Mukhriz Mahathir yang mencabarnya bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, mengisi jawatan timbalan menteri.

Selain itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim juga dilantik sebagai timbalan menteri.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29500:ahmad-maslan-menteri-penuh-khairy-timbalan&catid=1:utama&Itemid=50

Kedai tutup: Presiden MCA salahkan Aidil Adha

Harakahdaily

KOTA BHARU, 18 Nov: Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Kenyataan bekas Menteri Kesihatan yang pernah terpalit dengan skandal seks apabila videonya dengan seorang wanita tersebar di khalayak ramai, menerima kritikan keras daripada ahli parlimen Batu, Tian Chua yang menyelar Chua cuba menjadikan cuti sambutan Aidil Adha sebagai satu isu.

Kenyataan Chua turut dibidas oleh para pengikutnya di Twitter sehingga beliau dituduh sebagai seorang ahli politik yang bangkrap idea.

“Reportlah polis. Minta suruhanjaya diraja. Buat demo ke,” cabar seorang pengguna Twitter Noor Azam yang juga kelihatan tersinggung dengan kenyataan Chua.

Ini bukan kali pertama presiden MCA itu menonjolkan kedaifannya terhadap hal-hal berkaitan Islam.

Pada bulan Ogos yang lepas, Chua telah menimbulkan kontroversi apabila mengatakan antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam.

Beliau turut mendakwa pertarungan keIslaman antara Umno dan PAS sebagai punca utama negara terperangkap dalam golongan negara berpendapatan sederhana untuk sedekad yang lalu.

Kenyataan Chua tersebut menerima kritikan pedas dari ahli politik kedua-dua sisi dan disebabkan itu, sebagai jalan keluar bekas menteri Kesihatan telah menyalahkan online portal Malaysiakini dan The Malaysia Insider kerana 'salah memetik' kenyataannya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29497:kedai-tutup-presiden-mca-salahkan-aidil-adha&catid=1:utama&Itemid=50

Jadikan masjid tempat ilmu, satukan ummah

Hafizi Pauzi

PARIT BUNTAR, 18 Nov: Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim berharap masjid sebagai rumah Allah menjadi tempat yang subur dengan majlis ilmu dan menyatukan ummah.

Beliau juga menyeru Islam untuk mengorbankan waktu lima kali sehari semalam untuk memenuhi masjid dan surau bagi memastikan tidak berlaku fenomena kekurangan jemaah.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Perak menyeru umat Islam mengorbankan waktu yang ada untuk menimba ilmu agama di mana sahaja.

Tegasnya, ilmu merupakan pusaka yang terbaik yang boleh diwarisi kepada anak-anak.

“Dengan ilmu, anak-anak kita akan mencapai matlamat kehidupan dan reda Allah SWT.

"Sesungguhnya para jemaah mestilah bertanggungjawab untuk memastikan rumah Allah ini tidak kosong dari jemaah, juga kita mesti pastikan anak-anak kita sudah dididik dengan ilmu agama secukupnya," katanya semasa berkhutbah Hari Raya Aidil Adha di Surau Parit Haji Nasir, di sini semalam.

Khalil yang ditemui selepas itu menyatakan bahawa kehidupan masyarakat dalam Dun Titi Serong adalah amat sinonim dengan masjid dan surau.

"Oleh itu program ‘Mesra Masjid dan Surau’ yang pernah saya katakan sejak awal saya menang di sini masih diteruskan sehingga sekarang," jelasnya yang juga Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak.

Sehubungan itu, beliau juga mengharapkan pihak jawatankuasa masjid dan surau dalam Dun itu sudi untuk menyampaikan maklumat sekiranya terdapat masalah dan keperluan yang perlu diambil perhatian.

"Sekiranya kita mampu untuk membantu, kita akan usahakan melalui saluran tertentu, yang penting pejabat kami kenalah diberikan aduan terlebih dahulu.

"Kerana itu saya sangat menghargai pihak jawatankuasa masjid dan surau dalam Dun Titi Serong yang sentiasa mengambil langkah untuk mengimarahkan rumah Allah.

