Tuesday, February 1, 2011

Struktur berkarat antara punca siling runtuh

Jan 31, 11 7:01pm

Satu pasukan penyiasat yang dianggotai pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) ditubuhkan bagi melakukan siasatan terhadap kejadian siling di lobi utama Hospital Serdang runtuh secara tiba-tiba Sabtu lalu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata siasatan yang dibuat akan melihat sama ada runtuhan yang berlaku itu disebabkan oleh masalah struktur atau reka bentuk.

Beliau telah meminta JKR untuk mempercepatkan siasatan tersebut dalam tempoh seminggu, katanya kepada pemberita semasa melawat tempat kejadian di hospital tersebut hari ini.

"Saya tidak boleh membuat apa-apa spekulasi sekarang ini, sama ada ia berpunca daripada masalah struktur, reka bentuk atau dari aspek penjagaan.

"Siasatan awal memerlukan siasatan forensik. Ia tidak boleh sekadar pemeriksaan struktur, ia perlu lebih daripada itu. Siasatan awal adalah berdasarkan laporan struktur semata-mata. Kita dapati ia tidak mencukupi," katanya.

Siling berukuran 10 meter runtuh di bahagian lobi utama hospital tersebut pada tengah malam Sabtu lalu dan hampir mengenai ahli dua keluarga yang sedang duduk di lokasi tersebut.

Hasil siasatan awal mendapati selain struktur siling yang berkarat yang dikatakan turut menjadi punca kepada runtuhan tersebut, terdapat juga kesan retak pada bahagian itu.

Liow berkata pemasangan siling itu masih dalam jaminan iaitu jaminan reka bentuk.

Katanya insiden berkenaan tidak akan menjejaskan orang ramai untuk mendapat perkhidmatan di hospital berkenaan kerana semua perkhidmatan akan berjalan seperti biasa.

Beliau berkata pihak hospital telah mengambil langkah untuk memastikan keselamatan pekerja dan orang ramai termasuk mengepung laluan ke lobi utama dan membuka laluan alternatif untuk masuk ke hospital.

Liow juga berkata tiga Klinik Desa di Tenang, Labis telah dinaiki air manakala lima lagi di Segamat terputus hubungan berikutan dilanda banjir.

Namun Hospital Segamat tidak terjejas berikutan banjir yang sedang melanda Johor, katanya.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/155019

Tawaran pengambilalihan aset RM9b air S'gor luput

Jan 31, 11 6:13pm

Tawaran pengambilalihan semua aset konsesi air Selangor oleh kerajaan negeri kini terbatal apabila salah satu syarikat - Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash) - secara rasmi menolak tawaran itu melalui sepucuk pada 27 Januari lalu.

azlan"Walaupun (Konsortium) Abbas (Sdn Bhd) telah menerima tawaran dengan persetujuan bersyarat pada 28 Januari, tetapi tawaran itu tetap dikira luput kerana tawaran kepada empat syarikat itu adalah inter-conditional yang mana empat syarikat mesti menerima secara bersama," kata kenyataan daripada Pejabat Menteri Besar Selangor petang ini.

Pejabat Tan Sri Khalid Ibrahim juga mendedahkan, dua lagi konsesi - Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd - telah menghantar dua pucuk surat meminta penjelasan lanjut dan telah dibalas dengan segera.

Tawaran kepada semua syarikat itu telah tamat tempoh tepat pada jam 5 petang semalam.

Pada 6 Januari lalu, kerajaan Selangor mengeluarkan dokumen tawaran bagi mengambilalih 100 peratus aset konsesi syarikat konsesi air di negeri itu yang bernilai lebih RM9 bilion.

selangor water demo crowdJalan buntu kepada usaha itu mula kelihatan apabila Puncak Niaga dan SYABAS pada 26 Januari lalu dilaporkan berkata kedua-duanya belum dapat membuat keputusan terhadap tawaran itu kerana banya lagi perkara yang perlu diperincikan.

Menurut kenyataan itu lagi, tiada satu pun syarikat konsesi menyahut cadangan supaya mencari penyelesaian menerusi Timbangtara Antarabangsa.

"Kerajaan Selangor kesal dengan perkembangan ini dan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan persekutuan untuk langkah selanjutnya dan bekerjasama mencari jalan untuk meneruskan rundingan ini," kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu juga menyebut, rundingan itu perlu dilakukan "bagi mencari jalan penyelesaian yang munasabah bagi mengembalikan hak air kepada rakyat."

http://malaysiakini.com/news/155014

NGO curiga Internet dikawal untuk hadapi p'raya

Jan 31, 11 5:58pm

Sekumpulan NGO hari ini menyuarakan rasa curiga terhadap usaha terbaru kerajaan memperkenalkan kawalan ke atas Internet melalui peluasan skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA).

Langkah kawalan itu dikhuatiri mempunyai tujuan politik tertentu memandangkan ia diumumkan ketika negara sedang menghadapi kemungkinan berlakunya pilihan raya umum pada tahun ini, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia (CIJ Malaysia) hari ini.

"(Ini) kerana Internet dikatakan faktor penyumbang kepada keputusan pilihan raya (BN) yang paling teruk dalam empat dekad pada tahun 2008.

"Malah, kerajaan persekutuan nampaknya mencontohi negara (Singapura) di mana kerajaan yang dipimpin Parti Tindakan Rakyat meningkatkan gangguan dan kawalan terhadap media dalam talian menjelang pilihan raya," kenyataan itu dipetik.

Kumpulan berkenaan berpendapat, langkah menyekat ruang Internet itu "amat mengerikan" sekiranya peruntukannya turut meliputi penerbitan dalam talian.

"Menteri dalam negeri (Datuk Seri) Hishammuddin Hussein berkata pindaan tersebut masih di tahap perbincangan dan masih 'terlalu' awal untuk dipersoal oleh pihak media dan orang awam.

"Namun bagi kami, kekurangan ketelusan dan rundingan awam juga merupakan sebahagian daripada masalahnya," menurut kenyataan bersama oleh Charter 2000-Aliran, Writers Alliance for Media Independence dan 1Muted Malaysia itu.

Kumpulan itu menjelaskan pendekatan kerajaan yang didakwa "tidak telus" dalam memperkenalkan undang-undang itu akan menimbulkan kegusaran kepada orang awam.

"Ketiadaan rundingan awam dalam perkara-perkara yang memberi kesan besar terhadap masyarakat menunjukkan bahawa hal-hal ini besar kemungkinannya bermasalah.

"Namun kerajaan masih berkeras mahu meneruskannya tanpa mengendahkan pendapat orang awam," menurut kenyataan yang disokong 17 NGO lain termasuk Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT), Lawyers for Liberty serta Gerakan Demokratik Pelajar dan Belia Malaysia (Dema).

http://malaysiakini.com/news/155012

Tenang: Persoalan sukar DAP kepada MCA

Tenang: Persoalan sukar DAP kepada MCA
Jan 31, 11 5:21pm

Walaupun pedih dengan kekalahan calon PAS Normala Sudirman dalam pilihan raya kecil tenang, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata, terdapat persoalan yang sukar harus dijawab oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

NONE"Adakah Chua mempunyai keberanian politik untuk memberitahu Umno bahawa pertambahan sokongan masyarakat Cina (kepada Pakatan Rakyat) bukan kerana hudud atau negara Islam tetapi dasar Pakatan untuk perubahan, keadilan, demokrasi dan kemajuan?

"Atau beliau akan terus menyalahtafsrikan dan meyimpangkan kehendak politik dan harapan pengundi Tenang dengan terus menipu dengan dakwaan palsu bahawa peningkatan 65 peratus pengundi Cina kepada calon Pakatan sebagai menyokong hudud dan negara Islam? soal Lim.

Dalam satu kenyataan hari ini, anggota parlimen Ipoh Timur itu menambah, ketika MCA bermegah dengan kemenangan di tiga daripada empat kawasan majoriti Cina, Dr Chua gagal menyedari bahawa hanya 35 peratus memilih BN walaupun tempat itu dianggap taman permainannya sendiri.

Chua merupakan bekas ahli parlimen Labis - tempat letaknya Tenang - sebelum memberikan kerusi itu kepada anaknya Chua Tee Yong.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/155003

Bapa Nurin Jazlin 'sepatutnya saman Kosmo'

Jan 31, 11 3:47pm

Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman fitnah RM2 juta terhadap polis dan kerajaan, yang dikemukakan Jazimin Abdul Jalil, bapa kepada Nurin Jazlin kakan-kanak yang dibunuh kejam tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad mengenepikan saman Jazimin dengan kos terhadap bekas Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan kerajaan kerana membuat kenyataan yang dianggap Jazimin sebagai fitnah, yang mengatakan bahawa kehilangan Nurin Jazlin berkaitan dengan Ah Long.

