Monday, September 22, 2008

9 Okt: Terserah pada PM, perwakilan

Sep 22, 08 3:34pm

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memutuskan sama ada akan mengundurkan diri atau tidak pada 9 Oktober seperti dicadangkan.

"Kita serahkan kepada perdana menteri dan juga presiden Umno untuk memikirkannya.

"Saya fikir beliau sedar apa yang berlaku pada peringkat akar umbi.

"Beliau boleh dapat banyak maklumat daripada para pegawai dan sumber-sumber politiknya untuk menilai apa yang telah berlaku di sana (akar umbi)," kata naib presiden Umno itu, lapor Bernama.

Muhyiddin, juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan Malaysia-Jepun anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (Majeca) di Kuala Lumpur hari ini.

"Isu pelan peralihan, saya tidak fikir kita perlu memberikan tekanan kuat kepada sesiapa untuk tujuan ini.

"Saya fikir, yang paling penting ialah apa yang Datuk Seri Najib (Razak) katakan bahawa keputusan paling penting akan
diputuskan oleh perwakilan pada mesyuarat bahagian yang akan bermula Oktober ini," kata Muhyiddin.

Mengulas sama ada isu peralihan kuasa itu akan mempengaruhi anggota Umno, menurut agensi berita itu lagi, beliau berkata:

"Saya berpendapat ahli yang ada sekarang ini terdiri daripada mereka yang memahami dan tahu dan mengikuti perkembangan sedekat-dekatnya."

http://www1.malaysiakini.com/news/90166

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...