“Selain dari solat berjemaah, banyakkan menganjur kelas-kelas pengajian di samping mengadakan aktiviti rutin mingguan seperti bacaan Yaasin pada malam Jumaat, dan sambutan hari kebesaran Islam secara terus menerus," ujarnya lagi.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29499:jadikan-masjid-tempat-ilmu-satukan-ummah&catid=1:utama&Itemid=50

PAS tidak perlu ceramah jika media adil

Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 18 Nov: PAS tidak akan bergelut lagi mengatur ceramah menerangkan isu kepada rakyat sekiranya media di Malaysia bersikap adil, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Ketika ditemui selepas menyampaikan khutbah Aidiladha di Markaz Tarbiah PAS Negeri Pulau Pinang di Pongsu Seribu, semalam beliau menyokong penuh tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang tidak membenarkan media pro Umno BN membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah.

(Gambar: Mohamad Sabu menyembelih lembu korban.)

Beliau menambah, isu banjir tidak sepatutnya dijadikan isu politik sebaliknya bekerjasama dengan kerajaan negeri membantu mangsa banjir.

"Jika media di Malaysia bersikap adil dengan memberi ruang untuk PAS dan parti dalam Pakatan Rakyat bersuara di mana-mana siaran sama ada cetak atau elektronik, saya yakin PAS tidak payah lagi berceramah di sana ke mari malahan boleh menumpukan pada gerakan kebajikan dan dakwah," jelasnya.

Ini tidak, katanya media bersikap seperti 'jakun' membantu kerajaan BN yang nyata zalim serta takut kepada erti kekalahan sebenar.

Justeru itu, ujarnya mereka sanggup menggadai prinsip dan etika kewartawanan semata-mata mahu mengikut telunjuk kepimpinan yang telah terbukti rasuah dan melakukan penyelewengan.

"Mereka tetap jakun dari dulu sehingga hari ini, tidak sebagaimana media di Indonesia, Thailand dan Vietnam bakal mengikut rentak negara berkenaan," tegasnya.

Sementara itu, semasa berkhutbah beliau berpesan kepada umat Islam supaya memperhambakan diri kepada Allah Taala dengan melaksanakan semua suruhan sama ada ianya masuk akal atau sebaliknya.

Menurutnya, Nabi Ibrahim a.s. yang mendapat mimpi untuk menyembelih anaknya Ismail a.s terus sahaja melaksanakan arahan tersebut biarpun ianya tidak lojik bagi manusia yang jahil.

"Anak yang sedang membesar mana boleh dikorbankan, mesti ada perasaan sayang dan kasih. Tetapi, kerana ianya suruhan Allah SWT kena dituruti," jelasnya dalam program Korban Perdana anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

Lima ekor lembu dikorbankan dan dibahagikan kepada fakir miskin di cawangan-cawangan.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29495:pas-tidak-perlu-ceramah-jika-media-adil&catid=1:utama&Itemid=50

Wanita Britain tangkap ikan gergasi



JO GREEN menarik ikan sturgeon di Sungai Fraser, Kanada baru-baru ini.


OTTAWA, Kanada - Seorang pemancing ikan dari Britain, Jo Green membuktikan bahawa wanita juga mampu menangkap ikan air tawar antara yang paling besar di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Green yang berusia 43 tahun mengambil masa lebih dua jam untuk menarik ikan sturgeon seberat 158.7 kilogram. Ikan dari keluarga Acipenseridae itu ditangkapnya di Sungai Fraser di Kanada, baru-baru ini.

Ikan gergasi itu dikatakan menarik bot Green sejauh 3.2 kilometer. Dia kemudiannya melepaskan ikan tersebut ke dalam sungai.

"Tangan dan kaki saya sangat lenguh. Saya rasa amat letih. Ikan ini melompat dua kali dan kelihatan marah," jelas Green.