Dalam samannya pada 21 Ogos 2008, Jazimin berkata kenyataan defendan yang muncul dalam artikel akhbar harian di bawah tajuk "Siasat Ah Long Larikan Nurin" mengakibatkan nama baik dan reputasinya terjejas.

Beliau mendakwa kenyataan itu bermaksud beliau (Jazimin) berhutang dengan Ah Long dan perbuatan itu membahayakan nyawa anggota keluarganya.

Nurin Jazlin, 8, diculik berdekatan dengan rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, pada 20 Oktober 2007, dan mayatnya ditemui dalam beg sukan 27 hari kemudian.

Dalam keputusannya Asmabi berkata selepas mendengar keterangan dalam perbicaraan penuh saman itu, mahkamah berpuas hati bahawa kata-kata fitnah yang disebut dalam saman itu bukan diucapkan oleh Khalid pada satu persidangan media.

Beliau berkata Khalid membuat persidangan akhbar itu pada 20 September 2007 bagi memaklumkan orang ramai berhubung perkembangan siasatan kes Nurin Jazlin kerana beliau mempunyai tanggungjawab moral dan tugas untuk memberitahu orang ramai kerana, ia merupakan kes berprofil tinggi dan kes yang mempunyai kepentingan awam.

Asmabi berkata pemberita Kosmo yang memberi keterangan di mahkamah mengaku bahawa beliau menulis artikel itu berdasarkan kepada pemahamannya mengenai apa yang dikatakan Khalid, dan ia bukan petikan sebenar kata-kata Khalid pada persidangan akhbar itu.

Pemberita itu mengakui bahawa beliau tidak menulis teks keseluruhan mengenai apa yang dikatakan oleh Khalid, tapi hanya menulis fakta-fakta utama.

Hakim turut berkata keterangan daripada pemberita New Straits Times dan Oriental Daily menunjukkan bahawa mereka tidak mendengar kata-kata yang disiarkan oleh akhbar Kosmo, yang memetik kata-kata Khalid mengenai peminjam wang secara haram.

Asmabi berkata kedua-dua pemberita itu berkata, kata-kata mengenai peminjam wang haram itu keluar dari mulut seorang pemberita yang bertanyakan Khalid mengenainya pada persidangan akhbar itu.

"Dalam perkara ini plaintif menamakan pihak yang salah dalam samannya, dia seharusnya menyaman Kosmo dan pemberitanya. Oleh itu saman ini ditolak dengan kos," katanya.

Peguam kanan persekutuan Noorin Badaruddin yang mewakili defendan memohon RM50,000 sebagai kos yang perlu dibayar oleh plaintif kepada defendan.

Hakim bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Jazimin, Natasha Bashir supaya kos itu dinilai kemudian nanti.

Jazimin semasa ditemui pemberita berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya untuk menimbang kemungkinan membuat rayuan terhadap keputusan hari ini.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/154995

Bumbung stadium runtuh: Jurutera perunding didakwa

Jan 31, 11 1:03pm

Seorang jurutera perunding hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung kes runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di Kuala Terengganu pada Jun 2009.

Wan Manan Wan Ali, 51, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menipu dengan berpura-pura bertindak sebagai pemeriksa yang diiktiraf mengeluarkan dokumen bertarikh 15 Januari 2009 iaitu dokumen mengenai sistem teras bumbung utama dan kerja yang berkaitan dengannya, bagi cadangan untuk membina dan menyiapkan stadium utama atau kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 15 Januari dan 29 Mac 2009 di pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu.

Dia didakwa memberi dan menandatangani dokumen berkenaan kepada Pengarah JKR negeri, Rosli Zainal, dan turut bertindak memperdaya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong, untuk mempercayai dia adalah pemeriksa yang diiktiraf.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang menetapkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Hakim M Bakri Abdul Majid menetapkan 17 Mac ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Wan Manan diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh diwakili Wan Zainuddin Wan Musa manakala pendakwaan dilakukan oleh Syafinas Shabudin daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

--Bernama

http://malaysiakini.com/news/154968

Hakim nafi khalwat

Hakim nafi khalwat

Oleh Petah Wazzan Iskandar
wazzan@bharian.com.my

DIDAKWA...Adam dan Nurul keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Georgetown, semalam.
DIDAKWA...Adam dan Nurul keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Georgetown, semalam.

GEORGETOWN: Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran, 43, dan pasangannya Nurul Izani Md Isa, 34, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat, 5 Disember lalu.

Pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh, dibaca di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Georgetown, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya, sebelum Adam dan Nurul Izani memohon dibicarakan.

Adam dan Nurul Izani dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah nombor 18B, Kuarters Kerajaan Negeri, Jalan Masjid Negeri di sini, kira-kira jam 2.05 pagi, pada hari berkenaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 27 (a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Pulau Pinang yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.

Nik Bukhari menetapkan 22 Februari ini untuk sebutan semula kes, manakala tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin bermastautin di negeri itu.


Pendakwaan dilakukan Ketua Pendakwa Syariah, Mohd Zulkhairi Aziz, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Ahmad Munawir Abd Aziz dan Wan Faridul Hadi Md Yusof.

Dalam prosiding, Mohd Zulhairi memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah kerana kes itu membabitkan pegawai kanan perundangan dan bertujuan bertindak adil kepada semua pihak terbabit.

“Dalam kes ini, akan timbul isu perundangan luar biasa yang memerlukan penafsiran undang-undang lebih mendalam,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Munawir memohon pihaknya diberi peluang mengemukakan hujahan balas berhubung isu memindahkan kes itu kerana Mahkamah Rendah Syariah perlu mendengar hujahan kedua-dua pihak sebelum memutuskan memindahkan kes itu.

“Selepas mahkamah berpuas hati, baru keputusan boleh dibuat bagi menjaga hak tertuduh,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang hakim Mahkamah Tinggi Syariah ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kerana disyaki bersekedudukan dengan seorang wanita di kuarters kerajaan, kira-kira jam 2 pagi, 5 Disember lalu.

http://www.hmetro.com.my/articles/Hakimnafikhalwat/Article

Hakim Syarie didakwa khalwat di kuarters k'jaan

Jan 31, 11 12:53pm

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Adam Tumiran, 43, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di George Town hari ini terhadap tuduhan berkhalwat dengan Nurul Izani Md Isa di kuarters kerajaan dekat sini pada 5 Disember lepas.

Nurul Izani, 34, seorang penasihat kewangan yang bertugas di Kuala Lumpur, juga mengaku tidak tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Nik Bukhari Hashimy Nik Yahya, yang menetapkan 22 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Kedua-dua tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Adam dan Nurul Izani dituduh melakukan kesalahan itu pada 2.05 pagi di rumah nombor 18B, kuarters kerajaan negeri, Jalan Masjid Negeri di George Town.

Adam dituduh mengikut Seksyen 27 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Pulau Pinang manakala Nurul Izani dituduh mengikut Seksyen 27 (b) enakmen yang sama.

Kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Dalam prosiding hari ini, Ketua Pendakwa Syariah, Zulhairi Aziz memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk perbicaraan kerana ia membabitkan pegawai kanan perundangan dan untuk berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat.

"Akan timbul isu-isu perundangan yang luar biasa yang memerlukan penafsiran undang-undang yang lebih mendalam," katanya.

Bagaimanapun peguam bela Munawir Abdul Aziz memohon pihaknya diberi peluang mengemukakan hujahan balas berhubung isu memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah kerana katanya Mahkamah Rendah Syariah juga perlu mendengar hujahan kedua-dua pihak sebelum memutuskan untuk memindahkan kes itu.

--Bernama

http://malaysiakini.com/news/154967

NGO, pembangkang serbu kedutaan Mesir di KL

NGO, pembangkang serbu kedutaan Mesir di KL
Jan 31, 11 11:58am

Sekumpulan NGO dan parti pembangkang pagi ini mengadakan bantahan di kedutaan Mesir di Kuala Lumpur bagi menunjukkan kebersamaan mereka dengan perjuangan rakyat negara itu dalam menuntut regim Mubarak turun dari tampuk kuasa.

Kumpulan 70 orang itu berhimpun kira-kira 10.45 pagi di tempat letak kereta di depan Taman Tasik Ampang Hilir sebelum berarak pada jam 11.05 pagi ke kedutaaan sambil melaungkan slogan 'Down Mubarak' (Turun Mubarak).

