Thursday, September 18, 2008

Blogger kickdefella ditahan reman

Abdul Rahim Sabri Sep 18, 08 3:43pm

Polis telah menahan reman terhadap blogger popular, Syed Azidi Syed Abdul Aziz sehingga esok.

Perintah reman selama 24 jam itu dikeluarkan oleh mahkamah majistret di Kota Bharu.

Blogger (kickdefella.wordpress.com) itu yang bekerja dengan kerajaan negeri Kelantan, ditahan di rumahnya kira-kira jam 5 petang semalam oleh sepasukan tiga orang anggota polis berpakaian biasa.

Blogger tersebut mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik.

Ketika dihubungi petang ini, isterinya, Bariah Ishak, suaminya dibawa polis ke Kuala Lumpur untuk disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Katanya, beliau menemui suaminya ketika beliau dibawa di mahkamah majistret pagi tadi.

Beliau berkata, suaminya itu kelihatan baik tetapi agak pucat sedikit.

Bariah berkata, suami memberitahunya yang beliau dilayan dengan baik oleh pihak polis.

Katanya, beliau juga dimaklumkan oleh exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa yang pihaknya menyediakan peguam untuk suaminya.

http://www1.malaysiakini.com/news/89973

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...