Ikan itu pada kebiasaannya hidup di sungai dan tasik di Amerika Utara. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_10.htm

Ibu gajah berlawan dengan buaya


SEEKOR buaya berpaut pada belalai ibu gajah.


LUSAKA - Seekor ibu gajah menunjukkan tekadnya berlawan dengan seekor buaya yang menarik belalainya, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah akhbar menyiarkan detik-detik ibu gajah itu mengheret buaya tersebut dengan kuat ke tebing Sungai Luangwa di Taman Negara Luangwa Selatan di Zambia baru-baru ini.

Buaya itu akhirnya terpaksa melepaskan belalai daripada mulutnya kerana ibu gajah tersebut mengheretnya ke tebing sungai.

Ketika kejadian, gajah itu sedang minum air bersama seekor anaknya. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_09.htm

Planet dari galaksi lain ditemui


GAMBAR lakaran artis menunjukkan planet baru yang ditemui ahli-ahli astronomi Eropah di luar galaksi Bima Sakti.


WASHINGTON - Ahli-ahli astronomi Eropah buat pertama kalinya menemui sebuah planet di luar galaksi Bima Sakti yang menempatkan Bumi, menurut satu penyelidikan yang disiarkan kelmarin di Amerika Syarikat (AS).

Planet baru yang mengelilingi sebuah bintang itu lebih besar daripada planet Musytari.

Ia terletak sejauh 2,000 tahun cahaya dari Bumi.

Menurut penyelidikan yang disiarkan dalam jurnal Science Express, planet dan bintang itu dipercayai sebahagian daripada sekumpulan bintang selepas galaksi mini yang hilang ditelan Bima Sakti kira-kira sembilan tahun lalu.

Ahli-ahli astronomi berjaya mengesan planet baru itu yang diberi nama HIP 13044 b dengan menumpukan ke atas pergerakan bintang tersebut.

Planet itu ditemui dengan menggunakan teleskop yang dimiliki Makmal Eropah Selatan di Balai Cerap La Silla di Chile.

Menurut ahli-ahli astronomi, planet itu agak panas kerana ia mengelilingi dekat dengan bintang tersebut.

Planet itu mengambil masa mengelilingi orbit selama 16 hari untuk menamatkan satu pusingan, kata mereka. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm

Lebih 2,000 janin ditemui di kuil di Thai


GAMBAR menunjukkan sejumlah bungkusan plastik yang mengandungi janin di sebuah rumah mayat di Bangkok semalam.


BANGKOK - Polis Thailand semalam menemui lebih 2,000 janin dalam bungkusan plastik yang digugurkan secara haram di sebuah rumah mayat di sebuah kuil Buddha di Phya Krai, Bangkok.

Dua orang penjaga kuil mengaku menyembunyikan janin-janin itu di dalam tiga tempat simpanan yang berasingan. Kedua-dua penjaga itu mendedahkan, satu rangkaian klinik pengguguran telah mengupah mereka untuk menyimpan janin tersebut.

Namun, mereka tidak mengetahui bilangan janin yang telah disimpan di dalam rumah mayat tersebut.

"Di dalam sebuah bilik, kami telah menemui janin-janin. Kami kini membuka bilik yang seterusnya," kata Komander Polis Metropolitan Bangkok, Kolonel Sombat Milintajinda.

Sebahagian janin itu telah disimpan selama lebih setahun.

Penemuan itu menggemparkan Thailand, sekali gus menunjukkan situasi pengguguran bayi secara haram di negara berkenaan.

Kementerian Kesihatan menganggarkan daripada satu juta kehamilan, 80,000 bayi digugurkan secara haram.

Ketua penyiasat dari balai polis Phya Krai berkata, setakat ini seorang wanita berusia 33 tahun telah ditahan dan dia mengaku melakukan pengguguran secara haram.

Jenayah itu terbongkar apabila bilangan janin didapati meningkat semasa kerja-kerja pengubahsuaian kuil sedang dijalankan. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

Mekah dilanda banjir


BEBERAPA jemaah meredah banjir manakala sebahagian lagi menolak kenderaan di sebatang jalan raya di Mekah kelmarin.