Kelihatan juga slogan presiden negara itu Hosni Mubarak - yang dilukis lambang Zionis di dahinya - diarak.

NONE"Perhimpunan itu sebagai tanda kebersamaan rakyat Malaysia dengan rakyat Mesir. Kami mahukan pemerintah Mesir menghentikan layanan ganas mereka dan berhenti membunuh rakyat Mesir," kata bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu kepada pemberita.

Walaupun berjaya berunding dengan kira-kira 50 polis yang mengawal keadaan, kumpulan itu tidak berjaya menyerahkan memorandum kepada pihak kedutaan kerana tiada wakil yang tampil untuk menerimanya.

"Tiada seorang pun yang datang menerima memorandum kami. Jadi, bagi pihak semua NGO dan parti politik di sini, kita akan hanar dokumen ini melalui peti surat mereka," kata pengerusi biro antarabangsa PAS Syed Azman Syed Ahmad.

Antara kumpulan terlibat dalam perhimpunan itu, pemimpin PAS, PKR, PSM, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Suara Rakyat Malaysia dan beberapa warganegara Mesir, kebanyakannya pelajar.

NONEKumpulan itu turut merancang sebuah lagi perhimpunan di kedutaan Amerika Syarikat pada Jumaat ini.

Setakat ini, dalam bantahan besar-besaran penduduk Mesir, ribuan membanjiri Dataran Tahrir di Kaherah bagi menuntut penamatan 30 tahun pemerintahan Hosni Mubarak.

Aljazeera melaporkan, pemimpin pembangkang Mohamed ElBaradei yang menyertai kumpulan itu memberitahu orang ramai pada Ahad malam bahawa mereka sudah sampai pada tahap "tidak boleh berpatah balik".

Sejak Selasa lepas beberapa siri demonstrasi dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak pengunduran Mubarak.

Kebangkitan rakyat Mesir itu kini menarik perhatian seluruh dunia kerana dijangka memberi kesan besar kepada politik dunia Arab secara khusus.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/154953

Salahuddin: PAS terima keputusan buat masa ini

Regina Lee
Jan 30, 11
10:57pm

Walaupun PAS telah menggesa supaya pilihan raya kecil DUN Tenang hari ini digantung kerana banjir, tetapi naib presidennya, Salahuddin Ayub berkata mereka akan menerima keputusannya buat masa ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat terjejas teruk oleh banjir yang melanda beberapa pusat pengundian di Tenang hari ini.

Kataya, banjir telah menjejaskan peluang parti itu kerana ia melanda banyak kawasan di bandar itu seperti Ladang Labis Utara, Bandar Labis Tengah, Bandar Labis Timor.

Salahuddin menegaskan demikian ketika ditemui di Labis malam ini.

Bagaimanapun katanya, pakatan pembangkang dilihat berjaya menggagalkan usaha BN mencapai majoriti 5,000 undi yang disasarkan sebelum ini.

"Dengan keadaan yang begitu kritikal, dengan hujan lebat dan banjir yang berlaku di kawasan ini, apa jua yang berlaku, saya rasa kita telah gagalkan hasrat BN untuk mendapat majoriti 5,000," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan, ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, PAS menerima kekalahan calonnya dengan hati terbuka dan menyifatkan keputusan tersebut sudah dijangka dari awal.

Katanya, parti itu akan membuat 'post mortem' bagi menganalisis keputusan tersebut dalam masa terdekat, selain memperbaiki sebarang kelemahan.

"Tahniah kepada calon BN, saya harap beliau dapat pikul tanggungjawab sebagai YB (Yang Berhormat)," katanya kepada Bernama malam ini.

BN mengekalkan kerusi DUN Tenang apabila calonnya Mohd Azahar Ibrahim menewaskan calon PAS Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 setelah memperoleh 6,699 undi.

Ditanya sama ada beliau kecewa dengan keputusan itu, Nasrudin berkata: "Ini bukan pertama kali parti menerima keputusan yang tidak memihak kepada kita.

"Sememangnya pilihan raya kecil sukar berpihak kepada Pakatan Rakyat dan kekalahan pilihan raya bukan bermaksud kita kalah dalam perjuangan."

Manakala naib presiden PKR Tian Chua pula berkata walaupun BN dapat mempertahankan kerusi DUN berkenaan, sokongan pengundi Cina terhadap PAS dilihat semakin meningkat.

"Walaupun keputusan ini menunjukkan BN memegang kekuatan di Johor, terutama di kawasan Felda, lebih 70 peratus pengundi Cina mengundi PAS, tetapi memandangkan keadaan banjir di kawasan itu, ramai pengundi Cina yang tidak dapat keluar mengundi," katanya.

http://malaysiakini.com/news/154937


Ahli PAS jangan emosi tanpa ilmu, tegur Tuan Ibrahim

Ahli PAS jangan emosi tanpa ilmu, tegur Tuan Ibrahim
Jan 31, 11 11:14am

Untuk mendapat kembali sokongan di Felda, anggota PAS ditegur supaya membuang anggapan bahawa anggota keluarga mereka secara automatik akan kekal bersama parti Islam itu.

Sebaliknya, naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keahlian baru di kalangan anak-anak anggota PAS hendaklah digiatkan.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man"Sikap dan anggapan anak ahli akan kekal bersama PAS mesti dihapuskan, kerana sokongan tanpa menjadi ahli menyebabkan mereka tidak merasai wajibnya memperjuangkan Islam,” beliau dipetik sebagai berkata kepada Harakahdaily.

Tuan Ibrahim (kiri) yang juga pesuruhjaya PAS Pahang mengesyorkan supaya pengajian agama di masjid dan markaz sekitar kawasan Felda perlu digerakkan.

“Kita tidak mahu ahli PAS yang emosi tanpa kawalan ilmu, kerana itu program asas bagi parti seperti usrah, tamrin, muqayyam, dan rehlah mesti dihidupkan kembali,” ujarnya lagi.

Semalam, dalam pilihan raya kecil Tenang, calon PAS Normala Sudirman tewas kepada calon BN Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi. Normala memperolehi 2,992 undi manakala Azahar memperolehi 6,699 undi.

Sokongan kuat terhadap Zahar datang daripada tiga gugusan Felda di kawasan itu, yang lazimnya secara tradisi menyokong BN.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim hari ini menyeru seluruh jentera PAS menghilangkan tanggapan bahawa kawasan Felda dan kampung tradisional merupakan kubu BN.

“Untuk menganggap Felda kubu BN saya kira agak ekstrem kerana PAS pernah menang di kawasan Felda bahkan pada tahun 1999, bila mana PAS menang di kawasan majoriti melayu, ia termasuk kawasan Felda,” katanya yang diminta mengulas kegagalan PAS menembusi kawasan Felda di Tenang.

http://malaysiakini.com/news/154947

Dr M: Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis

Jan 31, 11 7:10pm

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kepercayaan agama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat - yang disebutnya sebagai 'Islam Nik Aziz' - lebih teruk daripada 'Islam nasionalis'.

"Sesungguhnya Islam Nik Aziz lebih teruk dari Islam nasionalis," kata Dr Mahathir.

Beliau rela mempertahankan (menteri mentor Singapura) Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan Lee Kuan Yew supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu."

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, bayangkan sahaja pendekatan Islam bawah pemerintahan Nik Aziz ketika beliau duduk sebaris dengan pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat seperti Lim Guan Eng (setiausaha agung), Karpal Singh (pengerusi) dan Lim Kit Siang (penasihat).

"Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju kerana Islam nasionalis lebih teruk daripada Lee Kuan Yew," sindir Dr Mahathir.

Pada 27 Januari lalu, Utusan Malaysia juga melaporkan Nik Aziz mengeluarkan kenyataan itu dengan membandingkan dengan sikap segelintir orang Melayu di negara ini yang membuang sama sekali Islam dan mengambil pendekatan nasionalisme.

Melayu pecah tiga

Menulis di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata, hasil perjuangan nasionalisme Melayulah banyak nilai Islam diterapkan dalam pemerintahan jika dibanding dengan pengamalan di zaman British yang mana ramai pembesar Melayu minum arak, pekerja Melayu minum todi dan ramai yang tidak sembahyang.

"Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?" soal Dr Mahathir lagi.

Beliau juga sebaliknya membidas menteri besar Kelantan itu dan PAS yang hasil terbesarnya didakwa memecahbelahkan orang Islam di negara ini, termasuk melalui penubuhan parti Islam itu sendiri.

