Thursday, September 18, 2008

Iran tahan pengikut penyembah syaitan

Ditulis oleh Editor
Thursday, 18 September 2008


TEHERAN - Polis Iran melaporkan bahawa berpuluh-puluh pengikut penyembah syaitan memasuki negara berkenaan dan mereka kini sedang berusaha mempengaruhi orang supaya menentang Islam, kata beberapa laporan akhbar semalam. (Gambar -simbol penyembah syaitan yang terdapat dalam wang kertas dollar Amerika)


"Lebih 3,000 pengikut memuja syaitan di dunia dan kira-kira 50 daripadanya sudah memasuki Iran," kata timbalan ketua polis, Hossein Zolfaghari.


















Beliau berkata, kira-kira separuh daripada kumpulan berkenaan aktif dan lebih 200 buku mengenai pemujaan syaitan telah diterjemahkan, dicetak dan diedarkan.


"Pengikut-pengikut penyembah syaitan memakai salib, rantai berbentuk tengkorak dan cincin, meminum arak dan menari dalam beberapa majlis keramaian mereka.


"Mereka percaya mereka perlu mengingkari beberapa agama terutama Islam dan menjadikan dunia terlibat dalam kancah anarki," kata Hossein.


Menurutnya, kumpulan itu pada kebiasaannya menyimpang daripada agama, membuat janji palsu dan mengkesploitasi seks dengan tugas mencetuskan Islamfobia.


Beliau memberitahu kumpulan itu cuba menarik perhatian golongan muda dengan memainkan muzik berunsur kesyaitanan.

Tahun lalu, polis menahan 230 orang dalam satu serbuan pada satu konsert rock penyembah syaitan berhampiran Teheran. - AFP


http://buletinonline.net/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...