MEKAH - Beberapa kawasan di Mekah kelmarin dilanda banjir ekoran hujan lebat menyebabkan sebahagian jemaah meredah air banjir namun ia tidak melibatkan kawasan yang menempatkan Kaabah.

Sebelum ini, hujan turun dengan lebat di Mina pada Rabu lalu semasa para jemaah melontar jamrah sebagai tanda merejam syaitan.

Hujan dan angin itu menyebabkan beberapa buah pokok tumbang di tepi sebatang jalan raya di Mekah.

Lebih 2.8 juta jemaah haji berhimpun di Mekah untuk mengerjakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh umat Islam yamg mampu.

Bagaimanapun, cuaca di Mekah semalam yang merupakan hari terakhir jemaah mengerjakan haji berada dalam keadaan baik selepas hujan turun.

Sementara itu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah menjalani lebih banyak ujian perubatan selepas baginda mengadu sakit belakang.

Menurut agensi berita SPA, baginda diminta supaya berehat oleh doktor-doktornya.

Pada Selasa lalu, kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan tahap kesihatan Raja Abdullah berada dalam keadaan baik.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas baginda mengadu sakit kaki.

Umur Raja Abdullah adalah di antara 86 dan 87 tahun.


BEBERAPA batang pokok tumbang menghempap beberapa buah kereta akibat hujan dan tiupan angin di Mekah kelmarin.


Kestabilan politik di negara beraja itu amat penting kerana Arab Saudi mempunyai lebih satu perlima simpanan minyak dunia.

Kerajaan Arab Saudi merupakan sekutu rapat AS dan merupakan pemegang aset terbesar dolar AS.

Pada 13 November lalu, ekoran keadaan kesihatan Raja Abdullah itu, Menteri Dalam Negeri, Putera Nayaf diberikan tugas memantau urusan perjalanan haji pada tahun ini. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1120&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Friday, November 19, 2010

Zakat Berbaki Atau Kita Kurang Bijak Membahagi

(*Artikel lama, dicadangkan untuk pembacaan)

ZAKAT BERBAKI ATAU KITA KURANG BIJAK MEMBAHAGI

Mendengar cerita seorang anak yang hidup melarat dalam kemiskinan, tentulah menyanyatkan hati. Lebih menyayatkan hati jika kita ketahui bapanya masih hidup dan kaya raya pulak. Demikian mendengar dan menonton kisah-kisah kemiskinan dan derita kehidupan akibat kefakiran di negara kita yang disifat kaya dan senang amat menyanyatkan hati.

Lebih menyanyatkan apabila kita mengetahui adanya pihak-pihak yang menguruskan zakat dengan mengumumkan lebihan zakat puluhan bahkan ada yang sampai ratusan juta saban tahun.

Akur Tapi Hairan

Sebelum saya meneruskan pena ini, saya terlebih dahulu ingin mengakui banyak hasil kerja dan usaha baik yang telah pun dibuat oleh pihak-pihak yang menguruskan zakat. Juga tulisan tidak ditujukan kepada pihak-pihak yang telah pun melaksanakan amanah mereka. Sebaliknya tulisan mewakili hati dan perasaan kehairanan sebahagian besar kaum muslimin yang tertanya-tanya terutama apabila melihat kisah-kisah duka kemiskinan yang dipaparkan oleh berbagai media.

Ke mana perginya zakat dan pengurusannya?! Mengapakah masih ada lebihan zakat, sedangkan lebihan fakir miskin terus wujud?! Zakat tidak mengapa berlebihan jika semua asnaf sudah habis diberikan.

Namun amat dukacita jika ramai yang menadah simpati dan tidak diberi, sedangkan zakat masih berbaki. Bahkan kadang-kala saya merasakan seakan program-program derita kemiskinan yang dipaparkan oleh sesetengah media adalah pukulan yang amat perit terhadap institusi zakat kita.