Sokongan kepada parti Melayu Semangat 46 suatu masa dulu, juga menyebabkan orang Melayu berpecah menjadi tiga.

"Tidak cukup dengan ini Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan. Bahawa dahulu PAS mendakwa kerjasama Umno dengan orang bukan Islam menjadikan mereka kafir dilupakan sahaja kerana ingin menjadikan Pakatan musuh Umnoyang kuat.

"Dengan cara ini Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal," coret Dr Mahathir sambil menambah ajaran bahawa orang Islam itu bersaudara tidak dihiraukan oleh Nik Aziz.

http://malaysiakini.com/news/155018

Islam Mahathir dengan Islam Nik Aziz

Analisa Harakahdaily

Ketika berperang kata-kata dengan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara tiba-tiba menghunuskan keris beliau kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana keengganannya untuk turut serta menghentam Kuan Yew.

Mahathir, tiba-tiba ingin muncul sebagai hero membela Islam dalam menghentam Kuan Yew, yang baru menerbitkan buku terbarunya bertajuk ‘Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going’ menyeru umat Islam di republik itu tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara tersebut, selain mengkritik cara Mahathir melayani pengganti-penggantinya selepas bersara menjadi Perdana Menteri.

Nik Aziz, bagaimanapun enggan terlibat dalam pertengkaran dua pemimpin tersebut, dengan mengatakan bahawa ada orang Melayu-Islam yang turut menolak Islam.

“Kuan Yew hanya cakap jangan pegang Islam kuat sangat berbanding dengan orang Melayu di negara kita yang buang semua (Islam) dan ambil kebangsaan,” Nik Aziz dipetik sebagai berkata.

Ekoran kenyataan Nik Aziz, Mahathir terus menuduh beliau sebagai tidak menyokong Islam kerana lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Kuan Yew.


Namun begitu, serangan Mahathir terhadap Nik Aziz penuh dengan hipokrisi dan kemunafikan Umno, terutama ketika dilihat berlatarkan insiden-insiden terbaru cukup untuk menunjukkan Umno selektif dalam "membela Islam" dan untuk keuntungan politik semata-mata.

Contoh terbaru sifat hipokrisi ini terserlah ketika kempen pilihanraya kecil DUN Tenang yang baru berakhir, di mana Umno gagal untuk memberikan sebarang teguran terhadap pemimpin-pemimpin MCA yang menyerang amalan Islam semata-mata untuk menakutkan pengundi Cina terhadap PAS – satu misi, yang akhirnya gagal dengan teruknya berdasarkan keputusan pilihanraya di mana undi Cina kekal di tangan PAS.

Tiada seorang pun pemimpin Umno, termasuklah Mahathir yang tampil ke depan untuk mengkritik Presiden MCA, Chua Soi Lek atas penghinaan terang-terangan beliau terhadap Muslimat yang enggan bersalam dengan kaum lelaki bukan muhrim.

Disokong dengan kesenyapan Umno dan bermati-mati untuk tidak memohon maaf, Chua yang pernah ditangkap bertelanjang bulat dalam skandal video seksnya, telah secara angkuh mempertahankan kenyataannya. Dan ketika dikritik atas sifat jahilnya terhadap budaya lain, Chua membalas bahawa ‘there was nothing great’ (Apa yang hebat sangat) untuk mengenali amalan agama Islam.

"So what is so great about that? That is your religious values which I don't know. How am I to know when I'm not practising that religion?”

"I have the right to say that it's basic manners to shake hands with people. That's my values. Understand? You also must value my value, which is good manners, which includes shaking hands," Chua dipetik sebagai berkata.


(Apa yang hebat sangat tentang itu? Itu amalan agama kamu yang saya tak tahu. Macammana saya nak tahu jika saya tak pratikkan agama itu?

(Saya mempunyai hak untuk mengatakan bahawa ini adalah sikap sopan-santun yang asas untuk bersalam dengan orang lain. Itu nilai saya. Faham? Kamu mesti juga menghormati nilai saya, iaitu sikap sopan-santun yang baik, termasuk bersalam)

Dalam isu perpecahan umat Islam di negara ini, Mahathir sekali lagi lupa memandang cermin apabila menyalahkan PAS dan Nik Aziz sebagai pemecahbelah orang Islam kepada tiga kumpulan yang menjadi penghalang terbesar kepada ‘perpaduan Melayu’, apabila sejarah jelas menunjukkan bahawa siapa yang memecahkan politik orang Melayu pada tahun 1988 dan 1998.

Pada tahun 1988, pertarungan hebat Mahathir dengan bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menjadi Presiden Umno telah memecahkan Melayu Umno kepada dua, dengan terbentuknya parti Semangat 46 yang menjadi kepada pemangkin kepada gabungan parti pembangkang yang pertama, Angkatan Perpaduan Ummah antara PAS dan Semangat 46 (serta Hamim dan Berjasa).

Satu dekad kemudian, orang Melayu, dan orang Malaysia pada keseluruhannya dilanda kemelut apabila Mahathir mengambil keputusan untuk membuang Anwar Ibrahim daripada kabinetnya, dengan tuduhan-tuduhan yang paling dahsyat yang tidak pernah dilihat dalam sejarah politik orang Melayu.

Ini membuka kepada lanskap politik yang baru dengan pembentukan Parti Keadilan Rakyat, yang kini menjadi salah satu daripada tiga komponen parti terpenting dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan PAS.

Dalam meneruskan hujahnya, Mahathir juga menyoal, teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam apabila mereka memastikan negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam dan juga menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan.

Mahathir, sudah tentunya tidak mengiktiraf masalah yang paling jelas pada saat ini yang mengganggu pemimpin “nasionalis Melayu” iaitu rasuah dan salahguna kuasa yang kian berleluasa.

“Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam.

"Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?” kata Dr Mahathir, sekali lagi menunjukkan kejahilannya dalam politik Islam.

Mahathir akan menjadi orang terakhir untuk menerangkan samada korupsi berleluasa, kebocoran dan ketirisan besar-besaran, penyalahgunaan kuasa dan diskriminasi terhadap bangsa lain melalui slogan bauran Ketuanan Melayu juga sebahagian daripada "amalan Islam" yang disebutnya.

Sebaliknya, Nik Aziz nampak lebih konsisten dengan mesejnya bahawa Islam adalah penyelesaian kepada masalah-masalah negara, dan untuk beliau, tiada alasan untuk pemimpin Melayu-Islam untuk menolak Islam dalam pentadbiran mereka.

Untuk membuktikan keIslaman, mereka hanya perlu menghentikan rasuah, salahguna kuasa, kebocoran kewangan, ketidakadilan dan diskriminasi terhadap kaum lain.

Walaupun ramai yang nampak bahawa ini adalah satu percubaan (daripada buku politik Mahathir) untuk mengalihkan padangan orang Melayu kepada satu “common enemy” (musuh bersama) daripada kepincangan dan masalah yang sedang dialami negara kita, serangan Dr Mahathir mungkin mempunyai agenda yang lebih besar iaitu untuk membantu Umno untuk menyingkirkan musuh yang paling digeruni mereka, iaitu Nik Aziz.


Apa tidaknya, Nik Aziz telah menjadi batu sandungan (penghalang) terbesar kepada idea perpaduan Mahathir dan ipar-iparnya di Perkasa, dan mematikan Nik Aziz juga akan melumpuhkan segala usaha menjadikan Parti Islam SeMalaysia sebagai pengganti Umno pada pilihanraya umum yang akan datang.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30652:islam-mahathir-dengan-islam-nik-aziz&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Abd Shukur: Ikhwan dipelawa sertai kerajaan baru

Abd Shukur Harun shukurharun@yahoo.com

Pertubuhan Ikhwanul-Muslimin (Ikhwan) Mesir yang berpengaruh itu dipelawa untuk menyertai kerajaan baru Mesir selepas tergulingnya rejim diktator Hosni Mubarak.

Ini dibayangkan oleh Ketua Pembangkang Mesir, Muhamad El-Baradei dalam temuramahnya dengan wartawan CNN, Fareed Zakaria beberapa hari lalu, di tengah-tengah pemberontakan rakyat Mesir yang menuntut rejim Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

“Mereka (Ikhwanul Muslimin) adalah orang baik,” katanya, “mereka terpelajar, patriotik, berakhlak baik dan mereka adalah rakyat Mesir yang setia.”

El-Baradei yang kini dalam tahanan rumah ditanya pandangannya adakah Ikhwanul Muslimin itu sama seperti kumpulan militant Al-Qaeeda, kumpulan militant yang lain seperti di Iran dan di tempat lain. Beliau menjawab, “sama sekali tidak, mereka rakyat Mesir yang patriotik, terpelajar.”

Tokoh yang mendapat Hadiah Nobel Keamanan kerana peranannya sebagai Pengarah Agensi Kuasa Nuklear Bangsa-Bangsa Bersatu itu menyatakan kesediaannya untuk memimpin kerajaan baru Mesir jika rakyat mahukan khidmatnya walapun beliau kini ada tugas lain.

“Bagi saya sudah tentu Ikhwan akan dipelawa menyertai kerajaan baru Mesir kerana jamaah Islam itu sangat berpengaruh, orang baik dan terpelajar,” katanya lagi.

Sekiranya kerajaan baru Mesir pimpinan El-Baradei itu menyertakan sekali jamaah Ikhwan, maka ini berbeza sekali dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan baru di Tunisia selepas Presiden Zein-Al-Abidin bin Ali digulingkan oleh satu pemberontakan di Tunisia baru-baru ini.

Kerajaan baru itu sama sekali mengenepikan Ikhwanul-Muslimin Tunisia yang juga berperngaruh.

El-Baradei mendesak Amerika supaya ‘meninggalkan’ Hosni Mubarak dan jangan melibatkan diri dengan krisis di Mesir sekarang. Ulama tersohor, Dr. Yusuf Al-Qaradawi turut menggesa supaya Hosni Mubarak dan kabenitnya meletakkan jawatan.

Sementara itu, pihak Ikhwan belum lagi mengeluarkan kenyataan mengenai cadangan El-Baradei itu, yang mungkin dianggap terlalu awal.

Tetapi dipercayai Ikhwan sangat berhati-hati dalam membuat keputusan seperti ini berdasarkan pengalaman pahitnyan di masa lalu, di zaman rejim Gamal Abd Naseer dan Anwar Sadat yang pada awalnya menghulurkan kerjasama, tetapi akhirnya rejim tersebut membunuh dan menahan serta menyeksa beribu-ibu ahli Ikhwan hingga kini, di zaman Hosni Mubarak.

Muhamad El-Baradei mengkritik dasar Amerika di Asia Barat, termasuk dasar Barack Obama di Mesir, yang menurutnya sama sekali bettentangan dengan aspirasi rakyat Mesir menyebabkan dasar Amerika itu gagal sama sekali.

Sementara itu, sebuah kenyataan terkini dari pemimpin Ikhwanul Muslimin Mesir, Dr. Mohamed Badie menyeru umat Islam di Mesir supaya bersatu, optimis kepada perjuangan ini.

Beliau menyeru umat Islam supaya bersedia menghadapi tindakan golongan penindas dan bersedia berjuang, berkorban untuk menjamin masa depan lebih baik.

Jika raskyat takut dan bimbang, kata Dr. Mohamed Badie, akan hanya menyebabkan berterusannya rasuah, kezaliman dan kemusnahan.

Pemimpin Ikhwanul Muslimin itu menekankan bahawa inilah perjuangan dan pengorbanan yang perlu dibayar di mana kebebasan bersuara tidak akan diperoleh kecuali rakyat belajar untuk berjuang, menuntut hak asasi mereka.

Sheikh Badie menyeru semua umat Islam dan bangsa Arab menyuarakan bantahan mereka terhadap merebaknya gejala rasuah, tekanan terhadap kebebasan bersuara yang selama ini dianggap oleh rejim lama Mubarak sebagai tidak penting.

Kebebasan bersuara ini, menurutnya, perlu dilindungi dan pihak berkuasa tidak mempunyai hak untuk menafikannya.

Baginya, rasuah yang kini terus berleluasa dilakukan oleh rejim dektator di mana rakyat mesti menentangnya.

Menurut pemimpin Ikwanul Muslimin itu, dunia Arab telah berada di bawah pemerintahan dektator yang bertujuan hanya untuk mengawal sepenuhnyan segala aspek, khususnya kekayaan negara di mana menyebabkan rakyat miskin, pengangguran, rasuah, penyelewengan, pembaziran dan kepura-puraan.

Pemimpin pemerintah Arab pula, kata beliau lagi, memerintah secara kuku besi dan mengawal kebangkitan rakyat untuk kesejahteraan raayat.

Pemimpin Ikhwan itu system pemerintaha dektator dunia Arab menyebabkan golongan yang kaya bertambah kaya, yang miskin terus miskin, tidak ada usaha melakukan perubahan.

Sementara itu, di tengah-tengah suasana pemberontakan di Mesir ini, ada suara kebimbangan amat sangat dari rejim Israel di Tel Aviv. Dalam satu temu ramahnya dengan CNN, bekas duta Isreal di Mesir, Eli Shaked memberitahu bahawa jika Hosni Mubarak digulingkan, dikhatirinya kumpulan Islam akan berkuasa dan akan bersikap keras terhadap Israel dan dunia Barat.

Sementara itu, dijangkakan lebih sejuta orang akan menyertai lagi tunjuk perasaan di Tahrir Square (Medan Kebebasan) di Kaherah dan beberapa tempat lain di mesir dalam beberapa jam lagi untuk menuntut rejim Hosni Mubarak meletak jawatan segera.

Kumpulan yang menggelar diri mereka ‘Gerakan 6 April’ merancang mengadakan demonstrasi lebih sejuta rakyat di tengah-tengah kebencian rakyat terhadap rejim Hosni Mubarak.

Para penunjuk perasaan yang masih bertahan di medan tersebut tidak pedulikan perintah berkurung yang dikeluarkan oleh tentera. “Kami akan kekal di sini dan akan memperkukuh gerakan kami serta kami tidak akan berganjak dari sini,” kata penunjuk perasaan yang dirakam oleh TV Aljazeera.

Chanel tersebut kemudiannya telah ditutup oleh rejim Mubarak. Enam wartawan dan jurugambarnya ditahan.

Di antara yang menyertai tunjuk perasaam itu ialah para hakim dan majistret, para doktor dan jurutera, pegawai kerajaan dan swasta serta penulis. Diberitakan, lebih seratus orang telah terbunuh dan cedera. Semua komunilkasi dengan Mesir telah terputus.

Penunjuk perasaan menolak jaminan Hosni Mubarak untuk melaksanaskan pembaharuan ekonomi dan politik. Jaminan itu, menurut mereka, terlalu kecil dan sudah terlambat.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30650:abd-shukur-ikhwan-dipelawa-sertai-kerajaan-baru-&catid=97:pendapat-dan-analisis&Itemid=131

Kuasa siber dan revolusi Timur Tengah

Ahmad Lutfi Othman

Ketika banyak pihak bercakap soal pengaruh dan kuasa media baru dalam proses kebangkitan rakyat di Timur Tengah sekarang ini, sekonyong-konyong Kementerian dalam Negeri mengumumkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP) akan dijadikan lebih komprehensif dan tidak lagi terhad kepada bahan cetak semata-mata.

Ketua Setiausahanya, Mahmood Adam berkata pihaknya telah meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji definisi penerbitan dalam akta itu untuk membolehkan ia boleh meliputi terbitan dalam bentuk multimedia termasuk kandungan internet, Facebook dan perisian. Difahamkan pindaan akta itu dijangka dibentang di Parlimen menjelang sidang Mac ini. Ramai mengaitkan dengan persiapan BN menghadapi pilihan raya umum ketiga.

Reaksi segera sudah dapat diduga. Tanpa bertangguh bantahan dirakamkan. Masing-masing terkejut. Regim Dr Mahathir Mohamad memang terkenal dengan ciri-ciri autoritarian, namun bekas Perdana Menteri itu -- yang juga seorang blogger terkenal -- seringkali menegaskan tidak akan mengamalkan tapisan dan sekatan kepada internet.

Apakah anak didiknya, Najib Razak, lebih terdesak dan terhimpit sehingga mahu bertindak garang dan ganas? Kedudukan Umno-BN bagai telur di hujung tanduk, namun jika benar AMCP mahu diluaskan skop dan bidang kawal selianya, terutama terhadap kandungan internet, Najib sebenarnya sengaja mengundang parah, yang mungkin natijahnya tidak pernah terfikir olehnya.

Sejak mengetuai Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) lebih kurang sepuluh tahun lalu, bagi mempromosi kebebasan akhbar, saya akui kesukaran yang dihadapi, terutama bagi meraih sokongan dan simpati masyarakat. Ramai yang masih tidak peduli dengan isu-isu sekatan dan kongkongan melampau terhadap media, termasuk golongan wartawan sendiri. Mungkin mereka menyifatkan tekanan pemerintah terhadap media bebas tiada kaitan dengan kualiti hidup rakyat terbanyak.