Malulah kita hendak dibandingkan badan-badan kebajikan bukan Islam. Walaupun mereka tidak berkempen sakan untuk mengutip wang, tetapi selalu kita mendengar berita mereka memberi. Sedangkan kefarduan zakat yang ditetapkan oleh Allah mempunyai falsafah dan objektif yang amat hebat terhadap pembentukan masyarakat muslim. Nampaknya kita telah berjaya mengumpul, namun belum cukup berjaya membahagikannya.

zakat.jpg

Gambar Hiasan

Tidak Tahu

Saya pernah bertanya hal ini, ada yang menjawab; mana kita tahu, mereka tidak dapat meminta. Sebenarnya, tidak sepatutnya pengurusan zakat terlalu banyak bergantung kepada borang pemohonan. Usaha mencari adalah lebih utama. Ini kerana kebanyakan ‘mak cik-mak cik’ yang telah tua itu amatlah beban bagi mereka untuk mengisi borang. Bahkan dalam Islam, orang miskin yang tidak meminta itu lebih afdal untuk diutamakan.

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 273:

(maksudnya) “(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak. dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.

Orang miskin dikenali dengan ciri-cirinya, sekalipun tidak meminta. Demikian penjelasan ayat ini.

Malanglah bagi pengurusan zakat, jika stesyen televisyen dapat menemui mereka yang miskin melarat lagi menderita, tetapi yang diamanahkan untuk menguruskan zakat tidak berjumpa.

Islam tidak suka budaya meminta. Ia suka budaya mencari untuk memberi. Menubuhkan badan penyiasat kemiskinan sebahagian dari tanggungjawab pengurusan zakat.

Beri Tanpa Fikir

Juga adalah mendukacitakan, jika wang zakat ini diberikan sekadar seratus atau dua ratus yang hanya cukup untuk setengah bulan atau sebulan. Kemudian terpaksalah si miskin menunggu tahun hadapan pula. Lebih malang lagi jika mereka terpaksa menunggu majlis yang dihadiri wartawan untuk mengambil hak zakat mereka. Sepatutnya zakat diberikan dengan kadar yang mengeluarkan si miskin dari daerah kemiskinan.

Dengarlah kata-kata Saidina ‘Umar r.a.: “Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”.

Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah)

Maka Saidina dalam kepimpinannya berusaha mengeluarkan mereka yang fakir dari daerah kefakiran dengan menggunakan harta zakat. Bukan sekadar memberi mereka beberapa suap makanan atau beberapa dirham wang. (lihat: Al-Qaradawi, Fiqh al-Zakat, 2/568, Beirut: Muassasah al-Risalah).

wang_zakat.jpg

Gambar Hiasan

Untuk Kahwin

Ramai muda-mudi yang tidak mampu berkahwin disebabkan faktor kewangan. Bukan tidak mampu menyara isteri, tetapi kos perkahwinannya. Mereka berhak mendapat zakat di bawah peruntukan kemiskinan. Ini kerana perkahwinan adalah sebahagian dari keperluan insan dalam hidup.

Justeru itu pada zaman ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz beliau memerintahkan agar diiklankan setiap hari:

“Sesiapa di kalangan orang yang miskin, yang berhutang dan yang ingin berkahwin sila dapatkan peruntukan dari Baitul Mal” (ibid, 2/569).

Jika hal ini dilakukan dengan baik, tentulah banyak gejala sosial dapat diatasi dan barangkali zakat pun tidak berbaki lagi.

Sempit

Antara perkara yang mendukacita juga tentang zakat kita ialah, fokus pemberian zakat kepada para pelajar yang tidak berkemampuan banyak tertumpu kepada bidang agama. Sedikit pula perhatian atau jumlah zakat yang dikeluarkan kepada para penuntut ilmu yang bukan pengkhususan agama. Bidang-bidang perubatan, persenjataan, ekonomi dan seumpamanya kurang diberikan perhatian.