Beberapa penerbitan berkala yang saya usahakan -- dengan menyewa permitnya daripada rakan-rakan -- diharamkan KDN tanpa sebarang alasan, tanpa sempat mencecah usia setahun. Majalah dua kali sebulan, Detik dan makalah bulanan khas untuk remaja wanita, Wasilah tidak disambung permit menyebabkan lebih 15 kakitangan syarikat Penerbitan Pemuda menganggur secara tiba-tiba. Pengedaran akhbar mingguan, Cabaran, yang juga saya sewa permitnya, diganggu secara intensif oleh KDN sehingga terpaksa ditutup.

Tidak cukup dengan memorandam dan surat bantahan dikemukakan, berulang kali saya naik-turun ibu pejabat Suhakam mengadu hal, selain mengedarkan risalah, kenyataan akhbar dan menghadiri forum terbuka, namun ia tidak cukup untuk menarik perhatian masyarakat. Gimik terakhir sebelum saya menutup pejabat operasi di Medan Idaman, Gombak adalah dengan mengusung keranda Detik sebelum cuba mengusahakan siri penerbitan akhbar tidak berkala, yang mendapat tekanan lebih hebat daripada KDN.

Saya hanya seorang individu kerdil berdepan gergasi KDN. Justeru, terpaksalah saya secara solo bertembung musibah itu, di samping menanggung kerugian lebih RM3 juta.

Tetapi, bagaimana dengan kes pengurangan kekerapan penerbitan Harakah, daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan, bermula Mac 2000, selepas Umno terkejut besar dengan prestasinya dalam PRU November 1999? Rasanya respons yang ditunjukkan masyarakat, termasuk pembaca Harakah, juga agak dingin. Mungkin Dr Mahathir sendiri terkejut dengan reaksi "suam-suam kuku" penyokong Barisan Alternatif waktu itu!

Namun, berdepan langkah primitif-jumud pemerintahan Najib kali ini, suasana pasti berbeda. Meskipun butiran pindaan AMCP belum dijelaskan, apa juga yang berkaitan akta preventif adalah bersikap mengongkong dan menyekat semata-mata. (Kini kira-kira 35 undang-undang yang menyekat kebebasan di Malaysia). Motifnya hanya tertumpu untuk menyelamatkan kedudukan Umno-BN, juga mengikat-kuat seteru politiknya dan golongan yang dilihat berbeda pandangan. Proses pendemokrasian sejagat yang turut melanda negara kita terbantut.

Najib bukan lagi menjolok sarang tebuan, malah mempercepatkan "saat-saat kematian" kerajaan BN. Pembaca Detik atau Suara Keadilan mungkin tidak mengamuk apabila media tradisi itu diharamkan KDN, tetapi bagaimana dengan peminat laman-laman web bebas seperti Malaysiakini, Harakahdaily, Malaysian Insider atau Tranungkite, dan tidak terkecuali 700,000 blogger yang semakin galak menulis apa yang terfikir di minda mereka, atau lebih tepat lagi lebih 9.9 juta pengguna Facebook di Malaysia? Terdapat 16.9 juta pengguna internet di negara ini, merujuk laporan Jun 2009.

Sekatan kali ini adalah operasi rampasan hak asasi besar-besaran, dan tidak lagi khusus kepada mereka yang dilihat berkepentingan politik. Sekalipun pindaan AMCP itu mungkin dikhususkan kepada kandungan internet yang "politikal", ia tetap menyentuh sensitiviti jutaan rakyat yang kini bebas mengakses dunia maya. Saya yakin majoriti rakyat tidak dapat menerimanya dan mudah berang, sekali gus boleh memenuhi protes di jalan-jalan raya.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, yang pernah menggesa agar AMCP dimansuhkan, memberi reaksi: "Mereka ini (8 juta anak muda pengguna Facebook berusia 35 tahun ke bawah) pastinya tersinggung dan tidak dapat menerima pindaan yang mengongkong saluran media dan rangkaian sosial yang sudah menjadi seperti sebati dengan mereka. Janganlah kita bersifat jumud dan mengambil jalan mudah dengan mengetatkan kekangan serta mengeluarkan undang-undang apatah lagi apabila masyarakat semakin bijak dan matang."

Mengulas isu sama, Ketua Pengarang kumpulan dan pengasas bersama Malaysiakini, Stevan Gan menyifatkan pindaan itu ibarat pukulan paku terakhir di keranda bagi kebebasan media di negara ini. "Kebebasan meluahkan pendapat yang serba terbatas dinikmati di alam maya sejak 16 tahun lalu bakal berkubur. Dengan perlesenan, kerajaan boleh mengenakan tekanan politik ke atas media di internet. Paling menggerunkan, Menteri Dalam Negeri yang sebegitu berkuasa itu berhak mengisyitiharkan mana-mana lamanweb sebagai tapak haram. Lebih malang lagi, mengikut akta itu, keputusan menteri adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah."

Sewaktu rakyat kecewa dengan jaminan tidak tertunai menterinya, Hishammuddin Hussein untuk meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Polis, pada sesi Parlimen, Oktober 2009 -- seperti dijanjikan dalam sidang akhbar di Putrajaya pada 19 Ogos 2009 -- tiba-tiba kita dikejutkan dengan langkah represif yang begitu ketinggalan zaman.


II.

Seorang pembaca Harakah yang mahu dikenali dengan panggilan "Makcik Kedah", dari Taman Melati, Hulu Kelang, agak lama tidak menghubungi saya. Selalunya, ada-ada saja idea baru yang dilontarkan. Kadang-kadang beliau menyanyikan lagu-lagu patriotik melalui telefon dan bercerita tentang kisah lamanya di Bukit Besar. Pandangan beliau terhadap pergolakan politik ada kalanya tak terfikir oleh saya. Isu yang dikemukakan merakyat sifatnya.

Hari itu, ketika saya mendapatkan rawatan susulan selama tiga hari di wad HUKM, Makcik Kedah menelefon. Dia nampak cukup berminat dengan perkembangan Revolusi Jasmin di Tunisia yang berjaya menghalau Presiden Zine El Abidin Ben Ali, 74. Diktator yang berkuasa selama 23 tahun itu melarikan diri ke Jeddah.

Isterinya, Leila Trabelsi, 53, yang dilatih suaminya sebagai pengganti Ben Ali, terbang ke Dubai dengan jet peribadi -- yang disifatkan rakyatnya sebagai "shopping plane" -- sambil membawa bersamanya wang dan satu setengah tan emas daripada bank pusat, manakala anak-anak mereka ke England. Dalam siri demonstrasi, penunjuk perasaan dilaporkan memekik: "Gantung mereka semua, tapi dapatkan balik emas milik kita dahulu!"


Seperti beberapa panggilan sebelum itu, Makcik Kedah mahu kepastian apakah senario di Tunisia itu mungkin juga berlaku di Malaysia? Saya ketawa kecil, bukan dengan niat mempersenda. Bagaimanapun beliau serius menekan: "Apakah tidak cukup dengan kesengsaraan yang kita tanggung? Rakyat makin susah, nak makan ikan sebesar dua jari pun tak mampu, ramai menderita tetapi orang besar kaya raya, makan rasuah?"

"Patutnya pemimpin kita yang berada di atas sana, turun ke bawah, melawat orang miskin yang semakin ramai. Kita ni, sampai masanya, rimas duduk fikir nak cari duit baharui insuran dan cukai jalan kereta, macamana nak selesaikan bil-bil bulanan, keperluan anak sekolah," asaknya lagi.

"Tapi sekarang dah ramai yang senang dan mewah makcik," saya memintasnya. "Kerajaan pula pandai main sentimen untuk lupakan masalah sebenar. Kerja pun masih ada, tak macam di Tunisia, ramai anak muda menganggur. Di Iskandariah, jurang kaya miskin menonjol sangat. Pasaraya di sini masih sendat dengan pelanggan. Tapi janganlah tunggu negara kita jadi macam di sana baru nak lawan ...," tambah saya, menunggu reaksinya. "Betul juga tu, kawan-kawan makcik yang dapat pencen bulan-bulan dekat RM1000, memang nampak macam selesa aja," akuinya.