Ini berlaku atas beberapa sebab. Antaranya; sempitnya konsep ilmu dan kefahaman tentang keperluan umat di zaman ini. Pada hal bidang-bidang itu adalah kritikal dan antara penentu kepada survival umat. Mungkin juga ada yang menganggap, mereka itu telah mendapat bantuan. Sebenarnya, jumlah umat Islam yang diperlukan untuk sesetengah bidang tersebut amat tinggi. Sementara kuota bantuan kerajaan adalah terhad. Ramai yang tidak dapat menyambung pelajaran ke bidang-bidang tersebut disebabkan tidak mampu kerana tiada bantuan.

Ke mana perginya wang lebihan zakat?! Pelajar-pelajar yang mendapat habuan zakat untuk jadi ustaz sudah ramai. Mungkin kita dah terlebih ‘ustaz’. Tapi kita masih kurang pakar-pakar perubatan dan teknologi yang lain. Dr Yusuf al-Qaradawi ketika membahaskan tentang peruntukan zakat untuk para penuntut ilmu menyebut:

“Bukanlah ilmu yang dituntut itu hanya terhad kepada ilmu agama semata. Bahkan merangkumi setiap ilmu yang bermanfaat yang kaum muslimin memerlukannya di dunia ini seperti ilmu kesihatan, pengembangan ekonomi dan bangunan, peningkatan kekuatan ketenteraan mengatasi musuh dan seumpamanya. Itu semua fardu kifayah. Ini seperti mana yang diputus oleh para penganalisa hukum. Maka tidak hairan kita dapati para ahli fekah Islam menetapkan mengenai hukum zakat; bahawa ia diberikan kepada penuntut ilmu sepenuh masa, dan diharamkan kepada ahli ibadah sepenuh masa. Ini kerana ibadah dalam Islam tidak memerlukan untuk seseorang meninggal segala urusan sepenuh masa, seperti mana yang diperlukan oleh ilmu dan pengkhususannya. Demikian juga manfaat ibadah ahli ibadah itu hanya untuk diri seorang sahaja, sedangkan ilmu penuntut itu untuk dirinya dan seluruh manusia. Bukan setakat itu sahaja, ahli-ahli fekah Islam menyatakan: “Harus untuk mereka yang fakir mengambil zakat untuk membeli buku-buku ilmu yang diperlukan yang semestinya untuk kepentingan agamanya dan dunianya. Kita mendapati pula ahli-ahli fekah mazhab Hanafi membolehkan dipindahkan zakat daripada satu negeri ke negeri yang lain –menyanggahi kaedah biasa- sekiranya pemindahan itu untuk penuntut ilmu yang memerlukan” (al-Qaradawi, Fiqh al-Zakah, 2/570).

Jikalau kefahaman kita diluaskan sehingga sebegini, maka banyak peluang akan terbuka kepada anak-anak kaum muslimin meneruskan pengajian dalam berbagai bidang. Tidak ada lagi cerita insan yang tidak mampu ke universiti kerana tidak mampu membayar yuran. Juga tidak ada lagilah kisah pelajar kita yang tidak mampu membeli buku rujukan dalam bidang-bidang yang tinggi kosnya seperti perubatan, sedangkan zakat kita berlebihan.

Mazhab Terbuka

Di negara kita ini, dalam masalah muamalah nampaknya –alhamdulillah- kita sudah mula mesra berbagai mazhab. Banyak pandangan agama kita sudah mula terbuka. Kita mesti terus melihat lebih dari satu mazhab dalam masalah fekah selagi mana ia berteraskan dalil-dalil yang diiktiraf oleh Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah.