Selang beberapa hari, Makcik Kedah mengirimkan SMS: "Nak tunggu kebulur baru nak bangkit? Ada stamina ka kita nak lawan kerajaan zalim ini?" Sampai kini saya belum menjawabnya. Mungkin beliau lebih teruja mendengar berita kemarahan rakyat terhadap pemerintahan kuku besi sudah melimpah ke Sanaa, Yemen, mendesak Presiden Ali Abdullah Saleh meletakkan jawatan setelah memegang kuasa sejak 1978.

Bertambah semangat rasanya Makcik Kedah, apabila aksi protes antiregim zalim menuntut Presiden Hosni Mubarak yang memerintah selama 30 tahun berundur, bukan saja tercetus di Kaherah dan Iskandariah tetapi juga merebak ke bandar-bandar lainnya, seperti Suez, 134 km daripada situ. Ribuan penunjuk perasaan ditahan termasuk pemimpin Ikhwan Muslimin. Bilangan yang terbunuh semasa demonstrasi juga semakin meningkat dengan pantas.

Kejatuhan Ben Ali, yang bakal diikuti Mubarak, bukan sahaja menggerunkan regim lain di dunia Arab -- tidak kira sama ada yang mengamalkan sistem monarki atau republik, bermusuh atau bersahabat dengan Israel -- malah memberi isyarat jelas bahawa proses transformasi ini akan menjalar ke peringkat global, terutama di negara-negara Islam.

Bagaimanapun, bagi saya, pemimpin yang mahu menawarkan perubahan, yang berdepan penguasa zalim dan menindas, semuanya harus dekat dengan nurani rakyat, merasai denyut degup jantung mereka, bukan turut dilihat bermewah-mewah dan berseronok dengan kehidupan elitis. Memang suasana di setiap negara berbeda-beda dan tidak memerlukan keadaan menjadi seteruk rantau Arab untuk berlakunya pertukaran regim, 'kan?

Kejayaan mengkagumkan revolusi di Tunisia dalam masa 24 jam dan kini dilihat menjalar ke Mesir juga mengingatkan tentang pengaruh dunia maya atau kuasa siber, yang juga digeruni di Malaysia. Di Mesir, akses internet disekat dan panggilan telefon disekat. Operasi stesen TV Al-Jazeera turut diarah tutup. Jaringan laman sosial seperti Facebook dan Twitter yang cukup berkesan membangkitkan amarah rakyat tertindas di negara tersebut dihalang.

Jika Mubarak berjaya digulingkan dan pemerintahan yang "benar-benar baru" muncul di Kaherah, pengaruhnya ke atas masyarakat Islam di Malaysia tidak boleh dipandang ringan, apatah lagi jika pemimpin yang dikaitkan dengan Ikhwan Muslimin bakal memainkan peranan penting dalam kerajaan Mesir nanti.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30649:kuasa-siber-dan-revolusi-timur-tengah&catid=86:editor-harakah&Itemid=126

Kes harga barang dan Mesir: Demo besar-besaran Jumaat ini

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Selepas perhimpunan secara kecil-kecilan di depan kedutaan Mesir semalam, PAS bersama 71 NGO dan parti politik akan berhimpun di kedutaan Amerika pula selepas solat Jumaat, 4 Februari ini.

Ini kerana, mereka menganggap Amerika adalah sekutu rapat kepada regim Husni Mubarak yang sedang dihalau keluar oleh rakyat Mesir sekarang.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu kenyataannya berkata, perhimpunan kali ini akan dibuat secara besar-besaran.

Selain Amerika, mereka juga mensasarkan kerajaan Malaysia apabila menaikkan lagi harga minyak Ron 97 sebanyak 10 sen lagi kepada RM2.30.

Menurut sumber kenaikan ini amat melampau dan mencekik pengguna di Malaysia kerana harga kosnya tidak setinggi itu.

"Harga Kos minyak Ron97 pada masa ini(semasa kenaikan minyak) adalah RM2.03 sahaja. Harga dijual oleh pengeluar minyak kepada pengusaha adalah RM2.3856. Harga Jual pula adalah pada harga RM2.50," kata satu sumber.

Ini bererti satu keuntungan yang berganda telah diambil oleh pengusaha yang dipercayai ada melibatkan keuntungan untuk pihak-pihak yang berkepentingan.

Kenaikan ini disifatkan sebagai hadiah untuk pengundi Tenang kerana telah memberikan kemenangan kepada BN dalam pilihan raya kecil Ahad baru-baru ini.

"Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri juga diminta untuk mengerahkan semua anak - anak muda bangkit menyatakan semangat kebersamaan kita disamping kita turut akan menyatakan bantahan kenaikan harga minyak dan harga barang yang semakin menjadi - jadi dalam negara kita," kata Nasrudin dalam kenyataannya.

Tempat berhimpun ialah di dua lokasi iaitu Masjid KLCC dan Masjid Tabung Haji dan sejurus solat Jumaat, semua akan berhimpun di Masjid Tabung Haji untuk menyatakan dua bantahan itu.

Timbalan Presiden PAS dan Tuan Hj Mohd Sabu AJK PAS Pusat dan pimpinan - pimpinan pemuda PAS dijangka akan memimpin perhimpunan ini.

"Pertama, isu penangkapan, kekerasan dan pembantaian regim Mesir ke atas rakyat mesir yang menuntut perubahan di negara mereka.

"Kedua, isu kenaikan harga minyak dan barang keperluan utama rakyat dalam negara kita," katanya dalam kenyataan itu.

Antara 71 pertubuhan yang turut serta dalam perhimpunan ini adalah ILMAM, Ikram, JIM, GMI, SAMM dan lain - lain ] termasuk kompenan parti politik Pakatan Rakyat seperti AMK dan lain-lain.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30642:-kes-harga-barang-dan-mesir-demo-besar-besaran-jumaat-ini&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

Selangor atur pelan tindakan bawa pelajar keluar

Harakahdaily

SHAH ALAM, 1 Feb: Kerajaan negeri Selangor akan bersama-sama dengan Wisma Putra bagi menguruskan kepulangan para pelajar Malaysia di Mesir ekoran keadaan negara itu yang tidak stabil sekarang.

Exco Pendidikan Tinggi Selangor, Dr Halimah Ali berkata, beliau telah bertemu dengan pegawai Wisma Putra pagi ini bagi membincangkan soal itu dan mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan pelajar negeri itu di sana.

Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat segera dengan Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali dan Pengarah Jais hari ini juga bagi merangka pelan tindakan untuk membawa mereka keluar segera.

Ini kerana, kebanyakan pelajar Selangor di Mesir adalah pelajar jurusan agama dan mendapat pinjaman atau bantuan dari Pusat Zakat Selangor.

"Diharap semua para ibu bapa bertenang dan banyakkan berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusan," kata Halimah dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, PAS dan PKR telah mendesak kerajaan supaya membawa keluar semua pelajar Malaysia di sana kerana keadaan sudah tidak terkawal lagi.

Ini ekoran dari tindakan beberapa pihak yang mengambil kesempatan untuk diri sendiri dengan cara merompak dan mengganggu pelajar Malaysia di sana selepas polis tidak lagi dapat berfungsi dengan baik.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30651:-selangor-atur-pelan-tindakan-bawa-pelajar-keluar&catid=58:negeri-selangor-darul-ehsan&Itemid=103

PAS gesa bawa pulang pelajar Malaysia segera

Harakahdaily




KUALA LUMPUR, 1 Feb: PAS mendesak kerajaan Malaysia segera menyelamatkan pelajar dan warga Malaysia di Mesir dengan membawa pulang kesemua mereka ke tanah air.


Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, bantahan dan demonstrasi rakyat Mesir kini sudah tidak terkawal dan menyaksikan banyak pertumpahan darah telah berlaku.

Ianya sekaligus meletakkan keselamatan rakyat Malaysia dalam keadaan terancam.


"Saya minta supaya pihak Kementerian Luar Negeri menyediakan beberapa buah kapal terbang dan segera mengambil semua rakyat Malaysia yang dilaporkan berada dalam keadaan tidak selamat di Mesir.

"Tindakan evacuation ini telah dilakukan oleh banyak negara yang prihatin terhadap nasib rakyat di negara tersebut seperti Turki, Kanada, Greece dan Arab Saudi," katanya.

Beliau turut berpendapat tindakan kerajaan mahu menghantar pelajar-pelajar Malaysia yang berada di sana ke negara jiran seperti Jordan, Libya dan Arab Saudi adalah kurang tepat memandangkan protes kebangkitan rakyat telah menjalar ke beberapa buah lagi negara di Timur Tengah termasuk di Jordan sendiri.

Daripada laporan yang diterima, kawasan di Alexandria, ramai rakyat Malaysia berada dalam keadaan tertekan memandangkan perintah berkurung yang dikenakan dan kemudahan untuk mendapatkan makanan terlalu sukar.

Selain itu, kawasan Tir’ah pula berada dalam keadaan yang tidak selamat.

Kawasan Mansurah pula telah dilabelkan kod jingga sebagai tanda amaran akan berlakunya rusuhan secara besar-besaran.

Malah, beberapa faktor ketakutan lain antaranya sejumlah besar banduan telah berjaya meloloskan diri daripada penjara dan dikhuatiri akan berlaku beberapa kes jenayah.

Kesulitan mendapatkan akses komunikasi dan makanan juga adalah antara faktor yang sangat membimbangkan berlaku di negara tersebut.

"Atas dasar keselamatan dan keprihatian ribuan rakyat Malaysia di Mesir, saya mendesak kerajaan Malaysia segera melakukan proses evacuation dan membawa pulang mereka ke negara kita," gesa beliau.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30648:pas-gesa-bawa-pulang-pelajar-malaysia-segera&catid=1:utama&Itemid=50

Selamat selepas 16 jam tempuh banjir

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Selepas terperangkap kira-kira 16 jam di 'pulau banjir' Pogoh dekat Segamat, dua Naib Presiden PAS, Dr Hatta Ramli dan Datuk Mahfuz Omar bersama driver mereka selamat sampai awal pagi tadi.

(Gambar atas: KENANGAN...Mahfuz bergambar kenangan dengan penduduk Kampung Bukit Limau Manis, Segamat ketika seharian terperangkap di situ.)

Mereka sampai di Kuala Lumpur kira-kira jam 3 pagi tadi selepas menempuh pelbagai rintangan dalam perjalanan itu.

Ketiga-tiga mereka bertolak dari Labis melalui Felda Chempelak kira-kira jam 1.30 pagi selepas selesai semua urusan pilihan raya kecil Tenang.

Mengikut perancangannya, mereka akan melalui jalan dari Segamat menuju Pagoh sebelum masuk ke lebuhraya.

Namun, kira-kira jam 2.00 pagi, mereka telah tersilap jalan apabila melihat satu papan tanda Pogoh yang mereka ingat Pagoh.

Rupanya jalan ke Pogoh itu akan membawa mereka Segamat semula bukannya Pagoh.

"Selepas melalui beberapa jalan berair kami sampai ke satu jalan yang penuh dengan air lagi. Tetapi apabila kami melaluinya, airnya sangat deras dan dalam.

(Gambar: Dr Hatta bergambar kenangan di Kampung Bukit Limau Manis, Segamat sambil menunggu pertolongan tiba)

"Apabila air masuk ke dalam kereta Toyota Fortuner Dr Hatta itu, saya ingat kami dah mati di bawa arus yang deras itu," cerita Mahfuz.

Namun, dengan kecekapan pemandu Dr Hatta iaitu saudara Aziz, mereka berjaya melepasinya.

Apabila sampai di jalan yang kering, Dr Hatta bercadang mahu meneruskan perjalanannya menempuh air berikutnya, namun Mahfuz tidak bersetuju kerana bimbang.

Hasilnya mereka mengambil keputusan tidur dalam kereta di Kampung Bukit Limau Manis dan terkejut ketika hari hampir siang.

Mereka kemudian tumpang sembahyang di sebuah rumah di situ.

Di kampung yang ibarat pulau inilah mereka terpaksa menunggu sehingga lewat petang menunggu pertolongan tiba.

"Saya hubungi semua pihak, polis, tentera, Majlis Keselamatan Negara dan sebagainya. Seorang jeneral tentera menghubungi saya tetapi usaha untuk menghantar sebuah bot tempur untuk mengambil kami gagal kerana arus terlalu deras.

"Kalau kami tak keluar lagi, pagi ini mereka akan hantar helikopter untuk mengambil kami," cerita Mahfuz.

Usaha pasukan Smart untuk menghantar bot mereka juga gagal kerana arus yang deras.

Namun, dengan pertolongan anggota Parlimen Sekijang, Datuk Baharum Mohamad, sebuah bot telah dihantar untuk mengambil beliau dengan melalui jalan-jalan yang kurang arus deras.

"Jam 7 malam, kami di bawa keluar dengan bot kecil kepunyaan orang kampung dan melalui perjalanan selama 30 minit merentasi apa yang dulunya sebuah kampung.

"Air banjir hampir melepasi atap rumah. Sewaktu kami berlepas, bantuan makanan belum sampai ke Kampung Bukit Limau Manis, tapi saya merasakan bekalan makanan penduduk kampung masih cukup untuk sehari dua lagi.

"Tiba di Kampung Lubuk Selimar jam 7.30 malam kemudian dibawa dengan kenderaan pacuan 4 roda melalui jalan estet getah ke Bukit Siput. Bertemu MP Sekijang di situ. Kemudian dibawa ke Labis. Tiba KL jam 3 pagi, 24 jam lewat dari jadual," cerita Dr Hatta kepada Harakahdaily.

Banjir kali ini dikatakan lebih teruk dari tahun 2006. Tidak ada amaran awal diberikan. Kerosakan hartabenda tanaman ternakan dijangka amat besar.

"Terima kasih kepada semua pihak yang membantu kami," kata Dr Hatta.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30646:-selamat-selepas-16-jam-tempuh-banjir&catid=1:utama&Itemid=50

Umno terpaksa galas MCA yang lumpuh

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Keputusan pilihan raya kecil Tenang menunjukkan beban Umno sebagai tukang usung MCA semakin bertambah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"MCA semakin lumpuh, seolah-olah sudah patah kaki dan tangannya. Umno kini mendapat kerja baru sebagai tukang usung MCA.

"Tak ada batu, beban digalas," katanya.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, kalau dalam permainan bola, hanya Umno sahaja yang berhempas pulas bergerak ke serata padang.

"Umno terpaksa berlari sendirian sekeliling padang. Dialah penjaga gol, dialah pemain pertahanan, dialah pemain tengah dan dialah penyerang.

"MCA hanya jadi tukang bising suruh Umno buat itu ini dan tukang tengok di dalam padang sedangkan tukang tengok atau penonton sepatutnya berada di luar padang. Perkara tersebut dirungutkan oleh orang-orang Umno sendiri," katanya.

Malah bukan setakat itu sahaja, kata Mahfuz, MCA juga seolah-olah menjadi tukang sabotaj kempen Umno dengan perbuatan menghina Islam sehingga menimbulkan kemarahan anak kandung Umno, Perkasa.

Tidak cukup dengan itu, MCA juga seolah-olah mendorong pemimpin Umno menghina hukum Allah.

"Kerana terpengaruh dan begitu seronok dengan permainan MCA menghina hukum Allah, (Menteri Besar Johor, Datuk) Abdul Ghani Othman dengan begitu ghairah menghina hukum potong tangan sedangkan perkara itu merupakan ketetapan Allah dalam al-Quran.

"Ketika DAP sedang belajar berhenti mengecam hukum Islam walaupun tidak mahu dan tidak menyokongnya, Umno tetap meneruskan watak sebagai penghina hukum Islam.

"Kalaupun tak mahu buat atau tak sokong, Umno tak sepatutnya menjadi pak turut MCA menghina hukum Islam," katanya.

Pilihan raya kecil Tenang juga memperlihatkan kelemahan dan ketiadaan pengalaman jentera Umno Johor untuk "berperang" dengan pembangkang.

"Kalau tidak dibantu oleh jentera Umno dari luar, Umno Johor yang sudah biasa menang mudah dan mengejek-ejek penyertaan PAS dalam pilihan raya negeri itu tak ubah seperti anak ayam kehilangan ibu," katanya.

Walaupun dibantu oleh jentera Umno luar yang lebih pengalaman "berperang" dengan pembangkang, katanya, Umno tetap terpaksa berhempas pulas untuk menghadapi aura calon PAS, Normala Sudirman.

"Pelbagai fitnah yang mereka sasarkan terhadap Normala dan keluarganya membuktikan Umno merasa tergugat dengan keperibadian calon PAS itu," katanya.

Dengan apa yang dihadapi oleh Umno dalam pilihan raya kecil Tenang itu, Mahfuz menjangkakan zaman Umno menang mudah dan boleh bersenang lenang menghadapi pilihan raya di Johor akan semakin berakhir.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30644:umno-terpaksa-galas-mca-yang-lumpuh&catid=1:utama&Itemid=50

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...