Apa sahaja pandangan yang boleh menyempitkan fungsi zakat, mestilah dielakkan. Melainkan ada dalil yang jelas. Dahulu Dr Yusuf al-Qaradawi pernah mengkritik fahaman kita tentang zakat. Katanya dalam tulisannya Likai Tanjah Muassasah al-Zakah fi al-Tatbiq al-Mu’asir :

“Aku masih teringat, beberapa tahun dahulu aku telah melawat negera-negara Asia Tenggara. Antaranya Indonesia dan Malaysia. Di sana antara soalan penting yang berulang kali ditanyakan kepadaku, khas di Malaysia, oleh Canselor Universiti Malaya, para pensyarah dan pelajarnya ialah: “Adakah wajar siasah ekonomi Islam yang tidak mewajibkan zakat kepada peladang-peladang besar yang memiliki ratusan, bahkan ribuan hektar tanaman getah, atau teh, atau kelapa, atau mangga dan lain-lain, dalam masa yang sama mewajibkan zakat ke atas petani-petani kecil yang bertani gandum atau padi dalam kawasan yang kecil? Mereka mungkin juga tidak memiliki tanah pertanian tersebut, sebaliknya hanya menyewa?!!.Bentuk dan cara soalan ini bukan sekadar khayalan atau rekaan. Bahkan ia menggambarkan keadaan yang berlaku di sana. Keadaan yang digunakan kesempatan tersebut oleh golongan komunis dan seumpamanya untuk memburukkan gambaran dan hakikat zakat bagi mempengaruhi golongan muslim yang berpendidikan…sebab hal ini berlaku ialah kerana majlis-majlis agama Islam mereka terikat dengan mazhab yang diamalkan di sana iaitu mazhab al-Syafi’i r.a. Ia adalah sesempit-sempit mazhab empat dalam mewajibkan zakat tumbuhan dari bumi. Mazhab al-Syafi’i tidak mewajibkan melainkan apa yang menjadi makanan asasi sahaja, dan tidak selain itu. Bukan di sini untuk di bincangkan pandangan tersebut. Aku telah bincangkannya dalam bukuku Fiqh al-Zakah, sila rujuk. Apa yang ingin aku katakan di sini ialah; sesungguhnya pendapat al-Imam al-Syafi’i atau imam-imam yang lain (r.ahum) hanyalah ijtihad. Empunya diberikan pahala, samada salah ataupun betul. Maka menjadi hak kita untuk meninggalkan pendapat tersebut apabila ternyata kepada kita ia lemah dan selainnya lebih kuat” (Al-Qaradawi: Dr Yusuf, Likai Tanjah Muassasah al-Zakah fi al-Tatbiq al-Mu’asir, m.s. 15-16, Beirut : Muassasah al-Risalah 1994).

Pindah Zakat

Pandangan-pandangan yang lebih luas patut dilihat. Antara masalah kita ialah sesetengah pihak terikat terlalu ketat dengan anggapan bahawa zakat sesuatu negeri tidak boleh dipindahkan ke negeri lain. Walaupun pendapat itu mempunyai alasan dari segi nas dan kepentingan setempat, namun ada kelonggarannya. Ada yang kata negeri kami semua dah cukup, sebab itu lebih. Lagi pun zakat tidak boleh pindah ke negeri lain. Inilah barangkali sebab berlakunya lebihan zakat. Sebenarnya anggapan ini salah.

Para mujtahid Islam (ahli ijtihad) berijmak (sepakat) bahawa zakat boleh dipindahkan ke negeri lain jika ahli negeri zakat tersebut sudah mencukupi atau tidak memerlukan lagi. Lihatlah perbahasan hal ini dalam kitab-kitab fekah. Pemerintah atau pengeluar zakat itu sendiri boleh membawa zakat ke negeri atau tempat yang lain, jika berdasarkan keyakinan adanya keperluan atau kemaslahatan yang patut diutamakan di tempat atau negeri yang lain. (lihat: al-Qaradawi, Fiqh al-Zakah, 2/820).

Bahkan pendapat al-Imam al-Bukhari mengharuskan secara mutlak dipindahkan zakat ke negeri lain di atas keumuman dalil Surah al-Taubah ayat 60 yang hanya menyebut asnaf yang layak menerima zakat tanpa dikhususkan tempat. (lihat: Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, 3/357, Beirut: Dar al-Ma’rifah).

Zakat Untuk Dakwah

Kita sering mendapat maklumat adanya persatuan atau gerakan agama-agama tertentu yang memperuntukkan wang yang banyak bagi menawan orang ramai agar tertarik dengan mereka. Maka timbullah kisah-kisah orang menukar agama kerana termakan budi. Mengapa kita bising dan hairan.

Sebenarnya, Islam melalui zakat telah lama membuat pemberian ini di bawah peruntukan golongan muallaf. Muallaf itu bukan sekadar mereka yang baru menganut Islam seperti tafsiran singkat sesetengah pihak. Bahkan ia merangkumi mereka yang belum menganut Islam dan diharapkan dengan pemberian zakat tersebut menjinakkan hati mereka kepada Islam.

Juga para pemimpin yang lemah iman. Diharapkan dengan pemberian itu menguatkan iman mereka. Juga pemimpin yang kuat iman namun mempunyai saingan dengan kaum kuffar. Dengan pemberian itu diharapkan pesaing mereka akan tertarik kepada Islam.

Bahkan untuk golongan bukan Islam yang diharapkan pemberian zakat dapat mengelakkan mereka menyakiti umat Islam dan akan suka kepada agama ini.

Dr Yusuf al-Qaradawi mengumpulkan peluasan ini dalam karyanya Fiqh al-Zakah. Jika hal ini dilihat dengan luas betapa kita dapat menggunakan zakat untuk berbagai aktiviti dakwah agar bukan muslim tertarik kepada Islam. Termasuklah memberikan bantuan kepada mereka yang cuba dipengaruhi agar murtad. Dengan pemberian zakat, boleh kembali menguatkan semangat Islam mereka.

Malangnya, bukan sahaja tafsiran kita tidak luas tentang muallaf ini, bahkan ’saudara baru’ yang sedia ada pun tidak dijaga dengan baik oleh wang zakat. Sehingga ada yang keluar semula kerana tidak mendapat perhatian dari masyarakat Islam. Selepas itu kita hairan kenapa ada orang ingin murtad!!.

Sepatutnya persatuan-persatuan saudara baru diberikan peruntukan zakat yang banyak agar wajah kita yang tercemar dek kisah ramai yang ingin murtad bertukar menjadi kisah ramainya orang yang ingin menganut Islam.

Amanah Allah

Banyak perkara jika hendak bincangkan tentang kesan zakat jika ia berfungsi dengan baik. Amanah Allah kepada pengurusan zakat dalam ayat 60 Surah al-Taubah itu hendaklah dipandang berat.

Firman Allah:

Maksudnya: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum Yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Wang zakat bukan milik pihak pengurusan. Sebaliknya amanah yang mesti diserah dengan sebaiknya kepada yang berhak. Janganlah jadikan golongan yang berhak itu bagaikan peminta sedekah yang menagih simpati pengurusan zakat.

Janganlah pula kereta para pegawai zakat sudah berulang tukar, sedangkan si miskin masih dengan rumahnya yang hampir roboh, anak yang sakit tidak berubat, yuran pengajian yang tidak mampu dibayar dan segala kesedihan yang lain. Janganlah pula si fakir terpaksa mencari tambang untuk datang ke pejabat zakat, sedang pegawai zakat hanya tersandar di kerusi cantik menunggu peminta datang.

Jika zakat benar-benar berfungsi, tentulah nasib umat tidak sebegini. Namun hanya kepada Allah kita mengadu. Umat kehairanan. Mereka kadang kala bertanya: adakah pengurusan zakat hanya bijak mencari, tapi tidak bijak memberi dan membahagi. Saya tidak tujukan tulisan untuk semua pihak yang menguruskan zakat. Bagi yang telah menepati pengurusan yang baik, hal ini tiada kaitan dengan mereka. Jika yang belum, tulisan patut diberi perhatian. Jangan sampai dituntut pada Hari Mahsyar kelak. Biarlah ada yang membantah hari ini. Jika kita sudah menepati, al-hamdulillah. Jika belum, baikilah.

http://drmaza.com/home/?p=1256

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...